Monday, March 12, 2012

Skodeng-Skodeng KITA KAHWIN -Part 2

AKU FIQRIL AKHWAN.

Sudahlah penat baru balik dari Jakarta semalam pun tak hilang lagi. Sampai office ada pula hal yang jadinya. Terkejut beruk aku melihat adik aku menghidang air pada staf bawahannya. Amboi suka ria nampaknya mereka semua membuli adik aku sedangkan aku ni abang dia. Yang sedarah dan sedaging dengan Qizah pun tak pernah nak mengarah-ngarah adik aku macam-maca. Orang luar, orang bawahan aku pula yang berani mengarah adikku. Banyak cantik.
Sesuai sangatlah dia beri ceramah setengah jam bersama Fiqril Akhwan pada adiknya. Adiknya itu dengan Suraya, bukan aku tak tahu budak dua orang satu spesis. Kalau boleh semua orang hendak di tolong. Bukan pandai melawan budak dua ekor tu. Itu yang aku angin sangat dengan budak dua orang tu. Alang-alang dah sembur kat Qizah, Suraya pun aku monsunkan sekali.
Tapi aku pelik pula boleh kali ni Suraya tu mengadu domba. Setelah dekat setahun aku cabar kesabaran dia baru hari ni dia mengadu. Rasa macam semacam je aku dengar dia mengadu macam tu. Hmmm…
“Mana ada saya buli dia. Saya lagi cakap kat dia supaya jangan di buli. Bos ni asyik-asyik saya je yang salah. Asyik-asyik saja je yang kena.” Tiba-tiba Suraya ni mengadu pula padaku. 
Semacam je aku rasa. Macam rasa tak biasa. Belum sempat aku fikir nak menjawab apa si adik kesayangan aku ni pula boleh datang menyerang. Dahlah tak ketuk pintu, tahu-tahu menuduh dia bukan-bukan. Menegakkan Suraya. Amboi dah jadi geng keras nampak.
“Angah, janganlah marah Kak Sue. Kak Sue tak salah lah. Dia tak pernah pun suruh adik buat apa-apa. Dia yang selalu larang adik. Angah sesuka hati je marah Kak Sue.” Dah tak pandai ketuk pintu adiknya seorang ini.
“Mana ada angah marah Aya?” Aku berkata perlahan. Dengan adik ni mana aku boleh marah-marah. Tak sampai hati.
“Habis tu adik dengar angah macam marah je? Tak apa. Macam nilah, adik datang nak minta angah lepaskan Kak Sue supaya berkerja dengan adik. Biar dia jadi pembantu adik.” Pinta adik kesayanganku. Buat pertama kali aku rasa aku sampai hati nak menjerit kat adik aku ni. Sesuka hati dia nak culik Aya dari aku. Amboi.
“Mana boleh?” Kan suara aku dah naik seharakat.
“Kenapa pula? Angah juga kata adik boleh pilih siapa je jadi pembantu adik. Lagipun baik kita tanya kak Sue. Dia setuju atau tak?” Kenapa adik aku ni pintar sangat. Aku tengok muka Aya dah berseri-seri apabila mendengar tawaran adikku itu. Amboi ada hati hendak meninggalkan aku rupanya. Mengkhianati aku.
“I said No and I mean No. You, Aya. Get out.” Sebelum apa-apa jadi baik aku menghalau Aya. Sekejap lagi kalau Aya setuju, masak aku.
“Angah tak tanya kak Sue pun. Kak Sue nak tak kerja dengan Qizah?” Aku dah pegang kepala dengan sikap adikku ini.

P/S Iman tak tahulah kisah ini menarik atau tak. Nantikan sajalah ye. Kisah ini adalah gabungan idea dari Cinta Penting ke? dan I hate You Boss forever. Insya Allah novel ini akan di updatekan selang hari dengan Dah Jodoh.... Terimalah...

5 comments:

idA said...

wah..dik..macam dapat loteri..akak dgr..bila adik nak update citer ni..
sungguh teruja tau..
mamat tu ada hati ke kat minah tu..

sweety said...

like3...

mizz acu said...

mcm syok ja nihh.. ni mesti komando tu da jth hati kt sue.. tu yg xmo bg keje ngan adik dia.. hahaha

Anonymous said...

best2.. jalan citer yg mnrik..good luck..

Anonymous said...

Akak Iman,bila nak smbung nie?sya da tunggu lma tau..