Saturday, January 31, 2009

Jodoh atau Cinta 7

Iman termenung keluar balkoni kondominium miliknya. Sengaja dia meminta Hakim terus menghantarnya pulang selepas makan tengah hari tadi. Sesungguhnya dia tiada mood untuk meneruskan rutin pejabatnya untuk hari ini. Kehadiran Danish benar-benar menganggu ketenteramannya. Lebih baik dia balik dari membuang masa di pejabat. Bukan dia boleh membuat apa kerja pun. Zila dan Zahlia sudah di beritahu tentang cutinya. Memikirkan kepulangan Danish. Dia ada enam bulan lagi untuk terus hidup dalam keluarga Dato Arif dan Datin Hajar. Dia perlu memikir caranya bagaimana untuk keluar dari keluarga itu tanpa menyakiti sesiapa.

HATI... Sanggupkah hatinya ini meninggalkan segala yang di milikinya sejak tiga tahun ini. Iman tahu bukan mudah kedua mertuanya menerimanya. Jika tidak kerana kemalangan dulu dan jika tidak kerana rasa terhutang budi pada dirinya mungkin mertuanya itu masih belum boleh menerimanya. Iman sedar Dato Arif dan Datin Hajar mula berbaik dengannya setelah kemalangan itu terjadi. Itupun atas budinya membantu memberi semangat di kala keluarga itu memerlukan seseorang untuk terus menyokong agar mereka boleh berdiri. Kalau tak disebabkan itu mungkin kedinginan masih membalut hubungan mereka. Dia tidak kisah itu. Dia tahu kedua orang tua itu menyayanginya. Sekarang sanggupkah dia meninggalkan kebaikan mereka?

DANISH... Lelaki itu sudah banyak berubah dan lelaki itu mula bercakap dengannya. Tetapi itu semua tidak menyentuh hatinya. Hati Iman sudah terlalu beku. Dulu sejujurnya dia pernah mengharapkan Danish menjadi raja hidupnya. Mengharapkan Danish memberi pelangi bahagia di hari-harinya Lantas Iman berikan kesetiaan. Lalu Iman harapkan masa akan menyatukan mereka seperti kisah dalam novel yang dibacanya.

NOVEL... Itu membuat Iman memasang angan bahagia di samping Danish. Novel yang mengganggu kewarasan Iman sehingga menerima pernikahan ini. Novel yang membuat dia terus berfantasi... Yang mulanya kahwin paksa kemudiannya si suami jatuh cinta kerana kelembutan dan kesabaran si isteri dan akhirnya hidup bahagia. Bertapa bodoh rasa dirinya percaya itu semua. Dia sendiri cuba berbaik. Cuba sabar dengan Danish sebaik selepas mereka bernikah. Dia cuba meyakinkan dirinya dirinya isteri Danish dan Danish akan jatuh cinta padanya. Tetapi kemesraan Danish bersama Maya membuat Iman sedar dirinya silap. Kini Iman sedar yang ini dunia nyata. Bukan novel. Bukan drama. Tak mudah untuk menyemai cinta antara dua hati. Tak mudah untuk seseorang itu JATUH CINTA.

CINTA... memang tak pernah wujud di antara mereka. Siapa yang akan mencinta jika penyatuan atas dasar paksaan. Siapa akan jatuh cinta jika masa sentiasa memisahkan mereka. Siapa yang akan jatuh cinta jika jarak sentiasa menjauhkan mereka. Tak mudah untuk membenihkan cinta di dalam dua hati. Beratus kesabaran, beribu kebaikan malah berjuta kesetiaan sekalipun belum tentu boleh mencambahkan cinta di hati seseorang. Satu yang pasti ialah rasa terhutang budi. Iman tak mahu sayang itu hadir kerana budi. Jadi Iman pasti hanya satu yang ada pada mereka hanyalah jodoh.

JODOH... Ya jodoh yang masih kuat membuat dirinya masih bergelar isteri Danish sehingga saat ini. Jodoh yang membuatnya bernikah dengan Danish atas dasar budi yang di tabur dan tak ketinggalan angan percintaan ala novel yang pernah diidamkan dulu. Jodoh yang meyebabkan Danish menerimanya kerana harta. Ahhh... Baru hari ini Iman sedar yang dia dan Danish bersatu atas dua sebab yang berbeza yang membuatkan dia dan Danish jauh pada hari ini dan akan jauh untuk selamanya.

Zahlia masuk sambil menatang secawan teh untuk Danish. Itu memang rutinnya sejak Danish masuk berkerja di sini seminggu lalu. Dia perasan Danish tidak keluar sejak dia balik dari lunch tadi. Ada khabar angin menyatakan Danish bergaduh dengan Iman sehingga lelaki itu menghempas pintu siang tadi. Itu cerita beberapa kakitangan yang tinggal tidak keluar makan engahhari tadi. Kata mereka bos baru mereka itu cemburu Iman keluar makan dengan Hakim. Hah... mulut orang bukan boleh percaya sangat.
“ Encik ini airnya. Encik nak apa-apa lagi ke” Tanya Zahlia berbasa-basi.
“Tak. Awak boleh keluar” Nada Danish yang bergitu tegas menakutkan Zahlia. Alamak angin monsun bosnya bertiup agaknya. Tanpa pamitan Zahlia ingi keluar. Dia kan baru kena halau.
“Hmm... Zahlia, tunggu sekejap. Saya nak tanya awak sesuatu.” Danish mengangkat muka memandang Zahlia.
“ Ya Encik.”
“ Hakim... I mean Doctor Hakim. Awak kenal dia.?” Tanya Danish.
“Oh... Dr Hakim . Kenal. Rasanya semua pekerja kat divison ini kenal Dr Hakim. Dia kawan Cik Iman.”
“ Jadi Hakim selalu datang sinilah?”
“Hmm... Tak selalu tapi selalulah juga.”
“Awak ni macam mana Zahlia. Jarang tapi selalu?”
“Eh... Macam ni En Aiman. Dulu jarang lah juga. Tapi selepas Cik Iman kemalangan Dr Hakim selalu juga hantar dan ambil Cik Iman. Kadang-kadang keluar makan. Cik Iman agaknya masih trauma sejak kemalangan tu sebab tu Cik Iman tak memandu. Kalau tak ada Dr Hakim pun Cik Iman naik teksi je. Kalau tak pun Puan Arrisya yang hantar dan ambil dia.”
“Oh... Awak ada nombor handset dan alamat Iman sekarang?” Pertanyaan itu membuat Zahlia tersenyum.
“ Ada tapi Cik Iman ada dua. Satu nombor handset khas untuk urusan pejabat dan satu cuma untuk family dia. Nanti saya bagi Encik nombor yang dia guna untuk business tapi kalau dia cuti dia jarang on nombor tu. Kalau nombor satu lagi tu saya tak beranilah nak bagi Encik Aiman. Takut Cik Iman marah pula nanti.” Wajah Zahlia serba salah.
“Awak bagilah dua-dua. Susah saya nak cari nanti kalau ada apa-apa. Sekejap lagi saya pergi cakap dengan dia sendiri. Dia adakan? Kenapalah ada peraturan nombor untuk business dengan keluarga mcam tu. Menyusahkan aje.” Omel Danish.
“Biasalah Encik Aiman. Cik Iman tu banyak peminat. Kadang-kadang dapat juga kami merasa bunga dan coklat free dari Cik Iman. Dari peminat dia tapi Cik Iman selalunya bagi sama rata kalau tak pun buat hiasan bilik mesyuarat. Cik Iman kan baik. Encik Aiman, Cik Iman cuti setengah hari hari ini. Kalau Encik nak cari dia sekejap lagi saya bagi nombor telefon dia.” Tanpa sedar cerita Zahlia membuat Danish menahan nafas. Cemburu dan rasa tergugat.
“Dia cuti?” Tinggi suara Danish mengejutkan Zahlia.
“Ya. Cik Iman telefon kata dia cuti tadi.”
“Okay. Tak apa. Awak ambil nombor dia sekarang.” Tergesa-gesa Zahlia melaksanakan arahan Danish. Sekejap sahaja mood Danish sudah berubah balik. sekejap baik sekejap monsun. Hmm nasib dia jadi kuli.

