Saturday, November 28, 2009

Cinta? Penting ke? 11

Dannia tak bisa memandu. Dia menahan teksi dan meminta untuk di hantarkan di Damansara. Dia tak mahu pulang ke kondonya. Pasti Adam akan mencarinya di situ nanti. Lebih baik dia pulang ke rumah papanya. Dannia merenung sepanjang jalan ke rumah papanya. Fikirannya kosong. Tak sangka selama ini orang yang paling rapat dengannya. Orang itu yang menipunya. Siapa yang tak sakit hati? Siapa yang tak kecewa?

‘Hanya ingin kau tahu besarnya cintaku, tingginya khayalan ku bersama mu’


Tak perlu Dannia memandang siapa yang menelefonnya. Dari nada deringan itu Dannia sudah tahu siapa gerangannya. Lalu ditekan butang merah. Memutuskan talian. Dannia tak ingin menyambut panggilan dari insan yang telah menipunya itu. Dannia tak ingin hidup dalam penipuan Adam.

Saat Dannia baru tiba di hadapan pintu rumah papanya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Lagu yang sama. Nada yang sama lalu pantas saja jari runcingnya mematikan talian. Ini sudah kali ke berapa entah dia melakukan hal yang sama. Sungguh dia tak ingin mendengar suara Adam lagi. Rasa marah membuatkan Dannia mengambil keputusan untuk tak terlibat lagi dengan hidup lelaki itu.

“ Dannia?” Dr Arif menegur anak gadisnya. Dannia meluru masuk sampai dia yang terngah bersarapan di meja makan langsung tak di tegur. Apabila melihat Dannia susah mula memanjat tangga untuk naik ke bilik. Dr Arif rasa dia perlu menegur. Tak pernah dia ajar anak-anaknya bekelakuan begitu.

“Adik kenapa ni?” Tanya Dr. Arif sebaik anak daranya itu bersalaman dengannya. Dari wajah Dannia itu, Dr Arif sudah dapat membaca ada sesuatu yang melukakan hati puterinya.

“Tak ada apa-apalah papa. Adik naik dulu ye.” Dannia meminta diri.

“Adik tunggu kejap. Adik dari mana ni?” Dr Arif bertanya. Pelik melihat gaya pemakaian Dannia di awal pagi sebegini. Tak pernah Dannia bergaya begitu untuk ke rumahnya.

“Semalam adik tidur rumah kawan. Tak sempat nak balik tukar. Adik minta diri dulu ye pa. Adik penat.” Dannia tanpa menunggu jawapan papanya. Terus naik ke atas. Sekejap je dia hilang menaiki tangga ke biliknya. Langsung tak di hiraukan papa yang memandang hairan.

Dannia masuk ke biliknya. Dia menutup pintu biliknya dan tersandar di balik pinu itu. Leka melayan hati yang hebat terluka Dannia terduduk di situ. Air matanya mengalir. Kalau dulu dia takut menagis kerana takut dia akan membenci Adam. Saat ini dia memang sudah membenci Adam. Benci orang yang menipunya.




Adam membaling telefon bimbitnya. Iman langsung tak mahu menerima panggilannya mahupun membalas panggilan telefonnya. Dah berpuluh kali dia telefon. Pening kepala dibuatnya. Sungguh dia tak tahu nak berbuat apa. Hendak keluar, identitinya sudah di ketahui. Pelbagai wartawan menelefon meminta untuk temu bual. Bagaimana ni? Hah... hanya seorang yang boleh tolong dia Ashraf. Pantas Adam menelefon Ashraf. Beberapa ketika mendengar deringan telefon akhirnya panggilannya di jawab.

“Assalamualaikum, Ash.” Adam cuba bersabar. Sempat memberi salam.

“Waalaikumsalam Adam. Ada apa kau call aku ni?” Ashraf bertanya. Kebetulan dia baru habis syif malamnya pagi itu.

