Friday, March 9, 2012

DAH JODOH 10

BAB 10
           

 SUDAH sebulan sudah rupanya Nasira tinggal di rumah ini. Nasira sudah terlalu biasa dan bebas untuk jadi dirinya. Nasira selesa di rumah milik keluarga Nuqman ini. Datangnya sebagai menantu namun hadirnya sebagai anak gadis di rumah ini. Ibu dan abah tidak pernah menganggapnya menantu dan Adif melayannya seperti kakak yang dia tidak pernah ada. Layanan mereka seperti layanan ibubapa terhadapnya. Terus terang Nasira katakan Nasira lebih selesa di sini berbanding di rumah nya sendiri. Hanya dengan Nuqman saja Nasira tidak serapat itu mungkin sebab mereka agak jarang berborak agaknya.
Kalau sebulan itu  masa yang cukup panjang buat Nasira mengenali dan menyesuaikan dirinya dengan keluarga Nuqman. Sebulan juga masa yang lebih daripada cukup untuk keluarga Nuqman mengenali dan menerima hati budi gadis menjadi menantu pertama keluarga itu. Masa yang panjang membuka wajah sebenar Nasira. Gadis yang dulunya sangat pemalu dan sangat menyepikan dirinya mula nampak selesa bersama keluarga itu hingga Nasira kini juga turut terikut-ikut kalau mengusik atau membuat kejutan nakal buat penghuni-penghuni rumah itu.
Puan Hadiyah terlalu mengenali Nasira. Terlalu mengenali hingga terasa gadis itu adalah anak yang membesar bersamanya. Tahu semua kesukaan dan kebencian gadis itu dan salah satu kebencian Nasira adalah hari isnin. Hari ini hari isnin. Pasti hari ini wajah yang sentiasa tersenyum ceria itu akan bercorak suram seperti awan mendung di musim tengkujuh. Sudah acap kali dia mendengar  Nasira merungut : ‘Kenapa adanya Hari Isnin. Kalau tak ada hari isnin kan senang... tak payah nak pergi kerja.’
Benar apa yang dia jangkakan. Tak lama kemudian, Nasira keluar dari dapur dengan semangkuk mihun itu dengan wajahnya mendung. Umpama ada masalah berjuta, Sememangnya wajah itu terlalu senang di baca. Bila merajuknya, bila marahnya, bila ia menyimpan rahsia. Semua terlalu mudah untuk di tilik. Kerana itu hatinya jatuh sayang pada gadis itu.
"Sira, kenapa ni? Ada masalah ke? Suram je abah tengok cuacanya hari ini." Teguran Suaminya menyedarkan Puan Hadiyah. Tersenyum dia bila melihat gelagat bersungguh menantunya itu menggelengkan kepala bagi menjawab soalan suaminya itu.
"Abang ni macam tak biasa. Hari ini kan hari Isnin, malas kerjalah tu." Jawapan Puan Hadiyah itu memang tepat sekali. Nasira hanya tersenyum malu. Dia tahu ibunya itu memang memahaminya. Kerana itu mudah saja ibu tahu sebab kemasamannya di pagi hari.
"Siapa yang malas kerja?"Suara Nuqman entah dari mana menyampuk perbualan singkat di meja makan itu. Nasira menoleh lalu terpandang Nuqman yang memakai kemeja biru muda seperti kemeja yang Nasira pakai hari ini.
Rasanya dah tak terkira beberapa kali mereka memakai baju sedondon. Bukannya di rancang, setiap kali Nasira menggosok baju mereka berdua pasti ada beberapa pasang yang sama warna namun tak sangka kedua-duanya akan memakai pada hari yang sama. Mata Nasira tak lepas memandang Nuqman sehingga lelaki itu duduk di sampingnya. Nasira mengambil pinggan kosong di hadapan Nuqman dan terus mengisi mihun ke dalam pinggan sebelum dia hulurkan kembali pada Nuqman.
