Monday, June 28, 2010

Cerpen I HATE YOU? YESS...FOREVER

Sambungan Cerpen Lagu Hatiku.


    Selepas berhenti kerja aku menjadi penganggur berjaya. Seminggu aku berhenti kerja, kini aku dalam usaha menggemukkan kembali badan dan memalaskan diri sendiri. SERONOK tak kerja... huhu terlintas di kepala bengongku ini ingin saja cari lelaki kaya... Kahwin lepas tu boleh aku jadi mem besar, huahuahua.. (malang laki aku)

  "ANGAH, esok pergi ke syarikat ni. Ini company kawan abah. Abah dah cakap kat kawan abah tu, kamu nak minta kerja kat situ. Kamu jangan lupa pula." Alamak entah bila bos aku ni duduk selangkah dua dari tempat betapaku...
  "Alah abah..." Aku baru nak mengelak. mangkuk pop corn di ribaku di letakkan ke atas lantai.
  "Apa alah-alah. Tak ada alah-alahnya. Sampai bila angah nak duduk rumah macam ni. Tengok tu tak senonoh, duduk makan popcorn. Itu je kerja angah. Abah tengok angah makin pendek sebab makin gemuk. Dah pergi kerja." Tegas abah. Tersentuh hati aku bila abah kata aku gemuk. Aku pendek. Huh sakit hati. Adik aku pula sedap-sedap gelakkan aku. Tak apa nanti kau.
  Sekarang tuhan kan bayar cash. Baru lepas gelakkan aku ada hati nak ambil pop corn aku. Belumpun sempat jari adik kesayangan aku ni sampai ke mangkuk besar milikku. Cepat je aku larikan mangkuk pop corn ku. Huh padan muka. Terpinga-pinga dia.
  "Angah..." Dia memberontak dan aku dengan kekejaman melanda buat muka selamba.
  "Kalau nak beli sendiri. Tadi kan seronok gelakkan angah. Huh." Aku dengan segala aura adolf mengambil popcorn dan memasukkan kedalam mulutku dengan wajah penuh nikmat... huhu. Puas hatiku..


  Keesokkannya ala-ala minah suci tanpa kesalahan aku ke pejabat itu. Aku menunggu di panggil. Macam pergi klinik macam tu. Huhu.. Aku menanti dengan penuh kesabara.... Sabar sehingga mataku hampir terlelap. Huh inilah tendangan Nasi Lemak Sambal Kerang yang aku makan pagi tadi ( lapar pula fikirkan sambal kerang)  Titian Mimpi aku sudah nampak... 1... 2...3... nak melangkah.

"Encik Anuar." Alamak potong mimpi betullah. Suara itu mengejutkan ku.
"SELAMAT PAGI CIKGU" Reaksi spontanku bila terkejut. Terkejut mendengar suara yg bercakap berhampiran dengan aku itu. Huh hilang titian aku... terus terjatuh dalam longkang penuh kesedaran. Dengan wajah tempe tamat tempoh aku segera berdiri.
Di hadapanku kini hadir tiga batang tubuh yang memandang ke arahku. OPPPSSS baru aku sedar kesilapan diri. Tadi sewaktu terkejut aku mengucapkan selamat pagi. Tidak tahu malu aku buat muka kucing comel... wah comel macam Puss yang gemuk dalam cerita Shrek happy forever after... huhu
" Hazia?" Suara itu menarik aku memandang ke arah salah satu tubuh yang tinggi berdiri itu. Alamak Bos ku Musuh ku... Encik Arman...(ingat lagi ke encik Arman, ala bos aku dalam episode Lagu hatiku dulu tu. sekarang dah jadi EX bos aku)
"Awak buat apa kat sini?" Sibuk pula ex bos aku ini bertanya. Suka hatilah. Aku pun bayar cukai apa kat Malaysia ni.
 "Saya datang nak kerjalah. Abah saya suruh jumpa Encik Anuar." Aku menayangkan muka geram tak ada jambatan. Geramlah wei.
 "Saya Encik Anuar." Lelaki di sebelah ex-boss aku memperkenalkan diri.
 "Bye ex-boss. Hai future bos. Saya Hazia." Aku menghulurkan salam pada future bos aku.
Di sambut hangat oleh Encik Anuar. Wah bahagia aku. Pandai abah aku cari ketua untuk aku. Kacak dan mengancam... huhu.
 "Tak payahlah salam sampai tak nak lepas. Ada gam ape?" Amboi ex bos aku ni sesedap mulut dia je nak mengata. Terasa sakit tanganku di rentap olehnya. Baru nak menggatal dah ada yang kacau daun.
 "Sibuk je." Rungutku.
 " Aku balik dulu Nuar." Ex bosku meminta diri dari future bosku. Nak balik tapi lengan aku di capai sama. Apa ke halnya.
  "Nak balik, baliklah. tangan saya lepaskan." Guman aku sambil meronta minta di lepaskan.
   "Awak balik dengan saya."Arah Encik Arman.
   "Amboi banyak cantik dia nak arah-arah saya. Eh bapa ayam lepaslah. Ingat saya ni anak ayam ke?" Semburku. Hah kan dah kena... padan muka. Usik aku lagi.
  "Man, kau janganlah buat hal. Dia tu pekerja aku tu,." Encik Anuar, bos ku cuba membantu. Wah macam putera selamatkan puteri. Terharunya...
  "Nuar, dia ni runaway secretary aku." Sesedap bahasa je dia buat movie baru dengan aku. Cakap aku ni runaway secretary dia.. ingat filem runaway bride ape.
 "Ohh.. Okay. Kau uruslah sendiri. Mira,masuk bilik saya." Aku nampak putera aku terus berlalu bersama setiausahanya. Tinggallah aku dan exbos aku sendirian... Memang putera katak betul dia... Hancus harapanku.
 "Awak, ikut saya." Tanpa belas aku di heret. Di heret ke suatu tempat yang aku tidak tahu...


Thursday, June 17, 2010

SIAPALAH AKU-SINOPSIS

Sebuah enovel baru... mungkin hanya mini novel sahaja....




