Thursday, July 5, 2012

SEKALI SEKALA SAYANG 5



BAB 5
Najmi pantas melonggarkan tali lehernya. Telefon ditangan di tekan beberapa kali dengan setiap nafasnya mengumpul dosa kering kerana menyumpah apabila talian tak bersambung. Di hatinya mengutuk diri sendiri kerana tidak membawa telefon bimbit ke bilik mesyuarat tadi. Kesal pada diri kerana tidak sengaja mengabaikan sesuatu yang berharga didalam hidupnya.
Usai habis mesyuarat yang diadakan, Najmi baru tersedar yang telefon bimbitnya tersadai diatas meja. Menyemak jika ada sebarang panggilan atau pesanan ringkas yang masuk, membuatkan Najmi tersedar sepanjang mesyuarat panjangnya tadi sudah 15 panggilan tak berjawab dan satu pesanan ringkas daripada pengawal peribadi yang dia upah untuk memantau Adillia daripada jauh. Hampir luruh jantung Najmi membaca pesanan yang di tinggalkan. Isi kandungannya mudah saja di fahami, iaitu Adillia di serang dan menerima rawatan di klinik.
Tapi itu keadaannya dua jam lalu. Sekarang apa pula  keadaannya. Seteruk mana keadaan Adillia. Kerisauan itu membuatkan Najmi ingin menyumpah diri sendiri. Sekarang dia rasakan saluran penafasannya mula tersumbat. Panas terhimpun membakar segala nadi-nadi ketenangan di dalam dirinya. Rasa hendak di amuk saja satu dunia ini agar mereka tahu bertapa sakitnya hati dia kerana tidak dapat menghubungi sesiapa demi mengetahui keadaan Adillia.
Tak mampu menunggu lagi, Najmi mengambil kunci kereta dan dompet di atas meja sebelum menuju ke arah pintu. Dia ingin menjejaki Adillia. Ingin memastikan gadis itu selamat. Dah tak kisah apa reaksi Adillia. Dah tak peduli kalau Adillia tahu yang selama ini dia menghantar orang untuk menjaga gadis itu. Dah bersedia atau tidak menghadapi kemarahan Adillia bukan lagi satu tanda soal yang besar dalam dirinya.
‘TAPPP...’ Pintu pejabatnya yang di buka kasar menghentikan langkah Najmi. Terkejut adalah reaksi paling kecil untuk menggambarkan keadaannya saat ini. Dalam erti kata lain, Najmi saat ini terkedu dan terpacak memandang figura di hadapan pintu pejabatnya.
Sesaat... Dua saat... hanya itu teloransi masa yang Najmi perlukan mengikut kata hatinya. Belum sempat otaknya mencerna apa terjadi dan apa yang membawa figura itu ke pejabatnya, Najmi sudah melangkah ke tubuh itu. Dahi yang bertampal dan siku yang berbalut itu di usap perlahan sebelum tubuh itu diperluk dengan satu nafas lega di lepaskan. Lega seleganya, gadis yang di cari selamat di dalam perlukkannya kini.

