Sunday, March 20, 2011

Cupid Kecil 8


 Bab 8

Hanni mengelap hidung dan mulutnya dengan tisu. Sudah beberapa kali dia bersin. Hendak kata deman tidak. Selsema jauh sekali. Kesimpulannya ada yang menyebut namanya. Iyalah tu.
“Kau kenapa Hanni? Demam ke?” Sara yang baru muncul dari dapur bersama mug ditangan itu bertanya. Mereka sedang menonton filem hindustan di TV 3. Itulah kerja mereka berdua setiap hari sabtu kalau kelapangan menjenguk mereka.
“Taklah. Bersin aje. Kau dari mana pagi? Semalaman tak balik , petang baru nampak muka.” Hanni bertanya ke mana hilangnya Sara semalam. Mulanya dia ingat Sara bersama Iskandar, tapi memandangkan Iskandar muncul pagi tadi bersama makanan mentah di tangan lelaki itu. Jadi Hanni membuat kesimpulan yang tidak mungkinlah Sara bersama Iskandar.
“Aku balik rumah pakcik aku kat Ulu Tiram petang semalam. Sorrylah. Lupa nak beritahu kau.” Jawab Sara dengan sengihan. Tahu kesilapannya.
“Kau ni. Lain kali beritahulah. Risau aku, ingatkan kau dengan Iskandar.” Hanni saja mengingati. Abil berat sesama rakan.
“Alah apa pula aku dengan dia. Aku dah seminggu lebih tak jumpa dia. Last aku jumpa dia dua hari lepas balik. Itu pun sebab nak balikkan kad dia. Kita orang dah jarang lepak bersama. Agaknya dia dah ada awek lain kot.” Hanni merenung wajah selamba Sara. Gadis itu bercakap macam tak ada perasaan.
“Kau tak cemburu ke? Aku tengok kau cakap dia ada awek lain macam kau makan cendol cair je. Tak ada kick langsung.” Tanya Hanni pelik.
“Malaslah aku nak cemburu. Buat apa? Selama ini pun kami kawan je. Kau tu yang lebih-lebih..” Sara membalas sambil wajahnya sudah melekat di skrin televisyen.
“Ohh. Patutlah pagi tadi mamat tu datang seorang.” Tanpa sedar Hanni meluahkan rasa. Sara terkejut. Tumpuannya beralih daripada kaca skrin itu ke muka Hanni.
“Iskandar datang sini? Dia buat apa?” Sara menayangkan wajah terujanya dengan kenyataan Hanni tadi.
“Dia datang pagi tadi, bawa barang mentah suruh aku masak.”Hanni menjawab acuh tak acuh. Malas nak melayan Sara yang dia tahu pasti membuat pelbagai spekulasi.
“Huhu... amboi Iskandar suruh kau masak. Dia nak pikat kau kot Hanni. Sesuailah kau dengan dia. Aku suka.” Ujar Sara teruja. Jadi benar yang dia sangkakan ketika di Pulau Pinang hari itu. Iskandar menyimpan hasrat pada Hanni. Sesiapa pun melihat Iskandar merenung Hanni ketika di Pulau Pinang akan menyangka hal yang sama.  
Hanni hanya menggeleng kepala tanda tak faham. Sememangnya sudah Hanni jangka, pasti saja Sara ini ada spekulasi yang ingin dia gosipkan. Apalah yang ada lagi di dalam kepala Sara selain gosip dan spekulasi.
“Kau ini Sara biar betul. Iskandar itukan bekas pakwe kau. Hish tolonglah. Dia suruh aku masak sebab dia teringin nak makan masakan rumah. Bukan pekara besar la kalau dia suruh aku masak. Bukan dia ajak aku kahwin ke apa. Jangan teruja macam katak boleh tak?” Hanni mempertahankan apa yang dia rasa sebelum pekaran ini menjadi lebih parah lagi. Matanya masih menatap filem Raju Cha Cha di hadapannya.
“Betullah Hanni. Iskandar mesti nak pikat kau sebab itu dia datang sini cari kau. Kalau dia nak rasa masakan rumah, baik dia balik subang jaya. Rumah parent dia kan kat Subang. Subang tu jauh mana saja. Aku kenal dialah Hanni. Aku tahu dia macam mana. Kalau dia nak seorang gadis itu mesti dia sanggup buat apa saja. Rasanya kaulah gadis pertama yang mendapat perhatian dia macam tu.” Sara masih menegakkan nalurinya. Selalunya nalurinya benar.
“Ala dengan kau dulu pun dia buat macam-macam kan? Dia tu spesis buaya. Asalkan benda di hadapan dia tu daging, semua dia sapu. Bukan dia dulu pakwe kau ke?” Tembak Hanni.
“Aku dengan dia kawan jelah. Bukan ada apa-apa pun. Kau tahu masa aku rapat dengan dia dulu pun. Kalau aku tak ajak dia keluar tak ada maknanya dia nak keluar dengan aku. Aku dulu yang kena selalu approach dia. Tapi kau sekarang lain, dia yang datang cari kau.” Ujar Sara lagi.
“Alah, lantaklah. Aku tak kisah pun. Dah jangan nak bising lagi. Aku nak tengok cerita ni. Sekali lagi kau bising aku lempar kau keluar.” Hanni cepat-cepat memberhentikan gosip itu daripada merebak. Sara hanya mengangkat bahu tanda kemenangan.


