Wednesday, September 14, 2016

Klinik Hati : Bab 5


BAB 5


 Tadi di lapangan terbang, Afia di jemput oleh dua orang lelaki yang berlagak seperti pengawal keselamatan sebaik sampai daripada Singapura. Kedua-duanya berjaya meyakinkannya untuk mengikut mereka ke mari. Ke sebuah pejabat yang tampak mewah dan elegan sekali. Dia bersetuju mengikut mereka pun kerana mereka berjaya menarik perhatiannya dengan menyatakan adalah wakil daripada bapa kepada anak dalam kandungannya. Yakin setiap butir yang mereka berikan, Afia memberanikan diri mengikut mereka kerana dia terlalu ingin tahu pemilik kepada benih dalam kandungannya.
Afia memandang tak percaya wajah dihadapannya ini. Jika benar inilah bapa kepada anak yang dia kandungkan. Betapa kecilnya dunia ini. Tapi rasanya kecil dunia apabila dia kembali bertemu dengan lelaki yang masih berbaju pejabat berwarna biru dan sedang tersandar lesu di kerusi kerja dihadapannya. Mereka tak perlu dikenalkan sebab sudah lama mereka dipertemukan. Mungkin mereka pernah terpisah dulu, tapi aura lelaki itu langsung tak berubah, kalau ada yang berubah pun kerana mungkin aura itu menjadi semakin hebat. Kerana Aura itu yang menyebabkan dia cepat saja dapat mengecam kehadiran Emir. Emir Zafran, lelaki yang pernah dia kenali satu masa lalu.
 Afia terlalu ingin tahu, apa yang menyebab lelaki itu mengambil keputusan untuk bertindak kurang bijak seperti sekarang. Terlalu ingin sangatkah lelaki itu dengan kerhadiran seorang anak sampai sanggup memilih cara ini untuk mendapatkan anak? Kenapa tidak saja kahwin? Kalau dah berkahwin, kenapa tak meminta isterinya saja mengandung? Kenapa masih juga nak buat kerja gila begini? Dia tak dapat membaca tujuan lelaki itu. Agaknya Emir dah tiada kerja sangat sampai sanggup membuang masa dengan kerja-kerja kurang berfaedah macam ni.
Sekarang Afia tak tahu apa yang harus dia fikirkan. Apa keputusan untuk dia ambil? Tapi sebelum itu apa yang Afia inginkan adalah untuk bertanya terus pada lelaki itu, kenapa lelaki itu boleh memperlakukan perkara yang tak masuk akal seperti ini? Apalah tujuan lelaki itu? Nak balas dendam ke suka-suka je? Afia dah malas hendak berteka-teki. Biar segalanya terjawab sendiri. Hish memeningkan sungguhlah.
“Kalau awak nak duduk merenung saya macam tu, baik saya balik je. Saya penat sangat.” Ujar Afia dengan nada yang bosan.
Dah tak larat nak menunggu membisu macam ini lagi. Macam tak ada kerja lain yang dia nak buat. Nak tunggu apa? Kalau katakan hendak berkenalan, rasanya tak perlu sesi itu telah lama jadi sejarah sejak lapan tahun lepas lagi. Biarpun dulu mereka tidaklah rapat tapi dia cukup kenali siapa Emir dan tahu kisah silam Emir. Lagipun hatinya dah tak sabar nak tanya tujuan lelaki dihadapannya itu.
“Apa yang you nak Afia?” Tanya lelaki dihadapannya ini. Ego. Sombong.
Berdesing pula telinga Afia mendengarnya. Sudahlah sindiran dia macam tak ada impak langsung pada lelaki itu, malah dia pula yang dipersoalkan dengan soalan yang rasanya sepatutnya dia yang tanya.
“Rasanya saya yang patut tanya apa yang awak nak Emir? Rasanya saya yang diheret dari KLIA hingga ke mari bukan awak.” Afia membalas balik.
Dia tak mahu kelihatan tunduk dengan lelaki yang bernama Emir dihadapannya ini. Lagipun itu kenyataannya. Lalu dia harus berdiri dikaki pendiriannya. Memang bukan dia ingin berhadapan dengan lelaki ini tetapi Emir sendiri menjemputnya ke mari. Saat kakinya melangkah keluar daripada KLIA tadi, orang-orang suruhan Emir yang datang padanya menyampaikan pesanan Emir yang ingin bertemu dengannya. Kalau tak mengenangkan keinginan hatinya yang terlalu ingin tahu siapa yang menjadi penyebab kucar kacir dalam hidupnya, memang dia tak ingin nak menerima jemputan Emir tadi. Tapi memang dia tak sangka lelaki ini yang dia jumpai di sini.
“You tahukan kenapa you di sini?” Emir menyoal lagi.
Afia mendengus dengan pertanyaan Emir. Geram dengan Emir yang seperti tak kisah dengan ‘suara’nya . Malah lelaki itu seakan hendak mengajak dia untuk bermain tanda tanya dan kesimpulannya Afia menganggap Emir belum bersedia memberi jawapan.
“Kenapa awak boleh buat perkara kurang bijak macam ni?” Tanya Afia lagi lurus. Matanya tajam menikam wajah Emir menandakan dia ingin menyelesaikan masalah ini secepatnya. Malas mahu menjawab soalan yang rasanya kurang bijak itu. Lagipun dia malas dah nak corner-corner dah. Direct to the point jelah lagi senang.
“Macam mana you boleh terlibat? Rasanya I tak pernah libatkan you tapi seorang perempuan bernama Khyla. Jadi bagaimana you pula yang terlibat ni?” Balas Emir dengan soalan. Pertanyaan Afia dibiarkan sepi.
Mendengar  bait nama Khyla yang terbit dari bibir Emir membuatkan duduk Afia tegak. Sepertinya ada sesuatu yang dia perlu tahu. Tetapi dia tak mahu kelihatan blur di hadapan Emir. Egonya dan maruahnya mesti dijaga.
“Saya tak nak pun terlibat. Awak ingat saya nak terlibat ke? Awak memang tak betullah kalau awak boleh berfikir macam tu. Saya tak pernah merancang untuk mengandung apatah lagi merelakan mengandung saat saya ni belum bergelar isteri. Awak ingat saya ni suka ke dengan keadaan saya sekarang? Mana ada perempuan nak mengandung anak luar nikah. Saya benci dengan apa yang saya lalui sekarang ini. Menginginkan pun saya tak pernah apatah lagi nak merelakan.” Tegas Afia.
Ayat demi ayat itu meluncur laju keluar daripada bibirnya. Seketika hatinya tidak dapat menahan sabar. Apa yang ada di lubuk sanubari itu dilepaskan sahaja. Dia ingin Emir tahu, tak pernah sekalipun dia harapkan pekara seperti ini berlaku padanya. Ingat dia nak sangat ke mengandung anak Emir tu. Tanpa sedar dia telah cuba memalingkan wajah daripada takdir Allah. Mengeluh pada dugaan yang Allah berikan padanya.
“Apa you cakap ni? Rela atau tak you dah mengandung sekarang. You jangan nak buat sesuatu yang bodoh.” Bergema naik suara milik lelaki itu. Agaknya Emir mentafsirkan Afia ni hendak mencederakan diri dan kandungannya kot.
“Kalau saya buat pun apa yang awak nak buat kat saya? Awak tak ada hak nak halang saya. Lagipun awak pasti ke saya ni masih mengandung lagi?” Cabar Afia. Dia sengaja menaikkan suhu kepanasan Emir. Tercabar sangat rasanya bila Emir meninggikan suara padanya. Siapa Emir hendak menengkingnya begitu?
“Kau masih mengandung lagikan? Cakaplah!!! Baik kau cakap yang anak aku masih ada dalam perut kau. Kalau tidak, tahulah aku kerjakan kau nanti.” Sekali lagi nada Emir melengking tinggi. Riak kegusaran jelas terpampang diwajah itu. Kali ini terkejut Afia apabila sepantas kilat Emir sudah berada di hadapan Afia.  Menarik dia agar berdiri berhadapan dengan lelaki itu.
Afia dapat merasakan hangatnya hati Emir. Sedikit sebanyak suara Emir yang tinggi itu sangat menakutkan dirinya. Apatah lagi merasakan tangan Emir yang menggenggam bahunya erat itu sungguh menyakitkan. Seketika mata mereka bertentangan. Saat itu Afia nampak kebimbangan didalam padangan mata Emir. Seolah-olah memberitahunya jawapan Afia adalah penentu hidup mati lelaki itu. Tak sampai hati Afia dibuatnya.
“Tak rela macam mana pun hati ni. Saya tak akan sanggup membunuh darah daging saya sendiri.” Lembut dan perlahan jawapan Afia.
Seketika Afia meletakkan telapak tangan kanannya berada di atas perutnya yang masih kempis lagi. Tersedar dia dari kekhilafannya. Sememangnya dia tak inginkan keadaan ini tapi janin yang kini bernyawa di dalam rahimnya tetap anugerah yang diberikan oleh Allah untuk dia lindungi bukan untuk dia kesali.
“Alhamdulillah Ya Allah.” Di telinga Afia dia mendengar kalimah kesyukuran dair bibir Emir.
 Seketika Afia jadi kaku saat  apabila Emir menarik tubuhnya didalam pelukkannya dengan menghela nafas berat bagaikan hukuman mati terhadap lelaki itu di tarik kembali. Tahulah Afia yang bertapa pentingnya kandungannya buat Emir. Jatuh simpatinya buat Emir masa ini.
“Jangan pernah cakap macam tu lagi. Rela atau tidak dia tetap ada kat dalam ni. Tetap tanggungjawab kita. Anak kita.” Bisikan Emir menyentuh perasaan.
‘ANAK KITA’ Hati Afia tersentuh saat Emir berkata begitu sebaik melepaskan tubuhnya. Makin tersentuh hati Afia saat Emir meletakkan tangan di atas tangannya yang melekap elok di perutnya itu. Saat ini sepertinya mereka adalah sepasang suami isteri yang sedang bercerita tentang kehadiran orang baru yang dinanti. Bukan dua manusia asing yang baru  bertemu kembali di telapak takdir.
Sesak nafas Afia seketika. Hatinya yang di ketuk rasa bahagia menakutkan dirinya. Dia tak mahu merasakan perasaan bahagia itu dengan Emir kerana kalau dia bisa memilih, Emir akan menjadi orang terakhir dia ingin berkongsi rasa itu. Tapi untuk menahan dan menolak terus rasa bahagia yang bertamu dihatinya, Afia rasa tak mampu walaupun separuh jiwanya melayang. Semakin takut dengan kebahagiaan, membuatkan nafas Afia tak teratur. Dadanya berombak keras dan tiba-tiba tekaknya meloya.
“Tan... das.” Tertahan-tahan suara Afia keluar dari bibirnya dengan tangan kanannya menutup mulut menandakan dirinya yang ingin muntah.
“Here...” Terus saja Afia merasakan tubuhnya di dorong lembut ke pintu di hujung bilik itu.
Afia tak dapat menahan gelodak muntahnya. Terbongkok-bongkok dia muntah di singki yang cantik itu. Usapan di berlakangnya menunjukkan Emir sentiasa ada di berlakangnya. Pertama kali dia muntah sejak mengandung ini. Rasanya penyakit orang mengandung ini sudah masuk ke sistem badannya dan ironinya dia mengalami pengalaman pertama alahannya itu ketika bersama dengan Emir sendiri.
Mengangkat wajah, Afia nampak terus wajah Emir melalui cermin dihadapannya. Bilik ini lengkap dengan ciri-ciri tempat refreshing sendiri rupanya. Bilik yang agak luas itu terdapat sebuah singki dan cermin tinggi. Beberapa helai baju bergantungan di sudut bilik kecil itu menunjukkan ini tempat untuk Emir menyegarkan diri. Mungkin digunakan ketika lelaki itu kesuntukkan waktu.
“Dah sudah?” Apabila pertanyaan Emir itu menyapa telinganya. Afia hanya mempu mengangguk saja. Sudah tidak bersuara untuk menjawab.
Kakinya yang longlai kepenatan dipaksa untuk terus melangkah juga. Terasa jauh perjalanannya hendak sampai ke set sofa mewah dalam pejabat Emir itu. Lalu apabila Emir mengampu tubuhnya daripada berlakang, Afia hanya mampu membiarkan saja. Dia terlalu tak berdaya menolak bantuan dari lelaki itu. Anggaplah keadaannya kini tersangat terdesak. Sampai di sofa panjang itu, Afia dah tersandar lesu.
“ You baringlah.” Arah Emir sambil menghulurkan segelas air buat Afia.
Afia hanya menggeleng pada Emir namun gelas berisi air itu tetap disambut jua. Perlahan-lahan dia minum untuk menghilangkan dahaga dan rasa kesat akibat muntahnya tadi. Walaupun kala ini tubuhnya rasa semakin lemah dan tak berdaya. Hendak pula rasanya menerima tawaran Emir tadi tapi terlalu segan rasanya dia hendak berbaring di hadapan Emir.


