Monday, May 27, 2013

Saya Tahu Saya Comel

Iman tahu Iman comel... Setuju tak? Okay ini post update gila2.. yang rasa mcm nak membunuh... Kepala nakal ala2 budak kecil hyperglucose. My new genre aksi dan seram plus kejam pertama. Saya sahut CABARAN awak. Saya bukan hipokrit berjiwa jiwang berfiil keras.... Plot line my new story :


Almia gadis pembunuh upahan. Tangannya berganti senjata untuk membunuh. Jiwanya dah lama mati. Hatinya dah lama kering. Membunuh adalah kerjaya. Kerjaya yang membuatnya Jutawan muda.


 Nyatakan apa saja jenis senjata apa? Dia tetap Queen of Weapon.
Nyatakan teknik seksaannya mana? Dia tetap Princess of Torture...
Hadirnya seperti angin.. perginya seperti debu...


Tak kira, abang siapa, kakak siapa, anak kepada siapa.. Kalau arahan diterima, mangsa tak akan pernah terlepas. Kalau orang yang baik tembakkannya one shot terus ke otak... Kalau mangsanya jahat? cara lebih perlahan akan digunakan. Mungkin dengan membuatkan menembak paru-parunya dan membuatkan dia mati lemas dengan darah sendiri.. Sangatlah setiap detik kematian itu perlu dinikmati dengan perlahan dan keseronokkan.


Airmata orang adalah senyuman buatnya... Biar sang isteri meratap sedih kematian suami. Biarlah anak hilang arah tuju tanpa bimbingan. Dia peduli apa? yang penting angka didalam akaunnya bertambah. Apa kepentingan semua orang? Yang penting kehidupannya...


Di puncak kegemilangannya... Almia berhenti bersara. Mencari arah tuju lain. Dia dah bosan menyeksa. Dah bosan membunuh. Dia mahu hiburan lain...

Ada yang cuba menghalang? Berani ke?

Ikuti kisah Almia membunuh kejam... Menyiksa tanpa perasaan... dan akhirnya berjumpa hiburan baru... Apakah hiburan itu????

Tuesday, January 8, 2013

MY Mr. Right - Renovate


My Mr. Right.

