Wednesday, March 7, 2012

DAH JODOH 3-5

BAB 3


“Aku terima nikahnya Nur Nasira Binti Zamri....” Ikatan ini termeterai sudah.

NASIRA duduk di atas katil pengantinnya merenung cincin emas putih bertatahkan batu berbentuk hati yang tersarung di jarinya itu. Batu yang berwarna ungu lutsinar itu kelihatan sangat cantik. Nampak unik, terfikir Nasira jika itu cincin yang Nuqman sediakan untuk bekas tunangnya dulu. Nuqman pasti cincin itu di tempah kerana batunya bukanlah batu biasa. Sinarnya bukanlah belian bukan juga intan, zamrud mahupun nilam jauh sekali.  Nasira sendiri tidak tahu batu apa yang menjadi tanda di jarinya itu kerana bukan dia memilih cincin ini. Yang dia pilih hanyalah cincin tunang mereka dan cincin untuk Nuqman.
Nuqman membuat kejutan padanya dengan sejumlah hantaran yang besar untuknya. Dan cincin di jarinya itu bukan cincin yang mereka beli bersama dan anehnya tersarung cukup-cukup di jarinya. Tiada hantaran berbalas hantaran. Tiada dulang bersusun menghiasi majlisnya. Majlis cukup ringkas. Apa yang dia harapkan daripada dua hari persiapan. Nasib baik simpanannya ada, jadi boleh juga dia membeli baju nikah segera ini. Baju yang sangat mahal pada pendapatnya. Tapi dalam keadaan terpaksa, dia tak punya pilihan lain bukan. Oleh kerana itu dia sedikit terkejut apabila tok kadi membaca hantaran yang di hantar Nuqman tadi. Sangkanya hanya cincin pengikat mereka namun rupanya Nuqman lebih bersedia daripada apa yang dia sangkakan.
Tersenyum seketika Nasira mengenangkan saat mereka memilih cincin tunang mereka dua hari lepas. Hari yang mereka agak kekok sedikit beruda tapi ceria apabila bertemankan Nasrul Hadif ataupun Adif, adik bongsu Nuqman yang cerdik dan nakal. Terbayang lagi muka Nuqman yang merah kerana di paksa Adi berlutut di hadapannya seakan melamar dirinya apabila aku enggan mencuba sebarang cincin untuk pertunangan. Dari situ dia belajar, Nuqman seorang lelaki yang penuh kelembutan namun dia sangat tegas dengan apa yang dia inginkan. Dia akan lakukan segalanya untuk mejadi keinginan dia satu kenyataan.
Dalam tersenyum Nasira terkenang pernikahan ini. Ke manalah hala tujuan perhubungan yang baru ini. Nasira menjadi isteri Nuqman Hafiz setelah berkenalan hanya untuk dua jam sebelum tiga hari kemudian terjadinya penikahan ini. Terlalu cepat. Tak sempat untuk dia kenali siapa pendamping hidupnya itu. Tak sempat dia  untuk belajar apa-apa tentang Nuqman. Namun kenyataan tetap kenyataan kini dia milik Nuqman. Mungkinkah Nuqman juga miliknya?


"TERMENUNG. Kenapa fikirkan keadaan rumah mertua ke apa ni?" Tanya Mak Su Habibah yang melambungkan Nasira kembali ke alam nyata dari kisah yang menyedihkan semalam. Mak Su Habibah yang entah bila munculnya, tahu-tahu sudah duduk di sebelah dia. Magis betullah Mak Su Habibah dia ini. Jangan-jangan dulu Mak Su Habibah ni penuntut David Blaine agaknya.
"Tak ada apalah Mak Su." Balasnya lemah dengan wajah yang cuba Nasira ceriakan. Tak berkesan langsungkan lakonannya apabila Mak Su  Habibah hanya tersenyum nipis tanda faham apa yang tersirat di hati anak saudaranya yang seorang ini. Dengan Mak Su Habibah ni memang Nasira tak boleh berbohong agaknya.
"Maksu ingat kamu risaukan hal mertua kamu. Mama, kamu cakap yang kamu nak terus balik ke rumah mertua kamu hari ni. Kenapa awal sangat? Tak nak ajak Hafiz tidur kat sini dulu ke?" Mak Su Habibah cuba mengorek rahsia hati Nasira bak kata Kak Ogy, gali sampai jumpa.
            Pertanyaan berserta soalan itu sesungguhnya menyentak dirinya. Nasira tidak ingat bila masanya dia memberitahu mama yang dia akan terus balik rumah mertua. Rasanya sejak dari malam Nasira ditangkap bersama Nuqman, dia langsung tak berborak dengan mama dah. Agaknya mama memang dah tak nak tengok muka dia lagi kat rumah ni kot. Yelah dirinya kan anak yang menconteng arang ke keluarganya dan Nasira juga yang membuatkan keluarganya malu dengan keluarga Hasni. Lelaki yang dulunya Nasira puja dan di terima baik keluarga anya. Walaupun sebenarnya lelaki itu hantu berkepala jembalang.
"Termenung lagi. Kamu susah hati kan Sira. Mak Su tahu kamu susah hati. tapi kamu sabarlah, setiap kejadian itu ada hikmahnya dan setiap ujian itu ada nikmatnya. Allah tak akan menguji pada hambaNya yang tidak mampu menanggung ujian Nya. Walaupun apa kata mereka, Maksu yakin kamu dan Hafiz tak bersalah." Ujar Mak Su Habibah ikhlas. Sedikit terhibur hati Nasira mendengarnya.
            Nasira tahu di sebalik penyatuan Nasira dan Nuqman, banyak yang memandang serong dan mengkeji mereka. Yelah penyatuan yang berbau bunga tahi ayam dan baunya semerbak tidak menyenangkan. Namun di sebalik semua itu Mak Su Habibah memang sentiasa menyayangi nya. Mak Su Habibah saja yang percayakan dan yakin dengan dia. Mungkin kalau ada Pak Long Zaman, Pak Longnya itu juga di pihaknya. Tapi bapa saudaranya itu sedang bercuti di Australia ketika ini. Sedihnya bukan mereka yang membesarkan dia dengan tangan mereka sendiri yang mempercayai dirinya. Tetapi orang luar lebih percayakan dia. Sejak malam kejadian itu Nasira langsung di hukum tanpa keadilan.
"Terima Kasih Mak Su." Nasira peluk Mak Su tanda penghargaannya padanya. Seikhlas hatinya untuknya.
"Sama-sama. Mak Su tak nampak pun Hafiz. Dia ke mana?" Soalan Mak Su membuatkan Nasira sedar yang dia tak jumpa lagi Nuqman selepas usainya majlis pembatalan air sembayang tadi. Mana pula lah mamat ni hilang. Janganlah  dia tinggalkan Nasira sudah. Nanti lagi teruk Nasira kena kutuk. Dahlah kahwin kerana kena tangkap basah lepas kena tinggal, mahu tujuh benua Nasira nak kena tahan malu di depan keluarganya.
"Dia kat luar kot Mak Su. Biarlah Sira pergi cari dia." Nasira secara tidak langsung meminta diri dari Mak Su. Lantas dia bangun dari tempatnya dan keluar dari bilik yang memenjaranya sejak tiga hari lepas.