Emir merenung wajah pucat yang perlahan-lahan meminum air di hadapannya itu. Kesian dia melihat wajah yang sudah sedikit pudar warnanya. Jujurnya wajah itu langsung tak berubah walau sudah lebih lapan tahun mereka tidak bertemu. Cuma wajah keanak-anakkan dulu semakin hilang berganti wajah anggun yang kini lebih memukau. Ada satu yang masih sama dan serupa, iaitu wajah dihadapannya itu masih lagi ayu dan penuh nilai keibuan.
Bertapa Emir ingin akui kecil sungguh dunia ini. Dia sendiri terkejut saat orang-orangnya membawa Afia kemari. Tak sangka dia inilah gadis yang sedang membawa pewarisnya. Lapan tahun dulu, Emir menemui Afia sebagai kawan serumah dan kawan baik kepada bekas kekasihnya Eryana pada waktu itu. Mereka tak rapat mana pun. Sesekali kalau bertemu mereka hanya bertukar senyuman dan kalaupun bercakap sekadar bertanya khabar.  Cuma jasa Afia yang sentiasa meluangkan masa untuk menjaga adiknya setiap kali dia keluar berdating dengan Eryana tetap dia kenang hingga kini. Malah adiknya sendiri selalu menyebut-nyebut kebaikkan Afia di hadapannya. Dia akui gadis dihadapannya ini memang mempunyai sekeping hati yang terlalu baik.
Selepas dia putus dengan kawan baik Afia itu, dia dah tak mendengar cerita tentang Afia lagi. Hubungan rapat Afia dan adiknya juga seakan putus begitu saja. Terdetik juga hati Emir tertanya kenapa hubungan mereka juga terkena tempias putusnya hubungan dia dan Eryana. Tapi hanya terdetik begitu sajalah. Untuk meminta kepastian atau bertanya lebih lanjut, dia tak ada masa. Iyalah tiada keperluan dia hendak tahu kisah Afia waktu itu. Tak sangka pula sekarang dia di ketemukan kembali dengan gadis ini. Dalam keadaan yang berbeza dan dalam perhubungan yang berbeza.
Emir tak berani menebak masa depannya bersama gadis ini sebenarnya. Dia tidak kenali siapa Afia dan apa yang paling dia takuti adalah Afia seperti Eryana. Bukankan kedua-duanya itu kawan baik. Selalunya kawan baik ini perangai mereka pun serupa juga. Ahhh sungguh.... Dia tidak sanggup untuk di dayuskan sekali lagi kerana seorang gadis. Tapi sekarang apa pilihan yang dia ada? Afia memiliki sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya pada masa ini. Kehadiran dan kerjasama Afia sangat-sangat dia perlukan.
“Apa yang terjadi awak dengan Khyla sebenarnya?” Terpanggah seketika Emir mendengar suara gemersik itu memecah kesunyian antara mereka.
 Emir tersenyum mendengar bicara gadis itu. Mungkin sudah sedikit lega jadi gadis di hadapannya itu mula bersuara. Wajah Afia pun nampak sedikit segar berbanding tadi cuma bibir yang kelihatan sungguh pucat milik gadis itu yang membimbangkannya.
“I dan Khyla ada perjanjian sebenarnya...” Emir memulakan bicara dengan nada lembut.
 Emir tak pasti sama ada ini waktu yang sesuai untuk dia membuka cerita namun dia tahu hanya ini waktunya untuk mereka berbincang dengan terbuka. Untuk itu Emir sudi bangkit mengambil sebuah sampul daripada laci meja kerjanya sambil mulutnya masih rancak bercerita tentang perjanjian dia dan gadis bernama Khyla. Segala kebenaran tentang dirinya dan Khyla di ceritakan pada Afia. Perjanjian yang dia dan Khyla tandatangani bersama itu diberikan pada Afia tanda bukti.
“I tak tahu apa hubungan you dan Khyla. Tapi yang pastinya I nak tahu macam mana you boleh terlibat dengan perjanjian kami. Seperti yang you baca sepatutnya Khyla yang menjalani prosedur intrauterine insemination bukan you.” Terang Emir dengan penuh tanda tanya dihujungnya.
“Khyla adik tiri saya. Susah saya nak percaya Khyla boleh buat pekara macam ni. Kami rapat terlalu rapat. Patutlah hari tu dia beriyaa-iya sangat ajak saya temankan dia ke Singapura... Rupanya...” Afia tunduk bercerita.
 Emir memerhati saja Afia bercerita bagaimana Khyla meyakinkan gadis itu untuk menemani Khyla ke Singapura.  Dia nampak keikhlasan dan kejujuran Afia bercerita dengannya. Dimatanya gadis itu sedaya upaya menahan tangis ketika membuka cerita bagaimana Khyla berjaya ‘meyakinkan’ Afia yang rawatan di Singapura itu hanyalah ujian kesuburan biasa.
Di wajah Afia, Emir yakin pada waktu itu Afia hanya ingatkan ujian yang dia lakukan adalah ujian kesuburan bukan prosedur intrauterine insemination seperti yang sebenarnya terjadi. Betapa sukarnya gadis itu cuba berusaha meyakinkan Emir yang dia mengandung hanya kerana terlalu percayakan Khyla walaupun Emir dapat membaca sebenarnya masa ini Afia cuba mengajar dirinya sendiri menerima keadaan ini.
Emir dapat mengagak yang apa terjadi. Pasti Khyla menukar maklumat dirinya kepada Afia di klinik tersebut sehingga gadis di hadapannya ini pula yang terlibat. Tapi silapnya juga, dia yang melepas tangan tentang urusan remeh temeh macam ini. Setelah dia memilih klinik dan menyelesaikan ‘urusannya’. Dia hanya membiarkan Khyla menguruskan yang lain termasuklah pendaftaran gadis itu. Peguamnya pun hanya mengeluarkan surat pengakuan dan kebenaran pada Khyla agar gadis itu melakukan intrauterine insemination dengan benih yang dia ‘dermakan’ . Sepatutnya dia menghantar orangnya untuk memantau Khyla. Silapnya di situ.
“It’s okay. You jangan stress sangat. Tak elok untuk baby. Sekarang kita tak perlu bincangkan hal Khyla. I akan uruskan Khyla nanti. Yang penting sekarang kita bincang hal kita ni.” Ujar Emir sambil bangkit duduk disamping Afia.
Emir risau melihat keadaan Afia yang semakin tertekan kerana bercerita. Hatinya kini di suntik rasa kesian pada Afia yang sudah menjadi mangsa keadaan. Mangsa kepada permainan yang dia mulakan walaupun langsung tak terniat dihatinya pekara sebegini akan terjadi. Namun apa yang terjadi sudahpun berlaku. Tak mungkin dapat diputarkan kembali waktu dan masanya ke takuk asal. Jadi apa yang boleh mereka lakukan sekarang adalah memperbaiki saja kelompangan keadaan ini.

