Monday, October 15, 2012

My Mr. Right 2


My Mr Right 2


Khairia menahan rasa malu jer dengan Airil atau Khairil yang duduk memandu disebelahnya. Tadi dia juga jual mahal tak nak ditumpangkan oleh lelaki itu. Tapi memandangkan barisan penunggu teksi yang panjang di hotel itu, terpaksa juga Khairia menebalkan muka minta ditumpangkan. Malas dia menanti tanpa urusan di hotel itu, tak produktif.
“Sepupu awak tu ramah.” Khairia terkejut apabila Khairil tiba-tiba bersuara. Agaknya dah tak ada topik lain agaknya budak ni. Itu yang terbabit sepupunya.
“Abang Mil memang baik dan ramah. But you should not done that.” Ujar Khairia sambil menyebut kembali sikap Khairil yang seperti ingin memerangkap dia.
“ But you yang mula dulukan?” Balas lelaki itu selamba. Ini macam cari gaduh jer ni.
“You ni. Kat manalah Tengku boleh kutip you jadi pembantu dia.” Tempelak Khairia tanpa rasa takut. Belum habis dia menempelak, ada lagi yang dia hendak luahkan tapi telefonnya dulu menyelamatkan keadaan.
Telefon Iphone 4S itu di keluarkan dari begnya. Tertera nama mak kesayangannya di skrin telefon canggih itu. Pasti gosip tentangnya sudah sampai ke kampung. Canggih betul zaman ini, tak sampai setengah jam, gosip dah mampu tersebar luas.
“You never guess what technology have done to our gossip mossip world.” Omel Khairia sambil jarinya sudah mula slide di kaca kecil itu.

“Assalamuallaikum mak,” Khairia memberi salam pada pemanggil di hujung sana.
“Waalaikumsalam.” Terdengar bonda tersayang membalas dihujung talian. Khairia menunggu masa je maknya membuka bicara.
“Hmm tadi kak lin kamu call mak. Katanya ada terjumpa kamu.” Mukadimah dah dimulakan dah. Kan dah cakap, mesti gosip cepat jer sampai ke telinga maknya. Sekarangkan gosip di hujung jari.
“Haah jumpa abang Amil sebenarnya tadi. Kata abang Amil, Kak Lin mengidam nak makan salad. Hebat tau mak, mengidam pun nak hotel lima bintang tuu... High maintenance anak abang Amil karang. Cancellah mak jadi calon anak orang.” Seloroh Khairia ceria. Saja mengusik maknya. Kan maknya juga yang dulu teringin nak menjodohkan dia dengan abang Amil. Tak dan dia, maknya dah merancang nak menjodohkan cucunya pula.
“Pandai jer kamu. Nak menyindir mak lah tu. Nak bercucu menantu macam mana kalau kamu tu pun masih main sorok-sorok dengan mak. Tadi katanya Abang Amil kamu dah jumpa calon kamu tu. Kenapa nak sorok-sorok?” Amboi maknya, salah sarang ke dia jolok sambil maknya terus menembak.
“Ria takut mak tak setuju. Kang tak pasal-pasal mak jadi ibu mertuaku kang, Ria juga yang susah hati.” Selamba Khairia menambah kemarahan maknya.
“Tak ada maknanya Ria. Kamu dah jangan nak sorok menyorok lagi. Hujung minggu ni bawa calon kamu tu balik kenal dengan kita-kita.” Arahan maknya membuat Khairia mengerutkan mukanya. Ala, salah time pula nak bermain ni. Apa dia nak jawab ni.
“Tapi mak...” Bantah Khairia. Niat di hati nak membetulkan pekara yang sudah tersesat itu.
“Dah tak ada tapi-tapi. Kalau kamu tak bawa dia balik majlis Siti hujung minggu ni. Mak tak nak lagi bercakap dengan kamu. Kamu memang tak sayangkan maklah.” Mengugut pula Maknya. Terkelu lidah Khairia dibuatnya.
“Dahlah, mak malas melayan kamu. Mak nak sambung masak ni. Assalamuallaikum.” Cepat saja maknya memutuskan talian. Langsung tak beri pilihan pada dirinya.
“Ala. Masalah... Masalah..” Khairia merunggut sambil menjawab salam itu perlahan. Sekarang dia tak ada pilihan lain dah.
“You kena temankan I balik kampung hujung minggu ni. Mak I nak jumpa. Padan muka you, itulah siapa suruh mulut you tu ringan sangat.” Tanpa bersalah, Khairia memberi arahan pula pada Khairil disebelah tanpa menoleh pun ke arah lelaki itu. Melepaskan geramnya pada Khairil.


Khairia membuka pintu kereta mewah BMW X5 milik Khairil itu sebaik kereta itu betul-betul berhenti di hadapan rumahnya. Dia nampak orang kampung yang berkumpul di rumah Pak Ngah yang bersebelahan dengan rumahnya itu mula memberi perhatian kepada mereka. Itulah siapa suruh Khairil degil sangat nak bawa kereta dia juga. Dia ingat ini bandar orang tak kisah. Ini kawasan kampung, kereta mewah masuk semua akan memandang macam kapal alien yang berlabuh. Kalau orang kampungnya ini tak kisah dah lama dah Khairia sendiri ingin membawa Nissan fair lady miliknya ke kampung tak perlu dia nak mengangkut Swift setiap kali pulang ke mari.
Sedangkan pertama kali dia membawa Swift nya pulang pun banyak orang kampung menjeling. Apatah lagi melihat BMW Khairil. Lepas ni mesti teruk kena soal siasat. Lantak kaulah Tengku Khairil. Asalkan dialepas dari kemarahan mak hari ini. Nanti pandai-pandailah lelaki itu kelentong maknya. Khairil kan kali kelentong. Macam lelaki itu sembunyikan identiti sebagai anak Tengku Kamel daripada dia.
Teringat reaksi pertamanya apabila tahu lelaki itu anak Tengku Kamel daripada Kak Hana yang sibuk memuji kekacakkan anak Tengku Kamel. Lalu Khairia dengan naifnya bertanya siapa anak Tengku Kamel? Dan bila Kak Hana menjawab ‘Ala lelaki muda yang meeting sekali dengan Khai tadilah. Tak kan tak tahu. Tengku Kamel tak kenalkan pada Khai ke anaknya Tengku Khairil yang kacak itu.’ Jawapan canggih Kak Hana itu menghentak kepalanya.
Laju kakinya melangkah ke arah pintu pejabat ‘Tengku Khairil.’ Dan apabila dia menyerang Tengku Khairil sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak memperkenalkan diri pada dirinya. Lelaki itu pula menuduh dirinya yang terburu-buru membuat sangkaan. Dap tepat ke wajahnya. Memang salahnya sendiri. Hendak marah lebih-lebih pun tak guna. Itupun nasib baik Tengku Khairil masih ingin menemaninya hari ini. Pelakon upahan.


“Mak, Ayah kenalkan ini kawan Ria, Tengku Khairil.” Khairia memperkenalkan Khairil pada orang tuanya yang sudah menunggu di muka halaman rumah usai menyalami kedua orang tuanya itu.
“Ini mak I, Puan Kalsum yang cantik dan ayah I, Encik Aman yang sungguh aman.” Khairia memperkenalkan Khairil kepada kedua ibu bapanya sambil dia sudah berdiri diantara ibu dan abahnya sambil memerluk maja tubuh kecil ibunya.
“Apa khabar, pak cik? Mak cik?” Pandai juga lelaki itu beramah mesra dengan kedua orang tuanya.
“Sihat. Marilah masuk dulu. Malam nanti kamu duduk rumah pakcik kat sebelah tu. Rumah tu memang pakcik buat homestay. Ria, begnya mana?” Tanya Ayahnya.
“Ria bawa badan jer yah... hihihi.” Balasnya tersengih panjang. Ayahnya pun macam tak tahu. Bagi dia balik kampung sama macam pergi pasar jer. Mana ada bawa beg baju. Badan dan beg tangan cukup.
“Kamu memang. Moh kita ke rumah Pak Ngah kamu. Banyak lagi yang hendak di tolong. Ajak kawan kamu ni sekali.” Ujar Maknya. Dari gaya maknya macam tak suka jer kat Tengku kita ni.
“Aye.. Aye mak. Rindu mak.” Manja Khairia menurut kata maknya. Sekilas kucupan kasih diberikan pada pipi maknya. Tanda dia kasih pada maknya.
“Jom you. Beg tu tinggal jer dalam kereta tu. Mana tau you nak kena halau nanti. Hahahaha.” Ujar Khairia dengan gelak jahatnya.
Meninggalkan Tengku Khairil menggeleng kepala dengan gelagat nakal gadis itu. Hanya gelak kecil tercetus di bibir Tengku Khairil apabila ayah Khairia meminta maaf dengan ketelanjuran kata anaknya. Mana tak tergelak kalau ayah Khairia melabelkan anak nya perangai setengah tiang. Memang setengah tiang pun.

