Wednesday, March 14, 2012

DAH JODOH 14

BAB 14


            NUQMAN dan Nasira beriringan keluar dari bangunan megah Mid Valley itu. Kini tangan mereka saling bersulam erat sehingga ke kereta. Walaupun berat nak lepaskan talian tangan itu namun terpaksa juga mereka leraikan. Tak kan nak tidur berdiri di tempat pakir Mid Valley ni pulak kan. Wajib-wajiblah kena lepaskan supaya mereka boleh bergerak pulang. Di wajah mereka terpamer seribu kebahagiaan dan kegembiraan. Sepertinya baru mengenal apa iu erti gembira dan apa itu maknanya bahagia. Indahnya dunia milik mereka saat ini.
            “Kita nak ke mana lepas ni?” Tanya Nuqman pada Nasira lembut. Wajahnya ceria dengan tangannya sibuk berkerja untuk memandu keluar dari kawasan tempat letak kereta.
            “Mana-mana pun tak kisah.” Balas Nasira dengan nada cerianya. Dia benar-benar tak kisah tapi di dalam hatinya berdoa agar Nuqman belum mahu meengajaknya pulang kerana dia masih belum sudi mengakhiri temu janji yang bahagia ini. Terlupa pada fail-fail yang perlu di siapkan di rumah. Saat-saat bahagia memang melekakan.
            Belumpun sempat persoalan itu di jawab oleh Nuqman telefon bimbitnya pula menyanyikan lagu riang minta talian di sambut. Pantas arahan diberikan pada Nasira untuk menjawab panggilan itu bagi pihaknya. Sebenarnya bukan tak mampu dia nak menjawab panggilan itu sendiri tapi sengaja hendak bermanja dengan Nasira.
            “Amran.” Nasira membaca nama yang tertera di skrin kecil itu.
            “Tolonglah jawab. Cakap I tengah driving.” Pinta Nuqman lembut.
            Nasira melakukan apa yang di pinta oleh Nuqman secara tidak langsung dia menjadi orang tengah pada perbualan Nuqman dan Amran. Amran memberitahu bahawa ubatan yang Nuqman pesan telahpun ada dengannya dan kini dia meminta Nuqman untuk bertemu di tempat biasa agar dia boleh menyerahkan ubat yang dipesan oleh Nuqman. Mungkin sudah biasa membuat keputusan sendiri, kini tanpa bertanya pada Nasira, Nuqman pantas bersetuju.
            “Kita pergi Ampang sekejap. I nak jumpa kawan.” Nuqman hanya memaklumkan hal itu pada Nasira. Selebihnya dia mula bertanya tentang kerja dan kegemaran Nasira.
 Mereka berbual-bual untuk mengenali diri masing-masing.  Mereka baru saja berkenalan. Baru saja ingin memahami diri masing-masing. Tiada tekanan untuk memahami. Tiada paksaan dalam berkenalan. Hanya kebebasan dan minat mereka ingin mengenali diri pasangan masing-masing.