“Hal kita?” Nyata kening Afia hampir bertaut mengulangi dua perkataan itu. Rasanya masih panjang lagi urusan antaranya dan Afia.

Tuesday, August 30, 2016

Klinik Hati : Bab 4


BAB 4


Afia  terduduk dibangku taman yang dia sendiri tak tahu dimana dia beraada sekarang. Puas dia berjalan tanpa arah sehingga dia sampai ke sini. Sekali lagi dia memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia rasa marah. Rasa terluka dengan apa yang terjadi. SAH. Adiknya yang menipu dia. Khyla mengkhianati kepercayaanya. Penerangan daripada klinik di Singapura, jelas menunjukkan rawatan yang dia ambil beberapa minggu lepas bukanlah ujian kesuburan tetapi intrauterine insemination. Jadi persoalan bagaimana dia boleh mengandung kini terjawab.
Sakitnya dikhianati darah daging sendiri, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Afia ingin marah. Benar dia hendak marah. Terlalu ingin marah. Dia hendak menangis. Dia hendak menjerit kepada dunia. Terlalu ingin bertanya kenapa segala ini terjadi kepadanya? Kenapa dia yang perlu menangung segala ini? Terlalu banyak perasaan marah, sedih dan sakit hati yang terpedam di lubuk hatinya ini.
Afia sedar dia tak boleh putarkan masa kembali ke masa silam. Jadi dia perlu memikirkan apa yang terjadi selepas ini? Dia perlu memandang ke hadapan. Mulai sekarang dia perlu merancang kembali apa yang perlu dia lakukan untuk kehidupan masa depannya. Kerana atas segala yang terjadi ini mengubah apa yang sudah dia aturkan buat kehidupannya.
Itu persoalan yang dia belum ketemui jawapannya. Bagaimana dia hendak merombak kembali perancangan hidupnya jika dia tak tahu hendak bermula daripada mana. Dia tak hahu harus menduga corak kehidupannya selepas ini. Tentang keluarganya. Tentang kejayanya. Tentang masyarakat. Dan paling penting dia tak tahu apa yang akan dia lalui dengan kehadiran anak yang dalam rahimnya ini.
Mendongak ke langit selama mana pun, Afia tak ada jawapannya. Jujurnya dia tak bersedia untuk di duga sebegini berat. Hendak memutarkan masa kembali dia tak berdaua. Hendak memikirkan masa hadapan dia buntu. Afia benar-benar tersepit di tengah-tengah keadaan, Semakin dia memikirkannya rasa tak tertanggung bahunya hendak memikul. Jika boleh dia ingin sangat lari daripada kenyataan. Namun dia sedar selama mana dia boleh lari jika saban hari perutnya akan membesar. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa, Hanya doa senjatanya dan penemannya untuk terus kuat.
‘Ya Allah. Jika ini dugaan yang perlu aku tempuh. Dikau permudahkanlah bagiku untuk melaluinya. Ya Allah, Dikau tunjukkanlah jalan untukku menghadapinya’ Untuk sekian kalinya hati Afia mendoakan. Hanya doa-doa ini yang bermain dihatinya. Tak kira tempat dan ketika, hatinya sentiasa berdoa. Meminta dia diberkan kekuatan. Kerana dia yakin Allah S.W.T tak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya.