Wednesday, October 10, 2012

My Mr. Right 1


My Mr. Right.

            “Mak, Ria tak tahu lagi boleh balik atau tak. Lagipun majlis tunang jer kan anak Pak Ngah tu. Nanti si Siti tu kahwin, Ria baliklah.” Keluh Khairia lemah sambil matKhairia fokus pada fail-fail yang berlambak di atas meja.
Khairia bukan nak melawan cakap mak ke atau apa. Tak terniat pun nak membantah. Dia tahu berdosa benar kalau membantah cakap mak tapi masalahnya Khairia memang malas nak balik kampung untuk majlis pertunangan sepupunya itu. Dia malas nak berkurang ajar dengan orang tua. Lagi-lagi saudara mara mak bapa Khairia. Cuma itulah masalahnya dia ini bukan penyabar orangnya. Khairia tak boleh nak sabar dah setiap kali dia menghadap wajah-wajah mak saudaranya dan soalan berbunyi ‘Ria bila lagi? Tak kan masih belum ada calon?’ Akan ada. Soalan itu yang buat Khairia malas tu.
Jadi di sebabkan Khairia dah malas nak bersabar dan malas nak melayan soalan yang tak tentu hala itu, baik dia jangan menghadap mereka. Lagipun karang kalau Khairia terlepas cakap macam majlis cukur jambul cucu mak long yang lepas. Mak juga yang makan hati dengannya. Nak tergelak Khairia setiap kali terkenangkan muka mak long yang kelat apabila dia katakan dia nak nikah 30 febuari tahun depan. Mula-mula tak pick up juga mak longnya, namun bila sepupu sepapat dia yang terdengar itu ketawa, baru mak long tersedar. Lepas majlis tu seminggu telinga Khairia bernanah kena bebel dengan mak.
“Mak.. Mak.. Mak.. Ria banyak kerja ni. Kejap lagi dah nak masuk meeting. Macam nilah Ria memang tak janji boleh balik atau tak. Kalau Ria ada masa Ria balik, kalau tak mak sampaikan salam Ria kat pak ngah jer lah ye... Assalamualaikum mak. Love you.” Khairia pantas mematikan talian.
Tak bagi langsung mak sambung membebel. Cukuplah setengah jam dia dengar ceramah sivik tentang adat hidup berkeluarga. Sememangnya dia akui yang baik keluarga mak atau ayah memang cukup rapat. Kalau bab-bab majlis ni semua akan turun padang. Jauh macam mana pun balik gak. Bukan saja kenduri kendara, kalau sakit masuk hospital pun sama. Memang susah senang bersamalah. Cuma tak bestnya bab banyak mulutlah. Kalau dah berkumpul tu, macam konvensyen wartawan media sedunia. Semua saluran pun ada. Satu je doakan dia sekarang semoga dia terlepas daripada tuntutan mak untuk balik hujung minggu ini.
Khairia teliti sehelai demi sehelai laporan tiga buah syarikat di atas mejanya buat kali terakhir. Ingin memastikan analisis dia betul. Kalau tak betul syarikat ini akan menanggung akibatnya. Mana tidaknya boleh tersilap buat perlaburan kalau Khairia tersalah mengambil tindakkan. Dan itu pastinya mendatangkan kerugian buat syarikat. Yang paling penting boleh menggugat kedudukan dia sebagai anak emas syarikat. Tak boleh... tak boleh...
“Khai. Meeting.” Panggilan daripada Hana, penolong peribadi dari pintu perjabatnya membuat dia mengangkat muka. Wajah comel ditayangkan pada Hana yang menunjukkan dia akan lambat ke meeting.
“Ten minute Kak Hana.” Ujar Khairia comel setelah Hana tayangkan wajah geram. Pasti geram kalau dapat bos yang susah nak tepati waktu meeting. Nanti juga yang payah  kena soal siasat oleh bos besar.
“Khai... Sepuluh minit jer tau.” Akhirnya Hana yang terpaksa mengalah. Terpaksalah dia memberitahu bos besar yang bos kecilnya ini lambat lagi hari ini.


Sepuluh minit kemudian, Khairia mengetuk pintu bilik mesyuarat itu dan membuka pintu itu perlahan-lahan. Lima pasang mata berpaling melihatnya dan sambil bibir masing-masing tersenyum manis. Mungkin tahu sangat sikapnya yang tak tepati waktu mesyuarat itu. Namun dia juga maklum kehadirannya tetap diperlukan. Lima ahli biasa itu sangat Khaira kenali iaitu Tengku Kamel, bos besarnya. Dato’ Arif dan Encik Daniel orang kanan pada bos besarnya Encik Johan dan Encik Sofian, peguam syarikat..
Cuma ahli keenam dalam kumpulan itu saja Khairia tak kenali. Agaknya pembantu pribadi baru Tengku Kamel kot. Pembantu Peribadi yang memandangnya seperti hendak makan. Berlagak boslah tu hendak menjeling kerana kelewatannya. Amboi Tengku pun tak bersuara, dia pula berani tayang muka tak puas hati pada Khairia. Tapi ada dia kisah. Sorry ini Khairia lah.
“Sorry as usual.” Ujar Khairia sambil duduk di salah satu kerusi kosong.
“Here come our princess. No worry dear. Your arrival just in time.” Ujar Tengku Kamel tidak kisah. Dia tak kisah kerana dia tahu gadis itu cukup layak untuk diberi pengecualian kerana gadis itu berhak. Gadis yang bernama Khairia ini paling berharga pada syarikatnya ini sebab itu dia tidak kisah. Lagipun Khairia ada magic touch pada kawalan kewangan mereka.
“So Khairia, we waiting for your reseach. How? It is Optima going to be our grand focus?” Tanya Encik Daniel. Encik Daniel orang yang paling senior antara mereka yang lain. Orang paling lama berkhidmat dengan Tengku.
“Optima not worth it. Mr Daniel. That company already having cancer. Not worth for our time, not say our money. You all may read my report and my court open for debate.” Khairia menyerahkan fail pada setiap orang.