            “Mak, Ria tak tahu lagi boleh balik atau tak. Lagipun majlis tunang jer kan anak Pak Ngah tu. Nanti si Siti tu kahwin, Ria baliklah.” Keluhku lemah sambil mataku masih fokus pada fail-fail yang berlambak di atas meja.
Aku ni bukan anak derhaka bukan nak melawan cakap mak ke atau apa. Tak terniat pun nak membantah. Mak ayah aku cukup ajar aku ni soal agama jadi aku tahu berdosa benar kalau membantah cakap mak tapi masalahnya sekarang aku memang malas nak balik kampung untuk majlis pertunangan sepupu ‘kesayangan’ aku itu.
Bukan apa. Aku malas nak menambah dosa aku yang banyak ni kalau aku terkurang ajar dengan orang tua. Lagi-lagi saudara mara sebelah mak aku. Mulut dia orang tu memang cukup sifatlah nak buat aku kurang ajar. Sabar? itulah masalahnya aku yang paling besar sebabnya aku ini bukan penyabar orangnya. Aku tak boleh nak sabar dah setiap kali dia menghadap wajah-wajah mak saudaraku yang comel lote dan soalan berbunyi ‘Ria bila lagi? Tak kan masih belum ada calon?’ Macamlah soal nikah kahwin ni je yang ada dalam dunia ni.  Sebab soalan cepu lombong berlian tu lah aku malas.
Jadi di sebabkan aku ni dah malas nak bersabar dan malas nak melayan soalan yang tak tentu hala itu, baik aku mengelak dan jangan menghadap mereka. Lagipun karang kalau aku  terlepas cakap macam majlis cukur jambul cucu mak long yang lepas. Mak juga yang makan hati dengannya. Aku juga yang parah nak memujuk kang.
“Mak.. Mak.. Mak.. Ria banyak kerja ni. Kejap lagi dah nak masuk meeting. Macam nilah Ria memang tak janji boleh balik atau tak. Kalau Ria ada masa Ria balik, kalau tak mak sampaikan salam Ria kat pak ngah jer lah ye... Assalamualaikum mak. Love you.” Aku pantas mematikan talian.
Tak bagi langsung mak sambung membebel. Cukuplah setengah jam aku dengar ceramah sivik tentang adat hidup berkeluarga. Sememangnya aku akui yang baik keluarga mak atau ayah memang cukup rapat. Kalau bab-bab majlis ni semua akan turun padang. Jauh macam mana pun balik gak. Bukan saja kenduri kendara, kalau sakit masuk hospital pun sama. Memang susah senang bersamalah. Cuma tak bestnya bab banyak mulutlah. Kalau dah berkumpul tu, macam konvensyen wartawan media sedunia. Semua saluran pun ada. Satu je doa ku sekarang semoga aku terlepas daripada tuntutan mak untuk balik hujung minggu ini.
Aku teliti sehelai demi sehelai laporan tiga buah syarikat di atas mejanya buat kali terakhir. Ingin memastikan analisis kerja aku ni betul. Kalau tak betul syarikat ini akan menanggung akibatnya. Mana tidaknya boleh tersilap buat perlaburan kalau aku tersalah mengambil tindakkan. Dan itu pastinya mendatangkan kerugian buat syarikat. Yang paling penting boleh menggugat kedudukan ku sebagai anak emas syarikat. Tak boleh... tak boleh... nanti tak banyak bonus.
“Khai. Meeting.” Panggilan daripada Hana, penolong peribadiku membuat aku mengangkat muka. Wajah comel aku ditayangkan pada Hana. Nanti dia fahamlah tu. Tengok kan mata kak Hanna dah membesar dah tu.
“Ten minute Kak Hana.” Ujarku comel setelah Hana tayangkan wajah geram. Pasti geram kalau dapat bos yang susah nak tepati waktu meeting. Nanti dia juga yang payah  kena soal siasat oleh bos besar.
“Khai... Sepuluh minit jer tau.” Akhirnya Hana yang terpaksa mengalah denganku. Walaupun aku bos tapi bab masa ni memang Kak Hana lah bos aku.


Sepuluh minit kemudian, aku mengetuk pintu bilik mesyuarat itu dan membuka pintu itu perlahan-lahan. Lima pasang mata berpaling melihatku dan sambil bibir masing-masing tersenyum manis. Mungkin tahu sangat sikapku yang tak tepati waktu mesyuarat itu. Namun dia juga maklum kehadiranku tetap diperlukan. Lima ahli biasa itu sangat ku kenali iaitu Tengku Kamel, bos besarku. Dato’ Arif dan Encik Daniel orang kanan pada bos besarku Encik Johan dan Encik Sofian, peguam syarikat..
Cuma ahli keenam dalam kumpulan itu saja Aku tak kenali. Agaknya pembantu pribadi baru Tengku Kamel kot. Pembantu Peribadi yang memandangku seperti hendak makan. Berlagak boslah tu hendak menjeling kerana kelewatanku. Amboi Tengku pun tak bersuara, dia pula berani tayang muka tak puas hati pada aku. Tapi ada aku kisah. Sorry ini Aku lah.
“Sorry as usual.” Ujarku sambil duduk di salah satu kerusi kosong.
“Here come our princess. No worry dear. Your arrival just in time.” Ujar Tengku Kamel tidak kisah.
Aku memang tahu bos besar aku ni tak kisah kerana dia juga yang selalu memanggil aku ni magic touch girl dia. Ala Tengku ni ala-ala bapa aku kat office jer. Aku tahu selagi kerja aku betul memang bos besar aku ni tak akan pernah marah padaku. Sebab aku terlalu berharga untuk dimarahi. Hahahahaha, perasan sungguh aku ni.
“So Khairia, we waiting for your reseach. How? It is Optima going to be our grand focus?” Tanya Encik Daniel. Encik Daniel orang yang paling senior antara mereka yang lain. Orang paling lama berkhidmat dengan Tengku. Jadi selain Tengku, aku dah anggap Mr. Daniel ni bos kedua aku.
“Optima not worth it. Mr Daniel. That company already having cancer. Not worth for our time, not say our money. You all may read my report and my court open for debate.” Aku menyerahkan fail pada setiap orang. Masing-masing memaparkan reaksi berbeza melihat laporan aku. Pekara biasa setiap awal tahun, setiap kali syarikat ini nak memulakan projek atau meluaskan jajahan kuasanya.

