Saturday, October 10, 2009

Cinta? Penting ke? 10

Adam menunggu Dannia seperti biasa. Dia baru saja sampai dari Singapura tengahhari tadi. Saja nak buat kejutan pada Dannia. Adam sangat merindui Dannia. Sudah seminggu dia tak berjumpa dengan Dannia. Sejak malam mereka berbual panjang dulu, Dannia bagai mengelak untuk berbual panjang dengannya.

Adam tak sabar menunggu. Hatinya berkobar-kobar. Dia menunggu di tempat biasa. Dia memerhati pintu utama lobi bangunan. Menacri bayangan wajah insan yang di tunggunya. Selang beberapa minit, wajah Dannia sudah menjadi tatapannya. Gadis yang di tunggunya sedang berbual mesra dengan seorang pemuda. Dengan sendirinya Adam melangkah keluar dari kereta lalu merapati Dannia.

“Dannia?” Panggil Adam saat kian merapati Dannia. Dannia berpaling kala namanya di panggil. Wajah manis Dannia tak mampu menyembunyikan rasa terkejutnya.

“Adam, Hai?” Hanya itu yang mampu di luahkan oleh Dannia. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Adam.

“Hai. Dah habis kerja?” Adam tahu Dannia agak gugup. Dia tahu ini semua kerana rasa terkejut Dannia.

“Dah. Oh ya. Adam kenalkan ini Tengku Farhan dari Nusa Jaya. Klien Nia. Tengku kenalkan kawan saya, Adam.” Dannia memperkenalkan kedua-duanya. Dua pemuda di hadapannya itu bersalaman Saling bertukar kad nama kamudiannya.

“Dannia, Dania. I kan dah cakap tak perlu bertengku-tengku dengan I. Nampaknya cik abang you ni dah lama menunggu Dannia. So I pergi dulu. Adam, see you around.” Farhan meminta diri setelah bersalaman dengan Adam. Mereka melihat Farhan bergerak pergi. Sebelum mereka turut melangkah bersama ke kereta Adam yang terpakir.

“ Klien baru ke?” Adam bertanya lembut. Tenang hatinya bila beriringan dengan Dannia begini.

“Yup. Alamak, kereta I. You nak pergi mana ni? Nanti kita jumpa kat sana.” Dannia baru teringat dia memandu keretanya hari ini.

“Kereta? Sejak bila you drive ni?” Adam terhenti di hadapan pintu pemandu keretanya. Dia terkejut. Iyalah baru seminggu dia tiada, Dannia sudah mengalami titik perubahan yang besar. Bukand ia tak tahu selama ini Dannia fobia memandu.

“Kan dulu you juga yang beria-ia suruh I buat terapi bagi hilangkan fobia I. Dah lama I fikir, betul juga cakap you. Sampai bila I nak macam ni? Susahkan you. Susahkan abang I. Jadi dua hari lepas I beranikan diri untuk drive. Mula-mual kat kawasan kondo je. Baru hari ini I yakin nak drive sampai pejabat. Alhamdullillah sampai juga I.” Entah kenapa Adam rasa dibelakangkan apabila Dannia berkata begitu. Selama ini dia tak pernah anggap Dannia menyusahkan dia. Dia sendiri rela hati menghantar dan menjemput Dannia.

“You tak pernah susahkan I, Dannia.” Lirih sekali suara Adam. Nampak sangat dia jauh hati.

“I tahu you tak rasa macam tu. Tapi samapai bila I nak terus bergantung pada you kan? Okay kita tutup cerita ni dulu. Sekarang you nak pergi mana? I boleh ikut dari belakang.” Dannia tak mahu membicarakan soal ini lebih lanjut.

“Tinggalkan saja kereta you kat sini. Kita pergi makan.” Adam merapati Dannia. Tanggannya mengenggam pegelangan tangan Dannia. Di tariknya Dannia ke pintu sebelah penumpang.

“Kereta I?” Dannia sedikit teragak-agak meninggalkan keretanya.

“Esok pagi I jemput you. Kita breakfast macam biasa. Petang esok you baliklah dengan kereta you.” Adam membuat keputusan. Dannia tak sempat berkata apa apabila Adam mendesaknya masuk.

Petang itu, baik Dannia mahupun Adam merasakan hidup mereka kemblai seperti dulu. Gembira dan paling penting mereka rasa lengkap bersama. Namun tanpa serorangpun di antara mereka sedar. Mereka di ikuti. Setiap gerak geri mereka di rakam dalam kemera digital.