NASIRA: Serius aku tak sangka aku bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain. Agaknya dah tertulis untuk aku macam ni. Yang penting aku Ikhlas. Buat apa aku nak mengharap pada yang tak sudi. Biarlah aku begini.


NUQMAN: Setiaku dikau balas dengan pengkhianatan. Bertahun aku menanti tapi kau tak pernah faham erti setia. Akhirnya dia yang baru ku kenali lebih tahu menghargai kesetiaanku. Maaflah tiada lagi ruang untukmu di hatiku kerana ruang ini sudah di penuhi olehnya.


HASNI: Baru aku sedar betapa dirimu berharga. Aku menyesal kerana buat kau menangis. Satu Kekesalan dan kekhilafan padaku. Dirinya tak sepertimu. Dirinya tak setanding dirimu. Baru diriku tahu nilai dirimu.


ZURA: Kesetiaanmu aku khianati, bukan aku sengaja cuma aku kabur dengan perasaan sendiri. Bila dikau bersamanya baru aku tahu, tiada yang setanding dirimu... Dikau yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidupku. Benarkah tiada ruang dihatimu buatku lagi?


Nasira, kekasih Hasni. Zura pula tunangan Nuqman. Bertahun pasangan ini membina kepercayaan namun akhirnya Nasira dan Nuqman di khianati. Zura dan Hasni bercinta di belakang mereka.


Untungnya Zura dan Hasni, hanya tertangkap oleh Nuqman dan Nasira. Tapi Nuqman dan Nasira yang baru beberapa jam bertemu mereka di tangkap basah ketika melepaskan rasa kecewa. 


Nuqman dan Nasira tidak bersalah cuma mereka berada ditempat yang salah di waktu yang salah. Akhirnya mereka kabul menjadi suami isteri. 


Mengenali Nuqman, Nasira menjadi gadis yang cukup lepas laku, ceria dan cemerkap.


Mengetahui Nasira, Nuqman menjadi lelaki yang cepat hilang sabar, sensitif dan perihatin.


Melihat kebahagiaan Nasira dan Nuqman barulah Hasni dan Zura tahu apa yang mereka telah lepaskan dari hidup mereka. Hati mereka kuat merebut kembali apa yang sepatutnya menjadi milik mereka dulu. 


Benarkah Nuqman dan Nasira bahagia bersama?
Masihkah ada kesempatan buat Zura dan Hasni? 

Sunday, June 13, 2010

Promosi Jodoh Atau Cinta


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Alhamdullillah, akhirnya JAC sudah boleh di dapati di pasaran.... Anak pertama Iman mungkin juga anak tunggal Iman sebagai seorang pengarang (huhuhuhu kesian anak2 Iman nanti ada ber'abg' sebuah buku.) .... Terima kasih kerana menunggu... dan terima kasih kerana membeli... Janganlah letak harapan yang terlalu tinggi buat novel ini kerana novel ini di olah ketika iman baru belajar langkah pertama untuk bertatih (sekarang pun masih bertatih cuma langkahnya agak laju kot). 

JAC merupakan pengenalan Iman pada dunia Penulisan Novel... Sememangnya bukan mudah.. Jasa Kaki Novel dan Editor tak mungkin Iman lupakan... Pejalanan JAC merupakan pengalaman baru buat Iman...

Terus Terang Iman katakan Iman belum sempat membaca versi cetak... Puas mengintai setiap kedai buku namun belum ada rezeki Iman bertemu... Pada yang membeli, sekalung terima kasih Iman ucapkan... Pada yang membaca, Iman tidak tahu sama ada novel itu memuaskan hati anda atau tidak.. 

Kalau berpuas hati, terima kasih pada editor dan KN yang membantu... Kalau tak best .. Itu kesalahan Iman yang masih mentah menyusun plot-plot cinta... Terima Kasih... 



KEPADA MEMBACA, IMAN MOHON BERILAH

 FEEDBACK UNTUK IMAN MEMPERBAIKI DIRI...

Friday, June 11, 2010

Promosi Jodoh Atau Cinta



Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Alhamdullillah, akhirnya JAC sudah boleh di dapati di pasaran.... Anak pertama Iman mungkin juga anak tunggal Iman sebagai seorang pengarang (huhuhuhu kesian anak2 Iman nanti ada ber'abg' sebuah buku.) .... Terima kasih kerana menunggu... dan terima kasih kerana membeli... Janganlah letak harapan yang terlalu tinggi buat novel ini kerana novel ini di olah ketika iman baru belajar langkah pertama untuk bertatih (sekarang pun masih bertatih cuma langkahnya agak laju kot). 

JAC merupakan pengenalan Iman pada dunia Penulisan Novel... Sememangnya bukan mudah.. Jasa Kaki Novel dan Editor tak mungkin Iman lupakan... Pejalanan JAC merupakan pengalaman baru buat Iman...

Terus Terang Iman katakan Iman belum sempat membaca versi cetak... Puas mengintai setiap kedai buku namun belum ada rezeki Iman bertemu... Pada yang membeli, sekalung terima kasih Iman ucapkan... Pada yang membaca, Iman tidak tahu sama ada novel itu memuaskan hati anda atau tidak.. 

Kalau berpuas hati, terima kasih pada editor dan KN yang membantu... Kalau tak best .. Itu kesalahan Iman yang masih mentah menyusun plot-plot cinta... Terima Kasih... 



KEPADA MEMBACA, IMAN MOHON BERILAH

 FEEDBACK UNTUK IMAN MEMPERBAIKI DIRI...

