Tuesday, August 30, 2016

Klinik Hati : Bab 4


BAB 4


Afia  terduduk dibangku taman yang dia sendiri tak tahu dimana dia beraada sekarang. Puas dia berjalan tanpa arah sehingga dia sampai ke sini. Sekali lagi dia memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia rasa marah. Rasa terluka dengan apa yang terjadi. SAH. Adiknya yang menipu dia. Khyla mengkhianati kepercayaanya. Penerangan daripada klinik di Singapura, jelas menunjukkan rawatan yang dia ambil beberapa minggu lepas bukanlah ujian kesuburan tetapi intrauterine insemination. Jadi persoalan bagaimana dia boleh mengandung kini terjawab.
Sakitnya dikhianati darah daging sendiri, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Afia ingin marah. Benar dia hendak marah. Terlalu ingin marah. Dia hendak menangis. Dia hendak menjerit kepada dunia. Terlalu ingin bertanya kenapa segala ini terjadi kepadanya? Kenapa dia yang perlu menangung segala ini? Terlalu banyak perasaan marah, sedih dan sakit hati yang terpedam di lubuk hatinya ini.
Afia sedar dia tak boleh putarkan masa kembali ke masa silam. Jadi dia perlu memikirkan apa yang terjadi selepas ini? Dia perlu memandang ke hadapan. Mulai sekarang dia perlu merancang kembali apa yang perlu dia lakukan untuk kehidupan masa depannya. Kerana atas segala yang terjadi ini mengubah apa yang sudah dia aturkan buat kehidupannya.
Itu persoalan yang dia belum ketemui jawapannya. Bagaimana dia hendak merombak kembali perancangan hidupnya jika dia tak tahu hendak bermula daripada mana. Dia tak hahu harus menduga corak kehidupannya selepas ini. Tentang keluarganya. Tentang kejayanya. Tentang masyarakat. Dan paling penting dia tak tahu apa yang akan dia lalui dengan kehadiran anak yang dalam rahimnya ini.
Mendongak ke langit selama mana pun, Afia tak ada jawapannya. Jujurnya dia tak bersedia untuk di duga sebegini berat. Hendak memutarkan masa kembali dia tak berdaua. Hendak memikirkan masa hadapan dia buntu. Afia benar-benar tersepit di tengah-tengah keadaan, Semakin dia memikirkannya rasa tak tertanggung bahunya hendak memikul. Jika boleh dia ingin sangat lari daripada kenyataan. Namun dia sedar selama mana dia boleh lari jika saban hari perutnya akan membesar. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa, Hanya doa senjatanya dan penemannya untuk terus kuat.
‘Ya Allah. Jika ini dugaan yang perlu aku tempuh. Dikau permudahkanlah bagiku untuk melaluinya. Ya Allah, Dikau tunjukkanlah jalan untukku menghadapinya’ Untuk sekian kalinya hati Afia mendoakan. Hanya doa-doa ini yang bermain dihatinya. Tak kira tempat dan ketika, hatinya sentiasa berdoa. Meminta dia diberkan kekuatan. Kerana dia yakin Allah S.W.T tak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya.

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…’     ( Al-Baqarah: 286)


EMIR ZAFRAN sedar dia sudah terlambat.  Dia terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Dia merenung seketika sekeping surat daripada Hendria OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampaikan berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan apa yang dia perlu lakukan sekarang ini. Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kembali kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu. Dia kesal kerana membuat keputusan mengikut perasaan ini. Sangat kesal apatah lagi dia hanya sedar di saat akhir bahawa tindakannya itu melanggar hukum hakam agama.
Sejak seminggu lepas, dia cuba menjejak kembali Khyla sebelum ini. Dia ingin menarik balik tawarannya pada gadis itu kerana dia sedar kesilapannya membuat keputusan yang begitu besar dalam keadaan terburu-buru hingga melanggar hukum agama. Dua minggu lepas, dia di beri kesempatan bertemu kembali dengan rakan lamanya yang berkerja sebagai doktor. Dalam duduk berbual, entah bagaimana perbualan mereka melencong kepada soal-soal rawatan kesuburan. Daripada temannya itulah baru dia tahu kenapa di Malaysia, hanya pasangan yang sah bernikah sahaja yang boleh melalui prosedur permanian berhadas. Segala ini soal haram halal.
Hukum seorang lelaki memasukkan mani kedalam faraj seorang perempuan dalam apa-apa keadaan pun adalah HARAM. Seolah-olah mereka sedang berzina. Walaupun bukan dalam erti kata sebenar. Malah selepas mengetahui segala ini, Emir menyelidik kebenaran kata-kata temannya. Dia bertanya pada ustaz dia pejabat agama. Dan dia memdapat jawapan yang sama.
Daripada bacaannya Emir mendapat tahu. Menurut Sheikh Mahmud Shaltut (Dirasat Fiqhiyyah Mu’asirah,Kaherah, Universiti Al-Azhar) menyatakan bahawa persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah adalah jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan,
Hukum manusia yang hanya mahu dia yang betul. Tidak cukup dengan pandangan seorang cendiakawan islam, Emir cuba mencari lagi sesuatu yang boleh menyokong tindakkan nya. Mana tahu dia terjumpa. Tapi apa yang haram tetap haram. Berkali pun. Beratus kali pun dia mencari dia tetap bertemu dengan jawapan yang sama. Cuma kini dia lebih faham kenapa tindakkan nya adalah haram.
Kerana menurut Syeikh Prof. Dr. Mohammad Ra’afat Othman, perbuatannya meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan pernikahan bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih yang dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang boleh membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.
Namun segalanya dah terjadi, tiada tempat lagi untuk dia berpaling dan memadamkan kekhilafannya selain daripada dia berusaha membetulkan keadaan. Apa yang di rancang semuanya sudah berlaku. Sudah ada sorang wanita diluar sana yang sedang mengandungkan anaknya. Sadisnya dia sendiri tak tahu siapa wanita itu. Sekarang ini dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Entah apalah yang dia fikirkan masa buat keputusan ini dulu?
Demi keinginannya memiliki anak, dia sanggup mengupah seorang wanita bernama Khyla untuk mengandungkan anaknya. Janji telah termeterai. Kontrak telah ditanda tangani. Malah sudah ada surat yang mengesahkan melalui proses intrauterine insemination yang dijalankan telah berjaya mencambahkan benihnya didalam rahim seorang wanita bernama Nur Afia Binti Arshad. Kini dia perlu mencari Nur Afia Binti Arshad. Ibu kepada anaknya.
Walaupun siapa pun gadis itu. Dan di mana gadis itu berada. Dia akan jejaki jua. Dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang. Moga dengan ini dia dapat menebus kembali kesilapannya.

   

Sunday, August 21, 2016

Klinik Hati : Bab 3

BAB 3
Takdir yang menentukan...


Afia  memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
Jelas keputusan pemeriksaan kesihatannya itu menyatakan dia mengandung. MENGANDUNG!!! Bagaimana dia boleh mengandung jika dia yakin dia masih suci. Selama ini dia cukup menjaga kesuciannya. Jadi bagaimana dia boleh mengandung? Apa yang terjadi padanya bagaikan satu misteri yang dia sendiri tak boleh rungkaikan.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Benarkan ujian yang dia ambil itu ujian kesuburan? Nampaknya dia perlu ke Singapura untuk mendapatkan jawapan.