Khairia makan tengah hari bersama ahli mesyuaratnya tadi. Kata Tengku Kamel untuk meraikan kemenangan atas perdebatan yang sengit didalam bilik mesyuarat tadi. Mulanya Khairia memang terasa hendak menolak tapi bila mengenangkan lelaki yang ahli baru dalam kumpulan itu membuatkan Khairia bersetuju. Lelaki yang berumur awal tiga puluhan itu menarik perhatiannya. Sebab lelaki itu bijak. Bijak memperdebatkan hujah dengannya tadi. Membuatkan perbentangan kali ini mencabar dirinya.
Sejam setengah bertarung tentang hasil kajiannya dan kemenangan sekali lagi di pihaknya. Ahh penat sungguh meeting kali ini selalunya pembentangan dia hanya perlu paling lama empat puluh minit untuk dia meyakinkan ahli-ahli forumnya tapi kali ini dia terpaksa berusaha lebih sikit kerana orang baru dalam forumnya. Entah siapa namanya dia pun tak pasti cuma dia terdengar yang ahli-ahli yang lain memanggil lelaki itu Airil. Itulah kot namanya. Tak kisah siapa namanya yang penting pemikirannya panjang dari sesiapa yang dia temui. Sama tahap dengannya.
“Okay guys. I got to go. I kena cari lombong emas baru untuk Tengku because I expect fat pocket by end of this year.” Khairia meminta diri dari sesi lunch itu. Bukan sesi lunch sangat pun. Lebih kepada perbincangan strategi perniagaan saja. Sempat juga dia berseloroh tentang bonusnya walaupun dia tahu dia tidak perlu meminta kerana setiap tahun Tengku tak pernah mengecewakan dia. Kalau tidak masakan umurnya baru menjangkau 28 tahun tapi sudah berpendapatan belih kurang 200K setahun.
“Of course my gold princess. With success of your few project, I think you will be happy to see the reward. Airil will drop you at the office.” Ujar Tengku Kamel ramah.
Sesungguhnya gadis di hadapannya ini sudah dianggap seperti anak sendiri. Bukan saja dia berkenan tapi isterinya juga sudah lama terpikat. Sikap jujur dan tulus gadis ini memikatnya. Kebijaksanaan gadis ini juga menjadi kaguman dirinya dan isteri. Namun yang paling dia dan isterinya puji adalah sikap rendah diri dan hormatkan orang tua dalam diri gadis itu. Khairia dilihatnya memang tegas dan berani dalam urusan kerja tapi diluar gadis itu tetap gadis biasa yang menjadi idaman kepada semua mertua.
“Tengku,  I just survive war, I don’t think waiting for cab will kill me. Khai rasa Khai balik sendirilah Tengku. Bye uncles.” Tolak Khairia dengan lembut. Dia segera bangun.
Di luar dia memang memanggil mereka begitu memandangkan umur masing-masing sudah layak bergelar uncle padanya. Jadi maaflah Airil yer... terpaksa termasuk dalam panggilan ‘uncle’ tu walaupun masih muda belia. Hahahaha.
“ I hantar you.” Nada yang bernada arahan itu membuatkan langkah Khairia yang baru dua tiga langkah ke hadapan terhenti sendiri. Suara Airil. Amboi berani mamat ni nak mengarah-arah dia. Khairia berpaling dengan wajah tak berperasaannya memandang pada Airil yang dilihatnya sudah berdiri. Kini semua mata  memandang mereka.
“Thanks but no thanks Encik Airil.” Tolak Khairia dengan nada tegas. Lalu dia sambung melangkah. Dia tak suka di arah apatah lagi oleh orang yang dia tak kenali.
“Khairia.” Sekali lagi namanya di panggil oleh lelaki itu. Kali ini lengannya rasa ditarik. Terdorong setapak dua kebelakang dia dibuatnya. Segera dia berpaling ke arah pemilik tangan yang berani menyentuhnya itu. Wajah tidak senang dilemparkan.
“What the...” Khairia hanya lima saat beza dari menyumpah lelaki itu apabila dia terdengar namanya dipanggil seseorang membuatkan dia kembali memandang kehadapan.
Kecil sungguh dunia ini. Boleh pula dia terserempak dengan sepupunya disini. Dengan senyuman manis Khairia menyambut kedatanga abang Amil itu. Sepupu yang pernah handak dijodohkan dengannya tapi dia menolak kerana waktu itu dia masih belajar dan sekarang abang Amil sendiri sudah bahagia dengan pilihan sendiri.
“Abang Amil. Sihat?” Tegur Khairia perlahan. Cuba ceria walaupun dia sangat tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.
“Sihat. Ria Sihat? Dah lunch? Kalau belum jomlah sekali.” Pelawa abang Amil mesra. Makhluk dihadapannya ini memang mesra alam malah paling baik yang pernah dia kenal antara sepupu sepapatnya.
“Alhamdulillah, sihat. Ria baru je lepas lunch bang. Abang sorang je ke?” Tanya Khairia lagi. Nak je dia tinggal begitu saja tapi takut orang kata dia sombong pulak.
“Tak abang dengan Kak Lin. Dia mengidam nak makan salad. Ini dia pergi ladies kejap, biasalah pregnant.” Beritahu Abang Amil.
Amboi Kak Lin, mengidam makan salad pun kena makan kat Hotel Hilton ke? High maintenance betul anak abang Amil ini. Sedetik rasa cemburu terbit di hati Khairia. Cemburu bukan sebab dia sayangkan abang Amil tapi lebih kepada cemburu kerana Kak Lin dapat lelaki sebaik abang Amil. Terfiki Khairia, bagaimana pula bahagiannya nanti? Sebaik Amil ke pendampingnya?
“Ria balik untuk majlis tunang Siti?” Abang Amil bertanya. Dah sudah topik yang paling dia hendak mengelak kini ditanya terus padanya.
“Tak kot bang. Ria ada hal lah.” Elak Khairia. Namun dia tahu pasti abang Amil mempu meneka alasanya.
“Mengelaklah tu. Sampai bila nak mengelak Ria? Ria carilah calon.” Nasihat abang Amil yang lebih kepada nasihat seorang abang pada adiknya.
“Calon? Ini calonnya.” Selamba Khairia menunjukkan ke arah Airil. Bukan betulpun tapi sengaja hendak berseloroh dengan abang Amil.
Dia tahu sekejap lagi pasti Abang Amil tayang wajah tak percaya dan masa itu dia boleh terangkan pada Abang Amil. Dalam pada itu boleh dia balas dendam pada Airil dengan membuatkan lelaki itu mengelabah kerana pengakuannya.
“Khairil.” Tenang lelaki disebelahnya memperkenalkan diri.
Khairia melopong apabila lelaki sebelahnya ini memperkenalkan diri pada sepupunya. Sejak bila nama lelaki disebelahnya ini bernama Khairil? Meleset rancangannya apabila tenang lelaki itu memperkenalkan diri pada abang Amil. Aduh wajah terkejut abang Amil dengan pengakuannya tadi bertukar menjadi wajah ceria yang manis.
“Khairil and Kharia. Nama pun dekat-dekat. Saya Amil, sepupu Khairia. Calon?” Abang Amil turut memperkenalkan diri..
“Begitulah agaknya. Dah orang sebelah ni kata macam tu.” Selamba pula lelaki itu menjawab soalang abang Amil.
Kini Khairia tersepit dalam permainan sendiri. Tak ada ruang nak menafikan. Masa itu Khairia rasa macam nak hentak je kepala ke dinding. Sekarang dia dah tempah masalah. Ini orang kata tak ada masalah cari masalah.
“Abang pergi dulu Ria. Nanti tercari-cari pula Kak Lin kamu. Bawalah balik kampung majlis Siti nanti. Buat apa nak sorok-sorok.” Khaira hanya mengangguk hambar pada Abang Amil yang sudah meminta diri.
“That not funny okay. Mulut tempayang betul.” Omel Khairia pada Airil. Wajah menyampah dan rolling eyes ditayangkan pada Airil.
“ Sorry Tengku, and thanks for lend me your big mouth assistant.” Ujar Khairia pada korum yang hanya selang beberapa langkah dari tempatnya berdiri. Malu dia pada kumpulan cerdik pandai itu yang pastinya mendengar perbualannya tadi.
“Don’t be dear. I be glad if he the choosen one for you. It will be the biggest present for me ever.” Balas Tengku Kamel dengan senyuman.
Entah apa yang dimaksudkan oleh Tengku Kamel itu pun Khairia tak faham, tapi tetap bibirnya mesra membalas senyuman. Sebelum meminta diri. Kehadiran lelaki bernama Khairil itu malas dia ambil kisah. Menyampah.

p/s enjoye\ my new mini novel. Will have up to 15 episode. Nak tengok tahap penulisan Iman.

Thursday, September 13, 2012

Pembelian Dah Jodoh

Salam Semua :

Ini 15 nama yg Iman akan buat penghantaran pd esok Hari (14/9/12) Melalui Pos Berdaftar,

1.Sharifah Sakinah
2. Rosniza Hanim
3. Ana Shazreen
4. Azrien
5. Balkiz Ismail
6. Nur Atiqah
7. Faridah Idrus
8. Siti Balqis
9.Faranida Abdul Latif
10.Korina Wilson
11.Nurul Husna
12.NOR HAMIZAH BINTI MD RASID
13. Suriana
14. Noorzaida
15 Farah Shazwani

Noorzaida dan Farah Shazwani : Tolong confirmkan pada Iman alamat dan detail sebab Iman tak dpt email lg dari awak... Tp Maybank2u Iman dah alert Iman pasal pembayaran... Pada sesiapa yg dah masukkan duit tp belum ada nama... Sila emailkan Iman sekali lagi detail ye.. Supaya Iman boleh clarify semua.. Dpat Iman hantarkan esok juga...