Wednesday, June 9, 2010

Bebaskan Aku Cinta-5


BAB 5
Aku tak peduli… Misi membalas dendam

            Nadilla bergolek ke kanan kemudian dia kembali bergolek ke kiri. Puas dia cuba lelapkan matanya. Puas dia cuba menidurkan dirinya sendiri namun dia tidak mampu. Sudah hampir empat jam dia bergolek-golek cuba untuk tidur. Habis sebuah novel dia baca namun matanya terlalu kejam untuk merehatkan mindanya. Pekara itu masih menganggu ketenteramannya.
            Nadilla mengerling mata pada jam di meja sebelah katilnya. Sudah tepat pukul 4 pagi, lama lagi untuk subuh. Teringat kembali pesanan abahnya yang menyuruhnya menelefon Taufiq. Semalam sudah terlalu lewat untuk dia telefon. Dia masuk bilik pun dah hampir pukul 12 tengah malam. Huh lelaki itu memang menyusahkannya dan menyebabkan dia tidak boleh tidur sekarang. Agaknya sekarang ini lelaki itu sedap-sedap di buai mimpi.
            ‘Dia sedap-sedap tidur. Aku juga yang merana tak boleh tidur.’ Rungut Nadilla sendirian. Tertekan dia kalau macam ini.
            TING…tiba-tiba lampu di atas kepalanya menyala. Hilang muka tertekannya berganti muka jahat dengan senyuman nakal. Kalau dia tidak boleh tidur, Taufiq juga tidak boleh tidur. Pantas Nadilla mencapai telefon bimbitnya dari meja lampu di sebelahnya. Dia menekan nombor di keypadnya. Misi membalas dendam bermula.
            “Hello, dah tak tahu siang malam ke? Pagi-pagi telefon orang. Siapa ni?” Akhirnya selepas enam kali membuat panggilan, Nadilla berjaya membangunkan Taufiq. Terbit senyuman di bibirnya apabila mendengar kemarahan Taufiq. Misinya seakan berjayalah pula.
            “Assalamualaikum bos. Bos tengah buat apa tu?” Sengaja Nadilla menceriakan suaranya. Menambah lagi minyak di api kemarahan Taufiq. Pasti Tuafiq tengah bengang kerana tidurnya di ganggu dan suara ceria Nadilla adalah pembakar terhebat kebengangan Taufiq.
            “Dilla, kau ni dah tak  tahu siang malam ke nak call. Sekarang ni tengah pagi buta tau tak. Tak tahu ke orang nak tidur?” Suara bengang Taufiq bertambah degreenya. Aduh sememangnya dia terlampau benganglah tu.
            “Amboi bos. Marah-marah sampai lupa nak jawab salam... Berdosa tau bos.” Nadilla sedaya mungkin menahan gelaknya. Di depan matanya sudah terbayang wajah Taufiq yang merah dan menakutkan. Dalam hati Nadilla merasakan cukup puas. Padan muka Tuafiq, dia buat orang tak boleh tidur. Dia pula sedap-sedap nak buat tahi mata.
“ Nadilla!! Kau ni pekak ke bodoh? Dah pukul berapa ni? Tak reti-reti ke nak tidur. Kau pergi kacau orang tu kenapa? Dah teringin nak jadi hantu ke.” Suara Taufiq menengking. Terkejut
Nadilla mendengar tengkingan itu. Kecut terus perutnya. Mendengar setiap baris kata yang di luahkan itu cukup bisa seperti patukkan ular senduk. Air matanya mengalir dengan sendiri. Sebak menyelubungi dirinya.
“Kenapa diam? Sukakan buat kerja bodoh macam ni. Ganggu orang tidur. Kalau dah bodoh tu bodohlah juga.” Aduh kata-kata itu umpama belati yang menusuk ke kalbu.
Sendirinya tangisan tadi menjadi esakkan yang panjang. Esakkan yang tidak boleh di sembunyi lagi. Cukup lantang kedengaran di telinga di hujung sana. Esakkan yang membuatkan masing-masing senyap dengan talian yang masing bersambung.
“Memang saya bodoh bos. Sebab saya bodohlah saya selalu jadi mangsa bos. Bos sedap-sedap je tidur. Saya kat sini langsung tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Memang saya sedar saya bodoh di mata bos.” Dengan geram Nadilla melepaskan perasaannya pada Taufiq. Punat merah itu lantas di tekan memutuskan talian yang bersambung.

***********

            Taufiq merenung telefon bimbitnya sambil membawa tubuhnya bersandar di kepala katil. Dengan kedua belah tapak tangannya dia mengusap perlahan wajahnya. Hilang terus mengantuknya apabila terdengar tangisan Nadilla tadi. Terbit rasa bersalahnya.
            Sememangnya tadi Taufiq tersangat marah apabila lenanya di ganggu. Penat memerah otak merencanakan rancangan buat jabatannya siang tadi membuatkan dia sangat perlukan rehat yang cukup malam ini. Lalu apabila lenanya di ganggu di pagi buta, amarahnya datang tanpa dapat lagi di bendung.
            Entah apa-apa kata yang dia lafazkan pada si pemanggil. Terbang semua sumpah seranahnya apabila suara ceria itu mencabar kewibawaanya. Tanpa berfikir dia menuturkan kata. Tanpa tahu menghargai perasaan pendengar dia menghamburkan kata yang berbisa.
Apabila suara ceria itu bertukar tangisan, hatinya mula rasa bersalah dan apabila suara itu mengeluarkan baris kata yang memilukan, rasa bersalah itu di campur dengan rasa kesal pula. Masa itu hilang terus mengantuknya. Hilang terus penatnya. Wajah sayu dan tangisan Nadilla pula menghantuinya. Sungguh dia menyesal dia mengeluarkan perkataan-perkataan itu.
‘Huh’ keluhan keluar dari bibir Taufiq di pagi-pagi buta ini. Kalau perempuan lain mungkin dia akan sambung tidur semula. Tak akan dia pedulikan sebegini rupa malah mungkin dia akan rasa puas kerana mampu melepaskan geramnya. Namun ini Nadilla, satu-satu gadisnya yang rapat dengannya. Satu-satunya gadis yang dia ambil berat perasaannya.
Oleh itu tidak mungkin Taufiq membiarkan Nadilla bersedih kerana dirnya. Taufiq merenung kembali telefon di tangannya. Dengan penuh semangat dia mendail nombor milik Nadilla. Talian berbunyi cuma tidak bersambung. Pasti Nadilla marah sampai tidak mahu mengambil panggilannya. Sebelas kali deringan masih belum berjawab. Taufiq mula tidak sedap hati. Pantas sms di hantar pada gadis itu. Kali ini pasti panggilannya akan di jawab.

***********

Dilla, dah sebelas kali aku call, kalau kali ini kau tak angkat juga.
Kali ke 13 panggilan aku adalah pada telefon rumah kau.
 Biar satu rumah kau tahu aku call kau.

