Saturday, September 9, 2017

BAB 5 : Setia Menunggu


BAB 5



Dah seminggu Athiya berada di rumah agam ini. Dia mula membiasakan diri. Elman? Hurmm... Athiya tak tahu nak komen apa. Lelaki itu buat dia macam halimunan. Seolah-olah dia tak wujud. Tapi bagus juga, Athiya jadi selesa dengan layanan begitu. Sebab dia tak suka konfrontasi.

Selepas kejadian ditinggalkan ditepi jalan oleh Elman hari itu, Athiya rasa dia masih belum dapat berhadapan dengan Elman. Dia boleh bertentang mata. Tapi dia belum boleh bercakap dengan Elman. Cukuplah Elman buat dia rasa seperti sampah waktu itu.

“Sedaplah kak Aya masak.” Mawar dari tadi tak berhenti mengunyah.

Itu cupcake yang ketiga dah untuk Mawar. Nikmat sungguh Mawar menghabiskan cupcake di tangannya. Memang sungguh menghayati.

“Akak ikut resepi dalam FB je.” Athiya menghirup teh. Terasa aroma strawberi. Nikmat.

“Akak memang pandai masak. Sebab tu masak apa pun jadi. Kalau Mawar memang tak lepaslah nak masak macam ni.”

Kagum betul Mawar dengan Athiya. Dahlah baik. Lemah lembut. Pandai pula tu. Memang beruntung abang dia miliki Athiya. Bukan macam Athila yang nampak je cantik tapi perangai hancur. Cuma abang dia je yang buta tak nampak semua itu.

“Mawar boleh. Cantik taman mama ni.” Athiya tersenyum manis.

Dia tahu adik iparnya boleh je memasak. Cuma Mawar ni jenis malas ke dapur sedikit. Mungkin belum minat. Ataupun minat berbeza. Macam dia lebih suka memasak daripada berkebun begini. Tak sanggup rasanya duduk bawah panas semata-mata untuk sepokok bunga. Tak dan dia.

“Mama memang suka kan bunga, kak Aya. Kalau pasal bunga, mama memang sanggup berhabis. Akak minat bunga?” Anak mata Mawar menikam seluruh taman bunga mamanya.

“Akak sukakan bunga tapi tak suka tanam bunga.” Athiya tergelak dengan kata-kata sendiri. Ya dia memang suka bunga. Tapi dia tak suka menanam bunga.

Mawar turut tergelak besar dengan kata-kata Athiya. “Samalah kita kak. Mawar, nama je bunga tapi tak minat pun bunga.”

“Lawaklah Mawar ni.” Athiya menggeleng perlahan kepalanya. Ada-ada saja adik ipar dia ni.

“Abang layan akak, okay ke?” Mawar tak dapat menahan dirinya untuk menyibuk. Matanya mencari kejujuran disebalik riak Athiya.

“Okay je.” Athiya mencapai sebiji kek cawan. Dia mengelak daripada memandang Mawar. Takut nampak dia tidak jujur dengan jawapan sendiri. Bagi Athiya sekejam mana pun layanan Elman padanya. Lelaki itu tetap suaminya dan dia perlu menjaga aib rumah tangga mereka.

“Along tu baik. He the best brother ever. Mawar yakin kalau satu masa nanti abang dah jatuh cinta pada akak. Memang akak adalah perempuan yang paling bertuah dalam dunia.” Mawar tayang wajah penuh keyakinan. Dia berani potong jari lah. Wajib punya satu masa nanti abang dia akan jatuh cinta juga dengan Athiya. Dan waktu itu, biar Athila tu frust menonggeng.

Panjang umur Elman. Tak sempat Athiya hendak mengulas apa-apa, Elman datang dengan segelas air oren ditangan. Lelaki itu melabuhkan punggung di sebelah Mawar dan secara tidak langsungnya bertentang mata dengan Athiya.

“Bual apa ni?” Elman mengambil sebiji cupcake. Nampak macam sedap. Tambah berselera dia apabila melihat Mawar yang menjilat krim dijari dengan penuh nikmat.

“Kami tengah mengumpat along. Sedap kan cupcake ni? Kak Aya yang buat tau.” Mawar memuji kakak iparnya. Keningnya menari mengusik abangnya yang baru hendak merasa kek cawan tersebut.

“Suka makan manis. Nanti jadi gemuk baru tahu.” Perli Elman.

Lain orang yang di perli. Lain orang yang terasa. Athiya rasa macam ada anak panah yang menusuk ke hatinya. Eh... cik hati. Kita ke yang kena perli tu? Memang kita lah rasanya. Cik tubuh kita je yang comel kat sini. Tak kan pula Mawar yang langsing dan tinggi lampai tu pulak yang kena perli.

“Along ni kan. Suka nak sakitkan hati orang. Dahlah Mawar masuk dulu.” Mawar pura-pura sentap. Dia saja nak bagi peluang untuk abangnya kenal-kenal dengan isteri sendiri. Romantik apa? Duduk berdua di taman bunga sambil minum petang.

Tak sempat Athiya hendak menahan, Mawar dah menghilangkan diri. Sekarang Athiya pula yang rasa janggal di tinggalkan berdua dengan Elman. Hendak pergi, dia rasa serba salah dengan Elman yang masih minum petang. Hendak terus duduk di situ, dia tak tahu nak berbual apa dengan Elman.

"Hmmm memang sedap cupcake ni. Pandai kau buat." Tiba-tiba Elman bersuara. Dia mengambil satu lagi kek cawan itu. Ada rasa peanut butter. Dia suka.

"Hah... Terima kasih." Tergagap Athiya dibuatnya. Dia macam tak percaya dengan apa yang dia dengari. Elman tengah memuji dia ke?

"Memang sedap. Patutlah mama sayangkan kau. Rajin. Pandai mengemas. Pandai mengurus rumah. Pandai masak..."

Athiya rasa kembang dipuji oleh Elman begitu. Wajahnya tertunduk memandang meja. Malu. Cuma macam ada sesuatu yang tak kena. Entah kenapa hatinya ragu dengan pujian Elman. Dia mahu kata-kata itu terhenti di situ saja. Sebab dia risau kalau pujian itu adaa sambungan yang menyakitkan.

"Memang sesuai jadi the perfect helper" Elman tersenyum sinis.

Strike #1. Mati senyuman Athiya. Gelaran 'Perfect helper' tu kedengaran seperti bibik di telinganya. Penghinaan secara terancang rupanya. Cik hati! Kita terguris.

Lama Athiya terdiam dibuatnya. Tak pasal-pasal hari ini dia dapat gelaran ‘BIBIK’.

Bulat mata Athiya memandang Elman disaat dengan tiba-tiba Elman menarik tangannya yang tersadai di atas meja. Tubuh Athiya ikut mengeras. Macam ada renjatan elektrik apabila kulit Elman menyapa kulitnya. Ehh... Mamat ni. Tadi bukan main sedap lelaki itu memerlinya. Sekarang nak pegang-pegang pula.

"Mama yang bagi Aya tadi." Athiya bersuara apabila Elman mengusap gelang jade di pergelangan tangannya. Padanlah, tiba-tiba suaminya sudi menyentuh dia. Pasti sebab gelang hadiah daripada ibu mertuanya.

"Ini gelang pusaka keluarga aku. Tok Ma yang beri pada mama sebagai hadiah perkahwinan." Senada saja Elman bersuara.

Dia macam tak percaya mama nya dengan mudah menghadiahkan gelang warisan keluarga itu kepada Athiya. Sebelum ini dia pernah meminta gelang itu untuk Athila tapi berbagai alasan yang mama dia berikan. Kenapa dengan Athiya mudah saja mama dia menyerahkan simbol keluarga mereka. Tanda Athiya diterima sebagai menantu dalam keluarga Megat Ehsan.

"Tahu. Tadi mama ada cerita kat Aya dan Mawar. Cantik gelang ni." Athiya menarik tangannya. Dia segan apabila Elman terus menerus mengusap gelang itu. Dia jadi gabra apabila tangan dia dan Elman bersentuhan.

"Ya cantik dan berharga. Aku ingat gelang ini akan jadi milik Athila. Tentu cantik kalau Athila yang pakai. Sesuai dengan orangnya. Tapi tak sangka..." Jujur Elman katakan dia tak pernah menyangka akan ada gadis lain memakai gelang itu selain Athila.

Strike #2. Sentap. Memang Athiya sentap. Dia terdiam lagi. Matanya memberat dengan airmata. Rupanya gelang yang dia pakai ini bukan miliknya. Bukan terniat untuknya. Sekali lagi dia yang kedua selepas Athila.

"Tapi it's okay. Dah rezeki kau. Aku kagum dengan kau. Hebat juga kau ni rupanya. Baru seminggu kat sini, mama dah hadiahkan macam-macam. Murah rezeki." Elman memerli tanpa belas kasihan. Mukanya selamba saja sambil tangannya. menyuap suapan terakhirnya. Kemudian dia bangun meninggalkan Athiya yang menitiskan airmata.

Home run buat Elman kerana berjaya buat Athiya rasa jijik. Dia jijik dengan diri sendiri. Athiya menarik keluar gelang berwarna hijau Emerald itu dari tangannya. Terguris tangannya terkena besi di hujung gelang. Luka dan berdarah.

Athiya membiarkan airmata membasahi pipinya. Dia menangis bukan kerana luka di tangan tapi kerana luka di hati yang semakin parah. Dia tak berdaya untuk terus kuat. Kali ini Elman berjaya memijak maruahnya. Athiya merenung gelang yang tercalit sedikit dengan darahnya.

Barulah dia sedar bukan saja dia tak layak, malah terlalu hina untuk memiliki gelang itu. Bererti bukan saja dia tak layak untuk Elman, tapi juga dia terlalu hina untuk terus bersama lelaki itu.

BAB 4 : Setia Menunggu

BAB 4




Kerana arahan Megat Ehsan waktu sarapan tadi, Elman terpaksa menghantar Athiya ke rumah mertuanya. Kalau tak disebabkan abahnya, memang dia tak sanggup nak duduk sekereta dengan Athiya. Dia lakukan semua ini sebab dia hormatkan abahnya. Tapi tidak bermakna dia akan bertoleransi dengan Athiya juga.

Athiya tak berani nak bersuara. Dia duduk senyap di samping Elman yang memandu. Dia tahu kalau tak disebabkan paksaan bapa mertuanya, memang Elman tak sudi lah nak tumpangkan dia balik rumah orang tuanya.

Jadi sebagai seorang yang sedar diri Athiya mengambil langkah untuk berdiam diri. Takut kalau kena sembur nanti, dia juga yang makan hati. Jadi sebelum apa-apa terjadi, Athiya perlu pastikan dia dalam zon selamat. Tema nya bersama Elman adalah safety first.