Keasyikan menontn terganggu apabila Shila masuk ke rumah. Sara menoleh ke arah Hanni. Kebetulah Hanni pula memandang ke arah Sara. Lalu mereka saling berpandangan apabila Shila masuk melabuhkan punggung di sofa. Keadaan Shila langsung tidak terurus. Rambutnya yang diwarnakan warna perang itu bagai tidak di sikat berhari-hari. Mengundang tanda tanya di hati mereka berdua.
“Kau dari mana Shila? Semalaman pun kau tak balik.” Hanni bertanya dalam nada yang paling lembut.
“Aku pergi keluar dengan Zack. Kenapa?” Shila menjawab acuh tidak acuh. Boleh naik geram orang yang mendengarnya. Orang bertanya baik-baik, di jawab begitu.
“Kau tidur mana?” Hanni masih berlembut. Dia tidak mahu jadi satu pertengkaran kalau dia melayan kerenah Shila.
“Tidur rumah kawan aku. Yang kau sibuk sangat ini. Kenapa? Dah tak ada kerja lain.” Rengus Shila penuh geram.
“Tak adalah aku sibuk. Aku risau kau tak balik. Tak tahu kau kat mana.” Hanni menerangkan niatnya.
“Suka hati akulah. Aku nak keluar ke mana. Kau tak perlu ambik tahu. Kalau aku keluar pun dengan Zack. Aku ada pakwe tentulah aku keluar dengan pakwe aku. Bukan macam kau. Bakal anak dara tua.” Pedas mulut Shila menjawab. Tersentak juga Hanni dibuatnya. Tapi cepat saja dia tenang semula. Sudah sememangnya itu sikap Shila semenjak hangat bercinta dengan Zack.
“Eh perempuan. Mulut kau jaga sikit. Kau ingat kau tu baik sangat. Kau tu perampas. Kau jangan lupa Zack tu milik siapa sebelum jadi kekasih kau dulu. Atau kau lupa yang dia tu bakal tunang Hanni sebelum kau rampas dia dari Hanni. Kalau tak kerana Hanni. Kau tak akan jumpa Zack tu dan kalau tak di sebabkan kau rampas Zack. Hanni dah bahagia sekarang. Inilah kata orang mengata dula paku serpih mengata orang dia yang lebih.” Sara yang panas mendengar pantas berdiri dan menegakkan Hanni.
Mengingatkan mereka kembali kisah lampau. Kisah sedih buat Hanni apabila kekasihnya di rampas teman sendiri. Ya sememangnya dulu Zack adalah pasangan Hanni sejak di kampus lagi malah sudah merancang untuk bertunang. Semua orang tahu tentang hal itu. Namun apabila masing-masing bekerja hubungan itu renggang dan entah macam mana Zack tega memutuskan hubungannya dengan Hanni untuk bersama Shila.
Namun Hanni dengan ikhlas hati melepaskan Zack dan Shila bahagia bersama. Padanya kalau orang tak sudi dia pun tidak mahu memaksa. Mungkin sudah tersurat bukan jodohnya dengan Zack. Hanni pun tak sudi untuk hidup dengan lelaki yang pendiriannya senipis kulit bawang merah. Serapuh kulit bawang putih.
Pada Hanni, kalau pun dia teruskan juga bersama Zack dan tetap teguh untuk meneruskan pertunangan mereka. Hanni tahu  dia dan Zack tetap tidak akan bahagia. Zack akan juga melukakan hatinya dengan ketidakjujuran. Hanya itu terserah pada soal masa. Sama ada lambat atau cepat pekara yang sama akan terjadi juga berlaku padanya. Kalau bukan kerana Shila mungkin kerana perempuan lain. Zack terlalu cepat tergoda oleh kecantikan dan kemanjaan gadis lain.