NASIRA berjalan di luar rumahnya sambil matanya tajam mencari seseorang. Di celah-celah saudara dirinya dan saudara Nuqman, Nasira cuba mencari bayangan milik lelaki bernama Nuqman itu. Agak ramai juga yang hadir. Sesekali senyuman di ukir lebar buat mereka yang mengenalinya dan senyuman lembut buat mereka yang memerhatinya. Alhamdulillah walaupun pernikahan kami mempunyai sejarah seharum bau bunga tahi ayam, namun keluarga Nuqman berkeras untuk melangsungkan penikahan ini secara beradab melayu. Nasira tetap di pinang, tetap bertunang walau hanya untuk dua hari dan kini sah menjadi isteri orang.
Nun di sudut sana Nasira terpandangkan Si Dia yang sedang berbual dengan Ibu bapanya dan adiknya Nasrul Hadif yang sentiasa ceria. Anak muda itu sentiasa ceria dan sentiasa terbuka dalam menerima keadaan Nasira dan abangnya. Malah tiga hari ini, dialah menjadi penghibur dan badut mereka berdua. Nasira menarik nafas panjang sebelum melangkah ke arah keluarga itu yang mula esoknya akan menjadi keluarga barunya.
"Hai kak long." Adif dulu yang menegurnya. Tersentak sedikit Nasira mendengar panggilan kak long itu. Hai semalam dia masih memanggilnya kak Sira, sekejap betul budak ni buat adjustment terus panggil Nasira kak long.
"Sira." Tegur Encik Nasir juga mengalu-ngalukan Nasira dengan senyuman. Sejak dari mula Nasira melihat ibu dan abah Nuqman ini lebih terbuka menerima kenyataan tentang dirinya dan Nuqman. Tidak seperti keluarganya yang terus membuang dirinya. Seumpama dia ini tak berharga. Bagaikan haiwan perliharaan yang tak di sayangi lagi lalu di tinggalkan saja di tepi rumah orang lain.
"Pakcik, makcik." Nasira menegur sopan ketika Nasira sudah berdiri di dalam kelompok keluarga barunya itu. Keluarga yang dia harap untuk menumpang kasih. Keluarga untuk dia jadikan dahan tempat dia berpaut sayang.
"Pakcik? Makcik? Hish apalah kak long ni, mana boleh panggil Pakcik dengan Makcik dah. Sekarang dah jadi abah dan ibu lah. Sah je kata kadi, panggilan kena tukarlah. Tengok Adif kan dah panggil kak long. Ye tak along?" Adif ni memang manusia paling kecoh sekali dalam keluarga ni. Mulut dia adakalanya menghiburkan. Adakalanya boleh buat orang migraine dengan kenakalannya.
Nuqman tak menjawab, dia hanya memerhatikan Nasira. Sedari dari majlis pembatalan air sembahyang tadi, dia hanya memerhatikan Nasira langsung tak berkata apa pun pada gadis itu. Agaknya dia tak tahu bagaimana untuk bereaksi pada Nasira dengan keadaan mereka yang terpaksa kahwin kira ala koboi zaman moden macam ni. Semestinya dia juga kesiankan keadaan mereka yang sebegini. Namun di sebalik rasa kesian itu dia terpaku melihat air muka Nasira yang nampak lebih tenang dan lembut berbanding hari-hari sebelumnya.
"Along ni, tahulah kak long cantik sangat hari ni. Tak perlulah tenung macam tu sampai orang cakap pun tak dengar. Geli je." Adif kembali mengusik Nuqman. Terus sepasang anak mata itu tidak lagi tertumpu pada Nasira tapi sebaliknya ibu bapanya.
“Ehem-hem” Nuqman membetulkan suaranya. Menutup rasa malu tertangkap oleh adik sendiri. Adik yang kepoh pula tu.
"Nuqman, saya nak cakap sikit boleh?" Nasira memulakan mukadimahnya. Segan juga rasanya hendak bercakap dengan Nuqman. Dia masih belum biasa.
"Cakaplah." Nuqman menjawab tanpa memandang wajah Nasira. Takut jika dia melihat wajah itu lagi akan terpakulah matanya di situ saja.
Aduh pening betul Nasira dengan mamat ni. Nasira kalau boleh nak cakap berdua je dengan dia jadi taklah malu sangat Nasira nak minta Nuqman bawa Nasira balik untuk malam ni. Ini gayanya macam hendak Nasira bercakap dengan dia depan semua yang ada di sini. Boleh Nasira berbincang di hadapan mereka yang ada. Tapi nanti nampak sangat Nasira ni mangsa penghalauan keluarga. Dengan keluhan dan walaupun rasa segan Nasira tebalkan juga muka Nasira yang tak tahu malu ni. Tak berani nak tengok reaksi mereka Nasira menunduk sambil bercakap. Dia sudah tiada pilihan lain.
"Malam ni boleh tak awak  bawa saya balik rumah awak? Malam ni je." Nasira terasa segan sangat bila minta macam tu tapi Nasira tak ada pilihan ini jelah cara Nasira menangkat sedikit sisa maruahnya di mata keluarganya sendiri. Sekurang-kurang bila dia balik dengan Nuqman nanti Nasira dapat menunjukkan pada keluarganya masih ada yang sudi membawa dia pulang dan suaminya ini benar-benar ingin memberi tanggungjawab padanya.
"La kenapa pula cakap macam tu. Tak adanya rumah Nuqman ke rumah Sira ke, sekarang ni itu pun rumah Sira sekarang. Tak perlu nak minta kebenaran macam tu. Along, bawa Sira kemaskan barang dia. Mula hari ni dia tinggal dengan kita." Nasira dengar suara Encik Nasir menjawab. Nasira masih tak mengangkat muka. Ingin menitis airmatanya kerana rasa segan tadi dan kerana malunya yang terasa rendah maruahnya memohon simpati orang.
"Fuhyooh ini baru best. Kalau kak long balik rumah kita jadi Adif dah ada kakak. Kak long nak minta Adif tolong kemaskan sekali ke?" Suara nakal Adif bertanya.