“Apa kecoh-kecoh ni?” Dannia menyergah Grace, setiausahanya yang sibuk berkumpul dalam kumpulan gosip kak Mila itu. Satu pejabat ini tahu Kak Mila, kerani bahagian mereka itu internet bergerak. Ada je cerita baru.

“ Cik Dannia?” Semua orang di situ agak terkejut. Masakan tidak, kalau di tegur olrh pegawai atasan sebegitu. Tapi kalau dengan Dannia mereka tak berapa nak kisah. Dannia ramah orangnya namun kalau soal kerja Dannia cukup tegas dan cerewet.

“Ada gosip baru ke Kak Mila?” Dannia bertanya dalam nada ingin tahu. Terasa juga nak tahu apa yang belaku samapi jadi kecoh macam tadi.

“Hmm... Cik Dannia. Ada seleberiti baru muncul.” Kak Mila kelihatan kembali bersinar matanya untuk bercerita. Nada suaranya juga teruja.

“Pelakon baru ke?” Dannia bertanya sekadar ambil port. Sekurang-kurangnya taklah jadi katak di bawah tempurung.

“Taklah Cik Dannia. Anak kerabat yang berjaya. Walaupun kerabat tapi cukup berdikari. Dia bina kerjaya dia sendiri dengan duit sendiri pula tu. Cik Dannia bacalah.” Kak Mila menyerahkan majalah yang di telek mereka itu ke tangan Dannia.

Dannia membaca artikel tersebut yang bermula dengan kejayaan seleberiti baru itu. Namun belum sempat Dannia beralih pada bahagian peribadi satu nama menangkap matanya. Tengku Adam Syahzan. Macam dia pernah dengar nama ini tapi sungguh dia lupa di mana?

“Hai, Dannia. Takkan you pun dah jadi kaki gosip kot.” Terdengar suara Intan menyindirnya. Dannia berpaling melihat Intan tersenyum sinis di muka pintu pejabatnya.

“Thanks kak Mila.” Dannia menyerahkan kembali majalah tersebut pada Kak Mila. Tanpa perasaan dia sengaja melintasi Intan. Tiada balasan keluar dari mulutnya. Lagipun dia malas nak merendahkan dirinya sama seperti Intan buat.



Seminggu itu seleberiti baru itu memang menjadi sebutan kaki-kaki gosip di pejabatnya. Sungguh benar mereka bercerita dan mengikuti cerita hangat itu. Dannia buat tak tahu je. Alah benda ni seminggu dua lagi reda lah tu. Malas Dannia nak ambil port sangat.

“Hello? Termenung kenapa ni?”Sergah Adam. Tubuhnya masih berbalut baju pelumba. Wajahnya sedikit berpeluh kepanasan. Dannia menyerahkan tuala kecil pada Adam.

Dannia menemani Adam ke track hari ini. Ini kali kedua dia ke sini bersama Adam. Kali pertama dia ke mari, habis dia di temu bual oleh kawan-kawan Adam. Segala macam di tanya. Dari kerjayanya hinggalah peribadinya. Masing-masing antara mereka menyatakan rasa terkejut melihat Adam membawa seorang suri. Selama ini Adam lebih di kira sebagai lone ranger.

“Tengok termenung lagi? Kenapa ni?” Adam pelik melihat Dannia hari ini. Dannia seakan-akan hilang dalam dunianya.

“Hmm tak ada apa-apa. Cuma I rasa pelik sikit.” Dannia baru ingin bercerita sudah di potong oleh Adam.

“Pelik ape?” Adam mencelah.

“You ni I tak habis cakap lagi. Kat pejabat seminggu ni heboh pasal seorang selebriti baru. Anak kerabat yang baru naik. Alah yang keluar majalah baru-baru ni.” Dannia terhenti untuk bercerita. Dia bagai kehilangan kata.

“So kenapa? You pun sejak bila baca majalah hiburan ni?” Usik Adam dalam nada gembira.

“I saja je ambik tahu tapi yang buat I pelik tu nama anak kerabat tu. I macam pernah dengar tapi I lupa kat mana? You ingat tak nama ni? Tengku Adam Syahzan?” Pertanyaan Dannia merubah wajah Adam. Wajah cuaknya benar-benar timbul. Jadi betullah ceritanya di siarkan. Dua tiga hari lepas ada kak Anisya memberitahu tapi Adam tak percaya.

“Adam? You tahu tak?”Gesa Dannia. Wajah Adam bagai menyatakan yang dia tahu segalanya itu.

“Hmm ... Tak...” Dalam tergagap Adam menjawab.