Iman agak lewat hari ini. Nasib baik Arrisya sudi menghantarnya. Kalau tidak mesti punch card dirinya merah buat kali pertama. Agak lama juga dia menunggu lif di bawah kerana tidak sempat menaiki lif yang baru saja lepas. Nasib ternyata tak menyebelahi dirinya. Sekejap sahaja Danish sudah berdiri di sebelahnya.
“Semalam pergi mana?” Suara Danish memecah hening pagi itu.
“Waalaikumsalam.” Sinis suara Iman. Dah siapa suruh tak reti bagi salam.
“ Semalam pergi mana?” Sekali lagi persoalan tu di lontarkan. Sindiran di biarkan sepi oleh Danish.
“Bukan urusan awak.”
“Awak cuti setengah hari semalam, kenapa?”
“Awak tak ada hak nak tahu.”
“Be more responsible Iman.” Tegas suara Danish. Iman berjaya mencabar ego Danish. Sakit hati bila perntanyaan dia tak di jawab oleh Iman.
“Encik Aiman tahu saya cuti setengah hari semalam. Itu tandanya saya cukup bertanggungjawab atas kerja saya dan Encik Aiman tak ada hak nak tahu saya pergi mana? Saya buat apa? Itu hak saya sebab saya dalam cuti. Lagipun I ini penganalisis operasi syarikat bukan your personal assistant yang I kena lapor setiap gerak geri pada you.” Tegas Iman. Dia pantang orang menganggapnya tidak bertanggungjawab.
“Morning Iman. You pergi mana semalam? Tiba-tiba saja cuti?” John, jurutera syarikat menghentikan ketegangan antara kedua-duanya. Kebetulan dia baru saja sampai.
“Saja I nak rehat sekejap. I kan baru balik Cameron so little bit tired. Kenapa you cari I?” Mesra pula Iman dengan John.
“Oh. I nak ingatkan you yang kita ada meeting dengan pemaju pukul sepuluh nanti. Cari you tapi tak ada.”
“Hmm... Ingatkan apa. Bukan you tak boleh pesan pada Zila. Saja lah tu nak ganggu I.” Usik Iman.
“Well Iman, you kan tahu I nak mengorat you. Tapi I tak sanggup nak potong je. hehehe. Kalau sanggup dah lama I ajak you kahwin.” balas John.
“Gila lah you John.” Malu Iman mendengar usikan John yang di kira sudah lebih itu.
“Eh...Hello Mr Aiman. Sorry I baru perasan. Well I tak nampak orang lain dah kalau jumpa Iman ni. Just joking.” John baru perasan yang kehadiran Danish. Sedangkan lelaki itu sudah menahan penumbuk melihat isteri sendiri bersenda dengan lelaki lain. Dayus dirasakan.
“ Never mind. It’s okay.” Nada yang tak ikhlas keluar dari mulut Danish. Kebetulan lif pula sampai. Mereka menaiki lif yang sama.
Lif yang sederhana besar itu akhirnya penuh terisi apabila beberapa orang yang menunggu di hadapan lif lain dari tadi turut menyertai mereka. Iman kurang selesa apabila lapisan hadapannya di baris beberapa orang lelaki. Hampir bersentuh pun ada rasanya. Tiba-tiba Iman terasa pinggangnya ditarik merapati Danish. Tangan Danish melingkari pinggangnya. Makin menarik rapat diri Iman ke tubuh sasa lelaki itu. Tindakkannya seolah-olah menghalang dari Iman bersentuhan dengan lelaki lain.

Iman tergaman. Itu sentuhan mesra yang pertama dirasakannya. Namun rasa itu terhenti apabila pegangan itu terlepas sebaik cukup ruang untuk semua orang sementelah beberapa orang dahulu keluar apabila lif berhenti di tingkat tempat kerja mereka sedangkan pejabatnya dan Danish di tingkat 18. Tahulah Iman perbuatan Danish itu hanyalah pertolongan tapi bukan atas dasar sayang. Ahh... Kenapa dia masih bodoh mengharap Danish. Hisy... Lupakan saja Iman.

Tuesday, January 27, 2009

Jodoh atau Cinta 6

“Abang dah bagitahu Iman ke pasal Danish dah balik sini?” Tak sabar-sabar Datin bertanya pada suaminya yang duduk membaca surat khabar di ruang tamu. Sejak Danish balik suaminya itu sudah jarang ke perjabat. Ambil cuti katanya. Tak sabar rasanya menunggu saat anak menantunya itu hidup semula. Telah lama dia rindukan suara cucu setelah Jehan cucu dari anak sulungnya Arrisya.

“Hmm. Belum lagi. Iman kan masih di Cameron. Kalau tak silap baru hari ini dia balik KL. Lagipun saya rasa biar mereka tahu sendiri lah. Saya tengok mereka berdua tu pun macam tak kisah je hal masing-masing. Danish ke sana. Iman ke situ. Entah ya entah tidak mereka tu masih suami isteri.” Omel Dato Arif. Dia bosan sering di tanya hal sama oleh isterinya. Matanya masih di surat khabar.

“Adakah abang cakap macam tu. Macam suka je mereka tu bercerai berai.” Rajuk Datin Hajar.

“Saya bukan mendoakan lah Jar. Saya pun tak nak mereka tu bercerai berai. Saya sayang Iman tu macam anak sendiri. Dah banyak jasa dia pada kita ni. Anak kita sendiri pun tak ada layan kita macam mana Iman tu layan kita ni. Tapi awak tengoklah anak awak tu sejak dia balik sini ada si Danish tu tanya awak hal isteri dia. Ada dia tanya khabar si Iman tu?” Dato Arif memandang serius wajah istarinya di sebelah.

“Batul juga kata abang tu ye. Danish langsung macam tak kisah pasal si Iman tu. Agaknya Danish belum dapat menerima Iman lagi tak?” Giliran Datin Hajar bertanya kembali pada suaminya.

“Yelah agaknya. Salah kita juga. Dulu masa mereka mula-mula kahwin dulu. Bukannya kita nak merapatkan mereka malah kita lagi suka kalau mereka berpisah. Si Danish tu pun awak racun fikiran dia yang bukan-bukan pasal Iman.” Sela Dato Arif. Dia memang kesal apa yang pernah di lakukannya dulu.

“Awak nak salahkan saya saja. Awak pun sama juga. Hmm tapi abang. Saya rasa saya tahu nak buat apa. Iman tukan taat pada kita. Nanti saya pujuk dia supaya berbaik-baik dengan Danish. Awak tengoklah nanti rancangan saya nak merapatkan mereka mesti berjaya punya.” Senyum Datin Hajar semakin melebar. Otaknya merencana pelbagai jalan untuk menyatukan dua jiwa itu. Arrisya perlu di hubungi segera. Anak sulungnya itu pasti boleh membantunya menjalankan rencananya.

“Suka hati awaklah Hajar. Jangan makin parah pula keadaannya nanti sudahlah. Menantu awak tu laku orangnya. Berebut orang nak buat si Iman tu jadi menantu. Asal awak ingat itu sudahlah.” Ingat Dato Arif. Jauh di sudut hatinya menharapkan rancangan isterinya itu berjaya.

Hakim memberi senyuman tulus pada Zila pembantu Iman yang berselisih dengannya di depan perjabat Iman. Kehadirannya menjadi kesbiasaan di situ. Hakim sudah beberapa kali datang ke pejabat Iman mengajak gadis itu makan tengah hari bersamanya sekiranya ada waktu terluang.

“Assalamualaikum. Busy ke?” Tanpa perlu di pelawa Hakim segera duduk berhadapan dengan Iman.

“Waalaikumsalam. Taklah sibuk sangat. You nak minum apa-apa ke?” Pelawa Iman.