Monday, September 10, 2012

Senarai Tempahan 2

Salam semua..

Stok Dah Jodoh sudah berada di tangan Iman. Bagi mereka yang tersenarai dalam Tempahan Dah Jodoh anda boleh membuat pengesahan dengan memasukkan bayaran mengikut harga ke dalam akaun Maybank Iman iaitu 151584064075 : Norhazia Binti Abdul Alim

Setelah membuat pembayaran, Anda boleh emailkan slip pembayaran berserta nama penuh dan alamat penuh pada Iman di : imanhazana@gmail.com atau PM Iman di facebook Iman di Iman Nizrina. Penghantaran Iman akan buat pada minggu hadapan.

Untuk nama yang tersenarai kalau nak book dulu pun boleh... email atau PM iman je kat FB okay

Terima kasih semua...

Wednesday, September 5, 2012

Tempahan Dah Jodoh .

Salam Semua,

50 nama yang menempah daripada Iman setakat ini adalah:

1. Eija
2. Dini Alya
3. Faranida
4. HK
5. Lovey Dovey
6. Miss Eriqa
7. Kin
8 Rien
9. Anne
10 Anis Che Razali
11.Triana
12. Miey Cha
13. Adela
14. Miss Kira
15.Panda Lover
16. Sharifah Muda
17. Nurul Husna
18. Zulaifah
20 Qis
21 Eijan
22 Atiqah
23. Nur Izza
24 Ain Afiffy
25. Ramal PC Solution
26. Nurull
27. Shafirah
28. Siti Zanariah
29. Ruzaina
30 Ryana
31 Zarifah
32Siti Nur Syuhada
33. Green Light Libra
34 Iyads
35 Atieeza
36. Nurrullaya
37 Heryati Ismail
38 Arieyaareza
39. Fieza
40. Wan Biena
41. Corin
42. Violet KIM
43. Siti Ifa Nur kholifa
44 Hanisah
45 Nai
46 Iman Adriana
47 Pelangi Petang

Apabila dah ada Stok di tangan Iman. Iman akan umumkan cara pembayaran dan pengesahan. Setiap tempahan akan di sertakan dengan T.T Iman dan sedikit cenderahati dari 'Heart of Memory'

Tuesday, September 4, 2012

HADIAH BUAT PEMBACA BLOG

ALHAMDULILLAH...  DAH JODOH DAH PUN TERBIT... IMAN HAPPY SANGAT... DI SINI IMAN NAK MENGUMUMKAN YANG IMAN AKAN MEMBUKA TEMPAHAN UNTUK DAH JODOH PADA PEMBACA2 BLOG IMAN YANG INGIN MEMBELI... CUMA TERHAD KEPADA 50 TEMPAHAN TERAWAL SAHAJA..

HARGA ISTIMEWA BUAT ANDA :
SEMENANJUNG : RM 13
SABAH SARAWAK : RM 16

TERMASUK HARGA POS....
TEMPAHAN BOLEH DIBUAT PADA IMAN MULAI SEKARANG DAN APABILA STOK SUDAH DI TANGAN IMAN, CARA PEMBAYARAN DAN PENGESAHAN AKAN IMAN KEUTARAKAN KEMUDIAN.

Tuesday, August 14, 2012

Dah Jodoh

Salam Semua,

Special untuk pembaca blog Iman... Iman war-warkan bahawa esok pembukaan order untuk Dah Jodoh. 300 terawal akan menerima tandatangan daripada Iman. Moga-moga sokongan terus diberikan pada Dah Jodoh.

Ayat skema kan??? Nerves ni.... tak tahu sambutan macam mana....

Friday, August 10, 2012

Dah Jodoh



Cover page DAH JODOH... Pada Iman sungguh memuaskan hati.... Thanks pada Penerbitan Kaki Novel, My editor dan Designer yang design cover page ini...

Hari Ini I'Allah Iman cuba sambung kisah Emir dan Afia.

