Tuesday, March 31, 2009

Jodoh Atau Cinta 24

“Sebenarnya I datang sini sebab nak bincang dengan Arrisya. Hujung bulan ni memang keluarga I nak masuk merisik dan tetapkan tarikh pertunangan. Cuma I nak berbincang supaya dalam hujung minggu ni keluarga I nak hantar rombongan so hujung bulan ni nak bertunang trus je nikah tapi itulah nak tanya tuan punya badan dulu.” Tanpa segan Hakim mengenggam erat tangan Arrisya. Dua tahun mengenali gadis itu dia sudah cukup percaya gadis itu boleh menjadi ratu hatinya.

“Amboi cepatnya Hakim. Dah tak sabar lagi ke?” Usik Iman nakal. Danish menjeling Iman manja.

“Kalau pada I tak ada masalah. Lagipun benda yang baik ni tak elok di lengahkan. Tapi kenalah tanya dengan tuan badan. Kalau persiapan tu tak ada masalah rasanya.” Danish mengembalikan suasana serius. Bukan apa pekara macam ini tak elok i bawa gurauan.

“Itulah kalau ikut hati I ni. Malam ni juga I ajak kakak you ni kahwin.” Seloroh Hakim. Danish dan Iman ketawa. Hanya Arrisya tersenyum malu.

“Macam mana kak Arrisya?” Tanya Iman.

“Akak ikut je tapi sempat ke nak siap semua?” Tanya Arrisya. Lagipun dia sedar tak elok dia dan Hakim ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Lebih-lebih lagi dengan gelaran balu yang di sandangnya.

“Hmm setujulah tu. Akak janganlah risau. Danish dengan Iman boleh tolong dengan persiapan tu.” Janji Danish. Iman menjeling Danish di sebelahnya pastilah si Danish tu berat je kaki nak tolong nanti. Alih-alih dia juga nanti.

Malam itu persetujuan pun di buat yang majlis itu akan di langsungkan. Danish ingin bermalam di rumah Iman tapi Iman menegahnya. Iman malu pada Arrisya sebenarnya. Baru tadi ketika berbual di dapur untuk menyiapkan makan malam mereka berlima, Iman menidakkan yang dia dan Danish sedang bercinta. Iman hanya menyatakan mereka hanya berbaik. Baik sebagai seorang kawan. Apa yang Danish lakukan pada Hakim tadi bukan sebab cemburu tapi sebab ego seorang lelaki. Danish buat muka namun Iman buat tak tahu. Esoknya lenguh juga Iman memujuk Danish sampai hampir dia pula nak merajuk. Manja sangat Danish tu...huh..


Iman meninjau manusia-manusia yang ada di depan balai ketibaan luar negeri di KLIA itu. Dia dah lambat hampir 15 minit. Iman melilau ke kiri dan ke kanan. Akhirnya dia temui di carinya. Mama Suenya di sana. Tengah bercakap dengan seseorang yang duduk membelakanginya.

“Assalamualaikum. Mama Sue.” Iman memberi salam. Suhana yang leka berbual dengan temannya agak terkejut. Melihat Iman pantas sahaja dia tersenyum berdiri menghapiri Iman dan terus memeluk gadis itu.

“Waalaikumsalam, adik apa khabar?” Suhana bertanya pada gadis yang sudah di anggap anak sendiri itu.

“Sihat alhamdullilah. Sorry ye mama, Iman lambat sikit. Tadi train datang lambat. Abang cakap dia lewat sikit. Agaknya sekejap lagi sampai kot.”Iman menyalam tangan wanita yang sebaya dengan arwah ibunya itu. Di cium pipi kiri dan kanan mama Sue nya.

“Mama cakap dengan siapa tadi?” Iman menoleh pada lelaki yang bercakap dengan Mama Suenya. Wajahnya jelas terkejut dan kemudiannya mempamerkan perasaan kurang senang.

“Adik. Tak nak salam papa adik ke?” Suhana yang sedar perubahan anak gadis itu menegur Iman. Iman memandang mama Suenya minta di fahami.

“Adik, mama tak pernah ajar anak mama macam ni. Baik abang baik adik kan? Janganlah malukan mama sayang.” Suhana mendesak lagi. Iman menarik nafas panjang lalu meghulurkan salam pada lelaki yang separuh abad di hadapannya.

“Tengku apa khabar?” Iman tetap mencium tangan Tengku Farid, papanya. Tak lama. Namun untuk memanggil lelaki itu papa dia belum kuat lagi. Iman sendiri tak menyangka akan bertemu lelaki itu di sini.

“Baik.” Sepatah sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Farid. Dia ralit memandang wajah anak bongsunya itu. Iman mewarisi mata dan hidungnya. Yang lain lebih kepada arwah bekas isterinya. Rindunya dia pada arwah Khadijah.

Demi bertemu anak-anaknya itulah dia sanggup menemani Suhana yang kebetulan sama penerbangan dengannya. Apabila Suhana menyatakan Iman dan Farhan yang menjemputnya, pantas Tengku Farid menawarkan diri menemani Suhana memandangkan kedua anaknya tak sampai lagi.

“Mama Sue dengan papa tadi satu flight. Lepas ini apa kata kita makan bersama.” Suhana mencadangkan mereka makan bersama. Dia tahu kenapa Tengku Farid sanggup menunggunya sebab Iman dan Farhan.

Suhana tak perah menyalahkan Farid berpisah dengan Khadijah kerana dia tahu kisah sebenar yang terjadi. Sebab itu dia tak pernah mempersoalkan kesetiaan Khadijah pada Tengku Farid walaupun mereka dah berpisah.

Iman tak tahu nak menjawab apa. Namun dia di selamatkan dengan panggilan telefon dari abangnya yang bertanyakan mereka di mana. Iman memberi arahan pada abangnya tentang lokasi mereka. Tak sampai sepuluh minit abangnya sudah terpacak di tempat mereka berada.

Iman perasan wajah Farhan jelas berubah memandang wajah papa mereka turut ada di situ. Berbanding dirinya yang sudah hampir lima tahun tak berjumpa papanya, Iman tak tahu bila kali terakhir Farhan berjumpa dengan lelaki itu. Mungkin sudah berbelas tahun kot.

Seperti Iman, Farhan turut di paksa menyalami Tengku Farid oleh Mama Sue. Demi menjaga hati mama Sue, mereka menerima cadangan Mama Sue yang ingin mereka berempat makan bersama. Farhan dan Iman pantas berpakat duduk di tempat duduk hadapan meninggalkan Mama Sue dengan Tengku Farid duduk di bahagian penumpang.

