Monday, March 12, 2012

DAH JODOH 13

BAB 13


            BELUMPUN kereta CRV yang dipandu oleh Nuqman keluar dari taman perumahan mereka. Kereta itu dahulu di berhentikan di tepi jalan yang berhampiran dengan padang yang luas. Nasira berasa pelik. Rosak ke kereta ni? Macam mana pula dengan temu janji mereka? Semua itu dah bermain di dalam kepala Nasira. Perasaan hampa mula menghampiri dirinya.
            “Kereta rosak ke?” Tanya Nasira lemah sambil tunduk kehampaan.
            “Eh tak. I sengaja berhenti kat sini.” Balas Nuqman menafikan. Suaranya tergagap-gagap seperti tindaknya yang sesekali menoleh ke arah Nasira kemudian memandang kembali kehadapan. Sepertinya ada yang ingin dia sampaikan namun tak diterjemah pada kata-kata.
            “Kenapa?” Tanya Nasira lagi. Semakin hampa. Adakah Nuqman ingin bertukar fikiran.
            “Saja.” Itu saja jawapan dari Nuqman. Kemudian sunyi menghampiri mereka. Lama kesunyian itu milik mereka sebelum kedua-duanya serentak bersuara.
            “Nuqman”
            “Nasira”
            Serentak dengan kata-kata serentak juga pandangan mereka bertemu. Comel saja wajah terkejut yang masing-masing menghiasi riak mereka. Nasira tertunduk malu sambil mengalikan padangan ke arah jari jemari yang bermain sesame sendiri. Nuqman pula mulalah berdehem sambil tanganya mengurut stering kereta. Nampak sangat keduanya sedang kalut.
            “I tak sangka you pakai baju warna putih macam berjanji pula kita ni kan.” Nuqman cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka. Tahulah dia kini bukan hanya dia gementar namun Nasira juga turut gementar. Nuqman perlu lebih tenang, tak ingin rasa gementar mereka akan menjadi racun yang merosakkan temu janji yang pertama ini.
            “Susah juga I buat keputusan nak pakai baju mana malam ni. Lama I terfikir sebelum I memilih warna ni. Mungkin dah jodoh kita agaknya.” Ujar Nuqman lagi apabila Nasira masih sunyi. Ketawa kecil terbit di bibirnya apabila teringat kejadian petang tadi. Buat pertama kali dia mengambil masa berjam merenung barisan baju yang tergantung di dalam almarinya semata-mata untuk memilih pakaiannya malam ni.
            “Ye ke? Saya pun sama. Lama saya nak pilih baju ni. Saya nak kelihatan cantik dan menarik depan awak.” Keterujaan mendengar kata-kata Nuqman membuatkan mulut Nasira tidak lagi mampu menekan brek. Laju saja dia meluahkan apa yang dia rasa. Apabila melihat senyuman nakal di bibir Nuqman membuatkan Nasira mengigit bibir. Sedar dia sudah terlepas kata.
            “You memang nampak cantik dan menarik malam ni. Sampai I takut kalau ada mata-mata lain akan tengok you juga. I suka rambut you lepas macam ni.” Puji Nuqman. Besar hatinya apabila mendengar luahan Nasira yang berusaha untuk kelihatan cantik di matanya. Rambut gadis itu yang dibiarkan lepas begitu saja di usap lembut.
            “Terima kasih.” Tersenyum malu Nasira mendengar pujian dari suaminya itu. Tertunduk segan dia bila merasakan tangan kekar itu bermain dengan rambutnya yang lepas. Sangatlah membuat degupan jantungnya umpama pelari pecut yang menyertai sukan olimpik.
            “You nampak cantik sangat dengan rambut lepas macam ni. Sampai I rasa nak pandang you je. I harap you tak kan lepas rambut macam ni depan orang lain.” Ucapan itu ikhlas dari hati Nuqman yang paling dalam. Sememangnya itu yang dia rasakan. Dia suka melihat rambut itu lepas tapi dia tak sudi untuk berkongsi kesukaannya itu.
            “You buat apa ni?” Nuqman segera bertanya apabila tangan Nasira mula naik ingin mengikat rambutnya dengan cekak rambut yang tadinya melingkari pegelangan tangannya.
            “Ikat rambut.” Lurus jawapan Nasira. Dia ingin menurut arahan dari Nuqman juga yang tak suka dia melepaskan rambut di hadapan orang lain. Sekarangkan mereka di luar. Jadi sememangnya ada orang lain dan seharusnyalah dia mengikat rambut.
            “Bukan sekarang. Sekarang kan ada kita berdua je.” Nuqman pantas menahan tangan kecil itu dari terus melakukan apa yang gadis itu ingin lakukan. Matanya merenung terus mata si dara yang memandangnya kepelikan. Bagi Nuqman biarlah didalam kereta yang hanya di huni oleh mereka, si gadis itu melepaskan rambutnya. Untuk tatapan dirinya saja.