“No. Thanks. I datang ni nak ajak you lunch dengan I.”

“Okay. Tapi you kena tunggu sekejaplah. Kita berdua je ke? Kak Risya?”

“Hmm... Dia tunggu kita kat butik. I ni pun dari butik tadi. Nak ajak you kenalah jemput you. Kalau suruh you ambil teksi alamatnya kebulurlah kami nanti.” Seloroh Hakim. Tahu fobia ataupun post trauma Iman selepas kemalangan itu.

“Ohh.. you mengata I. You tak kerja ke? Asyik berkepit je dengan akak I tu?” Iman pula mengusik.

Tahu kemesraan antara dua sejoli itu. Syukur keluarga Hakim boleh menerima keadaan Arrisya yang berstatus balu beranak satu itu. Jehan anak Arrisya pun mesra dengan Hakim malah memanggil Hakim dengan panggilan abah.

“Balas dendam nampak.” Ketawa keduanya serentak meletus. Meriah suasana di dalam bilik Iman.

“I on call. You pun cepatlah sikit. I lapar ni.” Gesa Hakim. Sebagai seorang doktor memang waktu kerja Hkim sedikit tak menentu.

“Sekejaplah. I kemas barang sekejap.” Iman mengemas harta bendanya. Segala yang penting di masukkan ke dalam beg tangan.

“Dah siap. Jom.” Pantas Iman berdiri di ikuti Hakim. serentak itu pintu yang memang terbuka dari tadi di ketuk perlahan. Tersembul wajah Danish.

“ Hai. I datang salah masa ke?” Nada Danish itu seakan menyindir melihat wajah keduanya terpaku padanya. Seolah sesuatu yang tak kena.

“Hmm.. Ya. Kami baru nak pergi lunch. Anything? Better make it very fast.” Iman memang tiada perasaan.

“Nothing. Saja nak pulangkan mug you. Thanks for the milo. By the way, who is he? Our clien?”

Danish lebih berminat pada Hakim di saat ini. Hatinya sakit dan cemburunya sudah sampai ke tahap kepala. Hanya ego yang menjadi tunggak kewarasannya sekarang untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar batas. Dasarnya ketawa Iman dan Hakim tadi yang mengundangnya ke mari dan mug itu hanyalah alasan.

“Hakim. Ini Encik Danish Aiman, C.E.O baru syarikat ini. Kenalkan Encik Aiman. Doktor Hakim kawan saya.” Iman tanpa ada rasa bersalah memperkealkan keduanya.
Hakim menghulurkan tangan pada Danish dan dapat di rasakan tangan itu di sambut dingin oleh Danish.

Mungkin Danish sudah salah faham dari segi Iman memperkenalnya tadi. Hakim tahu siapa Danish. Hakim tahu status Danish dan Iman. Hakim juga tahu kisah Danish dan Iman. Dengan status Danish sebagai suami pada Iman pasti sahaja salah faham berlaku memandangkan cara Iman memperkenalkan mereka tadi.

“Kalau tak ada apa-apa lagi. Kami minta diri dulu Encik Aiman. Jom Hakim.” Tak sabar Iman meminta diri. Danish sendiri pula tak menghalang hanya mengangguk.
Iman menarik nafas lega setelah sampai di lif. Matanya terarah ke hadapan. Fokus. Seolah-olah mencari keyakinan atas apa yang sedang berlaku dan akan terjadi...

Danish kembali ke perjabatnya. Pintu di hempas kasar. DUMM... Sebiji tumbukan terlepas ke atas meja kerjanya. Satu keluhan kasar terluah sebelum dia lebuh kasar punggungnya di atas kerusi empuk itu. Dia hanya di kenalkan sebagai C.E.O? Hakim sebagai KAWAN? Bukankah status Hakim itu lebih mesra darinya di kehidupan sosial Iman? Sudahlah Iman meletakkan statysnya sebagai bujang dalam fail pekerja. Iman memang saja tempah masalah dengannya.

Friday, January 23, 2009

jodoh atau cinta 5

“DANISH...” Tanpa sedar nama itu terluah dari bibir Iman. Dirinya masih dalam keadaan terkejut. Baru sejam lebih mengetahui Danish atu bumbung dengannya sudah membuatkan Iman rasa sesak nafas di buatnya. Satu kerja pun tak boleh nak fokus.
“ Iman, did you just call my name?” Suara cukup Iman kenali melawati telinganya. Iman sedikit terkedu. ‘Alamak dia dengar ke aku sebut nama dia tadi? Hisy telinga dia ni superpower betullah’ Iman bermoolog dalam hatinya. Perlahan-lahan dia berpaling. Pasti Danish kini di berlakangnya. Suka selamba di pamerkan.
“Hmm... tak sangka Encik Aiman ni perasan orangnya. Mana ada saya panggil awak. Okay lah saya sambung kerja saya dulu.” Iman menahan malu. Dia bergerak pergi dengan air milo masih separuh di dalam mugnya.
“Hmmm... iyelah tu. Air ni untuk saya ye.” Selamba Danish mengambil mug dari tangan Iman lalu di hirup perlahan. Iman tak sempat berkata apa, Danish sudah menghilang.
Danish membawa mug itu di bawa ke biliknya. Beberapa orang memandang pelik padanya. Setiausahanya seperti tekedu melihatnya. Reaksi muka Zahlia setiausahanya itu membuat dia berhenti seketika. Semua melihatnya seperti orang bersalah.
“ Kenapa Zahlia? Awak tengok saya macam nak telan je.” Nada Danish seakan bergurau. Serius dalam bergurau.
“Itu mug cik Iman, Encik Aiman. Nanti Cik Iman...” Tak sempat Zahlia menyudahkan ayat, Danish segera memotong.
“Oh. Itu ke ingatkan apa. Saya share minuman dangan Iman. Satu lagi. Iman tu bukan cik tapi Puan Iman. Awak tolong minta fail perkerja Iman dari Jabatan Sumber manusia.” Tanpa pamitan Danish pantas berlalu. Senyuman di bibirnya. Langkah pertama telah di ambil. Dia mahu semua orag tahu status Iman. Dia tak ada masa untuk ada persaingan sekarang. Iman perlu di jauhi dari semua ancaman lelaki sebelum Danish bisa menawan Iman.
Tadinya Zahlia ingin menegur Danish kerana sangkanya bahawa Danish tersilap mengambil mug Iman tetapi nyatanya dia yang di kejutkan dengan khabar bahawa bosnya itu berkongsi minuman dengan Iman. Tanpa perlu meragui lagi kerana dia sendiri nampak kesan lipstik di mulut gelas putih yang ada tinta I LOVE U di atasnya itu. Melihat warna itu seperti lipstik yang biasa di gunakan Iman.
Tambah mengejutkan adakah di suruhnya memanggil Iman sebagai Puan Iman. Iman dah berkahwin ke? Beberapa staf lain yang berada di Jabatan tersebut terus pergi ke arah Zahlia. Mereka mendengar pekara yang sama di dengari oleh Zahlia dari mulut C.E.O muda itu. PUAN IMAN? Semua tertanya-tanya kini.
“Hisy. Cik Iman dah kahwin ke Zah? Kenapa bos panggil dia Puan Iman?” Salah seorang gadis di pejabat itu pantas bertanya. Mereka yang lain pula menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi.
“Mana lah aku tahu.” Zahlia menjawab perlahan. Seketika kelihatan Iman keluar dari pantry sambil membawa mug merah yang memang tersedia di pantry. Semua mata ke arah gadis itu.
Iman merasa pelik di perhati oleh kumpulan gadis di hadapan meja Zahlia. Malah dia perasan bukan hanya mereka memadangnya seolah-olah dia mahluk asing malah setiap pasang mata yangada di situ juga memandangnya pelik.
“Kenapa?” Suara Iman bertanya. Bagai berjanji semua kepala di situ terus bergerak memandang ke arah lain dan semua sudah kembali ke tempat asal.
‘Hmmm... Ini sah sah mengumpat ni.’ Desis hati kecil Iman. Pantas Iman bergerak menuju ke dalam biliknya.

