Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

KLINIK HATI 8


BAB 8

Afia tersenyum sendiri sambil memandang refleksi wajahnya di cermin meja solek dihadapannya. Terhenti seketika aktivitinya yang menyapu losyen malam itu ke lehernya. Tangannya bermain-main dengan botol losyen malam di atas meja soleknya yang berwarna kayu itu. Dia tersenyum bukan apa teringatkan komen Khyla tentang Emir siang tadi. Adiknya itu berpesan padanya agar dia berhati-hati kerana menurut Khyla, suaminya itu macam singa lapar. Tergelak kecil Afia mengenangkan gelaran yang diberikan oleh Khyla kepada Emir. Bukan salah orang lain, salah Emir sendiri yang menyinga dengan adiknya.

Satu yang Afia perasan sejak dia keluar dari bilik adiknya pagi tadi. Sejak itu, pantang Khyla datang dekat dengannya, pasti tajam mata Emir merenung adiknya itu sehingga Khyla berundur. Hendak ditegur, keadaan tak mengizinkan. Lalu terpaksa Afia membiarkan saja. Lagipun Afia faham semuanya ini hanya salah faham saja. Dia hargai keprihatinan Emir yang takut kalau Khyla cuba menganggu emosinya. Malam ini dia perlu terangkan segalanya pada Emir agar layanan Emir terhadap adiknya berubah. Lagipun tak syok lah dia kalau suami dan adik kesayangannya tidak sebulu.

“ Fia. Are you okey? Tadi bukan main lagi tersenyum seorang sekarang jauh termenung. Kenapa?” Lembut teguran itu menyapa telinga Afia membuatkan Afia berpaling ke arah suara itu.

Emir yang berdiri bersandar di belakang pintu bilik mereka yang tertutup itu dipandang dan spontan senyuman terukir dibibir Afia. Setiap langkah Emir yang datang mendekatinya itu diperhatikan tanpa sesaatpun matanya lari dari figura itu yang sedang tenang berjalan itu. Apabila kelihatan tubuh itu hanya selangkah dua daripadanya, barulah dia berpaling memandang ke hadapan. Mengawasi kehadiran Emir menerusi cermin dihadapannya.

“Kenapa ni?” Sekali lagi soalan yang sama terdengar dari bibir Emir yang kini tegak berdiri di belakang Afia. Tangan lelaki itu sudah dilabuhkan keatas kedua-dua belah bahunya.

Afia mencari wajah Emir yang berdiri di belakangnya itu. Nasib baik almari solek nya ini jenis yang bercermin tinggi lalu dengan handa mendongak sedikit matanya sudah bertembung dengan mata Emir menerusi cermin dihadapannya. Dengan sebuah senyuman manis, Afia menggeleng tanda tiada apa-apa yang perlu Emir risaukan.

“Are you sure?” Kali ini pertanyaan Emir itu berserta dengan urutan kecil di bahu Afia.

Kali ini dengan senyuman nipis Afia mendongak kepalanya agar matanya terus bersambung dengan mata Emir tanpa apa-apa medium. Kebetulan Emir seperti mengerti hatinya juga turut menunduk memandang wajahnya. Hanya melalui pandangan ikhlas dan senyuman manis, Afia meyakinkan Emir yang dia baik-baik saja. Menerima sebuah kucupan didahinya daripada Emir, tahulah Afia yang isyarat yang dia berikan tadi dapat dibaca oleh Emir.

Usai kucupan kedua dihadiahkan ke dahi Afia, suaminya yang tadi tegap berdiri dibelakangnya bergerak pergi. Sambil tangannya menyikat rambut sempat mata Afia menangkap figura Emir yang sudah bergerak menuju ke katil. Sempat suaminya itu mencapai majalah dari almari kecil di tepi katil sebelum melabuhkan tubuh di atas katil mereka. Santai sungguh gaya lelaki itu yang bersandar di kepala katil sambil tangannya menyelak majalah. Kaki kanan Emir di atas kaki kirinya yang sudah melunjur hingga ke hujung katil. Membuatkan Afia terfikir berapalah tinggi Emir ini?