Tiba- tiba Elman membelok dan memberhentikan keretanya di sebuah perhentian bas yang tidak jauh daripada kawasan perumahan keluarga Elman. Belum sempat Athiya hendak bertanya apa-apa. Elman dulu memberi arahan. "Kau turun sekarang." ‘

"Hahhh???" Nada Athiya jelas menunjukkan dia terkejut dan tidak faham.

Athiya dah terkebil-kebil apabila di suruh turun di situ. Ehhh... ini bukan rumah nya. Bila masa pula rumah dia bertukar jadi stesen bas.

"Turun lah. Kau ingat aku ada masa nak layan kau? Daripada aku layan kau ni lebih baik aku layan kucing tepi jalan tau. Kau pergi balik sendiri." Elman membuka seatbelt Athiya. Kasar.

Elman lepaskan kemarahan dia pada Athiya. Dia tunjukkan bertapa jijiknya dia untuk berada dekat dengan Athiya. Betapa bencinya dia pada keluarga perempuan itu.

"Tapi..."Athiya cuba hendak berbincang dengan Elman.

Bukan dia nak sangat pun Elman mengikut dia pulang. Dia boleh pulang sendiri kalau Elman tidak sudi menghantarnya. Cuma dia akui ada benarnya apa yang dikatakan oleh mertuanya pagi tadi. Apalah kata orang kalau dia balik bersendirian hari ini tanpa Elman. Naik uber atau teksi pula tu.

"Kau ni tak faham bahasa ya!! Kan aku cakap kau pergi balik sendiri. Baliklah sendiri. Apa yang susah sangat nak faham.” Tempelak Elman.

Elman menjadi bertambah marah. Dia tak sangka, pandai pula Athiya hendak membantah kata-katanya. Memang dasar tak sedar diri perempuan ini.

“Abah...” Athiya masih dua tiga hendak membuka pintu kereta. Elman tengah bergurau dengan dia ke sekarang ini? Tak kan lelaki itu sanggup hendak memalukan orang tua sendiri.

“Kau tak payah nak guna nama abah lah. Aku tak takut pun. Lagipun kau jangan ingat aku sudi nak pijak rumah pengikis macam keluarga kau.” Sembur Elman sinis.

Sentap Athiya. Dia cepat-cepat keluar daripada X6 milik Elman. Dalam kekalutan itu sempat dia mendengar pesanan terakhir Elman. “Lagi satu belum tentu kau lama tinggal kat rumah tu jadi tak perlu nak bawa barang kau banyak sangat. Menyemak je nanti.”

Terputus nafas Athiya mendengar pesanan itu. Memang mulut lelaki bernama Elman itu setajam pedang samurai. Terpancung terus hatinya. Bertambah sayu dia melihat kereta hitam itu meluncur laju sebaik dia menutup pintu. Tak tunggu sesaat pun. Sampai hati Elman tinggal kan dia kat tepi jalan orang yang tiada harga diri.

Sakit dan perit sekali perasaan itu. Athiya menepuk-nepuk dada sendiri. Dia mendongak ke atas, menahan air matanya yang ingin gugur. Jangan menangis Athiya. Jangan menangis untuk orang yang tak tahu mengasihani seperti Elman.

Pahit sekali kata-kata tadi tapi Athiya terpaksa telan juga kata-kata Elman. Kalau suaminya dah tak sudi hendak menghantar dia. Dia pun tak sudilah nak menumpang Elman. Lelaki itu ingat dia tak boleh nak berdikari. Dia bolehlah cari pemandu lain. Athiya mengambil telefon bimbitnya. Aplikasi uber dibuka. Masa untuk mencari... harap-harap dapat pemandu yang lagi kacak daripada Elman.



Elaman memilih untuk melepak di Starbuck selepas dia meninggalkan ‘miss plain jane’ tu di tepi jalan. Puas hatinya dapat melepaskan geram pada Athiya. Jangan Athiya ingat gadis itu boleh besar kepala padanya hanya kerana mendapat sokongan dari keluarga dia.

Elman membuang pandangan keluar. Melihat gelagat orang ramai yang sibuk menghabiskan masa hujung minggu di pusat membeli belah. Pejabat cumalah alasan dia meloloskan diri daripada orang tuanya tadi. Aroma kopi membuatkan dia sedikit tenang.

Dia perlu ketenangan untuk mengatur balik kehidupannya. Dia perlu masa untuk menyusun kembali fikirannya. Apa yang telah terjadi baru-baru ini terlalu cepat. Terlalu pantas sehinggakan dia tiada masa untuk memikirkan yang terbaik buatnya.

Seminggu lepas dia masih tunang kepada Athila. Gadis yang cantik yang memikat hatinya. Tapi semalam, dia menjadi suami kepada Athiya. Suami kepada bakal kakak ipar tak jadinya. Bertunang dengan orang lain. Bernikah dengan orang lain. Siapa yang tak tertekan? Kalau bernikah dengan orang di cintai, tak apalah juga. Ini dengan gadis biasa-biasa yang menyakitkan hati.

“Assalamualaikum. Dah kenapa kau ni? Tiba-tiba ajak aku lepak pula hari ini.”

Helmie melabuhkan punggungnya dihadapan Elman. Cawan caramel macchianto diletakkan diatas meja. Wajah Elman yang penuh masalah itu di pandang pelik. Hai pengantin baru pun banyak masalah ke???

“Tak boleh ke aku nak ajak kau keluar dah?” Mahu tak mahu saja Elman melayan pertanyaan teman baiknya. Tak ada mood.

“Tak adalah. K

au tu pengantin baru. Belum sampai 24jam pun kau menikah, kau dah ajak aku lepak. Memanglah aku pelik. Selalunya kalau pengantin baru, waktu sekarang ni memerap je kat rumah.” Sindir Helmie. Dia menghisap rakus air kopi kegemarannya. Dah macam orang hilang anak dia tengok kawan dia seorang ini.

“Kau bercakap macam kau tak tahu apa yang dah terjadi.” Keras suara Elman.

Kata-kata Helmie bagai meletakkan garam diatas luka dia. Helmie ingat dia bahagia dengan perkahwinan ini? Bercakap macam Helmie tak tahu sejarah dia dan Athiya. Dia ajak Helmie keluar untuk menenangkan fikiran. Bukan membuatkan dia tambah serabut.

“Maaflah bro. Tapi kalau begitu pun, takkan kau tinggalkan wife ko macam tu je kat rumah. Kau kesianlah juga kat dia. Wife kau tak salah kot.” Helmie menggeleng kepala dengan sikap panas baran Elman. Sikit-sikit nak marah. Emo betul Elman sekarang.

“Dia balik rumah keluarga dia. Ambil barang.” Elman menyisip air kopi dihadapannya. Dah suam. Matanya langsung tidak memandang kearah Helmie. Sedar pasti akan ada soalan yang akan menyusul.

“Kau tak temankan dia?” Mata Helmie membesar. Dia menegakkan postur tubuhnya. Keras hati betul Elman sampai sanggup membiarkan isteri yang baru di nikahi balik sendirian. Biarpun tak suka, tapi tak kan Elman tak terfikir langsung nak menjaga air muka isteri dan keluarganya sendiri.

“Malaslah. Tak ingin aku nak jejak kaki aku kat rumah tu lagi. Sakit hati aku ni.” Luah Elman. Dia menarik nafas dalam. Pejamkan mata. Ingin lupakan rasa perit yang menusuk di kalbu.

“Aku faham perasan kau. Athila memang tak patut buat kau macam tu. Tapi janganlah sampai kau lepaskan kemarahan kau pada isteri kau pula. Aku tengok isteri kau okay je.” Helmie cuba menasihati. Masa sekarang penting untuk dia menjalankan tugasnya sebagai teman baik.

“Alah.... Dia tu sama je dengan keluarga dia. Mata duitan. Kau ingat kenapa dia setuju hendak berkahwin dengan aku kalau bukan kerana harta.” Sinis wajah Elman memperlekehkan isteri sendiri. Wajah Athiya terbayang di mata. Membuatkan darahnya mendidih kembali.

“Kau janganlah cepat menghukum. Mana tahu dia tak sama seperti yang kau sangkakan. Lagipun kalau kau tahu dia macam tu, kenapa kau masih setuju untuk teruskan pernikahan kau hari tu.” Helmie menepuk dahi sendiri. Dia tak faham sungguh dengan kawan baik dia seorang ini. Hari tu bukan main lagi bersetuju. Sekarang banyak bunyi pula.

“Sebab mama aku yang beriya nak aku kahwin dengan dia tu. Entah apa yang dia sogokkan pada keluarga aku sampai semua ahli keluarga aku sayang sangat dengan dia. Abah aku pun boleh layan dia baik je.” Rungut Elman. Bibirnya mencebik tak puas hati.

“Mesti ada sesuatu pada dia yang buat family kau sayangkan dia. Takkan kau tak tahu. Bukan kau dan dia membesar bersama ke?” Helmie cuba menyuntik rasa keraguan dalam diri Elman. Dia rasa seseorang perlu buat Elman berfikir.

“Aku tak rapat sangat dengan dia tu. Lagipun tak ada yang menarik tentang dia untuk buatkan aku rasa nak rapat dengan dia. Miss plain jane.” Ego sungguh Elman menuturkannya.

“Yalah. Aku tahulah taste kau macam mana. Kau nak yang cantik je. Yang pandai bergaya. Mana nak pandang yang biasa-biasa. “ Jengkel sungguh Helmie dengan sikap Elman. Nasib baik mereka dah lama berkawan.

“Well. Semua lelaki suka perempuan cantik. Kau sendiri pun suka cuci mata.” Selamba wajah Elman mengakui kata-kata Helmie. Ya, Athiya bukan citarasanya.

“Untuk cuci mata, boleh lah bro. Bukan untuk kahwin. Kalau nak kahwin, aku cari yang simple-simple je. Janji boleh jaga aku dengan baik. Yang high maintenance ni, sakit pula kepala aku nak jaga nanti. Asyik nak turut kehendak dia je. Aku tak banyak duit macam kau. Mana mampu nak beli macam-macam hanya semata-mata untuk memujuk.” Helmie sempat menyindir Elman.

Bukan Helmie tak ingat bagaimana Elman berhabisan untuk Athila dulu. Semua kemahuan gadis itu dituruti. Sampai temannya itu sanggup memberi kad kreadit kepada Athila. Dulu bukan main lagi melabur untuk dapatkan perhatian Athila. Akhirnya tetap juga Elman kena tingal begitu saja. Buat penat diri je melayan perempuan macam tu. Tapi masih juga Elman tak insaf lagi.