“Tapi you macam tahu je?” Dannia seolah tak percaya. Wajah Adam tadi macam dia kenal je siapa orang yang di tanya oleh Dannia.

Save by a bell... Belum sempat Adam berfikir untuk menjawab apa. Fikri kawan Adam menghampiri mereka untuk mengingatkan temu janji malam ini. Memang mereka dah bersetuju untuk ke party rumah David malam ini bersama. David adlah pemilik track ini.

“Adam, Dannia.. Malam ni jangan lupa tau. Nanti mengamuk pula si David tu.” Fikri tidak lupa mengingatkan mereka. Dia memang kaki kecoh sikit.

“Okay.. pukul 9 kitaorg dah kat sana. Ko janganlah risau” Adam menjawab. Lepas itu terus saja dia mengajak Dannia balik.




“Macam mana boleh jadi macam ni?” Anisya bertanya kehairanan. Setahunya Adam bukan lelaki liar yang menyentuh benda haram.

Penat dia dan Dannia memapah Adam naik ke penthouse. Tadi panik juga dia apabila Dannia menelefonnya meminta dia mengambil mereka di salah salah satu kediaman di Bangi. Tahu-tahu dia jumpa adiknya tengah laloq.

“Tak tahu macam mana jadi. Tahu-tahu Adam tersalah ambik gelas David. Ingatkan air mineral rupanya tonic. Separuh gelas je dah jadi macam ni.” Dannia masih bertahan untuk menahan berat badan Adam. Sungguh kalau tak ada Anisya tak larat dia nak memapah Adam. Sudahlah berat. Tak habis-habis meracau.

“Itulah, tak reti nak berhati hati.” Omel Anisya. Dengan perlahan mereka cuba membaringkan Adam di atas katil empuk. Dannia hanya senyap saja. Tak tahuhendak membalas apa.

Dannia mengangkat kaki Adam ke atas katil. Cuba mengatur posisi Adam. Selesai menyelimuti Adam, Dannia ingin bergerak pergi namun tiba-tiba pergelangan tangannya di tarik lalu dia tersembam ke dada Adam yang terbaring. Erat rasa pelukan Adam di tubuhnya. Dannia terkejut. Pantas menolak dada Adam untuk bangun namun pergerakkannya terhenti apabila Adam membisikkan...

“I love you, Nia. Lebih dari diri aku sendiri.” Ayat itu hanya kedengaran di telinganya sahaja.

Sungguh ayat itu buat Dannia terkaku sekejap sebelum dia kembali menolak. Kali ini dengan sekali tolakkan sahaja Dannia sudah terlepas dan bangun. Bukan kerana kekuatan tolakkannya tapi kerana memang pelukkan Adam melonggar. Wajah Dannia merah bagai di simbah cat. Bukan sahaja malu mengenangkan dirinya di peluk Adam tapi malu melihat mata Anisya besar memerhatikan tindakkan Adam. Di tambah lagi dengan lafaz keramat Adam tadi.

“Dannia, tidur kat sini jelah. Temankan akak.” Akhirnya itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Anisya setelah beberapa minit mereka bagaikan terpaku dan membisu.

“Okay.” Senang benar untuk Dannia bersetuju kali ini. Malam ini entah dia boleh atau tidak untuk tidur. Hatinya berdegup kencang. Sungguh kencang hingga menganggu gugat ketenteraman jiwanya.




Anisya terpaku. Adam terkelu. Ini kejadian yang mungkin terjadi sekali dalam seumur hidup mereka. Saat ini mereka berhadapan dengan bonda mereka, Tengku Farisya di ruang tamu penthouse Adam. Tentu ada sesuatu yang tersangat penting mungkin paling penting di dunia yang membawa Tengku Farisya ke mari.

“ Bonda?” Secebis kata itu terkeluar dari mulut Anisya. Masing masing masih bertatapan. Riak wajah Tengku Farisya sungguh sukar untuk di baca.

“Kak Anis. Jom makan.” Tanpa sedar ada tetamu lain, Dannia yang baru keluar dari dapur terus menegur Anisya. Melihat Anisya tak bergerak Dannia mengikut arah anak mata Anisya. Kelihatan seorang wanita yang anggun bertudung litup di hadapannya.

“That girl?” Ternyata Tengku Farisya terus berminat dengan aa yang di lihatnya. Dannia.

“Bonda, Adam boleh terangkan. Itu kawan Adam, Dannia. Adam dengan dia tak ada...” Belum sempat Adam menghabiskan kata. Tengku Farisya mencelah. Memang dah genetik kot mereka ni suka mencalah.

