Friday, July 31, 2009

Cerpen Lagu Hatiku

Ku di usik rindu saat mendengar bait-bait lagu itu. Ingatkah lagi dia padaku? Pada diriku yang tiada ertipun dalam hidupnya. Yang hanya bergelar seorang setiausaha. Aku ni memang gilalah. Sudahlah terjatuh minat pada bos sendiri. Bos yang dah ada tunang pula tu. Hish tak gila kah itu? Lepas tu boleh tanya dia ingat kat aku ke tak? Mestilah jawapannya tak.Apa kelas dia nak ingat aku. Lebih baik dia menghitung duit. Dia kan hanya cintakan duit.

Itu adalah bos ku. Dalam hidupnya hanyalah duit...duit dan duit. Mana tidaknya tunangnya pun susah nak jumpa dia. Asyik sibuk cari tender nak bawa masuk duit je. Apalah... Tapi kalau di fikirkan tahan pula tunangnya itu. Kalau aku dah lama aku cabut, mana tak sampai tahap kena buat appointment kalau nak jumpa. Mahu tak cabut.. Hehehe tadi kata suka tapi suruh berkorban tak sangguplah pula... Manusia-manusia kehendaknya menjengah ke langit tapi di suruh berkorban tak mahu pula... bukan orang lain. Aku juga.

"Hah Hazia?"

"Oh mak I love you bos..."Entah suara sumbang mana yang menegur aku sampai terlatah-latah aku di buatnya. Nak kena ni.Aku ingin meluruskan kepala tapi terhantuk kay meja pula.Aik bila masa pula aku ni duduk bersila bawah meja. habit... habit.

"Apa hah... tak reti bagi...hehehe bos." Aku baru nak sembur tapi bila aku bangun je. Terus tak jadi rupanya bos sendiri yang buat dajal.

"Apa bos ni. Nak apa? Terkejut saya." Aku saja je cover malu.

"Hmm awak tu tak habis-habis dengar lagu tu duduk bawah meja. Apa nak jadi. Awak suka saya eh?" Guraunya.. Bahaya ni. Kalu dia bergurau senda ni maknya ada benda dia nak tu... Janglah aku kerja lebih masa malam ni. Penatlah... Dah berapa minggu aku tak cukup tidur buat proposal.

"Siapa cakap?" Tanyaku balik. Pelik.

"Tadi masa awak melatah." Jawabnya selamba. Sedikit lagi nak macam badak.

"Ye ke. Tak ingat pun. Mungkin tersebut kot. sebab semalam saya baca novel I love you boss. Bos jangan perasan lah. Makin hot pula cik Shila bos tu kat saya kang. Bos ni baik semacam kenapa?" Aku terang-terang mengutuk dia.

"Awak ni Hazia. Saya baik salah. Kalau saya jahat mesti, awak lari kan. Hal rumah saya dah sattel?" Bos aku ni bertanya tapi boleh je melewati meja aku masuk ke biliknya. Terkial-kial aku nak mengekor. Ah tak payah pakai seliparlah. Dengan berkaki ayam aku masuk ke pejabatnya.

"Rumah bos dah sattel. Bil saya dah bayar. Barang dapur saya dah beli dah semalam. Cuma Mak Lang semalam kata dia nak cuti seminggu ni. Jadi seminggu ni bos jangan nak sesuka hati sepahkan rumah tau. Hujung minggu nanti saya datang saya kemaskan." Aku memberitahu.

Aku ni setiausaha cum orang gaji. Bil dia aku bayar. Pembantu rumah dia aku uruskan. Selalu kalau Mak Lang tak ada, aku ni pula jadi orang gaji. Stau hal nak ulang alik pergi rumah dia hari-hari mengemas dan memasak. Dulu aku pertikaikan juga. Tapi bos aku lagi pandai dari aku. Dia naikkan aku gaji. Bukan sikit seh dua ribu tu. Mahu taknya berpinar mataku dan terus aku terima jelah suratan takdir aku kena kerja lebih untuk dia.

"Habis kalau awak pergi hujung minggu, siapa nak masak untuk saya?" Aku dah agak dah soalan itu.