Tuesday, August 16, 2016

Aku Akan Datang : Bab 2

BAB 2


Hanni keluar dari studionya di jalan Ampang. Hanni berjalan menuju ke keretanya yang di pakir di hujung blok bangunan kedai studionya. Dia perlu pergi ke satu tempat hari ini. Tempat yang dia paling benci, tapi dia perlu jejaki hanya kerana hari ini adalah hari lahirnya.
Sambil berjalan dia membelek beg kameranya. Takut kalau ada apa-apa yang tertinggal. Hari ini selepas dia ke tempat itu, dia tahu dia perlu mencari ketenangan. Dan ketenangan itu akan datang kalau dia pergi mencari shot-shot yang cantik untuk koleksinya.
Syukur di dalam hidupnya sentiasa terasa suram, Allah berikan dia peluang untuk berkerja dalam bidang yang dia minati. Bidang jurugambar ini kalau tiada kesabaran, tak mungkin boleh bertahan.  Namun berkat sabarnya dan kerja kerasnya. Alhamdulillah setakat ini rezekinya murah. Studio dan kedai gambarnya sudah di kenali ramai.
Ketika Hanni baru menyimpan beg kameranya di dalam pintu sebelah pemandu, sebuah kereta melaluinya. Dia kenal sangat pacuan empat roda itu, milik Iskandar kekasih hati Sara. Mata Hanni sempat menangkap wajah gadis yang ceria tersenyum di sebelah Iskandar yang memandu tadi. Hanni menggeleng kepalanya perlahan berkali-kali. Tak faham dia.
Apalah yang Sara nampak pada Iskandar sampai Sara sanggup menerima buaya tembaga seperti itu. Lelaki seperti Iskandar tu pada mata Hanni hanyalah tapikal lelaki yang berjaya dalam kerjaya tapi hampeh dalam jati hidup. Terlalu leka dengan ego kejayaannya sampai lupa tata susila budaya timur.
 Kerana itu jugalah Hanni memberi nama istimewa buat Iskandar iaitu ‘Mawas’. Memang sesuai dengan Iskandar, seorang manusia yang berpelajaran tapi perangainya tak cukup bertamadun. Kesian dunia sekarang. Sukar mencari khalifah yang boleh mendidik dan membawa makmumnya ke jalan yang di redhai.
“Dahlah Hanni. Tak perlu nak sesakkan kepala. Masalah kau selepas ini lagi besar. Baik kau pupuk kesabaran daripada sekarang.” Hanni memarahi dirinya.
Ya, buat apa dia sibuk fikirkan tentang hal orang lain. Sedangkan masalahnya sendiri tak selesai. Selepas ini dia perlukan kesabaran yang lebih tinggi daripada segala-galanya.


Berdiri dihadapan rumah agam yang nampak indah tetapi sunyi itu membuatkan Hanni mengeluh dan mengeluh lagi. Setiap kali dia melangkah masuk ke kawasan rumah agam ini, hatinya tak akan senang. Jiwanya terasa sesak. Sakit sekali. Tanpa siapa pun menyedarinya, setiap satu memori pahit ketika menjadi penghuni sementara rumah ini dulu sentiasa menghantui dirinya. Menjadi mimpi ngeri di malam harinya.
Kalau ikutkan hatinya, dia tak mahu menjejakkan kaki ke rumah ini lagi. Tapi apa yang boleh dia lakukan, jika sudah diwasiatkan oleh ibunya untuk menghantar surat pada Tuan Najwan. Namanya memang di binti kan dengan nama lelaki itu. Tapi tak pernah sekalipun lelaki itu mengakuinya sebagai anak. Jauh sekali hendak menerimanya.
Hanni tahu selama ini Tuan Najwan terpaksa menerimanya kerana wasiat. Kerana maruah lelaki itu yang menjadi taruhan. Hanya itu yang menjadi pengikat antara mereka. Kalau bukan wasiat. Kalau bukan kerana maruah. Agaknya daripada dulu lagi Tuan Najwan sudah menghantarnya ke rumah anak-anak yatim. Dengan berat hati Hanni mengetuk pindu mewah itu.
“Hanni...” Seperti tahun-tahun lalu, Mak Melah yang merupakan pembantu rumah Tuan Najwan yang menyambutnya.
“Mak Melah.” Hanni terus menghulurkan salam untuk bersalam dengan wanita yang banyak berjasa padanya itu. Tangan itu di cium penuh hormat.
“Hanni sihat? Lama betul Mak Melah tak jumpa kamu. Asyik telefon je. Mak Melah rindu.” Sekali lagi Mak Melah mendakap erat tubuh Hanni. Erat. Dia rindu dengan Hanni. Gadis yang membesar di depan matanya.
“Sihat. Mak Melah sihat?” Hanni bertanya sambil mencium manja pipi wanita itu. Dia kemudiannya menghulurkan sebuah beg kertas untuk Mak Melah.
“Sihat. Mak Melah sihat. Apa ni? Kan Mak Melah dah kata tak perlu bawa apa-apa untuk Mak Melah lagi. Cukup Mak Melah jumpa kamu. Dapat tengok kamu sihat dan gembira. Semua tu dah lebih daripada cukup untuk Mak Melah.” Mak Melah tak mahu menyambut huluran itu. Tahu apa yang ada dalam beg kertas yang di bawa Hanni. Gadis itu tak pernah datang dengan tangan kosong. Ada saja hadiah untuknya. Sampai dia naik segan hendak menerima lagi.
“Ini untuk Mak Melah. Ambillah. Hanni tak pernah ada peluang hendak berjasa pada arwah ibu. Berilah peluang Hanni nak bermanja dengan Mak Melah.” Pujuk Hanni.
“Dia ni pandai je buat Mak Melah rasa sayu. Selamat hari lahir sayang. Mak Melah doakan kamu semoga bahagia dan hidup dalam keberkatan Nya. Mari masuk. Hari ini Mak Melah dah siapkan makanan istimewa buat Hanni.” Mak Melah menarik tangan Hanni untuk melangkah masuk.
“Terima kasih Mak Melah. Dia ada?” Hanni bertanya perlahan.
“Ada. Dalam bilik bacaan.” Jawab Mak Melah lemah. Tahu siapa ‘DIA’ yang Hanni maksudkan.
“Hanni jumpa dia dulu. Nanti Hanni jumpa Mak Melah ye.” Hanni perlu cepat menyelesaikan urusannya.
“Sabar sayang. Ingat, Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang sabar.” Pesan Mak Melah. Kesian dia dengan Hanni. Selalu jadi mangsa majikannya. Dia risau kalau satu hari nanti kesabaran gadis itu akan sampai ke tahap penamat. Waktu itu entah apa yang akan terjadi?
“Baik Mak Melah.” Hanni mengerti apa yang dinasihatkan oleh Mak Melah.


Berhadapan dengan Tuan Najwan saban tahun tak pernah menghantar perasaan mesra dalam dirinya. Yang kedinginan dan kebencian saja yang mampu Hanni rasai daripada setiap perjumpaan itu.
Lima belas tahun. Kebencian itu tak pernah berkurangan. Malah makin menebal dari masa ke semasa. Hanni cuba. Malah dia sudah penat mencuba untuk mengubah kebencian. Sehingga akhirnya dia yang penat sendiri. Penat yang mengajar dia untuk berputus asa. Rasa lelah yang mengajarnya bahawa perasaan manusia tidak boleh diubah.
“Ini surat yang terakhir daripada arwah ibu buat Tuan.” Hanni meletakkan sekeping sampul surat di atas meja kerja Tuan Najwan.
Sedikitpun lelaki tua itu tidak berganjak dari membaca buku. Tak sepicing pun lelaki itu memandang ke arahnya. Seolah-olah Hanni langsung tidak wujud di sini. Alah Hanni. Dah 15 tahun. Sepatutnya perasaan itu sudah cukup lali dengan layanan sejuk beku Tuan Najwan.
Tapi kebenarannya, rasa sakit setiap kali tidak dipedulikan itu tetap saja muncul. Setiap kali menerima layanan beku itu, hatinya bak ais yang hancur berkecai menyembah bumi. Sakit dan perit. Kerana Hanni tahu kehadirannya tidak di perlukan apatah lagi di hargai. Ada abah di hadapan mata. Tapi dia tetap anak yatim piatu.
“Jangan risau Tuan. Ini kali terakhir saya akan jejakkan kaki saya ke mari. Tanggungjawab saya dah berakhir di sini. Terima kasih atas jasa Tuan membesarkan saya selama ini.” Ucap Hanni sebelum melangkah keluar daripada bilik bacaan itu.
Ucapan terakhirnya. Ucapan selamat tinggalnya pada Tuan Najwan. Pada keluarga Tuan Najwan.