Tuesday, August 7, 2012

Dah Jodoh -teaser



BIBIR Nasira yang tadinya tersenyum manis terasa sedikit ketat untuk meneruskan senyumannya. Kepalanya yang tadi ringan dari bebanan masalah, kembali berat apabila matanya dapat mengecam tiga buah kereta yang terpakir hingga ke luar pagar rumah mertuanya itu. Risau dia pada kedatangan insan-insan yang tentunya kini di dalam rumah mertuanya.
“B, itu macam kereta abang Hir je. Kereta pak long dengan mak lang pun ada. Apa dah jadi ni B?” Cemas sungguh Nasira bertanya pada Nuqman yang masih berusaha mencari tempat pakir yang sesuai.
“Sabar Love. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu.” Nuqman cuba menenangkan isterinya itu. Apa pula hendak terjadi selepas ini? Tiba-tiba Nuqman terasa sedikit marah. Mana tidaknya baru saja isterinya hendak kembali tersenyum sekarang sudah ada yang mengocak kembali ketenangan dia dan isterinya.
“Sira risaulah B. Takut apa-apa terjadi pada ibu dan abah. Cepatlah B.” Nasira menggesa suaminya agar cepat sedikit bergerak.
Sebaik kereta terpakir dengan keadaan selamat, tergesa-gesa Nasira membuka pintu dan keluar. Laju kakinya melangkah meninggalkan Nuqman. Hanya mampu menggeleng Nuqman memandangnya. Ingatkan apalah yang Nasira takutkan rupanya isterinya risaukan ibubapanya pula. Patutlah ibubapanya sayang sangat menantunya seorang ini.
“Love.” Nuqman melaungkan lembut nama Nasira yang laju melangkah di hadapannya sehingga langkah isterinya itu terhenti dan menoleh kembali padanya.
Nasira yang mendengar namanya di laungkan itu menoleh pada Nuqman yang berdiri di belakang. Dengan senyuman Nasira melihat Nuqman melangkah penuh gaya merapatinya sebelum menghulurkan tangan kepadanya. Mengeluh Nasira, masa ni pun sempat lagi Nuqman ni hendak bermanja-manja. Memang masa yang tak sesuai betullah. Kata orang putih wrong timing betul. Dalam hatinya merungut-rungut itu Nasira tetap juga menanti kehadiran Nuqman di sampingnya sebelum menyambut huluran tangan Nuqman. Berpimpinan tangan mereka berjalan ke pintu rumah.
“Assalamuallaikum.” Nuqman memberi salam sebaik mereka tiba di hadapan muka pinta. Tangan mereka masih saling bertaut erat berhadapan dengan keluarga yang menanti.
“Waalaikumsalam.” Serentak seisi ruang itu menyambut salam yang Nuqman hulurkan. Kini semua mata mengarah kepada mereka.
“Sira. Maafkan mama.” Pantas Puan Noor mendapatkan Nasira dan memerluk tubuh itu dengan kuat sekali. Memohon maaf kepada anaknya itu.
Terpinga-pinga Nasira apabila tubuhnya di perluk erat oleh ibunya. Tangan kanannya masih di genggaman Nuqman tadi terasa dilepaskan perlahan-lahan. Dengan anggukkan Nuqman menyakinkannya apa yang terjadi semuanya memang berlaku. Bersama mata yang mula berkaca Nasira membalas mesra perlukan itu.
“Mama tak salah. Sira yang salah. Maafkan Sira. Maafkan Sira.” Nasira benar-benar meminta maaf daripada mama nya. Pilu hatinya.
“Sira tak salah sayang. Mama dah tahu semuanya. Anak mama tak salah. Mama yang salah tak pernah percayakan adik. Adik anak mama yang baik.” Puan Noor memegang kedua belah wajah anaknya itu. Satu ciuman ringkas dihadiahkan di dahi Nasira. Wajah anaknya itu ditatap penuh kerinduan. Kerinduan yang hanya di pendam kerana rasa marah dan kecewa. Inilah akibatnya tersilap perhitungan.
“Mama rindu adik.” Puan Noor meluahkan rasa rindu pada anaknya itu. Sekali lagi tubuh comel Nasira ditarik ke dalam perlukannya.
“Adik pun rindukan mama. Adik nak balik tapi adik takut mama masih marahkan adik. Maafkan adik Ma.” Nasira turut membalas erat perlukkan ibunya itu.
“Sudah-sudahlah tu Noor. Bawalah duduk Nasira tu dulu.” Encik Zamri menegur isterinya yang sudah berdrama itu. Dia turut sebak melihat adegan sebabak tadi.
“Mari sayang.” Puan Noor sudah menarik anaknya untuk duduk disebelahnya. Tangannya tak habis-habis lagi membelai mesra tubuh anak gadisnya itu.
Nuqman sudah bergerak di sekeliling ruang tamu itu untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang datang bertamu. Ingin sekali dia melabuhkan punggung di sebelah Nasira juga, manalah tahu kalau Nasira memerlukannya nanti. Tapi memandangkan kawasan itu sudah penuh dengan kaum hawa dan awal-awal lagi ibu sudah menghantar isyarat maut padanya, terpaksalah Nuqman berpuas hati dengan melabuhkan punggung di hadapan Nasira.
“Adik dah makan? Dari mana tadi ni?” Puan Noor bertanya lembut pada anaknya. Ingin mengetahui kehidupan anaknya sekarang.
“Kami baru balik dari genting tadi mama. Tadi sebelum balik, kami sempat singgah makan sekejap. Mama dah makan?” Nasira melayan saja pertanyaan Puan Noor seolah-olah hanya mereka berbual di situ.
“Dah. Ibu Sira ajak mama makan kat sini tadi. Sedap ibu Sira masak.” Dalam menjawab pertanyaan Nasira itu sempat Puan Noor memuji besannya. Tersenyum nipis Puan Hadiyah mendengarnya.
“Abah jemput mereka makan malam di sini tadi. Mereka tunggu kamu berdua balik dari petang tadi lagi. Kami dah siap berjemaah bersama dah.” Tambah Encik Nasir pulak. Dari isyarat mata dia memberikan mesej pada besannya untuk memulakan rancagan mereka.
“Kami ni datang nak jumpa kamu berdua. Papa dah tahu hal sebenarnya. Papa minta maaf pada kamu berdua. Sebab papa tak sabar, tak percayakan kamu. Kamu berdua kena lalui hidup macam ni. Kalau papa tahu hal sebenarnya lebih awal dan kalau papa tahu Nuqman tak kenal pada anak papa dan adik tak kenal Nuqman malam tu, papa tak akan minta adik dan Nuqman bernikah. Maafkan papa.” Encik Zamri tak segan mengakui kesilapannya. Lebih daripada itu dia sebenarnya menjalankan peranan dia dalam rancangan yang telah mereka rancangkan.
“Papa, jangan cakap macam tu. Apa yang Man boleh katakan sekarang ialah hanya Allah saja tahu bertapa bertuahnya Man kerana mempunyai isteri sebaik Sira. I’am lucky man to have her as my wife, pa, ma.” Terus terang Nuqman meluahkan perasaannya dan langsung tak berselindung lagi.
“ Nuqman sayangkan Nasira?” Terus saja ayat itu ditanyakan pada Nuqman oleh Encik Zamri pada menantunya. Saja dia bertanya walaupun rasanya soalan itu memang tak perlu untuk dia pertanyakan lagi apabila sudah terang-terang menantunya itu sangat sayangkan anak gadisnya.
“With all my heart papa. Dia jodoh dan anugerah terindah yang hadir dalam hidup Man. Terus terang Man kata saat pertama melihat Nasira hati Man dah teringin sangat melindunginya. Semakin lama Man kenal Nasira semakin hati Man terpaut dan semakin Man sayangkan dia.” Nuqman tidak meluahkan kata-kata itu hanya pada bibir saja tapi pandangan matanya turut menyatakan hal yang sama. Biar seisi keluarga ini tahu kasihnya, sayangnya dan cintanya pada Nasira tak mungkin boleh diukur apatah lagi untuk di persoalkan.
“Sayang sampai sanggup lepaskan Nasira?” Tanya Encik Zamri lagi. Membuatkan Nasira mahupun Nuqman terpanggah terkejut. Yang lain pura-pura menunduk.
“Papa!!!” Tak sangka Nasira boleh menjerit kecil begitu atas permintaan papanya.
“Sayang saya pada Nasira pa sehingga sanggup lepaskan dia kalau itu dia inginkan dari saya. Tapi selagi dia tak mahu dan selagi saya ada peluang untuk berusaha agar dia terus di sisi saya, saya akan terus bersamanya.” Ujar Nuqman tenang. Sedikit tegang juga, kerana terasa tercabar hatinya dengan pertanyaan itu.
“ Kalau macam tu papa minta Nuqman lepaskan Nasira sementara. Kami dah berbincang, abah dan ibu Nuqman dah beritahu kami yang kamu berdua tak seperti suami isteri lain…” Belum sempat Encik Zamri menghabiskan bicara Nasira dulu menyampuk menyatakan sesuatu. Nampak sangat dia gelisah.
“ Kami tengah saling belajar mengenali papa. Kami tak nak terburu-buru.” Nasira menyampuk pantas. Membuatkan semua tersenyum nipis.
“Baguslah saling mengenali. Papa pun nak kenal menantu papa. Macam inilah Sira, Man. Kami semua dah berbincang sebenarnya kami nak bawa Sira balik ke rumah kami. Papa dan mama tahu kamu berdua baru hendak bercinta. Papa dan mama tak halang kalau kamu berdua hendak berjumpa atau nak dating kata orang. Tapi buat sementara ini papa dan mama nak Sira tinggal dengan kami semula. Bolehlah kamu berdua rasa bercinta macam orang-orang lain. Papa dan mama boleh juga kenal dengan Man. Lagipun tak lama, sampai kami rasa kamu berdua dah bersedia hendak jadi suami isteri sepernuhnya. Sehingga kami rasa kamu dah graduate untuk kenal hati masing-masing kan Sira?” Bersama senyuman Encik Zamri meluahkan rancangan mereka. Dia faham tadi anak gadisnya takut kalau dia memisahkan pasangan itu. Tapi itu bukan niatnya pun. Tak terlintas langsung.
“Betul tu Man, mama minta izin Man untuk bawa Nasira balik. Lagipun mama rancang kalau kamu berdua sudah bersedia nanti mama hendak raikan kamu berdua pula. Dulu kita tak buatpun majlis yang ikut adat kita. Sira ni seorang je anak perempuan kami jadi kami nak juga buat majlis untuknya.” Pujuk Puan Noor pula.
“Bagus juga rancangan tu Noor. Akak pun teringin nak buat majlis untuk mereka ni. Tapi Man, Sira sebelum majlis tu jangan nak buat apa-apa dulu. Nanti hilang pula serinya. Selama ini kamu berdua tahan kan. Tak kan dua tiga bulan tak tahan kot.” Awal-awal lagi Puan Hadiyah memberi peringatan. Menjalankan peranannya pula.
“Macam mana Man?” Pak Long Zaman bertanya menggesa sebenarnya. Saja beri tekanan kepada Nuqman.
“Betul tu Man. Macam mana? Abah tak tahu nak masuk campur macam mana. Kamu lebih berhak. Tapi ingat walaupun isteri itu hak suami, Nasira ni masih anak papa dan mama mertua kamu.” Gesa Encik Nasir pula.
“Sementara je pa, ma. Sampai masanya Man akan jemput kembali isteri Man.” Setelah menimbang baik buruknya, dengan berat hati Nuqman akhirnya bersetuju.
 Tahu walaupun Nasira masih isterinya tapi mereka perlukan restu daripada keluarga. Walaupun seboleh-bolehnya Nuqman ingin menjawab tidak tapi apakan daya Nuqman tak boleh hendak mementingkan kehendaknya saja. Waktu ini semua hati perlu dia jaga.
Tersenyum simpul semua memandang keberatan Nuqman melepaskan Nasira. Faham benar mereka perasaan kedua-duanya itu. Memandang wajah Nuqman yang sugul. Memandang Nasira yang menunduk kesedihan hampir-hampir menagis itu membuat mereka sedikit geli hati. Amboi dulu waktu di nikahkan wajah ini juga di pamerkan. Sekarang waktu hendak dipisahkan sementara pun wajah yang serupa.
“B… “ Suara Nasira sedikit merengek. Air mata yang ditahannya sudah gugur di pipi. Jelas dimatanya tidak ingin berpisah.
“Sira tak nak balik rumah mama lagi ke? Sira tak nak duduk sekali dengan mama?” Sayu suara Puan Noor sengaja di buat untuk meraih simpati anaknya. Tahu anaknya tak mahu berpisah dengan suami tercinta.
Nasira tak mampu hendak menjawab apa. Sekarang jelas dia tersepit antara ibu dan suami sendiri. Dia tak mahu lukakan hati ibunya tapi dia juga tak ingin berpisah dengan suaminya sendiri. Bagaimana untuk dia lalui hari-harinya apabila tak memandang wajah Nuqman sebagai permula harinya. Bagaimana pula dia hendak menjaga hati ibunya dan kembali mengambil hati ibunya jika permintaan ibunya dia pandang sepi? Sedih sungguh. Tersepit begini.
 p/s Jalan-jalan dalam Dah Jodoh bagi yang sudah lama merindui Dah Jodoh. Dah Jodoh akan diterbitkan untuk bulan September ini iaitu bulan depan dan dengar-dengarnya 15/8/2012, pihak Penerbitan Kaki Novel akan mula mengambil pesanan daripada Kaki Novel. 300 Pembeli pertama akan mendapat tandatangan Iman dan sticker dari Iman. Manakala 100 pelangan pertama dalam 300 itu akan mendapat keychain dari Iman. moga-moga anda semua akan terus menyokong Dah Jodoh.

