Saturday, April 25, 2009

Berita terhangat J.A.C

Iman tak tahu macam mana nak react... Nak marah ke geram je? Iman sakit hati sebenarnya nie.... Rasanak dush3 je orang tu laju-laju plus backhand plus karate... hehehe saja je Iman tak kenalpun orang tu.. Apa dah terjadikan? mesti semua tertanya-tanya... Tajuk post pasal JAC tapi bila buka dengar Iman dok membebel..

Kisahnya bermula sebegini...

Pada di suatu hari...Di hari yang tenang dan kelaparan perut Iman tahap langit ke tujuh... Iman buka laptop sambil tunggu Ummie nak keluar cari sama-sama beli makanan...Tup-tup dapat internet di dalam bilik... Bahagia sekejap seh... Iman ingat ke'malang'an hari ini dah berakhir...

Yelah... Semalam kami stay up sampai lepas subuh... lepas tu pagi tadi hostel Iman tak ada elektrik... satu KKP ini tak de current... Wah dengan tak cukup tidur dan makan itu, hati Iman terubat bila dapat internet...

Namun luka itu terguris kembali apabila melihat ada post Jodoh atau Cinta terbaru di penulisan2U... Iman dah lama tak hantar karya kat jodoh atau cinta sebab Iman tak ada masa sangat sekarang... so tak sangka muncul pula Jodoh Atau Cinta kat penulisan2u lagi... Iman tak tahu nak berterima-kasih ataupun nak bertukar jadi piccalo... mengamuk biar teunggang langgang satu blog iman ni?

Dari satu sudut Iman rasa perlu berterima kasih pada "iman hazana" kedua itu kerana tolong Iman postkan kat penulisan2U...

tapi

Pada sudut yang lain Iman marah sebab orang menyimpan karya-karya Iman... Iman kadang-kadnag bersengkang mata mencuri waktu untuk menyiapkan JAC tapi ada orang menyimpannya seperti harta sendiri...

sudut ummi;
hmm...sebenarnya, apa2 sahaja aktiviti copy paste mesti disertakan dengan sumbernya ye..we shouldn't just simply copy the karya and paste sesedap rasa epal without reference.. terima kasih buat penghantar karya iman, mungkin dia terlalu minat dengan JAC sampai nk sangat post on behalf on iman but its illegal ye tuan2 & puan2..

apa pun ummi rasa iman, "stop here n compress it in a book.."

jgn rompak2 krya org ekk.huhuhu...

okie..kembali kepada iman;

"kepada perompak, penyamun perogol blog, iman halalkan the previous entry yang iman post kan.. kalau ada sebarang pendapatan dari blog/karya iman, diminta anda salurkan sebahagian kecil pendapatan itu kepada rumah2 anak yatim untuk menghalalkan sumber kewangan yang anda perolehi.. iman halalkan semuanya..


kepada semua pembaca, iman aka stopkan karya JAC dan CPK sementara iman fikirkan solutionnya bagaimana.. minta anda semua faham.. jadi masa ini iman akan uplod cerpen-cerpen iman je... salam sayang iman.

Kisah Kita.


Aku tak tahu nak memulakannya bagaimana. Aku rasa baik aku ceritakan dari permulaan kisah kami… Satu kisah yang mengubah dua kehidupan... Kisah yang menukarkan aku dan kau adalah KITA.

Namaku Nawwar Alisya. Di kampus aku di panggil Alie dan di rumah aku di panggil Nawwar. Sejak kecil aku di besarkan di bawah kasih sayang Mak ngah dan Pak ngah yang sudah seperti ibu bapa kandungku. Mama? Papa?, Aku hanya jumpa mereka beberapa kali je dalam setahun. Aku ini anak mangsa penceraian. Sebaik sahaja kes penceraian mereka di sah kan aku dihantar ke Parit Raja ini untuk tinggal bersama Pak Ngah, abang kepada mama.

Pak Ngah adalah pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) manakala Mak Ngah adalah Ustazah di Sekolah Rendah Pintas Puding. Pak Ngah dan Mak Ngah ada seorang anak perempuan... Merekalah ku panggil ibu dan abah.. Fatin Aqlisya Sebaya denganku...

Sejak kecil aku dan Fatin sentiasa bersaing dalam apa sahaja bidang. Akademik mahupun sukan. Aku tak tahu firasat aku ini betul atau salah tapi aku merasakan Fatin sentiasa ingin berebut denganku. Kalau aku masuk ke bidang itu dia juga akan terjun ke sana. Seringkali juga Fatin mengatasiku. Namun hubungan kami tetap baik dan rapat. Kami masih seperti adik beradik. Hubungan kami lebih rapat apabila kami sama-sama di terima masuk ke UKM. Aku di bawah bidang kejuruteraan bangunan dan Fatin di bidang undang-undang. Dari tahun pertama kami sebilik sehingga sekarang di tahun kedua kami serumah.

Kami masih rapat sehinggakan satu peristiwa ini berlaku setahun lalu. Peristiwa bakal tunangku menjadi tunangnya. Dulu aku hampir bertunang, namun suratan takdirnya sekali lagi Fatin mengatasiku setelah bakal tunang ku itu kini menjadi tunangnya. Hancur lebur hatiku apabila hari yang sepatutnya menjadi hari bahagiaku menjadi hari bahagia CIK FATIN AQLISYA. Saat itu baru aku tahu. Dalam masa aku berkasih dengan si DIA. Fatin juga kekasihnya. Sangkaku rombongan itu buatku tapi bukan. Rupanya untuk menyunting Fatin. Sejak itu kami tak rapat lagi.

Sekarang kami bak kutub utara dan kutub selatan. Kami sudah jarang berbual. Aku merasakan Fatin dah terlalu berubah sejak dia berkawan dengan Liza, model sambilan yang turut belajar satu fakuti dengannya. Fatin dah jarang balik rumah. Apabila di tanya katanya dia bermalam di rumah Liza. Baru-baru ini pula terbit gosip menyatakan yang Fatin bercinta dengan Zafril Akmal seniorku. Aku tak pernah melihat siapa dia namun aku tahu lelaki itu cukup popular. Cukup banyak peminat. Itu yang ku risaukan sekarang, lagi dengan gelaran Fatin sebagai tunang orang sekarang ini.

Yang tulus Ikhlas
Ingin sekali sekalanya di balas

Lagu Selamat tinggal sayang mengejutkan aku. Ada panggilan dari Mak Ngah atau wanita yang ku panggil Ibu kini.

“Assalamualaikum Ibu.” Aku memberi salam.

“Waalaikumsalam Nawwar. Nawwar apa khabar sayang?” Kelembutan suara ibu menyapaku. Rindu.

“Nawwar baik ibu. Ibu dan abah apa khabar?”

“Kami sihat. Macam mana study okay?”

“Alhamdullilah setakat ni okay ibu. Ibu call ni kenapa?”

“Saja tanya khabar anak-anak ibu. Fatin mana?”

“Fatin. Dia keluar ke rumah kawan Ibu. Ada perbincangan kot. Kenapa Ibu?”

“Hmm... Selalu je ibu call dia tak dapat. Kenapa dengan adik Nawwar tu. Dah berubah sangat. Sekarang ni dah jarang sangat balik.” Rungutan ibu bak sembilu menusuk hatiku. Aku tak mahu ibu terluka kerana Fatin.

“Dia sibuk ibu. Tak apa nanti kalau dia dah tak sibuk Akak bawa dia balik.” Aku berbohong dan menabur janji palsu buat ibu. Harapanku agar nanti ianya jadi kenyataan. Hampir sejam aku berbual dengan ibu. Sedaya upaya mungkin aku mengelak dari berbicara soal Fatin. Aku takut berbohong lagi.

Malam ini aku nekad menunggu Fatin balik. Jam dah berdetik pukul satu pagi. Aku masih menanti. Penat menunggu di dalam rumah. Aku capai tudung yang tersedia di tepi tangga lalu ku sarung ke kepala. Aku menunggu sambil duduk di buaian di hadapan rumah itu. Buaian itu milik tuan rumah ini. Waktu kami masuk ke sini dulupun semua sudah tersedia memandangkan tuan rumah kami itu suami isteri yang sambung belajar.

Hampir setengah jam aku menunggu akhirnya aku nampak kereta My Vi warna hitam menghantar Fatin balik. Agak lama aku memerhati. Menanti waktu Fatin keluar dari kereta itu. Panas hatiku apabila Fatin tak keluar-keluar juga.

Rasanya sabarku mungkin dah sampai kemuncak aku lantas mengetuk cermin tempat Fatin duduk. Saat dia membuka lock pintu itu aku tarik Fatin keluar. Lelaki itu turut keluar sama. Dalam kelam malam aku masih mampu melihat wajahnya.

“Eh kenapa ni?” Lelaki itu nampak terkejut dengan tingkahku ganas menarik Fatin. Macam ibu tarik anak je.

“Kenapa? Saya yang patut tanya awak. Awak bawa anak dara orang keluar. Pagi buta baru balik. Adab apa yang awak pakai ni? Tak tahu malu ke bawa anak dara orang ke hulu ke hilir. Pagi-pagi baru balik. Kalau awak tak ada rasa malu. Kami masih ada rasa malu pada jiran kami.” Suaraku masih terkawal. Takut kecoh.

“Fatin. Masuk.”Arahku pada Fatin. Melihat Fatin tak mahu mendengar, aku mengugut.

“Fatin, masuk. Kalau tak nanti akak call ibu.” Mendengar ugutanku Fatin melangkah masuk. Aku masih igin memberi kata dua pada lelaki itu.

“Saya tahu awak mungkin biasa dengan ini semua. Tapi tidak pada saya, tidak pada ibu saya dan tidak pada abah saya. Fatin itu adik saya. Saya tak menghalang dia berkawan dengan siapapun tapi kenalah tahu pada batasnya. Setinggi manapun pelajaran kita, adat jangan kita lupakan. Dia perempuan. Dia ada maruah untuk di jaga. Saya tak mahu orang mengata dia bukan-bukan. Saya harap awak faham.” Aku nampak riaknya berubah. Macam kelat-kelat masam pun ada. Aku tak peduli sebaliknya melangkah pergi.

