RSS

Pesanan Penaja

Salam kepada Semua pembaca Dah Jodoh,

Tinggalkanlah komen untuk manuskrip ini.

Pergi Perjabat Pos Mengurat Posmen
Dah Jodoh dah di post tolong-tolonglah komen

Tuesday, May 17, 2011

Cupid Kecil 10

BAB 10



Hanni melihat tawaran yang di paparkan di hadapan matanya. Hanni betul tak sangka kehadiran Johan mengajaknya makan tengah hari bersama pada hari ini membawa satu tawaran yang sukar dia tolak. Tawaran yang jarang sekali di dapati oleh jurugambar bebas sepertinya. Dia bukan Saiful Nang tau Baizuki Mohd. Namun hari ini dia di tawar oleh sebuah terbitan majalah antarabangsa untuk satu segmen di dalam majalah itu.
Segmen yang bertajuk ‘My Lens’ menuntut dia ke beberapa buah negara Asian dan menangkap gambar untuk terbitan majalah itu bagi untuk sepanjang tahun itu. Bagi permulaan dia di tawarkan segmen untuk tiga bulan. Jika ianya berjaya dia akan di tawarkan untuk bulan selebihnya.
Hanni sungguh rasa bahagia apabila dia yang di tawarkan peluang ini. Dia memandang Johan dihadapannya, bibirnya belum mampu mengucap kata setuju tapi wajahnya cukup menggambarkan perasaan gambiranya dengan tawaran ini.
“I anggap senyuman you itu tanda setuju ya Hanni.” Ujar Johan sambil tersenyum melihat gelagat Hanni yang dalam gembira dan tak percaya itu.
“I tak tahu nak cakap apa. Thanks sangat Johan sebab beri I peluang ini.” Akhirnya Hanni mampu mengeluarkan kata-kata. Dia tahu peluang ini tak akan wujud kalau tiada Johan yang membuka jalan.
“Bukan I berikan you peluang tapi diri you sendiri yang usahakan. I cuma menjadi orang tengah Hanni. Gambar yang you ambil untuk terbitan I beberapa bulan lepas yang membuka jalan ini. I yang patut terima kasih pada you sebab sudi membenarkan I menyiarkan hasil kerja peribadi you dalam terbitan I.” Ikhlas Johan menyatakannya. Sememangnya semua peluang ini atas usaha Hanni sendiri. Hanni yang membuka jalan pada dirinya dan Johan hanya menjadi orang tengah sahaja.
Teringat dia ketika beberapa bulan lepas dia kekurangan bahan untuk terbitannya dan kebetulan waktu itu dia tertarik dengan kerja-kerja Hanni lalu meminta gadis itu menyiarkan koleksi peribadi gadis itu didalam majalahnya. Sudah rezeki Hanni, keluaran itu di baca oleh seorang editor majalah antarabangsa yang kemudiannya menghubunginya untuk berkerjasama dengan Hanni. Dia sekadar orang tengah untuk menghubungkan jalan kerjasama itu.
“Kalau tak ada you, I pasti tak boleh lakukannya juga Johan. Thanks so much. So bila I boleh mulakan kerja?” Tanya Hanni tak sabar.
“Minggu depan editor itu melawat Singapura selama seminggu. Jadi I rancang kita akan jumpa dia di sana. Sebab I dengar you akan mulakan tugas pengembaraan you ini di Indonesia selama dua minggu, kemudian di Singapura sebelum ke Kepulauan Borneo. I juga di maklumkan kali ini pengembaraan you mungkin dalam masa hampir dua bulan dan semuanya di tanggung oleh pihak majalah so you tak payah risau soal kos.” Johan menerangkan jalan tugas Hanni.
“Minggu depan?” Ucap Hanni seperti berkira-kira dengan sesuatu.
