BAB 9
Panjang muncung Suraya setelah balik
daripada rehat makan tengah-hari tadi. Mahu tak panjang muncungnya kalau
sepanjang sejam waktu makan tengah hari itu bagai rasa duduk diatas bara api.
Fiqril tak habis-habis membebel dengannya sejak dari mula perjalanan. Entah apa
yang lelaki itu tak puas hati pun Suraya tak tahulah. Yang pastinya bosnya itu
sudah tersampuk jin membebel agaknya.
Sudahlah sebelum makan tengah
hari tadi dia dah cukup malu dengan rakan-rakan sekerjanya. Mana tidaknya, tengah-tengah
dia sibuk berbincang dengan Zarif soal kerja, bosnya boleh selamba menarik dia
untuk keluar makan tengah hari. Mahu tebal macam solekan pelakon opera cina
wajahnya ketika itu. Malu dengan Zarif. Malu dengan kawan-kawan sekerja lain
yang nampak.
Fiqril nampaknya terlalu
seronok membuli dia. Terlalu bahagia menindas dia. Sekarang ini pasti nama dia
sudah menjadi buah mulut kawan-kawan sekerja. Suraya cukup pasti gosip tentang
kejadian tadi sudah tersebar. Silap-silap dia dikatakan terhegeh-hegeh menggoda
bos mereka itu. Cuba merampas Fiqril yang rata-rata satu syarikat ini tahu lelaki
itu adalah kekasih kepada Tasya.
Fiqril memang hendak memalukan
dia agaknya. Tak nipis ke telinga Fiqril mendengar gosip mereka berdua sejak
keberlakangan ini? Suraya tahu Fiqril sedia maklum hal itu tapi kenapa masih
lagi nak membakar sumbu gosip macam ni? Tapi kalau di fikir-fikir memanglah
Fiqril tak kisah. Yang kisahnya hanya Suraya seorang kerana yang menghadap
budak-budak opis ni selalu adalah Suraya je. Fiqril tu masuk bilik keluar bilik
je. Itu pun hanya berapa kali dalam sehari. Susahnya macam ni. Terus saja
Suraya menelengkupkan kepalanya ke meja. Mencari sedikit nafas.
“Hei perempuan.” Ada suara
yang membuatkan Suraya mengangkat wajahnya. Wajah tegang Intan terpampar
dimatanya.
“Intan. Kenapa ni?” Terkejut
sungguh Suraya apabila di tegur Intan dengan sebegitu kasar. Pantas kakinya
membawa tubuhnya berdiri.
“Kau jangan pura-pura tak
tahu. Eh Sue, kau ni nampak je baikkan tapi sebenarnya kau busuk hati. Kau tak
suka tengok aku bahagia dengan Zarif jadi kau sengaja nak goda dia balik pada
kau kan. Kau memang tak tahu malulah. Zarif tu dah pernah tinggalkan kau, kau
boleh lagi nak terhegeh-hegeh.” Kali ini bukan dengan mulut je. Dengan
jari-jari Intan sekali naik ke dahi Suraya menolak-nolak dahi itu.
“Apa ni Intan? Sue langsung
tak faham.” Suraya menepis jari Intan yang selamba menolak dahinya. Amboi tak
sayang jari ke cik kak.
“Kau jangan pura-puralah Sue.
Aku tahu sebabkan kau, Zarif berubah kan? Kau memang nak merampas dia
daripadaku sebab kau marah dia tinggalkan kau untuk aku. Kau jangan nak
pura-puralah.” Jeritan Intan tersebar luas.
Terasa berinci-inci wajah
Suraya dibuatnya. Malunya hanya tuhan yang tahu. Apa yang dituduh oleh Intan
itu langsung tidak benar sama sekali. Tak terniat langsung pun dia hendak
melakukan pekara sebegitu rupa. Kalau hal Zarif tu, Suraya tak menafikan
hatinya sakit kerana Zarif memperlakukannya begitu tapi tak ada maknanya dia
nak membalas dendam pada Intan. Suraya masih rasional lagi, dia tak perlukan
orang yang tidak hormatkan dia sebagai nakhoda hidupnya.
“Jangan nak menuduh Intan. Tak
ada maknanya Sue nak buat macam tu. Apa yang Intan nak lagi? Kan Intan dah
bahagia dengan Zarif. Sue tak terniatlah nak jadi perampas hak orang.” Lembut
Suraya menuturkannya menidakkan segala tuduhan Intan terhadap dirinya.