Nadilla membaca sms dari Taufiq itu. Baru sempat dia habis membaca ayat terakhir panggilan dari Taufiq masuk ke telefonnya. Kali ini mahu atau tidak, dia perlu menjawab panggilan ini. Kalau tidak pasti telefon rumahnya akan berbunyi. Nadilla Azril cukup kenal siapa Taufiq Adam.
“Assalamualaikum. Dilla?” Taufiq bersuara setelah lama talian bersambung namun tiada sebarang kata dari Nadilla.
“Tak jawab. Dosa.” Taufiq mengumpan lagi mulut comek itu berkata-kata.
“Saya jawab dalam hati. Bos tahu apa?” Jawab Nadilla geram. Taufiq mula tersenyum. Kenapa hilang kerisauannya apabila suara itu menjawab.
“ Dilla okay?” Taufiq bertanya lembut. Nadilla mengangguk kemudian baru dia tersedar Taufiq tak mungkin dapat melihatnya.
“Okay.” Jawab Nadilla kurang ikhlas.
“Aku minta maaf ya tadi. Kau tak boleh tidur ya?” Entah kenapa Taufiq teringin berbual dengan Nadilla. Baru dia teringat satu hari ini dia belum mendengar suara itu.
            “Tak ada apalah bos. Saya ni memang bodoh kacau bos malam-malam macam ni.” Nadilla dengan nada merajuknya.
            “Dilla, sayang. I minta maaf okay. You tak boleh tidur kenapa? Mimpi ngeri ke?” Taufiq tidak mahu membalas kemarahan itu dengan kemarahan. Biarlah dia mengalah.
            “ Tak boleh tidur fikirkan lamaran bos. Bos, saya tak nak teruskan. Saya penatlah macam ni. Tak boleh langsung tidur. Bos pergilah pinang orang lain.” Suara keanak-anakkan dan manja keluar dari bibir itu.
            “Dilla, kalau I nak pinang orang lain. I tak payah suruh keluarga I pergi lamar you. Parent you cakap apa pula? Dia orang terima  tak?” Taufiq bertanya lagi. Terbit risau di hatinya kalau Nadilla menolak pinangannya. Walaupun nyatanya sekarang hatinya cukup sedih bila gadis manja itu menyuruh dia meminang perempuan lain. Ya dia sedih cuma dia tidak tahu kenapa dia sedih.
            “Abah dan Ibu terima. Dia suruh keluarga bos datang hujung minggu depan. Kenapa bos buat macam ni? Saya ini yang sengsara tak boleh tidur tau.” Makin manja pula kedengaran suara Nadilla di telinga Taufiq. Tersenyum Taufiq mendengar rengekkan manja itu. Tidur aja yang gadis itu fikirkan.
            “Sebab I nak kahwin dengan youlah, I pinang you. Dahlah esok I datang rumah you okay. Kenal keluarga you.” Taufiq dengan gembira mengkhabarkan hal itu.
            Nadilla puas pula menolak. Nak buat apa Taufiq datang ke rumahnya. Tak mampu memberi alasan menolak, dia menukar topik lain untuk berbual dengan Taufiq. Hampir sejam juga mereka bergayut sebelum Nadilla tertidur. Taufiq pula di hujung talian tersenyum apabila terdengar desah nafas lembut Nadilla yang tertidur. Penat dia bercakap sorang-sorang.
            Yang tak boleh tidur tadi sudah lena, yang mengantuk pula tak boleh tidur. Taufiq pantas membersihkan dirinya. Kunci kereta di atas meja di capai. Dia ada pejalanan yang jauh untuk di tempuhi sebelum sampai ke rumah Nadilla. Niat di hatinya untuk sampai ke rumah gadis itu sebelum habis mereka bersarapan.

Monday, June 7, 2010

Bebaskan Aku Cinta-4

BAB 4
Andai ini ketentuannya… Jodoh antara kita

            Suasana makan malam di meja milik keluarga Nadilla berlainan sedikit auranya pada malam ini. Selalunya kalau meja ini cukup korumnya dengan ahli keluarga yang pulang mencari ketenangan. Meja ini akan riuh dengan usik mengusik namun buat malam meja ini hanya senyap tanpa sebarang cerita yang menceriakan.suasana. Masing-masing senyap kerana malam ini akan terjadi sesuatu keriuhan yang berlainan.
            Nadilla jadi hilang selera memikirkannya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapi semua ini selepas ini. Kali ini pasti sesuatu yang serius akan berlaku. Satu-satunya anak gadis di dalam rumah ini akan bertunang tentunya satu isu besar buat keluarga ini. Kalau tidak masakan ibunya memanggil abangnya pulang.
 Lewat petang tadi abangnya sampai selepas setengah jam abahnya muncul di depan pintu. Satu mesyuarat di adakan di antara ibu bapanya dan abangnya. Kehadirannya pula tidak di alu-alukan. Mereka berbincang tanpa dirinya yang sudah awal-awal di kenakan arahan mandotori supaya masuk ke bilik.
Hasilnya beberapa jam itu Nadilla menjadi resah ingin mengetahui apakah hasil perbincangan ‘panel-panel’ hidupnya itu. Puas dia cuba mengorek dari kakak iparnya dan adik kecilnya. Habis tawaran hebat untuk menyogok mendapatkan maklumat namun sorang pun di antara mereka yang di sogokkan tidak mahu berkerjasama.
“ Tahulah teruja sangat nak bertunang, tapi tak kan tak nak makan Dilla? Dari tadi abah tengok kamu bermain dengan nasi tu.” Encik Azril menegur anaknya itu.
“ Orang tak sabar abah. Macam tulah.” Aril ikut mengusik adik perempuannya itu bersama senyuman nakal.
“Hish apa pula abang ni. Mana ada.” Nadilla menidakkan. Teruja? Tidak sabar? Ohh bukan itu rasanya kalau boleh dia tak nak hari ini datang pun.
“Eleh. Malu lah tu.” Aril masih mengusik. Tiya hanya tersenyum memandang perangai nakal suaminya itu. Kuat mengusik, itu suaminya.
“Dah. Jangan nak bising kat meja makan pula. Lepas makan ni, abah ada sesuatu nak bincang. Semua orang berkumpul di depan.” Encik Azril cepat mematikan suasana sebelum menjadi semakin riuh. Anak-anaknya itu kalau di biarkan nanti boleh kecoh satu meja makan ini jadinya.
Nadilla yang mendengar arahan dari abahnya itu semakin resah. Tidak senang duduk dia di buatnya. Apalah keputusan orang tuannya itu. Aduh kali ini Taufiq memang benar-benar mengacau bilau hidupnya. Terbit pula rasa menyesal kerana mengenali lelaki bernama Taufiq itu. Kenapalah dia oleh mengenali si Taufiq tu.