Wednesday, July 18, 2012

Kita Kahwin 13


“Hai dik, hari ini tak keluar dengan kakak kesayangan adik tu ke?” Fiqril menyindir kala ternampak Qizah turun dari tingkat atas hanya berbaju baby-T dan berseluar track. Selalunya kalau sabtu macam ni ada je aktiviti Qizah dan Suraya. Hari ni macam santai je adiknya tu.
“Tak. Hari ni Kak Sue keluar dating.” Selamba sungguh jawapan daripada Qizah.
Sedangkan dia tak tahu yang telinga mendengar itu hampir-hampir rasa tercabut. Hampir terhempas jatuh Iphone 4S miliknya mendengar jawapan selamba adiknya. Beberapa kali dia ulang ayat yang dipertuturkan oleh adiknya tadi didalam otak. Lama masa untuk dia ambil untuk mencernakan ayat tadi. ‘Suraya Dating.” Akhirnya dia faham. Faham dan menyebabkan hatinya gelisah.
“Dia dating dengan siapa? Angah tak tahupun dia ada pakwe.” Tanpa bersembunyi Fiqril menyatakan ketidaksenangan hatinya.
“Baru je nak dating. Hari ni first date Kak Sue lah. Angah ni kenapa? Tak ada pasallah Kak Sue nak bagitahu angah. Angah siapa dia nak melapor kat Angah. Apalah angah ni.” Qizah sempat mengutuk sambil punggungnya dilabuhkan ke sofa. Tangannya mencapai alat kawalan jauh. Nak tengok siaran apa yang menarik.
“First date? Kenapa adik tak temankan dia. Dah lama dia kenal lelaki tu?” Makin giat pula Fiqril menyiasat.
Detak hatinya rasa tak seirama. Hembusan nafasnya rasa tersekat-sekat dan kasar sekali. Agaknya ada masalah pernafasan dia akibat dek hentaman berita yang dia dengari tadi. Satu yang pasti, dia sesungguhnya langsung tidak suka akan berita yang dia dengari. Langsung dia tak dapat menerima kenyataan kalau benar Suraya membuka hatinya untuk orang lain. Dia tak bersedia berkongsi Suraya dengan sesiapa pun. Berkongsi?
“ Angah ni sibuk betullah. Kak Anis yang kenalkan kat kak Sue. Angah, angah kena ingat yang Kak Sue tu bukannya Qizah. Angah tak boleh nak melayan Kak Sue macam Angah layan Qizah. Jangan nak kongkong dialah.” Terkebil-kebil Fiqril di basuh Qizah.
“Mana ada Angah buat macam tu?” Fiqril mempertahankan dirinya.
“Angah? Kalau adik ni tak tahu angah tu sayang gila kat Tasya. Adik pasti sangka yang angah ni posesif kat Kak Sue sebab ada hati kat Kak Sue. Takkan Angah lupa angah buat Kak Sue nangis tiga minggu lepas.” Tajam sungguh sindiran daripada Qizah buat abangnya itu.
Sindiran yang mengingatkan Fiqril kejadian beberapa minggu lepas. Masa tu dia terlampau marahkan Suraya. Dia marah Suraya hanya mendiamkan diri walaupun secara terang-terangan di serang oleh Intan tanpa sebab. Tanpa sedar dia telah menengking gadis itu dan menghina keperibadian Suraya. Kalau tak disebabkan Qizah masuk kedalam pejabatnya waktu itu dan membawa Suraya keluar, pasti lebih banyak lagi kesalahan yang dia lakukan tanpa sedarnya.
Hairannya sejak petang itu dia merasakan Suraya berubah. Wajah gadis itu langsung tak berperasaan lagi kala memandangnya. Suraya tak sehangat dulu. Gadis itu terlalu dingin tak berperasaan. Kini dia jerit bagaimanapun, Suraya hanya memandangnya kosong. Bila diajak Suraya sudah pandai menggeleng. Lama dia ingin bertanya, apa yang Qizah katakan pada Suraya sehingga gadis itu berubah? Bukan gadis tu sahaja malah adiknya juga nampak sedikit perubahan. Semakin sinis.
“Sebut hal tu, angah nak tanya kat adik. Apa yang terjadi petang tu? Angah perasan lepas petang tu adik dan Aya berubah sangat.” Tumpuan Fiqril sepernuhnya pada Qizah yang sudah malas hendak melayan. Hatinya belum puas selagi dia belum dapat cerita yang sebenarnya daripada Qizah.
“Tak tahu. Angah tanyalah sendiri pada Kak Sue.” Sambil menaikkan kedua-dua bahunya selamba. Sangat menghangatkan hati yang panas.
“ Alang-alang Angah dah siasat adik macam polis ni, Angah tak nak tanya ke siapa lelaki yang date dengan Kak Sue?” Qizah seakan-akan ingin mencabar Fiqril pula dengan bertanya begitu lagi. Tak terkesan agaknya jelingan tajam Fiqril yang membunuh.
“Siapa?” Tanya Fiqril dengan mendatar.
“Syed Sham Ariff Bin Syed Shamil.” Sepotong ayat yang keluar dari mulut Qizah membuatkan tegak Fiqril berdiri.
“Sham?” Sekali lagi bentanya pada kepastian.
“Haah. Abang Sham. Walaupun adik tak suka kat abang Sham tapi adik harap adalah bunga-bunga cinta pada abang Sham dan Kak Sue. Lagipun Abang Sham tu baik apa. Berkerjaya. Mukapun sweet. Cukup serba serbi untuk dijadikan pendamping Kak Sue. Yang penting sama-sama belum berpunya.”  Fiqril menjeling tajam pada Qizah yang nampak selamba bercerita sebelum kakinya membawa dirinya ke tingkat atas.
Fiqril mengakui kata-kata Qizah benar sekali. Berbanding diri, sememangnya Syed Sham temannya itu calon yang sesuai. Dari segi rupa, Syed Sham memang sentiasa menang dengan wajahnya golongan manis di pandang itu. Dari segi keluarga, keluarga lelaki itu memang baik dan sentiasa terbuka menerima siapa saja. Dari segi kerjaya, Syed Sham tak kurang hebatnya. Kalau tidak masakan Syen Sham mampu bersaing dengannya dalam dunia perniagaan. Ahhh.. makin tak keruan memikirkan lelaki yang mendekati Qizah kini.
Namun untuk apa dia memeningkan kepala memikirkan hal yang pastinya sudah terjadi. Yang berlaku sudah tak mampu nak diputarkan lagi. Sekarang paling penting adalah bagaimana hendak mengawal keadaan dan seterusnya mengatasi keadaan yang ini agar kembali seperti biasa.

Suraya tak menyangka wajah yang ada di hadapannya kini. Pucat terus tak berdarah wajahnya. Lalu tangannya didalam genggaman insan disebelahnya di rentap kasar.

p/s Siapa di hadapan Aya? Siapa memegang tangan Aya? Apa akan terjadi?

