Dewasa ini terlalu banyak terjadinya kes orang salah faham, terutama sekali dengan kehadiran media massa. FB, YM, Google Talk dan sebagainya... Mungkin ada salah faham di antara diri kita dengan dirinya tapi tak bermakna apa yang di tuliskan itu kita titipkan buatnya...
Contohnya, hari ini Iman bertengkar dengan monyet. selepas itu Iman postkan di YM iman... 'AKU bENCI KAU' tak bermakna apa yang Iman shout out itu adalah di khaskan pada si Monyet. Mungkin saja masa itu Iman penat dengan kerja dan Iman benci dnegan kerja Iman. Bukan dengan Monyet itu...
Mungkin Hari ini Monyet kecil hati dengan Iman sebab tak belikan dia pisang, kemudian Dia Shout outkan di Blognya yang 'Orang dah tak perdulikan dia', Tak semestinya apa yang dia shout outkan itu adalah di tujukan khas buat Iman... Mungkin saja masa itu Monyet itu bergaduh dengan awek dia so dia shout out itu buat awek dia bukan.
Didalam setiap hidup manusia itu, kitakena sedar bukan hanya terdapat kita dalam kehidupan mereka tapi ada banyak lagi unsur-unsur yang memberi sumbangan.. baiknya seharum wangian hantaran sehinggalah sebusuk aroma kentut...
Contohnya Di dalam hidup Iman sendiri bukan hanya ada Monyet tetapi banyak unsur-unsur lain yang mempengaruinya... Baik yang bernyawa mahupun tak bernyawa. Semuanya ada kuasa memperngaruhi. Apatah lagi Iman yang manusia biasa yang bisa berubah angin bila-bila masa saja dengan otak yang tak berapa nak center ni... lagilah...
So cuba kita fahamkan mereka, walau tak banyak sedikit pun jadilah. Cuba kita ringankan minda kita untuk berfikiran positif... caranya jangan ambil peduli... Walaupun sukar untuk kamu percaya tapi iman tetap nak kongsikan juga... Dalam Dunia Ini Iman masih percaya setiap manusia sentiasa ada keikhlasan dan kejujuran walaupun ketika melakukan sesuatu yang terpaksa...
Cuma ingatlah
Adakalanya setiap patah perkataan yang tertulis ini lebih tajam bisanya dari mulut yang berbicara. Adakalanya tiap baris kata yang kita barisi di laman2 maya ini lebih menyakitkan dari sumpah dan seranah.
Kerana itu sejarah kita dalam bentuk bertulis dan cerita dongeng indah dalam bentuk lisan...
Sejarah kita yang tertulis itu akan kita bawa sampai bila-bila
Sedangan cerita lagenda itu belum pasti bertahan dari zaman ke zaman...
Itulah hebatnya setiap patah kata yang kita titipkan secara lahiriah di dalam tulisan.
Iman bukan Mengajar hanya mengajak Belajar Bersama!!!
1 comments:
btl tu...
byk org selalu salah sangka...
tp nk wat camner kita sekadar manusia biasa..
selalu terover sensetifnyer kan...
wlwpn kadang2 ader seteng ayat tu xpn ditujukan kat kita..
tp tu ar..
da namapn manusia...
aper2 pn think +ve..
baru la kita happy...
kn iman...
Post a Comment