*************

            “Abah rasa semua orang tahu kenapa abah panggil kamu semua ke mari. Abah terus-terang katakan yang abah dan ibu tidak suka bila anak-anak abah berahsia daripada kami. Rasanya selama ini kami dah cukup terbuka dengan anak-anak kami. Abah tak faham kenapa semua ini berlaku pada hari ini. Nadilla, fahamkan maksud abah?” Encik Azril memulakan mukadimah. Semua yang ada di ruangan tamu itu hanya senyap. Menghomati ketua keluarga berucap.
            “Dilla faham abah. Dilla minta maaf.” Nadilla faham apa maksud abahnya itu. Abahnya pasti tidak senang apabila tiba-tiba rombongan datang tanpa mereka tahu kehadirannya.
            “Abah terkejut bila ibu kamu telefon menyatakan ada yang datang bertanyakan kamu. Kami tak tahu pun mereka nak datang. Ibu kamu sendiri terkejut dengan kedatangan mereka. Sebelah kita tidak bersedia apa-apa pun menyambut mereka. Tak elok Nadilla kalau macam ni. Apa pandangan mereka tentang keluarga kita nanti. Abah bukan tak suka mereka datang tapi apa yang abah tak suka yang kita ni tidak bersedia menyambut. Abah pun tak ada kat rumah masa tu. Kita ni ada adat. Ada adab. Abah harap benda macam ni tidak akan berulang lagi. Kamu tidak tahu ke mereka nak datang?” Encik Azril puas berceramah. Namun bila melihat muka sedih anak gadisnya itu. Sayu pula rasanya.
 Tidak pernah Nadilla berkelakuan begini. Dulu apabila kawan-kawan anak gadisnya itu datang pun sibuk saja Nadilla mencanangkan serumah tak kan  hal sebesar ini anak gadisnya itu hanya berdiam diri.
“ Taufiq ada beritahu Dilla sebulan lalu abah. Dilla ingatkan dia bergurau. Sebulan ni dia senyap saja. Cuma dalam dua tiga hari ini dia sibuk ingatkan Dilla supaya balik kampung. Dilla ingat tak ada benda, cuma ingatan dia. Tak tahu pula dia nak menghantar rombongan macam ni. Maafkan Dilla abah.” Nadilla berterus terang. Takut pula kemarahan abahnya semakin dahsyat nanti.
“Jadi betullah kamu bercinta dengan budak Taufiq tu?” Encik Azril bertanya lagi. Kalau dari cerita yang di dengarinya dari  Nadilla, sepertinya benar anaknya bercinta dengan lelaki yang datang meminang anaknya itu. Kalau tidak masakan sampai nak bertunang macam ni.
“Tak adalah. Mana ada Dilla bercinta dengan dia. Dilla kawan biasa je dengan dia tu.” Nadilla tidak boleh menipu. Berterus terang itu sifatnya kalau bersama orang tuanya.
“Kawan biasa saja. Habis kenapa nak bertunang pula ni?” Puan Nasiha bertanya. Pelik pula dia, kalau benar katanya kawan biasa tak kan sampai pihak sana sanggup berjalan jauh menghantar risikan.
“Entahlah dia tu bu. Dilla pun tak tahu, tiba-tiba ajak Dilla tunang. Dahl ah ajak depan Tuan Haji. Tersenyap Dilla di buatnya.” Nadilla menceritakan hal sebenarnya pada Puan Nasiha. Dia benar-benar tidak tahu apa tujuan Taufiq hendak bertunang dengannya.
“Ala ibu, budak lelaki tu sukakan akak lah tu ibu sebab tu terus ajak akak bertunang.” Amboi si kecil di dalam rumah itu selamba menyampuk. Dilla merenung tajam pada adiknya yang sesuka badak je memanjangkan cerita.
“Betullah itu ibu. Budak lelaki tu sukakan Dilla. Itu di ajaknya adik ni bertunang terus. Mana nak cari budak lelaki macam tu. Itu tandanya dia budak baik, serius dengan Dilla. Abang setuju kalau Dilla dengan orang macam tu.” Aril menyampuk bersetuju dengan pendapat adiknya Adi. Bukan mudah seseorang lelaki nak melangkah ke alam yang sudah ada ikatan begini.
“ Abang tahu je. Abang bukannya kenal dia.” Nadilla tidak suka bila abangnya berkata begitu. Lain yang dia harapkan. Lain pula yang jadi.
“Betullah kata abang kamu tu. Kalau dia bukan budak baik, dia tak datang minta kamu cara baik macam ni sedangkan kamu dua berkawan biasa saja. Bagi kamu dia mungkin kawan biasa. Dia pula suka kan kamu, terus di ajaknya bertunang. Itu tandanya dia budak baik. Ini abah nak tanya, kamu dah ada calon lain ke selain Taufiq ni?” Encik Azril menyokong kata-kata anak sulungnya.
“Mana ada abah.” Dilla cepat menjawab. Hish bila pula dia ada buah hati lain.
“ Kalau macam tu, baguslah. Lepas ini kamu telefon Taufiq, minta keluarganya datang ke mari minggu depan. Abah dah bincang dengan ibu dan abang kamu. Kami setuju menerima pinangan ini.” Hampir pengsan, Nadilla mendengar arahan abahnya itu. Pinangan ini di terima? Sungguh dia tidak percaya.
“Tapi abah.” Nadilla ingin membantah cuma tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan suara untuk itu.
“Kenapa Dilla? Kamu tidak suka ke? Ibu kata di pihak sana berharap sangat pada kamu dan kamu pun pernah bersetuju dengan mereka. Kamu dah serahkan semua ini di tangan kami, sekarang kami dah bersetuju. Kamu tak suka ke?” Tanya Encik Azril lagi. Pelik pula dengan reaksi anak gadisnya itu. Seperti tak suka.
“Tak adalah abah. Nanti Dilla call Taufiq.” Dilla tidak jadi membantah apabila mendengar suara tegas abahnya. Mungkin ini takdirnya dan dia redha untuk itu.