“Dah... Aku tak nak dengar lagi hal ini. Aku ajak kau lepak ni untuk tenangkan fikiran. Bukan nak serabutkan lagi otak aku.” Berubah wajah Elman apabila kisah silam dia diungkit kembali. Dia tak suka. Dia tak selesa.

Helmie mengangkat bahu tanda tak kisah. Biarlah apa pun Elman nak kata. Dia tak kisah. Yang penting dia tahu apa yang benar.

BAB 3 : Setia Menunggu

BAB 3



Semalaman Athiya tak boleh lelapkan mata. Kepalanya sarat dengan masalah dan perasaannya tak menentu. Ditambah lagi dengan ketidakpastian yang rasakan. Dia tidak pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang membuatkan fikirannya semakin berat. Semakin sukar untuk dia melelapkan mata.

Berdiri dihadapan katil, Athiya menggaru kepala yang masih diselubung telekung. Matanya tunak memerhatikan Elman yang masih lena. Dia baru selesai solat subuh. Sekarang ini dia tengah berteka-teki sama ada nak kejutkan Elman atau tidak. Hendak kejutkan dia takut kena marah dengan Elman. Tapi kalau dia tak kejutkan Elman, dia pula sama-sama ada saham akhirat sebab Elman tak solat pagi ini.

Arghh... Lebih baik Elman yang marahkan dia daripada dia berdosa. Perlahan-lahan Athiya menyentuh ibu kaki Elman. Di goyang-goyang perlahan sambil bibirnya menyeru nama Elman. Meminta lelaki itu bangun dan solat subuh. Berkali-kali jugalah dia terpaksa melakukan hal itu sebelum Elman terbangun dan terus menjerit.

“Makk!!!” Elman melompat kebelakang sehingga kepalanya terkena kepala katil.

Hilang terus mamainya. Elman terkejut sehingga dia boleh terduduk bersandar di kepala katil. Conforter ditarik rapat menutup separuh mukanya. Mana dia tak terkejut. Sebaik dia buka mata dan dalam rabun, dia nampak ada lembaga putih berdiri di hujung kakinya. Sedang memegang kakinya pula tu. Mahu tak melayang semangatnya sekejap.

“Abang... Aya ni.” Athiya pantas memperkenalkan diri.

Bibirnya dikemam rapat untuk menahan ketawa yang sipi-sipi lagi nak terlepas. Hiburan dipagi hari. Memang lawak sungguh rupa suaminya terkejut. Yang tak tahan tu, Elman siap panggil ‘mak’ lagi. Memang hilang terus lagak lelaki ego and macho Elman. Anak mak rupanya suami itu.

“Aya.” Sepotong nama itu meniti dibibir Elman.

Berkerut dahi Elman. Dia bagai cuba mengingati sepotong nama itu sambil tangannya sudah melepaskan conforter yang menutup wajahnya tadi. Selimut tebal dan selesa itu sudah jatuh ke dadanya. Otak Eman segera memproses maklumat. Barulah dia teringat semalam dia sudah bernikah dengan Athiya. AYA.,,

“Astaghfirullah... Apa kau buat ni? Dengan lampu tak buka semua. Berdiri pakai telekung macam tu. Kau nak bunuh aku ke apa???” Elman memandang garang ke arah Athiya. Dadanya berombak menahan geram.

“Aya nak kejutkan abang solat subuh. Dah subuh ni.” Perlahan saja suara Athiya membalas. Terkebil-kebil mata dia kena marah oleh Elman. Pagi-pagi dah kena marah. Hilang rasa hendak ketawa. Digantikan dengan rasa seram. Rasa hendak terkucil pun ada.

“Hurm... Kalau ya pun. Yang kau berdiri dalam gelap ni apa hal. Kau pergi on semua lampu. Hish kau ni.” Rungut Elman. Hilang macho dia pagi ni.

“Ya. Abang bangunlah. Solat subuh. Tak elok lewat-lewatkan solat.” Perlahan sekali suara Athiya. Risau dia kalau kena sembur lagi oleh Elman.

“Ya. Jangan pandai nak ceramah orang je. Kau tu dah solat belum?” Elman mencebikkan bibir. Baru hari pertama bergelar suami, dia dah ditegur isteri sendiri. Tercabar juga rasa hati.

“Dah. Aya baru je lepas solat.”Athiya membalas lembut.

Athiya mencapai alat kawalan dan menekan punat pada alat tersebut, untuk menghidupkan semua lampu. Seperti yang di arahkan oleh suaminya. Senang sungguh jadi Elman. Bilik lengkap dengan alatan moden macam tu. Dia juga yang jadi jakun semalam. Terasa seperti orang yang buta teknologi.

“Macam bagus sangat...” Omel Elman.

Athiya mendengar omelan Elman. Sentap juga hatinya. Pagi-pagi dah sentap ya cik hati. Yalah dia memang tak sebagus mana pun. Athiya sedar apa pun yang dia buat, akan nampak serong dimata Elman. Nak buat macam mana, kalau orang dah tak suka tu memang tak akan nampak kebaikan dia. Terima jelah Athiya. Tahan je lah telinga tu.

Dah nasib diri macam ni. Lagipun Athiya kena sedar diri. Dia di rumah ini adalah untuk membalas apa yang di hutang keluarganya pada keluarga ini. Jadi dia kenalah sedar diri. Dia tak ada pilihan lain selain daripada menerima saja segala cacian dan sindiran Elman selagi kesabarannya masih ada.

Biarpun hari pertama bangun sebagai seorang isteri, dah kena marah. Bukan nak ucap terima kasih ke nak berkasih sayang ke. Kena sindir lagi ada. Untung juga dia tak mengada nak tunggu solat jemaah dengan Elman tadi. Kalau tidak lagi dia malu. Ya lah, tak kan dia nak jadi makmum pada imam yang tak sudi.



Untuk mengelak rasa janggal, Athiya sengaja menunggu Elman untuk turun bersarapan bersama. Waktu mereka tiba di meja makan semuanya telah menunggu dengan makanan yang siap terhidang. Jadi segan Athiya dibuatnya. Hari pertama dia dah gagal sebagai menantu pilihan.

Seperti biasa Elman akan duduk disebelah abahnya dan berhadapan dengan dengan mama dia. Mawar pula duduk disebelah Puan Melur. Ini yang buat Athiya mati kutu. Dia nak duduk kat mana pula. Tak kan nak duduk sebelah Elman. Mahu dia bersarapan dengan semangkuk sindiran hari ini.

“Akak. Marilah duduk sebelah Mawar.” Mawar menepuk kerusi disebelahnya beberapa kali dengan senyuman tersunging di bibir gadis itu.

Lega Athiya. Nasib baik Mawar yang menjadi penyelamatnya hari ini. Pantas Athiya berjalan ke sebelah sana dan duduk disamping Mawar. Sekurang-kurangnya ada seorang yang mengalu-alukan kehadiran dia.

“Elman solat subuh tak pagi tadi? Abah tak nampak pun Man kat bilik solat.” Megat Ehsan memulakan perbualan anak beranak. Anaknya yang sedang bersarapan dipandang sambil hujung bibirnya terbit senyuman penuh makna untuk anaknya yang baru bergelar suami.

“Solat abah. Man solat kat bilik. Hantu bungkus tolong kejutkan.” Selamba Elman menjawab. Matanya mengerling pada Athiya dihadapannya.

Athiya tersedak mendengar jawapan suaminya. Nasib baik tak tersembur mee hoon goreng dalam mulut dia. Hantu bungkus? Selamba je Elman menggelarnya begitu. Rasa menyesal pula Athiya gagal ambil gambar ‘anak mak’ pagi tadi.

“Kenapa kak?” Bisik Mawar yang duduk disebelahnya. Sibuk nak ambil tahu. Macam ada kisah menarik disebalik ini.Untung-untung dia dapat bahan untuk membahan abangnya.

“Pagi tadi akak terlupa buka telekung masa bangunkan abang. Jadi abang terkejut tengok akak.” Cerita Athiya dalam nada yang rendah. Tak mahu perbualan dia dan Mawar didengari oleh orang lain. Suaranya jelas dia sedang menelan ketawa.

“Mesti muka abang lawak gila kan akak?” Mawar sudah tertawa kecil. Dia tak boleh nak tahan gelak apabila fikirannya membayangkan wajah abangnya ketika itu.

Athiya pun melepaskan gelak kecil bila teringatkan muka Elman pagi tadi. Tapi senyumannya segera mati apabila dia perasan Elman yang duduk dihadapannya sedang memandang tajam ke arah dia. Jangankan kata nak ketawa. Nak tersenyum pun dia dah tak berani. Akhirnya dia tertunduk memandang sarapan.

“Ini Man dan Aya siap-siap pagi ni nak ke mana?” Puan Melur memandang Elman dan Athiya silih berganti. Awalnya anak menantu dia bersiap.

“Man nak pergi pejabat sekejap lagi Ma.” Balas Elman. Baginya hari ini tiada beza pun dengan hari sebelumnya. Tiada apa yang istimewa.

“Office? Kan hari ahad ni Man.” Tegur Puan Melur. Dia tak senang dengan apa yang dia dengari. Baru semalam Elman bernikah dan anaknya sudah nak ke pejabat. Buang tabiat ke apa Elman ni? Tak pernah dibuat orang pengantin baru masuk kerja hari minggu.

Puan Melur menjeling pada Athiya. Terbit rasa simpati pada menantunya itu. Tiba-tiba Puan Melur meragui tentang keputusannya untuk menyatukan Athiya dan Elman. Dari dulu lagi Athiya memang calon pilihannya. Jadi apabila ada peluang, dia terus mengambil kesempatan untuk merealisasikan impiannya.

“Sebelum ni pun Man ada juga masuk office hari ahad. Tak ada masalah pun.” Elman santai menyuap mee hoon ke dalam mulutnya. Pura-pura tak faham apa yang cuba disampaikan oleh mama dia.

“Memanglah. Tapi Man kan baru nikah semalam.” Pujuk Puan Melur lagi. Sempat Puan Melur mengerling ke arah suaminya. Dia perlukan bantuan Megat Ehsan. Cuma suaminya saja yang mampu mengawal anak teruna mereka.

“Nikah pun macam tak nikah je mama.” Guman Elman dengan nada rendah. Lirih dan pedih sekali perasaan yang terselit disebalik kata-kata itu.

