Thursday, March 8, 2012

DAH JODOH 9

BAB 9


KENDURI yang di adakan di rumah milik Encik Nazir dan Puan Hadiyah cukup meriah walaupun sederhana. Meriah dengan saudara mara yang datang sama-sama memeriahkan suasana yang cukup menggembirakan. Nasira juga bertukar menjadi seorang yang cukup ceria di tengah-tengah keramaian yang sungguh menyeronokkan hatinya itu. Dia gembira di kelilingi oleh anak-anak kecil yang amat gemar bermanja dengannya. Hilang segala nestapanya bila memandang wajah-wajah mereka yang polos.
Tambahan dia di terima baik oleh saudara mara Nuqman walau masih kendengaran suara-suara yang menceritakan tentang pernikahan mereka. Tapi yang penting tiada siapa menghukum mereka tanpa usul periksa. Semua di sini mungkin tahu hakikat penikahannya dan Nuqman tapi tak siapa yang berani bertanya terus pada mereka ataupun tak sesiapa yang bermulut longkang menghukum mereka.
“ Kak Yah, nampaknya tak lama lagi dapat cuculah Kak Yah ni. Tengok tu dah ada bakat nak jadi ibu dah menantu Kak Yah ni.” Membara kemerahan wajah Nasira mendengar kata-kata salah seorang daripada ibu saudara Nuqman. Semacam saja rasanya bila terdengar orang memujinya depan-depan begitu.
“Harap macam tu lah Nah. Akak pun dah tak sabar nak ada cucu ni. Dah lama sangat rumah ni sunyi dari suara budak-budak. Teringin benar dah rasanya akak nak bercucu.” Kata-kata Puan Hadiyah menambahkan rasa malu Nasira. Rasa itu pantas hilang bila mengenangkan keadaan sebenarnya dirinya dan Nuqman. Mereka bukan lagi seperti pasangan biasa. Bisakah mereka untuk melunaskan impian ibu itu.
“Ibu yakin dan percaya satu hari nanti Sira dan Nuqman akan menunaikan impian ibu. Ibu cukup kenal dengan anak-anak ibu. Ibu tahu sangat satu hari anak ibu itu akan mampu melihat Sira seperti ibu. Betapa istimewanya Sira sebab ibu sentiasa pada jodoh kamu berdua panjang dan bahagia.” Ujar Puan Hadiyah sambil memerluk Nasira. Dia cukup memahami apa yang di dalam fikiran menantunya itu. Semangat di tiupkan agar menantunya itu tidak akan pernah ragu atas utusan takdir..
“Terima kasih ibu.” Nasira sudah kerap kali terharu dengan kata-kata Puan Hadiyah. Puan Hadiyah umpama jelmaan ibu yang dia impikan selama ini. Dia membalas pelukkan itu. Di bibirnya tersadai senyuman manis. Sudah tidak kisah mata yang melihat mereka dengan wajah kepelikan.