Sunday, January 11, 2009

Jodoh atau Cinta 4

JEHAN DANIAL Bin Mohd Johan, bayi yang di lahirkan di hari pernikahannya. Sekali lagi Iman memerhati wajah merah Jehan di screen laptopnya. Sayang dia hanya sempat beberapa jam bersama ahli baru itu sebelum bergegas ke airport mengambil penerbangan ke London, kemudian dia akan ke Liverpool untuk menyambung pelajarannya. Sekilas dia menoleh ke arah Danish di sebelah. Dia tak menyangka akan bersama dengan Danish di dalam penerbangan ini.
Baru tadi dia tahu Danish masih menuntut di tahun akhir di London University dan Danish kembali ke Malaysia hanya kerana penikahan mereka. Dia juga bersimpati pada Danish. Danish menjadi mangsa percaturan keluarga sepertinya juga. Rasa bersalah atas kata-kata yang di luahnya sebelum ini. Jadi dia tidak menyalahkan Danish, atas segala ketalunjuran Danish tadi. Iman tahu segalanya hanya satu salah faham.
Kesejukan di dalam kapal terbang ini membuat Iman terasa ingin ke tandas. Perlahan-lahan dia bangkit meninggalkan Danish yang sedari tadi mendengar mp4 di telinganya. Tanpa pamitan dia berlalu pergi. Dia tak ingin menganggu Danish yang khusyuk mendengar lagu itu tanpa memperdulikan dirinya. Entah kenapa sejak di hospital tadi Danish langsung tak ingin berbicara dengannya. Setiap patah yang keluar dari mulutnya di biarkan sepi.
Danish melihat dari ekor matanya Iman bangun dari tempat duduknya. Dia mengeluarkan semula buku dairi yang berkulit tebal itu. Buku yang secara senyap di ambil dari dalam beg baju Iman tadi sebelum mereka bergerak ke lapangan terbang. Ketika itu niatnya nak berbual dengan Iman namun dia ternampak buku yang tampak menarik ini di dalam bagasi baju yang terbuka. Danish menyambung kembali bacaannya. Sesekali terbakar hatinya. setiap coretan didalam terselit nama-nama yang menggetarkan hatinya. Setiap kisah gadis itu tercatit dalam tinta yang indah di dalam buku ini. Dan dasarnya barulah dia tersedar yang dia mengahwini kekasih orang. Kejamnya datuk memaksa gadis itu mengahwininya hanya kerana datuk tak ingin melihat gadis itu terpisah jauh dari keluarga ini walau datuk tahu Iman sudah menjalin ikatan dengan pemuda lain. Pemuda yang cukup di pujanya. Pemuda yang sudah menghantar orang tua untuk melamarnya. Sekali lagi tinta itu di baca.

Maafkan iman, abang. Iman tak berdaya. Hidup ini milik mereka.
Bukan Iman mahukan semua ini. Harta berjuta tak mungkin boleh
membeli Iman tetapi budi yang di hulur itu tak mungkin Iman
lupakan. Iman doakan abang bahagia dan sentiasa berjaya.

SIAPA LELAKI INI? Hati Danish tertanya-tanya. Hati Danish juga terselit cemburu. Mengakui, lelaki itu bertuah mendapat gadis setulus Iman. Iman di lihat lembut dan tulus di matanya. Fikirannya terbayang wajah doktor muda yang nampak kekok berbual dengan Iman di hospital nanti. Namun melihat pandangan sayu sang doktor menjeling pada jari jemari iman yang indah berinai cantik, hati Danish terdetik sesuatu. Ketika itu dia hanya tertanya-tanya namun kini dia pasti bahawa dia telah berkahwin dengan kekasih orang.
“Adik tak apa-apa?” Suara Iman membuat Danish menoleh. Kelihatan Iman melutut memujuk seorang kanak-kanak perempuan. Danish tersenyum. Sejuk hatinya melihat sikap keibuan Iman. Dia sedar Iman memang gemarkan kanak-kanak. Iman kelihatan tidak kekok mendukung Jehan yang baru lahir beberapa jam. Malah Iman kelihatan berseri mendukung bayi yang kecil itu.
Menyedari Iman akan kembali ke tempat duduk di sebelahnya sebentar lagi, Danish cepat menyumbat buku di tangannya ke dalam beg. Sengaja berlagak senyap tak berperasaan.
Iman kembali ke tempatnya. Dia melemparkan senyuman ikhlas pada Danish namun senyuman ikhlasnya di pandang sepi tak berbalas. Iman sedikit pun tak terasa. Baginya dia tak larat melayan karenah prejudis orang kaya.

“DANISH!!” Sebaik keluar dari balai ketibaan. Terdengar nama Danish di laungkan seseorang. Saat itu kelihatan seorang gadis berjalan menuju ke arah mereka. Tanpa malu dan segan gadis itu terus memerluk Danish dan menyaukkan tangannya ke lengan Danish.
“ Ohh.. You must be Iman. I Maya, kekasih Danish. Walau you dah kahwin dengan Danish tapi jangan harap Danish akan jadi milik perempuan perampas macam you. Kan sayang?” Danish haya senyap melihat kegedikkan kekasihnya itu.
“Jom Maya kita balik.” Tanpa pamitan Danish menarik Maya, meninggalkan Iman sendirian di tempat asing itu. Iman dari saat ini terpaksa berdiri sendiri. Mencaturkan hidupnya sendiri di bumi asing itu.
Sakitnya hati… Iman tak mampu meluahkan rasa di hati. Sudahlah berjam di dalam penerbangan langsung tak nak bercakap dengan kita. Lepas tu sekarang senang senang nak pergi dengan perempuan lain. Dia ingat kita ni siapa entah? Alah tak hairan pun lah. Pergilah dengan si dia tu. Kata-kata itu hanya untuk diri sendiri je lah. Iman pantas mengeluarkan buku kecil dari beg galasnya. Dia menghampiri telefon awam yang tersedia berhampiran. Lantas menelefon seseorang.

Farhan meninjau sambil melilau matanya mencari keadaan sekeliling. Apa yang pasti dia mencari seseorang. seseorang yang amat di rinduinya. Seseorang amat di kasihinya. Seseorang yang buatnya rasa gembira hanya dengan satu panggilan telefon tadi.
”Abang Farhan.” Mendengar namanya di sebut, farhan berpaling. Kelihatan gadis yang di tunggunya. Iman Umairah.
”Iman.” Farhan pantas menghampiri Iman lalu memerluk gadis itu. Dia terlalu rindukan Iman, satu-satunya saudara kandungnya. Selepas kematian ibu mereka Farhan mengikut Aunt Sue, kawan baik ibu ke negara asing ini. Di sini dia bersekolah dan di sini juga sekarang dia menuntut. Bukan tak teringin balik menjenguk adiknya cuma keadaan tak mengizinkannya.
”Apalah abang nie. Malu lah adik.” Iman menumbuk lembut bahu abangya. Pantas tangan Iman di tangkap. Jari yang berinai dan tersarung cincin itu di tenung lembut. Adiknya sudah jadi milik orang.
“Adik betul-betul kahwin ye? Abang ingatkan adik main-main je.” Syahdu suara Farhan. Iman tahu abangnya sedih tak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Bukan salah abangnya sudah itu suratan takdirnya. Kalau abangnya datang nanti tak ke kecoh tambahan lagi ada papanya. Mahu WWE jadi di majlis pernikahannya. Bukan dia tak tahu kedua-duanya tak boleh berjumpa.
“Itu lah abang. Adik cakap betul, abang tak percaya. Kalau adik tipu, fuhh bukan main percaya lagi. Sekarang ada percaya kah?” Tanya Iman dalam nada lucu. Seboleh mungkin dia tak mahu abangnya tahu kisah di sebail perkahwinannya.
“Hehehe. Jom adik. Mama Sue dah tunggu.” Farhan mengajak adiknya. Segera mengambil semua harta adiknya. Di hati Iman bersorak gembira. Bestnya… mula hari ini dia bebas…Bebas sebebasnya… Hahaha… terima kasih Danish atas syarat awak yang ketiga. Padan muka awak… hehehe silap orang la awak nak buli Danish. Saya lagi suka sebenarnya syarat-syarat awak tu…