Auchhh... Tersentap lagi hati Athiya mendengar kata-kata Elman yang tajam menusuk ke hatinya itu. Tahulah Elman tak sudi nak kahwin dengan dia. Tapi janganlah mengungkit macam tu. Depan keluarga pula tu. Nampak sangat lelaki tu tak ikhlas. Dah tak ikhlas tu senyap-senyap sudah. Jagalah maruah dia sedikit.

“Elman.” Tegas suara Megat Ehsan menegur anaknya. Dia tak suka dengan sikap Elman. Bukan Megat Ehsan tak perasan yang wajah menantunya berubah tadi. Anaknya langsung tak hormatkan menantu dia.

“Pagi esok kan board meeting, abah. Jadi Man kena masuk office. Nak semak apa yang patut.” Elman memberi alasan. Langsung tidak terkesan dengan teguran abahnya.

“Aya pula nak pergi mana?”Lembut suara Megat Ehsan menyapa menantunya.

Malas dia nak melayan kepala angin anaknya hari ini. Lebih baik dia berkenalan dengan menantu dia. Jujurnya Megat Ehsan simpati pada Athiya. Tak pasal-pasal gadis itu terheret sekali dengan masalah mereka. Menjadi mangsa keadaan. Tersepit diantara dua keluarga.

“Nak balik rumah mummy sekejap. Aya nak ambil barang sikit.” Sopan Athiya menjawab. Wajahnya sedikit Megat Ehsan tiba-tiba memberi perhatian kepadanya. Dia rasa segan disapa Megat Ehsan. Dia bukannya rapat dengan Megat Ehsan.

“Kalau macam tu biar Elman temankan kamu. Man, teman isteri kamu balik rumah mertua kamu.” Putus Megat Ehsan. Langsung dia tidak hiraukan wajah tidak senang anaknya.

Puan Melur dah tersenyum suka. Ini yang dia sayang sangat pada suaminya ni.

“Tapi abah...” Elman cuba membantah. Dia tak betah nak duduk satu kereta dengan perempuan itu.

“Tak ada tapi-tapi Man. Kerja tu bila-bila kamu boleh buat. Kalau kamu tak nak masuk mesyuarat esok pun tak apa. Orang faham yang kamu baru kahwin.” Dalam nada yang biasa namun masih keras kata-kata Megat Ehsan itu. Mata tua tajam menghantar isyarat dia tidak suka di bantah.

“Hurmm...” Elman terpaksa mengalah jua. Tewas pada ketajaman mata Megat Ehsan dan ketegasan suara abahnya itu. Tak sanggup nak cari pasal dengan abah sendiri.

Kerana terpaksa aku relakan. Tapi dalam pada itu Elman sempat menjeling tajam pada Athiya. Menunjukkan dia menyalahkan Athiya atas semua ini berlaku. Hish... minah ni tak habis-habis hendak menyusahkan dia. Elman tak puas hati.

Tapi tak apa. Tahulah dia macam mana nak uruskan Athiya nanti. Jangan harap dia nak beri muka pada Athiya.


Saturday, August 12, 2017

BAB 2 : Setia Menunggu

BAB 2


 Athiya melihat dirinya di dalam cermin. Dia menyimbah wajahnya dengan air berkali-kali. Dia ingin melawan rasa ingin menangis. Dia tak mahu menangis. Dia tak mahu nampak lemah. Dia tak mahu melayan rasa kecewa. Tapi dia memang kecewa. Air matanya menitis dalam diam. Menangis tak bersuara. Sakitnya rasa itu. Peritnya perasaan itu. Ya Allah, kenapa terlalu sakit hatinya dan mengapakah terlalu perit untuknya kali ini?
Athiya sudah terlalu biasa jadi yang kedua. Dia tahu dia hanya pilihan kedua selepas Athila. Bagi semua orang pun, dia hanyalah pilihan kedua selepas adiknya. Dia hanya akan mendapat segala apa yang adiknya sudah tidak inginkan lagi. Dia hanya akan mendapat sisa daripada Athila. Tapi selama ini, biarpun dia sedar kenyataan itu, tak pernah sekalipun dia rasa rendah diri seperti malam ini.
‘AKU SETUJU KERANA ATHILA. BUKAN KAU....’ Kata-kata Elman itu bagaikan belati menusuk tajam ke dalam hatinya. Membunuh sebahagian keikhlasannya. Menghapuskan harga diri yang tinggal buat dia. Ya dirinya tak berharga seperti Athila. Benar, dia tak layak pun menggantikan Athila. Siapalah dia berbanding Athila?
Tapi adil kah dia di hukum atas sesuatu yang dia tidak lakukan? Adilkah untuk Elman menghakimi dia atas segala yang Athila lakukan? Kenapa Elman hendak salahkan dia? Jika benar Elman tak suka dia menjadi pengganti, kenapa lelaki itu tidak menolak dan membatalkan saja majlis pernikahan ini? Kenapa perlu heret dia ke dalam dendam Elman?
“Teruknya kau ni Athiya. Ini pun nak nangis ke? Macamlah kau tak biasa jadi pilihan kedua.” Athiya menarik nafas dalam. Cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia mencuci mukanya sekali lagi. Menghapuskan segala sisa tangisnya. 
Bibir di tarik secara paksa untuk mencarikkan segaris senyuman. Pipi dia tepuk lembut. Cuba menaikkan mood sendiri. Tak guna dia hendak menangis atau bersedih untuk perkara yang dah terjadi. Apa yang dah berlaku biarkan berlalu. Yang penting dia harus kuat. Dia mesti kuat untuk menempuhi kemarahan Elman nanti. Berhadapan dengan kedinginan Elman.
“Bagus juga tahu awal-awal. Tak perlu lah kita menyimpan harapan ya cik hati?” Athiya menepuk dada sendiri. 
Bersama senyuman hambar, Athiya melangkah keluar daripada bilik air. Kali ini dia langsung tidak menegur Elman yang masih ralit di meja kerja. Dia menonong je terus ke katil dan merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk milik Elman. Athiya mencapai telefon bimbitnya. Rutin malam dia akan memeriksa semua mesej sebelum dia masuk tidur.

I heard someone dah jadi isteri orang. Taniah awak.

Setitis airmata Athiya jatuh membasahi bantal tempat yang mengalas kepalanya. Sakitnya menerima ucapan taniah daripada yang orang yang kita kasihi. Dia baru saja ingin mengenal rasa berpasangan. Baru hendak mula menyemai rasa, kini dia terikat pada ikatan yang dia tak terjangka. Bukan hanya Elman yang berkorban. Dia juga mengorbankan hatinya untuk pernikahan ini.

