Monday, May 14, 2012

Kita Kahwin 10


“ Kalau kita tak menghargai diri sendiri tak ada siapa yang akan menghargai kita Sue. Berubah bukan bermakna kita menjadi orang lain tapi bererti kita berusaha menjadi lebih baik. Bukankah untuk menjadi lebih baik itu tuntutan agama. Jangan cakap kat Kak Anis yang Sue tak ada perasaan untuk jadi macam orang lain. Tapi kenapa nak tahan diri sendiri? Tanya pada diri Sue sendiri sekarang. Apa yang Sue mahukan? Cuma satu kak Anis nak ingatkan, tiada orang lain yang lebih sayangkan kita lebih dari diri kita sendiri.”

Sebuah pesanan yang mengubah hidup Suraya 360 darjah. Hari ini dia sedar dia banyak sangat berkorban untuk menjadi orang lain. Seseorang yang mambuatkan dirinya sendiri terbeban bersama. Salah siapa? Salah dirinya sendiri yang terlalu ingin menjadi sorang yang baik hati kan?
Syukurnya dia akhirnya bertemu dengan titik perubahan dalam hidupnya. Hari ini dia mampu berubah kerana dia sedar, tak selamanya dia boleh berfikiran begitu. Sedar setiap yang terjadi di dunia ini ada ketentuannya sendiri. Yang pasti Suraya amat berterima kasih pada Fiqril kerana mempertemukan dia dengan Anis. Gadis yang berkelulusan dalam bidang psikologi itu memang banyak membuka jalan padanya walaupun hanya dua hari mereka menghabiskan masa bersama.
Dua hari yang cukup bermakna. Dua hari yang melahirkan Suraya yang baru. Suraya yang baru luar dan dalamnya. Hari ini Suraya tidak lagi memilih deretan baju kurung di dalam almarinya. Kemeja biru berjalur dan di padankan blazer hitam paras pinggang serta seluar slack hitam hadiah abangnya menjadi pilihan dia hari ini. Biarlah dia jadi orang yang baru, berketerampilan baru dan berkeyakinan.


Fiqril memerhati Suraya keluar dari CRVnya. Hari ini hari pertama dia mengambil Suraya dan mereka pergi ke perjabat bersama. Dia tak tahu apa yang terjadi pada gadis itu sepanjang perjumpaan gadis itu dengan kakak sepupunya Anis. Tapi yang pasti gadis itu berubah dua ratus peratus. Malah semalam gadis itu tenang menelefonnya mengajaknya sarapan bersama kerana ingin berterima kasih dengannya. Nyata tidak rugi dia menyambut ajakkan itu jika ini kejutan yang dia dapat pagi ini.
Saat menyambut kedatangan Suraya pagi tadi, jujur Fiqril katakan yang dia terkejut melihat Suraya apabila gadis itu muncul di hadapan matanya. Bukan apa... Gadis yang selama ini nampak biasa dan selesa berbaju kurung mucul dalam satu imej lain. Imej yang dia tak pernah bayangkan untuk Suraya.
Gadis itu nampak menawan dengan kemeja biru berjalur dan di padankan blazer hitam paras pinggang serta seluar slack hitam menampakan keanggunan Suraya yang lebih berkarisma. Tudung berwarna biru lembut itu menambahkan lagi keayuan pada wajah mulus itu. Pertama kali juga wajah mulus itu tampak manis pula dengan solekan tipis cukup memikat itu. Seketika Fiqril terpesona dibuatnya hingga dia terlupa lama rupanya mereka tersadai di depan bangunan kediaman Suraya. Malu dia apabila Suraya menegur kelekaannya itu.
“Thanks Fiqril.” Suraya mengucapkan terima kasih pada Fiqril. Dia mengatur letak cermin matanya tanpa binkai itu di wajahnya. Cermin mata pun berubah nampaknya.
“Untuk apa?” Fiqril bertanya tak faham.
“Sebab temukan saya dengan Kak Anis. Sebab buka mata saya.” Ujar Suraya. Ingin mengajak Fiqril bersarapan tapi sayangnya lelaki itu ingin cepat katanya.
“I tak buat apa-apa pun. You yang nak berubah bukan kerana I. I tak sempat nak sarapan dengan you. I kena cepat ni, nak ke Putrajaya sekejap lagi. I hantar you ke perjabat jelah.” Fiqril memberi alasan. Sejujurnya dia tak ada kerja pun di Putrajaya tadpi semuanya kerana dia tak bersedia untuk berdua-duaan dengan Suraya ketika ini. Hatinya berdebar semacam.
“Hmm tak apa.Tadi saya ingat nak belanja bos sarapan tanda terima kasih. Tapi saya dah susahkan bos je jemput saya. Kalau bos beritahu saya tadi tadi, bos tak perlu jemput saya. Saya boleh naik teksi je. Ni bos pula yang susah jemput saya, hantar saya macam ni.” Ujar Suraya terkilan. Segan pula dia.
“Tak apa. Nanti you boleh belanja I lunch. I tak masuk pagi ni. Jadi I tunggu you kat bawah je nanti. Ingat janji you belanja I lunch.” Suara Fiqril sedikit bergetar. Bergetar dengan rentaknya sendiri.
“Okay bos, nanti saya turun. Bos call lah kalau dah nak sampai tu. Takut saya lambat pula. Lama bos kena tunggu nanti.” Selepas lama berfikir barulah Suraya memberi persetujuan.
Sepanjang perjalanan yang tinggal beberapa meter dari perjabat itu Suraya sibuk megatur rancangan. Di dalam kepala Suraya sudah mengatur ingin mengajak Fiqril lunch di mana-mana hotel asalkan berjauhan daripada perjabat mereka. Hish malulah dia nak lunch dengan Fiqril berdekatan office nanti tak pasal-pasal timbul isu baru. Penerimaan teman-temannya terhadap imejnya inipun dia tak tahu bagaimana sudahnya inikan nak tempah lagi satu masalah. Yakin Suraya... Yakin... Suraya meyakinkan dirinya.
“Hmm. Nanti I call you. By 12.45, I tunggu you kat bawah. Bye. I pergi dulu. Assalamualaikum.” Fiqril menurunkan handbrek nya.
“Waalaikumsalam. Drive carefully bos.” Suraya meminggir lalu menonton Fiqril berlalu pergi.


