Monday, April 25, 2011

Cupid Kecil 9




BAB 9



Iskandar mengeluh lega apabila melihat kereta yang terpakir di hadapannya, kerana itu kereta milik Hanni. Iskandar pantas memberi signal untuk masuk ke ruangan pakir di sebelah kereta Hanni.  Berkali-kali dia meronda di sekitar tasik Putrajaya ini dan akhirnya dia berhasil menemui apa yang dia cari di dataran masjid Putrajaya ini. Terima kasih pada pesanan ringkas Sara tentang pegaduhan Hanni dan Shila membawa dirinya ke mari menjejaki Hanni.
Tadi setelah dia menerima pesanan ringkas dari Sara, hatinya bergetar tidak tenteram, pantas saja dia meminta diri dari ibu dan abahnya. Dia bimbang. Sungguh bimbang. Satu Putrajaya dia terokai kerana menurut Sara, di sini lah Hanni akan berada setiap kali masalah melanda. Parahkah hati gadis itu? Sedih benarkah Hanni? Bingung pula Iskandar memikirkannya. Resah dia dibuatnya.
Iskandar keluar dan meninjau dalam kereta Hanni. Tiada siapa di dalamnya. Dia tidak tahu di mana Hanni berada, Namun dia yakin Hanni ada berhampiran sini. Cuma masalahnya ke arah mana ingin dia tuju. Dataran ini bukannya kecil. Hadapan? Belakang? Kanan? Ataupun kiri? Arah mana?
Iskandar menghelakan keluhan kecil. Dia memerhati ke sekeliling kawasan. Akhirnya dia menghalakan kakinya ke kanan. Biarpun terpaksa menapak ke seleruh pelusuk dataran ini, akan dia lakukan juga. Dia tak mahu biarkan Hanni sendirian. Entah kenapa dia berperasaan begitu. Dia tak tahu. Padanya, yang pasti sekarang di hatinya hanya ingin melindungi Hanni.
Benar-benar di hadapan gerbang pintu masjid yang hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri, akhirnya dia menemukan Hanni. Kini Hanni berdiri di hadapannya. Memandang ke arahnya. Tiada senyuman di bibir itu. Tiada ke resahan. Hanya wajah yang sentiasa tenang seperti biasa di paparkan padanya. Hanya kesan lebam dan luka di dahi itu mengesahkan cerita Sara di dalam pesanan ringkas tadi.
“ Hai.” Ucap Iskandar tanpa matanya di alihkan dari wajah Hanni. Renungannya penuh simpati namun apa yang boleh di katakan sedangkan wajah Hanni tenang tanpa sebarang riak yang meminta dirinya simpati.
“Hai. Buat apa kat sini?” Tanya Hanni selamba. Pelik juga dia melihat Iskandar di sini. Hatinya terdetik berkata pertemuan ini hanya satu kebetulan. Pertemuan yang hanya Allah yang tahu hikmah dan rahmatnya dari kebetulan ini.
“Saja jalan-jalan. Bosan pula tadi. Kau sorang kan? Jom lepak dengan aku.” Iskandar tak mampu berterus terang kenapa dia di sini. Akhirnya itu saja terkeluar dari bibirnya.
“Boleh juga. Boleh kau pinjamkan aku duit. Aku nak beli ais krim. Beg aku tertingal tadi.” Akur Hanni. Mungkin kehadiran Iskandar mampu membawanya bertenang kerana Hanni tahu hatinya tak sejernih riak wajahnya. Hanni tetap manusia biasa yang ada rasa marah, sakit dan dendam. Cuma kerana dia pakar menyembunyikan rasa itu maka di wajahnya tak tercalit perasaan itu semua.