"Bos makan kat luar jelah. Malas lah nak ulang alik dari office ke rumah bos tu. Buat perahbis tenaga orang je. Tapi bos jangan mengada nak masak pula. Nanti bersepah." Aku selamba je dengan bos aku ni. Dalam urusan kerja memang dia bos tapi dalam urusan rumah dia aku yang bos.

"Hish awak ni kalau bagi peluang. Boleh tahan awak membebel. Nantilah tengok kalau saya ingat kat awak saya tak masaklah. Hmm malam ni awak free tak?" Ala... nampaknya aku kena kerja lagilah malam ni. Dah cakap dah tadi.

"Hmm... Apa pula malam ni bos? Saya penatlah dah lah saya tak cukup tidur siapkan proposal bos. Patutlah bos baik semacam je tadi. Hish bos ni. Kalau kerja macam ni, boleh lari boyfriend saya." Rungutku. Memang patutpun aku merungut.

"Hmm Awak ni Hazia. Saya tak habis cakap lagi. Saya ingat kalau awak free, saya nak ajak awak makan dengan saya malam ni. Saya nak belanja klien kita. Tapi kalau awak nak pergi dating dengan pakwe awak. Tak pelah." Bos aku ni macam berjauh hatilah pula.

"Bos nak ajak saya makan ke? Awat tak cakap awal-awal. Kalau bab makan. Saya free je bos. Makan free sapa tak nak." Segar aku dengar bab makan free ni.

"Tadi awak kata nak pergi dating?"

"Nak dating apa? Mana saya ada boyfriend?"

"Yang awak kata tadi?"

"Oh tu boyfriend tipu sunat. Saja nak lepas dari bos. Bos tak kesian ke? hehehe.."

"Hmmm... ada-adalah awak ni Hazia. Dah awak pergilah buat kerja. Jangan lupa malam ni pukul 8."

"OK bos." Aku baru bergerak nak pergi. Bila bos aku memanggil.

"Hazia. awak ni boleh tahan pendek eh." Hish bos aku ni. Hal pendek-pendek ni sensitif tau.

"Apa pendek-pendek. Sya tak pakai seliparlah bos. Sebab tu kurang tinggi. Tunggu saya pakai yang 6-7 inci tu baru bos tahu." Balasku.

"Sebab tu saya kata awak pendek sebab awak tak pakai high heel." Hish menjawab pula mamat ni. Gorammmm den.... Tak pe-tak pe... ada hari aku balas.


Malam itu aku memilih baju dan seluar serba putih. Di samping tudung putih yang ada corak abstrak. Tak lah cantik mana. Memang pakaian aku pun macam ni. Cuma saja aku try letak makeup sikit kat muka aku yang ala-ala amoi cina ni.

"Cantik awak malam ni." Tersenyum aku mendengar pujian dari bos ku. Tapi tak lama lah. Lepas tu pandai pula dia mengutuk. Tak faham aku.

" Tapi lain kali tak payah lah pakai macam ni. Seksi je saya tengok. Make up pun tak payahlah." Boleh kan dia kata aku seksi. Sedangkan aku ni tertutup habis. Nak kata terbuka sikitpun auratku tak terbuka. Tudung yang ku silang pun menutup dada apa.

"Hish seksi apanya bos. Saya ni sikit lagi nak pakai jubah tau." Rungutku.

"Jangan nak melawanlah Hazia. Saya tak suka jadi awak jangan pakai." Selamba betullah mamat ni. Dia ingat dia siapa? Hakim? Pedana menteri? Malas memanjangkan cerita aku iyakan sahaja.

Aku di bawa makan di sebuah hotel terkemuka. Biasalah dapat projek kena rajin-rajin layan klien. Kami makan bertiga. Aku, Bosku, dan Dato apa entah. Bukan namanya apa entah. tapi aku lupa nama dato ni siapa. Mulanya perbicaraan kami lebih tertumpu pada projek dan bisness sampailah keluar sedikit kisah peribadi. Aku masa itu cukup tak selesa dah. Mana taknya tiba-tiba Dato tu merenung aku macam nak terkam. Kemudian terkeluarlah kisah...

"So Arman, ini ke habuan I malam ni?" Dato tu tanpa segan silu memandangku penuh ghairah. Amboi selamba badak dia je. Tak sedar diri tu dah tua gayut.