“Kenapa? Cepat sangat ke Hanni? Kalau you tak boleh kita aturkan pada waktu yang lain. Kita boleh terbang ke Hong Kong kemudia untuk bertemu sendiri dengan dia. Tak jadi masalah. Cuma I rasa kalau kita dapat melawat dia di Singapura akan mempercepatkan you memulakan tugas.” Johan membuka ruang untuk perbincangan pada waktu yang sesuai. Mungkin rangkaian masa yang dia berikan terlalu singkat untuk Hanni memulakan tugas dan meninggalkan kehidupan dia di sini buat sementara.
“Tak apa Johan. Bukan selalu peluang ini datang. I tak kisah untuk mulankan minggu depan ni. Cuma tadi I tak sangka secepat ini dan I risau tak sempat nak uruskan jadual studio I tapi tak kisahlah nanti I uruskan dengan pekerja I yang lain. I...” Belum sempat Hanni menghabiskan kata-katanya, dia ternampak Iskandar berjalan menuju ke arah mereka yang kebetulannya meja yang dia duduki itu berhampiran pintu keluar restoren itu.
Hanni terkelu bibirnya melihat Iskandar yang sedang berjalan bersama seorang wanita itu. Mungkin kerana Hanni masih malu dengan kejadian dia meluahkan rasa dan membuka cerita percintaan lampaunya pada Iskandar sabtu lalu. Johan yang melihat Hanni tergamam pada satu arah terus berpaling saat itu dia terpandangkan destinasi arah anak mata Hanni yang melekap pada seseorang yang juga dia kenali. Iskandar, seorang arkitek muda yang sedang meningkat naik namanya.
Johan tersenyum dan dalam firasatnya Hanni mengenali Iskandar. Johan kembali memandang Hanni yang masih leka memerhati Iskandar itu, lalu Johan melekapkan tangannya di atas tangan Hanni dihadapannya untuk menyedarkan gadis itu. Tindakannya tepat kerana reaksi Hanni pada sentuhannya itu bagai orang baru bangun tidur. Firasat Johan kini bertambah kuat apabila Iskandar berhenti di tepi meja mereka seketika semata-mata untuk menganggukkan kepalanya pada Hanni dan melemparkan senyuman penuh makna pada dirinya. Kini kesimpulan Johan, Hanni dan Iskandar memang saling mengenali. Mungkin lebih dari kenal dari senyuman Iskandar padanya itu.
“You kenal ke Iskandar tu?” Tanya Johan sebaik Iskandar berlalu.
“Kenal macam tu saja. Mana you tahu nama dia Iskandar?” Tanya Hanni yang terkejut Johan tahu nama mawas itu.
“Majalah I kan pernah buat laporan tentang Platinum Park, dia adalah arkitek untuk projek mega kumpulan Naza tu. Very impressive guy. Dengar-dengar dia akan jadi arkitek paling muda dalam satu projek mega di Dubai. Apa I boleh kata dia akan jadi selebriti tak lama lagi kalau dia berjaya menyertai projek mega itu. Yelah, pemuda malaysia yang pertama dan paling muda dalam sejarah dapat peluang macam tu. You pula mana kenal dia?” Johan bertanya proses Hanni dan Iskandar berkenalan.
“Iskandar tu kawan dengan kawan I. Senang cerita kenal atas kawan. Berbalik cerita kita tadi. Jumaat ini I call you untuk confirmkan bila I boleh ke Singapura tu dengan you. Dia ada di Singapura untuk seminggu kan?” Hanni mengalihkan tumpuan mereka  kembali ke topik asal.
“Yup. Apa-apa nanti you call I okay?” Johan bersetuju dengan cadangan Hanni. Terus terlupa niatnya untuk bertanya lebih lanjut tentang soal Iskandar pada Hanni tadi.