PANGGG... Sebaik aku melangkah masuk ke rumah. Satu tamparan hinggap ke pipiku. Aku tergamam sebentar. Fatin menamparku. Aku lihat wajahnya memerah. Kalah buah tomato... Masam macam strawberi yang terlebih masak pun ada.

“Fatin ni kenapa?” Nada suaraku terlambung tinggi.

“Tanya Fatin kenapa? Akak tu kenapa masuk campur hal Fatin? Fatin tak suka. Malu Fatin tau.” Terkejut aku dengan luahannya.

“Fatin malu apa akak buat? Habis Fatin tak malu keluar masuk dengan lelaki. Balik pagi buta. Apa akak nak jawab dengan ibu?” Tengkingku. Pertama kali aku menengkingnya.

“Suka hati Fatin lah. Akak kena ingat akak tak ada hak nak masuk campur hal Fatin. Akak tu anak angkat je. Jangan nak lebih-lebih tau. Mula hari ini jangan masuk campur lagi hal Fatin.” Aku pula di jeritnya balik. Fatin berlalu masuk ke biliknya.

Mula dari malam itu aku memang tak masuk campur sangat hal Fatin. Kami dah macam housemate je. Apa yang dia nak buat? Lantak p lah kat dia. Aku biarkan sahaja. Walau tersisip rasa bersalahku tak memegang amanah ibu dan abah tapi aku buat tak tahu je. Ala-ala lagu Adam AF2 –TAK TAHU.

Pagi tadi saat aku keluar nak pergi library. Dah ada kereta yang menunggu si Fatin tu. Tak tahu pula dia nak merambu kat mana hari ini. None of my business anymore. Aku perasan pemandu kereta itu memberi senyuman buatku. Aku balas... Hisy tak baik tak balas senyuman orang... Jadi mestilah aku balas kan.. Aku balas dengan jelingan maut.. Balas jugakan.

“Alie, kau tengok pelan yang ni. Okay tak?” Hajar mengejutkan aku dari lamunan. Hisy nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak mahunya aku gol 1-0 kat sini juga.

“Hisy ko ni Hajar. Terkejuz aku. Jap aku nak cari jantung aku jap kat bawah.” Aku pura-pura mencari sesuatu kat bawah. Hajar dah tak boleh tahan gelak lalu ketawa. Dah lah dia ni ketawa dengan sepenuh perasaan. Aku lantas tepuk tangannya sambil melilau ke sekeliling. Masa itu mataku bertembung dengan seseorang. Dia yang aku bagi jelingan maut pagi tadi..

Hai hidup lagi mamat ni walau telahku bagi jelingan maut pagi tadi... Hisy nyawa kucing betullah dia nih... Lama mata kami bertembung sebelum aku buat tak tahu. Hehehe... tak sanggup nak pandang lama-lama... Nanti kena samak pula mata aku ni.

“Hisy kau ni. Hajar dahlah ketawa macam keldai tak cukup air. Malu lah.” Gurauku. Hajar ni bukan nak berhenti ketawa malah makin galak pula. Rasa nak sumbat je mulut dia dengan pelan kat depan ni.

Di meja berlainan. Zafril hanya memandang gadis di hadapannya. Gadis yang sama ‘sekolah’kan dia malam beberapa minggu lepas. Sejak malam itu sering dia memerhatikan gadis itu kalau terserempak kat mana-mana. Dia memerhatikannya namun tak sekalipun gadis itu sedar yang dia di perhatikan. Zafril nampak gadis itu ada dunianya tersendiri. Jenis yang tak kisah apa yang terjadi di sekelilingnya.

Gadis itu sentiasa dengan kawan baiknya dan dunia gadis itu pada kawan-kawannya. Tak pernah lagi dia nampak gadis itu keluar dengan mana-mana lelaki. Masih solo lah kot. Zafril tak tahu entah kenapa dia tertarik memerhati gadis itu. Gadis yang simple. Pakaiannya sederhana. Tak bermakeup. Jenis lepas laku, ingat waktu dia terlihat gadis itu makan burger di KFC minggu lepas. Gadis itu makan sampai comot dengan sos di hujung bibirnya. Gadis itu langsung tak control ayu. Hisy... berapa banyak gadis itu lah? Dah boleh buat lagu Gadis itu ni... versi perempuan ganti lagu Lelaki Ini.. kwang-kwang-kwang

“Kau tengok apa Zaf?” Tanya Azam kawan baik Zaf.

“Tak ada apa-apa.” Zafril baru sedar ketika dia ralit memerhati gadis itu. Dia pula di perhatikan.

“Alah tak payah temberang lah Zaf. Kau tengok Alie kan? Kau jangan buat hal Zaf. Alie tu kakak sepupu Fatin. Tak ada maknanya kau boleh masuk line dah. Alie tu boleh tahan lah. Bijak.” Zafril memandang Azam. Azam kenal ke ‘gadis itu’ nya?

“Kau kenal dia ke?” Tanya Zafril cuba melindungi perasaannya.

“Kenallah. Nama dia Nawwar Alisya. Junior kita, budak tahun dua. Dean list. Banyak silence admire tu. tapi tak ada yang berani dekat sebab dia ni low profile sangat.” Azam memberitahu apa yang dia tahu.

“OHHH...”Jawapan cover dari Zafril. Sedangkan hatinya sudah menyebut lembut ‘Nawwar Alisya’. Azam sudah tak kisah setelah melihat reaksi Zafril yang selamba beruk itu. Dia membuat anggapan Zafril tak berminat pada Alie memandangkan tidak balas Zafril.



“Hah!!!” terlepas mug coklat panas dari tanganku. Aku segera mencapai tudung di tangga lalu berlari semula ke dapur.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?” Nadaku tinggi. Jantung aku masih berdegup pantas. Terkejut aku sampai semua organ dalamanku pun beralih tempat,

Apa tak terkejut. Aku baru siap makan di dapur tadi. Makan lauk jari... Hehehe lauk tunjuklah... Dalam kenyang tak kenyang ni. Aku bawalah mug berisi coklat panas ke ruang tamu. Ingat nak studylah. Sampai aku di ruang tamu aku ternampak satu makhluk tuhan ni... Tak pakai tudung... Tinggi...Putih... Hmm badan okay lah sedap-sedap kusyen je... Rambut pendek...Kacak... Spesis lelaki idaman ni... Macam lelaki?...HAH!!! memang lelaki pun. Lelaki dalam rumahku... Terkejutku. Nasi yang baru masuk dalam perutku pun terkejut sama.

Aku apa lagi memulakan jurus Watson Nyambek ku berlari mengabil tudung dan memakai tudung. Watson Nyambek tau bukan kedai Watson... Eh agaknya Kedai Watson tu Watson Nyambek yang punya kot... Apa yang aku mengarut ni.. Iklan sekejap... Back to the story okay. Siap bertudung yang tak kira senget darjah ke berapa aku keluar menghadap lelaki itu... tak layak jadi lelaki ini.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?”Nadaku menag tinggi.

“Saya.. Saya...” Melihatnya tergagap aku lagilah berani. Hehehe... Ini yang best di buli ini. Aku pun lama dah tak asah skil membuli ni.

“Apa saya...saya? Tak tahu ke ini rumah perempuan. Sesuka hati badak awak je nak masuk.” Tengkingku lagi. Dia nampak terkulat-kulat melihatku.

“Saya Zaf.” Dia menghulurkan salam. Ini lagi nak kena dengan aku ni. Jap aku nak keluar peluru berpandu jap.

“Saya ni gadis islam tak sambut salam lelaki ajnabi macam awak. Awak ni tak tahu adab ke? Dah lah masuk rumah orang sebarangan. Siapa aja awak hah?” Marahku lagi.

“Fatin yang suruh dia masuk. Kenapa?”Eh jatuh dari langit mana minah ini tiba-tiba je ada. Nak backup buah hati dialah tu. Aku backhand juga budak ni kang,

“Kenapa? Kan Fatin tahu peraturan dalam rumah ni. No Men are allowed except Abah. Okay kali ini akak lepaskan. Kalau lain kali, akak akan pastikan cik abang awak ini balik pakai tudung keluar dari rumah ni. And you. Tolong hormat sikit. Sesuka hati nak masuk rumah anak dara orang. Nanti-nanti kalau dah kahwin rumah pun dok merata-rata agaknya. Dah pergi keluar. Main jauh-jauh.” Sinis ayatku. Aku segera menghala kembali ke dapur. mengambil kain untuk mengelap airku yang tertumpah. Rugi aku. Kesian mug kesayangan aku pecah. Nak je aku jerit.

GANTI BALIK MUG SAILORMOON AKU.


“Ala, Alie cakap lah kat aku. Betul ke Fatin bercinta dengan Zafril?” Hajar ni memang tak fahamlah aku. Selama ini dia lah radio saluran gosip buatku. Hari ini dia pula tanya aku.

“Aku tak tahulah Hajar.” Aku buat muka maha bosan.

“Hish kau ni, apalah kau tahu.” Rungut Hajar.

“Banyak apa aku tahu. Aku tahu makan, tidur. mandi. Ini berjalan ni pun aku tahu.” Hah kan dah kena loyar burukku.

“Hisy kau ni loyar buruk lah Alie. Kau tahu tak Fatin tu untung dapat si Zafril tu. Dia tu dahlah kacak, baik. Pandai pula tu.” Hajar mempromotekan si Zafril. Siapa Zafril pun aku tak kenal.

“So? Ada aku kisah? chak...chak...chak..”Aku buat gaya Nurbhan dalam siri drama Ada aku Kisah. Hajar buat muka geram je... Kalah lah tu... 1-0.



Zafril memandang Nawwar Alisya yang sedang bergumbira di selang beberapa meja dari tempatnya. Gadis itu seperti biasa. Simple dengan jeans dan T-sihrt. Bertudung peach hari ini seperti bajunya. Siapa yang tahu di sebalik tudung itu tersimpan mahkota wanita yang paling cantik pernah di lihatnya. Teringat kejadian dua malam lepas. Ketika itu dia menghantar Fatin pulang untuk mengambil barang. Apabila Fatin mengajaknya masuk sebentar sambil menunggu. Zafril bersetuju.