Iman baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah hamper setahun dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban waktunya terisi dengan kasih sayang dari mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. DANISH….hahahaha lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak je. Tapi benarkah bergitu? Kenapa dia masih setia pada suaminya? Kenapa dia masih ingat sepotong nama DANISH AIMAN? Hanya hatinya boleh menjawab sejujurnya…
Namun diakui lebih baik mereka begini. Danish dengan dunianya di London dan dia dengan hidupnya di Liverpool. Asalkan atuk tak tahu sudah. Entah berapa lama dia mengenangkan hidupnya akhirnya Iman ketiduran di sofa. Kalau tidak kerana telefon berbunyi minta di angkat mungkin Iman tak akan tersedar. Dengan mamai, Iman mengangkat telefon.
“Hello.” Suara Iman sedikit serak.
“ Assalamualaikum Iman. Pak Mat ni. Iman sabar ya. Pak Mat nak bagi tahu yang Tuan Haji Aman kemalangan. Atuk Iman dah tak ada.” Suara Pak Mat tersekat-sekat menyampaikan berita. Iman terasa ingin pengsan. Dadanya bagai hendak pecah.
“Pak Mat janganlah bergurau dengan Iman.” Kolam air mata Iman sudah pecah. Nafas Iman mula tersekat-sekat
“ Iman sabar ya nak.” Kata-kata itu bagai meragut separuh dari hidup Iman. Baru dua tahun dia di bumi asing ini. Rasanya baru semalam dia meninggalkan Tuan Haji Aman. Sekarang dia di tinggalkan.
“ Pak Mat. Iman akan balik sekarang.” Tanpa menunggu dengan kelam-kabut Iman mengemas diri dan bergerak ke lapangan terbang. Air matanya menitis sepanjang jalan. Penerbangan berjam itu belum mampu menenangkan hati Iman.
“Iman.” Terdengar suara Pak Mat memanggil Iman. Iman segera ke arah Pak Mat. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat pemandu.
“Apa terjadi sebenarnya Pak Mat?” Iman Tak sabar-sabar bertanya.
“Hari selasa lepas. Tuan Haji, Dato dan Encik Johan keluar. Kami pun tak tahu mereka keluar ke mana cuma mereka nampak kalut sikit. Entah apa yang jadi, Pak Mat pun tak tahu. Kami tahu bila dok polis telefon bagitahu yang mereka kemalangan.” Pak Mat seakan berat nak memberitahu apa yang berlaku. Macam masih ada yang di rahsiakan.
“Dato dan abang Johan macam mana?” Iman tak sabar ingin tahu. Kalau sudah menyebabkan kematian tak mustahil keadaan kemalangan itu teruk.
“Dato masih dalam ICU dan Encik Johan baru sahaja pergi pagi tadi. Doktor dah tak boleh tolong encik Johan katanya kecederaan teruk kat kepala. Kat rumah sekarang memang ribut Iman. Encik Danish pula tak balik lagi.” Pak Mat sepertinya mengharap kepulangan Iman akan meredakan sedikit keadaan. Iman pula tahu di harus kuat dari sekarang kerana dia yang akan jadi tunggak keluarga untuk seketika ini.
‘Ya Allah kuatkan semangat ku.’ Hanya itu doa Iman sekarang. Dia tahu dalam masa sekarang dia perlu kuat dan menjadi tunggak kepada hidup keluarga ini. Perlu memberi semangat kepada Arrisya.

Danish melihat dari jauh kegigihan Iman menjadi tunggak keluarganya. Sudah hapir sebulan dia pulang ke Malaysia sebenarnya. Sejak dia tahu berita kemalangan itu lagi. Dari jauh dia memerhatikan semuanya. Setiap hari dia ke kubur atuk dan abang iparnya. Kepulangannya memang tanpa pengetahuan sesiapa. Danish belum ada kekuatan bersama dengan keluarganya saat ini. Sungguh dia memang tak mampu melihat air mata ibu dan kakaknya gugur saban hari.
Sedih… Melihat dari jauh sahaja hatinya sudah terluka dalam apatah lagi berada disisi mereka. Baru dia sedar yang dia memang lelaki pengecut. Mendengar masalah pada keluarganya sahaja sudah membuat Danish tak cukup kuat berhadapan dengan mama dan kakaknya. Dia sendiri mengambil masa yang agak lama untuk baik dari kejutan itu. Saat ini dia bersyukur mempunyai gadis segigih dan setabah Iman di dalam keluarganya. Setiap gerak geri gadis itu di perhatikan tanpa jemu. Tak sedar hatinya berbisik kasih pada si gadis. Semalam dia berikrar di hadapan nisan atuknya yang dia tak akan lepaskan Iman dan akan cuba mengenali Iman. Danish juga berdoa pada satu saat hatinya dan hati Iman akan terbuka.

Iman cuba memejam matanya. Setitik air mata jatuh ke pipinya. Sedih hatinya. Sakit menanggung beban seorang diri. Danish.... entah di mana? Iman berasa bertanggungjawab kepada keluarga mertuanya sebenarnya. Dia merasakan dirinya lah menyebabkan Danish menjauhkan diri. Tidak pulang walaupun di saat yang paling malang terjadi di dalam keluarga ini. Ahh... rasa bersalah itu mengcengkam jiwanya lagi.
Iman menoleh ke sebelahnya. Kelihatan Arrisya sedang nyenyak. Harap malam ini tidur kakaknya itu tak terganggu lagi. Biarlah kakaknya bangun saat kapal terbang ini sudah mendarat ke negara beratu nanti. Setelah sebulan di Malaysia dan kelihatan ayah mertuanya sudah pulih akhirnya Iman berkeputusan untuk pulang ke sini bagi menyambung pelajarannya yang tertinggal. Arrisya di bawa bersamanya dengan harapan gadis itu bisa memulakan hidup baru di sana nanti. Kalau tidak memulakan hidup baru pun harap berjauhan dari bumi Malaysia kini dapat mengubat hati Arrisya yang remuk itu.
Cuma sebelum itu target utama Iman sekarang adalah untuk ke Kondo Danish dulu. Bersemuka dengan Danish. Bertanya kenapa lelaki itu tidak pulang? Itu yang penting sekarang. Melepaskan rasa bersalahnya...
Iman tiba di hadapan rumah sewa Danish yang berhampiran London University itu. Mengikut alamat yang di beri olah Arrisya tadi. Dia memang di rumah yang betul. Harap-harap Danish ada di rumah. Tangan Iman mengetuk pintu rumah yang berwarna putih itu. Sejenak kemudian terbuka dari dalam.
“Hello… I came here to meet Danish? Is he at home right now?” Iman bertanya pada pemuda yang membuka pintu itu. Kelihatan seperti orang Malaysia.
“Ini Imankan?” Wajah Iman bekerut memandang si pemuda. Bagaimana pula jejaka itu tahu namanya pula.
”I Amran. Housemate Danish. Danish ada kat dalam. Bilik paling hujung yang ada tanda Do Not Disturb kat pintu tu. I nak keluar sebenarnya ni. You masuklah.” Amran memberi ruang sedikit untuk Iman melangkah masuk.
“ Thanks Amran.” Iman memberi senyum manis pada Amran. Nampaknya lelaki itu seperti lelaki yang baik.
“No thanks. By the way, Takziah pasal keluarga you. I harap you both kuat menerima dugaan ini. I pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.” Iman tak sempat bertanya apa Amran sudah keluar menghilangkan diri. Iman menjawab salam yang di beri di dalam hati.
Iman melangkah masuk. Dia nampak pintu bilik yang serupa di katakan oleh Amran tadi. Baru sahaja Iman mengangkat tangan ingin mengetuk. Pintu itu terbuka dari dalam. Kelihatan seorang perempuan yang lagaknya baru bangun tidur tersembul di hadapan pintu itu. Iman ingat wajah itu. Maya ... Ya perempuan di hadapannya ini Maya.
” Ini bilik Danish ke?” Iman memberanikan dirinya bertanya. Maya yang hanya berbaju tidur itu tersenyum sinis padanya.
”Ya. Ini bilik Danish. Boyfriend aku. Kau nak apa? Tinggalkan pesan pada aku. Dia tengah tidur.” Maya memang berlagak.
Maya hanya menumpang tidur sebenarnya semalam. apabila dia ketinggalan kunci dan kawan serumahnya tidak pulang semalam. Terpaksalah dia ke rumah sepupunya ini menumpang tidur. Tak sangka pagi ini ada kejutan buatnya. Iman kini berada di hadapannya. Gembira juga dia. Wajah Iman memang dia kenal. Masakan dia lupa gadis yang sudah memiliki Danish itu.
Iman menarik nafasnya sedalam mungkin. Otaknya di paksa memikirkan pekara yang positif. Cuba menidakkan bahawa suaminya sudah jauh terlanjur dengan gadis di hadapannya ini. Walaupun naif kedengarannya tapi Iman memaksa dirinya percaya yang dua insan itu hanya tidur bersama dan tiada apa keintiman berlaku antara Danish dan Maya.
“Tolong cakap dengan dia. Yang keluarganya perlukan dia di Malaysia dan Arrisya ada bersama saya sekarang di Liverpool. Okaylah saya balik dulu. Kirim slam pada dia.” Iman melangkah pergi. Setiap kakinya yang memijak lantai itu bagai memijak hatinya. Lumat. Sakit. Bukan sebab dia sayang tapi sebab dia bodoh kerana mengharapkan Danish setia seperti dirinya setia tak berlaku curang.