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…’     ( Al-Baqarah: 286)


EMIR ZAFRAN sedar dia sudah terlambat.  Dia terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Dia merenung seketika sekeping surat daripada Hendria OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampaikan berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan apa yang dia perlu lakukan sekarang ini. Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kembali kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu. Dia kesal kerana membuat keputusan mengikut perasaan ini. Sangat kesal apatah lagi dia hanya sedar di saat akhir bahawa tindakannya itu melanggar hukum hakam agama.
Sejak seminggu lepas, dia cuba menjejak kembali Khyla sebelum ini. Dia ingin menarik balik tawarannya pada gadis itu kerana dia sedar kesilapannya membuat keputusan yang begitu besar dalam keadaan terburu-buru hingga melanggar hukum agama. Dua minggu lepas, dia di beri kesempatan bertemu kembali dengan rakan lamanya yang berkerja sebagai doktor. Dalam duduk berbual, entah bagaimana perbualan mereka melencong kepada soal-soal rawatan kesuburan. Daripada temannya itulah baru dia tahu kenapa di Malaysia, hanya pasangan yang sah bernikah sahaja yang boleh melalui prosedur permanian berhadas. Segala ini soal haram halal.
Hukum seorang lelaki memasukkan mani kedalam faraj seorang perempuan dalam apa-apa keadaan pun adalah HARAM. Seolah-olah mereka sedang berzina. Walaupun bukan dalam erti kata sebenar. Malah selepas mengetahui segala ini, Emir menyelidik kebenaran kata-kata temannya. Dia bertanya pada ustaz dia pejabat agama. Dan dia memdapat jawapan yang sama.
Daripada bacaannya Emir mendapat tahu. Menurut Sheikh Mahmud Shaltut (Dirasat Fiqhiyyah Mu’asirah,Kaherah, Universiti Al-Azhar) menyatakan bahawa persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah adalah jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan,
Hukum manusia yang hanya mahu dia yang betul. Tidak cukup dengan pandangan seorang cendiakawan islam, Emir cuba mencari lagi sesuatu yang boleh menyokong tindakkan nya. Mana tahu dia terjumpa. Tapi apa yang haram tetap haram. Berkali pun. Beratus kali pun dia mencari dia tetap bertemu dengan jawapan yang sama. Cuma kini dia lebih faham kenapa tindakkan nya adalah haram.
Kerana menurut Syeikh Prof. Dr. Mohammad Ra’afat Othman, perbuatannya meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan pernikahan bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih yang dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang boleh membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.
Namun segalanya dah terjadi, tiada tempat lagi untuk dia berpaling dan memadamkan kekhilafannya selain daripada dia berusaha membetulkan keadaan. Apa yang di rancang semuanya sudah berlaku. Sudah ada sorang wanita diluar sana yang sedang mengandungkan anaknya. Sadisnya dia sendiri tak tahu siapa wanita itu. Sekarang ini dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Entah apalah yang dia fikirkan masa buat keputusan ini dulu?
Demi keinginannya memiliki anak, dia sanggup mengupah seorang wanita bernama Khyla untuk mengandungkan anaknya. Janji telah termeterai. Kontrak telah ditanda tangani. Malah sudah ada surat yang mengesahkan melalui proses intrauterine insemination yang dijalankan telah berjaya mencambahkan benihnya didalam rahim seorang wanita bernama Nur Afia Binti Arshad. Kini dia perlu mencari Nur Afia Binti Arshad. Ibu kepada anaknya.
Walaupun siapa pun gadis itu. Dan di mana gadis itu berada. Dia akan jejaki jua. Dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang. Moga dengan ini dia dapat menebus kembali kesilapannya.

   

Sunday, August 21, 2016

Klinik Hati : Bab 3

BAB 3
Takdir yang menentukan...


Afia  memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
Jelas keputusan pemeriksaan kesihatannya itu menyatakan dia mengandung. MENGANDUNG!!! Bagaimana dia boleh mengandung jika dia yakin dia masih suci. Selama ini dia cukup menjaga kesuciannya. Jadi bagaimana dia boleh mengandung? Apa yang terjadi padanya bagaikan satu misteri yang dia sendiri tak boleh rungkaikan.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Benarkan ujian yang dia ambil itu ujian kesuburan? Nampaknya dia perlu ke Singapura untuk mendapatkan jawapan.



Tuesday, August 16, 2016

Aku Akan Datang : Bab 2

BAB 2


Hanni keluar dari studionya di jalan Ampang. Hanni berjalan menuju ke keretanya yang di pakir di hujung blok bangunan kedai studionya. Dia perlu pergi ke satu tempat hari ini. Tempat yang dia paling benci, tapi dia perlu jejaki hanya kerana hari ini adalah hari lahirnya.
Sambil berjalan dia membelek beg kameranya. Takut kalau ada apa-apa yang tertinggal. Hari ini selepas dia ke tempat itu, dia tahu dia perlu mencari ketenangan. Dan ketenangan itu akan datang kalau dia pergi mencari shot-shot yang cantik untuk koleksinya.
Syukur di dalam hidupnya sentiasa terasa suram, Allah berikan dia peluang untuk berkerja dalam bidang yang dia minati. Bidang jurugambar ini kalau tiada kesabaran, tak mungkin boleh bertahan.  Namun berkat sabarnya dan kerja kerasnya. Alhamdulillah setakat ini rezekinya murah. Studio dan kedai gambarnya sudah di kenali ramai.
Ketika Hanni baru menyimpan beg kameranya di dalam pintu sebelah pemandu, sebuah kereta melaluinya. Dia kenal sangat pacuan empat roda itu, milik Iskandar kekasih hati Sara. Mata Hanni sempat menangkap wajah gadis yang ceria tersenyum di sebelah Iskandar yang memandu tadi. Hanni menggeleng kepalanya perlahan berkali-kali. Tak faham dia.
Apalah yang Sara nampak pada Iskandar sampai Sara sanggup menerima buaya tembaga seperti itu. Lelaki seperti Iskandar tu pada mata Hanni hanyalah tapikal lelaki yang berjaya dalam kerjaya tapi hampeh dalam jati hidup. Terlalu leka dengan ego kejayaannya sampai lupa tata susila budaya timur.
 Kerana itu jugalah Hanni memberi nama istimewa buat Iskandar iaitu ‘Mawas’. Memang sesuai dengan Iskandar, seorang manusia yang berpelajaran tapi perangainya tak cukup bertamadun. Kesian dunia sekarang. Sukar mencari khalifah yang boleh mendidik dan membawa makmumnya ke jalan yang di redhai.
“Dahlah Hanni. Tak perlu nak sesakkan kepala. Masalah kau selepas ini lagi besar. Baik kau pupuk kesabaran daripada sekarang.” Hanni memarahi dirinya.
Ya, buat apa dia sibuk fikirkan tentang hal orang lain. Sedangkan masalahnya sendiri tak selesai. Selepas ini dia perlukan kesabaran yang lebih tinggi daripada segala-galanya.