Tuesday, July 17, 2012

Peraduan Jodoh Atau Cinta

Hari ini giliran JODOH ATAU CINTA dalam peraduan review novel KN. Di harap semua dapat meyertainya di FB KN. untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://kakionline.blogspot.com/. Selain daripada hadiah yang di tawarkan. Iman menawarkan Novel Dah Jodoh (dari koleksi iman sendiri tapi kena tunggu septemberlah yer) dan sedikit cenderahati daripada Iman sendiri untuk pemenang terpilih.

Monday, July 16, 2012

DAH JODOH

Alhamdulillah.. Pada sesiapa yang mengikuti enovel Iman Dah Jodoh. Iman ada berita baik buat semua. Dah Jodoh akan di terbitan pada terbitan bulan september ini di bawah Kaki Novel. Terima kasih kerana sudi menyokong enovel ini dan di harap sokorngan akan berterusan pada masa versi cetak.

Dah Jodoh sisi berbeza daripada Jodoh Atau CInta. Iman Harap adalah kemajuan untuk Dah Jodoh berbanding JAC dari segi kualiti karya Iman. Iman amat mengalu-alukan komen daripada pembaca semua. Iman bukan penulis hanya sesorang yang suka berkongsi cerita melalui jarijemari yang Iman kisahkan ada cantara hati iman sendiri.

 Jangan panggil Iman novelis, Iman bukan novelis. Malu Iman apabila sesiapa memanggil iman begitu sedangkan karya Iman tak seberapa. Pada sesiapa yang terjumpa atau mengenali Iman kala Iman dimana-mana, silalah tegur. Jangan tengok2 macam Iman alien, Iman pun naik malu. (pengalaman terbaru).

Penghargaan buat semua yang setia bersama karya-karya Iman. 100 pembeli pertama Dah Jodoh akan mendapat sekecil cerderhati dari Iman (bukan benda mahal hanya personalised item yang Iman berikan tanda menghargai pembaca-pembaca sekalian.)

Terima kasih kerana menyokong karya-karya Iman Nizrina.
Menunduk kepala tanda hormat.
Membuka hati tanda kasih.
Tangan ku hulur tanda sahabat.
Setinggi-tinggi hati mengucapkan terima kasih.


p/s Iman akan postkan Klinik Hati Petang ni. Pen Drive tertinggal di rumah pula tadi.

Friday, July 13, 2012

KiITA KAHWIN 12



BAB 9

            Panjang muncung Suraya setelah balik daripada rehat makan tengah-hari tadi. Mahu tak panjang muncungnya kalau sepanjang sejam waktu makan tengah hari itu bagai rasa duduk diatas bara api. Fiqril tak habis-habis membebel dengannya sejak dari mula perjalanan. Entah apa yang lelaki itu tak puas hati pun Suraya tak tahulah. Yang pastinya bosnya itu sudah tersampuk jin membebel agaknya.
Sudahlah sebelum makan tengah hari tadi dia dah cukup malu dengan rakan-rakan sekerjanya. Mana tidaknya, tengah-tengah dia sibuk berbincang dengan Zarif soal kerja, bosnya boleh selamba menarik dia untuk keluar makan tengah hari. Mahu tebal macam solekan pelakon opera cina wajahnya ketika itu. Malu dengan Zarif. Malu dengan kawan-kawan sekerja lain yang nampak.
Fiqril nampaknya terlalu seronok membuli dia. Terlalu bahagia menindas dia. Sekarang ini pasti nama dia sudah menjadi buah mulut kawan-kawan sekerja. Suraya cukup pasti gosip tentang kejadian tadi sudah tersebar. Silap-silap dia dikatakan terhegeh-hegeh menggoda bos mereka itu. Cuba merampas Fiqril yang rata-rata satu syarikat ini tahu lelaki itu adalah kekasih kepada Tasya.
Fiqril memang hendak memalukan dia agaknya. Tak nipis ke telinga Fiqril mendengar gosip mereka berdua sejak keberlakangan ini? Suraya tahu Fiqril sedia maklum hal itu tapi kenapa masih lagi nak membakar sumbu gosip macam ni? Tapi kalau di fikir-fikir memanglah Fiqril tak kisah. Yang kisahnya hanya Suraya seorang kerana yang menghadap budak-budak opis ni selalu adalah Suraya je. Fiqril tu masuk bilik keluar bilik je. Itu pun hanya berapa kali dalam sehari. Susahnya macam ni. Terus saja Suraya menelengkupkan kepalanya ke meja. Mencari sedikit nafas.

“Hei perempuan.” Ada suara yang membuatkan Suraya mengangkat wajahnya. Wajah tegang Intan terpampar dimatanya.
“Intan. Kenapa ni?” Terkejut sungguh Suraya apabila di tegur Intan dengan sebegitu kasar. Pantas kakinya membawa tubuhnya berdiri.
“Kau jangan pura-pura tak tahu. Eh Sue, kau ni nampak je baikkan tapi sebenarnya kau busuk hati. Kau tak suka tengok aku bahagia dengan Zarif jadi kau sengaja nak goda dia balik pada kau kan. Kau memang tak tahu malulah. Zarif tu dah pernah tinggalkan kau, kau boleh lagi nak terhegeh-hegeh.” Kali ini bukan dengan mulut je. Dengan jari-jari Intan sekali naik ke dahi Suraya menolak-nolak dahi itu.
“Apa ni Intan? Sue langsung tak faham.” Suraya menepis jari Intan yang selamba menolak dahinya. Amboi tak sayang jari ke cik kak.
“Kau jangan pura-puralah Sue. Aku tahu sebabkan kau, Zarif berubah kan? Kau memang nak merampas dia daripadaku sebab kau marah dia tinggalkan kau untuk aku. Kau jangan nak pura-puralah.” Jeritan Intan tersebar luas.
Terasa berinci-inci wajah Suraya dibuatnya. Malunya hanya tuhan yang tahu. Apa yang dituduh oleh Intan itu langsung tidak benar sama sekali. Tak terniat langsung pun dia hendak melakukan pekara sebegitu rupa. Kalau hal Zarif tu, Suraya tak menafikan hatinya sakit kerana Zarif memperlakukannya begitu tapi tak ada maknanya dia nak membalas dendam pada Intan. Suraya masih rasional lagi, dia tak perlukan orang yang tidak hormatkan dia sebagai nakhoda hidupnya.
“Jangan nak menuduh Intan. Tak ada maknanya Sue nak buat macam tu. Apa yang Intan nak lagi? Kan Intan dah bahagia dengan Zarif. Sue tak terniatlah nak jadi perampas hak orang.” Lembut Suraya menuturkannya menidakkan segala tuduhan Intan terhadap dirinya.
“Jadi kau nak tuduh aku rampas Zarif dari kaulah? Tak guna punya perempuan.” Mungkin kerana langsung tak dapat menahan rasa marahnya lagi, kali ini tangan Intan naik ke wajah Suraya.
“Hei Intan, kau jangan nak melampau.” Terdengar suara Kak Jie menjerit dari mejanya. Kak Jie yang dari tadinya hanya senyap kerana tak mahu masuk campur hal orang kini tak mampu membiarkan lagi apabila Intan dikasari. Kesian melihat mata itu mula berair kerana ditampar.
“Akak jangan nak masuk campurlah. Ini hal saya dengan perempuan ni. Tak nak merampas hak orang konon tapi dia dok menyendeng kat bos tu bukan merampas namanya. Sekarang Zarif pun dia nak juga.” Ujar Intan sinis. Wajahnya nampak gembira melihat Suraya  menangis.
“Saya tak hadaplah kat Zarif awak tu. Tak ada masanya saya nak jilat balik ludah saya.” Balas Suraya dengan tangannya sebelah sudah melekap dipipi yang terasa pijar. Pertama kali mulutnya berbuka untuk berkasar dengan orang.
“Kau...” Sekali lagi Intan mengangkat tangan ingin menambahkan lagi kemerahan diwajah Suraya. Namun belum sempat tangannya melayang namanya di seru.
“Intan....” Jeritan yang kedengaran dari pintu bilik Fiqril itu membuatkan tangan Intan terpaku diudara.
“Don’t you dare touch her.” Amaran daripada Fiqril itu membuatkan tangan Intan terus jatuh. Kak Jie sudah tersenyum sinis.
“Kenapa ni?” Fiqril sudah bergerak menghampiri Suraya. Dari gaya kaki seluarnya yang dilipat naik dan memakai selipar saja itu, pasti lelaki itu baru usai solat Zohor.
“Aya kenapa?” Suara Fiqril yang tegas itu membuatkan Suraya menunduk. Tapi bila Fiqril menarik dirinya berhadapan dengan lelaki itu dan mengangkat wajahnya, Suraya hanya membiarkan.
“Apa hal ni?” Keras suara Fiqril yang pastinya bertanya tentang bekas merah di pipi kiri Suraya itu.
“Siapa yang cederakan you ni?” Tanya Fiqril lagi apabila tak siapapun menjawabnya.
“Intan.” Akhirnya suara Kak Jie menjawab daripada belakang.
Mendengar jawapan itu mata Fiqril mencerlung memandang wajah Intan. Apabila Fiqril sepertinya ingin merapati gadis itu, Suraya cepat-cepat menarik Fiqril. Dia tak tau kenapa dia ingin menarik Fiqril sedangkan dia tak pasti apa yang Fiqril akan lakukan. Yang pasti dia tak mahu pekara ini semakin kecoh.
“ I akan deal dengan you nanti. Aya jom.” Kedengaran suara Fiqril berkata-kata sebelum dia menarik Suraya masuk ke bilik pejabatnya meninggalkan mereka yang ada di situ mula menyebarkan cerita dalam versi mereka sendiri.