Zafril hanya memandang tubuh ramping Fatin masuk ke dalam biliknya. Masa itu di terdengar suara yang kurang sodap... hehehe.. ala-ala men‘yumbang’kan lagu Selamat Tinggal Sayang datang dari dapur. Zafril tersenyum sendiri di buatnya. Baru dia ingin melabuhkan punggung. Dia ternampak seorang gadis keluar dari dapur. Gadis yang memakai T-shirt putih dan berkain batik saje. Lama gadis itu terkaku melihatnya. Seolah-olah menilainya.

Zafril mengambil peluang memandang gadis yang bernama Nawwar Alisya itu. Cantik. Rambutnya panjang itu nampak sesuai dengan wajah Nawwar Alisya. Nawwar Alisya lebih cantik dari mana-mana wanita yang pernah dia jumpa. Cantik kerana selama ini kecantikkannya di sembunyikan. Tersenyum Zafril memandang Nawwar Alisya berlari masuk ke dapur dengan tudung. Zafril jatuh hati buat kali pertama dalam hidupnya.

“Apa yang awak buat dalam rumah ni? Siapa suruh awak masuk?” Nada Nawwar Alisya tinggi membuat dia tersedar dari angan indahnya. Nampak je lembut bak sutera tapi ganas bak kain cotton. Tergagap-gagap dia menjawab Nawwar Alisya. Nasib baik Fatin datang menyelamatkannya. Fuhhh... Lega..


Akhirnya cuti semester menjelma. Wah leganya. Aku mengambil bas ke Batu Pahat dari Pudu pukul 9.00 pagi. Ambil masa tiga jam lebih juga. Konon-kononnya nak buat kejutan lah aku mengambil teksi. Lagipun malas nak susahkan abah. Untuk menjimatkan duit aku terpaksa berjalan jauh sedikit dari bas station. Jauh sikitlah. So rate dia lain. Bayar RM5.00 je. Hantar sampai depan rumah abah kat Taman Melewar II.

Aku baru je sampai depan pintu pagar. Aku ni terjerit-jeritlah ala iklan strepsils memanggil ibu. Well seperti biasa aku buatlah drama swasta dengan ibu. Tengah-tengah hari kami dok berpeluk depan rumah. Hish aku dah tak balik dua bulan beb. Rindu sakan kat ibu ini. IBU peluk lama sikitlah.

“Akak balik sorang je ke? Adik mana?” Pertanyaan ibu buat aku tersentak. Nak jawab apa ni? Pagi tadi apabila aku tanya pada Fatin. Katanya balik dengan kawan.

“Sekejap lagi sampailah kot bu....” Baru aku nak berbohong, sebuah kereta My Vi Hitam berhenti di hadapan rumah. Alamak. Memang cari penyakit betullah Fatin ni.

“Ibu.” Fatin meluru keluar dari kereta lalu memeluk ibu. Aku hanya memandang tajam lelaki yang turut keluar dari tempat pemandu. Lelaki penceroboh. Yang menceroboh masuk ke rumah sewa kami dulu.

“Siapa ini Fatin?” Ibu bertanya pada Fatin. Aku nampak wajah Fatin serba salah. Pastilah tak tahu nak jawab apa. Dengan statusnya sebagai tunang orang lepas tu balik kampung dengan lelaki lain. Ape ke hal kan? Jawablah sendiri.

“Dia kawan akak bu. Ada masalah sikit. Tak sangka cari sampai sini.” Hish kenapalah aku ni di lahirkan dengan hati yang suci lagi murni ini. Macma iklan minyak masak tu. Lagi suci Lagi Murni. Akhirnya aku menyelamatkan Fatin dengan menghantar leherku di tali gantung abah sat lagi.

“ Betul ke kawan Nawwar ni ?” Tanya ibu tak percaya. Aku hanya mengangguk. Sebentar kemudian bala yang lagi satu sampai. Kereta Izwan, tunang kesayangan si Fatin ini pula menjengah.

“Assalamualikum.” Izwan memberi salam. Dia bersalaman dengan lelaki yang tegak dari tadi di tepi My Vinya. Cantik sangatlah My Vi nya tu.

“Waalaikumsalam. Iz. Ada apa ni? Takada angin tak ada ribut, tiba-tiba muncul.” Tanya ibu. Hah betullah tu ibu beroal jawab kat sini pula. Sekejap lagi jadilah mesyuarat pagar pula kat sini.

“Tak ada apa Makcik. Tadi nampak Fatin dalam kereta. Ingatkan salah orang rupanya betul.” Aku dapat mengagak sesuatu di nada suara Izwan. Cemburulah tu. Matanya tajam memandang wajah Fatin. Fatin pun kelihatan macam nak terjun lombong dah. Sekali lagi aku di perlukan. Dengan kuasa bulan aku menolong mu (ala-ala sailormoon lah pulak kan)

“Hai Iz, dia kawan Alie. Kami ada hal sikit. Ibu, Nawwar minta diri dulu eh. Nak pergi mem‘bersih’kan diri jap. Jom Awak.” Aku dengan sengaja masuk ke My Vi Hitam milik musuhku. Lelaki itu bagai faham-faham terus minta diri dari semua dan turut masuk ke dalam keretanya.

“Nak pergi mana ni?” Tanya lelaki itu padaku. Aku masih tak tahu lagi namanya. Hish. nak panggil apa ni?

“Saya Alie. Nama awak?” Aku tanya namanya. Dia hanya tergelak kecil.

“Kenapa?” Tanya aku hairan.

“Selalunya orang kenal saya. Saya yang tak tahu nama saya. Ini first orang tanya nama saya.” Berlagak seh mamat ni.

“Ada saya kisah.” Jawabku selamba.

“Saya Zafril Akmal. Boleh panggil Zaf je. Kita nak pergi mana ni Nawwar?” Dia menyoal lagi. Ops... Jap... Dia panggil aku apa? Nawwar?

“Awak panggil saya Nawwar?” Aku terkejut.

“Hmm. Kan mak awak panggil awak Nawwar.” Ada juga yang aku backhand kang. Hish sengal...

“ Itu mak saya. Bukan awak. Awak kena panggil saya Alie.” Tegasku. Dia hanya tergelak.

“Kenapa pula? Saya suka nama Nawwar.” Ini memang cari penyakit lah denganku.

“Awak ni tak faham bahasa erk?” Aura dragonball aku dah keluar ni.

“Tak. Jom turun.” Eh dah sampai. Entah bila aku tak tahu. Tahu-tahu dia dah memakirkan keretanya di hadapan KFC di Parit Raja. Melihatnya turun aku pun turun sama.


Aku memesan double cheese burger dan wedges. Manakala dia mengambil snack plate. Kami bergerak ke tingkat atas KFC yang lebih banyak menempatkan tempat duduk. Ramainya. Aku dapat mengesan sebahagian budak-budak di sini adalah budak UTHM. Mungkin meraikan paper terakhir kot.

“Siapa Izwan?” Zafril bertanya padaku. Aku tak tahu sama ada berterus terang atau berbohong lebih baik. Terbantut usahaku untuk menyumbat burger dalam mulut.

“Sepatutnya awak tanya pada Fatin sendiri. Saya tak nak masuk campur.” Aku mengambil jalan tengah.

“Saya tanya sebab saya dah terlibat dengan keluarga awak. Tak pasal-pasal saya ni ‘kawan’ awak. Baik awak bagitau dengan saya atau saya berterus terang dengan ibu awak.” Ugutnya. Bengang betul lah aku dengan mamat ni. Main ugut-ugut pula. Tak Macho betul.

“Dia tunang Fatin. Sekarang awak tahukan. Awak nak buat apa? Tolonglah kalau awak bijak. Tinggalkan Fatin. Jangan malukan keluarga kami. Ataupun awak berterus terang dengan Izwan sendiri hubungan awak dan Fatin. Janji tak libatkan saya.” Terangku penuh diplomasi. Hish bukan senang nak dengar suara ayu aku ini.

“Oh. Kalau macam tu tak apa lah. Lagipun saya dengan Fatin bukannya ada apa. Bukan saya ‘kawan’ awak ke?” Provoknya. Provokya yang bisa membuat aku menjeling tajam padanya. Malas menjawab. Dengan senang hati aku menjawab dengan makan burgerku. Comot itu pasti. Tapi aku buat selamba. Lepas makan baru aku lap mulutku. Tengoklah.. Biar terkeluar biji mata dia tengok aku makan.


Sampai kami di rumah. Kami di sambut meriah oleh ibu dan abah. Izwan pun masih ada bertandang. Abah mengajak Zafril masuk ke rumah. Aku dah mula berpeluh. Bukan panas tapi takut. Nampaknya abah dah mula merisik tu.

“Tak apa abah. Dia dah nak balik tu.” Aku menolak bagi pihak Zafril.

“Cepatnya. Datang jauh-jauh dah nak balik. Dah akak. Bawa kawan akak ni masuk.” Arah abah. Aku lihat wajah Zafril. Minta pertolongan untuk dia mengelak. Sebaliknya dia hanya tersenyum. Aduh.. Budak ni. Aku dah tak boleh kata apa dah. Kalah.
Zafril masuk ke rumah. Yang aku pelik lepas makan KFC dengan aku tadi ada lagi ruang kat perut dia tu nak makan tengah hari dengan keluarga aku. Hish mamat ni buruk lantak betullah. Entah berapa besarlah perut dia tu.

Sepanjang masa itu kami terpaksa berlakon. Tugas aku mudah ialah utuk mengiakan sahaja. Semua soalan itu di jawab baik oleh Zafril. Si Izwan pun menyibuk sama bertanya itu ini. Di sini aku tahu yang Zafril ini anak lelaki tunggal dari tiga orang adik beradik daripada pasangan pensyarah. Kakaknya seornag doktor dan adiknya pula sedang belajar perubatan di Dublin. Hanya dia mengambil aliran kejuruteraan. Tapi memang aku solute spring la kat Zafril sebab tenang je menjawab. Macam dah biasa je menipu je...

“Datanglah ke sini nanti Zaf. Awal bulan depan ni. Majlis si Fatin dan Izwan ni. Datanglah. Jemput mak ayah sekali.” Ajak abah. Baru aku tahu tadi yang majlis Fatin dan Izwan di awalkan ke bulan depan kerana Izwan akan meyambung PhDnya pada bulan berikutnya. Baru tadi aku memasang harapan inilah kali terakhir aku berjumpa dengan si Zafril ni. Sekarang dah musnah dah.