“Ada hal sikit. Ini kau kat mana ni Ash?” Adam bertanya. Niatnya kalau Ashraf berada di luar. Dia nak mengajak Adam ke rumahnya untuk berbincang. Lebih mudah dia menjelaskan apa yang terjadi dengan bersemuka.

“Aku baru habis syif ni. Lepas ni nak balik rumah. Kenapa? Nak ajak aku lunch ke?” Ashraf memang mesra dengan Adam. Lagipun dia senang dengan cara Adam. Adam tahu batas seorang kawan dan Adam ini mudah di bawa berbincang apa-apa masalah. Kerana itu sekarang dia lebih suka merujuk pada Adam kalau ada masalah.

“Hmm... boleh juga. Aku nak minta kau datang rumah aku ini. Ada benda nak bincang sikit. Nanti boleh tak kau tolong tapaukan makanan. Aku tak boleh nak keluar lah.” Adam merencanakan rancangan pertemuan buat mereka.

“Aku set je. Kau nak makan apa ni?”

“Apa-apa jelah.”

“Ok. Lagi sejam aku datang.” Usai memberi salam. Ashraf pantas mematikan talian. Dia ingin bersiap-siap ke rumah Adam.




Malam itu Ashraf mengetuk pintu bilik adiknya. Memang dia dah sangka adiknya akan lari ke rumah papa mereka. Dannia memang selalu begini. Setiap kali dia ingin lari dia akan kembali ke rumah Dr Arif. Ashraf ingin menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Tengah hari tadi dia ke rumah Adam. Adam telah menjelaskan segalanya. Hamori juga dia bertumbuk dnegan Adam tapi setelah di rasionalkan dirinya. Dia tidak merasakan Adam bersalah. Dannia pun tak bersalah. Cuma Ashraf tak faham kenapa mereka berdua terlalu sensitif tentang hal ini. Kata mereka hanya kawan biasa.

“Ada apa along?” Dannia bertanya sebaik membuka pintu. Wajahnya masih kelihatan sembab. Terlampau banyak menangis agaknya.

“Boleh along masuk. Along ada benda nak bincang dengan adik.” Ashraf meminta kebenaran untuk masuk. Sedih hatinya melihat wajah Dannia yang sembab.

Dannia tak menjawab. Dia berjalan ke dalam biliknya dan duduk di atas katil meninggalkan pintu biliknya terbuka. Ashraf mengambil keputusan menyatakan itu menandakan Dannia membenarkannya masuk.

“Kenapa adik jadi macam ni?” Ashraf bertanya. Namun jawapannya hanya gelengan semata dari Dannia. Dannia ni memang. Kadang-kadang perangainya seperti budak-budak.

“Kenapa adik menangis?” Sekali lagi Ashraf bertanya. Dia tahu kalau keadaan Dannia begini, dia harus bertanya dengan lembut. Sekali lagi soalan Ashraf hanya tinggal soalan apabila Dannia hanya menggeleng.

“Sebab Adam?” Ashraf sengaja menduga reaksi Dannia dengan menyebut nama Adam. Tepat sangkaannya. Dannia pantas menoleh padanya. Jadi jawapannya memang kerana Adam.

“Along tak payah sebut lagi nama dia depan adik. Adik tak nak dengar.” Tegas sungguh nada Dannia. Benar-benar marah Dannia ini pada Adam. Sampai mendengar nama itu pun Dannia tak mahu.

“Kenapa pula ni? Bergaduh?” Ashraf cuba berdiplomasi. Dia berpura-pura tak tahu. Dia ingin mendengar dari mulut Dannia pula.

“Ya. Adik gaduh dengan dia. Adik benci Adam. Adam tipu adik.” Meluap kemarahan di wajah Dannia saat itu.

“Apa yang dia tipu adik? Identiti dia?” Ashraf mengorek sedikit demi sedikit. Dannia kelihatan tak ingin menjawab soalan itu.