Suraya melangkah masuk ke dalam bangunan pejabatnya. Setiap orang yang di laluinya melihat dia seperti makhluk asing. Seperti biasa dia terserempak dengan Pak Ali, pengawal keselamatan yang akan meronda setiap pagi itu dan dia tak segan silu menegur lelaki yang sudah separuh abad itu.
“Assalamualaikum Pak Ali? Apa khabar hari ini?” Suraya memang ramah dengan semua orang.
Dia tak memilih siapa kawannya. Sama ada tua muda atau apa pangkatnya sekalipun. Dia tak segan kalau duduk melepak di pondok keselamatan dan dia tidak malu makan di tangga-tangga dengan makcik cleaner malah dia lebih selesa berkawan dengan mereka yang banyak pengalamannya.
“Waalaikumsalam. Sue, cantiknya Sue hari ini.”Pak Ali tergamam juga melihat tranfromasi imej gadis itu.
“Terima kasih Pak Ali. Sue naik dulu Pak Ali.” Malu pula Suraya mendengar dirinya di puji sebegitu. Pak Ali orang kedua memujinya hari ini selepas Fiqril. Segera Suraya hilang di telan kotak lift itu.

Suraya lebih bersemangat untuk melangkah berbekalkan dua pujian di terimanya. Namun cuaknya tetap ada. Pagi tadi dia teragak-agak juga untuk memulakan hidup ‘baru’nya ini. Sebaik melangkah masuk ke pejabatnya di tingkat 10 itu, semua mata memandangnya.
Yang paling lucu adalah, Sharmila yang tergamam memandangnya. Kemudian hampir tersembur apabila dia menegur gadis itu. Hendak terhambur gelak Suraya tapi di tahannya.
“Morning Kak Jie.” Suraya menegur Kak Jie.
“Kak Jie?” Suraya memanggil lembut nama Grace melihat gadis itu tergamam memandangnya.
“Eh... Ahh.. Sue. Cantiknya Sue hari ni.” Pujian itu Suraya terima dengan hati yang ikhlas. Senyumannya melebar.
“Terima kasih Kak Jie. Tadi bos pesan, suruh cakap kat Kak Jie yang dia tak masuk pagi ni. Dia ada hal kat Putrajaya.” Lembut Suraya menyampaikan pesanan daripada ketuannya. Di dalam hatinya dia berdoa yang setiausaha berkaliber itu dia akan salah faham.
“Hmm Okay.” Sahut Kak Jie walaupun kepalanya ligat berfikir.
“Kak Sue, cantiknya kak Sue. Ini tudung yang kita beli masa keluar dengan kak Anis hari tu kan?” Entah dari manaQizah muncul dengan perangai budak-budak ribenanya itu. Tahu-tahu sudah menerpa belakangnya membuatkan dia sedikit tersentak.
“Hmm. Qizah pun cantik. Baju ni... Thanks.” Suraya  memuji Qizah. Bangga bila gadis itu memakai baju yang dia hadiahkan pada hari mereka keluar membeli belah bersama. Tak sangka anak gadis dari keluarga bernama seperti Qizah menghargai pemberiannya tak seberapa itu.