“Insyaallah pakcik. Kalau tak ada apa-apa nanti saya datanglah. Saya minta diri dulu ye.” Dush... rasa di tumbuk mukaku apabila dia menjawab macam tu. Cubalah menolak. Kang aku juga payah berjawab kalau abah tanya. Memang Kambing betullah si Zafril ni.




Ibu menangis. Abah dah tak tahu nak kata apa. Izwan tertunduk resah. Fatin menghilangkan diri di saat tinggal sehari pernikahannya. Hanya di tinggalkan sepucuk surat. Macam kisah orang dulu-dulu pula. Surat itu menyatakan yang dia tak mahu kahwin dengan Izwan kerana tak mencintai Izwan dan dia meminta aku menggantikan tempatnya. Banyak cantik muka dia. Tak kan aku nak kahwin dengan Izwan lelaki kasanova yang pernah memarut luka di hatiku.

“Macam mana ni akak? Abah kalau boleh tak nak paksa akak tapi malu keluarga nanti. Anggaplah abah minta tolong dari akak.” Sedih aku mendengar suara abah. Inginku kata tidak tapi aku tak tahu macam mana. Aku lihat wajah ibu. Aku pandang wajah ayah. Saat mata ini bertembung dengan mata Izwan aku menjadi keliru.

“Biarlah akak fikir dulu abah. Bagi akak masa.” Aku tinggalkan abah dan ibu di ruang tamu. Aku melangkah ke bilikku. Nasib baik aku masih mampu melangkah kalau tak berdukung lah aku.

“Nawwar... Nawwar.” Suara ibu mengejutkan aku. Hisy tertidur rupanya aku. Tadi konon-kononnya nak memikirkan masalah. Tapi boleh je aku tertidur. Dengan muka sememeh aku membuka pintu. Biasalah aku masalah nombor dua. Apa yang penting? Tidur... hehehe harap-harap wonderpet tiru aku lepas ni. Boleh dapat royalti ini.

“Ada apa ibu?” Tanyaku masih mamai.

“Akak tidur? Dah nak masuk isyak tau.” Bebel Ibu.

“Akak cutilah ibu.” Jawabku tersengih. Tu yang tidur tak ingat dunia. Bukan ponteng sembahyang tau. Aku cuti.

“Hmm cepat siap. Zafril kat bawah tu.” Arah Ibu. Bukannya aku dengar pun. Aku mengangguk je. Aku siap-siap. Cuci muka. Pakai tudung. Cukup. Terus aku turun.

“Ada apa ibu?” Tanyaku. Lantas empat pasang mata berpaling padaku. Abah, Ibu, Izwan. Hish Izwan ni tak ada rumah sendiri ke. Dari siang tadi dok melangut kat rumah aku ni. Sorang lagi macam kenal. Tapi siapa?

“Siapa ni bu?” Tanyaku sambil menunjuk lelaki itu.

“Apa akak ni dah bangun ke tidak? Inikan kawan akak Zafril.” Marah ibu. Otakku cuba merembeskan segala jenis hormon untuk mengingat.

“Oh kawan akak eh ibu? Lupa pula. Hai zafril.” Sapaku dengan selamba badak. Akhirnya aku berjaya mengingatinya. Bukan ke dia kekasih gelapku... hehehe gelaran baru.

“Hish betullah budak ni. Dah bangun ke tak ni?” Tanya abah lagi.

“Dahlah abah.”

“Ini abah nak tanya. Macam mana dengan soalan pagi tadi? Akak sanggup ke ganti tempat adik kahwin dengan Izwan atau akak nak nikah dengan Zafril?” Soalan itu membuat otak aku segar. Ya aku lupa masalah tadi. Sekarang aku kena buat keputusan...





“Saya terima nikahnya Nawwar Alisya Binti Nazril dengan mas kahwin Lapan Puluh Ringgit Tunai.” Zafril lega dengan sekali lafaz Nawwar Alisya sudah menjadi miliknya. Majlis disediakan ringkas. Semua tetamu agak pelik. Nama dalam kad jemputan lain. Pengantinnya pula lain. Namun Zafril tetap melayan dengan baik tetamu yang datang sehinggalah tetamu yang terakhir tadi.

Petang itu dia baru baik dari demam ketika Fatin menelefonnya meminta dia mengambil gadis itu di pudu raya. Dia pun dengan rasa lemah menolak permintaan Fatin. Namun Fatin merayu-rayu padanya. Sehinggakan Fatin menyatakan yang dia lari dari majlis nikahnya kerana Zafril. Zafril terkedu. Pada masa itu dia memujuk Fatin kembali ke pangkuan keluargannya namun balasan Fatin menyegarkan dirinya.

“Fatin tak nak balik. Lagipun Fatin dah suruh Kak Nawwar ganti tempat Fatin. Mesti kak nikah dengan Izwan tu.” Ayat itu menyegarkan Zafril. Entah apa merasuk Zafril dia lantas mengemas barang dan drive ke Batu Pahat. Dia sempat berpesan pada Taufiq kawan serumahnya untuk mengambil Fatin. Hish bakal adik ipar tu. Kena jagalah.
Sampai depan pintu je. Tanpa memberi salam, Zafril memberitahu pada Abah Nawwar Alisya yang dia ingin menikahi Nawwar Alisya. Terkejut beruk orang tua tu. Pada masa itu yang di fikirkannya supaya Nawwar Alisya itu menjadi miliknya sahaja bukan orang lain.

Syukur Nawwar Alisya memilihnya. Harap gadis itu tak melupakannya seperti mana petang semalam selanba je gadis itu kata dia lupa dirinya yang cukup kacak tu. Mereka kahwin free plus koboi apabila Izwan dengan separuh rela menyumbang hantaran kahwin buat mereka. Tak sangka dia dah menjadi suami orang.

“Tak sangka you akan kahwin dulu dari I kan?” Suara Izwan menyentak lamunan Zafril.

“Jodoh Iz.” Suara Nawwar Alisya menarik perhatian Zafril untuk terus mengintip mendengar.

“I menyesal Alie. Kalau dulu kita yang bertunang mesti hari ini hari bahagia kita kan.” Izwan bagai memancing harapan. Sungguh dia menyesal melepaskan gadis sebaik dan secantik Nawwar Alisya. Hari ini pertama kali melihat gadis itu memakai makeup. Hatinya terus terpaut. Ayu... cantik.

“Benda dah berlalu Izwan. Dulu awak yang memilih Fatin. Jangan lupa awak yang membuang saya di hari sepatutnya pertunangan saya. Benda dah berlalu so jangan ungkit lagi. Sekarang saya isteri Zafril Akmal dan saya hanya akan menjadi isteri dia.” Zafril tersenyum mendengar ucapan isterinya.

Aku terperanjat melihat Zafril di hadapanku ketika aku berpaling. Dia dengar ke? Memandang senyuman dirinya, aku tahu dia mendengar dan berpuas hati. Aku lihat suamiku hulurkan tangannya untukku. Tangan yang sama menghulur salam padaku dulu dan huluran salam yang pernah ku tolak sinis dulu. Aku sambut huluran tangan itu dan kami sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah.



p/s ini cerpen cubaan kedua Iman... Tengoklah.,.. dah berjaya atau tergantung lagi.. Sahabat cinta akan Iman jadikan cerpen bersiri.. tengah cari masa nak sambung...Bye.. jangan lupa komen tau...

Wednesday, April 22, 2009

CInta? Penting Ke? 6

“Assalamualaikum. Kata sibuk?” Zarul sengaja menegur pasangan itu ketika terserempak di luar restoren. Matanya memandang Dannia.

“Waalaikumsalam. Sibuk, sibuk pun kena makan kan. Kenalkan kawan I, Adam. Adam ini Zarul kawan sekerja Nia, dan ini Intan teman wanita Zarul.” Dannia memperkenalkan keduanya. Sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘Nia’ biar kedengaran manja sedikit pada Adam.

“I Adam.” Adam menghulurkan salam. Ini pasti bekas kekasih Dannia. Kacak bergaya.

“ Zarul.” Zarul menyambut salamnya.

“You nampak lain hari ini Dannia.” Intan sememangnya terkejut dari tadi memandang Dannia yang kelihat terlalu jauh berubah itu. Sengaja Intan memeluk lengan Zarul ingin melihat reaksi Dannia. Wajah Dannia memang berubah namun cepat sahaja gadis itu menyembunyikan perubahannya.

“Manusia berubah Intan. Okaylah kita orang minta diri dulu.” Dannia cepat-cepat meminta diri. Tak sanggup melihat kemesraan mereka.

Adam menurut sahaja lagkah Dannia. Dia tahu Dannia tak selesa. Gadis itu masih menyayangi Zarul. Kalau tak kenapa Dannia cepat sahaja berubah bila Intan menunjuk kemesraan terhadap Zarul.

“Sakit hati?” Adam bertanya perlahan.

“Segala pun ambil masa kan?” Soalan di jawab soalan.
Adam hanya tersenyum. Tangannya gatal memimpin tangan Dannia ketika ingin melintas jalan. Dannia beberapa kali menarik tangannya namun dia tak mampu melawan pegangan erat Adam.


ENAM BULAN BERLALU...

Dannia sibuk bersiap. Dia hanya memilih T-shirt lengan panjang berwarna puntih dan Jeans hitam. Tudungnya abstrak nampak sesuai dengan penampilannya yang kasual. Malam ini Ashraf megajak dia dan Adam keluar makan malam bersama. Kata

Ashraf ingin mengumumkan sesuatu. Entah apalah yang abangnya ingin umumkan itu. Tunggu dan lihat jelah. Baik juga berjumpa abang dia malam ini. Boleh dia menyampaikan pesan dari neneknya tadi yang menyuruh mereka pulang untuk kenduri kahwin sepupu mereka.

Mengenang kembali hidupnya kini. Berbulan-bulan berlalu Dannia sudah sinomin dengan kehadiran Adam dalam hidupnya. Di mana Adam di situ dia. Adam sudah mengenali abangnya Ashraf. Kini rumah Dannia menjadi station keduanya itu menonton bola dan melepak di hujung minggu. Dah jadi macam markas pertemuan dah. Kalau di tanya kenapa rumahnya? Mahluk berdua tu selamba menjawab sebab rumahnya banyak bekalan makanan.