Rya terkejut. Terlalu terkejut hingga terkedu Rya dibuatnya. Hingga dia hanya membiarkan saja segala perlakuan Najmi. Ada sesuatu pada pandangan mata Najmi saat dia bertentangan dengan lelaki itu tadi. Sebaik melihat apa yang terbias di anak mata hitam milik Najmi saat dia membuka pintu tadi, hatinya bagai gurun sahara yang dilanda ribut salji. Kepanasan itu hilang. Hangatnya kebencian itu menjadi dingin. Wajah yang nampak tulus kerisauan saat membelai setiap lukanya membuatkan hatinya dilanda musim luruh yang tiada penghujungnya. Damai. Lalu di dalam eratnya dakapan itu, rasa selamat itu muncul dengan sendirinya. Membuatkan dia didalam dunianya sendiri.
Namun kala pintu kenangan lampau terselak. Kesedaran itu mula menjadi milik Rya kembali. Pantas tangannya menolak tubuh Najmi. Dakapan itu terlerai. Lalu ringan saja tangannya melayang diwajah kacak itu. Kuat hingga meninggalkan bekas yang pastinya menyakitkan. Seketika longlainya tangan Rya kembali ke sisi setelah meninggalkan bekas di pipi Najmi, terlihat dari mata kasar bagaimana tingginya dada gadis itu naik menandakan Rya menarik nafas dalam. Wajah yang tadi nampak mulus kini menjadi keras dan tegas. Dinding kedinginan dan ketegasan mula mencongak langit. Menunjukkan kebenaran yang dia tidak datang untuk di belai namun ada perkara lain yang lebih mustahak membuat dia mencemar duli ke pejabat Najmi.
“I nak ingatkan you sekali lagi. Antara you dengan I adalah dua orang yang saling tak mengenali yang bertembung dalam jalan hidup buat sesaat je. I tak perlukan sesiapa untuk jaga diri I. I boleh jaga diri I sendiri. I nak hidup ke. Nak mati ke tak ada kena mengena dengan urusan you. Jadi you tak perlu nak masuk campur kehidupan I. I tak perlukan simpati daripada sesiapa. I tak perlukan pertolongan dari sesiapa terutama you. Bodyguard you tu semua boleh campak je ke laut. Sekali lagi I nampak orang-orang you, I akan ambil tindakan undang-undang.
I tak harap you faham. I tahu orang macam you tak akan faham privasi orang lain. Tapi I nak you tahu dan you ingat antara you dan I dah tak ada apa-apa hutang lagi. Kita hanya dua orang yang saling tak pernah kenal. Even nama you pun I haramkan otak I ini untuk ingati. Hutang kita dah lama selesai. Lebih baik kita jadi dua orang yang saling tak mengenali. Jadi jangan nak tukar status you sebagai orang yang I tak pernah kenali menjadi musuh I pula. Hmm... atau betul you nak upgrade kan diri you menjadi musuh I? Kalau betul you nak jadi musuh I. Silakan.”  Tegas, pedas dan sinis saja kata-kata yang Rya lemparkan pada Najmi. Satu senyuman penuh kesinisan dan kepuasan terlebar dibibirnya sebelum dia berpaling untuk berlalu.
Berpaling membuatkan Rya sedar bukan hanya sepasang dua mata yang memandang ke arah dia saat ini. Rupanya tanpa sedar dia telah membuat persembahan untuk staf-staf Najmi. Tapi dia tak kisah semua itu. Yang penting urusannya di sini sudah selesai. Wajahnya tetap batu untuk dia melangkah seperti tiada apa yang terjadi. Seolah-oleh persembahan yang baru saja berakhir itu langsung tak pernah berlaku.
“Adill.” Entah kenapa setiap kali mendengar suara itu memanggil namanya dengan gelaran itu, Rya sudah tidak mampu melangkah. Terhenti dia hanya selepas beberapa langkah. Namun untuk berpaling dia tak ingin.
“You masih berhutang dengan I Adill. Sejak daripada you tinggalkan I pagi tu dan terus hilang. Adill...” Saat ayat itu pula menjengah telinganya. Rya menarik nafas perlahan.
“I Rya bukan Adill. Adill dah lama mati sejak you bunuh dia malam tu. I Rya Adillia, yang you sendiri cipta saat you bunuh Adill. You sendiri bunuh Adill malam tu jadi jangan harapkan Adill lagi. Dia tak akan pernah muncul.” Tegas Rya sambil memotong kata-kata Najmi. Tak rela Najmi memanggilnya dengan gelaran manjanya dulu.
“You tipu. Rya Adillia ataupun Adill. You tetap orang yang sama. You tak akan mampu menafikan Adill masih hidup dalam diri Rya Adillia sebab baru tadi I nampak Adill I dalam diri Rya yang you ciptakan. Pada I you tetap Adill I sejak dulu lagi. Dan kenyataan itu tak akan pernah berubah Adill. I akan tunggu Adill muncul dari setiap sisi topeng Rya yang you pakai.” Kata Najmi membuatkan Rya tersentak dengan serang panik.
Dalam tak sedar Rya tahu apa yang Najmi maksudkan. Najmi maksudkan ialah saat dia terleka dalam dunianya sendiri tadi. Tak mahu keretakan pada wajahnya di sedari sesiapa, Rya melangkah laju dan penuh yakin. Meninggalkan Najmi tanpa sebarang keputusan atau perdebatan. Dia tak mahu semakin dia di situ semakin dia rapuh untuk menegakkan Rya nya. Kerana dia sendiri sedar apa yang Najmi katakan tadi ada benarnya, tanpa dia sendiri sedar Adill muncul di sebalik Rya.

10 comments:

hasnah said...

ye!!dah ada sambungan..lama tunggu.more than 3 months.sibuk ya iman? anyway, cepat2 sambung tau!

nzlyna'im said...

lama sggh xda n3 baru nie......heheheheh sap yang dok serang adilla nmie

eija said...

Lama nya nk tgu n3...pape pn cite nie mmg best...

mizz acu said...

Uihhh.. Lamanya menghilang
Tetibe ai rasa nak rya ngn najmi ;)
Rase cm najmi ni pencinta sejati.. Kihkkihkih

baby mio said...

CEPATLAH SAMBUNG

iman said...

Sorrylah Iman sangat2 sibuk sekarang... ini menulis pun sebab nak melepaskan tension

Atty Ismail said...

Yeah...yeah...Najmi & Rya dah blk...happy nyeeeeee...
Oh beraninya Najmi...Harap2 sampai endingnya Najmi mampu bahagia bersama Rya....

Anor said...

cepatlah sambung ye... jgnlah
buat kami menunggu begitu lama dh
tak sabar rasanya.

Anonymous said...

x ada entry lag ke cerita ni...
jalan cerita bo pegi jauh..

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum. bila nak sambung dah lama menunggu. ni. cupid kecil pun dah lam tak ada update. cepatlah dah tak sabar ni. cerita sekali sekala syang ni amat menarik. menyebabkan saya tak sabar nak membaca pengakhiranya