“Mestilah cantik. Kan kak Sue yang hadiahkan. Pagi tadi angah yang jemput Kak Sue eh? Pasti angah terkejut tengok Kak Sue berubah kan? Dia suka tak?” Sewaktu Qizah bertanya begitu, Suraya rasa nak menyorok je wajahnya dimana-mana.
Dengan suara Qizah yang ceria itu pasti Kak Jie sangat-sangat mendengar kenyataan berani mati dari Qizah. Sekarang Suraya dah tak mampu menyorok lagi. Kak Jie dah tahu yang ketua mereka menjemput dia pagi tadi. Sekarang pasti Kak Jie dah fikir yang bukan-bukan.
“Kak Sue buat kerja dululah Qizah.” Tak mampu menjawab soalan Qizah tadi membuatkan Suraya mencari alasan. Hanya tuhan je tahu perasaan malunya sekarang.

            Tengah hari itu sewaktu Suraya ingin turun menunggu Fiqril di bawah, dia terserempak dengan Zarif di dalam lif. Dari pandangan mata lelaki itu, Suraya pasti lelaki itu terkejut memandangnya. Mungkin lelaki itu tidak sangka dengan perubahannya ini. Namun kehadiran Zarif nyata membuatkan Suraya tidak selesa apatah lagi sejak masuk ke dalam lif lelaki itu seperti sengaja ingin medekatinya.
“Suraya... Suraya...” Terdengar suara Zarif memanggilnya yang sudah di hadapan. Mahu tidak mahu Suraya berhenti dan menunggu Zarif menghampirinya.
“Ada apa Zarif? I nak cepat ni.” Hari ini secara rasminya Suraya bercakap secara peribadi dengan Zarif didalam waktu kerja. Selalunya jarang lelaki itu hendak menegurnya walaupun sewaktu mereka masih bergelar kekasih dulu.
“Hmm.. Zarif nak ajak Sue lunch hari ni.” Zarif masih menggunakan ganti diri dengan nama seperti waktu bercinta dulu walaupun Suraya sudah menukarkan panggilan nama itu dengan ‘I’ dan ‘You’.
“Sorrylah Zarif. I sibuk. You keluarlah dengan Intan. Kecik pula hati dia nanti. Orang macam I tak layak untuk keluar dengan you. I pergi dulu.” Suraya sendiri tidak percaya dia boleh berkata begitu dengan Zarif tadi. Seronoklah pula.
Di dalam hati Suraya bersorak gembira kerana hari ini dia berjaya menolak Zarif untuk pertama kalinya. Kalau dulu Zarif yang sering menolak dan mengelak kini giliran dia pula. Seronok juga jadi orang jahat ni ya.
Zarif hanya melihat Suraya melangkah penuh yakin. tak sangka gadis itu cepat berubah. Dulu Suraya pasti tak mengelak kalau di ajak keluar tapi sekarang gadis itu dah berubah? Dendamkah gadis itu padanya?
Terbuka besar matanya apabila gadis itu selamba masuk ke kereta pengurus besar mereka yang terpakir di situ. Amboi... baru je pun dia putus dengan Suraya, sekarang Suraya dah ada pengganti? Malah pengganti yang jauh lebih baik daripadanya. Tiba-tiba perutnya sebu. Dadanya sesak lalu dia melangkah semula ke lif. Tidak jadi keluar. Terlupa pada Intan yang menanti dia di tapak projek untuk di jemput.