"Habuan apa?" Aku walaupun hampir faham tapi saja-saj buat tak faham.

"Kan you, habuan I. Malam ni you kena temankan I. Arman you memang tahulah teste I." Aku dah agak dah. Tapi aku tak sangka ini yang berlaku. Dulu memang Shila tunang bos aku ni suruh hati-hati. Katanya dalam peniagaan ni pelbagai rupa masnusia. Cuma aku tak sangka. Bos aku sendiri pun macam tu.

"Oh... Ok. I rasa bukan I habuan you. Bos I ni habuan you. You dah salah faham. I datang ni hanya untuk hantar bos I je. Dia kan gay. Dah lama dia kata dia suka kat you. Ok Dato I tak nak ganggu urusan you lagi. Okay bos, saya pergi dulu." Aku cuba seboleh mungkin menutup resahku. Menutup lukaku. Aku mula bangkit berdiri. Namun bosku dah menahan lenganku.

"Hazia. Wait.. please." Bosku macam menagih simpati. Tapi simpati itu sudah bukan untuknya. Aku rentap tanganku. Lalu bergerak pergi. Seboleh mungkin aku mempercepatkan langkahku. Sebelum dia dapat mengejarku. Sebab ketika ini dai sedang bercakap-cakap dengan Dato Miang gatal tu. Mungkin memujuk kot.

"Hazia please." Aku rasa lenganku di tarik dari berlakang. Tbubuhku dengan sendirinya terpaling menghadap si penarik. BOSS...

"Apa lagi bos? Nak suruh saya buat apa? Sejahat-jahat saya bos. Saya tak sanggup. Pagi tadi bos kata saya selalu tuduh bos. bos kata kalau bos baik salah. Kalau bos jahat mesti, saya lari kan? Memang saya lari. Saya nak letak jawatan. Esok saya akan hantar surat perletakkan jawatan saya dengan notis 24 jam. Saya akan bayar dengan gaji dua bulan macam dalam kontrak. Sekarang lepaskan saya." Aku dengan sengaja menumbuk perutnya. terlepas dari genggamannya. Aku berlari. berlari jauh. Kasut ku dua-dua hilang entah ke mana dalam perlarianku. Nasib baik aku biasa berkaki ayam. Inilah malam yang tak akan ku lupa sepanjang ku bergelar manusia.

Esoknya aku berhenti kerja. Aku pandai. AKu hantar surat berhenti kerja pada human resource secepatnya. Ketika bosku masih dalam mesyuarat bulanan BOD lagi. Kemudian aku kemaskan barang-barangku. Aku nekad saat dia keluar mesyuarat nanti. Tubuh ku tiada di situ dan barang-barangku sudah ku angkut bersama. BYE..BYE bos... I LOVE YOU? NOT ANYMORE... I HATE YOU? YESS... FOREVER.

*ps... iman tak ada idea menulis. Ini saja-saja je....jangan lupa komen ye... bye.

Sunday, July 12, 2009

CINTA? PENTING KE?7

Adam dan Dannia memilih beberapa helai tudung corak bunga dan abstrak. Kali ini mereka sependapat pula. Dua helai tudung menjadi pilihan. Sedang mereka menunggu wang baki. Tiba-tiba Adam di tegur oleh seseorang.

“Tengku Adam Syahzan.” Sepertinya ada suara gadis menegur mereka. Suara itu membuat Adam berpaling. Bila Adam berpaling, Dannia turut berpaling. TENGKU? Dannia hairan dengan panggilan itu.

“Hai... ?” Adam cuba mengingati gadis yang menegurnya tadi.

“I Izzati. Kenal lagi tak? Kawan Tasya. Wartawan tu.” Gadis itu memperkenalkan dirinya. Serta-merta Adam mengingati nama itu. Ya dia kenal Izzati. Bukan sahaja kawan Tasya buah hatinya yang sekarang berada di Singapura. tapi juga seorang wartawan yang cukup pandai ‘mengorek’.

“Oh Izzati. Hai.. Buat apa kat sini?” Tanya Adam ramah.

“Saja tengok-tengok barang. You dengan siapa ni?” Wajah Izzati memandang ke arah Dannia. Cerita hangat ni untuk di sampaikan pada Tasya.