Tuesday, July 10, 2012

KLINIK HATI (PROLOG)


PROLOG


            AFIA ADELIA memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
            MENGANDUNG. Satu patah perkataan yang telah mengacau bilaukan mindanya sekarang. Afia yakin yang dia masih anak dara yang terjaga kesuciannya. Sesungguhnya dia memang sangat menjaga kesucian dirinya tapi kenapa dia boleh mengandung sekarang? Sedangkan dirinya ini masih sunti masih lagi. 
            Temenung jauh Afia dibuatnya. Dia bukan Siti Mariam yang dimuliakan oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa. Dia gadis biasa yang masih memegang gelaran anak dara bukan yang sudah mempunyai status isteri orang. Dia sangat menjaga dirinya. Mungkin dia bukan muslimah sejati tapi untuk melakukan dosa sebesar dosa zina tiada dalam keinginannya. Lalu bagaimana boleh terjadinya janin ini?
            Lama Afia merenung hingga hendak sinar matanya tembusi setiap objek dihadapannya. Sebelah telapak tangannya hinggap pada perut yang masih belum menampakan perubahan. Ingatkan sehari dua ini kesihatannya terganggu kerana perubahan cuaca yang tak menentu rupanya ada hal yang lebih besar telah terjadi. Perkara yang akan mengubah seratus peratus kehidupannya. Itu yang pasti.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu.
Bersungguh adik tirinya meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Konon-kononnya rugi kalau dia tidak melakukan ujian tersebut sementelah adik tirinya tidak dapat melakukan ujian itu kerana datang haid. Kata Khyla adik tirinya itu, ujian itu dah di bayar harganya dan bukan murah harga satu rawatan di hospital terbaik Singapura itu. Beribu harganya. Oleh kerana Khyla telah membayar dan masa temu janji tidak boleh diubah, Afia sanggup melakukan ujian tersebut walau kenyataannya dia tak memerlukan ujian tersebut pun buat masa sekarang. Untuk apa dia melakukan ujian sebegitu sedangka dia langsung tak ada rancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Itu kisah sebulan lalu. Tapi sekarang kenapa ini keputusannya? Benarkah dia dah melakukan ujian kesuburan. Persoalannya benarkah ujian kesuburan yang dia lakukan bukan ujian lain? Atau rawatan lain yang membawa kepada kehamilannya ini? Ya Allah apa sebenarnya dah berlaku ini? Terlalu banyak persoalan didalam kepala Afia sekarang ini. Hanya satu tempat dia bisa mendapatkan jawapannya iaitu dimana tempatnya dia membuat ujian ‘kesuburan’ itu. Biarpun dia terpaksa ke Singapura asalkan dia dapat jawapannya.


EMIR ZAFIR merenung seketika lagi sekeping surat daripada K.M SENG’S OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampai berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Inikah jawapan kepada kesepiannya? Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu.
Setengah tahun lalu pada usianya yang mencecah tiga puluh tiga tahun, dia mula merasakan kesepian hidup didalam segala kemewahan. Dia di puncak kerjayaannya. Firma seni bina nya di garisan kegemilangan. Bertahun dia berusaha meletak firmanya ini setaraf dengan firma-firma lain. Dia bukan anak orang berada yang mempunyai sokongan yang kuat. Setiap kejayaannya adalah hitunga setiap titis peluh dan airmatanya sendiri.
Dia hanya anak sepasang kerani biasa. Namun nasibnya dibela oleh kedua-dua ibubapanya. Hidup mereka dalam kesusahan tapi dia tidak pernah susah dalam pelajaran. Dia dan adik perempuannya sentiasa diutamakan kalau dalam soal pelajaran. Biarpun dia sendiri melihat bertapa susahnya arwah ibu-bapanya menyekolahkan dia dua adik beradik tapi ibubapa mereka tak pernah berkira kalau itu soal perlajaran. Akhirnya kerana pengorbanan arwah ibu dan bapanya lah dia berjaya sekarang ini. Cuma sayangnya dia tak sempat membalas pengorbanan mereka setelah pemergian kedua-duanya dalam sebuah kemalangan motorsikal sepuluh tahun yang lalu.
Kini sepuluh tahun berlalu, usianya menginjak ke angka 33 manakala adiknya sudahpun berusia 24 tahun.  Dalam tempoh masa sepuluh tahun ini dia ada tanggungjawab yang besar terhadap adiknya. Dia menjadi orang tua kepada satu-satunya adik perempuannya itu tapi sejak adiknya sudah dewasa dan mengambil keputusan untuk hidup berasingan daripadanya dia merasakan kesepian sangat. Untuk menahan atau melarang keputusan adik prempuannya itu, Emir merasakan haknya sebagai abang itu terbatas. Jadi apa saja pilihan yang dia ada selain membiarkan keputusan adiknya walaupun kerana itu dia merasakan sepi di rumah besarnya.
Sepi yang membawa dia membuat keputusan untuk berkeluarga. Namun dia tak mahu hidup dalam genggaman wanita, yang dia inginkan hanya anak. Dia boleh saja mencari anak angkat tapi dengan statusnya lelaki bujang bukan mudah untuk dia mendapatkan hak itu. Namun kemahuannya untuk merasa hidup berkeluarga bagaikan tak dapat ditahan setelah melihat kebahagiaan seorang demi seorang temannya. Membaca sebuah cerita tentang bapa tunggal yang membayar seorang wanita khas untuk mengandung anaknya memberi ilham pada Emir. Kerana aspirasi itu dia membuat keputusan membayar seorang gadis untuk menjadi ibu pada anaknya.
Keputusan yang disertai dengan perjanjian yang juga dipersetujui bersama. Perjanjian dimana dia akan mengahwini gadis itu setelah gadis itu mengandung dan dia akan ceraikan gadis itu setelah kelahiran anaknya nanti. Sukar dia mencari seorang gadis yang menginginkan perkara yang serupa dengannya sehingga seorang temannya memperkenalkan seorang gadis yang bernama Khyla kepadanya. Masalahnya sekarang yang bersetuju dengannya adalah Khyla sedangkan nama yang tertera diatas surat yang baru diterimanya adalah Afia. Siapa Afia ini? Bagaimana Khyla boleh menukar namanya menjadi Afia?
Walaupun siapa pun gadis itu, dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang.

p/s Alhamdulillah ilham kembali dalam bentuk berbeza. Semua tahu Iman stuck untuk meneruskan mana-mana manuskrip. Lalu hari ini Iman ambil keputusan menarik nafas baru yang itu membawa kepada klinik hati. Manuskrip sebelumnya akan Iman hentikan sehingga Klinik Hati selesai. Doakan Iman tak stuck lagi. Terima kasih yang membaca dan melayan ke'gila'an Iman dua post yang lepas. Biasalah otak tengah stress...  Jodoh, Pertemuan, rezeki dan ajal itu di telapak Janji Allah. Ingatan pada diri sendiri.