Aku makan tengah hari bersama ahli mesyuarat tadi. Kata Tengku Kamel untuk meraikan kemenangan atas perdebatan yang sengit didalam bilik mesyuarat tadi. Amboi bos aku ni ikhlas ke menyindir ni. Mulanya aku memang terasa hendak menolak tapi bila mengenangkan lelaki yang ahli baru dalam kumpulan itu membuatkan aku bersetuju. Lelaki yang aku agak berumur awal tiga puluhan itu menarik perhatianku. Sebab lelaki itu bijak. Bijak memperdebatkan hujah denganku tadi. Membuatkan perbentangan kali ini mencabar. Aku memang suka dengan orang bijak ini.
Sejam setengah bertarung tentang hasil kajian dan kemenangan sekali lagi di pihak aku. Ahh penat sungguh meeting kali ini selalunya pembentanganku hanya perlu paling lama empat puluh minit untuk aku meyakinkan ahli-ahli forumnya tapi kali ini kerana orang baru dalam forum itu menyebabkan aku terpaksa berkerja keras. Entah siapa namanya, aku pun tak pasti cuma dia terdengar yang ahli-ahli yang lain memanggil lelaki itu Airil. Itulah kot namanya. Tak kisah siapa namanya yang penting pemikirannya panjang dari sesiapa yang aku temui. Mungkin sama tahap denganku ataupun agak kurang sikit kot. Mana boleh lebih. Walaupun aku tahu sesi panas tadi cuma untuk dia tu mengujiku. Dia boleh menguji tapi belum pasti aku menjawab seratus peratus kan?
“Okay guys. I got to go. I kena cari lombong emas baru untuk Tengku because I expect fat pocket by end of this year.” Aku meminta diri dari sesi lunch itu.
Bukan sesi lunch sangat pun. Lebih kepada perbincangan strategi perniagaan saja. Boring makan dengan orang-orang besar ni. Tak ada bincang lain selain saham dan company ataupun golf. Cubalah cerita tentang Syamsul Yusof ke? Nazim Othman ke? Robert Patinson aku yang hensem tu ke? Tapi elok juga aku ikut diaorang ni makan boleh aku hintkan kat Tengku tentang bonus. Saja nak mengingatkan walaupun aku tahu tentang bonus, aku tak perlu risau sebab Tengku tak pernah mengecewakanku. Kalau tidak masakan umurnya baru menjangkau 28 tahun tapi sudah berpendapatanku lebih 200K setahun.
“Of course my gold princess. With success of your few project, I think you will be happy to see the reward. Airil will drop you at the office.” Bosku ni memang baiklah. Ini yang aku suka dengar ni..
“Thanks but no Thanks, Tengku.  I just survive war, I don’t think waiting for cab will kill me. Khai rasa Khai balik sendirilah Tengku. Bye uncles.” Tolak Aku dengan lembut..
Di luar aku memang memanggil mereka begitu memandangkan umur masing-masing sudah layak bergelar uncle padaku. Jadi maaflah Airil yer... terpaksa termasuk dalam panggilan ‘uncle’ tu walaupun masih muda belia. Hahahaha.
“ I hantar you.” Nada yang bernada arahan itu membuatkan langkah aku yang baru dua tiga langkah ke hadapan terhenti sendiri. Suara Airil. Amboi berani mamat ni nak mengarah-arahku. Agaknya dia tak kenal ko aku siapa. Aku berpaling dengan wajah tak berperasaannya memandang pada Airil yang ku lihat sudah berdiri.
“Thanks but no thanks Encik Airil.” Tolak aku dengan nada tegas dan sambung melangkah. Aku tak suka di arah apatah lagi oleh orang yang aku tak kenali. Pantang tok nenek moyang aku.
“Khairia.” Sekali lagi aku dengar namaku di oleh lelaki itu. Kali ini lenganku pula rasa ditarik. Terdorong setapak dua kebelakang juga aku dibuatnya. Ya Allah sabarkanlah aku. Kalaulah aku tak mengenangkan air muka Tengku dah lama mamat ni aku silat lipat empat. Aku berpaling memandanng lelaki yang dah berani mati menyentuhku itu.
“What the...” Aku hanya lima saat beza dari menyumpah lelaki itu apabila aku terdengar namaku dipanggil seseorang membuatkan aku kembali memandang kehadapan.
