Sunday, March 11, 2012

DAH JODOH 12

BAB 12


SUASANA petang yang damai membuatkan Encik Nasir leka membaca di temani oleh isteri kesayangannya. Sesungguhnya hobi yang di kongsi bersama itu mengeratkan lagi ikatan yang terbina berpuluh tahun lamanya. Masing-masing mereka seronok membaca dalam suasana yang sunyi dan suasana yang penuh bersendiri. Tak timbul soal si isteri tak melayan si suami kerana sibuk membaca atau si suami terlampau leka dengan buku hingga mengabaikan si isteri. Ini kerana mereka terlalu seronok berkongsi ruang itu bersama.
Kedamaian suasana tadinya tenang sedikit berkocak apabila lajunya bunyi derapan kaki yang berlari anak itu mula menganggu pendengaran. Sepasang suami isteri yang tadinya leka dengan bacaan mereka mula mengangkat muka memandang arah datangnya bunyi yang menjamah halwa telinga mereka. Kelihatan Nasira berlari anak ingin melintasi ruangan yang mereka duduki. Wajah pelari anak itu penuh seri dengan senyuman.
“Sira, kenapa ni? Lari-lari. Nanti jatuh kan susah.” Puan Hadiyah menegur lembut menantu kesayangannya itu.
“Maaf ibu. Sira naik dulu ya.” Nasira masih tersenyum manis. Sedikit pun tak tercuit dengan teguran itu. Laju langkahnya meninggalkan mereka yang masih tertanya-tanya.
“Apa kena dengan anak perempuan awak tu?” Encik Nasir bertanya pada isterinya kerana pelik dengan sikap Nasira. Wajah itu bagai menyimpan sejuta bahagia di dunia ini.
“Entahlah bang. Tadi dia dok tunggu Nuqman balik. Ke luar ke dalam dia tak senang duduk. Berkawat depan pintu tu menunggu Nuqman. Macam jaga pun ada. Pelik Yah kat budak-budak tu. Entah apa kena entah.” Ujar Puan Hadiyah. Belum sempat dia menyambung kata ataupun suaminya membalas kelihatan Nuqman pula melangkah masuk sambil menyanyi lembut. Seperti wajah Nasira, wajah anak muda itu turut terukir ceria dan bahagia.
“Hah Man, baru balik? Kamu dah jumpa Sira belum? Dari balik petang tadi dia dok tunggu kamu.” Puan Hadiyah meringankan mulut bertanyakan pada anak lelakinya itu.
“Dah ibu. Man jumpa Sira kat luar tadi. Man naik dululah ibu, nak bersiap. Malam ni Man ajak Sira keluar jalan-jalan.” Nuqman membalas soalan ibunya dengan senang hati. Tak menanti lama cepat saja langkahnya pergi meninggalkan ruangan itu. Dia perlu bersiap untuk acara malam ini.
“Hai budak ni. Cepat je dia nak pergi. Saya belum sempat tanya apa-apa lagi dia dah nak hilangkan diri dah.” Bebel Puan Hadiyah dengan perangai Nuqman. Baru dia ingin bertanya pada anak itu kemana  hendak dia bawa Nasira keluar malam-malam macam tu.
“Apa yang awak bebelkan ni Yah.” Tegur Encik Nasir bila melihat isterinya masih merungut tidak puas hati.
“Anak abang tu lah. Saya baru nak bertanya dia nak bawa Sira tu ke mana malam ni? Belum sempat saya tanya dia dah hilang dulu dah.” Adu Puan Hadiyah tidak puas hati.
“Biarlah dia nak bawa ke mana pun si Sira tu. Sira kan isteri dia. Dah jangan awak dok bising sangat nanti awak juga yang tertekan karang. Biarkan aje Man dengan Sira tu. Mereka tu suami isteri. Kalau tak balik langsung malam ni pun tak apa. Dah halal Yah, bukan salah pun.” Balas Encik Nasir.
 “Meamang tak salah abang. Baguslah kalau Man tu ingat lagi yang Nasira tu isteri dia. Saya lagi suka bang. Lagipun sampai bila mereka dua tu nak macam tu je. Kadang-kadang saya risau juga. Yelah takut juga saya kalau sampai bila-bila mereka tu macam tu. Saya ni dah tua abang, teringin juga rasanya saya nak bercucu. Abang tak teringin ke?” Luah Puan Hadiyah hiba. Kadang-kadang naik juga tekanan darahnya bila memikirkan hal begini.
“Saya pun macam awak juga Yah. Kalau awak tua, abang ni lagilah berumur. Mana tak teringin nak bercucu yah. Teringin sangat, tapi kita tak boleh nak paksa budak-budak tu juga. Awak jangan risaulah, tak lama lagi baiklah budak-budak tu. Mesra lah mereka. Yah tak perasan ke yang Nuqman selalu perhatikan menantu awak tu. Bukan sekali dua saya nampak dia tenung Nasira tu. Cuma belum nak mula bertindak je lagi. Bila dah dia dah mula melangkah nanti baru lah awak tahu, itu tiap-tiap tahun mereka berikan awak cucu.” Ujar Encik Nasir yang di akhiri dengan usikan.
            “ Saya ada juga perasan yang Nuqman tu sibuk mengekor Nasira. Sampai kadang-kadang saya nampak Nasira naik malu dibuatnya. Tapi itulah peliknya dia berdua tu masing-masing macam nak tapi malu. Susah sangat nak bertindak bang. Saya ni bukan apa, saya tak nak terus rasa berdosa sebenarnya, apa yang kita buat ni salah sebenarnya bang. Kita tengok je mereka terus buat salah macam tu. Salah tau mereka abaikan tanggungjawab sebagai suami isteri macam tu. Walaupun secara zahirnya dia orang jalankan amanah tu dengan baik. Tapi secara batin nya bagaimana abang? Kita yang tengok ni pun biarkan pun sama-sama tanggung dosa tu. Saya tak kisah kalau dia orang nak beri saya seorang setahun ke cucu ataupun seorang je ke cucu tu, asalkan tanggungjawab mereka tu lunas pada diri masing-masing.” Lembut dan perlahan luahan rasa itu di perertikan dalam kata-kata.
            “Abang tahu Yah. Abang pun rasa begitu. Tapi Yah kena faham, kita tak boleh nak paksa mereka buat apa yang mereka kalau mereka tak bersedia. Tak naklah nanti mereka menyesal kemudian hari. Setakat kita boleh tunggu dan lihat, baik kita buat begitu saja. Kalau perlu kita masuk campur, kita masuk campurlah nanti. Tapi Insya Allah, tak lama lagi eloklah mereka tu. Abang tengok dah mula berbunga-bunga je dua hati tu. Awak jangan lah risau sangat.” Encik Nasir cuba meredakan hati isterinya. Kini dia faham kenapa isterinya risaukan hubungan anak menantu mereka sangat.
            “Yah pun harap begitu bang.” Akhirnya kerisauaan Puan Hadiyah kalah dengan keyakinan yang di berikan oleh suaminya.