"Eh tak perlu." Nasira pantas menjawab. Adif berjaya membuatkan Nasira mengangkat wajahnya. Nasira lihat Nuqman kembali merenungnya. Nuqman melangkah ke arah Nasira. Berdiri dekat di hadapan Nasira. Muka Nasira diangkat bertentang dengan wajahnya. Tersenyum hambar melihat bekas air mata yang ada di pipi mulus itu. Pipi tembam itu di sentuh perlahan. Bekas air mata yang menitis di pipi tadi dihapuskan dengan ibu jarinya.
“Itu rumah kita. Hak I pada rumah itu tak ada bezanya dengan hak you sekarang. You sama berhak seperti I juga. Kita balik rumah kita.” Ujar Nuqman lembut. Seakan berbisik di telinga Nasira. Tergamam Nasira sebentar dibuatnya. Terbuai rasa.  Namun rasa itu terhenti dengan sendirinya apabila terdengar suara Adif menyebut  nama yang dia tak duga akan hadir.
"Along, kak Zura." Ujar Adif sambil menunjuk ke arah pagar. Nasira dan Nuqman terus berpaling dan manusia-manusia yang dah melukakan hati dia wujud di hadapan mata.
Nasira tegak berdiri pada mulanya namun bila Nuqman menarik Nasira melangkah ke arah pasangan itu, entah kenapa kakinya menurut walaupun sebenarnya Nasira tak ingin bertemu mereka. Erat tangannya membalas gengaman Nuqman. Bagai mematerikan satu ikatan sah di mata mereka yang memandang. Kini empat pasang mata bertentangan. Nasira hanya memandang kosong wajah manusia-manusia di hadapannya. Tangannya masih erat dalam genggaman Nuqman.
"Terima kasih kerana sudi datang majlis kami." Suara Nuqman bernada tenang itu menyapa pendengaran. Seolah-olah kedatangan mereka itu di jemput ke majlis ini. Bagai tiada apa terjadi pada mereka sebelum ini.
 Reaksinya, Zura hanya menunduk dan Hasni asyik merenung garang ke arah Nasira. Tak tahu kenapa dan untuk apa renungan itu. Renungan yang menyatakan Nasira pula yang berhutang dengan dia bukan sebaliknya. Ingin Nasira membalas tegas renungan itu namun hanya seketika cuma sebelum Nasira menunduk mengalah.
" Ini semua tak sepatutnya berlaku Sira. Awak sepatutnya jadi hak saya. Sepatutnya ini majlis kita." Hasni bagaikan tak ada rasa bersalah berbicara sedemikian. Seperti mana Hasni, Nasira juga tak beperasaan pun kala Hasni menuturkannya. Nasira hanya diam membisu dan nya biarkan Nuqman dengan baik hati membalas.
“ Patut atau tidak semuanya telah terjadi. Hakikatnya ianya sudah terjadi dan aku rasa kau juga tahu kenapa ini terjadi.” Ujar Nuqman tegas. Menghantar rasa bersalah di hati Hasni dan menyedarkan dia, kerana dia semua ini terjadi. Jika dia ingin salahkan sesiapa, dia hanya perlu menunjuk dirinya sendiri.
“Zura minta maaf. Zura tahu Zura yang salah. Please Man, maafkan Zura.” Tanpa segan Zura memohon maaf sambil menggengam lengan Nuqman.
Terbuka mata Nasira melihat keberanian itu rasa bagai nak di sambalkannya saja tangan yang memegang suaminya itu. Apabila Nuqman merentap lengannya hingga terepas dari pegangan jari Zura itu membuat Nasira tersenyum kemenangan. Makin lebar senyuman itu apabila selamba tangan Nuqman beralih dari mengenggam tangannya kini memerluk pinggangnya pula. Terasa keyakinan itu menusup dalam hatinya. Nasira berpaling bertentang wajah dengan Nuqman dan seketika mereka bertukar senyuman. Hanya Allah yang tahu bertapa bersyukurnya Nasira saat ini kerana dia tahu mulai dari saat ini ada yang akan tegas menyokongnya dan melindunginya. Kini dia sudah tidak perlu kalah dengan renungan Hasni. Kini dia hanya perlu memandang ke hadapan dengan penuh berani. 
"Minta maaf adalah hadiah paling berharga kami dapat hari ini. Sayangnya kami tak perlukan itu semua. So sekali lagi terima kasih sudi datang. Sangat terima kasih sebenarnya. Terima kasih kerana pernah wujud dalam hidup kami dan terima kasih kerana mempertemukan kami. Rasanya selepas ini dah tak ada hutang antara kita dan kami berharap kau berdua tak wujud lagi dalam masa hadapan kami. Dah lambat ni. Kami mohon diri dulu. Nak kemas-kemas baju Nasira, mula hari ini Sira akan tinggal dengan aku sebagai isteri aku." Kata-kata tegas dan membawa sejuta maksud terluah dari bibir Nuqman. Itu kata hati Nuqman dan itu juga keinginan Nasira. 
Nasira suka kata-kata Nuqman. Ketegasan Nuqman memukau Nasira. Terasa beruntung dirinya memiliki lelaki setegas Nuqman kerana dia pasti jika Nuqman setegas yang dia sangka, Nuqman bukanlah tipa lelaki yang akan berpaling pada kisah lampau dan lelaki setegas Nuqman akan berdiri di dalam sesebuah perhubungan walau apapun terjadi. Semoga ketegasan ini akan menjadi salah satu ramuan dalam resepi perhubungan mereka nanti.
 Tak lekang senyuman dari bibirnya saat dia dan Nuqman berlalu pergi. Mendengar kata-kata Nuqman memberi Nasira sejuta makna. Dia terasa dirinya dihargai. Maruahnya diangkat di hadapan mereka yang pernah memperlekehkannya. Benar kata Nuqman, Nasira juga tak ingin manusia-manusia itu wujud dalam masa depannya nanti. Kini baru Nasira rasa gembira, dia gembira kerana dia lega yang perkahwinan ini akhirnya membebaskan dia dari genggaman Hasni.