Abang Amil? Kecil sungguh dunia ini. Boleh pula aku terserempak dengan sepupuku disini. Dalam banyak-banyak tempat dan masa, masa ni jugalah dan tempatni jugalah nak terserempaknya. Dengan senyuman manis aku menyambut kedatangan abang Amil Sepupu yang mak aku pernah handak jodohkan dengan aku tu tapi aku menolak kerana waktu itu aku masih belajar dan sekarang abang Amil sendiri sudah bahagia dengan pilihan sendiri. Lagipun siapa nak kahwin dengan sepupu yang dah macam abang sendiri?
“Abang Amil. Sihat?” Tegurku perlahan.
“Sihat. Ria Sihat? Dah lunch? Kalau belum jomlah sekali.” Pelawa abang Amil mesra. Makhluk dihadapanku ini memang mesra alam malah paling baik yang pernah aku kenal antara sepupu sepapatku.
“Alhamdulillah, sihat. Ria baru je lepas lunch bang. Abang sorang je ke?” Tanyaku lagi. Saja berbahasakan.
“Tak abang dengan Kak Lin. Dia mengidam nak makan salad. Ini dia pergi ladies kejap, biasalah pregnant.” Beritahu Abang Amil.
Amboi Kak Lin, mengidam makan salad pun kena makan kat Hotel Hilton ke? High maintenance betul anak abang Amil ini. Sedetik rasa cemburu terbit di hatiku. Cemburu bukan sebab aku minat atau sayangkan abang Amil tapi lebih kepada cemburu kerana Kak Lin dapat lelaki sebaik abang Amil. Terfikirku, bagaimana pula bahagian ku nanti? Sebaik Amil ke pendampingku?
“Ria balik untuk majlis tunang Siti?” Abang Amil bertanya. Dah sudah topik yang paling aku hendak mengelak kini ditanya terus padaku.
“Tak kot bang. Ria ada hal lah.” Elak Aku. Namun aku tahu pasti abang Amil mampu meneka alasan sebenarnya.
“Mengelaklah tu. Sampai bila nak mengelak Ria? Ria carilah calon.” Nasihat abang Amil yang lebih kepada nasihat seorang abang pada adiknya.
“Calon? Ini calonnya.” Selamba aku menunjukkan ke arah Airil. Bukan betulpun tapi sengaja aku hendak berseloroh dengan abang Amil dan paling penting aku nak mengenakan si Airil ni. Sesuka hati nak sentuh orang kan. Biar Airil menggelabah dengan pengakuan aku.
 “Khairil.” Tenang lelaki disebelahku memperkenalkan diri.
Aku melopong apabila lelaki sebelahku ini memperkenalkan diri pada sepupuku. Sejak bila nama lelaki disebelahnya ini bernama Khairil? Meleset rancanganku apabila tenang lelaki itu memperkenalkan diri pada abang Amil. Tak ikut skrip langsunglah mamat ni. Aduh masalah lain pula yang datang bila wajah terkejut abang Amil dengan pengakuanku tadi bertukar menjadi wajah ceria yang manis.
“Khairil and Kharia. Nama pun dekat-dekat. Saya Amil, sepupu Aku. Calon?” Abang Amil turut memperkenalkan diri pada mamat itu.
“Begitulah agaknya. Dah orang sebelah ni kata macam tu.” Selamba pula lelaki itu menjawab soalang abang Amil.
Kini aku pula tersepit dalam permainan sendiri. Tak ada ruang nak menafikan. Masa itu aku rasa macam nak hentak je kepala ke dinding. Sekarang ni bukan aku mengenakan orang tapi aku pula yang terkena. Nampaknya lelaki itu lagi jahat dari aku ni. Kan dah tempah masalah sendiri. Ini orang kata tak ada masalah cari masalah.
“Abang pergi dulu Ria. Nanti tercari-cari pula Kak Lin kamu. Bawalah balik kampung majlis Siti nanti. Buat apa nak sorok-sorok.” Abang Amil minta diri sambil tersenyum nipis.
“That not funny okay. Mulut tempayang betul.” Omelku pada Airil. Wajah menyampah dan rolling eyes ditayangkan pada Airil.
“ Sorry Tengku, and thanks for lend me your big mouth assistant.” Ujar aku pada korum yang hanya selang beberapa langkah dari tempatku berdiri sebab aku tahu drama sebabak tadi dah jadi tontonan umum. Malu sunggugh pada kumpulan cerdik pandai itu yang pastinya mendengar tadi.
“Don’t be dear. I be glad if he the choosen one for you. It will be the biggest present for me ever.” Balas Tengku Kamel dengan senyuman.
Entah apa yang dimaksudkan oleh Tengku Kamel itu pun aku tak faham, tapi tetap bibirnya mesra membalas senyuman. Sebelum meminta diri. Kehadiran lelaki bernama Khairil itu malas dia ambil kisah. Menyampah.