Datin Hajar memandang ke luar biliknya. Kelihatan Dato Arif nyenyak di peraduan. Datin Hajar memikirkan apa yang terjadi beberapa bulan keberlakangan ini. Kemalangan itu telah banyak menyedarkan mereka sekeluarga. Betapa dia dan keluarganya sedar apa yang mereka ada selama ini hanyalah pinjaman semata. Bila-bila masa boleh di tarik balik.
Kemalangan ini memang menyedarkan dia yang kesombongannya selama ini membawa padah. Jiran sebelah menyebelah seakan tak perduli pun apa yang terjadi pada keluarganya. Teman-teman kala senangya tak sedikitpun menghulur batuan. Kakak sulungnya, Kak Fatimah pula sibuk tentang harta peninggalan. Langsung tak memahami keadaan duka hatinya. Sebaliknya menantu yang selama ini tak diakui sebagai menantu pula yang banyak berkorban menolongnya. Iman yang bersengkang mata, menemaninya dan Arrisya. Menguruskan syarikat. Mengurus rumah. Mengurus segala macam keperluannya. Iman memang baik.
“Ya Allah. Ampunkan dosaku pada gadis itu Ya Allah. Aku bersyukur kau jadikan dia sebahagian dari keluargaku. Bukakan lah hati anakku menerimanya.” Datin Hajar amat berharap Danish akan buka mata dan sedar betapa baik jodohnya itu. Betapa mulianya hati Iman. Malah Datin Hajar tekad. Sesungguhpun Danish tidak menerima Iman nanti dan melepaskan gadis itu. Dia tak akan benarkan Iman pergi jauh dari keluarganya.


TIGA TAHUN KEMUDIAN
Danish berlari ke wad kelas satu Hospital Pantai. Kakinya terhenti di katil seketika di muka pintu yang sedikit terbuka. Matanya sayu melihat sekujur tubuh yang kaku. Kelihatan tangan kiri dan kepala persakit berbalut. Sedih hati Danish. Perlahan- lahan Danish melangkah masuk. Langkahnya terhenti tepat di tepi katil. Wajah sakit Iman di pandangnya. Sakit hatinya melihat Iman bergitu.
Kali terakhir dia bersama Iman ialah empat hari lalu, sehari seblum Iman hilang dari kondonya di Kota London dengan hanya meninggalkan memo yang gadis itu pulang ke Malaysia. Sangkanya ada urusan penting yang membuatkan gadis itu tergesa-gesa pergi. Namun akhirnya dia di kejutkan dengan berita kemalangan Iman.
Semalam Danish sedang dalam mesyuarat apabila temannya yang kebetulan berkerja sebagai doktor disini memaklumkan kepadanya tentang Iman kemalangan. Danish tanpa menghiraukan apa pun risiko terus meninggalkan mesyuarat itu lalu pulang ke Malaysia. sekarang pun belum sempat dia berehat, dia sudah datang ke mari menjeguk Iman. Danish duduk di bangku yang tersedia, wajah Iman di pandang sayu. Lalu kenangan di Kota London hampir seminggu lalu menjenguk mindanya.

Iman hanya duduk senyap di samping Danish yang sedang memandu. Hampir dua tahun dia tak berjumpa dengan lelaki itu walau lelaki itu masih sah suaminya. Dalam dua tahun ini Danish nampaknya sudah banyak berubah. Wajahnya nampak semakin matang dan tenang.
“ Bila mesyuarat tu?” Akhirnya Danish meluahkan kata-kata. Matanya masih menuju kehadapan. Tak sanggup memandang Iman kerana dia tahu setiap kali memandang Iman hatinya berdegup kencang malah lebih kencang dari mula-mula dia menyalam tok kadi dulu.
“ Iman bukan datang mesyuarat tapi nak jumpa awak.” Ayat itu bagai mudah meluncur di bibir Iman namun siapa yang tahu jatung Iman bagai nak pecah meluahkan kata-kata tersebut.
Danish terus menoleh ke arah Iman. Pertama kali ayat sebegitu berani Iman luahkan padanya. Selama ini gadis itu cukup menjaga tutur kata di hadapannya. Cukup malu dan takut berkata-kata dengannya. Tetapi dia suka Iman begini. Sekurang-kurangnya dia tahu isi hati Iman dan dia tidak perlu lagi meneka. Pastinya dia tidak lagi bosan nanti.
“Tengok lah kat depan. Nanti tak pasal-pasal, dua-dua masuk hospital kang.” Iman selagi lagi berbuat selamba. Danish menguntum senyum kecil. Tak sangka baru setahun lebih tak berjumpa, Iman sudah banyak peningkatan. Nyata masa mendewasakan Iman.
Danish seakan sedar, Iman di hadapannya bukan Iman yang dulu yang hanya diam apabila di tindas. Iman yang bersamanya kini adalah Iman yang berani berdiri bersuara. Iman yang cergas dan sedikit agresif. Namun Danish berharap gadis itu tidaklah jauh berubah, walau tak di nafikan dia sukakan perubahan Iman tetapi biarlah sikap lama gadis itu masih kuat kerana dia jatuh hati pada Iman yang dulu. Iman yang tabah. Iman yang menurut katanya. Iman yang dia tahu dan yakin akan setia sebagai isterinya dalam menempuh rintangan.