Mereka singgah di Restoren Masakan Melayu memandangkan Mama Sue teringin nak makan masakan melayu. Walaupun terasa kekok, Iman mahupun Farhan tetap menunjukkan muka manis sehingga kes kemalangan Iman terlepas dari mulut Farhan.

“What?” Suara Tengku Farid dan Suhana sama-sama terkejut.

“Kenapa adik tak bagitahu mama? Farhan?” Ternyata Suhana tak suka kedua anak agkatnya itu menyimpan rahsia.

“Tak ada apa bendalah mama. Kami tak nak mama risau. Lagipun tak teruk.”Iman cuba membela abangnya.

“Tak teruk pun kenapa tak bagitahu? Macam mana boleh kemalangan tu?” Tengku Farid menjadi serius. Dia tak tahu hal ini. Kenapa hal ini tak dimaklumkan kepadanya oleh P.A dia.

Memang selama ini dia menghilang dari hidup anak-anaknya. Namun dia tak pernah lupakan mereka. Segala apa terjadi pada mereka dia tahu melalui P.Anya yang khas untuk memantau anak-anaknya dari jauh. Dia tahu Farhan kini ada firma guaman sendiri dan dia tahu Iman sedang bekerja dengan syarikat mertuanya. Malah soal kontrak kahwin Iman dan Danish pun berjaya di cungkilnya.

“Adik?” Suhana menggesa memandangkan Iman tak menjawab soalan Tengku Farid itu.

“Hmm... Hari itu sehari selepas Iman balik dari London. Masa tu Iman tengah drive balik dari beli barang. Iman perasan ada kereta yang ikut Iman. Tak tahu macam mana tahu-tahu Iman dah terlaggar pembahagi jalan. Cuma dua tiga hari lalu Iman ada teringat yang kereta ikut Iman tu yang menghimpit Iman samapi telanggar pembahagi jalan.” Iman menjawab malas.

“Bahaya tu. Iman dah lapor kat polis?” Tanya Tengku Farid lagi. Dia risau akan anak perempuannya itu.

Dia takut apa yang pernah terjadi pada Khadijah akan terjadi pada anak-anaknya. Musuhnya ramai dan orang yang berdendam akan hubungan dia dan Khadijah dulu pun ramai. Dia berpisah dengan Khadijah, arwah ibu Iman dulu pun kerana Khadijah di culik dan di ugut bunuh. Dia terpaksa melafazkan talak tiga pada Khadijah yang di acukan pitol di kepala wanita kesayangannya itu.

Demi untuk para musuhnya yang tidak mahu kehadiran Khadijah dan anak-anaknya dalam hidupnya, Tengku Farid terpaksa melepaskan orang-orang kesayangannya jauh. Demi melindungi mereka yang dia sayang, dia sanggup menyerahkan kedua anaknya untuk di jaga oleh orang lain. Atas sebab itu selama ini dia cuba menyembunyikan anak-anaknya dengan tak menghubungi mereka.

p/s Iman buat N3 ini dalam keadaan tersangat tension dan penat.. Nak releas lah Iman buat n3 ini. makanya pasti ada yag tersalah dan tersilap ejaan atau bahasa.. Iman minta maaf.. Dan tolonglah komen ye... Iman harapkan komen semua...

Thursday, March 26, 2009

CINTA? PENTING KE? 5

Adam memerhati Dannia keluar dari CRVnya. Hari ini hari pertama dia mengambil Dannia dan menghantar gadis itu pergi kerja seperti yang di rancang di dalam rancangannya. Sempat juga mereka bersarapan bersama tadi.

Pagi tadi sedikit terkejut Adam melihat Dannia apabila gadis itu muncul di hadapan matanya. Bukan apa... Gadis itu nampak menawan dengan kemeja biru berjalur dan di padankan blazer hitam paras pinggang serta seluar slack hitam menampakan keanggunan Dannia yang lebih berkarisma. Tudung berwarna biru lembut itu menambahkan lagi keayuan pada wajah mulus itu. Manis pula dengan solekan tipis di wajah gebu Dannia tapi cukup memikat itu.Adam sedikit terpesona dibuatnya.

“Thanks Adam.” Dannia mengucapkan terima kasih pada Adam. Dia mengatur letak cermin matanya tanpa binkai itu di wajahnya.

“Welcome. I jemput you lunch nanti okay.” Adam ingin mengatur temu janji dengan Dannia lagi. Kalau boleh sekerap mungkin biar gossip tentang mereka tersebar.

“I tak janjilah Adam. Takut sibuk.” Dannia takut kerjanya membuat dia terpaksa mungkir janji nanti.

“Sibuk pun kena makan juga. Macam mana sibuk pun you kena jaga diri. I jemput you and no excuse okay. Kalau you tak boleh turun kita lunch kat bilik you je. Nanti I bungkuskan.” Adam ikhlas menawarkan bantuan. Dia mahu Dannia menjaga kesihatan.

“Okay Adam, nanti I turun. Tapi you kena call I dulu okay. Takut I lupa pula’ Dannia pantas memberi persetujuan. Hish malulah dia nak lunch dengan Adam kat office nanti tak pasal-pasal timbul isu baru. Penerimaan mereka terhadap imejnya inipun dia tak tahu bagaimana sudahnya inikan nak tempah lagi satu masalah.

“Hmm. Nanti I call you. By 12.45, I tunggu you kat bawah. Bye. I pergi dulu. Assalamualaikum.” Adam menurunkan handbrek nya.

“Waalaikumsalam. Drive carefully.” Dannia meminggir lalu menonton Adam berlalu pergi.

Dannia melangkah masuk ke dalam bangunan pejabatnya. Setiap orang yang di laluinya melihat dia seperti makhluk asing. Seperti biasa dia terserempak dengan Pak Ali, pengawal keselamatan yang akan meronda setiap pagi itu dan dia tak segan silu menegur lelaki yang sudah separuh abad itu.

“Assalamualaikum Pak Ali? Apa khabar hari ini?” Dannia memang ramah dengan semua orang. Dia tak memilih siapa kawannya. Sama ada tua muda atau apa pangkatnya sekalipun. Dia tak segan kalau duduk melepak di pondok keselamatan dan dia tidak malu makan di tangga-tangga dengan makcik cleaner malah dia lebih selesa berkawan dengan mereka yang banyak pengalamannya.