My Mr Right 2


Aku menahan rasa malu jer dengan Airil atau Khairil yang duduk memandu disebelahnya. Tadi dia juga jual mahal tak nak ditumpangkan oleh lelaki itu. Tapi memandangkan barisan penunggu teksi yang panjang di hotel itu, terpaksa juga Aku menebalkan muka minta ditumpangkan. Malas dia menanti tanpa urusan di hotel itu, tak produktif.
“Sepupu awak tu ramah.” Aku terkejut apabila Khairil tiba-tiba bersuara. Agaknya dah tak ada topik lain agaknya budak ni. Itu yang terbabit sepupunya.
“Abang Mil memang baik dan ramah. But you should not done that.” Ujar Aku sambil menyebut kembali sikap Khairil yang seperti ingin memerangkap dia.
“ But you yang mula dulukan?” Balas lelaki itu selamba. Ini macam cari gaduh jer ni.
“You ni. Kat manalah Tengku boleh kutip you jadi pembantu dia.” Tempelakku tanpa rasa takut.
Aku dah nak sambung tempelak tadi tapi telefon Iphone 4S aku dulu bersuara. Aku ambil telefon segi empat itu. Tertera nama mak kesayanganku di skrin telefon canggih itu. Pasti gosip tadisudah sampai ke kampung. Canggih betul zaman ini, tak sampai setengah jam, gosip dah mampu tersebar luas.
“You never guess what technology have done to our gossip mossip world.” Omelku sambil jarinya sudah mula slide di kaca kecil itu.