I miss you too.” Afia yang tadinya ralat memandang Emir terkejut dengan ungkapan yang keluar dari bibir Emir yang masih tekun membelek majalahnya itu. Miss you? Rindu siapa?

“Apa?” Tak mampu menahan rasa ingin tahu, terkeluar juga pertanyaan itu daripada bibir Afia.

“Saya cakap saya rindukan awak juga. Saya tahu awak rindukan saya. Sebab tu daripada tadi awak asyik renung saya kan. Sampai nak sikat rambut pun tak senang.” Usikkan Emir itu membuatkan Afia termalu sendiri.

Baru terperasan yang tangannya terhenti dari menyikat rambut. Segera dia menarik sikat rambutnya dan meletakkan ke atas meja. Rambutnya yang panjang hingga ke tengah pangkal dadanya itu di atur-atur agar ikal dihujung rambutnya kelihatan kemas. Pernah  ingin meluruskan rambutnya tapi dia terasa sayang dengan rambutnya yang semula jadi ikal di hujung itu.

Puas dengan penampilannya, Afia melangkah ke arah katil. Tanpa bertanya dia melabuhkan tubuhnya di sebelah Emir dan turut bersandar di kepala katil seperti Emir. Suaminya yang di sampingnya ini masih leka dengan majalah yang dibaca. Kelekaan Emir sekali lagi memberi peluang pada Afia untuk memerenung wajah itu. Sungguh lelaki itu seorang yang kacak. Wajah Emir yang bersih dan dengan kulit yang agak cerah itu sepertinya suaminya ini ada sedikit kacukan dari darah orang timur tengah.

Mata Afia mula menjelajah dan menilai wajah suaminya itu. Mata Afia terpikat untuk memandang mata Emir bundar dan bercahaya. Aset yang paling Afia gemari tentang lelaki itu. Hidung Emir agak mancung itu menambah perisa persona macho pada wajah suaminya. Akhir sekali mata Afia jatuh pada bibir Emir yang nipis dan tentunya manis berkata-kata. Baru dia perasan ada tahi lalat kecil di atas bibir suaminya itu. Agaknya sebab itu suaminya pandai berkata-kata.

Afia terfikir agak-agaknya suami dia ini kasanova ke sebelum ini? Pakej sudah lengkap pun ada pada lelaki itu. Kacak memang Emir kacak ditambah lagi bicara Emir yang sentiasa manis menggula hati itu. Aduhai memang cukup sifat kasanova terpilih. Berdebar-debar pula hati Afia, takut kalau-kalau sangkaannya itu benar belaka. Dengan wajah mula berkerut itu Afia membuang pandangan ke kaki sendiri dan kala itu dia terpandangkan panjangnya kaki Emir di sebelahnya.

“Berapa tinggi dia ni agaknya ya?” Tanpa sedar pertanyaan itu terbit dari bibir Afia yang terlalu ingin tahu itu. Pantas tangannya menutup bibirnya sendiri setelah tersedar dia sudah terlepas bertanya.

“180. Tinggi saya 180 cm.” Ujar Emir dengan senyuman. Kali ini tumpuannya teralih pada Afia saja. Majalah di tangan di letakkan sebentar.

Segalanya membuatkan Afia malu sendiri. Ahh dalam berberapa minit saja dia sudah dua kali tertangkap oleh Emir. Sungguh dia memalukan diri sendiri saja malam ini dihadapan suaminya itu.

“Come.” Ajakkan Emir yang tiba-tiba itu membuatkan Afia berpaling memandang suaminya. Tak faham dia, come? Pergi mana?

“Marilah sini.” Ujar Emir sambil mendepangkan tangan kanannya ke arah Afia mengajak gadis itu agar hampir padanya.