Dua minggu Iman menjadi penghuni setia di kondo mewah Danish di tengah-tengah Kota London itu. Danish entah mengapa dalam masa dua minggu itu terasa hidupnya lengkap. Mungkin kerana Iman pula melayannya dengan baik. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri di rumah. Menjaga pakaiannya. Menjaga makan minumnya. Menjaga hartanya. Sungguh dia terasa lain dengan kehadiran Iman. Hatinya gembira dan seakan inilah matlamat hidupnya selama ini.
Dalam masa dua minggu itu juga Danish sungguh menikmati hidup. Pagi-pagi dia bangun dengan baju dan sarapannya sudah tersedia. Baliknya bersambut. Danish sendiri seakan selesa makan di rumah bersama Iman. Mula-mula dulu Danish ingat lagi yang mereka hanya makan sandwich sepanjang hari kerana tiada bekalan makanan di rumahnya. Di hari kedua baru mereka makan makanan yang berat hasil air tangan Iman, apabila pagi itu dia terpaksa mengambil cuti menemani Iman ke pasar... itupun Iman yang memaksa sebenarnya. Seronok, pengalaman itu takkan pernah di lupakan. Bertambah seronok apabila masa makannya setiap kali berteman.
Setiap malam dia tidak pernah ketinggalan untuk makan bersama Iman dari hari pertama Iman di rumahnya. Percaya atau tidak dia pernah membatalkan temu janji penting hanya untuk makan malam dengan Iman. Temu janji yang sudah di atur berbulan-bulan lamanya di batalkan hanya untuk Iman. Ahh... dia seakan sudah kemaruk dengan Iman.
Danish menyedari, sejak Iman mencuri perhatiannya dengan sikap ketabahan dan kegigihan Iman di saat paling menyakitkan di dalam keluarganya dulu. Iman yang bersama-sama keluarganya di saat paling getir. Iman yang mengganti tempatnya. Memikul tenggungjawabnya. Dia seakan terpaku pada Iman. Tanpa seorang pun tahu saban tahun dia akan kembali ke Malaysia melihat dan melawat keluarganya dari jauh. Iman sentiasa diikutinya. Gerak geri gadis itu yang sering membuat dia ingin pulang ke Malaydia sebenarnya.
Tinggal serumah membuat Danish lebih mengenali Iman. Tak sangka Iman ada banyak persamaan minat dengannya. Bukan dari segi citarasa pilihan cerita atau filem namun dari segi tabiat. Ahh… memang dia dan Iman bercanggah pendapat tentang memilih cerita. Setiap kali Iman lebih kepada cerita yang lembut penuh perasaan romantis atau kekeluargaan sedangkan dia menyukai filem-filem aksi. Hasilnya mereka setiap kali menonton akan ada seorang yang menunjuk muka tak puas hati. Cuma ada satu tabiat yang dia suka... Tabiat yang mereka berkongsi setiap kali tiada mood untuk menonton atau keluar ke mana-mana.
Satu yang mungkin hanya di kongsi oleh dirinya dan Iman. Mereka berdua suka menghabiskan malam dengan membaca di balkoni. Duduk berdua-duaan di balkoni bertemankan sebuah buku atau majalah bersama dengan semug coklat panas cukup menghiburkan pada Danish. Tak perlu berbicara hanya cukup dengan perasaan di temani. Memang mereka jarang berbicara kerana fokus dengan pembacaan namun perasaan di sayangi itu tetap ada mengingatkan Iman juga duduk di sisinya. Benar kata-kata yang menyatakan adakala bibir tak perlu berbicara tapi cukup dengan gerak badan. Kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakan.
Kebahagiaan dua minggu itu akhirnya berakhir dengan satu malam.... Malam yag membuat dia terasa hati dengan Iman... Malam yang seolah-olah membayangkan hati Iman bukanlah miliknya. Malam di mana Iman menyatakan kesanggupannya untuk pergi dari hidup Danish dan keluarga Danish jika itu yang di minta sebagai syarat untuk Danish pulang ke pangkuan keluarga. Kata-kata yang cukup jelas bahawa Iman tak mengerti isyarat yang di berinya selama dua minggu gadis itu bersamanya. Malam yang membuat dirinya di bawa pergi...
”Awak baliklah Danish. Tempat awak bukan di sini tapi di sisi keluarga awak. Tolonglah, mama dan papa awak rindukan awak sangat. Saya tahu awak tak balik kerana saya ada di sana. Di sisi keluarga awak. Apa kata saya berjanji kalau awak balik saya akan lakukan apa sahaja apa yang awak nak saya buat. Malah saya sanggup keluar dari keluarga awak jauh dari kehidupan awak... Ya saya akan keluar dari kehidupan awak kalau itu awak nak. Cuma saya minta enam bulan saja. Saya akan keluar dari kehidupan awak dan keluarga awak pada hari genap enam bulan awak pulang ke pangkuan keluarga awak. Saya berjanji.” Janji itu yang melukakan hati Danish. Sanggup Iman berkata begitu setelah dua minggu mereka tinggal bersama. Nampak sangat Iman tak memerlukan dirinya. KENAPA? Tak kah Iman sedar yang dia mula menerima Iman di dalam hidupnya?

”Danish... Danish...” Suara itu menyedarkan Danish dari memori semalam. Segera dia mengangkat muka. Kelihatan Intan, temannya yang merawat Iman itu sudah berdiri di sebelahnya.
”You kenapa? Dari tadi I panggil tak menjawab. I tahulah you risaukan wife you ni. Hmm… sayang betul you dengan dia ye. Cepat je you sampai.” Usikan Intan itu di sambut dengan senyuman hambar Danish.
“Thanks Intan. I owe you one. How is she?” Danish bertanya lembut. Dia memang terhutang budi pada Intan. Hubungannya dan status keadaan dirinya bersama Iman bukan lagi rahsia pada Intan malah pada Amran. Pada Intan dan Amran, si kembar itulah dia meluahkan perasaannya dulu.
“She okay. Tapi I kena letak dia bawah pemerhatian takut ada kesan sampingan. Kaki dia terseliuh sikit dan tangan dia luka. Cuma yang risau sikit pasal kepala dia luka tu. Agaknya terhantuk kat stering. Takut gegaran tu nanti boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Sebab tu I letakkan dia di bawah pemerhatian.” Intan menjelaskan keadaan Iman.
”Once again thanks Intan. Cuma I nak minta tolong you. Boleh tak you tolong I aturkan perjumpaan dengan pegawai polis yang uruskan kes Iman ini. Sebab I percaya ini mesti kes khianat. Iman sangat berhati-hati tak mungkin boleh self accident macam tu.” Wajah Danish memang penuh harapn.
“ Insyaallah tak ada masalah. Lagipun you kan husband dia. I akan cuba. Okaylah I keluar dulu. Tak nak ganggu you.” Intan meninggalkan pasangan tersebut. Kesian dia melihat wajah Danish.
“Terima kasih sayang.” Sebaik Intan keluar dari bilik Iman. Sudah ada suara berterima kasih padanya. Farhan abang Iman. Farhan yang juga bakal tunangnya.
“Intan yang patut berterima kasih pada Han sebab izinkan Intan bagitahu pada Danish. Harap-harap mereka bahagia nanti kan Han.” Sesuci hati itulah yang membuat Farhan jatuh cinta pada Intan. Farhan tersenyum sambil memandang buah hatinya. Mereka kemudiannya beriringan pergi meninggalkan pasangan yang akan memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.
Farhan ingat lagi empat tahun lepas dia mencari Danish untuk memaksa Danish melepaskan Iman setelah mendapat tahu hal kontrak antara perkahwinan antara Iman dan Danish. Dia yang dalam keadaan sangat marah itu hampir sahaja mengamuk di rumah sewa Danish kerana tak ketemu dengan Danish. Apatah lagi apabila teringat yang pada pagi itu Iman ke rumahnya dengan air mata mengalir di pipi selepas pulang dari rumah Danish. Di situ dia bertemu Intan. Intanlah yang menyabarkannya. Intan juga yang menyangkal segala pendapatnya tentang Danish dan Intan juga yang meyakinkannya yang Danish boleh membahagiakan hati adiknya. Ingat lagi dia. Kata-kata Intan yang mengubahya dari saat itu.
‘Seorang gadis tak akan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Kalau hanya kawan biasa cakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, selalunya kita anggap itu gurauan tapi cuba kalau orang yang kita sayang katakan ayat yang sama perkataan yang sama pasti kita dah merajuk fikir yang bukan-bukan. Air mata itu bukan mewakili benci tapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut. Kalau awak benar-benar sayang fikirkanlah’