“Assalamuallaikum mak,” Aku memberi salam pada pemanggil di hujung sana.
“Waalaikumsalam.” Terdengar bonda tersayang membalas dihujung talian. Aku menunggu masa je mak membuka bicara.
“Hmm tadi kak lin kamu call mak. Katanya ada terjumpa kamu.” Mukadimah dah dimulakan dah. Kan dah cakap, mesti gosip cepat jer sampai ke telinga mak. Sekarangkan gosip di hujung jari.
“Haah jumpa abang Amil sebenarnya tadi. Kata abang Amil, Kak Lin mengidam nak makan salad. Hebat tau mak, mengidam pun nak hotel lima bintang tuu... High maintenance anak abang Amil karang. Cancellah mak jadi calon untuk anak orang.” Selorohku ceria. Saja mengusik mak. Kan mak juga yang dulu teringin nak menjodohkan aku dengan abang Amil. Tak dan aku ni mak dah berangan merancang nak menjodohkan cucunya iaitu anak aku dengan anak abang Amil pula.
“Pandai jer kamu. Nak menyindir mak lah tu. Nak bercucu menantu macam mana kalau kamu tu pun masih main sorok-sorok dengan mak. Tadi katanya Abang Amil kamu dah jumpa calon kamu tu. Kenapa nak sorok-sorok?” Tanya Mak direct. Dah tak ada selekoh-selekoh dah. Amboi mak. Nampaknya dah salah sarang aku jolok ni.
“Ria takut mak tak setuju. Kang tak pasal-pasal mak jadi ibu mertuaku kang, Ria juga yang susah hati.” Selamba aku menambah kemarahan mak. Aku bukan menipu ye. Saja jer nak bergurau senda.
“Tak ada maknanya Ria. Kamu dah jangan nak sorok menyorok lagi. Hujung minggu ni bawa calon kamu tu balik kenal dengan kita-kita.” Arahan mak membuatkan aku terkejut sangat. Ala, salah time pula nak bermain ni. Apa dia nak jawab ni.
“Tapi mak...” Aku cuba membantah. Niat di hati nak membetulkan pekara yang sudah tersesat itu.
“Dah tak ada tapi-tapi. Kalau kamu tak bawa dia balik majlis Siti hujung minggu ni. Mak tak nak lagi bercakap dengan kamu. Kamu memang tak sayangkan maklah.” Mengugut pula Maknya. Terkelu lidah ku dibuatnya.
“Dahlah, mak malas melayan kamu. Mak nak sambung masak ni. Assalamuallaikum.” Cepat saja mak memutuskan talian. Langsung tak beri pilihan pada diriku yang tidak bersalah ini.
“Ala. Masalah... Masalah..” Aku merunggut sambil menjawab salam itu perlahan. Sekarang aku dah tak ada pilihan lain dah.
“You kena temankan I balik kampung hujung minggu ni. Mak I nak jumpa. Padan muka you, itulah siapa suruh mulut you tu ringan sangat.” Tanpa bersalah, aku memberi arahan pula pada Khairil disebelah tanpa menoleh pun ke arah lelaki itu. Melepaskan geramnya padanya.


