Saturday, April 17, 2010

Benci itu Cinta 6

“Tak nak masuk dulu ke?” Imran mempelawa Iskandar dan Hanni masuk. Mereka baru saja tiba dari Pulau Pinang. Iskandar menghantar Imran dan Anis pulang dulu kerana rumah mereka tidak sehala. Walaupun penat pejalanan masih terasa namun bukan adab susila kita membiarkan tetamu balik tanpa di undang masuk. Lalu ringan saja mulut Imran mengajak Iskandar dan Hanni masuk. Tak dapat menghidangkan jamuan yang sedap. Air bujang takkan tak mampu.
“Tak apalah, Im. I dan Hanni balik dulu jelah. Lagipun you dan Anis tu pun penat. Lain kali je. Anis, kita orang balik dulu ye.” Iskandar menolak. Hanni pun mengangguk setuju dengan tolakkan Iskandar. Dia sendiri terlalu penat untuk singgah. Lagipun kesian pula Anis kena melayan mereka nanti.
“Kalau macam tu hati-hati memandu tu. Terima kasih sebab tumpangkan kami.” Ujar Imran sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Iskandar.
“Tak ada hal lah.” Iskandar menyambut huluran tangan Imran. Dia menepuk lembut bahu Imran tanda mesra.
“Anis, aku balik dululah.” Hanni pun sama meminta diri daripada Anis. Mereka bersalaman
“Hati-hati memandu tu. Is, you hantar Hanni balik sampai depan pintu tau. Jangan tinggal anak dara ni kat mana-mana.” Pesan Anis dalam gurauan. Iskandar menyahut dengan gelak tawa.
“Alah aku tak heran pun kalau dia tinggalkan aku. Macam Malaysia ni tak ada teksi. Okay lah Anis. Assalamuallaikum.” Hanni pantas meminta diri. Malas nak memanjangkan cerita. Iskandar turut memberi salam. Memohon diri.


Iskandar memakirkan keretanya berdekatan dengan Saloma Bistro Ampang. Hanni terasa pelik. Dia tertanya-tanya kenapa pula Iskandar berhenti di sini. Setahu Hanni dia tak berumah di Saloma Bistro. Memang seingat dia tak pernah pula dia menyewa di Saloma Bistro sehingga Iskandar boleh tersilap menghantar dia ke sini.
“Eh kau ni betul tak ni? Demam eh? Bila masa rumah aku kat Saloma Bistro?” Hanni bertanya pada Iskandar. Apa hal saja lah mamat ni bawa dia ke sini.
“ Ada aku kata rumah kau kat Saloma Bistro ke? Aku datang sini nak makan, tapi kalau kau nak berumah kat sini aku tak kisah.” Sinis Iskandar membalas. Geram pula dia dengan mulut Hanni yang tak ada insuran ni.
“ Cakap lah awal-awal.” Desis Hanni.
“Dah kau tak tanya. Dah jom turun. Aku lapar ni. Aku tahu kau pun mesti lapar.” Iskandar adakalanya sangat menawan hati. Sikapnya penuh ambil berat, patut sangat kalau Iskandar menyandang gelaran buaya.