Kali ini Afia faham ajakan Emir. Segera dia bergerak hampir kepada suaminya atau lebih sesuai lagi kedalam rangkulan tangan kanan Emir. Malu-malu Afia merebahkan kepalanya ke bahu Emir. Terasa Emir menaikkan sedikit tubuhnya yang bersandar agar dia selesa didalam pelukkan lelaki itu. Apabila dia sudah selesa didalam pelukan Emir, terasa tangan lelaki itu mengusap lembut rambutnya sambil tangan kiri Emir kembali membuka majalah yang tadi dibiarkan.

“Cantiknya rambut dia. Lurus je.” Puji Afia sebaik ternampak gambar model yang terpapar di majalah Anjung Seri itu. Keluaran kali ini lebih mendedahkan kepada hiasan kotemporari.

“Tapi rambut awak lagi cantiklah. Saya suka.” Ringan bibir Emir mengeluarkan pujian buat Afia.

“Tapi saya suka rambut lurus macam ini.” Ujar Afia lembut untuk menutup rasa segan kerana menerima pujian daripada Emir. Walhal dalam hatinya sudah melonjak gembira dengan pujian itu.

“Saya suka rambut awak begini. Jangan nak ubah apa-apa.” Amaran ke ugutan yang Emir keluarkan itu? Majalah kembali diletakkan diatas perutnya. Amboi sudah pandai hendak mengatur nampaknya.

Terpaku seketika Afia mendengarnya. Tak pernah ada orang lain yang melarang atau mengatur hidupnya. Selalunya selagi kesukaannya itu tidak melanggar hukum syarak, ibu mahupun abahnya tak pernah melarang sama sekali. Tapi kali ini? Ahhh... Indah pula perasaannya apabila ada orang yang ambil berat tentang dirinya begini.

“Ingat. Jangan nak ubah apa-apa kalau tak tanya dengan saya dulu. Boleh?” Lembut arahan yang dikeluarkan oleh Emir itu.

“Baik bos.” Akur Afia dengan suara mengusik.

Indah rupa rasanya kalau sesekali seseorang menunjukkan betapa pentingnya diri walaupun dengan hal seremeh dan sekecil itu. Sepertinya setiap yang dilakukan itu akan turut memberi impak kepada yang lain. Terasa dirinya penting.

“Nakal.” Balas Emir sambil mengusik telinga kiri Afia sehingga gadis itu menggeliat kegelian dan dia ketawa kecil.

“Hish.” Afia memukul manja dada suaminya sekali sebelum kembali mengatur kedudukkan kepalanya agar lentok lebih manja. Terasa Emir mengeratkan lagi pelukkan dibahunya.

Senyuman terukir dibibir kedua-duanya. Baru hati ingin saling mengenali tapi perasaan sepertinya sudah lama tersimpul mati. Tiada kekok dan tiada lagi rasa segan, yang hadir hanyalah bahagia yang sentiasa mengusik rasa. Membuai jiwa. Moga rasa itu akan sentiasa ada untuk mereka dan akan kekal menjadi milik mereka.

“Awak...” Meleret manja suara Afia memanggil suaminya yang baru kembali hendak membaca.

“Hmm...” Hanya gumaman ringkas yang Afia dapat daripada Emir sebagai balasan. Amboi membaca sampai melupakan dia kah?

“Saya tak banyak tahu tentang awak kan? Pagi tadi saya tak tahupun nak tuangkan air apa untuk awak. Kesian kat awak sebab dapat isteri yang tak tahu kesukaan awak.” Ujar Afia dengan suara melirih manja.

Mengungkit peristiwa di meja makan pagi dan tengah hari tadi. Setiap kali dia ingin menuang atau mengambilkan lauk untu Emir,dia jadi buntu. Dia tak tahu hendak melayan selera Emir bagaimana kerana dia belum dapat mengenali kesukaan dan kebencian Emir lagi. Terpinga-pinga dia setiap kali hatinya terlalu ingin melayan Emir tapi dia tak tahu bagaimana caranya.