BAB 4


NUQMAN tak bisa memandang Nasira dengan pandangan biasa. Setiap kali matanya menyapa wajah Nasira semestinya ada bias rasa simpati di dalam sinar anak mata hitam miliknya. Bertapa tingginya harga yang Nasira perlu bayar atas kekecil kesalahan mereka yang hanya ingin ketenangan. Untuk menyalahkan takdir, Nuqman pasti itu bukan satu tindakan yang bijak kerana mereka tetap bersalah apabila berdua-duaan. Cuma satu Nuqman percaya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kini.
 Nuqman membantu Nasira mengemas. Dia tahu Nasira sangat segan mengemas di hadapannya. Wajah Nasira yang merah sambil duduk di atas katil pengantin mereka menyambut baju-baju yang dia hulurkan itu lalu terus mengemas masuk ke dalam begnya menceritakan bertapa malunya gadis itu. Nuqman yakin yang dia adalah lelaki pertama yang seintim ini dengan Nasira. Tiba-tiba dia berbangga untuk itu.
“ Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?” Soalan itu mengejutkan Nuqman. Soalan yang terkeluar di bibir isterinya setelah mereka sah suami isteri. Bukankah soalan itu patut Nasira tanya sebelum dia berjabat dengan tok kadi? Apalah isterinya ini.
“Dah Jodoh I dengan You. Nak buat macam, terima jelah.” Tak tahu menjawab bagaimana, Nuqman melepaskan ayat berupa lawak itu. Pasti sekarang Nasira terfikir dia ni betul atau tak? Bercerita tentang pernikahan macam bercerita tentang membeli baju di rumah.
“I perasan you lagi banyak seluar dari baju kurung. Tak suka pakai baju kurung ye? ” Usik Nuqman setelah Nasira sedikit senyap selepas dia menjawab soalan isterinya tadi. Ingin menceriakan suasana.
Sengaja dia mengusik kerana itu dari pemerhatiannya sebaik dia selesai membantu Nasira mengeluarkan baju gadis itu dari dalam almari berpintu dua itu. Dalam membantu sempat lagi dia usha baju Nasira. Baju gadis itu semuanya berfesyen ringkas dan sederhana. Yang banyak adalah jeans dan T-shirt. Baju kurung pula boleh di kira dengan jadi. Kemeja pejabat dan slack pun ada beberapa helai saja.
“Tak berapa nak selesa kalau pakai baju kurung. Lagipun kerja pun tak selesa nak pakai baju kurung sebab banyak bergerak.” Jawab Nasira lembut. Jujurnya dia tak tahu bagaimana berbual dengan Nuqman. Kekok rasanya.
“Tapi you nampak cantik pakai baju kurung. Cantik macam sekarang.” Ayat itu keluar dari mulut Nuqman. Ikhlas kedengaran seperti satu pujian namuan sengihan Nuqman umpama mengusik pula. Makin tak keruan Nasira dibuatnya.
            Penat Nasira memikir adakah itu pujian ataupun usikan saja. Jika memang itu adalah pujian, kembang hidung Nasira dibuatnya. Tapi benarkah pujian? Terus saja mata Nasira mencari wajahnya membalas renungan Nuqman. Nasira nampak keikhlasan terbias di matanya. Ada sinar kejujuran di situ. Benarlah di sebalik senyuman mengusik itu, Nuqman benar memujinya. Kembang sebentar hati Nasira dibuatnya.
Baru Nasira nak perasan, Nasira terus teringat. Mestilah Nasira nampak cantik, dah dia memakai baju pengantin tentulah cantik. Sesiapa saja jika memakai baju pengantin ini akan ada satu kecantikkan tersendiri. Seri pengantin lah agaknya. Ragu-ragu Nasira kalau dia memaki baju kurungnya yang lain tak tahulah adakah dia masih cantik atau tidak buat Nuqman. Satu pujian yang kurang adil pada waktu dan keadaannya ini. Aduh kenapa tiba-tiba pula sangat memikir pujian yang hanya sepintas lalu itu.
“Ada apa-apa lagi ke you nak I tolong? Baju lain?” Suara Nuqman sekali lagi memecah kekakuan Nasira. Terbang segala fikirkannya kala terdengar suara itu.
Lama Nasira memikirkan apa yang di tanya oleh Nuqman. Blur dia buat seketika. Sekejap Nasira mengingatkan pertanyaan Nuqman tadi. Nuqman bertanyakan soal baju dengan Nasira. Rasanya semua baju sudah lelaki itu hulurkan padanya. Tak tinggal satu pun. Baju lain apa lagi? Baju lain? Terus saja wajahnya berubah merah. Melihat senyuman lelaki gatal di bibirnya baru Nasira faham baju apa yang Nuqman maksudkan. Hish gatal juga mamat ni.
“ Tak ada. Tolong bawa kotak tu keluar boleh.” Pinta Nasira lembut mengubah topic perbincangan sambil dia menunjukkan kotak di atas meja belajar nya. Wajahnya masih lagi membahang.
“Tak ada? You tak nak bawa ke? Nanti you nak pakai apa? I tak ada baju macam tu, nak pinjam yang mama punya rasanya tak sama. Baik you bawa. Kat mana you simpan? Biar I tolong you kemaskan.” Makin ligat Nuqman mengusik Nasira apabila di lihatnya gadis itu faham apa yang dia ertikan dengan ‘baju lain’ tadi.
            “Tak apalah saya boleh kemas sendiri. Awak keluarlah dulu, tolong bawakan kotak tu sekali ye.” Tak terkeluar rasanya suara Nasira menahan malu. Dalam malu itu dia juga geram dengan sifat Nuqman yang baru dia ketahui. Gatal.