Aku membuka pintu kereta mewah BMW X5 milik Khairil itu sebaik kereta itu betul-betul berhenti di hadapan rumah ayah. Aku nampak orang kampung yang berkumpul di rumah Pak Ngah yang bersebelahan dengan rumah ayah itu mula memberi perhatian kepada kami.
 Itulah siapa suruh Khairil degil sangat nak bawa kereta dia ni juga. Dia ingat ini bandar, orang tak kisah. Ini kawasan kampung, kereta mewah masuk semua akan memandang macam kapal alien yang berlabuh. Kalau orang kampung ini tak kisah dah lama dah aku sendiri ingin membawa Nissan fair lady milikku ke kampung tak perlu aku nak mengangkut Swift setiap kali pulang ke mari.
Sedangkan pertama kali aku membawa Swift pulang pun banyak orang kampung menjeling. Apatah lagi melihat BMW Khairil. Lepas ni mesti teruk kena soal siasat. Lantak kaulah Tengku Khairil. Asalkan aku terlepas dari kemarahan mak hari ini. Nanti pandai-pandailah lelaki itu kelentong mak. Khairil kan kali kelentong. Macam lelaki itu sembunyikan identitinya sebagai anak Tengku Kamel daripadaku.
Teringat reaksi pertama aku apabila tahu lelaki itu anak Tengku Kamel daripada Kak Hana. Punyalah kak Hana ni yang sibuk memuji kekacakkan anak Tengku Kamel. Lalu aku ni dengan naifnya bertanyalah siapa anak Tengku Kamel? Dan bila Kak Hana menjawab ‘Ala lelaki muda yang meeting sekali dengan Khai tadilah. Tak kan tak tahu. Tengku Kamel tak kenalkan pada Khai ke anaknya Tengku Khairil yang kacak itu.’ Jawapan canggih Kak Hana itu menghentak kepalaku
Laju kakiku melangkah ke arah pintu pejabat ‘Tengku Khairil.’ Yang tak seronoknya tu bila aku menyerang Tengku Khairil, boleh pula lelaki itu menyatakan  menuduh dirinya yang terburu-buru membuat sangkaan. Dap tepat ke wajahku. Memang salah aku sendiri. Hendak marah lebih-lebih pun tak guna. Itupun nasib baik Tengku Khairil masih ingin menemani ku hari ini. Pelakon upahan. Kalau tak memang aku berhenti kerja.

“Mak, Ayah kenalkan ini kawan Ria, Tengku Khairil.” Aku memperkenalkan Khairil pada orang tuaku yang sudah menunggu di muka halaman rumah usai menyalami kedua orang tua yang membesar dan mendidikku itu.
“Ini mak I, Puan Kalsum yang cantik dan ayah I, Encik Aman yang sungguh aman.” Aku memperkenalkan Khairil kepada kedua ibu bapaku pula.
“Apa khabar, pak cik? Mak cik?” Pandai juga lelaki itu beramah mesra dengan kedua orang tuaku. Tak pula menyombong.
“Sihat. Marilah masuk dulu. Malam nanti kamu duduk rumah pakcik kat sebelah tu. Rumah tu memang pakcik buat homestay. Ria, begnya mana?”
“Ria bawa badan jer yah... hihihi.” Balasku tersengih panjang. Ayah ni pun macam tak tahu. Bila masa aku balik bawa baju? Aku balik kampung sama macam pergi pasar jer. Mana ada bawa beg baju. Badan dan beg tangan cukup.
“Kamu memang. Moh kita ke rumah Pak Ngah kamu. Banyak lagi yang hendak di tolong. Ajak kawan kamu ni sekali.” Ujar Mak ku. Dari gaya maknya macam tak suka jer kat Tengku kita ni.
“Aye.. Aye mak. Rindu mak.” Aku menurut kata mak. Sekilas kucupan kasih diberikan pada pipi mak. Tanda kasih dan rinduku pada mak.
“Jom you. Beg tu tinggal jer dalam kereta tu. Mana tau you nak kena halau nanti. Hahahaha.” Ujarku dengan gelak jahatnya. Ini kawasan aku yang punya jadi suka hati akulah nak membuli.
“Maaf ye Tengku. Anak pakcik ni memang setengah tiang sikit.” Aku dengar Ayah aku tu meminta maaf pada si tengku. Amboi aku pula yang setengah tiang. Dengan perasaan tak puas hati aku menjeling pada si Dia yang sibuk menggelak aku. Nanti Kau Tengku Mangkuk.

p/S Ini renovate My Mr. Right. Manuskrip Klinik Hati dah siap dan sambil tunggu keputusan penerbit, Iman akan holdkan dulu KLINIK HATI selepas bab yang ke 26 nanti. So pengganti dia buat sementara adalah My Mr. Right dan Jom Kita Kahwin (Sue dan Fiqril)