PROLOG
NUR AFIA memandang sepi keputusan
pemeriksaan kesihatannya tadi. Wajahnya kosong. Dia keliru sekelirunya. Apa
terjadi sebenarnya? Kenapa dia tak sedar apa yang terjadi pada dirinya sendiri
sekarang ini. Ya Allah dugaan apakah yang menimpanya kali ini. Apa yang berlaku
sebenarnya?
MENGANDUNG. Satu patah perkataan yang
telah mengacau bilaukan mindanya sekarang. Afia yakin yang dia masih anak dara
yang terjaga kesuciannya. Sesungguhnya dia memang sangat menjaga kesucian
dirinya tapi kenapa dia boleh mengandung sekarang? Sedangkan dirinya ini masih
sunti masih lagi.
Temenung
jauh Afia dibuatnya. Dia bukan Siti Mariam yang dimuliakan oleh Allah S.W.T untuk
mengandungkan Nabi Isa. Dia gadis biasa yang masih memegang gelaran anak dara
bukan yang sudah mempunyai status isteri orang. Dia sangat menjaga dirinya.
Mungkin dia bukan muslimah sejati tapi untuk melakukan dosa sebesar dosa zina
tiada dalam keinginannya. Lalu bagaimana boleh terjadinya janin ini?
Lama
Afia merenung hingga hendak sinar matanya tembusi setiap objek dihadapannya.
Sebelah telapak tangannya hinggap pada perut yang masih belum menampakan
perubahan. Ingatkan sehari dua ini kesihatannya terganggu kerana perubahan
cuaca yang tak menentu rupanya ada hal yang lebih besar telah terjadi. Perkara
yang akan mengubah seratus peratus kehidupannya. Itu yang pasti.
Akhirnya dia teringatkan sesuatu. Satu kejadian yang
masanya sesuai benar dengan usia kandungannya yang mencecah tiga minggu ini.
Sebulan lepas ketika dia menemani adik tirinya ke Singapura, dia ada membuat
ujian kesuburan seperti yang diminta oleh adik tirinya. Afia ingat lagi bertapa
adik tirinya itu bersungguh-sungguh meminta dia melakukan ujian kesuburan itu.
Bersungguh adik tirinya meminta dia melakukan ujian
kesuburan itu. Konon-kononnya rugi kalau dia tidak melakukan ujian tersebut
sementelah adik tirinya tidak dapat melakukan ujian itu kerana datang haid.
Kata Khyla adik tirinya itu, ujian itu dah di bayar harganya dan bukan murah
harga satu rawatan di hospital terbaik Singapura itu. Beribu harganya. Oleh
kerana pakej itu telah dibayar dan masa temu janji tidak boleh diubah, Afia
sanggup melakukan ujian tersebut walau kenyataannya dia tak memerlukan ujian
tersebut pun buat masa sekarang. Untuk apa dia melakukan ujian sebegitu sedangka
dia langsung tak ada rancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat
ini.
Itu kisah sebulan lalu. Tapi sekarang kenapa ini
keputusannya? Benarkah dia dah melakukan ujian kesuburan. Persoalannya benarkah
ujian kesuburan yang dia lakukan bukan ujian lain? Atau rawatan lain yang
membawa kepada kehamilannya ini? Ya Allah apa sebenarnya dah berlaku ini?
Terlalu banyak persoalan didalam kepala Afia sekarang ini. Silapnya juga kerana
tak membaca langsung helaian kertas yang diberikannya pada masa itu.
Apabila, Khyla memintanya menanda tangan surat kebenaran
ujian, dia terus je menurut tanpa membaca atau bertanya lebih lanjut doktor
yang ada disitu. Segalanya kerana dia percayakan Khyla. Hanya satu tempat dia
bisa mendapatkan jawapannya iaitu dimana tempatnya dia membuat ujian
‘kesuburan’ itu. Biarpun dia terpaksa ke Singapura asalkan dia dapat
jawapannya.
EMIR
ZAFRAN merenung seketika
lagi sekeping surat daripada Hendria OG Practice yang sebuah pusat kesihatan
yang beroperasi di Singapura itu. Surat yang berlogo warna merah itu telah
menyampaikan berita besar didalam hidupnya. Berita yang memaklumkan padanya
lebih kurang lapan bulan lagi dia akan bergelar seorang ayah atau papa atau
abi. Mana-mana gelaran pun sama yang penting maksudnya sama yang dia akan
menjadi seorang bapa kepada sebuah nyawa yang kini hadir didalam rahim seorang
wanita yang terlalu sedikit dia kenali. Yang hanya dia kenali namanya di dada
surat yang baru dia baca itu.
Emir menarik nafas panjang sebelum melangkah ke dinding
kaca biliknya yang menunjukkan panorama kesibukan kota. Seketika dia bertafakur
sebentar. Memikirkan betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Inikah jawapan
kepada kesepiannya? Walaupun sudah terlalu lambat untuk dia menoleh kembali,
Emir tak mampu menahan diri mempersoalkan kembali kebijaksanaan keputusan yang
dia ambil setengah tahun lalu. Dia kesal kerana membuat keputusan mengikut
perasaan ini. Sangat kesal apatah lagi dia hanya sedar di saat akhir bahawa tindakannya
itu melanggar hukum hakam agama.
Namun segalanya dah terjadi, tiada tempat lagi untuk dia
berpaling dan memadamkan kekhilafannya selain daripada dia berusaha membetulkan
keadaan. Apa yang di rancang semuanya sudah berjalan lancar. Sudah ada sorang
wanita diluar sana yang sedang mengandungkan anaknya. Sadisnya dia sendiri tak
tahu siapa wanita itu. Sekarang ini dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri.
Entah apalah yang dia fikirkan masa buat keputusan ini dulu?
Demi keinginannya memiliki anak, dia sanggup mengupah
seorang wanita bernama Khyla untuk mengandungkan anaknya. Janji telah
termeterai. Kontrak telah ditanda tangani. Malah sudah ada surat yang
mengesahkan melalui proses intrauterine insemination yang
dijalankan telah berjaya mencambahkan benihnya didalam rahim seorang wanita
bernama Nur Afia Binti Arshad.
Itulah masalahnya sekarang. Yang bersetuju dan
menandatangai kontrak dengannya adalah seroang gadis bernama Khyla. Sedangkan
nama yang tertera diatas surat yang baru diterimanya adalah Nur Afia. Siapa
Afia ini? Bagaimana Khyla boleh menukar namanya menjadi Afia?
Walaupun siapa pun gadis itu. Dan di mana gadis itu
berada. Dia akan jejaki jua. Dia perlu jejaki juga gadis itu kerana didalam
rahim gadis itu adalah benihnya. Benih daripada darah dagingnya. Sesuatu yang
menjadi haknya dan akan menjadi kebanggaanya satu hari nanti. Lagipun bukannya
susah untuk dia jejaki gadis itu. Semua maklumat asas gadis itu ada padanya.
Dia pasti dia hanya perlukan beberapa jam saja sebelum gadis itu berada
dihadapannya. Itulah kuasa duit di zaman sekarang. Moga dengan ini dia dapat
menebus kembali kesilapannya.
No comments:
Post a Comment