            KATIL yang dibalut dengan cadar ungu lembut itu tercemar dengan damparan beberapa helai baju yang berselerakkan. Semakin lama, semakin banyak baju yang menyertai damparan itu, mana tidaknya pemakainya masih belum membuat pilihan. Tak tahu hendak membuat pilihan yang bagaimana. Ini kan temu janji pertama mereka. Dia tak mahulah apa-apa yang boleh merosakkan temu janji ini. Malah ikutkan hati dia ingin sepasang dengan Nuqman.
            “Nak pakai yang baju yang mana satu ni?” Runggut Nasira dengan dirinya. Tak satupun baju yang dia cuba menepati citarasanya. Bukan citarasanya tapi kehedaknya untuk kelihatan cantik di hadapan Nuqman sebenarnya.
            Akhirnya Nasira terduduk sambil merenung baju-baju yang dia selerakan. Cuba mencari ilham pada baju-baju itu. Penat mernung, Nasira mengambil keputusan untuk bertanya pada pakcik Google. Di carinya contoh-contoh fesyen terkini untuk mencari idea. Seolah-olah membuat kajian penting saja. Sesungguhnya pekara ini memang penting untuknya. Penting kerana ianya melibatkan Nuqman.
            Segala yang melibatkan Nuqman memang peting buat Nasira. Nasira ingin kelihatan cantik dan sempurna buat Nuqman. Dia tidak pasti kenapa perasaan itu hadir tapi yang pasti dia seronok melakukan semua itu tanpa sedikitpun rasa penat. Dahulu perasaan seperti itu pernah juga hadir dalam dirinya buat Hasni namun dia tak rasa seronok langsung hingga satu titik dia merasa kepenatan pula. Dua perasaan yang sama hadir namun dua rasa yang berbeza dia alami.
            Satu yang dia sedar, bila bersama dengan Nuqman rasa kebebasan yang selama ini dia korbankan menjadi miliknya. Nuqman bukan tipa lelaki yang meletakkan panduan didalam hidupnya. Nuqman bukan tipa lelaki yang menunding jari mengarah dia melakukan sesuatu. Nuqman banyak mengajarnya untuk bergembira. Nuqman membuka matanya tentang erti kebebasan dan ruang hidup. Melihat cara Nuqman dan merasai layanan Nuqman bersama keluarga ini barulah Nasira merasakan kebebasan dalam rasa kasih dan sayang.
Tak terlintas untuk Nasira membandingkan sesiapa. Namun dia juga manusia biasa yang tak lari dari membuat penilaian. Sesekali tanpa dia sendiri sedar hatinya sudah membandingkan hubungannya bersama Nuqman dan keadaannya ketika masih memegang gelaran bakal tunangan Hasni. Seringkali itu Nasira meyakinkan dirinya yang Nuqman bukan Hasni. Malah Nuqman berlawanan sifatnya dari Hasni. Mengenali Nuqman barulah Nasira perasan berapa banyak masa dia terbuang ketika bersama Hasni.
           