            Nuqman tak mahu mengusik lagi. Dia tidak menunggu lama dengan senyuman keladi cina terus saja mencapai kotak itu dan mengangkatnya. Gayanya bermula seperti nak menimbang je. Lagak yang agak lucu namun menghantar maksud Nasira membuli dia.
‘Hai cik abang tak beratlah kotak tu. Itu baru Nasira suruh angkat satu kotak je. Kalau Nasira suruh angkat satu bilik ni baru padan muka.’ Getus Nasira. Geram pula dia bila terus-terusan di usik begitu.
Nasira memandang Nuqman membawa kotak yang bercorak patung. Gaya macam memikul beras seguni saja. Tersenyum Nasira dengan lagak spontan Nuqman itu. Namun senyumnya pudar melihat kotak di tangan suaminya. Sedih kerana dia sedar selepas ini terlalu  lama untuk dia kembali semula ke sini kerana saat kotak itu di bawa pergi seolah hidupnya dia di sini juga dibawa pergi. Sememangnya hanya kotak sederhana besar itu dan beg pakaian ini saja harta yang Nasira ada. Bukti hidupnya selama ini. Yang lain bukanlah milik dia jadi biarlah terus tinggal menetap di sini. Jauh di sudut hati Nasira berharap akan satu hari nanti setelah semuanya terbongkar, bilik kecil ini akan kembali menjadi miliknya.
“Masih simpan lagi?” Tiba tiba Nuqman bertanya soalan itu. Tersentak sedikit Nuqman memandang bungkai gambar di atas meja belajar yang tadinya terlindung oleh kotak yang di tangannya.
Pertanyaan Nuqman itu membuatkan mata Nasira memandang ke arah pandangan mata Nuqman. Jika tadi dia bertanya apa yang Nuqman maksudkan, kini bila matanya terarah pada gambarnya dan Hasni yang masih menghiasi meja belajarnya itu, barulah Nasira faham apa yang Nuqman maksudkan.
“Tak sempat nak buang.” Jawapan jujur dari Nasira. Sememangnya Nasira tak sempat hendak membuang ganmbar tu. Rasanya kalau Nuqman tak tanya tadi, Nasira pun tak ingat Nasira pernah ada gambar itu apatah lagi untuk sedar gambar itu masih menjadi salah satu perhiasan dalam biliknya.
“Hmm. Okay.“  Nuqman macam tak percaya je jawapan dari bibir Nasira. Membuatkan Nasira ingin menjerit untuk menyatakan dia tengah jujur ni tau.
“Betul memang tak sempat buang. Tiga hari nikan kita sibuk dengan majlis.” Nasira tak tahu kenapa dia berusaha untuk meyakinkan Nuqman. Mungkin sebabnya Nasira tak mahu Nuqman curiga padanya. Tapi kenapa?
“Iya. I tahu dan I percaya. You sambunglah kemas. I bawa kotak ni keluar.” Balas Nuqman kali ini. Kali ini memang jelas jawapan itu bernada usikkan. Tak sekaku tadi. Melihat Nuqman melangkah keluar tiba-tiba membuatkan hati Nasira ingin memanggil suaminya itu kembali. Seakan masih ada pekara tak lagi selesai.
“Awak.” Panggil Nasira. Kali ini dia ingin ikut kata hatinya. Ingin pertama kalinya setelah sekian lama siat itu hilang dari dirinya, dia ingin bertindak atas keinginannya.
Nuqman berpaling memandang Nasira sebaik terdengar dirinya diseru lembut di bibir Nasira. Nuqman memandang gadis itu bangkit dari duduknya tadi menuju ke meja belajar. Matanya terus mengikut gerak langkah gadis itu mengambil bingkai gambar  tadi lalu di campakkan ke dalam plastik hitam yang mengandungi sampah. Bagai tertekan punat auto, bibir Nuqman terus tersenyum.
“Saya betul lupa nak buangkan. Malah saya tak sedar pun benda tu ada kat situ.” Lembut suara itu menerangkan  padanya.
“ I percayakan you. You tak perlu buang pun I dah percayakan you. Dari lapisan kerak debu itu pun I tahu berapa kurun you tak sentuh bingkai tu dah. You tak perlu beli kepercayaan I dengan pengorbanan atau apa-apa sekalipun kerana harga kepercayaan adalah kejujuran you. Selagi you jujur selagi itu kepercayaan milik you. Dah jangan banyak fikir lagi. Sambunglah kemas barang you tu. Oh ya.. Jangan lupa kemas baju lain tu. Harta penting tu.” Kata-kata romantis yang dimulakan Nuqman tadi hilang kesannya pada Nasira sebaik usikkan itu di lontarkan.
Nasira hanya mengetap bibir je melihat Nuqman keluar dari biliknya. Tak lagi menghalang. Dia tak faham betul dengan cara Nuqman. Sekejap dia boleh menjadi seromantis Aaron Aziz, dalam satu kelipan mata boleh pula dia berubah menjadi Zizan raja lawak. Keliru Nasira hendak membaca sifat sebenar Nuqman.
Dalam satu keadaan boleh setegas Hitler. Nampak macam pembuli namun suka menguik. Patutlah Adif tu kaki usik. Rupanya abang dia pun macam tu. Baru Nasira nampak warna sebenar Nuqman. Ingatkan keturunan Htiler tapi rupanya keturunan Charlie Chaplin. Sudah-sudahlah dia memikir lelaki itu. Nanti tak sudah kerja dia pula kalau terus memikirkan lelaki itu. Baik dia sambung mengemas lagipun dia ada seumur hidup untuk terus mengenali lelaki itu.