Sunday, August 14, 2016

Klinik Hati : Bab 2


BAB 2


AFIA memerhati dari jauh Khyla mengisi setiap helaian borang di kaunter pendaftaran di hadapannya. Sebenarnya pada mulanya Afia tak faham kenapa Khyla benar-benar memujuknya untuk melakukan ujian kesuburan di Singapura ini.  Lagipun kenapa perlu di Singapura. Tapi setelah sampai di sini, Afia tahu kenapa sangat sayang untuk membazirkan pakej ini. Melihat saja ruangan klinik ini, Afia tahu harga perkhidmatan di sini memang diluar kemampuannya. Mungkin sebab ini Khyla sanggup merayu-rayu padanya untuk menggantikan adiknya itu menjalani ujian kesuburan di sini.
Kata Khyla, dia mendapat hadiah untuk membuat ujian kesuburan di sini daripada salah seorang rakannya. Oleh kerana adiknya itu didatangi haid, Khyla tak dapat meneruskan ujian tersebut lalu menghadiahkan pakej ini kepadanya. Dia ada menyuruh Khyla meminta untuk menangguhkan tarikh ke minggu hadapan agar Khyla sendiri dapat meneruskan ujian tersebut. Sayangnya tarikh itu memang telah ditetapkan didalam pakej. Mengenangkan harga pakej yang mahal. Sayang pula dibazirkan begitu saja jadi adiknya meminta dia menggantikan tempat adiknya.
Sangatlah adiknya itu beriya-iya sehinggakan sanggup membayai semua kos perjalanan mereka ke Singapura dan segala kos selama mereka ada di sini. Adiknya siap melayannya seperti seorang puteri lagi. Segala urusan adiknya yang selesaikan. Dia hanya menunggu Khyla menyelesaikan segalanya bagi dia. Kata Khyla tugasnya di sini hanya berehat dan menjalani ujian kesuburan itu. Yang lain adiknya akan uruskan.
“Dah sudah.” Afia bertanya pada Khyla apabila adiknya itu menghampirinya.
“Dah. Mereka minta akak tukar baju. Nurse ini akan bawa akak. Khyla tunggu kat sini ya. Nanti akak dah sudah, akak cari Khyla kat sini.” Ujar Khyla sambil menerangkan padanya.
“Okaylah. Tunggu akak kat sini. Jangan pergi mana-mana pula.” Afia sempat berpesan pada adiknya.
Afia mengikut saja jururawat tadi. Dia dibawa untuk menukar baju kemudiannya dia dibawa ke dalam sebuah bilik rawatan. Darahnya di ambil dan beberapa minit dia menunggu sebelum seorang doktor datang untuk menjalankan ujian tersebut padanya.  Sejuk perutnya apabila doktor perempuan itu meletakkan cecair seperti gel di perutnya sebelum mengusap perut dengan satu alat. Dia dapat melihat doktor itu membaca sesuatu dari skrin kecil di tepinya. Kemudian dia terdengar doktor itu bercakap-cakap dengan jururawat tadi tentang hasil ujian darahnya.
Dia kemudiannya diarahkan untuk bertukar ke bilik lain. Kali ini bilik itu lebih sejuk dari bilik tadi. Doktornya tadi pun sudah memakai pakaian khas. Dia hanya mengikut segala arahan yang diberikan kepadanya. Sebagai perempuan yang masih terpelihara kesuciannya, dia malu untuk membuka kakinya bagi membolehkan ujian itu di teruskan. Tapi dia cuba hilangankan masa malu itu dengan memikirkan hal-hal lain.  Afia dapat merasakan setiap pergerakkan yang doktor itu lakukan. Segannya bertambah apabila terasa sesuatu dimasukkan ke tubuhnya. Sumpah ini kali pertama dan kali terakhir dia dia akan membuat ujian ini. Malu.


Khyla berdebar-debar menunggu kakaknya yang masih berada didalam bilik rawatan itu. Sungguh dia rasa bersalah kerana sudah berlaku kejam kepada kakaknya. Tapi dia benar-benar tak ada pilihan lain. Dia terpaksa lakukan segala ini demi menyelamatkan dirinya sendiri. Tiga hari lepas dia sedar yang dia tak mampu menanggung tanggungjawab seorang ibu biarpun hanya ibu tumpangan.
Dia masih sayangkan dirinya. Dia tak mahu menjadi janda muda. Lagipun dia takut kalau Amri tinggalkan dia jika dia berkahwin dengan Emir nanti. Khyla ingin menarik diri, tapi dia tak mampu apabila mengenangkan dia tak ada wang untuk memulangkan kembali duit Emir. Semua duit pendahuluan itu telah dia serakan kepada Amri untuk membantu teman lelakinya itu dalam perniagaan. Kerana ingin membantu Amri jugalah dia sanggup setuju ikut serta dalam rancangan Emir ini. Mulanya dia ingatkan dia mampu. Rupanya tidak. Dalam keadaan terdesak, dia sudah tidak ada jalan lain lagi selain ini.
Dengan bantuan seorang kawannya yang pakar, dia berjaya memalsukan segala dokumen kesihatan dan undang-undang yang dia perlukan untuk membolehkan Afia menggantikan tempatnya hari ini. Segala dokumen atas namanya ditukarkan ke nama Afia. Borang tadi pun diisikan dengan nama kakaknya. Sengaja dia menguruskan segala urusan demi untuk menyembunyikan keadaan sebenar daripada kakaknya. Kerana dia sudah berjaya meyakinkan kakaknya segala proses hari ini hanyalah satu ujian kesuburan yang biasa. Harapan Khyla agar proses itu nanti akan gagal. Jadi dia ada masa untuk mencari balik wang bagi menebus kembali kebebasan nya daripada Emir.


Wednesday, August 10, 2016

Aku Akan Datang : Bab 1

BAB 1
           
Ini pertemuan mereka... Permulaan buat mereka...

Cuaca pagi hari ini tak sama, udara lembut mengusap pipi. Sungguh ia bagai menunjukkan satu permulaan yang amat baik. Mungkin ada suatu kebahagiaan menungu di hadapan sana. Siapa tahu bukan?
 Jam sudah berdetik pukul sepuluh pagi. Hanni baru ingin membuka peti ais mengambil minuman. Dia tak perlu mengejar masa seperti orang lain kerana dia berkerja sendiri. Dia memiliki kedai gambarnya sendiri dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan pula. Minatnya terhadap fotografi memang tiada yang boleh menafikannya lagi.
Di rumah yang mereka sewa ini dahulunya di duduki oleh empat orang. Dirinya, Sara, Shila dan Anis. Setelah Anis bernikah, hanya tinggal dia bertiga bersama Sara dan Shila. Untuk mencari teman lain yang menggantikan Anis rasanya tidak perlu kerana mereka selesa begini. Mereka mula duduk serumah sejak di Universiti lagi kerana itu mereka selesa berempat dan kini mereka bertiga.
Ketika menutup pintu peti ais dua pintu itu, mata Hanni menangkap sekeping kertas memo warna kuning yang terlekat di pintu ais. Dari Sara. Sejak Sara rapat dengan Iskandar, memang susah sangat Hanni nak jumpa minah sorang ni. Mana taknya. Pagi-pagi gadis bergelar akauntan ini sudah keluar ke pejabat. Bila malam hilang ke mana dengan Iskandar. Balik waktu Hanni dah nyenyak di buai mimpi. Hanni membaca nota yang di titipkan.