Hanni duduk bersandar di kerusi yang menghadap tasik Putrajaya itu sambil makan aiskrim yang di harapkan dapat mengubat jiwa yang panas. Di sebelahnya ada Iskandar. Kawasan ini belum ramai pengunjungnya. Mungkin kerana suasana yang masih panas. Dengan matahari yang masih terik di wajah, hanya sesekali angin memberi salam keselesaan. Itupun hanya sebentar. Kalau orang biasa, waktu ini tak sedap untuk melepak. Petang sikit nanti ramailah manusia di sini.
Hanni di sisi Iskandar sambil menikmati aiskrimnya. Kala hati sesak dengan masalah. Bila jiwa bagai di himpit lori tiga tan. Rasa macam satu nikmat hidup untuk duduk sambil makan aiskrim coklat yang pahit.  Suasana petang yang panas memberi keselesaan spa alam yang percuma bagai menebuk ruang udara yang perlahan-lahan membuatkan himpunan vakum yang pedih itu hilang.


 “Kau pernah jatuh cinta tak Is?” Tanya Hanni tanpa sekalipun memandang ke arah Iskandar yang duduk di sebelahnya. Iskandar agak terkejut mendengar soalan itu. Dia menoleh pada Hanni yang nampaknya bagai berbicara pada angin lalu saja, langsung tak melihat padanya. Perlahan-lahan senyuman kecil tergaris di bibirnya.
“Pernah dan aku pernah rasa sakitnya.” Balas Iskandar dalam nada yang cukup tenang. Buat kali pertama, luka lama itu tidak lagi merasa sakit. Malah bagai tiada rasa apa pun bak peristiwa itu tidak pernah meninggalkan impak yang besar dalam dirinya. Benarlah kata orang setiap sakit itu ada ubatnya.
“Sakitkan cinta itu.” Ujar Hanni. Tak pasti itu suatu pertanyaan atau hanya luahan rasa. Iskandar tersenyum hambar mendengarnya. Bagaikan dia memerasai apa yang Hanni rasai ketika ini. Jauh di sudut hatinya mengakui apa yang Hanni katakan. Cinta itu sememangnya sesuatu yang sangat menyakitkan.
“Sakit sehingga membuatkan hati kita rasa kebas.”Iskandar mengiyakan apa yang Hanni katakan padanya.
“Sakit sangat sampai buatkan kita hilang rasa. Hilang perasaan.” Ujar Hanni lagi. Wajahnya masih memandang ke hadapan. Masih lagi tenang dan santai. Tak terkesan dari setiap patah penuh duka yang dia luahkan dari bibirnya. Saat itu teringin Iskandar untuk melihat bagaimanakah wajah itu jika atau ketika gadis bernama Hanni menangis mahupun berduka?
“Kau pernah kecewa?” Iskandar bertanya pula pada Hanni. Walaupun dia tahu jawapan pada persoalan itu. Namun Iskandar tetap ingin mencuba, manalah tahu jika soalan yang dia lontarkan itu mampu membuka ruang bicara antara mereka.
“Aku juga manusia, Iskandar. Tentu aku pernah kecewa.” Balas Hanni. Hatinya yang sakit membuatkan pantas bibirnya berkata-kata jujur. Kalau hari biasa dia hanya membalas soalan itu dengan senyuman.
“ Kecewa pasal cinta?” Selidik Iskandar lagi. Kali ini harapannya agar kisah cinta Hanni walau dari zaman bila pun akan terbuka untuk pengetahuannya.
“Kecewa kerana cinta dan kecewa pada hidup pun pernah. Macam kau kata, Merasakan cinta dan sakitnya. Aku pernah hampir bertunang Is dan saat menanti hari itu, aku merasa sakitnya di tinggalkan. Sakitnya seperti rasanya ketika aku mendaki hingga separuh gunung kemudian terjatuh kerana terputus tali. Sakitnya aku yang rasa itu sehingga aku rasa aku tak akan mampu mendaki lagi mungkin kerana bukan saja hati aku yang patah tapi juga semangatku.” Ulas Hanni. Kalau dari bait kata ulasan itu ulasan sedih namun mengiringi ulasan itu adalah segaris senyuman yang biasa di pamerkan.