NASIRA memandang bilik kecil berwarna biru ini buat kali terakhir.  Bilik  berwarna  biru ini tempat Nasira tidur dari zaman Nasira bersekolah hingga ke universiti. Walaupun bilik ini hanya ada sebuah katil queen size, sebuah meja belajar dan almari dua pintu, namun bilik ini yang paling Nasira sayangi. Dua tahun lalu Nasira gembira masuk ke bilik ini dengan segulung ijazah. Niatnya ketika itu, bilik ini akan selamanya menjadi biliknya walaupun Nasira sudah begelar isteri orang.
Masa itu Nasira tiada masalah kerana Hasni sanggup untuk tinggal dengan keluarganya memandangkan mama dan papa menerima baik kehadiran Hasni didalam keluarganya yang kecil ini. Malah Hasni lebih di terima di dalam keluarga ini berbanding dirinya. Tapi kini semuanya sudah berlalu. Semuanya hanya tinggal kenangan kini. Sememangnya kita yang manusia ini hanya boleh merancang , yang menentukan segalanya adalah Dia yang Maha Esa.
Nasira menarik nafas, menyeru agar semangatnya kembali kental. Dia tahu walau apa pun berlaku, tak perlu untuk kenangkan lagi kisah semalam. Nasira perlu melangkah kehadapan tanpa memandang kebali ke belakang. Dengan rasa sedih yang setinggi gunung dan rasa separa rela, Nasira mengheret begnya melangkah keluar.  Saat itu matanya bertentang dengan mata Abang Zahir, satu-satunya saudara kandung yang dia miliki.
Bertambah sedih hati Nasira yang sayu. Terasa bagaikan dia ini seperti najis, apabila  Zahir pantas mengalihkan pandangannya. Seumpama melihat Nasira ini adalah adalah sesuatu yang sangat menjijikkan. Selama ini abang Zahir adalah manusia paling rapat dengannya dan kini merupakan manusia yang paling jauh darinya. Zahir lah yang paling marah pada malam Nasira di tangkap basah. Marah kerana Nasira adik yang dia sayangi membuat onar dan bertambah marah kerana Nasira telah mengecewakan teman baiknya Hasni. Kononnyalah. Kalaulah abangnya sedar siapa yang mengecewakan siapa. Tapi mahukah abangnya percaya? Bukankah Hasni lebih penting dari adiknya ini.
Sedar sebenarnya dia, sejak malam itu terjadi serta merta gelaran anak dan adik dari bahunya jatuh. Dia umpama anak yatim piatu sebelum waktunya. Tinggal sebatang kara sebelum masanya. Sukarnya memperolehi kepercayaan orang. Lebih sukar untuk memperolehi kepercayaan orang tersayang. Ah.. buat apa Nasira bersedih sedangkan Nasira tahu ini adalah layanan mereka terhadapnya setelah Nasira di tangkap basah.  