“Fia, saya kan dah cakap kita ada seumur hidup untuk saling belajar tentang diri masing-masing. Kita ada banyak masa untuk saling mengenali Fia. Saya tak sukalah kalau awak berperasaan begitu.” Balas Emir lembut dengan nada memujuk.

Majalah ditangannya sudah di campakkan ke atas kabinet kecil di sisi katil. Tumpuan sepenuhnya buat isteri di sebelah. Tangan kanannya bertambah erat merangkul bahu sang isteri dan tangan kirinya mula berlabuh memaut pinggang Afia agar kedudukkan mereka bertambah rapat. Kalau boleh agaknya nak melekat terus saja kot.

“Tapi...” Afia cuba memprotes.

Dia ingin Emir faham perasaannya yang terlalu ingin menjadi isteri terbaik buat lelaki itu dengan layanan first class. Afia Ingin Emir faham isi hatinya yang terlalu tidak sabar untuk mengenali kesukaan dan kebencian lelaki itu sehinggakan dia merasakan masa adalah penghalangnya sekarang ini.

“Tak ada tapi-tapi awak. Kita boleh lalui peringkat itu perlahan-lahan. Jangan terburu-buru. Kalau boleh saya nak belajar segalanya tentang awak hari ini juga tapi saya tahu semuanya mustahil. Jadi why don’t kita take time, sama sama beriringan untuk belajar saling mengenali dan faham hati masing-masing. Kemudian kita sama-sama jaga perhubungan ini, jaga keluarga kita dan anak-anak kita nanti.” Pujukkan itu lantas tertusuk dihati Afia. Terasa mesra tangan Emir mengusap rambutnya.

“Terima kasih. Awak baik sangat dengan saya. Kenapa awak boleh berubah macam ni sekali Emir? Kenapa awak layan saya baik macam ini?” Tanya Afia sambil tangannya mula melingkari pinggang Emir.

 Tak terniat pun untuk Afia mengubah mood mereka sekarang ini cuma dia ingin tahu kenapa layanan Emir boleh berubah begini sekali setelah mereka bergelar suami isteri? Kenapa Emir boleh berubah begini. Jujur Afia keliru sejak usai mereka selesai di nikahkan lagi. Layanan begini tak pernah dia sangka dari Emir. Dia terharu.

“Sebab awak isteri saya. Tanggungjawab saya. Saya tak baik awak tapi saya tak akan mampu lukakan awak. Sekarang saya nak kita lupa hal sedih-sedih ini. Ini saya nak tanya awak ni. Apa yang awak bincangkan dengan Khyla tadi sampai menangis macam tu? Dia ada ganggu awak?” Ringan bibir Emir yang bertanya tentang hal pagi tadi membuat Afia teringat akan niatnya untuk menjernihkan suasana antara kedua-dua insan yang penting dalam kehidupannya kini.

“Eh tak mana ada dia ganggu saya. Khyla adik yang baik awak. Dia minta maaf pada saya pagi tadi. Dia terangkan semuanya pada saya kenapa dia buat macam tu dan pasal duit yang dia ambil dari awak tu, saya harap awak berikan kami masa untuk bayar duit awak tu.” Pinta Afia sambil wajahnya yang didada Emir itu di dongakkan sedikit mencari wajah Emir.

“Jangan nak mengada-ngada Fia. Duit tu dah jadi duit awak dah. Saya ikhlas untuk awak. Tapi jujur saya tak suka adik awak tu dekat dengan awak. Saya tak nak dia lukakan hati awak lagi.” Nada suara Emir cukup tegas menunjukkan betapa dia serius dengan kata-katanya. Anak rambut didahi sang isteri yang masih memandangnya itu di selak ke belakang.

“Awak janganlah cakap macam tu tentang Khyla. Dia ada alasan dia sendiri buat macam tu. Saya dah boleh maafkan dia. Saya harap awak janganlah berkasar sangat dengan dia. Dia adik saya takkan awak nak halang kami berbual. Apa terjadi sekalipun dia tetap adik saya.” Pujuk Afia.