“Pengalam kali pertama kau bercinta?” Iskandar ingin sangat tahu apa yang tersirat di hati gadis di sebelahnya ini. Dia ingin sangat menyelami hati dan perasaan gadis sedingin batu setenang lautan ais ini.
“Bercinta? Kali pertama? Aku tak tahu sama ada itu cinta. Aku tak percaya adanya cinta. Cuma yang pastinya itu kali pertama aku letakkan sepenuh kepercayaan aku pada seorang bernama lelaki dan mungkin juga kali terakhir. Entah aku tak tahu. Bukan sekejap aku kenali dia. Sebelum hati aku terbuka untuknya, bertahun kami saling kenali. Dari kawan kami berteman baik seperti kau lihat teman-teman aku sekarang barulah kami bercinta.
Dalam berkawan lagi, dia raih kepercayaanku sehinggakan padanya aku ceritakan rahsia yang tak ku ceritakan pada teman-temanku yang lain. Pada dia, aku buka rahsia hati kerana aku percayakan dia, kerana dia buat aku rasa yakin dia akan melindungi rahsia itu seperti aku menyimpan nya. Baik buruk aku dia kenali, namun dia tetap terima dan layan aku seperti biasa. Akhirnya ketika dia luahkan rasa hati, aku letakkan seluruh hatiku di dalam tangannya. Kami bercinta, dia insan paling aku percayai. Susah senang kami kongsi bersama. Akhirnya juga kepercayaan aku dia khianati. Dia buktikan rahsia dan buruknya aku di jadikan senjata buatnya. Rahsia aku dijadikan alasan buatnya untuk berpisah. Rahsia yang dulunya hanya dia yang tahu di penghujung kisah kami menjadi rahsia pada semua teman-teman kami.
 Bukan salah dia sebenarnya, semua salah aku. Aku dah nampak dia berubah malah hati aku dah memungkinkan perpisahan. Namun aku pejamkan mata pekak kan telinga kerana aku tak ingin lepaskan. Aku biarkan pekara itu berlarutan, lebih lebih lagi ketika itu aku sibuk dengan studio aku yang baru nak maju. Hubungan ni Is kalau kita terlalu memaksa dan terlalu degil untuk lepaskan, akhirnya jadi macam ni la. Berpisah tiga hari menjelang tarikh pertunangan kami. Aku di tinggalkan kerana dia membuat pilihan untuk bersama dengan orang lain. Orang yang juga ada dalam hidup aku. Aku tak ada pilihan selain merelakan. Tak ada ruang selain terpaksa menerima kerana menolak hakikat itu seumpama menidakkan kehidupanku. Biarlah dia bahagia dengan orang lain. Aku tak ada hak nak menghalang hidup sesiapa.” Luahan Hanni itu mengingatkan kembali Iskandar pada kata-kata Imran yang kenyataannya adalah Hanni tak senaif dan seringkas seperti rupanya.
“Tiada siapa yang berhak menghalang hidup orang lain Hanni.” Balas Iskandar.
“ Kau kata kau pernah terluka Is. Bagaimana?” Tanya Hanni perlahan. Dia ingin kenali juga siapa Iskandar. Bagaimana hati mawas ini boleh terluka?
“Bagaimana? Aku tak tahu nak cerita pada kau bagaimana. Mungkin hanya secara ringkasnya supaya kau faham yang aku mengerti perasaan takut dan sakit itu. Macam kau katakan cinta itu suatu menyakitkan. Aku pernah kenali seorang gadis. Gadis yang telah aku impikan menjadi pemaisuri hidup aku. Gadis yang aku ingin jadikan peneman hari-hariku, bukan sekadar sebagai kawan atau kekasih tetapi juga dengan status isteri aku. Macam kau juga, aku kenali dia sebagai kawan aku. Kami berkawan rapat malah aku kenali keluarga dia dan dia telah ku kenali pada keluargaku setelah aku yakin dia adalah insan yang aku pilih untuk menemani aku malah dia juga tahu niatku saat itu.