Hanni,
Malam ni, aku adakan party b’day aku kat Blue Night.
Dtg tau. Kalau kau tak datang siap ko.
                                                                   Sara

“ Hish, Sara ni. Dah tahu aku tak masuk tempat macam tu.” Rungut Hanni perlahan. Dia  meletakkan gelasnya di atas meja. 
Hanni mengikat rambutnya yang panjang. Seperti biasa pakaiannya hanyalah jeans dan T-Shirt sambil rambutnya di ikat satu di tengah kepala kalau tak di sanggul. Sangat simple seperti orangnya. Mudah dan cepat. Lagipun dia bukannya terikat dengan apa-apa program pun hari ini.


Hanni sampai sedikit lewat. Namun masih sempat sampai sebelum acara meniup lilin berlaku. Geram mencari parking tadi. Hish siapa punya idealah nak adakan parti kat sini. Macam tak ada tempat lain selain dari tempat macam ni.  Ini memang benar-benar merosakkan mood Hanni.
Hanni masuk ke dalam kelab malam yang cukup high class itu. Hanni tak kisah masuk ke tempat begitu hanya dengan memakai jeans dan kemeja T. Pakaian untuk dia ke tempat kerja pagi tadi. Sejak dia masuk beberapa orang memerhati langkahnya. Mungkit pelik dengan caranya kot. Peduli apa dia. Dia bukannya nak datang sangat pun tempat macam ni. Kalau tak kerana hari jadi Sara, tak ingin dia nak pijak tempat ni.
Tempat macam ini memang  mewah.  Bukan jenis kelab malam biasa tapi kelab malam berstatus tinggi. Hanya golongan atasan sahaja yang mampu datang ke sini. Agak privasi. Tersangat privasi sebenarnya. Namun tempat begini memang bukan pilihannya. Sesak.
 Hanni di bawa ke meja Sara oleh salah seorang pelayan di situ. Moodnya yang suram tadi segera berubah setelah berjumpa teman-temannya. Lagi-lagi Anis yang sudah jarang dia temui sejak Anis bergelar isteri orang. Anis turut datang bersama suaminya Imran. Makin cantik. Terjerit kecil kedua-duanya sambil berpelukkan. Sama-sama seronok kerana akhirnya dapat berjumpa.
“Hai. Lambat.” Hanni mendengar Sara mengomel.
Ya. Hanni yang paling lambat sampai. Shila sudah ada di situ bersama Zack. Anis dan Imran. Pastinya Sara yang gembira bersama Iskandar.
“Bukan salah aku. Siapa suruh kau adakan parti kat tempat macam ni? Tempat yang kedekut elektrik ni?” Hanni membela diri. Sara hanya tersengih sambil menjeling pada Iskandar. Memang kerja mamat tu lah. Hish entah kenapa Sara dapat lelaki yang ala mawas ni??? Why...? Why...? Why...?
“Ohh...” Itu yang terluah di bibir Hanni. Faham dengan jelingan Sara pada Iskandar. Jadi benar sekali tekaannya.
Dia kemudian bercakap-cakap dengan Anis. Sudah lama mereka tak meluangkan waktu sebegini. Imran sesekali menyampuk. Hanni memang bersyukur Anis mendapat suami yang sebaik Imran. Cukup baik dan sangat sporting.
Seketika Imran meminta diri untuk ke tandas. Ketika itu Iskandar datang mengajak Anis menari. Mungkin kerana muzik yang rancak, Anis menerima pelawaan Iskandar. Hanni sendiri tak tahu kenapa. Tapi apa nak dikisahkan. Antara mereka berempat, hanya Hanni yang tidak sesosial yang lain.
Pada mulanya Imran seperti tak kisah Anis menari dengan Iskandar. Namun apabila muzik berubah rentak yang rancak kepada yang perlahan mengusik jiwa. Hanni dapat melihat wajah Imran berubah saat melihat Iskandar menarik rapat tangan Anis terus merangkul tubuh Anis. Mungkin seperti Hanni, Imran dapat merasakan ketidakselesaan Anis.
“I rasa you kena selamatkan Anis tu. Nampak dia tak selesa sangat tu.” Hanni berkata pada Imran. Syukur Imran memahami lalu pergi ke arah pasangan itu. Sekejap sahaja Anis sudah beralih arah ke dakapan Imran. Harapnya  tak adalah masalah yang hadir pada pasangan itu nanti.
 Iskandar kembali duduk di meja itu. Hanya Hanni dan Iskandar sahaja. Sara sudah nun leka menari dalam pelukan seorang lelaki tak dia kenali, manakala Shila bahagia menari dengan Zack.
“Kau ni dah tak adab eh? Sampai isteri orang pun selamba kau nak peluk-peluk. Dasar mawas.” Hanni terus menembak Iskandar yang baru melabuhkan punggung.
“Anis tak kisah. Kau pula nak bising-bising. Apa hal?” Iskandar menjawab tak puas hati.
Jauh dari sudut hatinya dia sedar kesilapannya tadi. Seronok sangat sampai terlupa Anis tu isteri orang. Lepas ini dia akan minta maaf pada Imran.
Hanni menjeling geram pada Iskandar. Makin berapi hatinya dengan jawapan Iskandar. Dasar orang tak ada sivik. Baru Hanni hendak melawan, terdengar suara seseorang memanggil namanya.
“Hanni? Wow... “ Hanni segera berpaling pada suara itu.
Wajahnya terus berubah saat matanya menjamah muka sepupunya Adli. Sepupu yang tak akan biarkan dia hidup senang. Pasti ada saja idea Adli untuk menyusahkannya. Apalah malang sangat nasibnya hari ini sehingga boleh terjumpa dengan Adli yang menyakitkan hati ini.
“Siapa ini?” Tanya Adli lagi. Namun belum sempat Hanni menjawab Adli pantas memotong. Memang biadap. Sendiri tanya sendiri jawab.
“Who care.. Jom menari.” Adli pantas menarik kasar tangan Hanni mengikutnya tanpa menunggu sebarang penerimaan dari Hanni.