“ I, Dannia. Kawan Adam.” Dannia memperkenalkan dirinya.

“Puan, Ini tudung dan duit bakinya.” Kehadiran jurujual tadi nampaknya tidak kena pada erima kasih waktunya. Terkelu lidah Dannia sebentar mendengar panggilan Puan itu di hadapan Izzati. Dannia Izzati sudah tersenyum sinis....

“Terima kasih.” Dannia mengucapkan terima kasih pada juru jual itu. Hanya membiarkan Izzati terus dengan andiannya sendiri. Malas melayan orang yang singkat akal seperti Izzati yang pantas membuat kesimpulan.

“Okaylah Izzati. Kami pergi dulu.” Adam pantas memohan diri.



Setelah cukup jauh mereka dari Izzati, Dannia memandang Adam penuh rasa pelik. Otaknya berlegar-legar satu soalan. ADAM? TENGKU?

“Kenapa?” Adam yang perasan pada pandangan mata Dannia bertanya.

“TENGKU ADAM SYAHZAN? TENGKU?” Dannia bertanya dalam nata ingin tahu. Malah terselit nadia penuh sinis.

“So?” Adam pura-pura tak faham. Sedangkan mindanya tengah mencari jalan keluar.

“You kenal I Adam. You tahu I ni jenis tak suka paksa orang.” Dannia yang tadi seiring dengan Adam mula meinggalkan lelaki itu. Adam tahu Dannia terasa hati... Danni yang di kenalinya semakin tegas orangnya.

“Eh.. tak kan ni pun nak merajuk... Looks, Dannia. Tengku ke Putera ke? Itu hanya nama. Mama I yang letak okay. Dah lah. Jangan nak merajuk.” Adam pantas memujuk. Sekali lagi dia kembali seiring dengan Dannia. Adakala ini yang dia takutkan. Perasaannya pada Dannia. Dia tak boleh Dannia merajuk padanya. Tak boleh Dannia jauh darinya. Adam paling pantang kalau Dannia keluar dengan Zarul. Boleh gila dia menahan sakitnya hati. Semakin hari perasaan ini semakin kuat. Apa maknanya?

“I saja je gertak you. I tahu you pasti mengalah.” Dengan sengihan nakal. Dannia mengusik Adam. Adam mempamerkan wajah geram lalu mencubit pipi Dannia. Adakala Dannia memang nakal. Hmmm sabar je lah...




Memang benar malam itu malam yang istimewa. Ashraf memperkenalkan permaisuri hatinya pada kami. Cantik orang nya. Seorang guru. Kak Balqis. Gadis ini rupanya yang bisa mengubah kerasnya hati Ashraf selama ini. Beruntung Ashraf dapat gadis sebegini lemah lembut. Terasa malu pula Dannia di bandingkan dengan indahnya kelembutan dan lembutnya budi bahasa gadis bernama Nur Balqis ini. Terasa kedil diri Dannia di buatnya.

“Cantik Kak Balqis tu kan?” Terkeluar pujian dari bibir Dannia. Ketika itu mereka sedang balik dari perjumpaan itu.

“Cantik lemah lembut. Gadis pilihan hati setiap lelaki.” Adam mengulas bergitu. Dannia mendengar penuh tenang.

YA dari Adam, Dannia banyak belajar. Belajar bagaimana lelaki berfikir. Belajar membaca bahasa tubuh mereka. Lelaki bukan seperti perempun. Adakala mereka lebih bijak menyembunyikan perasaan berbanding meluahkannya.

“Termasuk Adam?” Dannia menduga.

“Semua orang impikan kesempurnaan. Tapi Adam buka cari yang sempurna tapi yang terbaik buat Adam. Biarpun dia tak sempurna tapi jika dia yang terbaik.. Dialah ratu hati Adam.” Adam sungguh puitis mempersembahkan kata-kata. Kata yang indah buat santapan telinga setiap gadis.

“Hmm hope so...” Itu hanya komen Dannia yang terlena dengan kata-kata Adam. Belum sempat Adam membalas. Telefon bimbitnya berbunyi. Dannia pantas mengambil telefon jenama samsung itu.