" Ini Sira ni. Setiap isnin, malaslah nak pergi kerja. Sama macam adik kamu si Adif tu. Kalau Isnin mulalah sakit perut lah, peninglah malas nak sekolah." Usik Puan Hadiyah.
 Nasira buat tak kisah je. Dia tahu ibu memang suka mengusik dirinya namun bila Nasira sibuk pandai pula Puan Hadiyah merajuk kalau Nasira tak ada masa temankan dia. Di rumah ini memang tiada kes Mertua Vs Menantu kerana kami rapat seperti anak beranak.
"Ada ke malas pergi kerja?" Ujar Nuqman sambil tergelak kecil. Dia memang suka melihat perangai Nasira. Nasira jenis gadis yang senang di baca. Senang untuk dibawa berbincang.
"Malaslah." Balas Nasira manja sambil menyuap mihun goreng ke mulutnya. Malas mengulas lebih panjang. Nanti dia juga yang teruk di usik oleh Nuqman. Nuqman ni kan raja segala pengusik.
"Kalau malas sangat berhenti je kerja. Duduk rumah jadi surirumah sepenuh masa." Ujar Nuqman sambil melanggar bahunya dengan bahu Nasira.
Saja nak mengusik. Pantas saja Nasira membalas dengan menolak bahunya dengan bahu gadis itu dan dia dihadiahkan tamparan kecil di belakangnya oleh Nasira. Tahu itu akibat dari candangan yang tak bernas langsung keluar dari mulutnya sendiri. Tapi bagi Nuqman di sudut hatinya mula merasakan itu cadangan yang terbaik. Terburai ketawa ibu dan abah dengan gelagat mereka itu.
"Tak naklah. Saya malas hari isnin je. Hari lain saya rajin." Balas Nasira dengan nada bersahaja.
Nasira perasan Nuqman tersenyum lagi memandang dirinya. Hidup di sisinya Nuqman membuatkan Nasira tahu untuk tersenyum dan ketawa gembira kerana apa yang Nasira tahu dan faham adalah Nuqman ini sangat suka mengusik dan suka memerhati orang lain. Dari pemerhatian Nuqman akan belajar.
"Yelah tu." Usik Nuqman lagi. Kali ini Nasira sudah malas menjawab dan dia hanya teruskan dengan sesi pemakanannya.
Usai makan Nasira bantu ibu mengemas meja. Puan Hadiyah sudah ke dapur dan abah sudah ke ruang tamu untuk membaca buku. Nuqman seperti biasa akan terus keluar ke hadapan menyarung stokin dan kasut. Itu rutin pagi di rumah keluarga ini.
Sememangnya saban pagi Nasira tidak akan sempat untuk mencuci pinggan mangkuk. Tak sedap hati juga Nasira meninggalkan untuk di uruskan oleh Puan Hadiyah namun seperti kata ibu mertuanya cukuplah kalau Nasira ini sudi membantunya membereskan meja. Kerana Puan Hadiyah sememangnya tahu kalau boleh Nasira mahu meringankan bebannya di pagi hari, tapi apa boleh buat kerana kesuntukkan waktu, ini saja yang mampu Nasira lakukan.
"Ibu, Sira pergi kerja dulu." Ujarnya mencium tangan ibu mertuanya dan seperti biasa Puan Hadiyah akan berpesan supaya dia memandu dengan berhati-hati. Nasira hanya mengangguk faham sambil tangannya lincah mengikat rambut yang dirasakan serabut ini.