“Waalaikumsalam. Dannia, cantiknya Dannia hari ini.”Pak Ali tergamam juga melihat tranfromasi imej gadis itu.

“Terima kasih Pak Ali. Dannia naik dulu Pak Ali.” Malu pula Dannia mendengar dirinya di puji sebegitu. Pak Ali oran kedua memujinya hari ini selepas Adam. Segera dannia hilang di telan kotak lift itu.

Dannia lebih bersemangat untuk melangkah setelah dua pujian di terimanya. Namun cuaknya tetap ada. Pagi tadi dia teragak-agak juga untuk memulakan hidup ‘baru’nya ini. Sebaik melangkah masuk ke pejabatnya di tingkat 10 itu, semua mata memandangnya.

Yang paling lucu adalah, Fazley salah seorang executive di bawahnya tersembur air teh apabila dia mengucap salam pada lelaki itu. Yelah bukan dia pekak selama ini dia di panggil Gadis melayu terakhir. Tapi hari ini rasanya panggilan itu lenyap sendiri.


“Morning Grace. Anything for me?” Dannia bertanya lembut pada setiausahaku. Jawatanku sebagai legal consultant kanan membolehkan ku mendapat khidmat seorang setiausaha.

“Grace?” Dannia memanggil lembut nama Grace melihat gadis itu tergamam memandangnya.

“Eh... Ahh.. Cik Dannia ada meeting dengan Encik Zarul dan Dato pukul 9.15 nanti.

Lepas tu Cik Dannia dah tak ada appoinment. Cuma Cik Dannia, esok adalah due date untuk final draf for SRI. Holding. Cantik Cik Dannia hari ni.” Puji Grace. Hampir setahun bekerja di bawah gadis itu. Hari ini dia bagai melihat orang lain di dalam diri ketuanya.

“Thanks Grace. Tolong aturkan meeting saya dengan Fazley dan Mira pukul 3 petang nanti ye. For the final draft untuk SRI Holding tu.” Dannia melihat jam di tangannya sudah pukul 8.45 pagi. Sekejap lagi dia kena menghadap Zarul dan majikannya Dato Fuad. Dannia masuk ke pejabatnya. Beberapa fail di teliti sebagai persediaan untuk masuk ke ruang perbincangan itu. Mungkin ada tender baru yang akan masuk.

Hari ini dia tak sibuk dengan temu janji cuma satulah... Terpaksalah dia memerah otak menyiapkan final draf tu petang nanti. Walaupun sudah 90% siap tapi masih ada banyak lagi yang boleh di perbaiki.


“ Maaf Dato. Saya terlambat. Tadi ada call dari SRI holding berkenaan Draf esok. There are slightly changes in the draf.” Dannia memohon maaf atas kelewatannya yang hampir lima minit itu. Di dalam pejabat ini memang mementingkan ketepatan masa.

“Never mind. WOW... you looks wonderful today Dannia.” Dato Fuad memuji salah seorang pekerja kesayangannya. Kalau dia menyatakan Zarul senjata utama syarikat, Dannia pula lombong emas kepada syarikatnya. Mereka berdua muda dan bijak.

Zarul yang mendengar pujian Dato itu turut berpaling. Matanya terpaku meluhat Dannia. Lama sudah dia mengenali Dannia dan hari ini dia melihat Dannia sebagai orang lain. She is beautiful. Tak beralih matanya dari Dannia sehingga Dannia duduk di sisinya berhadapan dengan Dato Fuad.

“Amazing transform. Ada apa apa ke ni?” Seloroh Dato Fuad. Dannia hanya tersenyum.

“Tak adalah Dato. Well people do change Dato.” Dannia menjawab sopan. Rasanya jawapan itu boleh di kira cukup kuat.

“Okay, kita tutup buku soal itu. Mari kita mulakan dengan isu hari ni. Zarul, janganlah pandang anak dara orang macam tu. Kalau dah terpikat tu baik cepat masuk jarum. Nanti kena kebas pula.” Tegur Dato Fuad dalam gurauan. Sedar sejak dari Dannia masuk tadi, mata Zarul langsung tak beralih.

Zarul tersenyum malu di tegur begitu. Zarul benar-benar ralit memandang perubahan pada Dannia. Dia pernah berkawan dengan Dannia, pernah bercinta dengan gadis itu. Dia tahu kecantikan hati Dannia cuma baru hari ini dia nampak kecantikan luaran Dannia yang selama ini tersembunyi di balik imej kekampungannya. Dannia hanya tersenyum hambar.

Hampir sejam mereka berbincang tentang aturan projek terbaru syarikat dan berbincang untuk pengambilan baru legal consultan yang akan di letak bawah seliaan Dannia dan Zarul.

Jarak masa yang hampir sejam itulah Dannia sentiasa perasan yang sesekali Zarul mencuri pandang ke arahnya. Sesekali Zarul hilang dari perbincangan kerana merenungnya. Dannia tidak selesa. Sangat tidak selesa. Sebaik sahaja habis perbincangan cepat-cepat sahaja Dannia meminta diri dengan alasan menyiapkan draf untuk esok.

“Dannia... Dannia...” Terdengar suara Zarul memanggilnya yang sudah di hadapan. Mahu tidak mahu Dannia berhenti dan menunggu Zarul menghampirinya.

“Ada apa Zarul? I nak cepat ni.” Hari ini secara rasminya Dannia bercakap secara peribadi dengan Zarul setelah mereka berpisah. Kalau selalu mereka hanya bercakap bila perlu sahaja. Itupun soal kerja.

“Hmm.. Zarul nak ajak Dannia lunch hari ni.” Zarul masih menggunakan ganti diri dengan nama seperti waktu bercinta dulu walaupun Dannia sudah menukarkan panggilan nama itu dengan ‘I’ dan ‘You’.

“Sorrylah Zarul. I sibuk. You keluarlah dengan Intan. Kecik pula hati dia nanti. I pergi dulu.” Di dalam hati Dannia bersorak gembira kerana hari ini dia berjaya menolak Zarul untuk pertama kalinya. Kalau dulu Zarul yang sering menolak dan mengelak kini giliran dia pula.

Zarul hanya melihat Dannia melangkah penuh yakin. tak sangka gadis itu cepat berubah. Dulu Dannia pasti tak mengelak kalau di ajak keluar tapi sekarang gadis itu dah berubah? Dendamkah gadis itu padanya?