            Terkelu lidah Nasira dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila pandangan mata itu terus menusuk ke dalam hatinya. Kini sunyi milik keadaan di dalam kereta itu tapi di hati dan jiwa mereka menyanyikan satu nada yang mengasyikkan. Membuai segenap rasa yang mula meresap ke dalam jiwa yang menggebu dengan keinginan untuk bercinta.
            “Tuk… Tuk…Nuqman.” Suara dan bunyi ketukan memanggil dua hati itu ke alam nyata. Di luar cermin kereta sebelah pemandu, kelihatan tiga orang lelaki yang keadaan pakaiannya baru kembali dari surau itu berdiri dengan wajah tenang walau ada garis curiga di riak yang mereka pamerkan. Entah apa yang dicurigakan dan entah apa yang difikirkan apabila mengenangkan keadaan pasangan itu dalam suatu suasana yang boleh mencurigakan.
            “Assalamualaikum Pak Iman, Bilal. Encik Syam.” Nuqman member salam kepada ketiga-tiganya tanda hormat. Lampu di dalam kereta di buka untuk membantu cahaya lampu jalan yang sedari tadi menerangi mereka berdua.
            “Waalaikumsalam Man. Kenapa ni kereta rosak ke?” Tanya  lelaki yang lebih nampak lanjut usianya berbanding dua lelaki lain itu.
            “Tak adalah Pak Iman. Ini saja berhenti, tuan puteri saya kat sebelah ni nak mengatur rambut.” Dengan senyuman nipis Nuqman menyembunyikan sebab musabab kenapa mereka terhenti di situ.
            “Isteri ke ni?” Tanya lelaki yang dipanggil Nuqman sebagai Pak Imam tadi. Pertanyaan membuatkan Nasira menoleh memandang Pak Imam tersebut dengan mata terbeliak. Soalan yang membuatkan Nuqman tersenyum nipis.
            “Ye Pak Imam. Inilah isteri yang saya ceritakan pada Imam sebelum ni. Sekejap ye.” Pinta Nuqman lembut.
            Nuqman pantas membuka dompetnya. Kad nikah dan kad pengenalan diambil, kad pengenalan Nasira juga di minta. Soalan yang Pak Imam berikan itu halus bunyinya tapi tentu sebagai seorang islam dan berpengetahuan dalam hal agama, Nuqman tahu apa maksud di sebalik soalan itu. Pak Imam dan warga surau itu mahu mencegah berlakukan pekara tak baik di Taman Perumahan mereka. Boleh saja dia mengaku pernikahannya dan Nasira tanpa bukti namun masalahnya ini melibatkan maruah dirinya dan Nasira. Tanpa bukti, pelbagai andaian akan boleh di spekulasikan pada mereka di kemudian hari.
            “Ini Pak Imam, kad pengenalan dan kad nikah kami. Saya minta maaflah sebab keadaan kami ni mencurigakan.” Dengan rendah diri Nuqman meminta maaf meletakkan dirinya dalam keadaan mencurigakan begitu. Apatah lagi Nuqman sepatutnya sedar bahawa penghuni Taman ini kebanyakkan masih belum tahu statusnya sudah berubah. Yang tahu pun Imam dan Bilal kerana dia maklumkan apabila meminta pendapat tentang isu pernikahan dirinya di awal-awal dulu.
            “Hemm… Kamu ni memang senang di bawa berunding Man. Pada kami ni yang tahu status kamu ni, tak apelah. Cantik isterinya. Nur Nasira namanya ya.” Ujar Pak Imam ikhlas sambil melihat tiga kad yang di serahkan padanya itu. Senyum dia bila Nuqman menghulurkan kad itu tadi kerana dia tak sangka Nuqman pantas membaca maksud di sebalik soalannya. Malah tanpa segan anak muda itu memohon maaf kerana mendatangkan kecurigaan pada mereka.
            “Manis isteri kamu Man. Ini pakcik nak nasihatkan kamu, kalau boleh kamu buatlah kenduri walimatul urus untuk kamu berdua. Bukan apa bagi memaklumkan yang kamu ni dah ada isteri jadi lain kali kalau sesiapa terjumpa kamu dah isteri di mana-mana tak lah timbul fitnah.” Nasihat Pak Imam lembut. Pengikut-pengikutnya juga mengangguk setuju dengan cadangan itu. Nuqman mengangguk faham.
            “Insya Allah Pak Imam. Memang kami nak buat dalam masa terdekat ni.”Ujar Nuqman. Sedar kini ada lompong cara hidupnya bermasyarakat akibat sikat tak ambil kisahnya itu.
            “Kalau macam tu kata kamu baguslah.Ni nak pergi mana ni? Jangan berhenti macam ni lagi nanti, sekarang banyak pekara boleh terjadi. Keselamatan tu penting.” Dalam berpuas hati itu sempat lagi Pak Imam menabur butir nasihat.
            “Kami sebenarnya nak keluar makan tadi Pak Imam kebetulan isteri saya minta betulkan rambutnya pula. Biasalah perempuan ni banyak saja halnya. Lambat dah ni. Kami pergi dululah Pak Imam, Bilal, Encik Syam. Assalamuallaikum.” Nuqman meminta diri. Mula kembali kakinya mencari pedal minyak. Kereta meluncur laju.
           