Berdiri dihadapan rumah agam yang nampak indah tetapi sunyi itu membuatkan Hanni mengeluh dan mengeluh lagi. Setiap kali dia melangkah masuk ke kawasan rumah agam ini, hatinya tak akan senang. Jiwanya terasa sesak. Sakit sekali. Tanpa siapa pun menyedarinya, setiap satu memori pahit ketika menjadi penghuni sementara rumah ini dulu sentiasa menghantui dirinya. Menjadi mimpi ngeri di malam harinya.
Kalau ikutkan hatinya, dia tak mahu menjejakkan kaki ke rumah ini lagi. Tapi apa yang boleh dia lakukan, jika sudah diwasiatkan oleh ibunya untuk menghantar surat pada Tuan Najwan. Namanya memang di binti kan dengan nama lelaki itu. Tapi tak pernah sekalipun lelaki itu mengakuinya sebagai anak. Jauh sekali hendak menerimanya.
Hanni tahu selama ini Tuan Najwan terpaksa menerimanya kerana wasiat. Kerana maruah lelaki itu yang menjadi taruhan. Hanya itu yang menjadi pengikat antara mereka. Kalau bukan wasiat. Kalau bukan kerana maruah. Agaknya daripada dulu lagi Tuan Najwan sudah menghantarnya ke rumah anak-anak yatim. Dengan berat hati Hanni mengetuk pindu mewah itu.
“Hanni...” Seperti tahun-tahun lalu, Mak Melah yang merupakan pembantu rumah Tuan Najwan yang menyambutnya.
“Mak Melah.” Hanni terus menghulurkan salam untuk bersalam dengan wanita yang banyak berjasa padanya itu. Tangan itu di cium penuh hormat.
“Hanni sihat? Lama betul Mak Melah tak jumpa kamu. Asyik telefon je. Mak Melah rindu.” Sekali lagi Mak Melah mendakap erat tubuh Hanni. Erat. Dia rindu dengan Hanni. Gadis yang membesar di depan matanya.
“Sihat. Mak Melah sihat?” Hanni bertanya sambil mencium manja pipi wanita itu. Dia kemudiannya menghulurkan sebuah beg kertas untuk Mak Melah.
“Sihat. Mak Melah sihat. Apa ni? Kan Mak Melah dah kata tak perlu bawa apa-apa untuk Mak Melah lagi. Cukup Mak Melah jumpa kamu. Dapat tengok kamu sihat dan gembira. Semua tu dah lebih daripada cukup untuk Mak Melah.” Mak Melah tak mahu menyambut huluran itu. Tahu apa yang ada dalam beg kertas yang di bawa Hanni. Gadis itu tak pernah datang dengan tangan kosong. Ada saja hadiah untuknya. Sampai dia naik segan hendak menerima lagi.
“Ini untuk Mak Melah. Ambillah. Hanni tak pernah ada peluang hendak berjasa pada arwah ibu. Berilah peluang Hanni nak bermanja dengan Mak Melah.” Pujuk Hanni.
“Dia ni pandai je buat Mak Melah rasa sayu. Selamat hari lahir sayang. Mak Melah doakan kamu semoga bahagia dan hidup dalam keberkatan Nya. Mari masuk. Hari ini Mak Melah dah siapkan makanan istimewa buat Hanni.” Mak Melah menarik tangan Hanni untuk melangkah masuk.
“Terima kasih Mak Melah. Dia ada?” Hanni bertanya perlahan.
“Ada. Dalam bilik bacaan.” Jawab Mak Melah lemah. Tahu siapa ‘DIA’ yang Hanni maksudkan.
“Hanni jumpa dia dulu. Nanti Hanni jumpa Mak Melah ye.” Hanni perlu cepat menyelesaikan urusannya.
“Sabar sayang. Ingat, Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang sabar.” Pesan Mak Melah. Kesian dia dengan Hanni. Selalu jadi mangsa majikannya. Dia risau kalau satu hari nanti kesabaran gadis itu akan sampai ke tahap penamat. Waktu itu entah apa yang akan terjadi?
“Baik Mak Melah.” Hanni mengerti apa yang dinasihatkan oleh Mak Melah.


Berhadapan dengan Tuan Najwan saban tahun tak pernah menghantar perasaan mesra dalam dirinya. Yang kedinginan dan kebencian saja yang mampu Hanni rasai daripada setiap perjumpaan itu.
Lima belas tahun. Kebencian itu tak pernah berkurangan. Malah makin menebal dari masa ke semasa. Hanni cuba. Malah dia sudah penat mencuba untuk mengubah kebencian. Sehingga akhirnya dia yang penat sendiri. Penat yang mengajar dia untuk berputus asa. Rasa lelah yang mengajarnya bahawa perasaan manusia tidak boleh diubah.
“Ini surat yang terakhir daripada arwah ibu buat Tuan.” Hanni meletakkan sekeping sampul surat di atas meja kerja Tuan Najwan.
Sedikitpun lelaki tua itu tidak berganjak dari membaca buku. Tak sepicing pun lelaki itu memandang ke arahnya. Seolah-olah Hanni langsung tidak wujud di sini. Alah Hanni. Dah 15 tahun. Sepatutnya perasaan itu sudah cukup lali dengan layanan sejuk beku Tuan Najwan.
Tapi kebenarannya, rasa sakit setiap kali tidak dipedulikan itu tetap saja muncul. Setiap kali menerima layanan beku itu, hatinya bak ais yang hancur berkecai menyembah bumi. Sakit dan perit. Kerana Hanni tahu kehadirannya tidak di perlukan apatah lagi di hargai. Ada abah di hadapan mata. Tapi dia tetap anak yatim piatu.
“Jangan risau Tuan. Ini kali terakhir saya akan jejakkan kaki saya ke mari. Tanggungjawab saya dah berakhir di sini. Terima kasih atas jasa Tuan membesarkan saya selama ini.” Ucap Hanni sebelum melangkah keluar daripada bilik bacaan itu.
Ucapan terakhirnya. Ucapan selamat tinggalnya pada Tuan Najwan. Pada keluarga Tuan Najwan.