Wednesday, May 9, 2012

Kita Kahwin 9



Fiqril memandu tanpa arah. Dia mencari kelibat Suraya kalau ada dimana-mana. Hatinya bimbang. Jiwanya gelisah. Otaknya kacau. Rasanya risaukan Suraya yang entah dimana. Tadi di pejabat setelah dia mendengar Suraya menangis daripada adiknya Qizah, dirinya menjadi tak tentu arah. Bila dia mencari Suraya di pejabat, Suraya sudah pun keluar. Menurut Kak Jie, gadis itu juga sedang menangis.
Puas Fiqril mencari di pinggir bangunan dan di perhentian bas tapi bayangan gadis itupun tak nampak lagi. Lalu Fiqril mengambil keputusan untuk mencuba nasib memandu tanpa arah kalau-kalau dia berjumpa dengan Suraya dimana-mana. Buat pertama kali dia terasa risau. Terlalu risaukan seseorang. Lebih daripada di risaukan sesiapa di dalam hidupnya. Tapi kenapa?
Sepatutnya Fiqril cukup sedar yang Suraya sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri. Sememangkan gadis itu tidak bisa melawan ataupun sebenarnya tidak berani melawan tapi Fiqril cukup tahu yang gadis itu selama ini memang cukup tabah dan berdikari. Jadi perlu apa dia risaukan Suraya?
Tersedar dari keresahannya, Fiqril memandu ke Putrajaya. Dia belum lagi menunaikan solat zuhur. Tuntutan yang satu itu perlu dia selesaikan agar dia boleh berfikir dalam hati yang tenang. Tambahan hatinya kian berbelah bagi apabila otaknya bertanya untuk apa dia bimbangkan Suraya? Kenapa dia perlu bimbangkan Suraya? Dia dan Suraya hanya majikan dan pekerja. Batas mereka terhad di situ.

Keluar daripada masjid Putrajaya, Fiqril seperti kenal kelibat gadis yang melintasinya. Suraya? Penat dia ke hulu ke hilir mencari gadis itu, saat dia sudah menerima hakikat dia tidak perlu risauka Suraya, selamba gadis itu melintasinya dengan wajah muram. Mengusik kembali perasaannya yang tenang tadi. Amboi memanglah membuatkan hatinya kembali huru hara. Huhhh...
“Aya.” Mahu tidak mahu bibir Fiqril memanggil gadis itu.
Apabila Suraya menoleh ke arahnya. Seketika pandangan mereka bertentangan. Wajah selepas menangis itu menghentikan nafasnya. Seketika dia merasakan dirinya sudah tidak mampu bernafas. Besar benar kesan yang gadis ini bawa dalam dirinya. Dalam hidupnya. Dalam siapa dia.
Ya Allah, kenapa sebegini besar impak gadis ini pada dirinya? Kenapa segaris senyuman gadis ini terlalu berharga seperti nyawanya sendiri? Kenapa setitis airmata gadis ini terlalu meresahkan bagai menghantar badai ke hatinya? Kenapa dia tak mampu menjauhi rasa itu? Menidakkan hati itu.
Telah lama Fiqril sedar yang Suraya ini mampu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang lain. Seseorang yang bukan dia. Tapi macam mana pun keadaannya, bagaimanapun dia tidak mahu mengakui perubahan itu tapi dia sedar dia tak mampu untuk menolak kehadiran Suraya.