Monday, March 23, 2009

Jodoh Atau Cinta 23

Danish terkejut. Dia terkedu dengan apa yang di lihat dan didengarnya. Keluar sahaja dari lorong tandas itu. Dia melihat seorang lelaki memegang tangan isterinya. Telinganya mendengar lelaki itu menyatakan isterinya curang pada lelaki itu? Hati Danish berdebar-debar. Dia tertanya-tanya apakah hubungan Iman dengan lelaki itu?

“Maaf encik. Encik pasti salah orang. Saya betul tak kenal Encik. Encik lepaskan saya.” Iman merayu lagi. Dalam hatinya dia berdoa agar Danish cepat datang. Tangannya rasa hancur di genggam sebegitu rupa.

Mendengar Iman merintih kesakitan dan mengakui tidak mengenali lelaki itu. Danish memilih untuk mempercayai isterinya tanpa berfikir dua kali. Laju sahaja darahnya mendidih naik ke kepala. Dia tak suka ada lelaki dekat dengan Iman. Inikan pula menyentuh dan menyakiti isterinya itu.

“Kenapa ni?” Danish menjadi hero menyelamatkan isterinya. Tangannya merentap pegangan lelaki itu terhadap Iman sehingga terlerai. Iman segera memeluk erat lengan Danish. Dia ketakutan.

“Iman kenal ke mamat ni?” Tanya Danish tegas pada Iman yang memeluk lengannya. Erat. Danish dapat rasakan Iman ketakutan.

“Tak. Iman tak kenal pun dia. Tiba-tiba je dia datang serang Iman.” Dari sinar mata Iman. Danish tahu isterinya bercakap benar dan dia mempercayai seratus peratus kata-kata isterinya.

“Wait the minute. What did you call her? What is your name?” Lelaki tadi bertanya kembali kepada mereka. Hampeh punya lelaki dah serang baru tanya.

“Saya Danish Aiman dan dia isteri saya Iman Umairah.” Tegas nada Danish. Dia ingin memberitahu lelaki itu yang Iman miliknya dan hanya akan jadi miliknya. Danish melepaskan pelukan Iman di lengannya dan terus memeluk bahu Iman yang berdiri begitu hampir disisinya.

“Oh my god. I Iskandar. I’m so sorry.I tersilap orang. Sebenarnya wajah you serupa dengan my fiancee so I ingat you tunang I. I ingat you curang kat I.” Mata lelaki itu tidak lepas dari memandang Iman. Danish rasa tak selesa dengan pandangan itu. Dia terus memeluk Iman dengan lebih erat lagi.

“It’s okay. Tapi lain kali tolong siasat dulu jangan nak serang-serang orang macam tu je. I lepaskan you kali ini tapi kalau next time, I tak teragak-agak nak saman you. Come sayang, kita balik.” Danish membawa Iman pergi dari restoren itu. Nasib baik tadi dia sudah melunaskan bayaran. Iman hanya mengangguk. Tangannya membalas erat jari jemari Danish yang menyulam jari jemarinya.

“Sayang okay ke? Jangan senyap macam ni. Abang risaulah.” Danish meramas lembut tangan isterinya.

“Iman okay. Cuma terkejut sendiri. Thanks Danish sebab tolong Iman.” Entah kenapa Iman merasakan dirinya cukup di lindungi oleh Danish.

“It okay sayang.” Danish menarik Iman di perlukkannya sambil satu ciuman hinggap di dahi Iman. Sudah tak perduli mereka ada di mana.



Iman tersenyum senang. Minggu ini adalah hujung minggu paling gembira buatnya. petang tadi Danish dah berjanji nak pergi kerja bersamanya. Tak sudah-sudah Iman tersenyum mengenang rayuan Danish semalam yang meminta Iman pindah ke kondonya.

Waktu itu mereka sedang bersantai di balkoni bilik Iman. Bertapa balkoni yang pernah menyaksikan Iman menanda tangan kontrak mereka dulu sekali lagi menjadi tempat mereka ber’niaga’. Kali ini bukan untuk berpisah tapi untuk bersama. Beria-ia Danish memujuknya untuk berpindah ke rumah suaminya itu.

“Sayang, boleh lah. Apa masalahnya pun kalau pindah rumah abang?” Danish sudah seakan anak kecil merayu.

“Alah pindah ke tak pindah ke sama je pun Danish. Kita kan jumpa tiap-tiap hari kat office.” Iman masih lagi mengelak. Kali ini Wajah Danish betul betul masam. Nampak macam merajuk jer.

“Tak pe lah. Dah tak sudi malas nak paksa. Abang masuk dalam dulu.” Hish... betul-betul lah pulak si Danish nie merajuk. Iman pantas menahan tangan Danish. Dia memeluk Danish dari belakang.

“Danish jangan lah marah Iman. Iman bukan apa, Iman tak nak kita tergesa-gesa. Kita baru nak baik, jadi Iman tak nak terburu-buru. Lagipun malulah kat papa, mama dan kak Risya. Dah puas gaduh pas tu baik. Kak Risya pun perlukan bantuan Iman kat kondo kami tu. Nanti siapa nak tolong temankan dia dan Jehan? Lainlah kalau Kak Risya tu dah ada suami.” Iman memujuk Danish dengan suara yang cukup lembut. Hati mana tak cair akhirnya lembut juga hati Danish yang merajuk itu. Jawabnya langsung tak jadi merajuk.

TRANGGGGG.... Iman terkejut mendengar bunyi barang pecah dari ruang tamu. Pantas dia menuju ke ruang tamu meninggalkan masakannya di dapur. Kak Risya pun ada sekali. Sekali lagi dia terkejut mendengar Kak Risya menjerit nama Danish.



“AUCHH...” Danish mengadu kesakitan. Iman seakan sengaja menekan kuat buku limanya yang kesakitan. Mesti Iman marahkan dia. Memang salah dia terburu-buru.

Tadi ketika dia sendirian di rumah dia tiba-tiba dia teringatkan Iman jadi Danish langsung mengambil keputusan untuk ke mari ke kondo Iman. Sanggup dia drive semata-mata ingin berjumpa isteri kesayangannya itu.

Namun ketika dia sampai di muka pintu kelihatan pintu terbuka dan hanya gril yang terpasang. Apabila dia memberi salam, kelihatan Doktor Hakim muncul dari dalam. Muncul dari dalam kondo Iman. Danish menunggu Hakim membuka gril.