Aku mengenalkan dia pada keluargaku sebagai bukti yang aku benar-benar maksudkan hubungan kami dan kesudiannya mengenali keluarga, aku anggap tanda setuju daripadanya. Sayangnya sewaktu dia kenali keluargaku, hatinya berubah. Hatinya terpaut pada seseorang. Belum sempat aku berjuang, aku dah kalah Hanni, dia dah pilih untuk meninggalkan aku dan bersama orang lain. Pedihnya masih terasa walau sudah enam tahun berlalu Hanni. Kita sama-sama di tinggalkan, aku faham benar perasaan itu. Perasaan di tinggalkan. Perasaan takut mendaki gunung rasa itu lagi.” Usai bercerita, Iskandar memejamkan matanya bagai mengusir rasa sakit luka lama itu.
“Lima tahun dan kau masih merasa sakitnya Is? Kenapa kau masih tak nak lepaskan? Kenapa kau masih ingin merasa sakitnya walaupun setelah lima tahun?” Tanya Hanni. Dalam Iskandar bercerita dia sempat menilai. Pada Hanni, Iskandar masih merasa sakit itu kerana dia masih tak mahu melepaskan rasa yang suatu dulu pernah dia rasai. Dia masih tak mahu menerima hakikat dan untuk terus melangkah melupakan.
“Aku tak boleh Hanni. Kau pula boleh ke nak lepaskan?” Tanya Iskandar pula. Terus terang dia katakan, dia terkejut kerana Hanni mampu membaca apa yang dia rasai dan membaca kedudukan hatinya. Membaca yang dia belum boleh lepaskan rasa hatinya yang lama.
“Boleh atau tidak. Aku tetap mencuba Is. Aku tetap katakan pada diri aku benda itu telah berlaku. Selagi aku tak lepaskan, aku akan rasa sakitnya. Begitu juga kau. Memang payah tapi kalau kau tak mencuba, pekara ini akan bertambah parah. Dan sampai bila nak hidup dengan kesakitan itu. Pada aku, aku tak nak terus merasakan kesakitan itu jadi aku perlu terus melangkah tapi aku tak nak juga merasa kembali rasa sakit itu lalu aku tak ingin lagi mendaki laluan perasaa yang itu. Setiap pekara perlu ada keputusannya.” Ujar Hanni lagi dengan ketegasan. Di situ Iskandar membaca bertapa keras dan tegasnya gadis disebelahnya ini. Namun dia tetap akui, selagi dia lepaskan dia akan merasakan kesakitan itu.
“ Mungkin.” Provok Iskandar.
“Mungkin? Sah-sah kau tak dengar. Malas betul aku bercakap dengan orang macam ni.” Buat penat je Hanni bercakap. Akhirnya jawapan Iskandar ‘Mungkin’. Kalau jawap SPM macam tu sah-sah dapat E, budak ni.
“Aku dengar. Aku tak ikut skema jawapan kau tak bermakna aku tak dengar. Aku dengar juga tak bermakna aku akan ikut. Dahlah kau ni. Macam tu pun nak angin. Memang anak singa betul lah kau ni.” Iskandar menolak bahu Hanni dengan bahunya.
“Sesuka hati jiwa dan raga kau je nak mengutuk aku anak singa. Ada kau nampak aku ni berkaki empat apa. Kau tu mawas, tak sedar diri.” Balas Hanni lagi. Tak mahu mengalah. Nampaknya mereka kembali ke bentuk asal. Ke kehidupan anak singa dan mawas mereka.


3 comments:

hana_aniz said...

waaa... puasnya! thanks iman! hehehe

nampak gaya is n hanni nicm menjadi je. tp mesti byk halangan. zack tu. heee

Anonymous said...

memang best cite ni..tahniah utk Iman...:)
cepat2 la smbg..dh xcited gile nk tau kisah seterusnya...caiyok! caiyok!

~cikta~

aisy said...

iman,

best! best! teruskan ye =)