            TANPA menoleh lagi, Nasira tekad untuk melangkah pergi. Jika dia tak di alu-alukan biarlah dia membawa diri. Tak guna dia bertahan sekiranya itu hanya membuatkan dia menjadi bahan maki hamun boleh keluarganya sendiri. Luka oleh orang luar tak sama rasa sakitnya dari luka dari keluarga sendiri. Luka kerana orang yang kita tak sayangi tak melibatkan emosi yang dalam. Namun saat orang yang kita sayangi tak percaya dan berpaling dari diri kita. Luka itu menghancurkan harapan, memusnahkan kepercayaan sendiri.
“Sira dah nak pergi?” Rina, kawan  baik pada Zahir yang sedari tadi berdiri di samping abangnya itu menegurnya. Nasira kenal benar Rina kawan baik kepada abangnya sejak sekolah menengah lagi hinggalah sekarang. Biarpun baik Rina mahupun Zahir, masing-masing punya buah hati sendiri namun mereka masih lagi rapat. Dalam proses itu Nasira turut akrab dengan Rina hingga dia sudah dah anggap kak Rina ni macam kakak Nasira sendiri.
“Ya kak Rina. Sira minta diri dulu.” Nasira mengiyakan saja. Disalam nya tangan Rina tanda bersedia untuk pergi.
“ Anything call je kak Rina atau abang Zahir. Kalau abang Zahir tak nak angkat call adik, terus call kak Rina. Ada orang perlu sedar air di cincang tak akan putus. Tapi kalau itu pilihan dia kita nak kata apa kan. Jangan nanti menyesal tak sudah. Sabar ya dik. Lambat laun pasti kebenaran akan muncul.  Orang yang bersabar ini besar rahmatnya.” Ujar kak Rina menyentuh hati Nasira. Walau dia tahu dalam ujaran itu terselit sindiran buat abangnya. Nampaknya terbukti sudah lebih ramai orang luar sana lebih percayakan dirinya dari orang yang mengenali dia seumur hidupnya. Bersyukur dia bila mengetahui rupanya masih ada lagi manusia yang teguh berdiri di belakangnya.
“Terima kasih kak Rina.” Ujar Nasira sambil mengenggam erat tangan Rina. Sungguh Nasira berterima kasih dengan perhatiannya.
 Tak sanggup menunggu lama lagi, sakit dia dengan jamuan muka benci oleh Zahir. Nasira segera meminta diri. Bila dia ingin menghulurkan salam pada Zahir, hatinya berbelah bahagi. Akhirnya Nasira menarik begnya dalam keadaan sebak dan penuh hiba terus melangkah keluar. Bagaikan peserta Akedemi Fantasia yang tersingkir. Huh Sedihnya. Dia di undi keluar oleh keluarganya sendiri.