“Kalau dia kata you bukan gadis yang sesuai untuk dia, maka dia bukan lelaki yang terbaik untuk you Aya. Kalau dia lelaki yang terbaik untuk you, dia pasti tahu hargai siapa you. Terima you seadanya. Lelaki atau perempuan semuanya sama je. Kalau hati tu sudah tidak ikhlas dan berpaling, yang dulu indah sekarang menyesakkan.
 I rasa you patut bersyukur yang dia pergi dari hidup you. Sekurang-kurangnya sakit yang you rasakan sekarang tidak sesakit kalau you dan dia teruskan walaupun you tahu semakin hari hatinya semakin tak ikhlas untuk you.” Panjang lebar nasihat Fiqril pada Suraya setelah mendengar kisah cinta yang tak kesampaian daripada gadis itu. Kisah hati yang tertewas dalam menahan rasa.
Kedua-dua mereka menghadap keindahan Putrajaya. Melupakan seketika yang apa pernah terjadi dan apa perhubungan mereka. Umpama teman yang sudah terlalu rapat hingga dapat meluahkan rasa itu. Tanpa segan tanpa silu saling menghulurkan bahu memikul bersama.
“Saya tahu bos, sejujurnya saya dah lama bersedia sejak dia mula berubah tapi kenapa sakit itu tetap juga saya rasakan.” Luah Suraya. Benar dia lama bersedia tapi hatinya tetap terluka. Namun dia akui apa yang Fiqril katakan adalah benar berlaka.
“You sepatutnya daripada dulu lagi berhadapan dengan benda ini Aya. Sepatutnya you tak menunggu sehingga pekara ini selama ini untuk you bertindak. Kenapa perlu you tunggu dia yang datang dan memutuskan untuk you berdua sedangkan you tahu dia dah berubah. Dia dah tak ikhlas.
Seharusnya you yang datang berhadapan dengan dia. Kalau you tak menunggu lama mungkin sakit yang you rasakan itu tak sesakit sekarang sebab you tahu dan you tegas dengan perasaan you sendiri. I tahu you gadis yang baik, you tak nak menyusahkan orang tapi sesekali you kena letakkan diri you di hadapan orang lain Aya. Bukan begini caranya. Orang lain tersenyum. You menangis.” Kali ini nasihat itu bagaikan paku yang di tukulkan ke kepala Suraya. Menyusup masuk ke dalam kepalanya. Mengubah terus hatinya. Memang selama ini dia tahu dia perlu berubah tapi selama ini baru kini dia rasa ada kekuatan untuk berubah.
“Saya nak berubah. Saya yakin saya boleh berubah. Tapi saya tak tahu macam mana. Bos tolong saya boleh?” Keazaman terpancar di wajah Suraya. Kesungguhannya dan wajah penuh berharap itu sedikit sebanyak mengusik hati Fiqril. Tak sanggup dia menghampakan.
“I tak tahu macam mana nak tolong you tapi I rasa I tahu siapa yang boleh bantu you. Kalau you benarkan.” Walaupun itu jalan yang menunjukkan Fiqril setuju membantu Suraya. Hanya tuhan yang tahu kala ini satu angin ketakutan bertiup ke hati Fiqril. Walaupun dia bersetuju Suraya berubah tapi dia takut kalau nanti Suraya berubah menjadi seseorang yang dia sudah tidak kenali. Takut kalau gadis polos yang ada di hadapannya ini hilang dibawa arus perubahan nanti kerana sekerat hatinya telah terikat dengan gadis polos yang hanya tahu menggangguk dan menurut itu.
“Saya nak bos. Saya nak berubah. Terima kasih bos.” Keceriaan yang di tunjukkan gadis itu membuatkan Fiqril melebarkan senyuman paksa. Dia yang hulurkan cadangan sekarang ini dia sendiri yang takut menerima kesan dari cadangannya.
“Nanti I akan temukan you dengan dia.” Putus Fiqril sambil berdoa di dalam hati agar ketakutannya itu tidak akan menjadi kenyataan. Cuba meyakinkan dirinya itu semua untuk kebaikkan gadis itu. Dan kebaikkan gadis itu adalah untuk kebaikkan dia juga.