“Itu bukan masalah kau Sara. Alah kau tu pun baik hati-hati jangan nanti kau pun jadi andartu. Lagipun bukan salah aku, kalau Zack tu lebih sayangkan aku. Siapa suruh tak reti nak jaga hati boyfriend sendiri.” Pedas Shila membalas. Bukannya hendak rasa bersalah malah dia bangga pula dapat memusnahkan kebahagiaan orang lain.
“ Ala, kalau kau tak tergedik. Termanja sana sini menggoda, tak adanya Zack tu melekat kat kau. Sebab kau takut jadi andartu lah kau sanggup jual diri kat pakwe kawan sendiri. Sekurang-kurangnya kalau kami ni jadi andartu, kami tak pernah tergedik-gedik menggoda lelaki. Lelaki yang mencari kami bukan kami yang terhegeh-hegeh.” Sadis kata-kata Sara. Terbeliak mata Shila. Tangannya pantas mengambil bola kristal kecil yang menghias meja kecil di tepinya. Di gengam erat.
“Kau jangan nak buat hal dengan aku Sara.” Shila telah memberi amaran. Dia mungkin rasa tergugat dengan kenyataan Sara yang mengena tepat pada arahnya. Memang dia yang mengejar Zack bukan Zack yang mengejar dia. Besar pengorbanan dia lakukan untuk Zack memilih dia bukan Hanni. Hanni bukan mudah untuk ditewaskan.
“Sudahlah tu.” Hanni cuba menyuraikan persengketaan antara kedua-duanya. Dia tidak mahu sesuatu yang tak di ingini berlaku.
“Kau jangan nak masuk campur Hanni. Kau ingat kau ni malaikat ke, tak habis-habis nak tunjuk baik dengan semua orang tapi kenyataannya kau tu tak sesuci mana. Kau ingat aku tak tahu kau masih berhubungan dengan Zack.” Tuduh Shila.
Hanni terpanggah dengan kenyataan itu. Nampaknya hari ini semuanya akan terluah di sini. Semua yang di pendamkan selama ini. Sememangnya Zack ada menghantar sms padanya. Namun tak pernah sekalipun dia membalas. Dia ingin lupakan Zack dan bukan mudah untuk dia nak lelaki itu sedangkan setiap kali lelaki itu turut serta bertemu dengannya, berkumpul bersama teman-temannya.
“ Aku tak pernah berhubung dengan dia. Dia ada hantar sms tanya khabar tapi aku tak pernah rasa aku perlu membalasnya. Tolonglah Shila antara kami dah tak ada apa-apa jadi jangan ungkit lagi. Sudahlah, tak perlulah kita gaduhkan lagi.” Hanni tidak mahu memanjangkan isu ini lagi. Yang penting Shila tahu dia dah tiada apa-apa hubungan dengan Zack.
“Ohh Zack sms kau ke Hanni? Sekarang ini ada yang mula kena jaga pakwe dia. Sebab kata dunia ni macam roda, kadang kala kita di atas dan adakala kita di bawah. Hati-hatilah.” Sindir Sara sambil tersenyum sinis.
“Sara sudahlah tu.” Hanni menegur Sara. Pandangan mata Hanni juga memberi amaran. Namun pandangan mata itu beralih pada jeritan Shila yang menarik perhatiannya.