“Tengah hari tadi along jumpa Adam. Dia dah jelaskan semuanya pada along. Dia kata dia tak ada niat pun nak tipu adik. Cuba dia tak tahu nak cakap macam mana pada adik. Along peliklah adik. Kenapa adik nak marah sangat pada Adam?” Soal Ashraf penuh kehairanan.

“Sebab dia tipu adik.” Itu jawapan Dannia.

“Kalau iya pun dia tipu adik. Yang adik marah sangat sampai macam ni kenapa? Cuba adik cakap, dia tu suami adik ke? Tunang adik ke? Sampai adik nak marah dia macam ni. Pada along dia berhak menyembunyikan identiti dia dari kita. Itu hak dia sebagai individu dan sebagai seorang kawan kita tak ada hak nak campur urusan dia. Betul dia tipu adik. Tipu pun bukannya dia tipu duit adik? Bukannya dia tipu apa pun. Tak ada mudaratnya penipuan dia tu. Kenapa adik nak marah sangat? Adik sayangkan Adam ke?” Terpancul soalan itu dari mulut Ashraf. Dia tak tahu macam mana soalan itu boleh muncul. Tapi Ashraf dapat merasakan itu salah satu sebab kenapa reaksi Dannia begini sekali.

“Sayang apanya along? Adik tak sayanglah seorang penipu. Adik benci adalah. Along cakap dengan kawan baik along tu. Lepas dari hari ini jangan lagi cari adik atau call adik. Adik tak nak berkawan dengan penipu.” Tegas Dannia. Memang itu keputusannnya dari tadi. Ingin memutuskan hubungan dengan Adam.

“Adik?” Ashraf ingin memujuk lagi.

“Adik penatlah along. Adik nak tidur. Esok adik kena kerja.” Dannia cepat saja mencantas bicara Ashraf. Terus saja dia merebahkan dirinya di atas katil dan menarik selimut menutup hingga ke mukanya.

“Adik rehatlah. Nanti kalau dah penat adik berlari jangan lupa cari jalan nak balik.” Itu sahaja nasihat Ashraf. Dia tahu Dannia bukannya penat tapi adiknya itu ingin lari dari masalah ini. Ingin lari dari menyelesaikan pekara ini dengan cara berhadapan. Dannia buat-buat tak dengar nasihat itu.




“Assalamualaikum Adam. Aku ni Ashraf.” Ashraf menelefon Adam untuk memberitahu hasil pujukannya. Itu janjinya tengah hari tadi pada Adam.

“Waalaikumsalam. Ash, Nia macam mana? Dia okay tak?” Tanpa bertanya khabar Adam terus menyoal berkenaan Dannia.

“Tak okay. Dia menangis tadi. Aku ni ada erita buruk untuk kau.” Ashraf seperti berat hati untuk menyatakan kegagalan usahanya pada Adam.

“Berita apa Adam? Dannia marahkan aku ke? Aku tahu tu. Dia mesti marahkan aku. Tak apelah memang salah aku. Jangan dia kata dia benci aku sudah.” Adam boleh mengagak berita buruk dari Ashraf.

“Dia memang marahkan kau Adam. Dia kata dia benci kau. Dia tak nak kau cari dan call dia lagi. Tapi kau bagilah dia masa nak bertenang dulu. Nanti okaylah tu. Tak payalah kau risau sangat.” Hanya itu yang mampu Ashraf sampaikan. Tak sampai hatipula dia memberitahu pasal panggilan penipu yang Dannia berikan pada Adam.

“Adam? Adam?” Terkejut Ashraf. Sebaik dia menyampaikan berita itu. Taliannya diputuskan oleh Adam.

Terduduk Adam mendengar bicara Ashraf. Terus saja Adam mematikan talian. Tak sangka Dannia memang telah membencinya. Dia tahu Dannia marahkannya. Cuma dia tak sangka Dannia akan membencinya dan sekaligus mengambil keputusan begitu. Ya Allah. Apa yang Adam harus lakukan? Dia tak ingin kehilangan gadis itu.