Sebaik gril terbuka satu tumbukan pada hinggap ke muka doktor mudah itu. Ingin dia menumbuk lagi Hakim namun Hakim mengelak dan kali ini tumbukkannya tepat pada cermin di dinding. Ketika itulah kakaknya menjerit namanya meleraikan pergaduhan.

“Sakitlah sayang.” Danish mengaduh lagi apabila Iman macam sengaja menekan buku limanya.

“Padan muka. Siapa suruh terburu-buru sangat. Adakah pergi tumbuk Hakim. Hakim tu datang sebab nak bincangkan sesuatu dengan Kak Risya. Mama tak bagitahu ke Kak Risya dengan Hakim ni dah bertunang secara tak rasmi?” Bebel Iman. Malu dia dengan Hakim. Kelihatan Kak Risya sedang mengelap lembut bibir buah hatinya yang pecah.

“Hakim, I minta maaf. Well I cemburu sangat.” Danish memohon maaf. Dia tahu salah dia yang terlalu ikutkan perasaan. Well siapa tak cemburu tengok lelaki lain di rumah isterinya. Isteri kesayangan pula tu.

“Tak pe I faham. Lagipun suami mana tak sayang isterikan? Cemburukan tandanya sayang.” Hakim boleh bertolak ansur. Lagipun salah dia juga. Bertandang malam-malam di rumah anak dara orang. Kalau bukan hal ini sangat penting untuk dia bincangkan. Dia tak akan datang ke sini hari ini.

Saturday, March 21, 2009

Cinta? Penting ke? 4

Dannia hanya senyap. Dia masih berkira-kira untuk menerima atau tak tawaran Adam. Nyata dia masih takut untuk melangkah. Perlukah Dia Menerima?

“Baiklah. Bila you nak mulakan?” Dannia cuba menempuh sesuatu yang baru dalam hidupnya. Takkan selamanya dia hendak bergini. Takut untuk melangkah.

“ That the spirit. Hari ini. Banyak yang kita kena buat. You tukarlah baju. I tunggu you. Kita keluar.” Adam memberi keputusan.

Adam bagai tak percaya merenung Dannia di sebelah. Inikah maksud Dannia? Gadis itu memakai baju kurung apabila turun tadi. Rasanya ini kali pertama dia berjumpa dengan gadis seperti Dannia keluar pada hari sabtu pun masih memakai baju kurung. Baru sekarang Adam tahu maksud Dannia. Dannia memang perlu bantuan dari sudut imej ni. Adam segera menekan punat telefonnya. Ingin menghubungi seseorang.

“Hello Sis, come to my penthouse now. I need you help.” Kata-kata itu hanya di dengari oleh Dannia. Hai tak ada salam langsung.
Selain dari panggilan itu selebihnya mereka hanya diam membeku. Dannia jelas duduk keresahan. Memikirkan betul ke apa yang dia lakukan ini?

‘Hisy kenapalah aku buat kerja gila ni? Sempat lagi tak aku nak tarik diri?’ terdetik juga hatinya untuk menyesal. Dannia berpaling. Melihat wajah Adam yang serius itu Dannia jadi takut. Hai janganlah tempah bala.

“Kita pergi rumah I dulu. I nak tukar baju. Banyak kerja kita kena buat ni.” Adam seolah-olah memberitahu.

“Okay.”

“Dannia, you tak ada baju lain ke selain baju kurung?” Adam bertanya selamba. Parah kesnya ini.

“Takda. Kenapa?”

“Jadi you keluar tiap-tiap hari pakai baju kurung? Tak rimas ke?”

“Hmm tiap-tiap hari I pakai baju kurung. Tak rimas pun. I selesa macam ni.” Naif sungguhlah Dannia ini. Langsung tak perasan pertanyaan itu ada udang si sebalik batu. Adam hanya menggelengkan kepala perlahan. Memang banyak perlu di lakukan ini.

Dania melangkah masuk ke dalam penthouse Adam. Nampak kemas. Besar. Tadi agak berat juga dia menurut kata pemintaan Adam untuk naik ke rumah lelaki itu namun di sebabkan Adam mendesak dia naik juga.

“Dannia duduklah dulu. I nak tukar baju sekejap.” Adam sudah menghilang ke dalam laluan di hujung ruang tamu itu.

Dannia hanya memandang sekeliling. Ada ruang tamu yang terbahagi dua. Satu ruangan televisyen yang lengkap dengan sofa. Satu lagi sepertinya ruangan kerja. Kedua-dua ruang itu terpisah dengan beberapa anak tangga yang melihatkan ruangan kerja itu kelihatan lebih tinggi. Cantik rekaannya.

TINGGGG... kedengaran lift terbuka. Pasti ada yang datang ni. Dannia menjengukkan mukanya melihat siapa yang datang. Seorang gadis yang cukup bergaya dengan ketinggian ala-ala model dan cara dia berpakaian itu memang mampu memikat hati siapa yang melihatnya.

Wanita itu yang dulu menghampiri Dannia. Dannia segera berdiri. Wanita itu memerhatinya dari atas ke bawah. Kemudiannya dia menghulurkan tangan.

“Wow. A girl in my little bro house. Hai.. I’m...” Belum sempat dia memperkenalkan diri. Adam yang entah datang dari mana dulu yang memintas.

“Hai sis. Hmm Dannia perkenalkan ini kakak I Anisya. You can call her Kak Anis. Kak Anis, jom ikut Adam sekejap.” Adam pantas menarik tangan kakaknya. Lalu menghilang ke dalam salah sebuah bilik yang ada di situ.

Dannia sedikit terasa terpinggir. Untuk apa dia datang ke mari kalau dirinya tak di perlukan. Apa sebenarnya rancangan Adam itu? Agak lama Dannia menunggu kedua-duanya. Tadi sesekali terdengar suara Kak Anis menjerit tak setuju tapi Dannia tak tahu apa yang mereka bincangkan.

Apabila kedua adik beradik itu keluar, Dannia pura-pura duduk sambil membaca majalah. Wajahnya di tenangkan. Biar tiada perasaan. Adam duduk di sebelahnya manakala Kak Anis sudah melabuhkan punggung di hadapan mereka.