Terimbau lagi kenangan waktu pertama kali abangnya bertemu Adam. Degan muka yang pucat tergagap-gagap dia menjawab siapa Adam pada abangnya. Dannia ingatkan abangnya marah tapi tidak rupanya.

Waktu itu Adam menghantarnya pulang seperti biasa. Di dalam perjalanan hari tiba-tiba hujan. Adam menawarkan diri menghantar Dannia sampai ke pintu kondonya. Bukan hanya kerana hujan tapi waktu itu sudah terlalu lewat.

Hari itu Dannia dan Adam masing-masing kena buat kerja lebih masa. Mulanya Dannia menolak namun apabila Adam tegas menemaninya pulang. Dannia terpaksa menurut juga. Sampai je depan lift mereka terserempak dengan Ashraf yang ingin keluar dari lift tersebut. Saat itu Dannia rasa bagai nak lari satu kilometer dari situ. Menyembunyikan diri namun dah terlambat.

Ingatkan abangnya dan Adam akan bertumbuk. Tahu sangat sikap protective abangnya tapi nasib baik tidak. Hanya saling bersalaman dan bertukar kad. Entah sejak bila abangnya dan Adam berkawan baik sampaikan bersetuju menjadikan rumahnya kini sebagai markas.

Bunyi telefon menyedarkan Dannia. Pasti Adam. Kelihatan miss call dari Adam. Ada SMS. Adam dah menunggunya di bawah. Cepat-cepat Dannia mencapai sandalnya lalu turun. Dengan tergesa-gesa dia menyarung sandalnya di dalam lift. Ketika itu baru dia sedar dia tersalah ambil sandal. Sandal yang dia pakai sekarang akan membuat kakinya melecet. Aduh... nak naik balik, Dannia memang malas. Biar je lah.



“Assalamualaikum.” Dannia memberi salam sebaik masuk ke dalam kereta. Dia membuka sandal tersebut. Untuk keselamatan supaya kakinya tak melecet.

“Waalaikumsalam. Kenapa pakai sandal tu? Bukan sandal tu buat kaki you sakit kan hari tu?” Adam perasaan tentang sandal tu sejak mula dia melihat Dannia berjalan ke arah keretanya tadi.

“Haah. I tersalah capai sandal pula tadi. Nak cepat sangat kan?”

“Hmm... Cuba you tengok kat berlakang. I rasa ada sandal you kat situ. Sandal yang you pakai masa kita pergi main squash hari tu. Kan balik tu you pakai kasut sukan.”

“Oh ye ke? Kenapa tak cakap sandal I tinggal? Kalau orang lain tengok, ada pula apa pula kata kawan-kawan you kalau nampak kasut I kat sini nanti?” Rungut Dannia.

Jangan tak percaya sekrang Dannia dah pandai merungut sekarang ni. Bukan apa. Dia tahu tugas Adam sebagai projek manager tu selalu ke sana ke mari, dan setiap kali itu ada je kawan-kawannya menumpang. Jadi Dannia takut kalau kawan-kawan Adam salah faham.

“Hmm salahkan I pula. Dia yang tertinggal.” Adam hanya membalas begitu. Kang di balas lebih kang merajuk pula.

“Okay I yang salah. Along kata nak jumpa kat mana?” Dannia bertanya pada Adam. Hmm mesti abangnya sudah memberitahu Adam. Sekarang rasanya abang dia lebih rapat dengan Adam berbanding dirinya. Apa-apa pun Adam dulu tahu darinya.

“Ashraf tunggu kat KLCC katanya. Kenapa?” Tanya Adam hairan.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Dannia ringkas.

“Tengah hari tadi lunch dengan siapa?” Pertanyaan itu membuat Dannia berpaling pada Adam.

“Zarul.”

“Oh. Jauh keluar lunch.”

“Actually kita orang ada discussion dengan client kat Hilton tadi. Alang-alang dah kat luar tu pergi lunch sekali.” Dannia menerangkan segalanya. Dannia tahu Adam tidak gemar dia rapat dengan Zarul. Adam pernah mogok dengannya kerana dia keluar dengan Zarul beberapa minggu lepas. Ini pun baru berbaik.

“Jangan terlalu rapat dengan dia, Dannia. I tak nak you terluka lagi. Luka dulu pun susah sangat you nak lupakan. Tak akan you nak rasa sakit lagi kot.” Adam nampak tak senang. Dannia rasa tak senang. Dia tak suka Adam seolah-olah terlalu mengawalnya. Rasanya tak salah dia keluar dengan Zarul lagipun itukan atas dasar kerja.

“I tahu Adam. I tahu jaga diri I. Stop baby me okay. I keluar dengan dia pun atas dasar kawan. Patutlah sejak I masuk tadi you masam je. Rupanya ini sebabnya.” Dannia dah ada bunga-bunga merajuk. Dia terasa hati.

Adam tahu Dannia dalam keadaan nak marah tu. Lantas Adam biarkan sahaja.Belum ada usaha hendak memujuk. Dia mencapai radio lalu membukanya. Biarlah hanya celoteh DJ radio menemani kesunyian mereka ini.

“Kita dah sampai ni.” Adam menghentikan enjin keretanya. Dia membuka tali pinggang yang di pakai. Dannia hanya menurut. Hatinya masih terasa. Tiba-tiba Adam menahannya.

“I’m Sorry. I risaukan you Dannia. Masa you sakit dulu kerana Zarul. I yang berada kat sisi you. I tahu bertapa sakitnya you. Please Dannia. Dah berbulan you kawan dengan I. Tak kan you tak kenal I lagi. You tahukan I risaukan you. I just nak lindungi you.” Pujuk Adam. Dia tak mahu Dannia terus senyap begini. Dia tak tahan. Akhirnya biar dia je mengalah.

“Hmm... I pun minta maaf sebab bentak kat you.” Dengan senyuman manis Dannia juga meminta maaf. Dia tahu niat suci Adam.

“Kalau macam tu kita 0-0. Jom keluar.”

Adam dan Dannia berlegar-legar di sekitar kawasan ruang KLCC itu sementara menunggu Ashraf. Ashraf kata dia dalam pejalanan. Selalu je mereka yang terpaksa menunggu Tuan Doktor tu.

“Adam kita masuk jap kat sini. Nak tengok tudunglah.” Dannia mengajak Adam masuk ke salah sebuah butik di situ. Dannia ingin menambah koleksi tudungnya. Sekarang dia sudah pandai bergaya. Dah pandai membina imejnya tersendiri.

Mereka memilih beberapa jeis tudung. Nampak macam suami isteri pula. Adam menunjuk beberapa tudung kepada Dannia. Tudung yang berkenan di matanya. Dannia menggeleng. Dia tak suka warna yang Adam tunjukkan. Terlalu terang dan menyerlah. Dannia sukakan warna pastel yang lembut.

“Ala tak cantiklah.” Rungut Dannia.

“Cantiklah ni.”

“Yang ini baru cantik. Bukan yang itu.”

Ketika mereka sibuk bertekak yang mana satu lebih cantik. Jurujual di situ hanya memandang penuh hairan. Sebelum menyampuk pasangan yang di sangka suami isteri di hadapannya itu.

“Encik, kalau encik dan puan nak, saya bleh tunjukkan koleksi terbaru butik kami. Lebih cantik dan sesuai dengan isteri encik.” Sampuk juru jual tersebut. Ayat itu mengundang kerut di dahi Dannia dan Adam sebentar. Isteri? Tak lama kemudian ketawa Adam pun meletus. Jurujual itu memandang hairan pada Adam.

“Adam.” Dannia mencubit lengan ‘suaminya’ itu. Tahu apa yang Adam gelakkan. Adam hanya tersengih.

“Maaf dik. Dia ni memang macam ni. Kureng sikit.” Saja Dannia mengenakan Adam.

“Tak apa kak. Akak nak tengok ke koleksi terbaru kami?” Jurujual itu tetap bermanis muka.

“Boleh juga.”

Adam dan Dannia memilih beberapa helai tudung corak bunga dan abstrak. Kali ini mereka sependapat pula. Dua helai tudung menjadi pilihan. Sedang mereka menunggu wang baki. Tiba-tiba Adam di tegur oleh seseorang.

“Tengku Adam Syahzan.” Sepertinya ada suara gadis menegur mereka. Suara itu membuat Adam berpaling. Bila Adam berpaling, Dannia turut berpaling. TENGKU? Dannia hairan dengan panggilan itu.

“Hai... ?” Adam cuba mengingati gadis yang menegurnya tadi.

“I Izzati. Kenal lagi tak? Kawan Tasya. Wartawan tu.” Gadis itu memperkenalkan dirinya. Serta-merta Adam mengingati nama itu. Ya dia kenal Izzati. Bukan sahaja kawan Tasya buah hatinya yang sekarang berada di Singapura. tapi juga seorang wartawan yang cukup pandai ‘mengorek’.

“Oh Izzati. Hai.. Buat apa kat sini?” Tanya Adam ramah.

“Saja tengok-tengok barang. You dengan siapa ni?” Wajah Izzati memandang ke arah Dannia. Cerita hangat ni untuk di sampaikan pada Tasya.

“ I, Dannia. Kawan Adam.” Dannia memperkenalkan dirinya.

“Puan, Ini tudung dan duit bakinya.” Kehadiran jurujual tadi nampaknya tidak kena pada waktunya. Terkelu lidah Dannia sebentar mendengar panggilan Puan itu di hadapan Izzati. Izzati sudah tersenyum sinis....

Friday, April 17, 2009

SAHABAT CINTAKU

Jom Kita Bercinta…

Lama aku menunggu Hakimi di Restoren itu. Lewat tengah hari macam ni masih ramai orang berkunjung ke sini untuk berjamu rupanya. Lambatnya... ada juga yang kena backhand ni kang.

Mataku tak lari dari memandang pintu restoren.. Lama dah kami berkawan sejak daripada zaman universiti lagi sehinggalah kini masing-masing sudah berkerja. Ada benda yang perlu aku di bincangkan dengan Hakimi. Benda penting. Tentang janji Hakimi padaku.

