Hanni memimpin Iskandar yang dalam keadaan
terhuyung-hayang. Nasib baik dia mengikuti Iskandar malam ini kalau tak,tak
tahulah apa nak jadi. Walaupun dia sebenarnya dalam keadaan paksa rela mengikut
Iskandar malam ini. Mungkin ada hikmahnya juga dia bersetuju mengikut Iskandar.
Di hadapannya dia nampak dengan mata kepalanya sendiri seorang gadis memasukkan
sebiji pil di dalam air yang kemudiannya di serahkan kepada Iskandar. Mungkin
kerana pil itu Iskandar jadi begini.
“Thanks Iqbal sebab tolong I papah Iskandar.”
Hanni berterima kasih pada Zakuan, kawan Iskandar yang menolongnya sama memapah
Iskandar tadi. Mana larat dia nak memapah Iskandar yang badannya dua kali ganda
itu.
“Tak ada apalah...” Kata-kata Zakuan terhenti di
situ juga kala terasa tengkuknya di hentak kuat dari berlakang. Hanni ingin
menjerit namun mulut dan hidungnya di tutup dengan kain. Sejenis bau daripada
kain tersebut membuatkan pandangan Hanni mula kabur dan akhirnya dia pengsan...
Hanni menggerakkan tubuhnya. Kepalanya terasa pening. Tubuhnya rasa sangat
lenguh. Memang teramat sakit tubuhnya ketika ini, terutama di bahagian yang
‘satu’ itu. Dadanya pula bagaikan di hempap sesuatu. Mata yangmasih tertutup
itu berkerut-kerut menahan sakit. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Walau
payah kerana kepalanya yang masih lagi pening-pening lalat tapi digagahkan
juga. Sebaik matanya terbuka...
“Hahhhhhhhh” Hanni terjerit. Malu melihat keadaan
dirinya yang tanpa seurat benang di tubuh.
Terkejut melihat ada tangan yang menghempap
dadanya. Hanni berpaling. Wajah Iskandar menggapai anak matanya. Dia sendiri
lena berbantalkan lengan lelaki itu. Tak terluah dek kata-kata rasanya ketika
ini. Terusan saja dia mengerah otaknya untuk mengingati apa yang terjadi
semalam.
Hanni mengangkat perlahan tangan Iskandar. Dia tak
ingin Iskandar sedar melihat dia dalam keadaan yang memalukan ini. Dia belum
bersedia menghadapi Iskandar kerana dia tak tahu apa penerimaan lelaki itu
nanti. Mana bisa dia berhadapan dengan Iskandar sedangkan dia sendiri tidak
tahu apa yang terjadi di antara mereka semalam.
Yang dia ingat dimana seorang gadis memasukan
sesuatu kedalam minuman Iskandar. Kemudian ada sesorang memukul kepala Kamil
dan membuat dia pengsan. Yang lain dia langsung tak ingat apa-apa.
Iskandar yang merasakan tangannya di alihkan terus
tersedar. Wajahnya kelihatan terkejut melihat wajah Hanni di sebelah. Iskandar
terus duduk berhadapan dengan Hanni. Wajahnya jelas keliru. Namun di dalam
kekeliruan itu terkesan rasa sakit melihat sisa air mata Hanni yang berbekas di
pipi.
“Hanni,
I...” Iskandar seakan bingung untuk menjelaskan apa-apa. Gelengan Hanni
menghentikan bicaranya. Gelengan yang cukup meresahkannya.
Iskandar kaku. Ternyata lidahnya kelu melihat air
mata Hanni yang mula menitis. Sakit hatinya melihat Hanni menangis. Dadanya
rasa pecah setiap kali airmata itu jatuh.
Terluka melihat wajah luka Hanni. Terasa terasa titisan air mata itu
menghiris hatinya.
“I nak bangun.” Hanni tak melihat sedikitpun wajah
Iskandar ketika itu. Mukanya tunduk dan air mata langsung tak berhenti
mengalir. Dia tak tahu kenapa dia menangis. Yang pastinya dia menarik gebar
tebal itu meyelubunginya lalu berlalu ke bilik air.
Iskandar mengusap wajahnya. Dia tak tahu apa yang
akan terjadi selepas ini. Dia bimbang dengan penerimaan Hanni padanya nanti.
Melihat Hanni menangis, Iskandar mengagak yang Hanni tidak merelakan apa yang
berlaku semalam.
Tiba-tiba Iskandar merasakan dia sudah memusnahkan
hidup gadis yang banyak membantunya dan Balqis. Apa akan terjadi pada hubungan
baik mereka selepas ini? Adakah Hanni akan menjauhkan diri daripadanya? Apa
akan terjadi pada Balqis kalau itu berlaku? Terlalu banyak persoalan di dalam
kepala Iskandar. Persoalan yang dia pasti jawapannya hanya pada masa. Soalan
yang membuatkan dia diburu rasa takut.
5 comments:
menarik..tak sabar nak tunggu sambungan..
assalamualaikum... Iman... lama kita xbsua di yahoo massenger...Wani367 ;P ;P
selepas 3 tahun... akhirnya ad jua review ceta Iskandar & Hanni kluar...& xlupa jg Klinik hati... bila agaknya 2 ceta ni akan complete??? xsabar nk baca sambungan dr kisah yg thenti sblm ni... ;D
Ivory,
Thanks. Klinik hati dah siap dah. Sekarang pada penerbit. I'Allah ada rezeki akan di terbitkan tak lama lagi.
Salam Iman.
How about cerita aku akan datang. Sudah di terbitkan ke belum
Salam, nak tanya. Siapa yg pengsankan hanni mlm iskandar mabuk
Post a Comment