Sinopsis.
Iskandar dan Hanni, dua watak yang cukup
berbeza. Terlalu banyak perbezaan sehinggakan mereka mempunyai persamaan yang
ketara. Apa yang sama tentang mereka adalah kekerasan, keegoan dan besar
kepala. Persamaan yang membuatkan mereka berbeza. Perbezaan itu juga yang
membuatkan mereka serupa.
Jika Iskandar bertemu Hanni umpama kilat
dan guruh. Umpama gedang dan pemukul. Umpama anjing dan kucing. Mereka tak
boleh bertemu. Mereka tak boleh bersua muka. Bertemu maksudnya bertengkar, bersua
muka maksudnya bertekak.
BERBAIK? Ohh...
perkataan itu tak pernah wujud dalam diri mereka dan tak akan pernah wujud dalam hidup mereka.
HANNI:
Hish mawas ni menyemak je. Manusia macam kau ni dah hilang rasa malu dah hilang
adab. Aku pun tak tahu apalah yang Sara tu tengok sangat kat kau. Kesian kawan
baik aku tu dapak balak macam kau. Jangan kau tukar kawan baik aku tu jadi
mawas macam kau sudah.
ISKANDAR: Apa
kau panggil aku? Mawas? Eh anak singa, kau ingat kau tu cantik sangat. Eh
perempuan macam kau ni bersepah tau. Dahlah kolot, kasar, keras kepala. Kesian
aku tengok boyfriend kau tu. Aku pun
tak tahu kenapa Sara itu boleh berkawan baik dengan kau. Macam langit dan bumi.
Hanni memang keras kepala. Iskandar memang
ego. Mereka memang besar kepala. Tapi hati mereka mempunyai naluri yang sama.
Hati yang keras, ego dan kepala batu itu mempunyai nilai yang cukup mulia. Mereka tak sedar mereka ada nilai yang sama
itu sehingga mereka bertemu Balqis.
Balqis, anak kecil yang mempunyai masalah
sumbing itu menarik jiwa mereka. Balqis anak kecil berumur tiga tahun itu
mempunyai masalah sumbing. Masalah sumbing yang tidak di rawat sejak lahir.
Bukan kerana masalah kewangan yang menghalang anak ini di rawat tapi kerana
masalah psikologi ibu bapanya yang tak boleh menerima keadaannya begini sejak
lahir.
Iskandar,
sebagai bapa saudara cuba untuk menegakkan kembali hak Balqis. Cukuplah selama
ini dia sudah mengabaikan tanggungjawabnya ke atas anak kecil itu. Selama ini
dia tidak mahu masuk campur hal rumah tangga abangnya namun apabila terjadi
sesuatu peristiwa sehingga dia tahu nasib anak buahnya teraniaya, Iskandar tak
mampu lagi berpeluk tubuh. Balqis perlu di bantu.
Polosnya wajah Balqis menarik naluri
keibuan Hanni. Melihat kepayahan Iskandar untuk menjaga gadis kecil itu
membuatkan Hanni tersentuh. Hanni lupakan sengketa lalu. Seikhlas hati dia
hulurkan tangan untuk membantu. Hanni menjadi ibu pada si kecil. Hanni membantu
untuk menjaga dan mengembalikan keyakinan pada diri si kecil. Menolong untuk
memulihkan trauma si kecil.
Melalui Balqis, Hanni mengenali hati
setulus Iskandar di sebalik mulut celupar lelaki itu. Waktu bersama Balqis,
Hanni nampak ciri-ciri seorang lelaki yang penyayang, perihatin dan baik pada
Iskandar. Berat untuk Hanni akui; Iskandar, lelaki yang mempunyai ego setinggi
KLCC itu akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik satu hari nanti.
Melihat dari padangan mata Balqis, Iskandar tahu Hanni boleh menjadi
seorang isteri dan ibu yang baik. Melalui kaca matanya, penilaiannya pada Hanni
berubah. Gadis yang dulu dia katakan mempunyai hati sekeras kerikil, kini
adalah gadis berhati mulia dan waja. Gadis yang bisa menjadi permaisuri terbaik
buatnya.
Kerana Balqis, hati mereka bersatu.
Kebencian mereka bertukar kasih sayang pada anak kecil tanpa perhatian itu.
Kekerasan yang ada pada mereka menjadi kelembutan yang membelai jiwa anak kecil
itu. Balqis penghubung pada mereka. Balqis mengikat hati mereka untuk saling
mengenali. Mungkinkah kerana seorang anak kecil yang malang itu adalah pari-pari
hati mereka?
AKAN DATANGKAH
BAHAGIA BUAT MEREKA?
No comments:
Post a Comment