“Sorry Dannia. Biasalah perbincangan bro and sis. Okay sekarang both of you cerita apa yang terjadi dan akan terjadi?” Memang Kak Anis ini ada gaya seorang wanita berkejaya. Caranya penuh keyakinan dan punyai gaya yang tersendiri.

“I need your help sis. Kita perlu tukarkan Dannia...” Adam tak habis bercakap. Dannia sudah memberi isyarat meminta dia berhenti dan biarkan Dannia yang berbicara.

“Macam ini kak Anis. Saya perlukan bantuan kak Anis. Saya nak tukar imej saya supaya saya nampak sesuai dengan Adam dalam rancangan kami...” Dannia terus bercerita apa yang ingin dia lakukan. Dia memang ada kemahiran membentang ini walau sudah lama tak di praktiskan.

Adam kagum melihat cara Dannia berdiskusi. Wanita ini ada Xfactor yang tersendiri. Cuma kelebihan itu di kaburi dengan imejnya yang agak konsevertif. Sesekali Adam menambah dari sudutnya apa yang ingin dia lakukan agar boleh menjayakan rancangan mereka.

“Okay. Biar I cakap apa yang I faham okay. You all nak I tolong you all dalam menjayakan rancangan ini. Yang mana I kena ajar Dannia how to dress up and to manners? Hmm bukan ke itu menjadikan kak Anis yang melunaskan hutang Adam pada Dannia? It’s not fair bro.” Anisya sengaja bermain tarik tali dengan keduanya.

“Come on sis. Tak kan tu pun nak berkira?” Adam naik bosan dengan cara kakaknya tu.

“Relaxlah bro. Akak setuju tapi kalau mama tanya jangan libatkan akak. I know nothing. Okay?” Adam hanya mengangguk dengan syarat kakaknya.

“Sekarang kita mula. First kita kena pergi Saujana butik. Then kita kena pergi Spa. Adam Cuma boleh ikut kat butik je. Kat Spa nanti biar I yang handle. Jom gerak.” Kak Anis bangkit. Adam dan Dannia hanya mengekori sahaja.

Kali ini sudah masuk kali ke lima belas Dannia menukar baju. Entah dah berapa banyak baju yang dia pilih. Saujana butik menyediakan pakaian yang berbentuk muslimah. Dari
Kak Anis, Dannia belajar untuk memadankan warna tudung dan baju apa yang sesuai dengannya. Kata Kak Anis supaya nanti Dannia tahu untuk memilih tanpa berpandukan dia atau Adam.

“Nice outfit.” Hanya itu keluar dari bibir Kak Anis. Pada Anisya, Dannia memang cukup pakej. Ketinggiannya sederhana namun dia memiliki posture badan yang menarik. Wajahya pun walaupun bukan tergolong dari golongan yang cantik tapi di mata Anisya,
Dannia memang ayu dan comel.

“No sis. Nampak a bit seksi.” Itu pula komen Adam.

“Hello itu jubah tau.” Anisya memang tak puas hati dengan adiknya. Itu seksi. Itu terlalu menarik. Apa yang seksi entah sedangkan tutup aurat. Hisy mata lelaki.

“Hmm tak apalah Adam, I nak ambil yang ini. Cantik potongan dia.” Dannia pantas membuat keputusan. Dia memang sukakan jubah itu.

“Okay. Jomlah kita bayar.”Adam pantas bergerak ke kaunter. Dannia sudah menukar balik bajunya. Dia memakai baju blaus paras lutut berwarna biru dengan seluar putih. Tudungnya berwana senada dan bercorak abstrak.Dannia tekad mula hari ini dia akan berubah. Benar kata kak Anis: Jika kita tidak meghargai diri sendiri. Tak akan ada orang yang akan hargai kita.

“Berapa semuanya?” Adam sudah mengeluarkan Debit kadnya.

“Semuanya RM950.00” Kata jurujual itu. Dia sedikit cemburu pada gadis itu. Sanggup buah hatinya berbelanja banyak untuk gadis itu.

“Okay, Adik ambil kad akak ya.” Dannia pantas menghulurkan kadnya. Dia pun punya kad. Dia tak mahu Adam beberlanja untuknya. Itu baju dia dan dia akan membayarnya. Juru jual itu rasa serba salah nak mengambil kad yang mana satu.

“Dannia...” Suara Adam seorlah memberi amaran.

“Adam please. Itu barang saya, biar saya yang bayar. Saya tak nak terhutang budi. Adik ambik kad akak ya.” Dannia menerangkan pada Adam. Dia sudah biasa berdikari. Mungkin ini masanya dia menggunakan duit simpanan dia.

Adam semakin tertarik mengenali Dannia. Dannia bukan gadis lain yang bisa di gula-gulakan dengan kemewahan dan bukan yang rambang mata dengan bantuan orang. Kali ini Adam belajar lagi satu sikap Dannia. Dannia punyai prinsip tersendiri. Adam yakin semakin lama dia mengenali Dannia nanti semakin banyak dia mempelajari tentang diri Dannia. Kerana Dannia ini penuh misteri. Dia tak selembut yang di gambarkan dan dia tak senaif yang perlihatkan. Adam belajar untuk tidak percaya pada pandangan pertama. First impression don’t tell you averything.

Jodoh Atau Cinta 22

Iman mengajak Danish singgah makan di Restoran Rasa Borneo sebelum balik ke vila. Lagipun kebetulan jalan mereka sehala dengan letaknya restoran itu. Mereka mengambil tempat duduk yang agak terselindung.

“Sayang nak makan apa ni?” Danish bertanya lembut pada Iman di hadapannya. Isterinya itu dari tadi tak habis tersenyum. Pelayan yang menunggu untuk mengambil order hanya tersenyum melihat pasangan di hadpannya. Karier sebagai pelayan membuatkannya bertemu dengan pelbagai karenah. Yang romantis seperti Danish dan Iman dan tak kurang yang bercakaran macam anjing dan kucing.

“Hmm... Rasa nak makan laksa sarawak la.. Danish?”Iman bertanya lembut kembali pada Danish.

“Bagi saya laksa sarawak dua. Jus mangga dua ye.” Danish cepat memesan kepada pelanggan. Pelayan yang selesai mengambil pesanan itu terus bergerak pergi. Dia tahu sangat kesukaan dan kebencian Iman sebenarnya. Kerana sudah lama dia belajar tentang Iman.

“Hmm tahu pula Danish, Iman suka minum apa ya.” Usik Iman. Danish memang tak boleh di jangka orangnya.