BAB 1 : Setia Menunggu


BAB 1

Athiya berdebar. Lama dia berdiri didepan pintu bilik dengan tangannya membawa dulang. Dia tak tahu bagaimana hendak membawa diri. Baru beberapa jam lepas dia bertukar status. Daripada cik ke puan. Dalam sekelip mata dia dah membawa pangkat baru. Yang anehnya, perasaan teruja itu tiada. Kosong. 
Bertukar status itu tidak akan jadi masalah kalau memang itu rancangannya. Kalau perkahwinan ini memang kemahuan dia. Tapi yang menjadi kisahnya, dua minggu lepas dia memohon cuti kerana adiknya kahwin. Cuma Athiya tak menjangka yang dia menjadi pengantin di majlis hari ini..
Inilah dikatakan kerana budi, tergadai body. Athiya merenung cincin berlian yang tersarung di jarinya. Sepatutnya cincin ini milik adik dia, Nurul Athila. Kalau sebulan lalu, dia hanya ahli keluarga pengantin perempuan. Tetapi kerana adiknya menghilangkan diri seminggu sebelum majlis, dia dituntut menjadi pengganti. Dan kerana duit hantaran yang mencecah ratusan ribu itu membawa dia ke saat ini. 
Dia, Nuril Athiya Bt Mohd Nazim sah menjadi isteri Megat Elman B Megat Ehsan.
‘Tak apa Athiya. Apa nak jadi. Jadilah. Kita redah sajalah.’ Athiya meyakinkan diri sebelum perlahan-lahan menolak pintu bilik yang akan dia kongsi bersama suaminya.
“Abang nak minum? Aya ada bawa air untuk abang.” Athiya meletakkan segelas air suam dan secawan kopi di atas meja. Tertib tingkahnya kerana tak mahu menganggu Elman yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.
Mata Athiya meliar pada meja kerja Elman. Ada beberapa fail tebal dan kertas yang memenuhi sebahagian daripada meja putih itu. Agaknya ini memang kehidupan orang kaya. Kerja mengikut ke mana saja mereka berada. Mengerling pada Elman. Dia akui lelaki itu memang kacak orangnya.
“Kau tak perlu nak susah-susah buat kerja ini semua. Kat rumah ini ada banyak orang gaji yang boleh buat semua kerja ni.” Dingin suara Elman. Mata yang dilindungi dengan cermin mata itu langsung tak memandang ke arah Athiya. Masih memandang skrin laptop.
“Tak susah pun.” Lembut Athiya membalas ikhlas. Bibirnya menarik senyuman jangkal.
Athiya kekok berdua-duaan dengan Elman. Dia rasa serba salah untuk melakukan apa saja di hadapan lelaki itu. Hendak duduk salah. Hendak berdiri pun salah. Biarpun Elman tak memandang pun kearahnya tapi entah kenapa Athiya tetap dapat merasakan yang dirinya sentiasa diperhatikan.
“Aku kata tak perlu kan? Jadi tak perlu.” Tegas Elman. 
Buat pertama kali anak mata Elman menikam terus anak mata Athiya. Wajah di hadapannya dipandang dengan rasa sakit hati. Elman rasa dirinya di perbodohkan oleh Athiya dan keluarga perempuan itu.
Tubuh Athiya terus kaku apabila di panah oleh pandangan tajam Elman. Buat seketika Athiya rasa dia terlupa bagaimana cara hendak bernafas. Athiya dapat merasakan jantung dia tiba-tiba berhenti mengepam. Sesak nafas dia kerana sinaran mata Elman menghantar perasaan takut ke dalam hatinya.
“Untuk apa kau nak bersusah payah buat semua ini? Kau kahwin dengan aku nak hidup  senang. Jadi sekarang kau nikmati kesenangan yang kau inginkan sangat. Nak hidup senang sampai sanggup gadai diri kau tu sendiri.” Tempelak Elman. Wajahnya sinis sekali. Matanya turun naik memandang Athiya dengan memandang pandangan jelek. 
Elman dan Athiya memang membesar bersama kerana kerana keluarga mereka rapat dan saling mengenali. Tapi mereka tidak rapat sebab dia rasa tiada yang menarik pun tentang Athiya. Kemudian dia bercinta dengan adik Athiya iaitu Athila. Di sebabkan itu mereka selalu juga terserempak dan berbual. Sekadar bertegur sapa. Cuma tak diduga ‘miss plain jane’ ini akan menjadi isterinya.
“Apa maksud abang?” Athiya benar-benar tak faham. Athiya menyilang tangannya di dada. Meletakkan Athiya dalam mode melindungi diri sendiri.
Cara Elman memandangnya itu membuatkan Athiya ingin mandi sekali lagi. Lelaki itu memang menakutkan dia. 
“Dah lah tak payah kau nak berlakon sangat lah. Kau dengan keluarga kau sama je. Daripada dulu, tak habis-habis menumpang kesenangan keluarga aku. Berlagak mengalahkan jutawan tapi hakikatnya menagih simpati daripada keluarga aku. Mengemis. Sampai sanggup jual anak sendiri untuk membalas budi.” Caci Elman. 
Auchh... Athiya terngadah. Dia terkelu seribu bahasa. Berberapa kali Athiya menelan air liur. Seperti dia cuba menelan apa yang baru dia dengari. Kesat dan pahit rasa kenyataan itu. Terluka. Memang teruk rasanya hati Athiya tercalar dengan kata-kata cacian daripada suaminya. Ini rupanya hadiah malam pertama dia bergelar seorang isteri. 
“Tak baik abang cakap macam tu...” Lirih suara Athiya. Sedih dia dituduh begitu.
Athiya akui selama ini keluarganya banyak menumpang kesenangan keluarga Elman. Di sebabkan ibunya sepupu rapat ayah Elman dan merupakan kawan baik Puan Melur, memang Athiya akui ibu dan bapanya seringkali mengambil kesempatan ke atas keluarga Elman untuk hidup senang. Itu kenyataannya yang tak dapat Athiya nafikan tapi ada satu yang Elman lupa orang tuanya dan dia adalah orang yang berbeza.
“Tak baik? Siapa lagi kejam? Mungkir janji dengan keluarga aku. Bila orang tua kau minta hantaran tinggi, aku terima. Bila adik kau merengek nak buat majlis kat rumah ini, aku ikutkan saja. Tapi apa yang aku dapat akhirnya? Adik kau tinggalkan aku macam tu je.” Ungkit Elman. Nadanya memang jelas menunjukkan dia sedang marah, sakit dan berdendam.
“Tapi abang sendiri setuju untuk buat majlis tu kat sini. Hantaran tu...” Athiya tak tahu hendak menzahirkan bagaimana apa yang ada dalam fikirannya. Dia rasa pelik Elman tak puas hati dengan keluarganya. Hantaran itu bukan dia yang minta. Kenapa nak mengungkit sekarang.
“Memang aku setuju. Aku setuju kerana Athila. Bukan untuk kau. Tapi adik kau tu langsung tak ada hati kan? Dia tinggalkan aku macam itu je. Keluarga kau pula. Mudah benar mereka setuju untuk jadikan kau pengganti. Aku ini dah macam tak ada harga diri je. Sekarang aku nak tanya kau, keluarga siapa yang sanggup menipu? Siapa yang kejam?” Bertambah tajam mata Elman menentang wajah Athiya. 
Itu memang satu persoalan yang tak mampu Athiya jawab. Benar yang kejam itu keluarganya. Sebab terlalu tamak, keluarganya sanggup buat apa saja. Elman betul tentang keluarganya. Sekarang dia berada di sini untuk membayar balik apa yang keluarganya lakukan.
Eh, Athiya... kau dengar sini ya. Mungkin mama dan papa aku tak cakap apa-apa tentang pekara ini. Tapi aku tak akan lupa sampai mati.” Satu peringatan yang Elman berikan. 
“Saya faham.” Perlahan suara Athiya. Dia faham maksud Elman. Seketika dia letakkan dirinya di tempat Elman. Dia mengerti.
Selama ini dah banyak aku korbankan untuk adik kau dan keluarga kau. Tapi sedikit pun mereka tak hargai semua yang aku buat. Selepas ini, mereka jangan ingat hanya kerana aku dah kahwin dengan kau, mereka boleh ambil kesempatan ke atas aku dan keluarga aku.” Sindir Elman. Merah wajah putihnya menahan marah. Jelas Elman sedang melepaskan kemarahan di hatinya.
 “Saya... saya nak pergi bilik air...” Athiya melarikan diri. Dia faham kemarahan Elman tapi tak bererti dia menerima sindiran Elman.
Kalau ikutkan hatinya, Athiya mahu melawan. Athiya mahu menegakkan kebenaran. Dia mahu Elman tahu yang tidak adil bagi Elman menghukum diatas sesuatu yang dia tak lakukan. Athiya juga ada perasaan. cara Elman menuturkannya umpama dia ini hanyalah barang bukannya seorang manusia yang punya harga diri.

Prolog : Setia Menunggu

PROLOG


Athiya merenung sekeping cek Elman hulurkan padanya. WOW, seratus ribu. Banyak tu. Baik hati pula encik suami dia hendak menghulurkan duit sebanyak tu pada dia. Dahi Athiya berkerut. Dia pelik kenapa suami dia memberi dia duit sebanyak ini? Untuk apa? Dia tak meminta sesen pun daripada suaminya.
“Banyaknya. Kenapa abang bagi Aya duit ni?” Soal Athiya sambil mengambil huluran Elman. Wajahnya manis dan naif.
“Bayaran untuk layanan kau malam tadi.” Ujar Elman tanpa memandang wajah Athiya.
Saat kata-kata itu terlepas daripada bibir Elman, senyuman Athiya terus mati. Cek ditangan Athiya juga terlepas. Apa yang suaminya katakan tadi? Bayaran? Ya Allah, terhinanya rasa Athiya saat ini. Dia seorang isteri bukan pelacur.
“Apa maksud abang?” Tergagap-gagap Athiya bertanya. Dia mahukan kepastian.
“Aku berterima kasih dengan apa yang kau berikan malam tadi. Apa yang berlaku semalam adalah kesilapan. Dan itu adalah bayaran untuk...” Sebelum sempat Elman mengahabiskan ayatnya, Athiya cepat sangat memintas.
“Ohh... banyak ni je ke?” Athiya sendiri tak tahu kenapa itu yang terkeluar daripada bibirnya. Yang dia tahu hatinya sakit.
“What?” Elman terkejut.
“Taklah. Saya tak sangka banyak ini je bayaran saya. Awak kan orang pertama yang sentuh saya.” Ujar Athiya sinis.
Benar dia rasa terhina. Tapi dia tak rasa dengan menegakkan diri sendiri akan membuat hatinya yang berkecai ini akan pulih. Lebih baik dia membenarkan saja kata-kata Elman. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia boleh menyelamatkan sedikit airmukanya.
“Jadi berapa kau nak?”
“Sejuta. Itu harga maruah saya.” Athiya meletakkan harga.
“Baik.” Putus Elman.
Athiya hanya melihat Elman menulis nilai yang dia minta diatas sekeping cek. Tanpa perasaan.
“Nah.” Sekali lagi Elman menghulurkan sekeping cek.
“Terima kasih.” Ucap Athiya tanpa perasaan. Dia bangkit dari tempat duduknya. Baru tiga langkah dia berpaling dan meninggalkan meja Elman. Suara Elman menghentikan langkahnya.
“Nuril Athiya Mohd Nazim, aku bertaklik pada mana kau menunaikan cek itu maka jatuh talak satu keatas kau.” Ucap Elman.

Athiya memejam mata. Setitis airmata jatuh dihujung matanya. Hatinya sudah tidak mampu merasakan apa-apa saat mendengar ucapan taklik daripada Elman. Dia sudah tidak mampu merasakan apa-apa. Hatinya sudah hancur lumat.

Sinopsis Setia Menunggu

SINOPSIS KERANA KITA BERDUA

Jadi yang kedua? Ala.. Athiya memang dah terbiasa jadi yang kedua setelah adiknya Athila. Dia cuma pilihan kedua selepas Athila. Kerana itu dia sentiasa berusaha untuk tidak terlibat dengan urusan Athila dan keluarganya. Namun apabila orang tua dia meminta untuk dia mengganti Athila sebagai isteri kepada Megat Elman, Athiya tak dapat menolak. Kerana dia sudah terbiasa menjadi yang kedua.
Besar harapannya menyulam bahagia bersama Megat Elman. Dia inginkan kehidupan umpama kisah dongeng yang penuh pari-pari cinta. Namun bahagia yang diharapkan tak kunjung tiba, biarpun sudah banyak yang dia korbankan. Hari-hari hatinya di guris. Dan yang terakhir, hatinya berkecai umpama kaca yang dihempas ke lantai apabila suami sendiri meletak harga pada kesucian dirinya sebagai seorang isteri. Di akhirnya dia sedar, dia umpama pelacur di mata sang suami. Apalah guna dia terus mengasuh luka? Baiklah dia pergi kerana dirinya langsung tak dihargai.
Kehilangan Athiya membuatkan Elman sedar, dia tidak bisa hidup tanpa isterinya. Kali ini dia tega melepaskan semua asalkan Athiya kembali kepadanya. Dia tak kisah pada harta. Dia dah tak kisah pada keluarga Athiya yang mata duitan. Dia dah tak peduli jika Athiya ikhlas mencintainya atau bersamanya hanya kerana kekayaan. Yang dia mahu hanyalah ada Athiya disampingnya.
Bertahun mereka berpisah. Mereka bertemu semula dengan sisi yang berbeza. Elman yang dulunya bengis, kini manis menagih perhatian Athiya. Dan Athiya yang dulunya hidup dalam impian kisah dongeng, kini menjadi terlalu berhati-hati untuk menaruh kepercayaan pada sebuah kebahagiaan. Mereka bagai bertukar identiti.
Tak mudah untuk mereka bersama. Lebih sukar untuk mereka terus bersama, lebih-lebih lagi dengan campur tangan keluarga. Sikap keluarga yang tamak haloba. Orang sekeliling yang mudah menghukum. Bolehkah mereka bertahan?

Ku Setia Menunggu...