NUQMAN memandang dua tubuh yang berpeluk erat itu sambil badannya di sandarkan di muka pintu. Tak terkata bersyukur dihatinya apabila memandang eratnya talian itu. Tiada cemburu dihatinya apabila kasih ibunya kini di kongsi bersama Nasira. Malah dia bangga sebenarnya kerana dapat menghadiahkan ibunya seorang anak perempuan.
“Betul setiap kejadian itu ada hikmahnya tersendiri. Hari ini terbukti lagi. Abah bersyukur Nuqman, kerana bertemu dengan ibu kamu. Abah bersyukur kerana di hadiahkan anak sebaik kamu dan adik kamu. Kini abah bersyukur sangat kerana anak abah menghadiahkan abah seorang menantu yang baik. Abah tahu Sira mungkin tidak sempurna dan masih ada yang lebih baik dari dia diluar sana tapi bagi abah, Sira tu dah cukup baik dan cukup segalanya untuk keluarga kita. Abah yakin ibu kamu juga merasakan begitu. Pada abah, kamu ni dah cukup bertuah, orang bertuah macam kamu ni kena pandai jaga dan hargai supaya tuah kamu tak lari. Satu hari nanti kamu akan lihat seperti mana abah dan ibu kamu melihat istimewanya anugerah yang kamu dapat tu.” Nasihat Encik Nasir sambil bahu anaknya itu di tepuk perlahan.
Nuqman yang mulanya agak terkejut dengan kehadiran abahanya itu akhrinya mengangguk setuju. Dia faham apa yang abahnya ingin sampaikan pada dirinya. Malah mala mini matanya telah di buka. Dia juga mula melihat Nasira dari sudut mata orang tuanya yang sangat Nuqman ketahui begitu mengagumi Nasira.
“Nuqman faham abah. Nuqman pun melihat dia seperti abah dan ibu melihat dia. Dia istimewa. Kalaulah hati ini belum pernah di sentuh, pasti dia orang yang tepat.” Ujar Nuqman sambil matanya belum lari dari memandang isterinya.
“Hati ni Nuqman, sekeping daging yang boleh di sembuh. Abah percaya ada masanya Sira yang balut luka hati kamu tu sampai kamu tak akan pernah ingat lagi sakitnya masa lampau itu. Kamu tak akan tahu yang hati kamu tu pernah terluka seperti mana ibu kamu isikan hati abah, ubatkan hati abah. Dari dulu sehingga ke hari ini.” Mendengar abahnya berbicara begitu membuatkan hati Nuqman semakin kagum.
Apa yang Nuqman kagum adalah semangat dan cinta orang tuanya. Abahnya seperti dirinya, sukar meluahkan kata-kata cinta namun dari cara abahnya melayan dan mengagumi ibunya, sesiapa pun melihat sudah cukup tahu bertapa kuatnya cinta antara kedua orang tuanya itu. Indahnya cinta itu bukan di hiasi kata-kata tetapi dibuktikan dengan kejujuran dan kesetian.
“Man harap perhubungan kami akan jadi macam ibu dan abah. Kuat dan utuh.” Ujar Nuqman tanpa dia sendiri sedari. Siapa sangka di sebalik lelaki yang tegas dan sememangnya maskulin itu tercebis harapan kebahagiaan yang tinggi.
“Insya Allah. Doa, itu senjata kita paling kuat. Jangan lupa itu.” Dengan senyuman nasihat itu diberikan. Geli hati juga dia kerana tak pernah menyangka ada sekeping bahagian yang lembut didalam diri anaknya itu.
Tak mampu berkata apa, Nuqman tersengih. Sedikit segan kerana rasa hatinya tadi terluah dengan kata-kata. Sesuatu yang dia anggap sedikit memalukan. Dia bukan lelaki pada kata-kata. Dia lelaki pada tindakan jadi bila kata-kata begitu indah keluar dari bibirnya, dia sendiri jadi segan dibuatnya.
“Man ke sana dululah abah.” Nuqman meminta diri. Melonjak rasanya untuk mendekati Nasira ketika ini. Di atur langkahnya menuju ke arah duduknya isterinya itu. Encik Nasir hanya mengangguk. Dia faham hati anak itu. Dia pernah berada didalam keadaan itu dan dia masih berada dalam keadaan itu setiap kali memandang isterinya.