Sunday, August 14, 2016

Klinik Hati : Bab 2


BAB 2


AFIA memerhati dari jauh Khyla mengisi setiap helaian borang di kaunter pendaftaran di hadapannya. Sebenarnya pada mulanya Afia tak faham kenapa Khyla benar-benar memujuknya untuk melakukan ujian kesuburan di Singapura ini.  Lagipun kenapa perlu di Singapura. Tapi setelah sampai di sini, Afia tahu kenapa sangat sayang untuk membazirkan pakej ini. Melihat saja ruangan klinik ini, Afia tahu harga perkhidmatan di sini memang diluar kemampuannya. Mungkin sebab ini Khyla sanggup merayu-rayu padanya untuk menggantikan adiknya itu menjalani ujian kesuburan di sini.
Kata Khyla, dia mendapat hadiah untuk membuat ujian kesuburan di sini daripada salah seorang rakannya. Oleh kerana adiknya itu didatangi haid, Khyla tak dapat meneruskan ujian tersebut lalu menghadiahkan pakej ini kepadanya. Dia ada menyuruh Khyla meminta untuk menangguhkan tarikh ke minggu hadapan agar Khyla sendiri dapat meneruskan ujian tersebut. Sayangnya tarikh itu memang telah ditetapkan didalam pakej. Mengenangkan harga pakej yang mahal. Sayang pula dibazirkan begitu saja jadi adiknya meminta dia menggantikan tempat adiknya.
Sangatlah adiknya itu beriya-iya sehinggakan sanggup membayai semua kos perjalanan mereka ke Singapura dan segala kos selama mereka ada di sini. Adiknya siap melayannya seperti seorang puteri lagi. Segala urusan adiknya yang selesaikan. Dia hanya menunggu Khyla menyelesaikan segalanya bagi dia. Kata Khyla tugasnya di sini hanya berehat dan menjalani ujian kesuburan itu. Yang lain adiknya akan uruskan.
“Dah sudah.” Afia bertanya pada Khyla apabila adiknya itu menghampirinya.
“Dah. Mereka minta akak tukar baju. Nurse ini akan bawa akak. Khyla tunggu kat sini ya. Nanti akak dah sudah, akak cari Khyla kat sini.” Ujar Khyla sambil menerangkan padanya.
“Okaylah. Tunggu akak kat sini. Jangan pergi mana-mana pula.” Afia sempat berpesan pada adiknya.
Afia mengikut saja jururawat tadi. Dia dibawa untuk menukar baju kemudiannya dia dibawa ke dalam sebuah bilik rawatan. Darahnya di ambil dan beberapa minit dia menunggu sebelum seorang doktor datang untuk menjalankan ujian tersebut padanya.  Sejuk perutnya apabila doktor perempuan itu meletakkan cecair seperti gel di perutnya sebelum mengusap perut dengan satu alat. Dia dapat melihat doktor itu membaca sesuatu dari skrin kecil di tepinya. Kemudian dia terdengar doktor itu bercakap-cakap dengan jururawat tadi tentang hasil ujian darahnya.
Dia kemudiannya diarahkan untuk bertukar ke bilik lain. Kali ini bilik itu lebih sejuk dari bilik tadi. Doktornya tadi pun sudah memakai pakaian khas. Dia hanya mengikut segala arahan yang diberikan kepadanya. Sebagai perempuan yang masih terpelihara kesuciannya, dia malu untuk membuka kakinya bagi membolehkan ujian itu di teruskan. Tapi dia cuba hilangankan masa malu itu dengan memikirkan hal-hal lain.  Afia dapat merasakan setiap pergerakkan yang doktor itu lakukan. Segannya bertambah apabila terasa sesuatu dimasukkan ke tubuhnya. Sumpah ini kali pertama dan kali terakhir dia dia akan membuat ujian ini. Malu.


Khyla berdebar-debar menunggu kakaknya yang masih berada didalam bilik rawatan itu. Sungguh dia rasa bersalah kerana sudah berlaku kejam kepada kakaknya. Tapi dia benar-benar tak ada pilihan lain. Dia terpaksa lakukan segala ini demi menyelamatkan dirinya sendiri. Tiga hari lepas dia sedar yang dia tak mampu menanggung tanggungjawab seorang ibu biarpun hanya ibu tumpangan.
Dia masih sayangkan dirinya. Dia tak mahu menjadi janda muda. Lagipun dia takut kalau Amri tinggalkan dia jika dia berkahwin dengan Emir nanti. Khyla ingin menarik diri, tapi dia tak mampu apabila mengenangkan dia tak ada wang untuk memulangkan kembali duit Emir. Semua duit pendahuluan itu telah dia serakan kepada Amri untuk membantu teman lelakinya itu dalam perniagaan. Kerana ingin membantu Amri jugalah dia sanggup setuju ikut serta dalam rancangan Emir ini. Mulanya dia ingatkan dia mampu. Rupanya tidak. Dalam keadaan terdesak, dia sudah tidak ada jalan lain lagi selain ini.
Dengan bantuan seorang kawannya yang pakar, dia berjaya memalsukan segala dokumen kesihatan dan undang-undang yang dia perlukan untuk membolehkan Afia menggantikan tempatnya hari ini. Segala dokumen atas namanya ditukarkan ke nama Afia. Borang tadi pun diisikan dengan nama kakaknya. Sengaja dia menguruskan segala urusan demi untuk menyembunyikan keadaan sebenar daripada kakaknya. Kerana dia sudah berjaya meyakinkan kakaknya segala proses hari ini hanyalah satu ujian kesuburan yang biasa. Harapan Khyla agar proses itu nanti akan gagal. Jadi dia ada masa untuk mencari balik wang bagi menebus kembali kebebasan nya daripada Emir.


Wednesday, August 10, 2016

Aku Akan Datang : Bab 1

BAB 1
           
Ini pertemuan mereka... Permulaan buat mereka...

Cuaca pagi hari ini tak sama, udara lembut mengusap pipi. Sungguh ia bagai menunjukkan satu permulaan yang amat baik. Mungkin ada suatu kebahagiaan menungu di hadapan sana. Siapa tahu bukan?
 Jam sudah berdetik pukul sepuluh pagi. Hanni baru ingin membuka peti ais mengambil minuman. Dia tak perlu mengejar masa seperti orang lain kerana dia berkerja sendiri. Dia memiliki kedai gambarnya sendiri dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan pula. Minatnya terhadap fotografi memang tiada yang boleh menafikannya lagi.
Di rumah yang mereka sewa ini dahulunya di duduki oleh empat orang. Dirinya, Sara, Shila dan Anis. Setelah Anis bernikah, hanya tinggal dia bertiga bersama Sara dan Shila. Untuk mencari teman lain yang menggantikan Anis rasanya tidak perlu kerana mereka selesa begini. Mereka mula duduk serumah sejak di Universiti lagi kerana itu mereka selesa berempat dan kini mereka bertiga.
Ketika menutup pintu peti ais dua pintu itu, mata Hanni menangkap sekeping kertas memo warna kuning yang terlekat di pintu ais. Dari Sara. Sejak Sara rapat dengan Iskandar, memang susah sangat Hanni nak jumpa minah sorang ni. Mana taknya. Pagi-pagi gadis bergelar akauntan ini sudah keluar ke pejabat. Bila malam hilang ke mana dengan Iskandar. Balik waktu Hanni dah nyenyak di buai mimpi. Hanni membaca nota yang di titipkan.

Hanni,
Malam ni, aku adakan party b’day aku kat Blue Night.
Dtg tau. Kalau kau tak datang siap ko.
                                                                   Sara

“ Hish, Sara ni. Dah tahu aku tak masuk tempat macam tu.” Rungut Hanni perlahan. Dia  meletakkan gelasnya di atas meja. 
Hanni mengikat rambutnya yang panjang. Seperti biasa pakaiannya hanyalah jeans dan T-Shirt sambil rambutnya di ikat satu di tengah kepala kalau tak di sanggul. Sangat simple seperti orangnya. Mudah dan cepat. Lagipun dia bukannya terikat dengan apa-apa program pun hari ini.