            KALAU ditanya apa perasaannya Nuqman ketika ini. Dia rasa tidak sabar. Kalau sesiapa yang memerhatikan perangainya ketika ini, pasti pening kepala melihat kegelisahannya. Duduk salah berdiri pun salah. Seringkali matanya berlari memerhatikan tangga. Setiap saat yang berlalu membuatkan dirinya bertambah tidak sabar. Tidak sabar untuk menempuh temu janji pertama dengan Nasira. Sedangkan rancangan malam ini belum pun di rancang hendak ke mana? Hendak buat apa? Yang dia tahu dia mengajak Nasira kerana ingin berdua-duaan dengann isterinya itu saja.
            “Sabarlah Man oii. Kejap lagi turunlah dia tu.” Tegur Encik Nasir yang pening melihat kegelisahan anaknya itu. Macam orang nak pergi menikah pun ada.
            “Entah kamu ni Man. Apa yang kamu gelisahkan sangat? Tak larinya Nasira tu. Ni kamu nak bawa dia keluar ke mana pula ni?” Puan Hadiyah yang kebetulan menghidangkan air buat suaminya itu turut menegur.
            “Tak ada apalah ibu. Mana ada Man gelisah.” Nafi Nuqman. Tersenyum kedua ibu dan abahnya tidak percaya. Hendak bersembunyi dari orang yang jauh berpengalaman? Agak-agaklah nak oi.
            “Hmm yelah. Tu Nasira dah turun.” Dengan malas Puan Hadiyah mengiakan kata anaknya sambil memaklumkan ketibaan menantu kesayangannya itu.
            Nuqman yang baru saja duduk pantas berdiri umpama seorang askar yang berhadapan dengan ketuanya bila mendengar ketibaan Nasira. Matanya pantas memandang ke arah figura yang berseluar jean dan kemeja longgar putih yang santai. Terpegun, terpesona dan tertawan Nuqman dibuatnya walau wajah itu hanya berbedak biasa dan bibirnya di hiasi lipbum pink yang mungkin berperisa cherry atau anggur. Nampak santai dan biasa tapi bila rambut panjang itu di lepaskan, menjadikan pemakainya nampak menarik dan feminin. Mahu tak tergoda orang memandang ke arahnya.
            “Cantik menantu ibu bila lepaskan rambut macam ni.” Puji Puan Hadiyah sekilas. Melihat Nasira tersenyum malu membuatkan Puan Hadiyah ingin mengusik lebih. Namun di hentikan oleh deheman anaknya.
            “Ehemmm… hemmm….hemm…” Nuqman berdehem apabila pujian ibunya menyedarkan dirinya dari terus khayal memandang Nasira. Nampak sangat Nasira tidak perlu berkerja keras untuk menarik perhatiannya. Dengan berpakaian santai dan memenuhi syarat melepaskan rambut daripada kekangan seperti selalu sudah dapat membuatkan Nuqman tak berhenti memandang Nasira.
            “Betullah ibunya, sampai tak menoleh orang tu memandang.” Encik Nasir turut mengusik. Tersenyum-senyum nakal dia dan isterinya berpandangan tanda faham perasaan yang mengulit dua hati muda itu.
            “Ye kan abahnya. Hai Man, cukup ke memandang macam tu je? Tadi tak sabar sangat nak keluar? Ni dah tak nak keluar ke?” Satu sindiran nakal dari Puan Hadiyah buat anaknya itu. Menambah rasa malu pada hati jejaka.
            “Nak keluarlah ni. Jom Sira.” Pelawa Nuqman malu-malu tanpa memandang Nasira pun. Tak mahu memandang Nasira lagi. Takut kalau kali ini padangannya turut terpaku.
            “Pergi dulu ibu, abah.” Nasira meminta diri. Sempat dia menyalami ibu dan abah mertuanya. Nuqman hanya menantinya di muka pintu. Mungkin sedang sibuk mengenakan kasut. Sambil berjalan, Nasira memandang pada berlakang Nuqman yang memakai T-shirt putih dan Jean biru sepertinya. Figura tegap itu nampak sungguh bergaya dan memikat. Macam berjanji pula mereka memakai baju yang sama.

6 comments:

Anonymous said...

salam... ermmm apa ye jadi lepas nie tak sabar nak tau...

Anonymous said...

yeay....
terime kasih....
cepat kak kerah idea utk sambung lg...
x sabar...
(^__^)

Anonymous said...

malu-malu tapi mau

~ kak min ~

dila dyna said...

kak iman!!cptla smbg cite nie..sweet sgt sira n nuqman ni hehe...klo wat novel, confirm dila beli hehe

almuzni said...

cepat smbung x sabar nak tau...

mizz acu said...

Hehe.. Mari belajar berchenta.. Suwitt je!