Iskandar resah. Iskandar gelisah. Nyatanya dia tak tahu kenapa harus dia rasakan itu semua. Yang pastinya perasaan gelisah, resah dan panas hati itu wujud selepas melihat Hanni dengan seorang lelaki ketika di restoren tadi. Perasaan itu tiba-tiba muncul dan bertambah setiap kali dia terbayangkan jari-jemari lelaki itu melekap di atas tangan Hanni.
Iskandar yang kebetulannya ada temu janji dengan kenalannya seorang doktor tak menyangka akan bertemu Hanni di situ apatah lagi dengan seorang lelaki. Iskandar menemui kawannya Dr Nurul untuk bertanya lebih lanjut soal penyakit sumbing. Bukan dia tidak mahu bertanya pada ayahnya sendiri cuma Iskandar tak mahu ayahnya dapat menangkap niat dia bertanya adalah kerana Balqis anak saudaranya yang terpinggir itu.
 Iskandar nekad bertemu Dr Nurul sebaik dia kembali dari melawat Balqis untuk memahami penyakit yang Balqis hadapi. Iskandar sebenarnya risau tentang Balqis. Balqis yang dia temui buat kali pertama itu membuat dirinya rasa bersalah kerana selama ini dia tak pernah kisah tetang anak itu.
 Ketika dia melawat tadi anak kecil itu kelihatan ketakutan dan tidak mahu bertemu dengannya. Malah apa yang dia di fahamkan oleh pembantu rumah abangnya, Balqis tidak pernah keluar dari rumah dan tidak boleh bercakap. Rania telah mengeluarka arahan pada pembantu rumahnya supaya tidak membenarkan Balqis bertemu dengan sesiapa. Pembantu rumah abangnya juga mengatakan tak bergua untuk dia bertemu Balqis kerana Balqis itu  kanak-kanak bisu.
Sedih dia mendengar keadaan Balqis di layan sebegitu, lalu dia mengajak Dr Nurul bertemu kerana setahu Iskandar, Balqis hanya sumbing bukan bisu. Namun apabila dia terfikir kemungkinan masalah sumbing itu mendorong pada keadaan bisu lalu dia nekad bertanya pada lebih pakar dan selain ayahnya. Iskandar hanya mengenali Dr Nurul. Ternyata usahanya untuk bertanya tidak sia-sia kerana Dr Nurul menyatakan bahawa hanya kemungkinan kecil untuk kanak-kanak sumbing itu bisu. Ada masalah petuturan adalah kemungkinan besar namun untuk terus tidak boleh bercakap adalah kes agak jarang berlaku. Lega Iskandar mendengarnya. Sekurang-kurangnya tahu Balqis masih ada harapan untuk sembuh.
Namun baru Iskandar rasa beban tadinya menekan bahu itu pergi. Beban perasaan yang lain pula datang. Hanya Allah saja yang tahu apa perasaannya ketika melihat Hanni dengan lelaki lain. Pada mulanya Iskandar juga tidak perasan hadirnya Hanni di tempat yang sama dengannya. Namun apabila dia rasa dirinya dia di perhatikan akhirnya dia perasan kedudukan Hanni yang sedang memerhatikannya. Namun belum sempat mata bertaut mata kelihatan pandangan Hanni sudah beralih pada pemuda yang duduk semeja dengan gadis itu.
Mulanya Iskandar menyangkakan pemuda yang membelakanginya itu hanya sekadar salah seorang klien atau paling pun hanya kawan pada Hanni. Bila dan ketika dia melihat jari jemari kasar itu menyentuh jari runcing milik Hanni, sangkaan awal itu mula tergugat. Sukar hatinya menerima apa yang di lihatnya. Walau tangan itu tak bertaut dan berbalas namun rasa resah dan gelisah itu tetap menyerangnya apabila memikirkan Hanni langsung tidak menolak jari jemari itu.
 Atas rasa itu dia berhenti di tepi meja Hanni untuk memastikan dan bila kepastian itu dia perolehi. Hampir sunguh hampir. Jika dia menurut rasa tadi ingin saja dia menarik Hanni pergi dan menghadiahkan tumbukan pada lelaki itu. Namun apa hak dirinya? Persoalan utamanya kenapa dia perlu rasa begitu? Kenapa dia perlu resah dan gelisah? Sedangkan ternyata apa yang berlaku itu adalah hak Hanni dan dia tak ada hak melarang apa pun perbuatan Hanni.
Pertama kali Iskandar merasakan rasa yang begitu meresahkan hatinya. Seolah-olah dia takut akan kehilangan sesuatu. Dia gelisah seakan-akan ada barangannya akan di curi. Dia marah sepertinya haknya akan di rampas. Namun apa dia? Apa kaitannya dengan Hanni dan lelaki itu?
Dalam mencari jawapan itu. Tiba-tiba hati Iskandar memberi jawapan gila. Hatinya berkata yang dia takut kehilangan Hanni. Dia bimbang gadis sebaik itu jatuh ke tangan lelaki yang dia jumpa tadi. Dia marah kerana Hanni bertemu mesra dengan lelaki lain. Terkejut dengan jawapan yang hatinya beri sendiri, Iskandar menggelengkan kepalanya menidakkan. Sedaya upaya dia menidakkan. Akhirnya dia beranggapan itu cuma reaksi spontan perasaan yang sementara, impak dari perkongsian cerita silam mereka sabtu lepas.
Adakalanya apabila sesuatu pekara yang kita paling tak ingin percayai untuk berlaku telah terjadi, kita lebih gemar untuk menidakkannya daripada menerima. Itu kerana lebih mudah untuk kita dan untuk sesiapa saja menerima apa yang kita ingin dengar dan menolak apa yang kita tak ingin dengar.

P/s terimalah cupid kecil buat kesekian kalinya. Cupid kecil sedang di nilai untuk di bukukan. Insya Allah selepas penilaian Iman akan siarkan last post di blog.. Thanks untuk yg menyokong iman selama ini.. yang sudi dtg ke PBKL hari tu... TQ... yang add Iman kat FB toche... for All...

2 comments:

Anonymous said...

imannnnn........
bila nk smbung CK ni..
windu la...dh lama mnanti...

~pandan~

Anonymous said...

salam iman...
cite ni xde smbgn ke?
dh addicted dh ni..xsbr tggu..