BAB 5


“ SAYA minta maaf. Mama saya layan awak dan keluarga awak macam tu. Bukan mama saya saja tapi keluarga saya. Mereka sebenarnya kecewa dengan saya.” Nasira memohon maaf pada Nuqman sebaik Nasira berada di dalam keretanya.
Sungguh  Nasira malu dengan sikap mama dan abangnya yang langsung tak menghantar mereka ke kereta. Hanya Mak Su dan papa nya saja yang mengiring mereka ke kereta. Sedih sungguh hatinya apatah lagi bertambah malu dengan sikap keluarganya yang bagai tak beradab. Selebihnya dia rasakan dia hanya anak angkat yang menumpang di dalam keluarga itu. Sudahlah tiada majlis menyambut menantu nanti, tak kan nak mengiringnya ke kereta pun susah sangat ke? Bila di fikirkan balik, mujurlah dia menolak bila ibu Nuqman ingin mengadakan majlis sambut menantu itu. Kalau tidak tak tahulah dia ke mana hendak di letakkan maruahnya apabila tiada pun seorang dari keluarganya yang mengiringinya nanti.
“Its okay.” Pendeknya jawapan Nuqman. Selepas tu kita orang masing-masing senyap. Kebisuan melanda mereka.
Kebisuan itu juga menyelubungi kereta Honda CRV milik Nuqman, kerana hanya Nasira dengan dia je dalam kereta ni. Ibu dan abah Nuqman balik menaiki kereta bersama makcik Nuqman dan Adif  yang sepatutnya bersama mereka sekarang sedang memandu kelisa milik Nasira. Tadi Nasira nak je memandu sendiri kelisa itu sendiri tapi di tegah oleh abah Nuqman.
Kata Encik Nasir tak manis kalau pengantin baru balik asing-asing. Jadi Nasira terpaksalah duduk di sini. Berada dalam satu kereta dengan Nuqman. Memandangkan Nasira berdua je dengan dia dalam kereta ini. Baik rasanya kalau Nasira mempergunakan peluang ini. Inilah peluang Nasira nak bertanyakan sesuatu pada Nuqman. Soalan yang Nasira fikirkan sejak Nasira tahu Nasira kena tinggal kat rumah suaminya. Soalan yang mereka berlu berbincang di dalam keadaan berdua begini.
“Nuqman, saya nak tanya sesuatu. Kalau saya tanya awak jangan marah tau. Saya tanya je.”  Mukadimah Nasira mudah dan padat untuk meminta kebenaran bertanya dar Nuqman.
“Tanyalah. I tak marahlah. Buat apa I nak marah pada you. Ke you ada buat salah ni?” Santai suara Nuqman member kebenaran. Mesra bunyinya seperti mereka sudah kenal lama.
“Mana ada saya buat salah. Saya nak tanya  malam ni saya tidur kat mana? Kalau boleh saya…” Nasira menimbang balik ayat dan permintaan nya. Sebenarnya Nasira ingin tanyakan aturan tidur mereka.
 Mereka kan sudah menjadi suami isteri jadi Nasira hendaklah tahu sama ada dia akan tidur bersama Nuqman dan adakah Nuqman inginkan perhubungan mereka ke tahap yang seterusnya dalam perkahwinan. Dia perlu bersedia juga. Dalam pada itu Nasira ingin mencari peluang berbincang kerana kalau boleh Nasira tak nak lah tidur sekali dengan Nuqman buat masa ini. Sememangnya  Nasira segan, dia belum mengenali Nuqman sepenuhnya. Lagipun Nasira ni tidur ganas. Mahu sakit jantung Nuqman kalau melihat Nasira tidur.
“ You jangan risau, I dah minta Adif kemaskan bilik tamu untuk you semalam. You tidur je dalam bilik tamu tu.” Ujar Nasira tenang. Dia macam tahu-tahu je Nasira akan bertanya soal ini. Jawapannya sebijik macam skema jawapan yang Nasira nak. Kalau tahap SPM ni boleh dakwa soalan bocor ni.
“Terima kasih.” Nasira sungguh berasa gembira dengan kata-kata Nuqman. Wah nampaknya Nasira akan hidup seperti biasa. Bolehlah dia tidur ganas-ganas.
            Nuqman memandang wajah Nasira yang berseri-seri. Mungkin gadis itu tak sedar tapi dia dapat mendengar gadis itu bernyanyi kecil menggambarkan hatinya yang gembira. Nampak sangat jawapan yang diberinya itu yang di nantikan oleh Nasira. Mengenali Nasira selama tiga hari ini, walaupun tak lama tapi cukup untuk merngenali sesorang yang sepolos Nasira. Wajahnya mampu menceritakan segalanya. Sinar matanya nya pula lebih mampu bercerita tentang hati dan keinginan nya berbanding bibir comel itu. Sekali dia pandang wajah itu, sekilas bias mata itu sudah mampu membuat Nuqman membaca keinginan hati kecil itu. Dia tahu Nasira tak bersedia. Dia juga tak berapa nak bersedia walau di hatinya ada keinginan untuk mengertikan malam pertama dia sebagai suami.
            Dalam pada Nasira sedang bergembira itu kebetulan kereta Nuqman memotong sebuah kereta yang di pandu sepasang pasangan yang sudah lanjut usianya. Tiba-tiba dia teringat ibu dan abah Nuqman yang dia tahu Nuqman tinggal bersama mereka. Barulah dia terfikir tak ke pelik kalau Nasira tidur bilik asing-asing dengan dia? Apa pulak kata ibu dengan abah?
Aduh kenapalah time Nasira nak gembira, ada saja otak Nasira ni memotong jalan. Kenapalah soalan otak dia boleh bertanya soalan itu pada masa ini. Marah Nasira pada akalnya. Marah kepada keperihatinannya sendiri. Tak boleh ke kau otak tanya Nasira soalan tu minggu depan ke? Bulan depan ke? Tahun depan ke? Masa ini juga kau nak tanya. Kan Nasira dah susah hati balik.
“Ibu dan abah macam mana?” Nasira tak nak susah hati seorang diri jadi Nasira tanyalah soalan itu pada Nuqman. Sengaja dia mengajak Nuqman menari di pesta susah hati ini bersama-sama dengannya. Mana tahu tadi Nuqman juga terlepas pandang sepertinya.
“Ibu dan abah tu understanding orangnya. Nanti kita terangkan pada mereka. Insya Allah mereka bole faham kalau kita jujur ceritakan apa yang berlaku. Jangan risaulah. Soal tu I akan handle nanti.” Tenang saja jawapan Nuqman.
Nasira ingat Nuqman akan menari dengannya dalam pesta susah hati. Akan gelisah sepertinya. Tapi rupanya Nuqman bawa Nasira balik ke kenduri kesyukuran. Membawa Nasira kembali ke jalan ketenangan. Kalau dah begitu kata Nuqman, Tak perlulah Nasira pening-pening. Nasira pun tenang jelah. Tunggu sampai rumah nanti mereka berdua menghadap ibu dan abah Nuqman bersama-sama. Apalah reaksi keluarga dia kan??? Nasira memang tak penat berfikir soalan berharga satu juta.
Apakah reaksi ibu dan abah di atas permintaan Nuqman dan Nasira nanti?
A. Adakah ibu dan abah akan marah dan paksa mereka tidur sebilik.
B. Adakah ibu dan abah akan marah dan halau mereka keluar dari rumah. 
C. Adakah ibu dan abah akan reda je dengan keputusan mereka.
Wah sempat lagi otak Nasira memikirkan soalan yang siap mempunyai pilihan jawapan itu. Bagaikan itu soalan untuk dia memenagi Who want to be Millionaire? Ini semua kerana Nasira sebenarnya berdebar nak tahu apalah reaksi orang tua Nuqman, sampai otak Nasira dah berapa nak betul letak duduk skrunya dan boleh buat iklan di dalam keadaan yang genting ini. 
Apa-apapun Nasira tunggu jelah apa yang akan jadi. Hatinya berat menyatakan pilihan pertama yang akan terjadi. Dalam pada itu Nasira berharap janganlah terjadi pilihan kedua, ke mana pula mereka hendak bermalam nanti dan paling Nasira tak mahu kalau parent Nuqman halau Nasira sorang keluar dari rumah tu sudahlah. Lagi dia mati kutu nanti. Berdebarnya Nasira... Pilihan ketiga langsung tiada di dalam pertimbangan mungkin terjadi pada Nasira.

3 comments:

zm said...

best la criter ni, mcm lain sikit

rafidah tukiban said...

yup.agk sempoi je.

Anonymous said...

apa mksd nma nasira?
cm ayaq nira ja...
hehehe nma x up 2 date...
jln crta slow tp blh la...
apa pn ok ja...