"DAH SIAP?" Nasira tanya pada Nuqman yang berdiri di hadapannya. Tahu lelaki itu sedang menunggu dia bersiap pula.
Saja bertanya walaupun dia boleh nampak yang Nuqman sudah selesai memakai kasut. Soalan yang rutin saban hari kerana Nasira kenal Nuqman memang begini, setiap pagi Nuqman akan menunggunya memakai kasut. Kemuadian mulalah menjadi senarai semak untuk Nasira. Nasib baik Nasira ni perempuan ringkas. Pakai kasut pun main masuk je. Kalau dia yang jenis yang rumit, pakai kasut nak lima belas minit, apalah agaknya reaksi Nuqman. Nak lah Nasira membuat uji kaji satu hari nanti.
"Dah lama siap. Ini keluar ni telefon bimbit dah ada ke?"  Nuqman mula melaksanakan senarai semaknya. Inilah sebabnya dia menunggu Nasira setiap pagi pun. Dia ni kira checklist Nasira setiap pagi. Dari hari pertama Nasira menjadi ahli keluarganya, tugas ini di sandang kerana dia tahu yang Nasira adalah tanggungjawabnya.
Nasira buka beg tangannya lalu mencari kelibat telefon bimbit. Hmm memang tak ada di dalam begnya yang gedabak itu. Nasira terlupa dia mengecas alatan kecil itu malam tadi. Dengan senyuman selamba Nasira buka kasut dan masuk balik mengambil telefonnya. Dari ekor matanya dapat melihat Nuqman menggeleng tanda faham.
"Beg duit?"Tak menunggu sesaatpun untuk Nasira menarik nafas. Sampai je dia kembali muka pintu balik Nuqman terus bertanya beg duitnya pula. Kali ini dengan wajah bangga dan penuh yakin Nasira mengeluarkan beg duitnya dan di goyang-goyang di hadapan wajah Nuqman. Kemudian Nasira sarung kembali kasutnya.
“Kunci kereta?" Nuqman bertanya dengan nada selamba. Namun di sebalik nada itu terselit deringan nakal yang mengusik. Saja mengusik Nasira yang tadi dengan nakal menayangkan dia tidak lupa beg duit sendiri. 
Nasira mengeluh dengan soalan itu. Lagi sekali Nasira menyelongkar begnya. Nasira yakin kunci itu pasti ada sebab itulah benda terakhir yang Nasira capai sebelum keluar rumah tadi. Mustahil tak ada tapi memang tak ada. Nasira terus pandang wajah Nuqman.
 Nuqman hanya tersenyum. Nasira kenal senyuman itu, senyuman usikan yang sering Nuqman berikan setiap kali Nasira terlupa barang. Senyuman penuh kemenangan. Nasira membesarkan matanya sebelum ingin masuk semula ke rumah. Namun baru selangkah dia melangkah, Nuqman sudah mencapai tangannya. Di tangan lelaki itu tergantung kuncinya yang ada patung doremon itu.
"Tak aci. Main sorok." Ujar Nasira manja sambil sempat mencubit perut Nuqman sebelum mencapai kuncinya pada lelaki itu. Nuqman hanya ketawa nakal dengan sikap Nasira.
"Apa pula main sorok? Dia yang tinggal depan pintu. Dah jom, kita dah lambat ni." Nuqman mengajak Nasira bergerak. Tangan Nasira masih belum di lepaskan.
Nasira pantas bergerak mengikut rentak langkah Nuqman. Kereta mereka memang terpakir bersebelahan memudahkan pejalanan mereka. Seperti selalunya sebelum Nuqman masuk ke dalam kereta, Nasira terlebih dahulu mencapai tangan besar itu untuk ciuman memberkatkan harinya. Dah terbiasa mereka sejak kali pertama di tegur Puan Hadiyah dulu.
"I balik lewat hari ni." Ujar Nuqman sambil masuk ke dalam kereta. Matanya tidak lari dari wajah Nasira. Nasira hanya mengangguk faham.
"Jaga diri" Pesan Nuqman lagi. Kali ini dari tingkap keretanya yang sengaja di turunkan. Sekali lagi Nasira mengangguk. Sementelah kereta Nuqman hilang dari pandangan. Baru Nasira masuk ke kereta dan memulakan perjalanannya.

6 comments:

Anonymous said...

comey...

kak ida said...

alahai..terasa kebahgian..mereka..dapat menerima diri masing seadanya..adakah ini akan berkekalan..atau sat lagi tsunami akan melanda keluarga bahgia ini..

Anor said...

hai bestnya Sira setiap hari ada
suami jadi checlist untuknya
sebelum pergi kerja. Untung Sira
ye... nk lagi cepatlah sambung
kalau ada n3 baru harihari lagi
best... seronok sgt... rasanya
dh lama tunggun sambungan cite ni
tapi sebelum ni kalau tak silap
tajuk dia lainkan... ingat-ingat
lupa pula...

Ajibah A said...

Sweetnya..if happen to my real life..hik3

hana_aniz said...

suka citer ni. sambung cepat2 ye iman?? huhu. thumbs up! :)

mizz acu said...

Alahaii.. Chumellnyerrr