Friday, June 4, 2010

Bebaskan Aku Cinta-2 n3

BAB 2
Semuanya alasan semata

            Nadilla hanya duduk mendengar perbincangan  antara Taufiq dengan Tuan Haji. Dia malas nak menyampuk ke nak ambik port ke? Itu urusan mereka. Nadilla betul-betul tidak tahu apalah fungsi dia di sini. Bukannya dia ada kait-mengait pun dengan urusan ini. Lainlah kalau dia salah seorang pelakon di dalam cd yang tak bermoral tu.
            “Awak tahu tidak taufiq? Apa yang awak buat ini boleh menjejaskan nama syarikat.” Balik-balik itu yang di ulang Tuan Haji dalam ceramahnya pada Taufiq. Sampai rasanya naik bosan Taufiq mendengar ceramah yang berulang kali itu.
            “Saya tahu Tuan Haji. Saya minta maaf, saya tak sangka jadi begini.” Taufiq bersuara kesal. Entah betul entah tidak kesal mamat ni.
 Nadilla mencebirkan bibirnya tanda tidak percaya. Pada Nadilla, hal yang boleh di elak bergini lebih baik tak buat daripada buat kan. Kenapa dah berlaku baru nak menyesal. Dah tak ada gunanya untuk menyesal. Sekarang siapa susah diri sendiri juga dan tak pasal-pasal dia juga yang merasakan tempiasnya. Mual lagi bila teringat apa yang ada dalam sekeping cd itu.
“Habis sekarang apa awak nak lakukan? Awak perlu bertanggungjawab Taufiq.” Tegas suara Tuan Haji menyatakan pendiriannya.
“Saya tak perlu bertanggungjawab Tuan Haji. Saya dan perempuan itu dah putus. Antara kami hanya seperti apa yang ada di dalam cd itu tapi antara dia dan kekasihnya sekarang lebih jauh terlanjur. Saya tidak mahu mengambil sisa orang Tuan Haji.” Tegas Taufiq menyatakan pendiriannya juga.
“Jauh atau tidak tapi antara you dan dia juga pernah terjadi apa-apa. You tak boleh sesedap rasa you nak lari dari kenyataan itu. Ini baru Tuan Haji yang tahu, kalau orang luar tahu? Lagi parah. Silap-silap boleh hangat satu Malaysia. Jangan pandai baling batu tapi sembunyikan tangan.” Sindir Nadilla. Dia cukup tidak suka dengan cara Taufiq yang sepertinya ingin melarikan diri itu.
“Dilla, I tak ada niat nak larikan diri. Apa yang cerita tu memang betul I dengan Mikka dah putus. I sendiri nampak dia dengan kekasih dia dalam bilik sebab tu I dan dia putus.” Terang Taufiq bersungguh. Sekarang dia rasa dia di serang dari setiap sudut sisi.
“Mana you tahu dia lebih jauh terlanjur dengan kekasih dia dari bersama you? You dan dia buat cd tu pun dalam bilikkan? Kot-kot mereka pun hanya buat apa yang you berdua pernah buat. Siapa tahu?” Suara sinis adn jelik sekali Nadilla lontarkan pada Taufiq.
“You jangan nak menuduh I, Nadilla. I memang pernah buat silap itu bersama dia tapi I belum sampai lagi nak rosakkan dia. Kami tak pernah pergi jauh. Sewaktu dia bersama I, I jamin yang dia masih lagi anak dara. I tahulah mereka terlanjur jauh sebab dengan mata kepala ini sendiri nampak mereka buat pekara itu. Puas hati?” Geram pula Taufiq. Sangkanya dengan membawa Nadilla di sini boleh membantunya. Ini tidak Nadilla pula menambahkan lagi masalahnya.
“You dah buat anak orang Taufiq. Walau apapun alasan you, you perlu bertanggungjawab. Kalaupun I puas hati dengar cerita you ni, mungkin orang lain tak boleh terima. Tetap aje perkara ini akan menjadi semakin teruk nanti.” Nadilla mencuba merasionalkan Taufiq. Pekara ini bukan hanya antara mereka bertiga mungkin juga akan tersebar pada orang ramai.
“Kata Nadilla itu betul. Kalaupun kami percaya cakap kamu Taufiq, bagaimana kamu nak memastikan orang lain percaya cakap kamu juga nanti?” Tanya Tuan Haji. Nampak sangat dia bersetuju dengan Nadilla. Jadi geram pula Taufiq di buatnya.
“ Saya akan bayar ugutan yang dia nak ini dan saya akan ambik balik copy asal cd ini bersama surat peguam yang menyatakan cd ini telah di musnahkan. Jika dia nanti mengugut lagi saya akan heret dia ke mahkamah.” Solusi dari Taufiq.
Ini satu yang Tuan Haji suka pasal Taufiq ini, seorang anak muda yang berfikiran kritis da bijak menyelesaikan masalah. Tengoklah walaupun Taufoq di tekan daripada tadi, anak muda ini tetap tenang dalam perbicangan ini. Hanya sesekali nampak terganggu dengan ketidakpercayaan Nadilla padanya.
“Bayar? Bayar apa?” Nadilla tidak faham yang yang perlu Taufiq bayar?
“Bayar untuk cd ini. You ingat diaorang hantar cd ini hanya suka-suka ke? Diaorang ugut I. Nak duit mudah gunalah cara ini. Itupun you nak I kahwin dengan orang macam tu.” Keras Taufiq membalas. Nadilla terus terkelu senyap. Aduh kalau begitu niat si bunga memang sah tiada kumbang yang ‘layak’ buat bunga.
“Sudah, tak ada gunanya kamu berdua bertengkar. Benda dah berlaku. Sekarang ini Taufiq saya nak kamu selesaikan masalah ini. Cuma sebelum itu, saya mahu kamu tunjukkan yang kamu serius. Kahwin cepat. Jadi kalaupun pekara ini menjadi gossip di kemudian hari kamu boleh buktikan yang kamu dah berubah.” Tuan Haji memberi satu lagi cadangan ataupun sebenarnya arahan yang perlu Taufiq ikuti.
“Memang sudah niat saya nak berkahwin pun Tuan Haji. Insya Allah kalau tak ada halangan saya memang nak minta keluarga saya masuk meminang Nadilla. Kami bincangnya akan bertunang dulu sementara menunggu Nadilla ini bersedia nak kahwin. Harap-harap pekara ini tak menganggu perancangan kami.” Luah Taufiq sambil tersenyum.
Nadilla di sebelah sudah seperti di mandikan dengan ais kutub selatan. Selepas itu di tenggelamkan dalam lava gunung berapi pula. Bila masa pula dia berjanji nak bertunang dengan si Taufiq ini? Aduhh kes mana pula ni.
“Saya pasti Nadilla tidak akan terpengaruh dengan pekara ini. Nadilla seorang yang cukup bijak menilai. Tidak begitu Nadilla?” Tuan Haji secara tidak langsung membuatkan Nadilla tiada pilihan selain mengangguk.
“ Kalau macam itu, saya tunggu kad kamu berdua. Jangan tak jadi pula. Saya sanggup buat majlis besar-besaran untuk kamu berdua ni. Kalau boleh saya sendiri yang akan pinangkan Nadilla ini untuk kamu nanti.” Tuan Haji kelihatan begitu seronok pula. Macam anak dia pula yang nak kahwin.
Taufiq sudah tersenyum simpul. Nadilla hanya memberi senyuman paksa. Aduh bala apa pula yang sampai ini. Berpaling melihat senyuman meluat dari Taufiq membuatkan Nadilla tekad, kaki Taufiq perlu di jadikan mangsa. Cepat saja Nadilla mengangkat senjata tumitnya menghentak kaki Taufiq. Tapi bukan Taufiq yang sakit malah  Nadilla pula yang geram. Taufiq tidak berperasaan.