Wednesday, May 31, 2017

Aku Akan Datang : Bab 8

BAB 8

           
“Tak nak masuk dulu ke?” Imran mempelawa Iskandar dan Hanni masuk. Sesekali Imran merengangkan tubuhnya yang kepenatan. Mereka baru saja tiba dari Pulau Pinang. Iskandar menghantar Imran dan Anis pulang dulu kerana rumah mereka tidak sehala sebelum bepatah balik dan menghantar Hanni pulang.
Walaupun penat perjalanan masih terasa namun bukan adab susila kita membiarkan tetamu balik tanpa di undang masuk. Lalu ringan saja mulut Imran mengajak Iskandar dan Hanni masuk. Mungkin tak dapat untuk dia suami isteri menghidangkan jamuan yang sedap. Air bujang takkan tak mampu juga.
“Tak apalah, Im. I dan Hanni balik dulu jelah. Lagipun you dan Anis tu pun penat. Lain kali je. Anis, kita orang balik dulu ye.” Iskandar menolak. Hanni pun mengangguk setuju dengan tolakkan Iskandar. Dia sendiri terlalu penat untuk singgah. Lagipun Kesian pula Anis kena melayan mereka nanti.
“Kalau macam tu hati-hati memandu tu. Terima kasih sebab tumpangkan kami.” Ujar Imran sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Iskandar.
“Tak ada hal lah.” Iskandar menyambut huluran tangan Imran. Dia menepuk lembut bahu Imran tanda mesra.
“Anis, aku balik dululah.” Hanni pun sama meminta diri daripada Anis. Mereka bersalaman sambil saling pamitan sesama mereka. Wajah masing-masing kepenatan. Wajah mencari bantal dan tilam saja.
“Hati-hati memandu tu. Is, you hantar Hanni balik sampai depan pintu tau. Jangan tinggalkan anak dara ni kat mana-mana.” Pesan Anis dalam gurauan. Iskandar menyahut dengan gelak tawa.
“Alah aku tak heran pun kalau dia tinggalkan aku. Macam Malaysia ni tak ada teksi. Okay lah Anis. Assalamuallaikum.” Hanni pantas meminta diri. Malas nak memanjangkan cerita. Sekali lagi gelak tawa meletus mendengar ucapan sadis dari Hanni itu. Iskandar yang masih tersenyum, turut memberi salam. Memohon diri daripada Imran dan Anis. Adakala Hanni ini memang comel.


Iskandar memakirkan keretanya berdekatan dengan sebuah restoren makanan thai di Ampang. Hanni terasa pelik. Dia tertanya-tanya kenapa pula Iskandar berhenti di sini. Setahu Hanni dia tak berumah disini. Memang seingat dia tak pernah pula dia menyewa di Ampang sehingga Iskandar boleh tersilap menghantar dia ke sini.
“Eh kau ni betul tak ni? Demam eh? Bila masa rumah aku kat sini?” Hanni bertanya pada Iskandar. Apa hal saja lah mamat ni bawa dia ke sini.
“ Ada aku kata rumah kau kat sini ke? Aku datang sini nak makan, tapi kalau kau nak berumah kat sini aku tak kisah. Tak payah aku nak hantar kau balik lepas ni. Kau tidur je kat sini.” Sinis Iskandar membalas. Geram pula dia dengan mulut Hanni yang tak ada insuran ni.
“ Cakap lah awal-awal nak makan.” Desis Hanni.
“Dah kau tak tanya. Dah jom turun. Aku lapar ni. Aku tahu kau pun mesti lapar tadi masa kat Tapah kan kau tak makan.” Iskandar perihatin pada keperluan Hanni.
Hanni hanya senyap. Dia terharu. Iskandar adakalanya memang sangat menawan hati. Sikapnya penuh ambil berat mampu membuatkan wanita rasa disayangi dan dihargai. Memang sesuai sangat Iskandar menyandang gelaran buaya tembaga.


“Kenapa kau pilih untuk menjadi jurugambar Hanni?” Tiba-tiba Iskandar bertanyakan soalan cepu emas itu pada Hanni saat mereka sedang menanti makanan yang mereka pesan.
“Kenapa? Kau rasa tak ada masa depan?” Hanni tak menjawab malah sebaliknya dia pula yang bertanyakan kembali pada Iskandar.
“Bukanlah. Aku tahu jurugambar ni ada pulangan yang lumayan. Masa depan tentu-tentu cerah. Apa-apa kerja pun kalau kita berusaha mesti cerah masa depan. Kau janganlah salah anggap. Cuma aku pelik, bidang ini kan jarang menjadi pilihan kerjaya. Macam mana kau boleh tertarik pula nak jadi jurugambar?” Iskandar menerangkan niatnya. Dia bertanya pada Hanni tentang minat gadis itu kerana sudah lama dia ingin bertanya, baru hari ini terlepas dari mulutnya.
“Sebab aku minat. Dari kaca lensa, aku boleh nampak apa yang orang lain tak perasan. Adakalanya aku rasa puas kalau dapat ambik momen kebahagiaan orang. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita ada sampailah kita nampak apa yang ada pada orang lain. Semua itu membuatkan aku lebih bersyukur dengan kehidupan aku, Senyuman, tangisan itu pekara biasa pada kita tapi di lensa kemera aku nampak itu semua momen indah dalam kehidupan. Dengan kamera kau boleh buat satu saat yang biasa jadi istimewa.” Dari cerita Hanni, Iskandar dapat melihat kobar minat yang mendalam Hanni pada bidang ini.
“Aku dapat tengok minat kau tu. Terbias dari mata kau.” Ujar Iskandar sambil anak matanya tepat menikam mata Hanni. Terkedu dan terkhayal Hanni sebentar dengan panahan mata itu.
“Memanglah aku minat. Kalau tidak, tak kan lah aku pilih bidang ini. Apalah kau ni. Ada-ada saja.” Kalut Hanni menutup rasanya gementarnya. Segan pula dia kerana terlalai dengan pandangan mata Iskandar.
“Aku tahu.” Balas Iskandar ringkas.
Seminit dua hanya sepi memenjara mereka. Masing-masing seperti hilang modal untuk berbicara. Nasib baik ada pelayan restoren datang menghidangkan makanan. Hilang sedikit rasa kekok.
“Jomlah makan.” Pelawa Iskandar pada Hanni.
Hanni tersenyum melihat hidangan di atas meja. Banyak juga Iskandar memesan makanan. Tom yam campur, Kalian, dan Sate. Makanan yang terhidang itu seperti pesanan untuk empat orang. Mereka makan sambil sambung berbicara tentang makanan kegemaran masing-masing. Iskandar dan Hanni bagai berkenalan semula.
“Sedap.” Puji Hanni. Ini pertama kali dia makan di sini.
“Sedap, tapi aku rasa tomyam kau hari tu lagi sedap.” Puji Iskandar. Jujur dia memuji, sememangnya masakan Hanni sesuai dengan selera rasanya.
“Alah kau saja puji aku kan, nak suruh aku masak untuk kaulah tu. Macam aku tak tahu. Tak payah nak puji-pujilah, lain kali kalau kau nak rasa, kau beli je barang mentah. Aku boleh tolong masakkan lah.” Tawar Hanni mesra. Bagaikan hilang sengketa lampau mereka. Mungkin ini jawapanya pada persoalan Hanni awal petang tadi. Begini agaknya keadaan mereka kalau mereka berbaik. Boleh tahan.
“Betul ni? Aku tuntut nanti eh.” Tersenyum Iskandar mendengar pelawaan itu. Macam orang lapar di sorongkan makanan.
“Yelah. Anytime.” Balas Hanni.

Mungkin ini mulanya sejarah pedamaian mereka. Iskandar mahupun Hanni masing-masing mengakui di sebalik sifat meluat yang ada pada insan yang berhadapan dengan diri mereka ini, terselit satu keistimewaan yang baru mereka terokai. Keistimewaan yang mereka terokai kerana mereka saling jujur ketika saling mengenali. Kenal wajah indah dan wajah buruk mereka.