NASIRA menoleh memandang Nuqman yang duduk di belakangnya menyertai mereka. Dengan Keadaan Nuqman yang berlunjur kaki itu membuatkan keadaan mereka sepertinya Nasira bersandar di sebahagian kanan tubuh Nuqman. Saat dia menoleh tadipun sedikit lagi bibirnya menyentuh pipi Nuqman yang begitu hampir.
“Kenapa sedih-sedih je Man tengok ni ibu?” Sayup suara Nuqman melintasi telinga Nasira. Terasa geli bila hembusan nafas itu sungguh terasa di bibir telinganya.
“Tak ada apalah Man. Ini kenapa nak menyelit je kat sini ni? Abah kamu mana?” Puan Hadiyah bukan tidak mahu menjawab jujur namun dia ingat masih ada orang lain di sini bersama keluarga mereka.
“Sira, apa yang ibu cakap kat you?” Nuqman masih tidak puas hati terus bertanya pula pada Nasira. Terasa tubuh Nasira sedikit mengeras bila tangannya sengaja mengusap lembut rambut panjang yang ikal di bawah itu.
“Tak ada apa-apalah. Ibu tak cakap apa-apa pun.” Tak terpandang Nasira wajah Nuqman. Menjawab sambil wajahnya sudah mula menunduk. Pasti wajahnya merah semerahnya apatah lagi terdengar gelak kecil milik Nuqman yang bagaikan mengiyakan yang dia tak mampu menutup rasa malunya. Nasira memang malu, malu pada Nuqman yang bersikap begini. Malu pada mata-mata yang memandang mereka walaupun ikatan mereka ini halal.
“Hmmm… You dah beri hadiah kita pada abah dan ibu?” Tanya Nuqman yang masih tak berganjak. Makin galak pula dia mengusik. Dagunya letakkan di hujung bahu Nasria sambil wajanya memandang wajah yang merah itu.
“Dah.” Nasira menjawab lembut. Terdengar sudah suara-suara mengusik mereka di sekeliling. Senyuman nakal juga masing terlayar pada wajah-wajah yang menyertai mereka di situ. Bukan mengejek atau menyindir tapi senyuman mengusik.
“Dah tu Man, jangan di usik Sira ni. Tengok dah merah dan muka dia. Kamu ni.” Terdengar Puan Hadiyah menegur Nuqman yang galak mengusik di iringi gelak tawa mereka yang menyaksikan slot drama tak berbayar itu.
“Biasalah Kak Yah, pengantin baru. Belum puas lagi tu.” Usik salah seorang pakcik Nuqman yang di kenali sebagai Pak Lang itu. Kata Nuqman, Pak Lang ni sepupu ibu paling rapat dengan abah. Malah melalui Pak Lang nilah, abah bertemu jodoh dengan ibu.
“Betul tu pak lang.” Usik Nuqman lagi. Kali ini sengaja dia memeluk tubuh Nasira dan satu ciuman nakal di berikan pada pipi yang comel itu. Dapat dia melihat wajah Nasira yang tadi menunduk terus tegak memandang kehadapan. Terkejut benar rupanya.
“Ya Allah budak ni. Tak tahu malu betul.” Dalam ketawa yang kedengaran dengan reaksi Nasira tadi, terselit suara Puan Hadiyah menegur.
Teguran yang membuatkan Nasira terasa dirinya dipermainkan. Kegeraman Nuqman yang kini telah melampaui tahap kesabarannya, disikunya perut Nuqman sehingga pelukkan tadi terlepas. Matanya bertentang sebentar dengan mata Nuqman, senyuman nakalnya tersisip di bibir. Apabila melihat Nuqman ingin membalas, cepat-cepat dia beralih tempat. Belum sempat Nuqman menggapai tubuhnya, dia sudah beralih duduk ke sisi Puan Hadiyah. Senyuman kemenangan diberikan pada Nuqman.
Nuqman memandang Nasira dengan wajah tak percaya buat seketika. Nuqman menggeleng lembut kepalanya. Senyuman terhias di bibirnya. Lama dia memandang Nasira yang sudah mula berbual kembali dengan ibunya itu. Nuqman masih sukar untuk percaya Nasira di hadapannya ini tadi memberi siku padanya untuk melepaskan diri. Dia masih sukar untuk mencernakan Nasira yang selama ini pemalu dan penyerah orangnya boleh membalas usikan dia begitu. Nuqman masih dalam proses menerima yang dia masih perlu banyak belajar tentang Nasira yang dikahwininya seminggu lalu itu.
Nuqman masih juga terkejut dengan sikap nakal itu tadi. Kerana selama ini dia tak menyangka sebenarnya yang Nasira ada sifat nakal sebegitu. Malam ini baru nampak wajah Nasira lagi satu. Nasira yang yang nakal dan pandai mengelat. Nasira yang pastinya mencabar dirinya pada masa depan. Yelah selama ini dia mengusik, Nasira cuma senyap dan menunduk malu. Hampir saja dia menjenamakan isterinya sebagai ‘Perempuan Melayu Terakhir.’ Namun kini terbukti sudah, di sebalik sikap menyerah itu sebenarnya terpendam satu sifat yang menyeronokkan. Mula dari saat ini dia akan bersedia untuk belajar lebih banyak tentang Nasira

7 comments:

idA said...

rasanya Nuqman dah boleh menerima Nasira seadanya..bercinta selepas kawen adalah nikmat yg patut disyukuri oleh mereka berdua dan penerimaan seluruh kaum kerabat keluarga Nuqman mmg menakjubkan dan ini memberi ruang untuk Nasira kekal dalam keluarga yg bahgia itu..
Mudah mudahan mereka akan bersatu dalam erti kata yg sebenarnya..Actually apa ek..pekerjaan Nuqman yg membolehkan dia boleh melihat latarbelakang Nasira dan apa ekm pekerjaan Nasira pula..yg menyebabkan dia kurang memakai baju kurung..

blinkalltheday said...

best2...sambung lagi iman...dah lama cite ni pending...

iman said...

Ida : Bacalah, insyaallah nanti ada jawapannya.

blink : Setiap hari akan ada entry baru insya allah... Manuskrip dah ada sebenarnya

zana said...

wah, menarik2... nuqman dh mula tunjuk tanda2 suka dekat nasira. sweet ja saya rasa diorang nie. Thumbs up kak iman!

Anonymous said...

Ni yang payah ni...
Saya dah jatuh cinta kat novel..
Harap2 cite ni diupdate setiap hari.....

Anonymous said...

comey. sweet. suke! nk lg!!!

Ashikin said...

alahai sukanya saya.. hari2 tak sabar nak tahu apa yg akan jd esoknya.. cerita yang menarik dengan gaya yang lembut...