Hanni cuba meronta tapi Adli lebih bijak mengunci tubuhnya rapat ke tubuh lelaki itu. Kuat. Kasar dan menyakitkannya. Sesiapa yang memandang mereka pasti nampak sangat Adli sedang memaksanya dan menyakitinya. Namun dalam keadaan semuanya leka begitu dengan keseronokan dunia. Siapa yang kisah?
“Tak sangka kau pun datang ke tempat macam ni?” Sinis suara Adli menyindir Hanni. Tubuh Hanni di tarik rapat ke tubuhnya. Dia dapat merasakan Hanni meronta namun di biarkan saja. Malah Adli lebih suka kalau dia dapat menyakiti Hanni.
“Aku datang menyambut birthday kawan aku. Bukan macam kau. Tempat macam ni dah menjadi rumah kedua kau kan?” Balas Hanni pedas.
Adli geram dengan jawapan Hanni. Dia menyakiti Hanni dengan menggengam kasar lengan Hanni sehingga berkerut wajah gadis itu dibuatnya. Dia mahu Hanni merayu padanya. Namun belum sempat kemahuanya termakbul, bahunya di tepuk perlahan.
Iskandar. Dengan hormat Iskandar meminta untuk menari dengan Hanni. Adli tak ada pilihan selain melepaskan Hanni pergi pada Iskandar apabila Iskandar suda menggenggam kasar tangannya yang di lengan Hanni. Mata Iskandar memberitahu yang dia akan lakukan sesuatu jika Adli tidak melepaskan Hanni. Tak mahu menimbulkan masalah, Adli terpaksa beralah kali ini.
“Kau okay ke?” Iskandar bertanya perlahan pada Hanni.
Kesian pula dia melihat Hanni di paksa begitu tadi. Walau dia tak serapat mana dengan Hanni berbanding dengan kawan Sara yang lain. Namun dia masih hormatkan gadis itu. Pada Iskandar seorang gadis adalah untuk di belai, di manja bukan di sakiti. 
“Okay. Aku tak nak menari lagi.” Hanni ingin melepaskan diri dari Iskandar. Bersama Iskandar selepas Adli umpama lepas dari mulut singa masuk ke mulut buaya. Tak ada bezanya.
“Baik kau menari dengan aku dulu. Sampai habis lagu ni je. Kalau kau tak nak masalah. Aku tak rasa that guy biarkan kau macam tu je. Siapa tu?” Iskandar berbisik ke telinga Hanni. Haruman rambut Hanni memukau Iskandar di sebalik sesak bauan rokok.
 Iskandar tak berniat pun nak menyibuk tapi hanya mengambil tahu.Hanni mengerling ke arah Adli. Benar kata Iskandar, Adli sedang memerhatikannya. Hanni benci apabila kata Iskandar itu betul, Adli hanya menunggu peluang. Hanni pula mahu tak mahu dia terpaksa terus menari. Hanni tiada pilihan sekarang ini selain berada bersama Iskandar mengikut rentak lagu.
“Sepupu aku.”  Hanni menjawab persoalan Iskandar itu tadi. Itu ayat terakhir yang keluar dari mulut mereka sehingga ke akhir lagu.
 Buat pertama kali Hanni tak meronta dalam dakapan seorang lelaki. Mereka menari dengan tenang. Iskandar pula terus mengambil peluang merasai keharuman bau rambut Hanni. Entah kenapa dia sangat menyukai bau ini.
Imran dan Anis tergesa-gesa meminta diri sebaik Sara selesai memotong kek. Melihat perubahan mood Imran dan Anis berada di samping Iskandar. Hanni tahu ini pasti di sebabkan kes menari tadi. Hanni merenung tajam ke arah Iskandar.
“Kau ni kenapa? Tenung aku semacam. Tahulah aku kacak.” Sergah Iskandar apabila di lihat Hanni merenung tajam ke arahnya. Sara di sebelah Iskandar mencubit mesra lengan buah hatinya itu sambil tergelak kecil.
“Perasan lah kau. Aku bukan apa ini semua sebab kau. Lain kali kalau menari dengan isteri orang agak-agak lah. Jangan sesedap kau je peluk. Aku nampak muka Imran berubah bila kau peluk Anis tadi.” Hanni meluahkan rasa tak puas hatinya.
“Betul ke?” Sara nampak sedikit terkejut. Baru sedar dunia agaknya minah ni. Yelah tadi sibuk sangat menari.
“Alah bukannya luak pun.” Hanya itu alasan yang boleh Iskandar fikirkan. Tadi dia sudah meminta maaf pada Imran dan Anis. Mungkin ketegangan itu masih ada membuatkan pasangan itu tidak selesa. Iskandar tahu dia perlukan sesuatu.
“Itu kata kau. Tapi Imran? Kau jangan samakan Imran macam kau. Kau tu mawas. Dah lah Sara. Aku nak balik dulu. Esok aku kena pergi Seremban ada kerja sikit. Aku balik dulu. Kau pun jangan balik lewat sangat. Jangan ikut sangat mawas ni nanti kau pun sekali jadi mawas.” Selamba mulut Hanni tanpa insurans mengata Iskandar. Iskandar nampak bengang, Ingin membalas tapi Hanni sudah hilang dari kelab itu.
Iskandar memang cukup geram dengan mulut Hanni. Dahlah langsung tak berterima kasih padanya. Selamba pula gadis itu kalau mengatanya, memang tiada tapisan langsung. Sesuka hati mengatanya dan memberi nama padanya. Kalau bertentang mata dengan Hanni memang mampu membuat jantung Iskandar sakit. Sakit menahan geram.
“Hish anak singa.” Iskandar mengguman perlahan.
“Dahlah sayang. Hanni tu memang macam tu tapi hati dia baik.” Sara menenangkan Iskandar.
Menyesal pula dia memilih tempat ini untuk menyambut hari lahirnya. Dia hendak menunjuk pada Shila sebenarnya. Dan Iskandar hanya menurut saja kemahuannya. Tak tahu pula banyak masalah yang akan terjadi. Tak pasal-pasal.