Friday, May 26, 2017

Aku Akan Datang : Bab 7

BAB 7


 Mereka berhenti di Perhentian Tapah. Saat itu Anis dan Hanni masing-masing dah tersedar. Anis awal-awal lagi tersenyum memandang suami tersayang. Hmm tahulah Hanni, lepas ni jangan nak kacau daun. Nampaknya terpaksalah Hanni bergerak sorang diri lepas ni.
“Anis. Aku nak pergi toilet jap. Ko nak ikut tak?” Ajak Hanni pada Anis. Lena tidurnya. Hanni menarik getah rambutnya lalu menyisir rambutnya dengan tangan. Setiap kali Hanni berbuat bergitu memang secara tidak langsung dia menarik perhatian Iskandar. Teralit sekejap mata Iskandar memandangnya.
“Tak nak lah. Aku lapar ni. Aku tunggu kau kat tempat makan lah. Kau nak pesan apa-apa tak?” Anis memberi alasan. Dia sebenarnya nak menghabiskan lebih banyak masa dengan Imran sekaligus memberi ruang Hanni dan Iskandar berdua-duan.
“Tak pe lah. Nanti aku tengok apa yang ada sendiri. Alah kau pergilah dating dengan buah hati tu.” Usik Hanni. Hanni tahu lapar itu sekadar alasan kerana sebelum bergerak ke pulang tadi mereka sempat makan tengah hari. Anis dan Imran masing masing tersengih bahagia.
 Hanni dan Iskandar jalan beriringan di belakang Imran dan Anis yang bahagia berpegangan tangan. Di hati mereka masing-masing terbit rasa cemburu itu. Bila lah mereka akan berjumpa dengan pasangan hidup sebegitu? Pasangan yang sah dan di redhai Allah.
Iskandar walaupun dunianya tak pernah sepi dari pasangan yang silih berganti tapi untuk menjumpai seorang wanita yang bisa di angkat untuk menjadi seorang isteri dan peneman hidup sehingga ke akhir hayat bukan sesuatu yang mudah.
“Kau nak makan apa Hanni?” Iskandar bertanya apabila mereka sampai di hadapan gerai yang menjual bermacam-macam makanan.
“Tak makan rasanya. Aku rasa kenyang lagilah. Aku nak minum je. Kau nak makan, kau makanlah. Aku nak pergi beli minuman je.” Hanni ingin lepaskan dirinya dari tubuh Iskandar yang berdiri di belakangnya.
“Tolong belikan I mineral.” Iskandar selamba memesan. Hish sesuka hati je nak mengarah orang. Hanni buat muka tak percaya Iskandar berani mengarahnya begitu. Iskandar cukup pelik. Malas nak bersoal jawab, Hanni hanya mengangguk saja.
Hanni membeli setin milo buatnya dan sebotol mineral buat Iskandar. Di bibirnya terbias senyuman nakal. Otaknya sudah membayangkan wajah Iskandar. Di hatinya sudah ketawa jahat. Biar Iskandar rasakan. Berani mengarah dia kan.  Sekejap lagi lelaki itu akan menerima padahnya.
Dari jauh Hanni dapat melihat Iskandar duduk dengan seorang wanita. Bukan main mesra lagi. Dia ni memang buaya jadian yang bila-bila masa mendaftar menjadi buaya tembaga ni. Kat mana-mana pun boleh nak menggatal. Hanni betul-betul tak faham macam manalah si Sara tu boleh berkenan dengan si mawas ni. Dengan langkah yang berat Hanni melangkah ke Iskandar sambil membawa sebotol minerak dan setin milo.
“Ehemm... Nah air kau.” Hanni meletakkan botol air mineral 1.5L yang di belinya itu di hadapan Iskandar. Wajah Iskandar jelas tak percaya. Mahu tak terkejut beruk mamat tu dengan kemunculan Hanni macam magik. Tahu-tahu dah di hadapan mata. Di tambah dengan pesanan yang sudah berubah bentuk dan saiz.
“Hanni.” Guman Iskandar geram. Matanya mecerlung ke arah Hanni yang padanya sungguh biadap. Dia memang memesan air mineral tapi tak lah sampai yang 1.5L. Ini dua hari baru habis ni. Hanni ni memang sengaja mengenakan dia.
“Apa? Kau kan pesan air mineral. Aku belilah. Sengaja aku beli yang besar supaya kurang sikit paras gula dalam tubuh kau tu. Kurang la sikit manis mulut kau nak menjerat.” Satu das sindiran dan tembakan yang tepat daripada Hanni. Rasa macam nak meletup saja kepala Iskandar mendengarnya.
Iskandar menarik nafas panjang. Dia perlu bersabar ni kerana pertolongan Hanni pada masa ini amat di perlukan. Tak apa, yang kali ini hutang dulu. Esok-esok masih ada masa yang panjang untuk dia membalas.
“You kenapa ni Hanni? Duduklah dulu. I nak perkenalkan you dengan senior I zaman Uni dulu.”  Pelawa Iskandar lembut. Dengan senyuman di bibir, Iskandar menarik sehingga Hanni terduduk di sebelahnya. Sungguh drama tau. Sejak bila pula si Iskandar ni boleh manis lidah dengan Hanni... Sampai ber I, you ni. Pelik ini. Adakah dunia nak terbalik ke apa? Mungkin kucing sudah bertanduk agaknya.
“Hanni mari I kenalkan you dengan senior I dulu, Kak Lia. Kak Lia, ini tunang saya Hanni. Hanni, ini kak Lia.” Selamba Iskandar memperkenalkan Hanni pada wanita dihadapannya. Sungguh Hanni terkejut. Ingin membantah tapi Iskandar menarik dan menggengam tangannya erat. Hish lelaki ni memang nak kena.
“Tunang? Bila you tunang Is? Tak cakap dengan Lia pun.” Geli pula hidung Hanni mendengar suara manja itu. Hanni pasti ini mesti kes skandal menyendal ni. Patutlah baik semacam si Iskandar ni. Memang sah bukan dunia nak terbalik atau kucing sudah bertanduk tapi ini kes terjerat di jerat sendiri ni.
“Hujung tahun lepas.” Jawab Iskandar tanpa bersalah. Memang dasar lelaki kuat menipu betullah mamat ni. Mamat penipu macam ni sah-sah tak boleh nak di buat laki. Nanti banyak saja helah muslihatnya.
“Oh ye ke. You kerja apa Hanni?” Akhirnya penumpuan manja wanita yang konon-kononnya bernama Kak Lia itu berubah mendatar bertanyakan Hanni. Nampak sangat tak berminat. Hipokrit sungguh. Konkrit je lebih.
“I jurugambar. I ada studio kat Ampang.” Hanni menjawab dengan nada yang juga mendatar. Malas nak melayan.
“Oh ye. Hmmm Is, Lia pergi dulu ye. Macam rasa orang tak suka je Lia kat sini. Bye.” Wanita itu akhirnya meminta diri. Dengan lagak seksi dan manja dia meninggalkan meja tempat Iskandar dan Hanni. Hish tolonglah macamlah Hanni tak tahu lagak manja tu nak menarik perhatian Iskandar.
“Siapa tu skandal kau ke?” Hanni bertanya sinis. Tangannya ligat membuka penutup tin milonya.
“Ala kisah lama. Masa kat Uni dulu. Saja suka-suka. Lagipun masa tu aku budak baru, dan dia pulak budak tahun akhir. Bukan serius pun tapi tak sangka pula dia ingat sampai sekarang.” Keluh Iskandar. Nampaknya dosa semalam kembali mengejar pelaku.
“Kau ni memang mawaslah. Senior pun kau kebas. Dahsyat sungguh.” Hanni mengutuk terang-terangan.
“Amboi sesuka badak kau kata aku ni mawas. Agak-agaklah sikit.” Ujar Iskandar sambil tangannya selamba mencapai tin milo Hanni di atas meja. Milo yang tinggal sedikit itu di teguk habis. Mencerlung mata Hanni melihat gelagat romeo Iskandar tu.
“Hoi. Air aku tu.” Ujar Hanni sambil menampar keras bahu Iskandar. Terdorong ke hadapan Iskandar di buatnya. Memang kasar betullah minah sorang ni.
“Hish kau ni macam anak singa tau tak. Kasar je. Siapa suruh kau beli air botol besar ni. Nak bagi aku buncit dengan air ape.” Sergah Iskandar pula. Wajahnya merah menahan sakit.
Memang betullah mereka berdua ni tak boleh nak bersua muka, bersua hidung, bersua mata dan bersua mulut. Macam anjing dan kucing. Anjing dan kucing pun tak macam mereka berdua. Dahsyat sungguh.
Adakalanya Hanni terfikir agaknya apakah yang akan terjadi kalau mereka berdua ni berbaik? Mesti boleh terbalik dunia di buatnya. Namun kalau di fikir-fikir mesti agak menarik kisah mereka ini kalau berbaik nanti. Akankah perkara itu berlaku satu hari nanti?


Monday, May 22, 2017

Klinik Hati : Bab 10

BAB 10


Saat membuka mata, Afia malu sendiri mengenangkan tubuhnya kini didalam pelukkan Emir. Kulit mereka saling bersentuhan dibawah gebar yang menyelubungi tubuh mereka. Sepanjang malam kepala Afia rupanya lena beralaskan bahu Emir. Sedikit demi sedikit dan selembut yang mungkin Afia mengangkat kepalanya. Sempat matanya mencuri pandang jam didinding. Baru lima setengah pagi. Masih lama lagi hendak ke subuh. Sambil bertongkatkan tangan kanannya Afia mengiring ke kanan memandang wajah Emir yang masih lena.
Ya Allah, tenangnya wajah itu. Kulit putih bersih milik lelaki itu kelihatan berseri-seri. Segenap wajah Emir di renung Afia. Daripada mata yang tertutup rapat dan bulu mata Emir yang panjang dan lentik itu. Jatuh ke hidung Emir yang sedikit mancung dan berakhir pada bibir Emir yang sentiasa merah. Afia paling suka waktu Emir tersenyum, kerana waktu itu terselah kekacakkan Emir dimatanya.
Afia terfikir sendiri kenapa sejak mula dia berjumpa Emir dia merasakan Emir iras seseorang dia kenali setiap kali Emir tersenyum. Siapa yang mempunyai senyuman semaskulin Emir? Lama Afia cuba mencari jawapan, akhirnya dia teringat senyuman Fahrin Ahmad. Ya senyuman Emir persis senyuman Fahrin Ahmad. Saat lelaki itu tersenyum pasti mata lelaki itu turut sama mengukir senyuman. Sangat menyejukan hati.
Gatal pula jari-jemari Afia menyentuh bibir Emir. Mula-mula hujung jari kemudian semakin berani dia memainkan jari telunjuknya di bibir Emir.  Tercalit senyuman dibibir Afia apabila melihat Emir mencebik-cebik bibir setiap kali jarinya menyentuh bibir yang lembut itu. Asyik dia mengusik nakal Emir begini tanpa sedar orang yang di usik telah lama sedar. Saat sekali lagi dia berani melarikan jarinya direkahan bibir itu, tiba-tiba jarinya di sedut masuk dan di gigit lembut.
Terkejut Afia apabila pekara itu berlaku, lalu spontan jari itu ditarik balik. Melihat sepasang mata milik Emir terbuka, Afia jadi malu lalu tubuhnya menongkat mengiring memandang Emir di hempaskan ke tilam. Terlupa dia, tangan Emir yang masih merentasi diatas tilam dibelakangnya. Selamba dia menghempas badannya dan sekali gus menghempap tangan Emir sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Maaf.. maaf” Afia segera bangkit dari perbaringanya dan mengusap tangan Emir yang terbeban oleh beratnya tadi. Tak pasal-pasal dia dah mendera suaminya sendiri.
“It’s okay. I tak apa-apalah. Come.” Sejurus kata-kata itu, Afia merasakan tubuhnya di tarik. Kali ini betul-betul jatuh kedalam dakapan Emir.
Seronok pula rasanya Afia dimanja begitu. Dengan senyuman nipis dia menyelesakan diri didalam dakapan Emir. Kepalanya di sandar manja di atas bahu Emir sedang tangannya sudah pandai menjalar di atas dada Emir yang terdedah. Seketika kemudian Emir sudah menangkap tangannya dan membiarkan jari-jemari mereka bersulam erat sebelum Emir mengucup tangan miliknya lembut.
“Terima kasih sebab you berikan kepercayaan kepada I untuk miliki you sepernuhnya. Terima kasih kerana menjaga diri you hanya untuk I selama ini. Terima kasih kerana sudi berikan I hadiah yang terindah.” Lancar bibir Emir mengucap kata-kata terima kasih.
Wajah Afia membahang menerima perhargaan itu. Segan rasanya apabila hal keintiman mereka semalam di ungkit kembali oleh Emir. Malu rasanya apabila Emir berterima kasih begitu. Manis sungguh bibir Emir membuai rasanya.
“Awak ni memang selalu bermulut manis macam ni ke?” Tak tahu datang daripada mana keberanian itu sehingga Afia mampu bertanya begitu lancar tentang kecurigaannya. Menyedari dirinya terlepas kata, Afia mengigit bibir sendiri. Yang hairannya Emir tergelak besar pula mendengar soalan cepu emasnya tadi.
“You rasa?” Terdengar Emir bertanya saat gelak tawanya hanya tinggal sisa-sisa saja lagi.
“Entah. Saya tak tahu, saya tak kenal awak sangat kan.” Afia meluahkan perasaan penuh sayu. Hakikatnya begitu. Terlalu sedikit prihal Emir yang dia ketahui untuk membaca personaliti lelaki itu bagaimana.
“Tak apa. Kita ada seumur hidup untuk saling belajar tentang diri masing-masing.” Pujuk Emir.
“Tapi kalau you nak pre-tasting sama ada I bermulut manis atau tidak, kita boleh cuba sekarang?” Sedikit mengusik nada Emir itu. Afia yang tak faham mendongak memandang Emir dengan wajah yang berkerut tak faham.
“Ha. Tak fahamlah.” Naif sekali kenyataan Afia dengan matanya terkebil-kebil memandang Emir.
“Tak faham? Nak I tunjukkan ke?” Nakal sungguh suara dan wajah Emir di mata Afia kala ini. Tawaran lelaki itu untuk menunjukkan padanya membuat hatinya sedikit cuak.
“Nak tak?” Sekali lagi Emir memberi tawaran tersebut pada Afia.
“Tak nak lah. Saya nak bangun ni. Nak mandi nanti terlewat pula nak solat subuh.” Ujar Afia mengelak.
Dia ingin bangkit dari pembaringan dengan sebelah tangannya sudah melekapkan gebar ke dadanya melindungi tubuhnya yang terdedah. Bersusah-payah Afia mengerah tenaga barulah dia dapat duduk dengan stabil tapi hanya untuk seketika saja sebelum Emir menarik tubuhnya ke atas tubuh lelaki itu. Kemudian selamba lelaki itu memagut bibirnya erat dengan tangan Emir sudah melingkari pinggangnya.
“ Mulut manis I hanya untuk you sorang je. Manis tak mulut I?” Pertanyaan dan kenakalan Emir itu memang langsung tak diduga oleh Afia.
Balasannya selamba Afia menumbuk manja dada Emir sebelum gadis itu melepaskan diri untuk kembali ke posisi duduk. Dengan jelingan manja Afia turun dari katil peraduan yang terhias indah itu sambil tubuhnya hanya dibalut dengan gebar. Nampak kecil dan tenggelam dia apabila dibalut dengan gebar tebal itu.
“Ambilkan I tuala.” Baru selangkah dua, arahan Emir menyapa telinga Afia.
Arahan pertama seorang suami buatnya dan dengan rela hati Afia menurut walaupun begitu susah dia membawa diri dengan keadaan begini. Berjalan pun sukar dengan ruang pergerakkan begitu minima. Semput dia berulang alik dari tempat penyidai ke katil untuk menghulurkan tuala pada Emir. Kini nak memulakan langkah baru ke bilik air pula. Mahu pengsan dia sebelum sempat sampai.
Selangkah, dua langkah, tiga langkah kemudian Afia merasakan tubuhnya sedikit melayang rupanya Emir mengangkat dirinya didalam kendongan. Segera Afia memaut leher suaminya kerana takut terjatuh. Kuat juga suaminya ini kerana mampu mencempung dia yang agak bulat ini. Hari yang indah untuk dia mulakan sebagai seorang isteri kepada lelaki bernama Emir       .