Iman melangkah masuk ke perjabatnya. Semalam dia baru balik dari Cameron Highland atas urusan kerja selama dua minggu. Senyuman manis di bibirnya. Dia selalu lewat datang ke perjabat kerana sejak kemalangan sebulan lepas dia menjadi pelanggan tetap teksi. Fobia untuk memandu. Lewat datang dan lewat juga balik.
“Iman. Bila sampai dari Cameron ni?” Iman tersentak sedikit di tegur oleh Hilmi, ketua bahagian sumber manusia itu. Tanpa salam Hilmi duduk melabuhkan diri di hadapan Iman
“ Malam semalam. Kenapa ada cerita best ke sejak Iman tak da Hilmi?” Mereka sudah seperti satu keluarga. Tiada formality bila berhubung lagi.
“Hmm you miss something big on the day you off to Cameron sis.” Hilmi masih berteka-teki.
“Come on Hilmi. Tell me.” Tanya Iman tak sabar. Hilmi ketawa melihat waja Iman yang tak sabar itu. Ingin mendera lagi namun dia tak sampai hati.
“ Kita ada boss baru. Anak Dato…” Belum sempat Hilmi memberitahu terdengar ketukan di pintu Iman yang sedia terbuka.
“Opps… Encik Aiman. Masuklah.” Iman hanya terkulat kulat melihat Danish Aiman melangkah masuk.
“ Saya baru nak bagitahu Iman tentang kepulangan Encik Aiman. Kenalkan ini Iman Umairah, pengurus O.R kita.” Hilmi memperkenalkan Iman. Danish Aiman... akhirnya dia kembali.
“ Iman, ini Encik Aiman. C.E.O baru kita. Anak Dato.” Iman hanya mampu memandang Danish seketika sebelum mula menyibukkan diri dengan tugasnya. Hilmi terkejut melihat penerimaan Iman.
“Hilmi, boleh tinggalkan saya dan Iman sendirian seketika.” Pemintaan itu lebih mengejutkan Hilmi. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dua manusia di hadapannya ini.

“ Ada apa yang boleh saya bantu?” Iman bertanya tanpa mengangkat muka. Dia yakin pada saat itu hanya tinggal dia dan Danish sahaja. Hatinya masih sebal. Teringat kejadian sebulan lepas ketika dia melawat Danish di London.
Bertapa lelaki itu berani membawa Maya pulang ke rumah, bermalam di rumah lelaki itu sedangkan dia ada di rumah itu. Masih terasa sakit hatinya apabila terpandang Maya keluar dari bilik Danish di pagi hari. Lalu tanpa kata Iman meninggalkan rumah Danish tanpa sebarang kata kerana dia tahu ketika itu Danish tiada di rumah. Setiap pagi Danish akan keluar untuk jogging dan kembali ke rumah untuk sarapan. Buat apa dia menanti di rumah lelaki yang langsung tak menghormati dirinya. Sedangkan dia isteri yang sah pada lelaki itu. Walaupun hanya di atas kertas. Dia bukan Iman yang dulu boleh di pijak-pijak. Iman yang sekarang Iman yang berani bersuara . . . berani melawan.
“ Dengar Iman kemalangan sebulan lepas.” Danish menjawab dengan satu pernyataan. Sahaja memprovok. Bukan dia tak tahu Iman kemalangan selepas sehari balik dari London. Malah dia mengambil flight terus ke Malaysia sebaik mendengar perkhabaran itu. Selama seminggu dia menjadi penunggu malam Iman. Atas pertolongan kawannya yang juga doktor di hospital tempat Iman di rawat.
“ Hmm… dah baik pun. Saya tahu awak nak tagih janji. Saya akan keluar dari syarikat ini dan kehidupan keluarga awak dalam tempoh enam bulan. Jangan takut saya berpegang kepada janji. Kalau awak tak percaya awak boleh buat kontrak.” Iman berkata sinis. Hatinya sebal. Memang dia kemalangan. Seminggu dia di hospital. Namun tak sekalipun Danish menjenguknya sedangkan saban waktu dia tunggu Danish hadir supaya dia tak perlu tebal muka menghadapi sindiran dari Puan Fatimah mak long Danish. Di fikirkan kembali kenapa Danish hendak menjenguknya sedangkan sewaktu datuknya meninggal pun lelaki itu tak balik ke Malaysia.
Danish terpampam. Egonya tercabar. Di renungnya wajah Iman yang seakan tak berperasaan. Hanya mata itu masih jernih menjadi pencerita bahang hati si pemiliknya. Dia tahu Iman tak rela. Dia tahu Iman menyintainya. Dia tahu Iman menunggu dirinya. Dia sendiri membaca diari Iman ketika bermalam di hospital. Setiap malam dia membaca apa yang di catat oleh Iman. Setiap orang yang datang melawatnya dan sebaris ayat yang menjadi penutup kisah harian gadis itu. ’DANISH AIMAN... KU TUNGGU KEHADIRANMU.’ Diari lama Iman dulu yang di ambil lepas akad nikah mereka pun masih dalam genggamannya.
”Hmm. Kalau tak lupa, baguslah. By the way selamat bekerjasama.” Danish menghulurkan tangan. Iman teragak-agak menyambutnya. Pasti ada sesuatu. Namun tangan itu tetap di sambut apabila Danish mengangkat kening mencabar. Lama tangan Iman dalam genggaman Danish tak di lepaskan. Iman pula sedaya upaya menarik tangannya. Melihat isyarat mata Danish. Iman tahu lelaki itu mahu dia mencium tangan lelaki itu. Mahu tak mahu dia lakukan juga.
“ Selagi saya tak lafazkan. Awak tetap isteri saya.. jangan lupa itu.” Danish memang senjaga menyakitkan hatinya. Mencabar kewibawaannya.
“Becerai bukan satu-satu jalan untuk berpisah.” Bukan niat untuk menyakitkan hati sesiapa namun Iman berkata sesuatu yang jujur dari hatinya. Danish tersentak. dia tak pernah terfikir hal itu.
Ya, tak semestinya mereka becerai baru mereka berpisah tetapi juga mungkin kerana salah seorang pergi meninggalkan diri masing-masing. Danish berlalu pergi. Iman mengeluh. Ingin menyakitkan hati Danish namun hatinya sendiri terluka lebih lagi. Sanggupkah dirinya meninggalkan kebahagiaannya sekarang? persoalannya kuat kah dirinya nanti?
Danish memandang keluar biliknya. panorama bangunan pencakar langit menjadi jamuan matanya. Kata-kata Iman menusuk ke kalbunya. Iman benar bukan hanya lafas cerai yang boleh memisahkan mereka. Kalau benar Iman bertindak pergi dari lingkungan keluargannya, tetap juga Iman bebas darinya. Bebas kemana sahaja. Bebas bergaul dengan siapa sahaja dan bebas bercinta dengan sesiapa pun. Memikirkan hal itu Danish boleh tertekan di buatnya.
Entah sejak bila bermula dan di mana ianya berlaku. Tapi yang pastinya Danish memang menyayangi Iman. Hanya Danish takut mengakuinya. Sejak melihat keteguhan dan ketabahan Iman membantu keluarganya di saat kemalangan yang meragut nyawa atuk dan abang iparnya tiga tahun lalu. Danish seakan terpukau pada Iman. Berjauhan tak bermakna dia tak perduli. Berdiam diri tak bermakna dia tidak kisah. Perkembangan Iman di dalam koceknya. Setiapnya dia tahu.
Danish yakin sesuatu perlu di lakukan. Baik Iman sudah pandai membantahnya. Kalau Iman ingin dia bermain tarik tali. Dia akan ikut rentak Iman. TIDAK... Iman yang akan mengikut retak dia. Iman perlu di ajar agar patuh dengannya. Dia akan menjadi sebahagian hidup Iman. Kalau gadis di luar berebut untuk mendapat perhatiannya. Tidak mungkin Iman yag sedia menyayanginya tak boleh dia rebut hati si gadis. Iman... Tunggulahhhh...