Dari jauh aku nampak Hakim berjalan menuju ke arahku dengan senyuman bajet hensemnya itu. Ada mata yang memandang Hakimi tak berkelip. Dengan ketampanan lelaki itu sesiapa sahaja boleh terpikat. Memang patut di gelar Mr Playboy sejak zaman universiti lagi.

“Dah lama sampai?” Hakimi selamba badak menegur ku.

“Tak lah lama sangat tapi kalau aku buat kerja aku siaplah juga dalam 50%.” Sindirku. Tanya lagi.

“Sorrylah aku ada kerja tadi. Ada klien datang. Ada Dato nak jadikan firm aku as penasihat syarikat dia.” Hakimi menerangkan. Ini salah satu kenapa aku malas bertekak dengan Hakimi. Dia ini peguam. Mestilah aku kalah.

“Hmm apa-apa jelah. Kau break denga Yana eh?” Tanya aku direct. Habis kalau dah minah tu dok terpekik terlolong serang aku kat pejabat, mestilah aku tak boleh nak blah kan?

“Haah. Semalam. Kenapa dia call kau ye?” Hakimi bercakap macam tiada perasaan je padaku. Ini yang buat aku nak bertukar jadi piccalo ini.

“Jadi betullah korang break. Wei Kimi kan kau janji masa kau break dengan Nisa sebelum ini, itu yang paling last kau gunakan aku. Tolonglah Kimi samapi bila kau nak gunakan aku untuk break dengan makwe-makwe kau. Bila dok bercinta, suka-suka je. Tapi bila dah nak break pandai pula cari aku. Pandai pula kau jadikan aku alasan. Konon-konon cah jatuh cinta kat akulah. Kita ini nak bertunang lah. Paling aku tak tahan kau kata kat Yana yang aku ini pilihan keluarga jadi kau terpaksa pilih aku? Come on Kimi. Mana janji kau dulu yang Nisa tu kes last? Lama-lama macam ni boleh mati aku Kimi. Hari ini aku dah kena penampar free, tak kan kau tunggu aku masuk hospital baru kau nak berhenti kot?” Aku bengang betullah dengan Hakimi ini. Selalu je jadikan aku alasan untuk break dengan makwe dia. Kan tak pasal-pasal aku kena penampar tadi.

“Kenapa kau tengok aku? Aku ada salah cakap ke?” Aku pelik si Hakimi ini merenung tajam ke arah ku. Pelik-pelik ni. Aku salah cakap ke?

“Yana serang kau? Dia tampar kau?” Kedengaran tegas sekali suara Hakimi bertanya padaku. Alamak aku memang salah cakap. Aduh.. macam mana boleh terlepas ni.

“Hmm... back to our topic. Bila kau nak berhenti ni?” Aku buat-buat tak dengar bila dia bertanya. Doakanlah aku terlepas kali ini.

“Jangan nak tukar tajuk. Ain Umairah.” Suara itu kedengaran semakin tegas. Bila nama penuh aku di sebut tahulah aku Hakimi tengah mengumpul amarah sekarang. Aku tiada pilihan selain berterus terang sebelum Kimi bertukar jadi beastmaster.

“Haah. Sikit je tak ada apa-apalah.” Aku mengaku je. Harap-harap bedak dan gincu satu inci yang aku sapu tadi membantu menyembunyikan bibirku yang pecah dan pipiku yang merah tercalar. Habis dah kuku mengalahkan ponti-anak. Mahu tak tercalar pipiku yang suci muci ini.

“Oh patutlah tak ada angin tak ada ribut kau pakai make up. Jom ikut aku.” Hakimi menarikku keluar dari situ. Sempat dia meninggalkan sehelai not merah di atas kauter pembayaran. Aku nampak wajah casher itu terkejut. RM10 ringgit untuk air segelas. memang membazir betullah Hakimi ini.



“Lap pipi tu. Buang make up tu. Tak tahan aku tengok muka pelakon opera kau tu.” Hakimi dah tukar jadi Hitler. Hisy adakah patut panggil aku pelakon opera? Bukan ke makwe dia selama ini lagi tebal make upnya.

“Dah jangan nak mengomel.” Hakimi membuat muka ku menjadi masam.Dia menghulurkan kotak tisu dari berlakang Audinya padaku. Lambat-lambat aku mengambil kotak tisu itu. Lepas satu-satu aku tarik dan dengan lemah aku lap ke muka.

“ Tak boleh tanggallah.” Ujarku. Aku sengaja tak mahu make up itu tanggal. Hakimi yang sedang memandu memandang mukaku dengan tajam. Takutlah pula.

“Hmm... Tak boleh tanggal ke kau nak aku yang lapkan muka kau Mai? Ambik mineral dari dashboard tu untuk basahkan tisu.” Saat itu aku tahu aku dah tak boleh nak mengelak. Lambat-lambat aku keluarkan botol kecil tonic dari begku. Tonic yang khas mencuci make up.

Sekejap sahaja aku rasa ‘topeng’ yang aku pakai tadi hilang dari wajahku. Aku sengaja menekan kuat bibirku bagi menghilangkan gincu merah menyala dari bibirku. Tak ku kira sakit bibirku yang pecah. Yang aku tahu ingin menunjukkan rasa marahku. Tak lama kemudian terasa tanganku yang sedang enak mengejarkan bibirku di tarik.

Rupanya Hakimi sedar apa yang sedang aku lakukan. Dia memakirkan kereta audinya di pinggir jalan.

“Boleh tak jangan nak tunjuk perasaan macam tu? Suka sakiti diri sendiri.” Bentak Hakimi. Hisy dia memang tahu je trick ku. Hisy tak boleh nak kelentong. Aku menoleh padanya. Memandang tajam di matanya. Melawan.

“Suka hati akulah. Ini tubuh aku. Kau kan tahu aku tak suka di paksa dan terasa terpaksa.” Bentakku kembali. Peliknya Hakimi tak memperdulikanku.
Tangannya mencapai daguku. Rupanya dia sedang sibuk membelek pipiku yang nampak jelas ada kesan calar. Aku berharap dia tak perasankan bibirku yang pecah itu. Namun harapanku tinggal harapan apabila aku terasa jarinya menekan tepi bibirku.

“Auwww...Sakitlah.” Ku tepis tangannya dari pipiku. Dia merenungku tajam.

“Aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku. Siapa je yang buat kau sampai pecah bibir ni? Aku tak rasa hanya Yana.” Soalan ini yang aku takutkan. Aku hanya tunduk.

“Mai. Please.” Hakimi memujukku. Dia tak mahu berkasar kerana dia pasti tahu kalau dia berkasar aku akan melawan lagi.

“Abang dia. Masa aku nak melawan balik Yana. Abang dia tampar aku. Then kan aku pergi tendang dia punya ‘ehemmm’. Terduduk dia. Memang lawak lah.” Aku ketawa mengenangkan apa yang terjadi tadi. Hakimi hanya tersenyum.

“Kau ni dah jadi macam ni pun nak ketawa lagi. Kita pergi klinik then buat laporan polis. Aku tak akan lepaskan dia orang tu.” Aku tersenyum mendengar arahan Hakimi. Kerana ini aku ingin menyembunyikan hal ini daripada dia.

Sejak aku mengenali Hakimi dari dulu lagi. Dia tak pernah lepas tangan dari menjaga dan melindungiku. Sesiapa yang menyakitiku akan di balas balik oleh Hakimi. Aku tak suka itu. Aku tak bangga dengan itu. Aku tak mahu Hakimi mengumpul musuh kerana ku.

“Its okay Kimi. Sikit je ni.” Aku memang menolak sama sekali. aku tahu rancangan Hakimi ini. Hakimi ini memang menakutkan. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia hendak.

“No. Kita pergi klinik.” Tegas betullah mamat ni.



Seperti yang di rancang kami pergi ke klinik kemudian ke balai polis. Lapar perutku. Dah rasa macam di cucuk sembilu pula ulu hatiku. Sah-sah... gastrikku akan menyerang. Dengan muka tak bersalah aku memandang ke arah Hakimi yang memandu.

“Kimi. Jom kita makan aku laparlah. Aku tak makan lagi ni.” Ajakku.

“Kau tak makan lagi. Kenapa tak cakap? Kau kan gastrik” Aik kena marah lagi aku ni?

“Hai kau marah aku pulak. Siapa yang macam Hitler seret aku ke sana ke mari tadi?”
Sergahku. Hakimi hanya tersenyum. Tahulah salah dia tu.

Aku baru nak jadi calon mak nenek. Bunyi telefon Hakimi telah menyelamatkannya. Aku mendengar Hakimi berbicara di talian pasti ibu dia. Lembut dan penuh sopan. Sewajibnya seorang anak.

Pada mata orang lain Hakimi memang playboy. Memang keras kepala. Suka memaksa. memang menjengkelkan. Namun di sebalik apa yang orang nampak itu padaku, Hakimi seorang sahabat yang baik. Seorang anak yang soleh. Seorang rakan yang memahami dan seorang peguam yang bijak dan ada etika. Dia pelindungku. PADAKU HAKIMI SAHABAT CINTAKU.

p/s Iman minta maaf.. kalau term-term makeup tu salah di gunakan... sebab iman ni pun tak bermakeup... hehehe...

Thursday, April 16, 2009

Jodoh atau Cinta 26

Rumah mewah Dato Arif dan Datin Hajar meriah dengan tetamu di majlis akad nikah Arrisya dan Hakim. Tuan rumah sibuk melayan tetamu. Danish dan Iman tak menang tangan di buatnya. Masing masing sibuk melayan tetamu.

“Hai. Sibuk je nampaknya?” Iman berpaling. Terpampang wajah Iskandar. Iskandar yang penah tersalah anggap yang dia tunang lelaki itu dulu. Rupanya Iskandar ini adalah projek manager dia yang baru di Cameron Highland. Menggantikan Johan yang sambung belajar bersama Isterinya.

“Hai, Hmm sibuk sikit. Dah lama sampai? Dah makan?” Iman berbasa basi dengan tetamunya. Sebagai tuan rumah dia perlu berbaik dengan tetamu.