“Love Tasya” Dannia membaca nama pada skrin itu. Tak seperti selalu, Kali ini Adam terus memakirkan keretanya di pinggir jalan dan menyahut panggilan itu. Kalau selalu Adam hanya menyuruh Dannia bercakap dengan si pemanggil bukan seperti ini. Tasya benar benar bermakna buat Adam.

Adam bercakap dengan pemanggil. Suaranya lembut. Bertapa beruntungnya Tasya. Dannia terfikir... Bila lah dia akan bertemu lelaki sebaik Adam untuk jadi kekasih, teman dan suaminya? Namun langsung tak terdetik pun cemburu Dannia pada Tasya. Dia tak pernah bertemu Tasya namun dia sedar pasti Tasya layak buat Adam.

“HUH...” Kedengaran Adam mengeluh selepas memutuskan talian. Adam seperti ada masalah. Dia bersandar di tempatnya. Wajahnya penuh dengan rasa keliru.

“Kenapa?” Dannia ambil berat pada Adam.

“Tasya. Dia tanya pasal you. Izzati bagi tahu dia I curang.” Adam tanpa ada rahsia buat Dannia. Dannia sedikit tersentak.

“Habis tu? You dah terangkan pada dia?” Tanya Dannia. Ya sudah enam bulan berlalu namun rancangan mereka untuk mengaburi mata keluarga Adam buat sementara waktu masih lagi tertangguh. Malah bagai langsung tak di laksanakan. Mungkin ini pertanda janji perlu di tunaikan.

“I dah terangkan. Pada Tasya tak ada masalah. Dia seorang yang cukup memahami. Malah dia sampaikan rasa bersalah dia pada you. Kerana dia, you pula jadi mangsanya.” Adam cukup tenang.

Memang Tasya seorang gadis yang cukup baik dan memahami. Itu yang membuatkan Adam menyayanginya dan terus bersamanya. Sukar mencari ganti Tasya. Namun kini hati Adam yang terikat sebenarnya. Kebaikan Tasya itu membuat Adam rasa bersalah kerana baru kali ini saat dia berbicara dengan Tasya. Adam bagai mengerti hatinya sudah tak menyanyikan irama yang sama seperti dulu. Di hatinya sudah terusik dengan yang lain.

“Alhamdulillah.. You kena hargai dia Adam. Bukan senang nak cari. I rasa kita patut mulakan rancangan tu sekarang. May be esok. Sebab kesian pula pada Tasya tu.” Tanpa Dannia sedar. Kata-katanya bagai belati menusuk kalbu Adam. Langsung tak berperasaan. Dannia benar-benar hanya menganggapnya sebagai seorang teman. Hanya teman biasa. Sedangkan hatinya sudah di usik gadis itu. Cintanya sudah di lencongkan pada gadis itu. Apa harus dia lakukan?

“Betul juga. Esok kita mulakan. Ok start esok you kena bersama I sentiasa suapaya kisah kita cepat sampai ke telinga mama I. Lagipun I dah tak tahan di desak untuk kahwin. Deal kita start esok.” Adam bersetuju. Nekadnya hanya satu esok hari pertama rancangan mereka bermula dan esok mulanya kisah ADAM DAN DANNIA hanya sebagai teman. Buat apa mengharap pada yang tak sudi kan? Nantikanlah apa yang terjadi esok dan hari seterusnya...

Saturday, July 11, 2009

JAC di berhentikan sementara waktu di blog...

Makluman kepada semua pembaca... Iman terpaksa memberhentikan JAC sementara waktu... Episode 30 akan di postkan di penulisan 2u kerana atas permintaan penulisan 2u untuk Iman postkan di sana... Iman harap rami-ramailah menyokong dan memberi komen terhadap JAC 30 nanti di peulisan2u... Iman amat berharap atas sokongan anda.. JAC akan di gantikan dengan satu lagi novel BENCI ITU CINTA? buat sementara waktu... enjoy....

Monday, July 6, 2009

JODOH ATAU CINTA 29

Iman tak terkata apa lagi. Saat itu Danish sudah melepaskan genggaman tangannya dan melangkah ke hadapan untuk berdepan dengan lelaki-lelaki itu. Iman bergerak berberapa langkah ke berlakang. Dia melihat Danish ‘berbicang’ dengan ‘mereka’. Dia melihat Danish mengelak dari serangan-serangan yang di berikan. Iman ingin membantu. Namun saat dia ingin melangkah ke arah Danish terasa lengannya di tarik orlah seseorang. SIAPA? Adakah orang itu datang untuk membantu? Atau sebahagian dari mereka yang bergelut dengan Danish? Iman tak berani nak menoleh ke sebelahnya.