Hanni sampai sedikit lewat. Namun masih sempat sampai sebelum acara meniup lilin berlaku. Geram mencari parking tadi. Hish siapa punya idealah nak adakan parti kat sini. Macam tak ada tempat lain selain dari tempat macam ni.  Ini memang benar-benar merosakkan mood Hanni.
Hanni masuk ke dalam kelab malam yang cukup high class itu. Hanni tak kisah masuk ke tempat begitu hanya dengan memakai jeans dan kemeja T. Pakaian untuk dia ke tempat kerja pagi tadi. Sejak dia masuk beberapa orang memerhati langkahnya. Mungkit pelik dengan caranya kot. Peduli apa dia. Dia bukannya nak datang sangat pun tempat macam ni. Kalau tak kerana hari jadi Sara, tak ingin dia nak pijak tempat ni.
Tempat macam ini memang  mewah.  Bukan jenis kelab malam biasa tapi kelab malam berstatus tinggi. Hanya golongan atasan sahaja yang mampu datang ke sini. Agak privasi. Tersangat privasi sebenarnya. Namun tempat begini memang bukan pilihannya. Sesak.
 Hanni di bawa ke meja Sara oleh salah seorang pelayan di situ. Moodnya yang suram tadi segera berubah setelah berjumpa teman-temannya. Lagi-lagi Anis yang sudah jarang dia temui sejak Anis bergelar isteri orang. Anis turut datang bersama suaminya Imran. Makin cantik. Terjerit kecil kedua-duanya sambil berpelukkan. Sama-sama seronok kerana akhirnya dapat berjumpa.
“Hai. Lambat.” Hanni mendengar Sara mengomel.
Ya. Hanni yang paling lambat sampai. Shila sudah ada di situ bersama Zack. Anis dan Imran. Pastinya Sara yang gembira bersama Iskandar.
“Bukan salah aku. Siapa suruh kau adakan parti kat tempat macam ni? Tempat yang kedekut elektrik ni?” Hanni membela diri. Sara hanya tersengih sambil menjeling pada Iskandar. Memang kerja mamat tu lah. Hish entah kenapa Sara dapat lelaki yang ala mawas ni??? Why...? Why...? Why...?
“Ohh...” Itu yang terluah di bibir Hanni. Faham dengan jelingan Sara pada Iskandar. Jadi benar sekali tekaannya.
Dia kemudian bercakap-cakap dengan Anis. Sudah lama mereka tak meluangkan waktu sebegini. Imran sesekali menyampuk. Hanni memang bersyukur Anis mendapat suami yang sebaik Imran. Cukup baik dan sangat sporting.
Seketika Imran meminta diri untuk ke tandas. Ketika itu Iskandar datang mengajak Anis menari. Mungkin kerana muzik yang rancak, Anis menerima pelawaan Iskandar. Hanni sendiri tak tahu kenapa. Tapi apa nak dikisahkan. Antara mereka berempat, hanya Hanni yang tidak sesosial yang lain.
Pada mulanya Imran seperti tak kisah Anis menari dengan Iskandar. Namun apabila muzik berubah rentak yang rancak kepada yang perlahan mengusik jiwa. Hanni dapat melihat wajah Imran berubah saat melihat Iskandar menarik rapat tangan Anis terus merangkul tubuh Anis. Mungkin seperti Hanni, Imran dapat merasakan ketidakselesaan Anis.
“I rasa you kena selamatkan Anis tu. Nampak dia tak selesa sangat tu.” Hanni berkata pada Imran. Syukur Imran memahami lalu pergi ke arah pasangan itu. Sekejap sahaja Anis sudah beralih arah ke dakapan Imran. Harapnya  tak adalah masalah yang hadir pada pasangan itu nanti.
 Iskandar kembali duduk di meja itu. Hanya Hanni dan Iskandar sahaja. Sara sudah nun leka menari dalam pelukan seorang lelaki tak dia kenali, manakala Shila bahagia menari dengan Zack.
“Kau ni dah tak adab eh? Sampai isteri orang pun selamba kau nak peluk-peluk. Dasar mawas.” Hanni terus menembak Iskandar yang baru melabuhkan punggung.
“Anis tak kisah. Kau pula nak bising-bising. Apa hal?” Iskandar menjawab tak puas hati.
Jauh dari sudut hatinya dia sedar kesilapannya tadi. Seronok sangat sampai terlupa Anis tu isteri orang. Lepas ini dia akan minta maaf pada Imran.
Hanni menjeling geram pada Iskandar. Makin berapi hatinya dengan jawapan Iskandar. Dasar orang tak ada sivik. Baru Hanni hendak melawan, terdengar suara seseorang memanggil namanya.
“Hanni? Wow... “ Hanni segera berpaling pada suara itu.
Wajahnya terus berubah saat matanya menjamah muka sepupunya Adli. Sepupu yang tak akan biarkan dia hidup senang. Pasti ada saja idea Adli untuk menyusahkannya. Apalah malang sangat nasibnya hari ini sehingga boleh terjumpa dengan Adli yang menyakitkan hati ini.
“Siapa ini?” Tanya Adli lagi. Namun belum sempat Hanni menjawab Adli pantas memotong. Memang biadap. Sendiri tanya sendiri jawab.
“Who care.. Jom menari.” Adli pantas menarik kasar tangan Hanni mengikutnya tanpa menunggu sebarang penerimaan dari Hanni.
Hanni cuba meronta tapi Adli lebih bijak mengunci tubuhnya rapat ke tubuh lelaki itu. Kuat. Kasar dan menyakitkannya. Sesiapa yang memandang mereka pasti nampak sangat Adli sedang memaksanya dan menyakitinya. Namun dalam keadaan semuanya leka begitu dengan keseronokan dunia. Siapa yang kisah?
“Tak sangka kau pun datang ke tempat macam ni?” Sinis suara Adli menyindir Hanni. Tubuh Hanni di tarik rapat ke tubuhnya. Dia dapat merasakan Hanni meronta namun di biarkan saja. Malah Adli lebih suka kalau dia dapat menyakiti Hanni.
“Aku datang menyambut birthday kawan aku. Bukan macam kau. Tempat macam ni dah menjadi rumah kedua kau kan?” Balas Hanni pedas.
Adli geram dengan jawapan Hanni. Dia menyakiti Hanni dengan menggengam kasar lengan Hanni sehingga berkerut wajah gadis itu dibuatnya. Dia mahu Hanni merayu padanya. Namun belum sempat kemahuanya termakbul, bahunya di tepuk perlahan.
Iskandar. Dengan hormat Iskandar meminta untuk menari dengan Hanni. Adli tak ada pilihan selain melepaskan Hanni pergi pada Iskandar apabila Iskandar suda menggenggam kasar tangannya yang di lengan Hanni. Mata Iskandar memberitahu yang dia akan lakukan sesuatu jika Adli tidak melepaskan Hanni. Tak mahu menimbulkan masalah, Adli terpaksa beralah kali ini.
“Kau okay ke?” Iskandar bertanya perlahan pada Hanni.
Kesian pula dia melihat Hanni di paksa begitu tadi. Walau dia tak serapat mana dengan Hanni berbanding dengan kawan Sara yang lain. Namun dia masih hormatkan gadis itu. Pada Iskandar seorang gadis adalah untuk di belai, di manja bukan di sakiti. 
“Okay. Aku tak nak menari lagi.” Hanni ingin melepaskan diri dari Iskandar. Bersama Iskandar selepas Adli umpama lepas dari mulut singa masuk ke mulut buaya. Tak ada bezanya.
“Baik kau menari dengan aku dulu. Sampai habis lagu ni je. Kalau kau tak nak masalah. Aku tak rasa that guy biarkan kau macam tu je. Siapa tu?” Iskandar berbisik ke telinga Hanni. Haruman rambut Hanni memukau Iskandar di sebalik sesak bauan rokok.
 Iskandar tak berniat pun nak menyibuk tapi hanya mengambil tahu.Hanni mengerling ke arah Adli. Benar kata Iskandar, Adli sedang memerhatikannya. Hanni benci apabila kata Iskandar itu betul, Adli hanya menunggu peluang. Hanni pula mahu tak mahu dia terpaksa terus menari. Hanni tiada pilihan sekarang ini selain berada bersama Iskandar mengikut rentak lagu.
“Sepupu aku.”  Hanni menjawab persoalan Iskandar itu tadi. Itu ayat terakhir yang keluar dari mulut mereka sehingga ke akhir lagu.
 Buat pertama kali Hanni tak meronta dalam dakapan seorang lelaki. Mereka menari dengan tenang. Iskandar pula terus mengambil peluang merasai keharuman bau rambut Hanni. Entah kenapa dia sangat menyukai bau ini.
Imran dan Anis tergesa-gesa meminta diri sebaik Sara selesai memotong kek. Melihat perubahan mood Imran dan Anis berada di samping Iskandar. Hanni tahu ini pasti di sebabkan kes menari tadi. Hanni merenung tajam ke arah Iskandar.
“Kau ni kenapa? Tenung aku semacam. Tahulah aku kacak.” Sergah Iskandar apabila di lihat Hanni merenung tajam ke arahnya. Sara di sebelah Iskandar mencubit mesra lengan buah hatinya itu sambil tergelak kecil.
“Perasan lah kau. Aku bukan apa ini semua sebab kau. Lain kali kalau menari dengan isteri orang agak-agak lah. Jangan sesedap kau je peluk. Aku nampak muka Imran berubah bila kau peluk Anis tadi.” Hanni meluahkan rasa tak puas hatinya.
“Betul ke?” Sara nampak sedikit terkejut. Baru sedar dunia agaknya minah ni. Yelah tadi sibuk sangat menari.
“Alah bukannya luak pun.” Hanya itu alasan yang boleh Iskandar fikirkan. Tadi dia sudah meminta maaf pada Imran dan Anis. Mungkin ketegangan itu masih ada membuatkan pasangan itu tidak selesa. Iskandar tahu dia perlukan sesuatu.
“Itu kata kau. Tapi Imran? Kau jangan samakan Imran macam kau. Kau tu mawas. Dah lah Sara. Aku nak balik dulu. Esok aku kena pergi Seremban ada kerja sikit. Aku balik dulu. Kau pun jangan balik lewat sangat. Jangan ikut sangat mawas ni nanti kau pun sekali jadi mawas.” Selamba mulut Hanni tanpa insurans mengata Iskandar. Iskandar nampak bengang, Ingin membalas tapi Hanni sudah hilang dari kelab itu.
Iskandar memang cukup geram dengan mulut Hanni. Dahlah langsung tak berterima kasih padanya. Selamba pula gadis itu kalau mengatanya, memang tiada tapisan langsung. Sesuka hati mengatanya dan memberi nama padanya. Kalau bertentang mata dengan Hanni memang mampu membuat jantung Iskandar sakit. Sakit menahan geram.
“Hish anak singa.” Iskandar mengguman perlahan.
“Dahlah sayang. Hanni tu memang macam tu tapi hati dia baik.” Sara menenangkan Iskandar.
Menyesal pula dia memilih tempat ini untuk menyambut hari lahirnya. Dia hendak menunjuk pada Shila sebenarnya. Dan Iskandar hanya menurut saja kemahuannya. Tak tahu pula banyak masalah yang akan terjadi. Tak pasal-pasal.