“Ini semua kau punya pasal.” Jerit Shila yang menarik semula Hanni untuk memandang ke arah Shila.Berserta dengan jeritan mak lampir itu Shila melontarkan bola kristal kecil di tangannya pada Hanni. Tepat mengena dahi Hanni.
Sara yang tergaman menjerit kecil apabila melihat beberapa titis darah menitis dari luka di dahi Hanni. Hanni menyentuh lembut luka di dahinya. Jari jemari yang cemar dengan darah itu di perhatikan. Dia menggeleng seketika sebelum dia mencapai kunci keretanya di atas kabinet televisyen lalu keluar. Sara dan Shila menghantar Hanni dengan pandangan mata mereka. Tidak tahu nak berkata apa.
“Kau memang perempuan sihir Shila.” Sara menjerit pula pada Shila setelah Kereta Hanni hilang di matanya. Pantas dia bergerak masuk ke biliknya. Di bilik Sarah menghantar pesanan ringkas pada Iskandar. Memberitahu apa yang terjadi secara ringkas pada Iskandar. Di akhir pesanan ringkas itu sempat di sertakan ke tempat mana yang Iskandar boleh mencari Hanni.
            Sara selamat menghantar pesanan ringkas itu dengan senyuman. Dia tidak tahu kenapa dia menghantar pesanan ringkas itu pada Iskandar. Yang pasti Sara merasakan apa yang dia lakukan itu tepat dan dia harap Iskandar akan menghargai bantuannya itu.
Sebetulnya Sara dan Iskandar pernah rapat malah rapatnya mereka seperti pasangan kekasih namun Sara sedar mereka rapat kerana usahanya sendiri yang merapatkan jurangnya dan Iskandar. Dia yang memulakan setiap langkah. Iskandar tidak pernah mengajaknya keluar tapi dia sering mengajak lelaki itu keluar. Dari mula Sara sedar antara dia dan Iskandar tiada rasa cinta hanya kesukaan semata-mata sebab itu hanya dia yang berusaha tidak Iskandar.
 Sara bukan gadis naif. Dia tahu pandangan mata Iskandar setiap kali melihat Hanni. Pandangan mata itu kagum dan bercahaya. Semakin yakin Sara dibuatnya apabila melihat kebelakangan ini Iskandar mula membuka langkah merapati Hanni. Sesungguhnya Sara tidak cemburu malah bahagia kalau Hanni bahagia dengan Iskandar. Mengenali Hanni dan tahu budi pekerti gadis itu membuatkan Sara ingin sekali melihat gadis itu menempah bahagia dan dia yakin Iskandar mampu membahagiakan Hanni.

7 comments:

hana_aniz said...

=)

cactaceous opuntia said...

i sgt ingatpost ni..tp xpe la refreshing blek kn...asal bley bce ok la...nk tw next2 die...haha

nursya said...

xpe..
post jer yg ader...
bleh ktorg refresh blk part2 yg lelama nie...

x sbr tggu n3 br..

Anonymous said...

mmg best ar..nk lgi2x...:)

nur amalina bt athman said...

hampir 5jam di hadapan novel jodoh atau cinta..dan abis jerr baca terus on lappy dan follow blog akak..best sgt2 crta tuu..

iman said...

thanks amalina

Yusnita said...

patut la bl akak baca knp byk sgt ulangannya..btw..congrate to you...smbg cepat yea...x sabar nie nk tau selanjutnya..