“ Saya Johari. Pembantu Tengku Farid, papa Puan. Nasihat saya supaya Puan ikut sahaja perintah kami kalau Puan mahu suami Puan selamat. Lagipun selama mana dia boleh bertahan. Dua lawan satu Puan. Tentu Puan tahu jawapannya.” Iman mendengar suara di sebelahnya memberi amaran. Ya Iman tahu apa kesudahannya. Sekarangpun Iman tak sanggup melihat Danish menahan serangan demi serangan itu.

“Danish...” Terjerit kecil Iman apabila melihat suaminya tersungkur apabila sebiji tumbukan tepat mengenai pipi Danish. Iman meronta ingin pergi pada suaminya namun pegangan di lengannya terlalu kejap.

“Baik saya ikut awak. Lepaskan suami saya sekarang juga.” Iman memerintah. Dia meronta lagi. Johari melepaskan Iman sambil memberi isyarat menyuruh anak buahnya berhenti. Iman meluru ke arah Danish. Memapah suaminya itu bangun.

“Sayang...” Danish tak mampu berkata apa lagi. Bibirnya pecah. Wajahnya penuh kerisauan.

“Iman tak akan tinggalkan Danish. Mereka tak akan apa-apakan Iman. Jangan risau.” Iman faham kebimbangan Danish cuba menenteramkan jiwa suaminya itu.

“Abang tak akan biarkan Iman pergi seorang. Abang ikut sekali.” Danish tak mahu melepaskan Iman sendirian. Iman hanya mengangguk. Setuju. Memang serkarang dia amat perlukan Danish.

“Saya akan ikut awak. Tapi dengan syarat suami saya ikut sekali.” Iman membei syarat pada Johari. Erat tangannya memeluk pinggang Danish.

“Tak ada masalah pada kami. Silakan Puan.” Johari sesekali kelihatan tertib pula.



Iman dan danish di bawa menaiki sebuah kereta mewah. Mereka dia biarkan duduk di berlakang di samping dua lelaki berbadan sasa tadi di bahagian hadapan. Johari pula akan membawa kereta Iman kerana Iman tak mahu keretanya tinggal di sana.

“Okay ke ni?” Iman penuh rasa bimbang dan perihatin menyentuh bibir Danish yang pecah itu. Dia ingin mengelap darah yang hampir kering itu dengan sapu tangannya.

“Auwww... Sakit sayang.” Danish mengaduh kecil apabila sapu tangan itu hinggap ke bibirnya. Secara sengaja Danish mengenggam lembut tangan Iman yang menyentuh bibirnya tadi.

“Sorry. Ini semua salah Iman.” Tertiup pula rasa bersalah dalam diri Iman. Kerananya Danish tercedera. Untuk menyelamatkannya Danish sanggup bergadai nyawa. Sungguh Iman terharu. Lupa pada sengketa semalam.

“Kami minta maaf Tengku. Kami hanya menjalankan perintah papa Tengku. Saya Raof dan kawan saya Amir. Kami ni bodyguard Tengku Farid.” Kedengaran suara salah seorang lelaki di hadapannya memohon maaf. Lelaki yang menggelarkan dirinya Raof itu.

“Saya faham.” Iman faham mereka hanya menjalankan tugas yang di berikan. Iman tahu papanya dalang semua ini. Jadi Iman tak boleh nak meletakkan sebarang kesalahan ke atas mereka.

“Sayang apa semuanya ini?” Danish bertanya pada Iman. Terkejut bila mereka di hadapannya menggelarkan isterinya sebagai Tengku.

“Mereka orang papa. Tengku Farid. Danish lupa ke? Orang yang mewalikan majlis kita dulu. Iman tak tahu apa yang Tengku Farid nak.” Keluh Iman. Lalu Iman bercerita sedikit tentang hubungannya dengan Tengku Farid dan juga kisah Tengku Farhan. Cuma namanya sahaja tiada pangkal Tengku kerana dia sendiri membuat permohonan menggugurkan perkataan itu dulu.