Monday, August 8, 2016

Aku Akan Datang : Prolog

Hanni memimpin Iskandar yang dalam keadaan terhuyung-hayang. Nasib baik dia mengikuti Iskandar malam ini kalau tak,tak tahulah apa nak jadi. Walaupun dia sebenarnya dalam keadaan paksa rela mengikut Iskandar malam ini. Mungkin ada hikmahnya juga dia bersetuju mengikut Iskandar. Di hadapannya dia nampak dengan mata kepalanya sendiri seorang gadis memasukkan sebiji pil di dalam air yang kemudiannya di serahkan kepada Iskandar. Mungkin kerana pil itu Iskandar jadi begini.
“Thanks Iqbal sebab tolong I papah Iskandar.” Hanni berterima kasih pada Zakuan, kawan Iskandar yang menolongnya sama memapah Iskandar tadi. Mana larat dia nak memapah Iskandar yang badannya dua kali ganda itu.
“Tak ada apalah...” Kata-kata Zakuan terhenti di situ juga kala terasa tengkuknya di hentak kuat dari berlakang. Hanni ingin menjerit namun mulut dan hidungnya di tutup dengan kain. Sejenis bau daripada kain tersebut membuatkan pandangan Hanni mula kabur dan akhirnya dia pengsan...


Hanni menggerakkan tubuhnya.  Kepalanya terasa pening. Tubuhnya rasa sangat lenguh. Memang teramat sakit tubuhnya ketika ini, terutama di bahagian yang ‘satu’ itu. Dadanya pula bagaikan di hempap sesuatu. Mata yangmasih tertutup itu berkerut-kerut menahan sakit. Perlahan-lahan dia membukakan mata. Walau payah kerana kepalanya yang masih lagi pening-pening lalat tapi digagahkan juga. Sebaik matanya terbuka...
“Hahhhhhhhh” Hanni terjerit. Malu melihat keadaan dirinya yang tanpa seurat benang di tubuh.
Terkejut melihat ada tangan yang menghempap dadanya. Hanni berpaling. Wajah Iskandar menggapai anak matanya. Dia sendiri lena berbantalkan lengan lelaki itu. Tak terluah dek kata-kata rasanya ketika ini. Terusan saja dia mengerah otaknya untuk mengingati apa yang terjadi semalam.
Hanni mengangkat perlahan tangan Iskandar. Dia tak ingin Iskandar sedar melihat dia dalam keadaan yang memalukan ini. Dia belum bersedia menghadapi Iskandar kerana dia tak tahu apa penerimaan lelaki itu nanti. Mana bisa dia berhadapan dengan Iskandar sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka semalam.
Yang dia ingat dimana seorang gadis memasukan sesuatu kedalam minuman Iskandar. Kemudian ada sesorang memukul kepala Kamil dan membuat dia pengsan. Yang lain dia langsung tak ingat apa-apa.
Iskandar yang merasakan tangannya di alihkan terus tersedar. Wajahnya kelihatan terkejut melihat wajah Hanni di sebelah. Iskandar terus duduk berhadapan dengan Hanni. Wajahnya jelas keliru. Namun di dalam kekeliruan itu terkesan rasa sakit melihat sisa air mata Hanni yang berbekas di pipi.
 “Hanni, I...” Iskandar seakan bingung untuk menjelaskan apa-apa. Gelengan Hanni menghentikan bicaranya. Gelengan yang cukup meresahkannya.
Iskandar kaku. Ternyata lidahnya kelu melihat air mata Hanni yang mula menitis. Sakit hatinya melihat Hanni menangis. Dadanya rasa pecah setiap kali airmata itu jatuh.  Terluka melihat wajah luka Hanni. Terasa terasa titisan air mata itu menghiris hatinya.
“I nak bangun.” Hanni tak melihat sedikitpun wajah Iskandar ketika itu. Mukanya tunduk dan air mata langsung tak berhenti mengalir. Dia tak tahu kenapa dia menangis. Yang pastinya dia menarik gebar tebal itu meyelubunginya lalu berlalu ke bilik air.
Iskandar mengusap wajahnya. Dia tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Dia bimbang dengan penerimaan Hanni padanya nanti. Melihat Hanni menangis, Iskandar mengagak yang Hanni tidak merelakan apa yang berlaku semalam.
Tiba-tiba Iskandar merasakan dia sudah memusnahkan hidup gadis yang banyak membantunya dan Balqis. Apa akan terjadi pada hubungan baik mereka selepas ini? Adakah Hanni akan menjauhkan diri daripadanya? Apa akan terjadi pada Balqis kalau itu berlaku? Terlalu banyak persoalan di dalam kepala Iskandar. Persoalan yang dia pasti jawapannya hanya pada masa. Soalan yang membuatkan dia diburu rasa takut.


Aku Akan Datang : SINOPSIS

Sinopsis.


Iskandar dan Hanni, dua watak yang cukup berbeza. Terlalu banyak perbezaan sehinggakan mereka mempunyai persamaan yang ketara. Apa yang sama tentang mereka adalah kekerasan, keegoan dan besar kepala. Persamaan yang membuatkan mereka berbeza. Perbezaan itu juga yang membuatkan mereka serupa.

Jika Iskandar bertemu Hanni umpama kilat dan guruh. Umpama gedang dan pemukul. Umpama anjing dan kucing. Mereka tak boleh bertemu. Mereka tak boleh bersua muka. Bertemu maksudnya bertengkar, bersua muka maksudnya bertekak.
BERBAIK?    Ohh... perkataan itu tak pernah wujud dalam diri mereka dan  tak akan pernah wujud dalam hidup mereka.

HANNI:          Hish mawas ni menyemak je. Manusia macam kau ni dah hilang rasa malu dah hilang adab. Aku pun tak tahu apalah yang Sara tu tengok sangat kat kau. Kesian kawan baik aku tu dapak balak macam kau. Jangan kau tukar kawan baik aku tu jadi mawas macam kau sudah.

ISKANDAR:  Apa kau panggil aku? Mawas? Eh anak singa, kau ingat kau tu cantik sangat. Eh perempuan macam kau ni bersepah tau. Dahlah kolot, kasar, keras kepala. Kesian aku tengok boyfriend kau tu. Aku pun tak tahu kenapa Sara itu boleh berkawan baik dengan kau. Macam langit dan bumi.

Hanni memang keras kepala. Iskandar memang ego. Mereka memang besar kepala. Tapi hati mereka mempunyai naluri yang sama. Hati yang keras, ego dan kepala batu itu mempunyai nilai yang cukup mulia.  Mereka tak sedar mereka ada nilai yang sama itu sehingga mereka bertemu Balqis.

Balqis, anak kecil yang mempunyai masalah sumbing itu menarik jiwa mereka. Balqis anak kecil berumur tiga tahun itu mempunyai masalah sumbing. Masalah sumbing yang tidak di rawat sejak lahir. Bukan kerana masalah kewangan yang menghalang anak ini di rawat tapi kerana masalah psikologi ibu bapanya yang tak boleh menerima keadaannya begini sejak lahir.

Iskandar, sebagai bapa saudara cuba untuk menegakkan kembali hak Balqis. Cukuplah selama ini dia sudah mengabaikan tanggungjawabnya ke atas anak kecil itu. Selama ini dia tidak mahu masuk campur hal rumah tangga abangnya namun apabila terjadi sesuatu peristiwa sehingga dia tahu nasib anak buahnya teraniaya, Iskandar tak mampu lagi berpeluk tubuh. Balqis perlu di bantu.
           
Polosnya wajah Balqis menarik naluri keibuan Hanni. Melihat kepayahan Iskandar untuk menjaga gadis kecil itu membuatkan Hanni tersentuh. Hanni lupakan sengketa lalu. Seikhlas hati dia hulurkan tangan untuk membantu. Hanni menjadi ibu pada si kecil. Hanni membantu untuk menjaga dan mengembalikan keyakinan pada diri si kecil. Menolong untuk memulihkan trauma si kecil.

Melalui Balqis, Hanni mengenali hati setulus Iskandar di sebalik mulut celupar lelaki itu. Waktu bersama Balqis, Hanni nampak ciri-ciri seorang lelaki yang penyayang, perihatin dan baik pada Iskandar. Berat untuk Hanni akui; Iskandar, lelaki yang mempunyai ego setinggi KLCC itu akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti.

Melihat dari padangan mata  Balqis, Iskandar tahu Hanni boleh menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Melalui kaca matanya, penilaiannya pada Hanni berubah. Gadis yang dulu dia katakan mempunyai hati sekeras kerikil, kini adalah gadis berhati mulia dan waja. Gadis yang bisa menjadi permaisuri terbaik buatnya.

Kerana Balqis, hati mereka bersatu. Kebencian mereka bertukar kasih sayang pada anak kecil tanpa perhatian itu. Kekerasan yang ada pada mereka menjadi kelembutan yang membelai jiwa anak kecil itu. Balqis penghubung pada mereka. Balqis mengikat hati mereka untuk saling mengenali. Mungkinkah kerana seorang anak kecil yang malang itu adalah pari-pari hati mereka?


AKAN DATANGKAH BAHAGIA BUAT MEREKA?