SEBAIK beriringan keluar setelah sampai di tempat yang di tuju, Nuqman menghulurkan tangannya lantas di sambut mesra oleh jari-jemari milik Nasira. Jari jemari itu tersulam erat. Padu. Sambil seiring menuju ke dalam Bistro, mereka masih belum puas berbual mesra. Sambil berjalan mereka bergelak tawa. Bergurau senda.
Namun hilang seri ketawa manja saat mata mereka menatap wajah-wajah yang berada di meja yang di hadapan mereka. Serta merta langkah itu terhenti. Mata mereka terpaku ke hadapan. Tiba-tiba Nasira merasakan erat sulaman jari mereka tadi mula longgar. Nuqman rupanya telah melepaskan tangannya dan hanya tinggal dia yang menggeggam tangan kekar itu.
Nasira menoleh pada Nuqman. Matanya melihat bertapa terpaku mata Nuqman pada pasangan itu. Rasanya hati lelaki di sebelahnya ini masih lagi ada pada tempat lama. Lelaki yang sedang menggeggam tangannya masih lagi mengharap kasih yang dulu putus agaknya. Patah hati Nasira dibuatnya. Hilang seri ceria dan bahagia dia rasakan tadi. Baru dia ingin melepaskan jari-jemarinya dari terus menagih kasih namun nama mereka di seru. Bagaikan sedar dari mimpi, sulaman jari mula dieratkan kembali.
            Nasira mengikut saja jejak langkah Nuqman mengheretnya sehingga mereka sampai di meja yang di duduki oleh seorang lelaki yang sebaya Nuqman lagaknya. Serta merta Nasira dapat mengagak inilah Amran teman yang ingin di temui Nuqman. Senyuman hambar di berikan pada lelaki berkaca mata itu.
            “Am, kenalkan inilah Nasira, isteri aku. Sira, Ini kawan I Amran.” Nuqman memperkenalkan kedua-duanya. Dia memberi laluan untuk Nasira duduk dahulu sebelum dia melabuhkan punggungnya rapat di sebelah Nasira.
            “Hai.” Hanya itu huluran salam perkenalan dari Nasira. Dia tak mampu untuk beramah lebih mesra, tiada hati dan perasaan untuk itu kerana mood nya yang telah kacau akibat perilaku Nuqman tadi.
            “Hai. Comel Man. Sesuai dengan kau.” Usik Amran.
            “Hmm terima kasih. Danish mana? Tak pula melepak dengan kau kat sini malam ni.” Nuqman bertanya tentang sahabat mereka lagi seorang. Amran, dia dan Danish pernah berlajar bersama di London dulu. Tapi berbanding dengan dirinya Amran lebih rapat dengan Danish dan begitu juga Danish. Mungkin sebab mereka menyewa rumah yang sama sedangkan dia datang melepak saja di rumah mereka.
            “Kau bukan tak tahu Danish, dari sejak dia baik balik dengan wife dia sampailah ni dah hampir enam tahun dah, mana nak berenggang. Ke mana Iman tu ada di situlah dia. Sekarang aku dengar dia tengah sibuk nak memujuk Iman membesarkan keluarga. Kau orang berdua ni pula dari mana?” Amran saja berbasa basi.
Gembira dia melihat kemesraan Nuqman dan isterinya. Yelah siapa sangka pasangan yang kahwin dalam keadaan saling tak mengenali boleh semesra ini. Nampaknya sejarah Danish dan Iman akan berulang kembali pada pasangan ini. Bercinta lepas kahwin. Ini kali pertama Amran bertemu Nasira namun dia dapat rasakan Nasira orang yang tepat buat Nuqman. Perasaannya sama seperti mana kali pertama dia bertemu Iman dulu. Tahu Iman juga gadis yang tepat untuk Danish.
“Keluar jalan-jalan. Kami nak mengenali diri masing-masing. Kau pula seorang je. Watie mana?” Nuqman bertanya khabar isteri kesayangan temannya itu.
“Dia tengah overtime. Biasalah kerja doktor macam kami ni mana mengenal masa. Ini aku nak pergi jemput dialah ni tapi awal lagi itu yang aku singgah sini dulu. Sebelum aku terlupa. Ini ubat yang kau pesan tu. Abah kau masih sakit lutut ke?” Amran menyerahkan satu beg kecil pada Nuqman. Nuqman membelek ubat itu sebelum kembali meletakkan diatas meja.
“Tak selalu tapi hari tu ibu aku ada bagitahu ubat abah aku dah nak habis. Itu yang aku pesan awal-awal kat kau. Ubat ni kan susah nak dapat. Berapa ni?” Nuqman sudah mengeluarkan dompetnya.
“Macam biasalah. Ubat ni bagus Man, tapi jangan amalkan sangat. Takut ketagih nanti.” Dalam pada itu sempat Amran berpesan.
“Aku tahulah. Kau dah order belum ni?” Nuqman menghulurkan tiga keeping not lima puluh pada Amran. Sebelum bertindak memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
“Aku dah order dah. Kau orderlah.” Maklum Amran sambil di perhatikannya Nuqman membuat pesanan.
Gadis disebelah Nuqman kelihatan sedikit tidak selesa. Bila di perhatikan kenapa barulah Amran faham apabila matanya menangkap kalibat Zura dan pasangannya. Akhirnya Amran hanya tersenyum. Dia tahu cerita sebenar disebalik pernikahan Nuqman. Di dalam persahabatan mereka bertiga tiada rahsia. Malah Amran juga kenal siapa Zura. Jadi Amram faham rasa kekok yang dialami oleh Nasira pada masa ini.
Bagi menghilangkan rasa janggal dan kekok Nasira, sesekali Amran berani mengusik gadis itu dan mengajak Nasira dalam perbincangan mereka berdua. Nuqman pun gayanya cuba menyelesakan Nasira. Sentuhan-sentuhan mesra sesekali diberikan pada Nasira. Sesekali tangannya lebut mengusap rambut hitam milik Nasira dan adakalanya tangannya gatal mengusik tengkuk gadis itu. Tapi usaha kedua-duanya agak kurang berhasil. Nasira walaupun rancak beramah mesra dengan kedua-dua lelaki itu namun dia masih nampak kelihatan pasif dan tak ceria. Akhirnya, baikpun Nuqman mahupun Amran cuma membiarkan gadis itu melayan perasaan sendiri.

8 comments:

ain79 said...

smkin best la cte nie..adoi..sira da mle mntak pjuk da mrjuk psl zura plak..sbar ye sira msing2 de sjrah silam kn

iman said...

ada kala sejarah silam memang menjadi nanah dalam kehidupan kita kan ain?

Lieynaim mohd noor said...

sejarah silam sukar untuk di lupakn..bagi nuqman n nasira mungkin jugak begitu

Anor said...

Adakah Nuqman masih lagi merindui
kekasih lama?

mizz acu said...

Lorr.. Kan sira da ajok.. Haishh nuqman ni laaa

Unknown said...

let bygone be bygone..

Anonymous said...

bak kate acik yg berlalu 'biarkan ia berlalu'...tp yg pasti setiap kenangan akan ttp hdr di kala kt ingin melupakan...juni

Anonymous said...

terima kasih