            NUQMAN memakirkan keretanya di tempat pakir Mid Valley. Niatnya dia hendak membawa Nasira makan sahulu sebelum rancangannya untuk menonton wayang bersama Nasira. Belum ada rancangan ingin menonton kisah yang mana. Hendak membawa hatinya membawa Nasira menonton Harry Portter terbaru The Deathly Hollow Part 2. Tapi mahukah Nasira mengikut citarasanya itu.
            “Kita nak buat apa kat sini?” Nasira bertanya lembut. Ingin tahu rancangan mereka ke mari. Teruja pada temu janji ini kembali menyerangnya.
            “Kita makan dulu lepas tu tengok wayang. Okay tak?” Nuqman membalas soalan itu dengan soalan lain. Saja berbasa basi.
            “Okay. Okay.” Nasira mengangguk laju. Wajahnya ceria melambangkan hatinya yang gumbira.
            “You nak tonton cerita apa ni?” Nuqman bertanya lagi. Tangannya sibuk melepaskan tali pinggang keselamatan dan mematikan enjin kereta.
            “Hmmm… Saya teringin nak tengok Harry Portter, tapi kalau you nak tengok cerita lain tak apelah.” Nasira segan sebenarnya meluahkan pilihan dia yang sedikit kebudak-budakkan itu rasanya.
            “I pun teringin nak tengok cerita tu. Pilihan yang baik. Jom.” Ajak Nuqman pada Nasira yang masih selesa duduk di sebelahnya. Tak sangka pula dia pilihan mereka serupa. Masih banyak yang mereka perlu belajar tentang diri masing-masing. Masih terlalu banyak.
Nuqman sudah membuka pintu kereta di sebelahnya. Namun di tutup semula apabila melihat Nasira juga ingin keluar dari pintu bertentangan dengan pintunya. Tangan gadis itu di tarik lembut menghalang Nasira dari terus keluar begitu saja. Tak perlu kata-kata nampaknya gadis itu juga faham untuk menutup kembali pintu yang tadi di buka. Masih ada urusan yang belum selesai.
            “Ikatlah rambut tu dulu.” Arah Nuqman ringkas menzahirkan kenapa dia menahan Nasira dari keluar tadi.
Ringkas arahan itu membuatkan Nasira hanya mengikut dengan senyuman senang. Rupanya Nuqman benar-benar memaksudkan apa yang lelaki itu utarakan tadi. Nampak sangat Nuqman sangat menjaga kepentingannya ke atas Nasira. Dah tahu nak cemburu ke Nuqman ini terhadap dirinya.

12 comments:

hana_aniz said...

aigoo~~
awat sweet sgt nuqman nih?? hahahaha

iman said...

thanks hana... sudi komen

Anonymous said...

ngee~ sweetnyer. hehe..

Yaya Nufariya said...

nuqman ni..cair hti sy dengar. tsenyum-senyum je dr td. hehe..

Lieynaim mohd noor said...

wahhhhh...sweetttt ye...mesti romantik makan malm diaorg

kak ida said...

so sweet..akak macam dah jatuh cinta kat Nuqman pulak..well..Nuqman dah menghulurkan tangannya ke Nasira..dn nampak gayanya Nasira dah menyambut..apalagi..ek..yg akan mereka buat selain ..dinner..tgk wayang..tak nak pi star gazing ke..

Anonymous said...

nuqman2...suruh je nasira pakai tudung lagi cantik.

~kak min~

IVORYGINGER said...

betoi.. betoi... setuju dgn semua. hahaha... ;D

blinkalltheday said...

sira pakai tudung lah klu mcm tu...cukup nuqman sorg je yg dapat tengok sira nti...hehe2...sweet..

dila dyna said...

sgt swee kak iman!!! nuqman suruh ajelah sira pkai tudung, msti xde sesiapa dh yg bleh tgk hihik ^,~

Anonymous said...

suweet sgt nuqman nie.. jelezzz... hehe...

Anonymous said...

thank you for the entry