Walaupun dia tak setuju hal duit yang dibincangkan oleh mereka tadi tapi dia rasa hal Khyla dan Emir lebih penting untuk dia bincangkan sekarang. Masalah duit itu, nanti-nanti dia akan bincang semula dengan Emir. Dia pasti akan pulangkan balik duit yang di ‘pinjam’ oleh adiknya itu.

“ Saya tak halang awak berbual dengan dia cuma saya tak nak awak terlalu rapat dan percayakan dia. Awak tak takut hal macam ni berulang balik?” Agak tegang suara Emir di situ. Adakah malam ini akan menjadi saksi pergaduhan pertama mereka suami isteri.

“Awak tak baik cakap macam tu. Khyla ada alasan sendiri buat macam tu. Jangan sebab salah dia sekali ini, awak nak menghukum dia macam tu sekali.” Afia lantang menyuarakan pendapatnya. Tubuhnya tadi yang selesa didalam dakapan Emir dibangunkan ke posisi duduk berhadapan dengan Emir hingga pelukkan tadi terlerai. Tanda protes.
“Baiklah. Saya tak akan cakap macam ni lagi dan saya tak akan halang kalau awak nak rapat balik dengan Khyla. Tapi sekali dia buat awak susah hati dan menangis, awak kena ikut cakap saya. Dah jangan nak stress. Tak elok untuk awak dan baby.” Emir akhirnya mengalah.

Emir mengalah apabila melihat Afia sudah sedikit tertekan dan mula hendak melayan rajuknya. Dia tak suka Afia tertekan dan berkeadaan seperti sekarang ini. Tubuh itu di tarik semula ke dalam pelukkannya. Tangan kirinya seketika dilabuhkan di atas perut Afia dan mengusap lembut perut isterinya yang belum ada perubahan itu. Lagaknya umpama membelai anak mereka yang berada dalam rahim Afia.

Walaupun gadis itu tak menghalang kelakuannya membelai dan memeluk tubuh itu tapi Emir tahu Afia masih terasa hati dengannya. Kerana langsung tiada suara dari Afia yang melanjutkan lagi perbualan mereka. Agaknya benar gadis itu merajuk dengannya. Lama keadaan mereka sunyi begitu sehingga deruan nafas lembut Afia terdengar ditelinganya. Rupanya isterinya itu lena dalam dakapannya. Sambil tersenyum sedikit demi sedikit dan dengan berhati-hati sekali Emir mengatur posisi mereka ke keadaan berbaring tidak lagi bersandar seperti tadi.

Kepala Afia di rebahkan diatas lengannya sambil tubuhnya mengiring kearah gadis itu. Lena sungguh Afia dilengannya itu diperhatikan. Pipi yang gebu milik isterinya itu di usap perlahan. Tangannya mula gatal mengusap lembut rambut Afia. Baru Emir sedar betapa comel dan lembutnya wajah gadis yang sudah bergelar isterinya ini dan sedikit masa lagi akan bergelar ibu kepada anaknya. Tergoda dia dengan kelembutan itu. Tiba-tiba hatinya berkeinginan.

Takut tak mampu menahan rasa hati yang bergelora, Emir merebahkan tubuhnya di samping Afia. Sambil memejamkan mata, Emir melayan diri dengan kenangan malam pertama dia dan Afia malam semalam. Sungguh dia bersyukur dia lelaki pertama yang memiliki gadis itu. Emir sedar dia tak kenal rapat siapa Afia sebelum ini namun demi masa depan rumah tangga mereka dia akan belajar mengenali gadis ini. Mungkin dia tak mampu menjanji cinta buat isterinya tapi dia janji akan bahagiakan Afia dengan kesetiaan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Atty Ismail said...

Baiknya Emir ni...Kalau org lain rasanya masak dah si Khyla ni..

nz lyna'im said...

kyla nie. agak2 jahat ke x...

aR_aD (nAbA) said...

sweetnya..hehehe