“I know her. Dannia. Your girlfriend. Bonda sangka bilalah bonda dapat berjumpa dengan pilihan Adam. Sampaikan satu dunia dulu yang tahu baru berita itu sampai di telinga bonda.” Tanpa memperdulikan Adam mahupun Anisya. Tengku Farisya merapai Dannia. Kini mereka berhadapan.

“Hello Dannia, I’m Tengku Farisya bonda Adam. Akhirnya boleh bonda berjumpa dengan menantu bonda. Adam tu susah sangat nak di bawa berunding. Bonda minta maaf kalau Dannia rasa Adam tak serius dengan Dannia. Bonda perempuan pasti bonda faham kalau Dannia cuak. Iyalah berkawan dah lama tapi tak di kenalakan pada keluarga.” Tengku Farisya menghulurkan salam. Dengan sopan Dannia yang terpinga-pinga menyalam Tengku Farisya sambil mencium tangan wanita itu.

“ Marilah duduk. Kejap lagi bonda minta Adam pesankan makanan kat bawah.” Tengku Farisya mengajak Dannia duduk.

“Tak perlu puan. Saya dah siapkan sarapan pun tadi. Kalau puan tak kisah, marilah.” Dannia dengan muka cuak mengajak.

“Ya Allah betul ke? Dannia masak?” Tengku Farisya teruja. Laju langkahnya ke ruang hidangan. Ada mee hoon goreng dengan roti bakar sahaja. Dah itu je dia jumpa kat dapur Adam. Itupun rasanya bekalan dapur yang dia belikan untuk Adam dua minggu lepas.

“Ya puan.” Terasa macam pembantu rumah pula Dannia. Hish apa pula rasa sebegitu.

Sambil-sambil itu sempat Dannia memandang ke arah Adam meminta penjelasan. Sungguh keadaannya sekarang bagai sesat di jalan ke ruamhnya. Dia bagaikan tahu tapi tetap tersesat. Ada kepercayaan tapi tidak yakin.
Tengku Farisya duduk di kepala meja. Di kirinya Anisya dan di kanannya Dannia seperti permintaan Tengku Farisya. Adam melabuhkan punggungnya di sebelah Dannia. Mukanya pucat bagai tak berdarah lagi. Ya Allah kalaulah terjadi apa-apa selepas ini biarkanlah ada sikit ruang untuk dia membaiki hubungannya dan Dannia. Janganlah di tutup habis hatinya.

“Tak sangka Dannia pandai masak. Sedap baunya. Kalau macam ni bonda pun tak tahu kenapa Adam nak sorokkan Dannia dari pengetahuan bonda. Sampai keluar dalam berita macam ni baru bonda tahu.” Tengku Farisya mengeluarkan suratkhabar yang dibawanya di dalam tas tangan ala mak datin itu.
Dannia pantas mengambil surat khabar itu. Wajahnya dan Adam terpampang di muka depan bahagian hiburan dengan tajuk yang cukup membuatkan nafasnya terhenti. Dunianya bagai berputar ke belakang.

Gadis misteri pilihan hati Tengku Adam Syahzan


Adam cuba merampas surat khabar yang bersaiz kecil itu. Dia tak mahu Dannia terus membaca rahsianya dari sehelai kertas. Kalau boleh saat ini dia ingin menerangkan sendiri pada Dannia. Tapi Dannia menahan dia dari terus merampas kertas itu. Dannia tetap mebaca dari ayat ke ayat. Usai membaca Dannia berpaling padanya. Dari mata Dannia, yang penuh rasa berbaur rasa. Namun ada rasa yang terlalu jelas. Kecewa dan marah.

“Minta maaf puan, Saya minta diri dulu.” Tanpa berlengah Dannia menyalami tangan Tengku Farisya lalu berlalu pergi. Tengku Farisya yang sedang menikmati makanan itu sedikit terkejut.

Adam mengejar Dannia. Beberapa kali dia bagai ingin menerangkan sesuatu.Tapi Dannia bagai tak endah saja. Telinganya dipekakkan. Yang Dannia tahu dia nak mengambil tas tangannya dan pergi dari urmah ini.

“Nia, please dengar. You tak sayang ke hubungan kita ni?” Adam menahan Dannia di ruang tamu. Tengan Dannia di pegang kemas.

“Dengar apa? Penipuan you lagi. Hubungan kita? Tak kan ada hubungan kalau asasnya satu penipuan.” Dannia menyetap tangannya lalu bergerak pergi. Kala ini kemarahan adalah rajanya.