Danish tahu dia gastrik tanpa memberitahu lelaki itu. Danish tahu alahannya pada kopi walau tak pernah dia menceritakannya. Danish tahu apa kebenciannya tanpa perlu dia membuka pekung di dada.

“Mestilah sayangkan isteri abang. Mulai sekarang sayang pula yang perlu belajar apa yang abang suka dan abang benci. Pertama sekali belajar panggil A.B.A.N.G.” Wajah Danish di maniskan. Dia akan menjaga sebaik mungkin kejernihan hubungan mereka ini.

“Ambil kesempatan. Ada ke kenakan orang macam tu.” Iman membentak manja. Danish hanya ketawa.

“Nasiblah.” Kata-kata itu di iringi dengan keyitan mata menawan hati Iman. Iman tertunduk malu.

Iman dan Danish berbual mesra sesekali tangan gatal Danish mengenggam jari-jemari Iman di atas meja. Iman tak berapa gemar isi ayam yang ada dalam laksa sarawak itu lalu adakalanya dia akan meletakkan di dalam mangkuk Danish. Danish hanya tersenyum. Tak kisah malah bahagia dapat berkongsi makan dengan Iman.

Tanpa Iman mahupun Danish tersedar rupanya ada sepasang mata memerhatikan mereka. Mata itu memerhatikan penuh kemarahan. Dia tak sanggup melihat kemesraan itu. Sakit hatinya. Serasa cinta yang selama ini di simpan telah di khianati. Apa hubungan mereka? Kenapa dirinya tak mampu berada di tempat lelaki itu? Kenapa mesranya gadis itu bergelak tawa dengan lelaki lain? Hatinya mendidih sakit...


“Hei kenapa nie?” Iman terkejut gila apabila seorang lelaki yang tak dikenalinya datang menghampirinya lalu menggenggam kuat pergelangan tangannya. Ketika itu Danish pergi ke tandas.

Iman cuba meronta. Menarik-narik tangannya kembali. Namun semakin dia meronta semakin kuat tangannya di cengkam. Sakit sangat tangannya. Iman di paksa berdiri.

“Sakitlah. Lepaskan saya. Saya tak kenal awak.” Iman cuba melawan. Yang peliknya tak ada seorang pun dari pelanggan di situ menolongnya. Mungkin mereka fikir ini urusan suami isteri dan tak mahu ikut campur dalam urusan rumah tangga orang.

“Tak kenal? Kau curang kat berlakang aku. Kau keluar dengan lelaki lain. Sia-sia selama ini aku setia kat kau. Aku puja kau. Ini balasan kau kat aku.” Tengking pemuda itu. Iman terkedu. Tak pernah dia di malukan sebegini rupa. Ingin sahaja dia menangis. Wajah lelaki di hadapannya itu memang menakutkannya.

Danish terkejut. Dia terkedu dengan apa yang di lihat dan didengarnya. Keluar sahaja dari lorong tandas itu. Dia melihat seorang lelaki memegang tangan isterinya. Telinganya mendengar lelaki itu menyatakan isterinya curang pada lelaki itu? Hati Danish berdebar-debar. Dia tertanya-tanya apakah hubungan Iman dengan lelaki itu?

Wednesday, March 18, 2009

Jodoh Atau Cinta 21

Danish? Mestilah Danish tak melepaskan Iman sebaliknya mencempung gadis itu ke katil mereka.

Danish meletakkan Iman di atas katil mereka. Matanya tidak lari dari memandang wajah Iman. Danish dapat melihat wajah Iman yang gementar. Danish faham perasaan takut Iman. Iman belum bersedia. Dalam erti kata lain Iman masih belum boleh menerima dirinya sepenuhnya. Iman perlukan masa untuk membina kepercayaan pada dirinya dan Danish faham itu. Danish akan bersabar dan tak akan sekalipun memaksa wanita kesayangannya itu.

“Jangan risau sayang. Abang tak akan buat pekara yang bukan-bukan pada sayang. Abang tak akan paksa sayang. Abang akan tunggu sampai sayang boleh terima abang dan bersedia untuk jadi mama pada anak anak abang.” Danish menenteramkan jiwa Iman yang serabut ketakutan. Iman terharu dengan sikap timbang rasa Danish. Iman mula merasakan dirinya di hargai.

Danish menngucup lembut dahi Iman. kemudian hidung dan berakhir di bibir Iman. Lama. Sebelum Danish baring di sisi Iman sambil menarik tubuh Iman di pelukkannya. Iman membalas perlahan pelukkan Danish. Satu lagi kucupan kudus hinggap di dahi Iman. Malam itu mereka tidur dengan tenang dan nyenyak sekali. Inilah di rasakan tidur paling lena untuk kedua-duanya.


Iman turun beriringan dengan Danish. Tangan Danish kejap melilit di pinggangnya. Danish sudah siap dengan pakaian sukannya sekejap lagi pasti keluar jogging. Nanti sementara tunggu cik abang dia ni balik dari jogging, bolehlah dia membantu Mak Timah menyiapkan sarapan dulu.

“Betul ke ayang tak nak ikut ni?” Danish bertanya lagi sekali sambil memakai kasut sukan.

“Tak nak lah. Tangan Iman kan sakit.” Iman tak ada mood untuk jogging pagi ni.

“Hmm alasan. Apa kena mengena tangan sakit dengan jogging?” Danish dah berdiri di hadapan Iman penuh gaya. Tangan gatalnya memaut tubuh Iman rapat ke dada.

“Danish janganlah. Nnati mama nampak. Malu.” Iman menolak lembut dada Danish. Wajahnya sudah merah. Sejak semalam Danish tak habis-habis nak beromantik dengannya.

“Ala mama tak ada. Kalau nak lepas, give me one kiss.” Danish menyuakan pipinya. Geram Iman dengan perangai mengada-ngada Danish. Demi untuk tidak malu di tangkap sesiapa wajib juga Iman menjungkitkan kaki, pantas bibirnya di daratkan ke pipi Danish. Danish tersenyum menang. Tubuh Iman di lepaskan. Tahu Iman merajuk dengannya. Muka Iman yang masam itu menceritakan segalanya.

“Dah lah. Pergilah jogging Iman nak masuk.” Iman ingin berlalu pergi namun baru selangkah, tangannya sempat di tarik Danish. Tubuh Iman terdorong pada tubuh Danish. Sekelip mata sahaja bibir Danish sudah menyentuh bibirnya. Danish memang sengaja. Iman terkedu, kemudian dia terus menolak tubuh Danish menjauh.