Monday, May 7, 2012

Sekali-Sekala Sayang 4


BAB 4

“Macam I katakan tadi Sofi. I boleh tolong anak guam you untuk dapatkan belanja selama dia mengandung dan yuran bersalin untuk dia. Anak guam I akan tanggung anak guam you hingga dia habis pantang. That the best I can do Sofi. Lebih dari itu, I tak boleh nak tolong.” Sekali lagi Rya memberi tawaran pada Sofi peguam plantif yang mendakwa anak guamnya.
Memang masalah sosial sekarang. Anak guam Sofi seorang anak gadis yang baru berumur 23 tahun dan merupakan seorang pelajar mendakwa anak guamnya yang merupakan anak orang berpangkat tinggi atas dakwaan tidak mahu bertanggungjawab pada dia yang sedang mengandung anak lelaki itu kononnyalah. Baru 21 tahun tapi dah berani bersekedudukkan dengan lelaki. Masalahnya dia mengandung anak lelaki lain tapi mendakwa orang lain. Dunia-dunia. Dah kurang malu rupanya manusia ini.
“Aku tak nak semua itu. Aku nak dia bertanggungjawab.” Anak guam Sofi berteriak pada Rya. Nampak sangat marah pada Rya yang tidak mahu berganjak dari tawarannya.
“Bertanggungjawab seharusnya pada orang yang benar-benar berhak Cik Jasmin. Kalau you nak klien I bertanggungjawab, nikah dengan you. Apa kata kita buat DNA test?” Ujar Rya dengan suara yang cukup mendatar. Langsung tak berperasaan. Apabila Jasmin terdiam membisu. Rya sudah menjangkakan reaksi itu.
“ I cukup faham dan tahu siapa you Cik Jasmin. You nak dakwa anak guam I rogol you. Well after almost a year both of you tinggal sekali, you rasa dakwaan tu masih boleh pakai ke?” Sinis suara Rya. Dia tidak jadi yang terbaik dalam bidang dia kalau dia seorang lembut hati.
“Kau jangan ingat aku boleh lepaskan anak guam kau macam tu je. Dia tak cerita berapa banyak kami berkongsi sejak kami bersama? Aku bukan sesiapa pun kalau video tentang kami ni tersebar tapi anak guam kau?” Amboi cantik sungguh bahasa nak guam Jasmin. Cara Jasmin bercakap sememangnya cara orang terdesak sehingga melanggar kuasa Sofi untuk berbincang. Itu melebarkan lagi senyuman Rya.
“I tak nak aibkan you sebenarnya Cik Jasmin. Tapi you paksa I. I’m sorry Sofi, anak guam you yang paksa I. Baiklah Cik Jasmin.” Dari kedudukan bersandar dengan santai, Rya tegak pula. Wajahnya berubah dari selamba dan sinis tadi hingga ke wajah serius yang menakutkan. Penuh keazaman.
“Rya... I...” Sofi jelas tak suka dengan perubahan Rya. Gadis di hadapannya ini bukan sebarang peguam. Peguam yang mempunyai reputasi sendiri. Buat masa sekarang gadis ini the best player in industry. Memang silap besar anak guamnya menaikkan darah Rya. Kini Sofi hanya mampu senyap dan menggelengkan kepala.
“You nak bukti Cik Jasmin, I berikan you bukti. Kondo tempat tinggal you sekarang hadiah dari boyfriend pertama you sebagai bayaran you menggugurkan anak dia. I pasti you pun ada drama menarik masa bersama dia bukan.” Rya melemparkan sebuah fail dan sebuah CD di hadapan Sofi dan anak guamnya.
“Ini pula maklumat tentang dua lagi hartawan terkenal yang pernah menjadi ‘kekasih’ you. CD yang ada itu you pun tahu apa kandungannya kan?” Sekali lagi sebuah fail berwarna coklat dan dua keping CD di lemparkan ke hadapan pihak lawan.
“Anak dalam perut you tu bukan anak klien I. Klien I ada di Sarawak waktu tu dan you pula berfoya-foya dengan boyfriend sama kolej dengan you. I pasti anak dalam kandungan you itu adalah anak budak lelaki tu kan. Jangan cakap I tak ada bukti. Ini buktinya. Bukti yang cukup kukuh.” Rya melemparkan lagi sebuah fail di hadapan Sofi dan anak guamnya.
“Cik Jasmin, mungkin you tak kenal I tapi I the best player in this game. Klien I tak akan bayar I dengan lumayan kalau I bukan yang terbaik. I ada reputasi I untuk I jaga. I tak pernah ambil kes yang I tak yakin I boleh menang. Macam kes you ni. I yakin 99% that I can win. You will never win against me Jasmin and for your information you just close the door for negotiation. My offer for you has expired. If you want to continue with law, my pleasure. Meet you in court then.” Sombong suara Rya. Dia memang bangga dengan apa yang dia miliki dan bukan mudah untuk dia miliki.