Saturday, August 6, 2016

KLINIK HATI : BAB 1

BAB 1


EMIR ZAFRAN, nama yang cukup gah dalam bidang arkitektur. Lebih lapan tahun bertungkus lumus membina tapak dalam bidang ini akhirnya usaha kerasnya mendatangkan hasil. Dia di puncak kerjayaannya. Firma E Design Arkitek  miliknya sudah mampu berdiri megah. Bertahun dia berusaha meletak firmanya ini setaraf dengan firma-firma lain. Dia bukan anak orang berada yang mempunyai sokongan yang kuat jadi dia perlu berkerja keras untuk dirinya sendiri. Dengan bangganya dia boleh menyatakan kejayaannya hari ini adalah hasil daripada setiap titis peluh dan airmatanya selama ini.
 Siapa sangka anak kepada kerani biasa sepertinya boleh berjaya seperti ini. Emir sedar ini semua juga atas jasa arwah kedua ibu bapanya. Walaupun hidup mereka tidak sesenang mana tapi dia tidak pernah susah dalam pelajaran. Dia dan adik perempuannya sentiasa diutamakan kalau dalam soal pelajaran. Biarpun dia sendiri melihat bertapa susahnya arwah ibu-bapanya menyekolahkan dia dua adik beradik tapi ibubapa mereka tak pernah berkira kalau itu soal perlajaran. Akhirnya kerana pengorbanan arwah ibu dan bapanya lah dia berjaya sekarang ini. Cuma sayangnya dia tak sempat membalas pengorbanan mereka setelah pemergian kedua-duanya dalam sebuah kemalangan motorsikal sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu dia baru beberapa bulan menamatkan pengajiannya dan berkerja sebagai penolong arkitek di sebuah firma.
Kini tiga belas tahun berlalu, usianya menginjak ke angka 33 tahun manakala adiknya sudahpun berusia 23 tahun.  Dalam tempoh masa sepuluh tahun ini dia yang bertanggungjawab membesarkan adiknya. Dia menjadi orang tua kepada satu-satunya adik perempuannya itu. Hidupnya hanya tertumpu pada kerja dan adiknya saja. Dia tak mahu adiknya merasa kekurangan tanpa kedua orang tua mereka. Dia mahu adiknya merasa kasih sayang yang pernah dia rasai ketika orang tua mereka masih ada dulu.
Kini adiknya sudah pun menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik dan bekerja di salah sebuah kilang di Bangi. Kerana tuntutkan masa kerja adiknya terpaksa tinggal berasingan daripadanya dia merasakan kesepian sangat. Ikutkan hati dia mahu adiknya sentiasa dekat dengannya. Tapi dia sedar dia tak ada hak untuk mengawal hidup adik prempuannya itu. Setelah bertahun berlalu, Emir akhirnya mengakui haknya sebagai abang itu terbatas. Jadi apa saja pilihan yang dia ada selain membiarkan keputusan adiknya walaupun kerana itu dia merasakan sepi di rumah besarnya.
Sepi yang membawa dia membuat keputusan untuk berkeluarga. Namun dia tak mahu hidup dalam genggaman wanita, yang dia inginkan hanya anak. Dia boleh saja mencari anak angkat tapi dengan statusnya lelaki bujang bukan mudah untuk dia mendapatkan hak itu. Namun kemahuannya untuk merasa hidup berkeluarga bagaikan tak dapat ditahan setelah melihat kebahagiaan seorang demi seorang temannya. Membaca kisah-kisah lelaki yang membayar seorang wanita khas untuk mengandung zuriat mereka memberi ilham pada Emir. Kerana aspirasi itu dia membuat keputusan membayar seorang gadis untuk menjadi ibu pada anaknya.
Keputusan yang dia buat setengah tahun dulu menemukannya dengan seorang gadis bernama Khyla. Tak sangka dia, ada juga gadis yang bersetuju dengan rancangan gila nya ini. Apabila temannya memperkenalkan Khyla sebagai calon untuk ibu tumpangan, dia sudah mengarahkan peguamnya mengurus segala hal yang berkaitan. Hanya apabila laporan kesihatan dan latar belakang gadis itu dijamin pada tahap tertinggi, dia bersetuju memilih gadis itu sebagai ibu kepada anaknya.
Biarpun Khyla hanya di bayar untuk mengandungkan anakya tapi dia perlu memastikan anaknya dihasilkan dari benih yang terbaik.  Hasil siasatan menunjukkan latar belakang Khyala memang dari keluarga baik. Tahap pendidikan Khyla juga mengkagumkan dan kesihatan gadis itu memuaskan. Setelah berpuas hati baru dia meminta peguamnya meneruskan ke fasa seterusnya.

Hari ini buat pertama kali dia bertentang mata dengan bakal ibu kepada anaknya. Emir menjemput Khyla ke pejabatnya untuk menandatangan pejanjian yang telah dia buat untuk menjaga kepentingannya di masa akan datang. Dia menilik gadis yang duduk dihadapannya kini. Muda lagi. Dia agak Khyla ini dalam lingkungan usia adiknya. Emir menyerahkan sebuah fail biru mengandungi pejanjian antara mereka unti Khyla baca dan fahami sebelum mereka sama-sama menurunkan tandatangan. Di dalam pejanjian itu tertulis segala syarat yang Khyla perlu patuhi dan butir-butir pembayaran.
“Fail yang sedang Cik Khyla pegang itu adalah perjanjian antara Cik Khyla dan Enick Emir. Jelas di situ menyatakan apa yang perlu cik lakukan setelah cik bersetuju dengan rancangan ini. Di dalam perjanjian itu juga menyatakan bahawa Encik Emir akan mengahwini cik sekiranya proses intrauterine insemination itu berjaya dan cik Khyla mengandungkan anak Encik Emir. Tempoh perkahwinan itu akan tertaluk kepada keadaan dan keputusan Encik Emir nanti. Dalam perjanjian itu juga menyatakan hak-hak Cik Khyla sepanjang pernikahan dan jika terjadinya penceraian. Cik kena cukup faham yang perjanjian ini hanyalah diantara Cik dan Encik Emir saja. Jika hal ini terbongkar, Encik Emir ada hak untuk mengambil tindakan.
Dalam perjanjian tersebut juga tegas menyatakan apa tindakan undang-undang yang boleh Encik Emir ambil jika Cik melanggar perjanjian ini. Jika bersetuju, Encik Emir akan membayar wang pendahuluan sebanyak RM100,000.00 setelah Cik Khyla menandatangani perjanjian ini. Selebihnya akan dibayar mengikut jadual yang tertera di dalam kontrak. Jika Cik Khyla bertukar fikiran setelah mengambil wang pendahuluan ini, cik boleh menghubungi saya bila-bila masa untuk membatalkan perjanjian dengan syarat cik kena memulangkan semula wang pendahuluan tersebut sebelum tarikh proses intrauterine insemination. Segala urusan hospital berkenaan proses intrauterine insemination akan diuruskan oleh pihak kami. Selepas cik menandatangi surat ini kami akan mengeluarkan surat arahan untuk cik. Bagaimana cik Khyla? Jika setuju, cik boleh tandatangi kontrak ini.” Emir hanya mendengar peguamnya menerangkan hal kontrak itu pada Khyla.
Dari sudut mata Emir, dia dapat melihat kegusaran gadis muda itu. Khyla kelihatannya sedikit teragak-agak untuk menandatangani kontrak itu. Emir hampir pasti Khyla akan menarik diri daripada rancangan gilanya. Tapi akhirnya gadis tetap menurun tandatangan walaupun jelas tangan itu bergetar. Termeterai sudah perjanjian antara mereka. Kini Emir hanya perlu menunggu berita kehadiran anaknya. Moga segalanya akan berjalan lancar.