************************************

“Bila masa kita janji nak bertunang?  Nak kahwin berbagai ni?” Tidak menunggu jauh, sebaik keluar dari pejabat Tuan Haji, Nadilla terus meluahkan lava tidak puas hatinya.
“Kenapa pula kita tak boleh bertunang. You dah tengok semua badan I so you kena tanggung jawab. You jangan nak mengelak pula.” Balas Taufiq selamba. Apa pula tangungjawab ni? Bila masa pula dia tengok?
“Bila masa pula I tengok harta you tu sampai I kena tanggungjawab?” Tanya Nadilla tidak puas hati.
“Tu tadi you tengok dalam cd tu apa?” Taufiq memang menyakitkan hati.
“Huh itu? I tengok dalam cd je tau. Yang Mikka tu bukan setakat tengok siap pegang untuk you tak pula you suruh tanggugjawab.”
“Ala dalam cd ke? Siaran langsung ke sama je. Mikka tu dah ada lelaki lain inspect dia, tapi you belum lagi kan? Jadi mestilah I nak you. Kalau you nak tengok siaran langsung pun I boleh bagi apa.”
Aduhhhh melalut pula si Taufiq ini. Nadilla putus harap betullah kalau bercakap dengan si Taufiq ni. Pening kepala dia. Lama-lama gila dia melayan. Daripada dia melayan baik dia pergi. Dengan hentakkan kaki, lalu Nadilla berlalu pergi.















BAB 3
MOGA INI HANYA MIMPI SEMATA

            Sangka Nadilla hari ini tidak akan sampai. Dia tak menganggap pun kata-kata yang Taufiq lemparkan padanya sebulan dulu adalah sesuatu yang akan menjadi catatan hidupnya. Waktu Taufiq menyatakan dia ingin bertunang dengan Nadilla, rupanya itulah saat lamaran Taufiq buatnya. Pintanya ini hanya mimpi semata. Mimpi yang akan hilang pada esokkan paginya. Inilah mimpi paling ngeri yang dia pernah rasakan.
            Sebulan kiraan waktu hari-hari yang berlalu. Bayangkan 30 kali sang suria terbit dan terbenam di ufuk langit ciptaan yang maha esa, dalam masa 30 hari selepas hari kejadian itu tidak sekalipun sesiapa di antaranya dan Taufiq membuka bicara tentang hal ini, alih-alih pagi ini muncul rombongan meminang di rumahnya.       
Apa kejadah semua ini? Memang hendak kena si Taufiq ni. Patutlah semalam beria-ia dia meminta dia mengingatkan Nadilla supaya balik rumah. Ada juga di suatu masa nanti si budak Taufiq ni jadi cekodok pisang kang dia buat. Lepas ini mesti ibu dia membebel kerana hal ini.
“Kak, ibu panggil.” Tiba-tiba saja adik lelakinya yang bongsu ini muncul di hadapan pintu bilik membawa warkah pemanggilan dari permaisuri rumah ini. Aduh kenapa pula ni. Tadi ibu juga yang menyuruhnya menunggu dalam bilik selepas dia siap menghidangkan minuman buat tetamu.
“Akak, ibu panggilah.” Sekali lagi kedengaran suara Adi, adik bongsunya memanggil mungkin bosan menunggu Nadilla yang masih malas untuk bergerak.
“Yelah akak tahu.” Jawab Nadilla malas. Dia segera bangun dan membetulkan pakaian di tubuhnya. Walaupun dia tidak suka akan kunjungan itu tidak bermakna dia boleh memalukan keluarganya.
“Hish, akak ni tahu tapi tak bergerak. Berangan je. Macam mana nak kahwin macam ni.” Amboi, pandai pula budak ni membebel. Nadilla mendekati Adi dengan senyuman salah. Bila sampai terus saja telinga gajah milik Adi di piat. Kalau nak mengenakan orang kena ada skil, kalau dia marah awal-awal tadi terlepaslah peluang dia nak piat si telinga gajah ini.
“ Amboi pandai je nak bebelkan akak ye.” Nadilla ligat memiat telinga gajah itu. Adi mengaduh kesakitan.
“Sakitlah kak. Lepaslah.” Adi meminta di lepaskan.
“Tahupun sakit. Lepas ni nak bebel akak lagi tak?” Gertak Nadilla. Telinga Adi masih didalam genggamannya.
“Tak. Tak. Lepas ni Adi tak buat lagi. Lepaslah kak.” Ujar Adi sambil memegang tangan Nadilla yang berada di telinganya.
“Tahu pun. Ingat orang mungkir janji itu sebahagian perangai orang munafik.” Pesan Nadilla sambil melepaskan telinga Adi. Nadilla seronok dapat mengenakan adiknya itu. Adi menarik muka asam kecut pada Nadilla.