“Thanks Rya. Uncle tahu you the best in field.” Ujar Dato Hairi apabila Rya bejaya menyelesaikan kes anaknya dan Jasmin tadi. Keangkuhan gadis itu itu memang ada benarnya dan ada sebabnya.
“You might not thank me when you see the bill uncle.” Rya bergurau dengan Dato Hairi. Kehadiran seseorang dia rasai.
“Ad, I rasa dah masanya you fikir dengan otak bukan kepala lutut. Next time if this kind of thing happen again, you better cari peguam lain. Rya minta diri dulu uncle.” Rya selamba menempelak anak guamnya di hadapan bapa lelaki itu sendiri sebelum meminta diri.
Beberapa langkah dia bertapak, hatinya terasa ingin berpaling pada bilik Kusyi. Saat dia memandang menerusi dinding kaca itu, wajah Najmi terpamer di anak matanya. Pandangan mereka bersambung. Seketika mereka merentasi jambatan ego untuk saling berpandangan sebelum Rya menoleh kerana ada seseorang memanggil namanya.
“Ya Cik Jasmin.” Rya berhadapan lagi dengan gadis yang keadaannya sekarang nampak sangat sedang marah.
“Kau memang sial....” Serentak itu satu tamparan melekat di pipi Rya.
Keadaan sunyi seketika menghimpit suasana. Terasa panas pipinya sebentar. Tepi bibirnya sedikit pecah kerana terkena impak giginya. Rya mengusap lembut darah yang setitik dua itu. Wajahnya masih tenang setenangnya.
“You tahu Cik Jasmin. You dah buat silap paling besar dalam hidup you.” Tenang Rya menuturkannya.
“Kau yang tak ada perasaan. Sepatutnya kau bela kaum sendiri bukan...” Mungkin Jasmin ingin berhujah tapi silapnya memilih lawan.
“I tak hadaplah nak bela orang macam you. Fikirlah sendiri sama ada you patut di bela atau tidak?” Suara Rya tenang dan sinis.
Jasmin nampaknya tidak mampu menahan rasa sekali lagi, kini ingin melayangkan tamparan kedua. Rya mengangkat tangan untuk menahan tapi ada tangan lain yang lebih pantas. Rya dapat merasakan bahang tubuh insan yang menghulurkan tangan menahar tangan Jasmin. Dia tahu orang itu hanya di sisinya tapi Rya tak ingin menoleh kerana dari wangian itu dia tahu siapa gerangannya. Kenapa? Kenapa setelah sebegini lama, bahang itu masih dia kenali. Wangian itu masih tersemat di fikirannya.
“You memang silap besar. I akan hancurkan hidup you and I will tear you to pieces. Then I will screw you piece and piece until you not recognize your own identity Jasmin. Then you will learn you mess with wrong person. Wait and see.” Rya bukan mengugut kosong. Wajahnya cukup ganas dan serius menandakan dia tidak main-main dengan kata-katanya.
“Thanks but no thanks Raja Najmi. I cukup mampu untuk lindungi diri I sendiri.” Seketika Rya menoleh pada Najmi yang di sisinya. Pandangan mereka bersambung lagi. Satu ingin dia sampaikan pada lelaki tersebut dia bukan gadis yang lemah seperti dulu.
“Today such a black Monday.” Omel  Rya pada dirinya sendiri sambil berlalu pergi.

“Selalu ke pekara tu terjadi pada dia tu?” Najmi bertanya pada Kusyi setelah mereka kembali di meja perbincangan. Tadi dia menyerbu keluar sebaik ternampak Adillia atau Rya di serang. Hatinya gelisah.
“Kalau terjadi pada aku, jaranglah. Kalau kau tanya terjadi pada Rya, itu pekara biasa. Aku rasa dalam empat bulan ni aja dah kali ke lima tu. Bulan lepas tak silap aku, kereta dia kena pecah. She too aggresive. Terlalu outspoken.” Ujar Kusyi. Dari riak wajah anak guamnya itu, dia seperti dapat membaca garis risau setelah dia berkata begitu. Raja Najmi dihadapannya ini kenal Rya kah?
“Don’t worry Naj. Orang yang bijak pandai dan matang akan cukup tahu untuk tidak terlibat dengan Rya. She the best player in this field. No body want to mess with her. Kalau dulu bolehlah tapi sejak tiga-empat tahun, may be no. She not the same girl from back then.” Mahu tidak mahu Najmi mengakui,-