KLINIK HATI : PROLOG


PROLOG


            NUR AFIA memandang sepi keputusan pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya?
            MENGANDUNG. Satu patah perkataan yang telah mengacau bilaukan mindanya sekarang. Afia yakin yang dia masih anak dara yang terjaga kesuciannya. Sesungguhnya dia memang sangat menjaga kesucian dirinya tapi kenapa dia boleh mengandung sekarang? Sedangkan dirinya ini masih sunti masih lagi. 
            Temenung jauh Afia dibuatnya. Dia bukan Siti Mariam yang dimuliakan oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa. Dia gadis biasa yang masih memegang gelaran anak dara bukan yang sudah mempunyai status isteri orang. Dia sangat menjaga dirinya. Mungkin dia bukan muslimah sejati tapi untuk melakukan dosa sebesar dosa zina tiada dalam keinginannya. Lalu bagaimana boleh terjadinya janin ini?
            Lama Afia merenung hingga hendak sinar matanya tembusi setiap objek dihadapannya. Sebelah telapak tangannya hinggap pada perut yang masih belum menampakan perubahan. Ingatkan sehari dua ini kesihatannya terganggu kerana perubahan cuaca yang tak menentu rupanya ada hal yang lebih besar telah terjadi. Perkara yang akan mengubah seratus peratus kehidupannya. Itu yang pasti.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini. Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu.
Bersungguh adik tirinya meminta dia melakukan ujian kesuburan itu. Konon-kononnya rugi kalau dia tidak melakukan ujian tersebut sementelah adik tirinya tidak dapat melakukan ujian itu kerana datang haid. Kata Khyla adik tirinya itu, ujian itu dah di bayar harganya dan bukan murah harga satu rawatan di hospital terbaik Singapura itu. Beribu harganya. Oleh kerana pakej itu telah dibayar dan masa temu janji tidak boleh diubah, Afia sanggup melakukan ujian tersebut walau kenyataannya dia tak memerlukan ujian tersebut pun buat masa sekarang. Untuk apa dia melakukan ujian sebegitu sedangka dia langsung tak ada rancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Itu kisah sebulan lalu. Tapi sekarang kenapa ini keputusannya? Benarkah dia dah melakukan ujian kesuburan. Persoalannya benarkah ujian kesuburan yang dia lakukan bukan ujian lain? Atau rawatan lain yang membawa kepada kehamilannya ini? Ya Allah apa sebenarnya dah berlaku ini? Terlalu banyak persoalan didalam kepala Afia sekarang ini. Silapnya juga kerana tak membaca langsung helaian kertas yang diberikannya pada masa itu.
Apabila, Khyla memintanya menanda tangan surat kebenaran ujian, dia terus je menurut tanpa membaca atau bertanya lebih lanjut doktor yang ada disitu. Segalanya kerana dia percayakan Khyla. Hanya satu tempat dia bisa mendapatkan jawapannya iaitu dimana tempatnya dia membuat ujian ‘kesuburan’ itu. Biarpun dia terpaksa ke Singapura asalkan dia dapat jawapannya.


EMIR ZAFRAN merenung seketika lagi sekeping surat daripada Hendria OG Practice yang sebuah pusat kesihatan yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah menyampaikan berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur sebentar. Memikirkan betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Inikah jawapan kepada kesepiannya? Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali, Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kembali kebijaksanaan keputusan yang dia ambil setengah tahun lalu. Dia kesal kerana membuat keputusan mengikut perasaan ini. Sangat kesal apatah lagi dia hanya sedar di saat akhir bahawa tindakannya itu melanggar hukum hakam agama.
Namun segalanya dah terjadi, tiada tempat lagi untuk dia berpaling dan memadamkan kekhilafannya selain daripada dia berusaha membetulkan keadaan. Apa yang di rancang semuanya sudah berjalan lancar. Sudah ada sorang wanita diluar sana yang sedang mengandungkan anaknya. Sadisnya dia sendiri tak tahu siapa wanita itu. Sekarang ini dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Entah apalah yang dia fikirkan masa buat keputusan ini dulu?
Demi keinginannya memiliki anak, dia sanggup mengupah seorang wanita bernama Khyla untuk mengandungkan anaknya. Janji telah termeterai. Kontrak telah ditanda tangani. Malah sudah ada surat yang mengesahkan melalui proses intrauterine insemination yang dijalankan telah berjaya mencambahkan benihnya didalam rahim seorang wanita bernama Nur Afia Binti Arshad.
Itulah masalahnya sekarang. Yang bersetuju dan menandatangai kontrak dengannya adalah seroang gadis bernama Khyla. Sedangkan nama yang tertera diatas surat yang baru diterimanya adalah Nur Afia. Siapa Afia ini? Bagaimana Khyla boleh menukar namanya menjadi Afia?
Walaupun siapa pun gadis itu. Dan di mana gadis itu berada. Dia akan jejaki jua. Dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya. Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang. Moga dengan ini dia dapat menebus kembali kesilapannya.












SINOPSIS KLINIK HATI



Afia. Gadis malang yang terperangkap dalam sebuah pengkhianatan. Kepercayaan di nodai darah daging sendiri sehinggakan dia terpaksa menerima hakikat, ada nyawa yang membesar didalam rahimnya. Dia buntu memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Meneruskan kandungan ini akan mencontengkan arang ke muka keluarganya. Tapi sanggupkah dia menjadi seorang pembunuh.

“Kalau saya gugurkan kandungan saya. Apa yang awak nak buat kat saya? Awak tak ada hak nak halang saya. Lagipun awak pasti ke saya ni masih mengandung lagi?” – Afia.

Emir. Seorang lelaki yang punya segala yang diinginkan. Kemewahan menjadikan dia seorang manusia yang menghalalkan cara untuk memenuhi keinginannya. Dia tak inginkan seorang isteri tapi dia perlukan zuriat daripada benihnya. Satu rancangan hebat dia rangkakan untuk mencapai hasratnya.

“Kau masih mengandung lagikan? Cakaplah!!! Baik kau cakap yang anak aku masih ada dalam perut kau. Kalau tidak, tahulah aku kerjakan kau nanti.”- Emir

Mereka manusia yang hanya merancang. Yang Maha Kuasa lebih menentukan. Kerana anak mereka berkahwin. Akad yang dilafazkan mengikat dua hati. Cinta mengetuk rasa. Rindu membelai hari. Tapi bibir masih berat meluahkan apa yang tersingkap di sudut hati. Membiarkan jiwa saling berteka-teki. Terlalu berahsia antara satu sama lain.

“Nur Afia, dengan bismillah saya lamar awak menjadi suri dalam hidup saya. Kini dengan bismillah jugalah saya meminta awak izinkan saya untuk menjadi pemimpin didalam hidup awak. Izinkan saya? ” – Emir.

Badai yang melanda menyebabkan satu saat Emir terpaksa memilih nyawa Afia ataupun anaknya. Antara hati yang sudah terpaut dan janji yang di tuntut. Yang manakah harus Emir turutkan? Siapa yang akan menjadi pilihannya? Isteri yang mengetuk hatinya atau anak yang dia inginkan selama ini.

“Tolong janji dengan saya, jika suatu hari nanti awak perlu memilih antara dia dan saya, tolong pilih anak kita” -   Afia

Bertahankah janji yang pernah terpateri itu dalam hati yang meragui? Bisakah mereka tempuhi hari-hari mendatang jika masa silam masih mengejar mengotori kepercayaan antara mereka. Apa akan terjadi jika seseorang daripada masa silam muncul kembali dalam hidup mereka?

“I kenal sangat Emir. Dia tu kadang-kadang ada perangai ‘one time interest’. Saat dia minat tu benar-benarlah dia jaga. Bila dah kurang rasa nanti, dia dah tak peduli dah.”- Eryana

Kerana rasa cemburu. Aib yang tersimpan akhirnya tersingkap jua. Dosa semalam mengejar mereka. Bagaimana mereka hadapi saat rahsia penikahan mereka sampai ke telinga keluarga? Sabarkah mereka menempuhi tomahan yang dilemparkan? Akankah mereka kehilangan orang yang mereka sayangi?

“Kenapa? Akak tanya kenapa? Sebab akak rampas segalanya daripada Khyla. Sepatutnya Khyla yang gembira dengan Emir sekarang. Sepatutnya Khyla yang bahagia bersama Emir. Tempat itu milik Khyla. Bukannya akak.” – Khyla.

Hubungan tanpa kata-kata cinta umpama mahkota tanpa permata. Masih kukuh tapi belum cukup lengkap sifatnya. Lumrah sesuatu yang tak cukup sifatnya adalah sesuatu yang cacat. Bagaimana untuk mereka mencari kesempurnaan dalam kecacatan? Bisakah mereka hubungan mereka bertahan tanpa kata cinta? Klinik Hati merungkaikan segalanya.