“ Kenapa kau pilih jadi jurugambar Hanni?” Tiba-tiba Iskandar bertanyakan soalan cepu emas itu pada Hanni saat mereka sedang menanti makanan yang mereka pesan.
“Kenapa? Kau rasa tak ada masa depan?” Hanni tak menjawab malah sebaliknya dia pula yang bertanyakan kembali pada Iskandar.
“Bukanlah. Aku tahu jurugambar ni ada pulangan yang lumayan. Masa depan tentu-tentu cerah. Apa-apa kerja pun kalau kita berusaha mesti cerah masa depan. Kau janganlah salah anggap. Cuma aku pelik, bidang ini kan jarang menjadi pilihan kerjaya. Macam mana kau boleh tertarik pula nak jadi jurugambar?” Iskandar menerangkan niatnya. Dia masih kuat bertanya pada Hanni tentang minatnya itu. Sudah lama dia ingin bertanya, baru hari ini terlepas dari mulutnya.
“Sebab aku minat. Dari kaca lensa, aku boleh nampak apa yang orang lain tak perasan. Adakalanya aku rasa puas kalau dapat ambik momen kebahagiaan orang. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita ada sampailah kita nampak pada orang lain. Senyuman, tangisan itu pekara biasa pada kita tapi di lensa kemera aku nampak itu semua momen indah dalam kehidupan. Dengan kamera kau boleh buat satu saat yang biasa jadi istimewa.” Dari cerita Hanni, Iskandar dapat melihat kobar minat yang mendalam Hanni pada bidang ini.
“Aku dapat tengok minat kau tu. Terbias dari mata kau.” Ujar Iskandar sambil anak matanya tepat menikam mata Hanni. Terkedu dan terkhayal Hanni sebentar dengan panahan mata itu.
“Memanglah aku minat. Kalau tidak, tak kan lah aku pilih bidang ini. Apalah kau ni.” Kalut Hanni menutup rasanya. Segan pula dia kerana terlalai dengan pandangan mata Iskandar.
“Aku tahu.” Balas Iskandar ringkas. Seminit dua hanya sepi memenjara mereka. Masing-masing seperti hilang modal untuk berbicara. Nasib baik penyelamatnya sampai, pelayan restoren datang menghidangkan makanan.
“Jomlah makan.” Pelawa Iskandar pada Hanni. Hanni tersenyum melihat hidangan di atas meja. Banyak juga Iskandar memesan makanan. Tom yam campur, Kalian, dan Sate. Macam untuk makan 4 orang. Mereka makan sambil sambung berbicara tentang makanan kegemaran masing-masing. Iskandar dan Hanni bagai berkenalan semula.
“Sedap.” Puji Hanni. Ini pertama kali dia makan di sini. Selalunya kalau datang pun sekadar minum saja.
“Sedap, tapi aku rasa tomyam kau hari tu lagi sedap.” Puji Iskandar. Jujur dia memuji, sememangnya masakan Hanni sesuai dengan selera rasanya.
“Alah kau saja nak puji kan. Lain kali kalau kau nak rasa, kau beli je barang mentah. Aku boleh tolong masakkan lah.” Tawar Hanni mesra.
“Betul ni? Aku tuntut nanti eh.” Tersenyum Iskandar mendengar pelawaan itu. Macam orang lapar di sorongkan makanan.
“Yelah. Anytime.” Balas Hanni. Mungkin ini mulanya sejarah pedamaian mereka. Iskandar mahupun Hanni masing-masing mengakui di sebalik sifat meluat yang ada pada insan yang berhadapan dengan diri mereka ini, terselit satu keistimewaan yang baru mereka terokai.


Iskandar menunaikan janjinya menghantar Hanni di hadapan rumah. Iskandar keluar membantu Hanni mengeluarkan beg pakaian daripada bonet kereta, satu lagi sifat gantleman yang sememangnya lahir dalam diri Iskandar.
“Okay ke kau tinggal seorang ni?” Iskandar risau pula apabila memikirkan Hanni akan tinggal bersendirian untuk malam ini.
“Okay je. Lagipun aku dah biasalah. Ini bukan kali pertama pun.” Hanni menghargai sifat ambil berat Iskandar. Lagipun Iskandar memang nampak ikhlas.
“Hmm... risau aku. Bak sini handphone kau.” Iskandar meminta telefon Hanni. Hanni tak banyak soal terus menyelok poket seluarnya mengeluarkan handphonenya dan menyerahkan pada Iskandar. Iskandar menaip sesuatu pada handphone kecil itu.
“Aku dah savekan  nombor telefon aku kat dalam ni. Aku dah letakkan kat speed dail juga, nombor 1. Bahaya betul kau ni. Lain kali buat speed dail. Takut nanti apa-apa jadi kan senang. Kalau apa-apa kau call aku. Kau jangan risau, aku dah miss call handphone aku tadi. Jadi aku pun ada nombor kau.” Panjang lebar penerangan Iskandar pada Hanni sambil menyerahkan balik handphone itu pada Hanni.
“Okay. Thanks Is. Aku masuk dulu. Assalamualaikum.” Hanni meminta diri. Iskandar menjawab salam itu. Dia memerhatikan Hanni sehingga gadis itu selamat masuk, baru dia masuk ke kereta dan bergerak pergi.  

5 comments:

diella said...

sudah mula berdamai..bgs2

farra ramli said...

best2!!..caring n gentlemen la is..haha~~
nk lagi!!nk lagi!!

nursya said...

wah..
dh nmpk da bait2 nk jd teman tp mesra tuh..
wakakaka...
nk lg...

cik eya said...

wah..dah baik2 la..
best2..nak lagi..
singgah la jenguk blog kite plak ye..heheh

http://andai-itu-takdir-untukku.blogspot.com/

Anonymous said...

dah xsambung ke cerita ni????