Danish sedikit terkejut mendengar cerita Iman. Sangkanya selama ini pangkal Tengku pada nama bapa mertuanya itu hanya satu nama bukan melambangkan apa-apa. Tapi sangkaannya silap. Banyak kisah hidup Iman tak di ketahuinya. Danish tekad lepas pejumpaan ini dia akan duduk semeja dengan Iman. Berbual dan berbincang hal masing-masing.



Kereta yang mereka naiki itu masuk ke sebuah pagar. Mereka melalui satu jalan yang di simbahi lampu jalan sepanjang berberapa kilometer sebelum berhenti betul-betul di hadapan sebuah pintu utama sebuah kediaman yang bak istana itu. Iman seolah tak peduli. Seolah biasa sampai ke mari sedangkan inilah kali pertama dia sampai ke sini. Hanya Danish sedikit tersentak. Dia tak menyangka Iman datang dari keluarga yang begini kaya.

Lama Iman berdiri di hadapan pintu besar itu. Kedengaran dia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Bagaikan mencari satu kekuatan yang amat di perlukan. Danish yang bak mengerti perasaan isterinya itu lalu menyulam jarinya ke jari jemari Iman. Iman membalas gengaman tangan itu. Seketika Iman menoleh kearah Danish lantas tersenyum manis. Mneghargai usaha suaminya.

Danish dan Iman di bawa oleh seorang petugas di situ ke salah sebuah ruang tamu yang ada di tingkat satu. Waktu sampai di situ Iman sedikit terperanjat melihat abangnya dan kak Intan juga ada di sana. Wajah abangnya juga lebam dengan mata sebelah kirinya biru. Rasanya bukan hanya dia yang melawan untuk tidak datang ke mari rupanya abangnya juga sama.

“Abang... Kak Intan...”Iman memanggil keduanya. Tahu mereka tak perasan kehadiran dia dan Danish. Intan yang tadinya ralit menyapu ubat pada lebam-lebam Farhan menoleh ke arah suara Iman.

“Adik?” Farhan sedikit terkejut dengan kehadiran adiknya. Tengku Farid rupanya memang tekad memaksa mereka ke mari. Iman bersalaman dengan Farhan dan Intan. Di ikuti oleh Danish.

“Kenapa dengan pipi dan mata abang? Sebab Tengku Farid ke?” Iman secara tidak langsung memberi jawapan pada soalannya.

“Hmm... Bibir Danish tu kenapa?” Farhan hanya mengiakan. Lantas bertanya pasal wajah adik iparnya yang sama teruk sepertinya itu.

“Siapa lagi. Abang kan tahu jawapannya. Kak Intan boleh tak berikan Iman air dengan tuala bersih tu.” Iman meminta mangkuk kaca yang berisi air di hadapan Intan itu. Intan memberikan pada Iman. Perlahan-lahan Iman membasahkan sedikit tuala bersih itu lalu membersihkan luka Danish. Agak comel pula suasana waktu itu. Iman membersihkan luka Danish manakala Intan kembali menuam pipi buah hatinya.

“Sorry pasal hari tu. You dengan Intan? Sejak bila?” Danish mengaku kesalahannya pada Farhan atas tindakannya yang terburu-buru dulu. Cuma dia pelik kenapa Intan bersama Farhan.

“It’s okay. I tahu itu hanya salah faham. Intan ni bakal tunang I. Dah lama dah.” Farhan nyata boleh ‘join venture’ dengan Danish selepas ini. Sama-sama tubuhkan kelab memujuk. Yelah kalau Iman dah ada Intan sebagai teman mengadu dan merajuk. Danish juga perlukan sokongan Farhan.

“No wonder, senang je Intan tolong I dulu.” Baru kini Danish faham bagaimana Intan boleh memberi ruang Danish sendirian menjaga Iman saban malam ketika isterinya itu di tahan di wad.

“Well you ingat macam mana I dapatkan kebenaran untuk you jaga Iman dulu kalau tak dari Farhan.” Intan menyampuk sambil tersenyum penuh makna. Farhan tersengih nakal dan Danish tersenyum manis. Iman hanya terpinga-pinga. Tak faham apa-apa