Afia memasukkan cecair pencuci dan pelembut secukupnya ke dalam mesin basuh di bilik pencuci rumah ibunya itu sebelum menekan punat automatik di panel mesin tersebut. Masih membahang lagi wajahnya apabila di tegur oleh ibunya kala dia membawa cadarnya turun dari bilik tadi. Dari senyuman nipis ibunya, Afia tahu ibunya sudah dapat mengagak kenapa dia membasuh cadar hari ini. Ini semua gara-gara calitan tanda kesuciannya telah mencemar warna cadar tersebut.
Mulanya pagi tadi Afia langsung tak perasan. Usai dia solat subuh dan ketika hendak menukarkan set conforter yang baru kerana gebar set yang dipakainya sekarang basah akibat kenakalan Emir yang meletakkan dia dibawah pancuran air pagi tadi. Waktu tangannya sibuk hendak menukar itulah dia perasan ada kesan darah pada cadar yang sebelumnya. Pantas tangannya menarik cadar tersebut untuk ditukarkan. Takut kalau Emir terperasan celaan warna scarlet itu.
“Hah buat apa tu?” Sergahan itu membuatkan Afia terkejut sendiri. Saat itu dia berpaling ke belakang lalu wajah Emir menyapa pandangannya.
“Emir.” Gumam Afia geram kerana dikejutkan.
“Buat apa?” Sekali lagi soalan itu dilontarkan oleh Emir sambil kaki lelaki itu sudah melangkah ke arah Afia.
“Memasak.” Saja Afia mengenakan Emir. Lelaki itu macam tak ada soalan lain hendak bertanya. Dah tahu dia dihadapan mesin basuh. Masih lagi nak tanya buat apa.
“Loyar buruk ye.” Kali ini giliran Emir menggumam geram sambil tangannya sudah naik mencubit pipi Afia manja. Lama. Sengaja hendak mendengar rayuan Afia nanti minta di lepaskan.
“Tak.. Tak... Fia tengah mencuci cadar. Lepaslah.” Afia merayu pula. Wajahnya sengaja dimanjakan dan dilembutkan agar Emir melepaskan pipinya. Tak sakit mana pun. Saja nak bergurau manja dengan sang suami sebenarnya.
 “Tahu takut. Cuci cadar kenapa? Kotor ke?” Ada gelak nakal di akhir pertanyaan Emir itu membuatkan Afia memandang suaminya dengan pandangan curiga. Tangannya masih menggosok pipinya yang terasa sedikit kebas.
  “Dah tahu tanya pula. Ini semua awak punya pasal.” Afia merungut manja. Sempat tangannya mencubit lembut lengan Emir. Dia faham Emir mengusiknya. Emir kan memang kaki usik.
“I tahu eh.. Ohh I tahu rupanya.” Emir semakin galak mengusik Afia. Membuatkan si isteri terjerit kecil.
Baru saja Afia mahu memberi hadiah cubitan pada Emir, lelaki itu terlebih dahulu menarik tangannya dan menarik dia ke dada lelaki itu. Kemas tangan Emir melingkari pinggangnya. Afia cuba meloloskan diri. Segan dia. Emir pun satu di tempat yang sempit ini sempat lagi hendak bermanja-manja.
“Awak lepaskanlah. Nanti sesiapa masuk ke sini kan malu.” Pinta Afia dengan nada merayu. Mohon dilepaskan.
“Ala. Semua faham kita pengantin baru. Kenapa you turun tak ajak I tadi?” Pertanyaan Emir menyapa telinga Afia.
“Awak nampak sibuk sangat melayan telefon awak jadi saya turunlah dulu.” Balas Afia jujur. Benar waktu dia ingin turun tadi, Emir sedang sibuk berbual di telefon jadi tak mahulah Afia mengganggu.
“Awak lepaslah. Saya nak tolong ibu sediakan sarapan. Kesian ibu kena masak untuk ramai orang hari ini. Awak pergilah berbual dengan abah ye.” Rayu Afia lagi sambil cuba meloloskan diri.
“Baiklah kali ini I lepaskan you. Tapi lain kali kalau you membelakangi I lagi. Tahulah I nak denda you macam mana.” Ugutan manja Emir itu sempat di akhiri dengan kucupan dipipi Afia sebelum tangan lelaki itu melonggar melepaskan Afia.
“Hish. Sempat lagi nak menggatal.” Afia konon-kononnya merunggut sedangkan hatinya sudah berbunga suka.
Bersama senyuman nipis yang terukir dibibir, Afia melangkah meninggalkan ruangan pelukan Emir. Dia ingin melangkah keluar dari ruangan kecil ini. Afia takut semakin lama dia disini berdua-duaan dengan suaminya itu, nanti lain pula jadinya. Selangkah hendak menuju ke pintu yang memisahkan bilik membasuh dengan ruangan dapur itu, langkah Afia terhenti apabila dia baru sedar kehadiran Khyla yang tegak berdiri di hadapan pintu.
Kehadiran Khyla membuatkan Afia merasakan hatinya sakit. Terasa perit sekali. Mungkin kerana setiap kali melihat wajah itu Afia akan teringatkan pengkhianatan lalu. Mungkin juga kerana disebabkan setiap kali wajah itu muncul dihadapannya, dia teringatkan kepahitan disebalik indahnya penikahan dia dan Emir. Tapi kenapa hatinya masih terasa pedih walaupun belum sehari bergelar isteri pada Emir, kebahagiaan itu terasa miliknya.
“Kak Long. Ila nak cakap sekejap dengan kak long boleh?” Itulah ayat pertama Khyla yang Afia dengari sejak dia tahu pengkhianatan gadis itu.
Setelah hal lamaran Emir terhadapnya tersebar ke seluruh kaum keluarga, Khyla sepertinya ingin menjauhkan diri daripadanya. Dalam erti kata lain Khyla mengelak daripada bertembung dengannya. Kesibukkan Afia dan kaum keluarga lain dalam persiapan majlisnya, membuatkan dengan mudah Khyla mengelak daripada bertembung dengannya.
“Baik. Jom.” Afia bersetuju pada ajakkan Afia setelah lama dia menimbang baik buruknya. Sudah masanya mereka berhadapan. Kalau Khyla sudah rela menawar diri padanya, untuk apa dia menolak. Lambat-laun nanti mereka tetap perlu berbincang hal ini.
“Awak?” Suara Emir kedengaran menghalang Afia dari melangkah pergi bersama dengan Khyla.
Kalau Emir tidak bersuara tadi agaknya Afia sendiri lupa yang lelaki itu ada bersama mereka sekarang ini. Afia berpaling dan kembali mendekati Emir yang masih tegak berdiri seperti tadi. Tiada lagi senyuman seperti sebelumnya. Kini garis kerisauan jelas di wajah itu.
“Janganlah risau. Saya pergi sekejap je. Awak berbual dengan abah dulu kat ruang tamu ye.” Pujuk Afia. Tangannya naik mengusap pipi suami tersayang memujuk hati yang kerisauan itu.
“Sekejap saja dan janji you akan jaga diri you baik-baik..” Tersenyum Afia mendengar pesanan Emir. Seolah-olah dia hendak pergi jauh pula.
“Baik bos.” Usik Afia dengan gelak kecil terbit dari bibirnya. Namun gelak kecil itu terhenti dan berganti dengan senyuman apabila terdengar keluhan dari bibir Emir.
“Saya pergi dulu ye. Janganlah risau. Awak pun keluarlah berbual dengan abah.” Pinta Afia. Sekali lagi Afia meminta Emir jangan risau namun wajah kacak itu tetap risau.
I will try. Come.” Akhirnya Emir mengalah jua dengan Afia. Beriringan mereka menuju ke arah Khyla yang masih tegak di sisi pintu.

Afia membiarkan Emir keluar dulu namun anak matanya sempat menangkap jelingan tidak senang Emir pada Khyla sebelum lelaki itu mula bergerak hanya meninggalkan dirinya dan Khyla. Kini hanya dia dan Khyla saja. Ada urusan yang perlu mereka selesaikan.