**********

Nadilla sopan melangkah menuju ke ruang tamu. Dia dengan penuh bersimpuh duduk di sebelah sofa satu yang dihuni oleh ibunya. Sungguh manis pada mata yang memandang. Kali ini Nadilla dapat memerhatikan siapa yang hadir. Yang dia kenali adalah Tuan Haji, majikannya, seorang wanita di sebelah Tuan Haji semestinya isteri Tuan Haji dan nenek Taufiq yang memang cukup dia kenali.
“Dilla apa khabar?” Nek Piah, nenek kepada Taufiq bertanya. Memang dari mula lagi dia dah berkenan sangat dengan Nadilla ni. Sejak kali pertama Taufiq membawa Nadilla pulang ke rumahnya dulu.
“Sihat nek. Nenek sihat?” Nadilla berbahasa pada Nek Piah.
“Sihat macam nilah. Tapi kalau hajat kami bersambut lagi nenek jadi sihat.” Sempat saja Nek Piah berkias. Nadilla hanya tersenyum hambar. Faham sangat apa yang di maksudkan dalam kiasan itu.
“Dilla, ini ibu nak kepastian dari Dilla. Mereka ini datang berhajat. Hajat nak meminang Dilla untuk Taufiq. Kata Tuan Haji Dilla dah setuju dengan peminangan ini, Dilla setuju depan Tuan Haji lagi. Ibu tak nak buat keputusan terburu-buru. Sekarang ibu nak Nadilla yang buat keputusan hidup Nadilla ini. Ibu nak tanya Nadilla sekali ini saja. Betul ke Nadilla setuju bertunang dengan Taufiq?” Terus tepat kepada topik persoalan Puan Nasiha, ibu Nadilla bertanya. Hush brutal juga dia tentang hal ini.
Nadilla pula semakin resah gelisah. Tidak tahu untuk menjawab apa. Aduh satu kes pula dia nak mencerna jawapan menolak di hadapan semua orang. Sudahlah ibunya bertanya di hadapan yang berharap. Macam manalah dia nak menolak ini?
“Macam mana Nadilla? Hari tu awak dah setuju di hadapan saya kan. Saya dah tunaikan janji untuk turun padang pinangkan awak untuk Taufiq ni.” Suara Tuan Haji mencelah pada kedinginan Nadilla. Bertapa resah Nadilla dibuatnya.
“Dilla serahkan pada Ibu. Kalau baik pada fikiran Ibu, baiklah pada fikiran Dilla.” Hanya itu yang mampu Nadilla jadikan jawapan. Dia tak mampu nak menolak pinangan yang membawa harapan yang besar buat keluarga di sana. Namun hati dia juga tidak mampu nak menerima pinangan ini. Lalu Nadilla serahkan pada takdir. Jika memang tersurat dia dan Taufiq bertunang, jawapannya adalah atas restu ibunya dan abahnya.
“Macam inilah Tuan Haji, Hajjah. Beri saya tempoh sampai esok hari. Kalau ikut saya, memang hati ini terbuka nak terima pinangan ini. Tapi biarlah saya berbincang dulu dengan abahnya. Abahnya pun baru malam ini baru balik dari Perak. Itulah saya segan pula pada keluarga Tuan Haji, datang-datang abahnya tak ada. Itu kurang, ini kurang. Itulah budak-budak ni tak beritahu yang keluarga sebelah sana nak datang. Tak sempat yang kami di sini nak sedia apa-apa. Maaflah ye, Haji, Hajjah.” Sungguh Puan Nasiha kesal. Macam tak beradap pula mereka pada tetamu yang hadir.
“Tak mengapa lah Siha, kami faham. Budak-budak ni bukan nak beritahupun apa-apa pada kita. Nadilla tadipun rasanya macam tak tahu je kami ni nak datang. Salah si Taufiqlah tu.  Kami ni pun baru tahu hari rabu tu. Dia balik rumah bawa barang hantaran katanya, suruh meminang si Dilla. Tak menyempat-nyempat. Dah tak sabar sangat lah tu. Kemaruk sangat nak beristeri.” Cerita wanita bergelar Hajjah itu. Teburai ketawa semua yang ada di situ mendengar cerita orang kemaruk berbini.
“Budak-budak sekarang ni memang macam tu Hajjah. Di suruh kahwin liat. Kalau sekali rasa nak kahwin itu, tak menyempat-nyempat. Anak sulung saya, abang Si Dilla ini dulu macam tulah. Bertahun-tahun saya dok membebel suruh dia kahwin, dia buat masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja. Sekali berkenan, langsung tak sabar. Selagi kita ni tak keluar minta, selagi itu kita ini di gesanya. Nasib baik dia setuju nak bertunang. Kalau tidak, boleh pening di buatnya. Tunang setegah tahun terus sibuk nak nikah. Dia orang ingat kerja nikah kahwin ni senang agaknya.” Ibunya sudah mula berkongsi cerita.
Nadilla membiarkan saja mereka ini berkongsi cerita dan pendapat. Dia tidak larat nak masuk korum perbincangan. Sekarang dia perlu fikirkan bagaimana untuk menghalang pertunangan ini dari terjadi tanpa menyakiti hati sesiapa. Harapannya pada abahnya seorang saja selepas ini. Ibunya awal-awal sudah menetapkan hatinya setuju akan pertunangan ini jadi sekarang hanya pada keputusan abahnya saja yang boleh Nadilla sandarkan harapan.