“Dah lama dah. Dah siap makan pun. Dari tadi tengok you ke hulu ke hilir. You je tak sedar I kat sini.” Ini yang membuatkan Iman tidak selesa dengan Iskandar. Lelaki itu selalu cuba menyampaikan maksud di sebalik kata-kata. Dia tidak mahu prejudis tapi dia tak boleh mengelak dari perasaan itu.

“Oh ye ke. Sorry I tak perasan. Sibuk sangat.” Iman cuba berbaik sangka.

“Hai sayang.” Danish yang datang tiba-tiba memeluk lembut pinggang isterinya. Dari tadi dia melihat Iman bercakap-cakap dengan lelaki itu. Dia seperti pernah lihat lelaki itu, hanya Danish terlupa kat mana.

“Hai. Danish kenalkan ini Iskandar, projek manager untuk projek kat Cameron. Iskandar, kenalkan suami saya Danish.” Iman memperkenalkan kedua-duanya. Dia lega Danish datang.

“Danish, I macam pernah jumpa you.” Danish menghulurkan salam perkenalan. Iskandar menyambut dengan senyuman penuh makna.

“Well, kita memang pernah jumpa. I yang tersalah anggap Iman tunang I masa kat restoren selera Borneo dulu.” Tanpa bersembunyi Iskandar memperkenalkan dirinya. Senyumannya menghantar getar yang tersendiri dan nyata Danish tak menyukai lelaki di hadapannya itu.

“Oh. I lupa. Sayang, jom teman abang makan.” Iman hanya mengangguk sambil menuruti langkah Danish. Mereka makan bersama namun Iman perasan Danish lebih banyak berdiam diri. Seolah-olah Iman langsung tiada di sisi lelaki itu.



Danish naik ke biliknya yang kini di kongsikan bersama Iman. Entah kenapa hatinya rasa tak sedap sejak dari berjumpa dengan Iskandar tadi. Danish bagai dapat merasakan yang Iskandar itu menyimpan sesuatu perasaan terhadap Iman dan dia sebagai suami tidak suka perihal itu.

Bunyi lagu My Baby You mengejutkan Danish. Danish mencari-cari dari mana bunyi itu datang. Akhirnya dia terjumpa dengan handset Iman yang menyala di atas meja cermin. Ada message masuk... Danish tanpa teragak-agak membuka message itu.

Abg 2ggu kat tpt biasa.

Saat membaca sms itu hati Danish dah bagai di bakar. Abang? Siapa ini? Berabang-abang dengan isterinya? Danish membuka detail. SMS itu datangnya dari Farhan. Sakit hati Danish membaca nama Farhan yang tertulis di dalam handphone Iman... “ABG FARHAN”.

Tak kisah dikata penceroboh atau tak. Danish membuka setiap SMS yang ada dalam inbox itu. Kebanyakkannya SMS dia dan Farhan. CEMBURU... Danish cemburu. Siapa Farhan ini? Apa hubungan mereka? Danish tak boleh nak menerima jika Iman berlaku curang padanya. Dengan sengaja Danish menekan butang delete terhadap SMS yang baru masuk tadi. Sakit hatinya...



JANJI TINGGAL JANJI. Janji Danish menemani Iman ke Cameron hanya tinggal janji apabila Danish tiba-tiba menyatakan dia terlalu sibuk dan tak boleh menemani Iman ke Cameron. Saat itu Iman rasa kecewa. Namun dia cuba memahami Danish.

Iman perasan sejak hari penikahan Kak Risya. Danish seperti menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi kemanjaan dalam hubungan mereka. Tiada lagi bisikkan rindu dari Danish buat Iman. Tiada lagi kemesraan yang di tunjukkan. Dua minggu Iman di Cameron. Tak ada satupun panggilan telefon dari Danish bertanya khabar. Kini Iman seolah-olah kembali kepada kehidupan dulu. Hanya Danish masih megabil berat kebajikannya. Masih menjemputnya dan menghantarnya pulang. Masih mengambil berat makan minumnya. Tapi cukupkah itu semua?

“Cik Iman? Cik Iman?” Zila terpaksa menguatkan suaranya apabila Iman seakan tak mendengar bila dia memanggil. Iman tersentak lalu tersedar.

“Sorry Zila. Ada apa ye?” Iman bertanya lembut pada Zila. Malu di tangkap anak buah ketika termenung di dalam pejabat.

“Cik Iman okay ke ni?” Zila sekadar mengambil berat pada ketuanya.

“Saya okay. Awak cari saya kenapa ni?” Iman cuba mengukir senyuman buat Zila biarpun hambar.

“Saya nak tanya pasal kontrak dengan Sufiah Holding. Saya cari failnya tak ada. Mungkin pada Encik Aiman. Kami perlukan fail tu untuk lunch meeting kejap lagi.” Zila menyatakan hasratnya. Iman mengerling ke arah jam. Dah puluk 12.30 ni. Kejap lagi lunch hour.

“Tak apa. Jom saya ambikkan untuk awak.” Iman membawa Zila melagkah ke bilik Danish di sebelah biliknya.

Tak perlu dia menyelak sangat. Fail itu ada pada tray keluar di kabinet belakang tempat duduk Danish. Iman menyerahkan fail berwarna biru itu pada Danish. Namun saat dia ingin melangkah keluar ada satu sampul coklat diatas meja Danish yang menarik perhatiannya. Entah kenapa tergerak hati Iman untuk membuka sampul surat itu.

“HAH...” Iman hampir menjerit melihat isi sampul surat itu. Semua gambar-gambarnya. Gambarnya bersama Iskandar di Cameron ketika di site. Gambar dia keluar dengan Farhan. Memang setiap satu itu gambarnya dengan lelaki.

Hati Iman mendidih. Patutlah Danish dingin dengannya. Rupanya Danish memasang pengintip untuk mengekorinya? Untuk apa semua gambar-gambar ini? Supaya Danish boleh meceraikannya dan meletakkannya sebagai isteri yang curang? Danish sudah dapat apa yang dia mahukan. Iman tak percaya semua ini berlaku. Lagi-lagi saat dia leka dengan kasih Danish. Air mata sudah mula bertakung.


“Iman? Buat apa?” Suara Danish membuatkan Iman berpaling. Wajah Danish di pandang kabur dengan air mata. Soalan Danish di biarkan sahaja.

“ Kenapa ni?” Danish menghampiri Iman. Terkejut melihat gadis itu menangis. Tanpa suara Iman menyerahkan gambar-gambar itu pada Danish.

“Kalau awak nak lepaskan saya. Tak perlu bayar pengintip untuk cari bukti yang saya curang. Awak boleh cakap je. Saya boleh tolong cakap dengan papa, dengan mama yang saya ni bukan isteri yang baik buat awak. Tak perlu buang duit.” Sayu sungguh suara Iman. Danish tersentak dengan apa yang Iman katakan. Dia melihat gambar di tangannya satu persatu. Darahnya berderau naik.

“Mana Iman dapat ni?” Tengking Danish.

“Sepatutnya awak lebih tahu kan? Dah lah Danish. Saya tunggu surat peguam dari awak. Lagipun memang saya dah lama menunggu.” Sinis suara Iman. Iman tanpa dapat di tahan melangkah pergi. Iman masuk ke biliknya mengambil beg tangan lalu melangkah keluar dari pejabat yang terasa sesak itu.


Lama Danish terkedu di tempatnya. Saat dia tersedar dia melangkah keluar. Saat itu dia melihat Iman sudah menuju ke arah lift. Danish mengejar Iman. Dia tahu Iman salah sangka. Danish juga tahu yang Iskandar memang menyimpan perasaan terhadap Iman dan Iman tak pernah melayan Iskandar. Itu cukup meyakinkan dia yang Iman setiap padanya. Hnaya sekarang dia keliru hubungan Iman dan lelaki bernama Farhan.

“Iman please.” Danish cuba menerangkan sesuatu pada Iman. Namun keadaan menyukarkan mereka. Dengan lift yang semakin ramai penduduknya itu.

Iman keluar di aras paling bawah. Di tempat pakir. Iman tahu Danish tak akan melepaskannya dengan mudah. Jadi kalau tercetusnya perang pun nanti biarlah di kawasan orang yang tak nampak.

“Iman please. Dengar dulu apa yang abang nak cakap?” Danish menarik tangan Iman. Membawa tubuh Iman berhadapan dengannya.

“Nak dengar apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat?” Iman membuat nada bosan.

“Iman tolonglah. Abang tak tahu pun pasal gambar-gambar tu.” Danish memang tak tahu pasal gambar-gambar yang tiba tiba muncul itu.

“Tak tahu? Saya jumpa atas meja awak.”

“Serius abang tak tahu macam mana gambar tu boleh ada.”

“Tolonglah Danish. Tak perlu nak berselindung. Awak memang tak percayakan saya kan? Awak memang ada motif nak tuduh saya curang.”

“Kenapa Iman ni?. Kenapa degil sangat ni? Main tuduh-tuduh.” Ego Danish dan memuncak mendengar tuduhan itu.

“Saya tak tuduh tapi benda nyata.” Iman pun tak mahu mengalah.

“Hmm Okay... Tapi betulkan Iman keluar dengan lelaki lain. Keluar dengan Farhan?” memang cari penyakit.

“Kalau ya kenapa? Awak kan suka kalau saya curang. Sekurang-kurangnya saya tak pernah bawa balik lelaki. Macam awak dan Maya.” Iman pula datang egonya.

“Iman!!! Antara abang dengan Maya tak pernah melampau batas tau. Jangan nak tuduh sebarangan.”

“Saya tak tuduh. Dua kali saya nampak. Masa saya nak bagitahu awak kak Risya ada dengan saya lat Liverpool. Masa saya kat kondo awak kat London dulu. Dengan mata kepala ini saya nampak Maya keluar dari bilik awak.” Danish terkedu dengan apa yang Iman katakan. Sungguh dia tak ingat bila masa dia bawa Maya ke kondonya. Danish ingin membela diri tapi terganggu dengan suara lelaki yang memanggil nama Iman.

“Iman...” Iman kenal suara yang memanggilnya. Farhan. Iman menoleh ke kanan. Betul Farhan.

“Abang.” Secepat kilat Iman belari ke arah Farhan menyembam muka ke dada abangnya. Menangis.