“Jadi kau nak tuduh aku rampas
Zarif dari kaulah? Tak guna punya perempuan.” Mungkin kerana langsung tak dapat
menahan rasa marahnya lagi, kali ini tangan Intan naik ke wajah Suraya.
“Hei Intan, kau jangan nak
melampau.” Terdengar suara Kak Jie menjerit dari mejanya. Kak Jie yang dari
tadinya hanya senyap kerana tak mahu masuk campur hal orang kini tak mampu
membiarkan lagi apabila Intan dikasari. Kesian melihat mata itu mula berair
kerana ditampar.
“Akak jangan nak masuk
campurlah. Ini hal saya dengan perempuan ni. Tak nak merampas hak orang konon
tapi dia dok menyendeng kat bos tu bukan merampas namanya. Sekarang Zarif pun dia
nak juga.” Ujar Intan sinis. Wajahnya nampak gembira melihat Suraya menangis.
“Saya tak hadaplah kat Zarif awak
tu. Tak ada masanya saya nak jilat balik ludah saya.” Balas Suraya dengan tangannya
sebelah sudah melekap dipipi yang terasa pijar. Pertama kali mulutnya berbuka untuk
berkasar dengan orang.
“Kau...” Sekali lagi Intan mengangkat
tangan ingin menambahkan lagi kemerahan diwajah Suraya. Namun belum sempat tangannya
melayang namanya di seru.
“Intan....” Jeritan yang kedengaran
dari pintu bilik Fiqril itu membuatkan tangan Intan terpaku diudara.
“Don’t you dare touch her.” Amaran
daripada Fiqril itu membuatkan tangan Intan terus jatuh. Kak Jie sudah tersenyum
sinis.
“Kenapa ni?” Fiqril sudah bergerak
menghampiri Suraya. Dari gaya kaki seluarnya yang dilipat naik dan memakai selipar
saja itu, pasti lelaki itu baru usai solat Zohor.
“Aya kenapa?” Suara Fiqril yang
tegas itu membuatkan Suraya menunduk. Tapi bila Fiqril menarik dirinya berhadapan
dengan lelaki itu dan mengangkat wajahnya, Suraya hanya membiarkan.
“Apa hal ni?” Keras suara Fiqril
yang pastinya bertanya tentang bekas merah di pipi kiri Suraya itu.
“Siapa yang cederakan you ni?”
Tanya Fiqril lagi apabila tak siapapun menjawabnya.
“Intan.” Akhirnya suara Kak Jie
menjawab daripada belakang.
Mendengar jawapan itu mata Fiqril
mencerlung memandang wajah Intan. Apabila Fiqril sepertinya ingin merapati gadis
itu, Suraya cepat-cepat menarik Fiqril. Dia tak tau kenapa dia ingin menarik Fiqril
sedangkan dia tak pasti apa yang Fiqril akan lakukan. Yang pasti dia tak mahu pekara
ini semakin kecoh.
“ I akan deal dengan you nanti.
Aya jom.” Kedengaran suara Fiqril berkata-kata sebelum dia menarik Suraya masuk
ke bilik pejabatnya meninggalkan mereka yang ada di situ mula menyebarkan cerita
dalam versi mereka sendiri.
7 comments:
Best3....ala apa jd kat suraya ni,suspen ni......eeeee jhtnya intan tue....ngeeerrrrr....nak lg plez;-)
kureng nye intan sukeee suki jewww
ps miss writer nk lg hehe best!!!
Eh eh meh cni nak kaki kan si intann! Dia yg perampas nak tuduh org plak! Heshhh..
Sian ayaa.. :(
Pendeknya nak lagi boleh... Tak sabar rasanya nak tau apa jadi
Sweetnya cara fiqril memprotect si suraya.... Ai jatuh hati u.....
Tak suka suraya jadi perampas... Orang yang baik tak ambil Tasya punya
alahai..kenapalah Suraya membiarkan dirinya ditampar sesuka jiwa intan minah tu ek.. besaq kemungkinan mamat zarif tu dah putuskan hubungannya ngan intan kot..sbb tu minah tu meroyan giler... apa ek terjadi kat Suraya ngan Fiqri..kat bilik tu..mesti tgh pujuk minah tu..kan..soal hati mmg payah nak diperdebatkan..walaupun fiqril ada Tasya..tapi kini hatinya dah terukir nama Suraya..
Post a Comment