Monday, August 8, 2016

Aku Akan Datang : Prolog

Hanni memimpin Iskandar yang dalam keadaan terhuyung-hayang. Nasib baik dia mengikuti Iskandar malam ini kalau tak,tak tahulah apa nak jadi. Walaupun dia sebenarnya dalam keadaan paksa rela mengikut Iskandar malam ini. Mungkin ada hikmahnya juga dia bersetuju mengikut Iskandar. Di hadapannya dia nampak dengan mata kepalanya sendiri seorang gadis memasukkan sebiji pil di dalam air yang kemudiannya di serahkan kepada Iskandar. Mungkin kerana pil itu Iskandar jadi begini.
“Thanks Iqbal sebab tolong I papah Iskandar.” Hanni berterima kasih pada Zakuan, kawan Iskandar yang menolongnya sama memapah Iskandar tadi. Mana larat dia nak memapah Iskandar yang badannya dua kali ganda itu.
“Tak ada apalah...” Kata-kata Zakuan terhenti di situ juga kala terasa tengkuknya di hentak kuat dari berlakang. Hanni ingin menjerit namun mulut dan hidungnya di tutup dengan kain. Sejenis bau daripada kain tersebut membuatkan pandangan Hanni mula kabur dan akhirnya dia pengsan...


Hanni menggerakkan tubuhnya.  Kepalanya terasa pening. Tubuhnya rasa sangat lenguh. Memang teramat sakit tubuhnya ketika ini, terutama di bahagian yang ‘satu’ itu. Dadanya pula bagaikan di hempap sesuatu. Mata yangmasih tertutup itu berkerut-kerut menahan sakit. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Walau payah kerana kepalanya yang masih lagi pening-pening lalat tapi digagahkan juga. Sebaik matanya terbuka...
“Hahhhhhhhh” Hanni terjerit. Malu melihat keadaan dirinya yang tanpa seurat benang di tubuh.
Terkejut melihat ada tangan yang menghempap dadanya. Hanni berpaling. Wajah Iskandar menggapai anak matanya. Dia sendiri lena berbantalkan lengan lelaki itu. Tak terluah dek kata-kata rasanya ketika ini. Terusan saja dia mengerah otaknya untuk mengingati apa yang terjadi semalam.
Hanni mengangkat perlahan tangan Iskandar. Dia tak ingin Iskandar sedar melihat dia dalam keadaan yang memalukan ini. Dia belum bersedia menghadapi Iskandar kerana dia tak tahu apa penerimaan lelaki itu nanti. Mana bisa dia berhadapan dengan Iskandar sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka semalam.
Yang dia ingat dimana seorang gadis memasukan sesuatu kedalam minuman Iskandar. Kemudian ada sesorang memukul kepala Kamil dan membuat dia pengsan. Yang lain dia langsung tak ingat apa-apa.
Iskandar yang merasakan tangannya di alihkan terus tersedar. Wajahnya kelihatan terkejut melihat wajah Hanni di sebelah. Iskandar terus duduk berhadapan dengan Hanni. Wajahnya jelas keliru. Namun di dalam kekeliruan itu terkesan rasa sakit melihat sisa air mata Hanni yang berbekas di pipi.
 “Hanni, I...” Iskandar seakan bingung untuk menjelaskan apa-apa. Gelengan Hanni menghentikan bicaranya. Gelengan yang cukup meresahkannya.
Iskandar kaku. Ternyata lidahnya kelu melihat air mata Hanni yang mula menitis. Sakit hatinya melihat Hanni menangis. Dadanya rasa pecah setiap kali airmata itu jatuh.  Terluka melihat wajah luka Hanni. Terasa terasa titisan air mata itu menghiris hatinya.
“I nak bangun.” Hanni tak melihat sedikitpun wajah Iskandar ketika itu. Mukanya tunduk dan air mata langsung tak berhenti mengalir. Dia tak tahu kenapa dia menangis. Yang pastinya dia menarik gebar tebal itu meyelubunginya lalu berlalu ke bilik air.
Iskandar mengusap wajahnya. Dia tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Dia bimbang dengan penerimaan Hanni padanya nanti. Melihat Hanni menangis, Iskandar mengagak yang Hanni tidak merelakan apa yang berlaku semalam.
Tiba-tiba Iskandar merasakan dia sudah memusnahkan hidup gadis yang banyak membantunya dan Balqis. Apa akan terjadi pada hubungan baik mereka selepas ini? Adakah Hanni akan menjauhkan diri daripadanya? Apa akan terjadi pada Balqis kalau itu berlaku? Terlalu banyak persoalan di dalam kepala Iskandar. Persoalan yang dia pasti jawapannya hanya pada masa. Soalan yang membuatkan dia diburu rasa takut.