“Kenapa ini?” Hanya soalan itu keluar sebelum Farhan terasa tubuh Iman di tarik ke menjauhi tubuhnya dan satu tumbukan padu mengenai pipinya.

Iman terkedu. Danish menumbuk abangnya. Iman melihat Danish ingi bertindak lagi. Iman menahan tubuh Danish dari menghampiri abangnya yang sudah tersungkur.

“Awak ini kenapa?” Iman menjerit pada Danish. Dia menghampiri Farhan. Membantu abangnya berdiri.

“Iman tanya kenapa? Iman sedar tak Iman berpeluk dengan lelaki lain depan Danish? Iman sedar tak yang Danish ni suami Iman? Iman sedar tak?” Tengking Danish.

“Kenapa salah ke Iman peluk abang Iman sendiri. Salah ke Iman peluk abang kandung Iman. Darah daging Iman sendiri? Salah ke?” Danish terkedu. Farhan dan Iman adik beradik? Ya Allah apa yang aku lakukan.

“Iman... Danish tak tahu yang...” Danish tak tahu nak kata apa lagi.

“ Awak kata awak sayang saya. Tapi awak tak tahupun yang saya ini ada abang. Awak tak kisah pun siapa saya. Siapa keluarga saya? Entahlah. Saya tak tahu nak percaya atau tak pada awak lagi. Saya tak tahu nak fikir apa. Hanya saya minta jangan ganggu saya buat masa ini.” Iman memimpin tangan abangnya pergi dari situ. Tak percaya Danish cemburu pada abangnya sendiri. Danish hanya mampu melihat Iman berlalu pergi.

“Baru nak ajak Iman makan dengan abang dan Kak Intan tak sangka dapat makan penumbuk.” Seloroh Farhan. Dia tahu adiknya terluka. Tapi dia tak salahkan Danish. Ini semua hanya salah faham.

“I’m Sorry.” Hanya kata maaf mampu keluar dari bibir Iman.

“It’s okay. Ini semua salah faham. Adik jangan marah sangat. Danish tak salah. Cuma dia salah faham je. Abangpun akan naik angin kalau tengok kak Intan peluk lelaki lain. Silap-silap patah leher lelaki tu abang kerjakan. Cemburu itu tandanya sayang.” Nasihat Farhan. Dia tak mahu hanya kerana salah faham adiknya melepaskan bahagia di hadapan mata. Iman tak bertindak balas sebaliknya hanya berdiam diri.

P/S my lovely reader. please drop your comments for me to create better storyline in this novel-suggestion maybe- thanks to all your help...thsnks to all my reader

Friday, April 10, 2009

Jodoh Atau Cinta25

“Terima kasih Tengku. Saya boleh jaga diri saya sendiri.” Jawapan Iman mengundang kemarahan Suhana. Malu dia dengan Tengku Farid.

“Adik! Mama tak pernah ajar adik macam tu.” Merah muka Suhana menahan marah. Farhan memandang kemarahan Suhana.

“Hmm... Malam ni mama tidur rumah Han ke mama nak tidur rumah Iman?” Farhan cuba menukar tajuk. Mata Suhana mencerlung memandang wajah Farhan. Tahu Farhan cuba menyelamatkan adiknya.

“Mama tidur kat rumah Farhan. Kalau duduk dengan adik kang gaduh pulak.” Sinis ayat Suhana. Iman tahu mamanya marah pada dirinya.

Tak lama kemudiaan mereka meminta diri untuk berpisah. Demi untuk tidak menaikkan kemarahan mama mereka. Farhan sengaja menawarkan untuk menghantar pulang Tengku Farid. Tengku Farid jelas gembira. Namun sampai di banglo empat tingkat milik Tengku Farid itu, rata-rata anaknya tidak mahu masuk dan menjadikan hari sudah lewat. Saat itu sempat Tengku Farid berbisik pada Suhana yang dia tidak ambil hati pada anak-anaknya kerana dia tahu anak-anaknya tidak bersalah. Keadaan memaksa mereka begitu.




Keberlakangan ini Iman memang terlalu sibuk. Sibuk menguruskan majlis Arrisya lusa ini. Ke sana ke mari dia dengan Datin Hajar menguruskan majlis itu. Seperti Iman jangkakan janji Danish membantu hanya tinggal janji apabila Danish terpaksa ke London menguruskan sesuatu.

Dah hampir tiga minggu Danish ke sana. Adakalanya rindu mula menjenguk hati Iman. Entahlah... yang pasti dia memang rindu. Namun tak pernah terluah dari bibir Iman. Hanya Danish membisikkan kata rindu itu saban malam di telinganya. Hmm... Rindunya... Tambah-tambah lagi dua tiga hari ini Iman terlalu sibuk sampai langsung tak ada masa untuk YM bersama Danish. Tak nampak muka... Hanya suaminya itu yang telefon dia setiap hari.

“Iman, Ni telefon.” Iman terperanjat di tegur oleh Datin Hajar. Lambat-lambat dia mencapai handphonenya itu.

“Hello” Iman memberi salam.

“Hello sayang buat apa tu?” Kedengaran suara Danish ceria di hujung talian.

“ Assalamualaikum. Iman tengah isi gula-gula dalam kotak ni.” Iman gembira sekali mendengar suara Danish. Pantas dia bangkit menuju ke tingkap di tepi sebelah kirinya. Memandang ke luar. Wajahnya penuh berseri.

“Isi gula-gula ke termenung? Rindu kat abang ye?” Uji Danish.

“Danish kat mana ni?” Iman mengelak.

“Abang tahu Iman rindukan abang dan...” Iman terasa dekat sangat suara Danish dengan dirinya. Tiba tiba Iman terasa ada tangan memeluk pinggangnya dan ada bahang tubuh yang melekat di berkangnya. Seretak itu dia terdengar suara Danish berbisik di telinganya.

“Dan abang pun rindukan sayang.” Suara Danish itu membuatkan Iman berpaling. Dia tak bermimpi. Danish di hadapannya kini.

“Danish ni jahat. Suka usik Iman. Bila sampai ni?” Iman menghulurkan salam untuk bersalaman dengan Danish. Danish menyambutnya. Sebaik Iman mengangkat kepala selepas mencium tangannya, Danish menarik Iman di pelukkannya. Melepaskan rindu.

“Danish. Malulah kat orang.” Iman menolak lembut dada Danish. Bertapa saat ini dia memang mahu dekat dengan Danish sebegitu hanya tuhan yang tahu. Tapi dia masih di asuh dengan sifat ketimuran yang penuh dengan rasa malu.

“Ala sayang sekejap je. Abang rindu ni.” Danish masih belum mahu melepaskan Iman. Danish menatap wajah Iman. Iman turut merenung wajah suaminya. Mata bertautan. Masing-masing melepaskan rindu. Mereka lupa di mana mereka Iman menglilitkan tangannya manja di leher Danish.

“Bila Danish sampai?” Tanya Iman lembut.

“Dah lama dah. Sayang tu termenung sampai tak sedar abang dah balik.” Nada Danish seakan merajuk. Namun pegangannya di pinggang Iman di pereratkan.

“Orang buat kerjalah. Mana ada termenung.” Iman menutup malu.

“Yelah tu buat kerja. Dari abang datang tadi sampai abang call, abang tengok sayang pegang kotak yang sama je. Ini mesti sayang rindukan abang sebabtu termenung. Apa kata orang dulu-dulu. Makan tak kenyang, mandi tak basah?” Usik Danish. Iman tertunduk menahan malu. Dia hanya mengakui dalam hati.

“Ada-ada je Danish ni. Macam mana kerja kat sana dah selesai?” Tanya Iman.

“Alhamdullilah, dah selesai apa yang patut dah. Cuma penat lah sayang. Tak cukup rehat.”

“Kenapa? Banyak sangat kerja ke?” Iman bertanya dalam keadaan kesian.

“Banyak tu memang banyak. Kerja untuk tiga bulan siapkan dalam tiga minggu. Abang tak bolehlah. Kena siapkan juga cepat-cepat. Pagi petang meeting.” Rengek Danish.

“Kenapa Danish nak buat cepat-cepat sampai rehat pun tak cukup?” Iman tak senang.

“Mana boleh tangguh-tangguh. Abang nak siapkan cepat-cepat sebab nak balik cepat. Rindulah kat sayang. Mana tahan asyik call dengan YM je. Sesekali nak gak peluk sayang macam ni. Next time abang pergi. Iman kena ikut tau.” Danish sudah memerintah.

“Tengoklah macam mana. Kalau Iman sibuk tak boleh lah. Minggu depan ni pun Iman kena pergi Cameron siapkan kerja.” Iman menjatuhkan tangannya. Lenguh tangan Iman bergayut di leher Danish. Namun dia tetap membiarkan Danish memeluknya.

“Sayang nak pergi Cameron? Abang ikut ye?” Seraya itu Danish mencium dahi Iman. Iman tak sempat menjawab dah terdengar suara Datin Hajar menegur mereka.

“YA allah. Budak-budak ni. Tak malu ke? Hmm tahulah rindu. Hisy mama yang tengok segan. Maaflah Kak chik, Kak Ngah. Anak menantu saya ni memang macam ni. Yelah pengantin lama yang baru. Itulah dulu, lepas kahwin je sorang kat sana sorang di sini. Bila dah tahu nikmat perkahwinan ni, hmm... baru tahu. Sampai tak lepas tu. Berpisah sekejap je dah macam rindu setahun.” Seloroh Datin Hajar pada kakak-kakak sepupunya yang datang membantu. Iman segera menolak Danish menjauh. Pelukkan Danish terlepas. Di kerling wajah Iman memerah. Baru mereka sedar, rupanya banyak lagi orang di situ memerhatikan mereka. Mana dengan saudara mara yang datang membantu dengan beberapa pereka pelamin yang di upah menghias pelamin.

“Ala mama ni. Mama juga cakap kitaorang ini pengantin lama yang baru. Sekarang ni nak bayar hutang lepas lah. Dulu dulu kan tak bermanja.” Selamba Danish menuturkan tanpa ragu. Iman pula yang jadi malu. Segera Iman meminta diri ke dapur. HISHHH>>> MALUNYA.