“Danish!!!” Bentak Iman lebut. Mukanya sudah bagai di cat merah. Danish pula seronok ketawa.

“ Sorry sayang. Tadi tu buat bekal. Abang pergi dulu. Tunggu abang tau. Cuppp...” Satu lagi ciuman kudus sampai di dahi Iman.

“Hmmm... Hati-hati.” Iman menghantar Danish dengan ekor matanya hingga hilang di halang tembok pagar rumah.

Iman berpaling. Bibirnya secalit senyuman. Rasanya hari ini paling bahagia buatnya. Pertama kali dia bangun di dalam pelukkan seorang lelaki bernama suami. Saat dia bangun pagi tadi, dirinya tidur berbantalkan lengan Danish. Saat dia membuka mata Danish telahpun tersedar dan sedang ralit memerhatinya. Sabik matanya terbuka luas dia di sambut dengan senyuman Danish. Bertapa dia baru mengenali Danish sebagai suami yang cukup penyayang dan manja. Danish mampu buat dia hilang di khayalan cinta.


“Ehemm...” Iman tersedar mendengar deheman seseorang. Hilang wajah Danish. Berganti wajah kedua mertuanya.

“Assalamualaikum mama, papa.” Sapa Iman lembut. Hatinya tertanya-tanya adakah mertuanya melihat semua kejadian tadi? Kalau ya mesti malu besar.

“Waalaikumsalam. Pagi-pagi dah termenung ni kenapa?” Tanya Dato Arif dalam nada yang mengusik.

“Alah abang, orang dah ada tempat bermanja. Pagi-pagi dah romantik dah. Rasanya tak lama lagi adalah kawan si Jehan tu.” Sampuk Datin Hajar. Wajahnya berseri-seri. Segala kemesraan anak menantunya itu membahagiakan hatinya.

Iman tak terkata. Wajahnya merah menahan malu. Melalui kata-kata Datin Hajar itu dia tahu ibu dan bapa mertuanya itu sudah melihat segalanya. Aduss... saat ini ingat sahaja rasanya dia menyembunyikan wajahnya dimana-mana.

“Hmm betul juga tu. Papa dan mama memang dah lama rindukan cucu selain Jehan tu. Bila agaknya ya Iman?” Hisy Dato Arif bertanya tak berlapik pada Iman. Iman terkedu tak tahu menjawab apa.

“Awal, papa dan mama bersiap?” Sengaja Iman mengalihkan topik. Tak sanggup terus di usik dan di tanya soal cucu. MALU...

“Ubah topik nampak. Hmm papa dengan mama nak keluar dulu. Kami bawa Jehan sekali. Nak melawat Vila. Nanti kalau kamu dengan Danish free datang lah.” Datin Hajar masih tak lekang dengan senyuman bahagia.

“Insyaallah mama. Mama, papa tak nak sarapan dulu ke?” Tanya Iman mengambil berat.

“Tak. Papa nak ajak mama sarapan kat luar. Nak dating. Ingat orang muda je boleh bermanja-manja ke? Papa pun nak romantik dengan mama. Nak bermanja. Untung-untung boleh tambah ahli.” Dato Arif menyakat isterinya. Datin Hajar mencubit lembut lengan suaminya.

Iman ketawa dengan gelagat ibu bapa mertuanya. Tak sangka gatal juga bapa mertuanya ini. Teringat dengan sikap Danish yang tak habis menggatal itu. Hmm Bapa borek anak rintik rupanya. Memang pasangan ini romatis di matanya. Ada masanya merajuk masing-masing akan memujuk. Ada masanya mengusik, bergurau senda. Iman mengiringi mereka keluar pada pagi itu. Dia akan mengajak Danish ke Vila arwah atuknya itu. Lagipun telah lama dia tak balik ke vila itu. Rasanya kali terakhir pun hari raya lepas. Dia tba-tiba terasa teringin sangat untuk kembali vila itu. Vila yang banyak menyimpan kenangannya. Vila yang mencatitkan pertemuannya dan permulaan hubungannya dan Danish.

Wednesday, March 11, 2009

Jodoh Atau Cinta 20

“Rahsia apa mama?” Maya mula tersenyum tak sabar.

“ Maya sabarlah. Tapi sebelum tu Maya kena janji dengan mama yang Maya tak akan bagi tahu sesiapa termasuk Danish. Kalau tak nanti plan kita tak akan berjaya.

“Yelah mama. Maya janji. Cepatlah bagitahu. “ Desak Maya. Dia memang tak sabar nak memusnahkan hidup Iman.

“Betul ni?”

“Betul mama. Cepatlah.”

“Kalau Maya nak tahu. Dalam wasiat tuan Haji tu dulu ada sebut yang semua saham milik orang tua itu hanya akan jatuh ke tangan Danish jika Danish dan Iman ada anak bersama. Kalau mereka becerai sebelum itu harta itu akan di bahagikan dua antara Danish dan Iman. Jadi cuba Maya bayangkan kalau si Iman tu tahu hal ni? Mama yakin kalau betul cara kita cucuk. Percaya macam mana pun Iman tu pada Danish dia akan tinggalkan Danish juga. Siapa nak dengan lelaki yang inginkan anak untuk dapat harta?” Di wajah Puan Hartimah sudah terbentuk senyuman penuh kejahatan.

Maya lebih lagi. Otaknya sudah ada satu rancana besar untuk memporak perandakan rumah tangga yang baru ingin harmoni itu. Betul kata mamanya. Takkan Iman sanggup hidup dengan Danish kalau tahu Danish hanya ingin memperalatkan diri Iman hanya kerana harta. Perempuan yang naif seperti Iman tak akan sanggup.

“ Maya yakin mama. Rancangan kita ini akan berjaya. Maya akan pastikan. Kalau Maya tak boleh dapatkan Danish, Iman pun tak akan boleh.” Gelak Maya melantun kuat bergabung dengan tawa mamanya.

Puan Hartimah itu bukan apa. Dia sudah lama cemburukan adiknya Hajar itu. Hajar selalu sahaja mendapat yang lebih baik daripadanya. Memang dia anak manja ibu bapanya dulu tapi Hajar lebih pandai dan mendapat suami yang lebih kaya darinya sedangkan dia yang lebih bergaya dari Hajar. Di sebabkan cemburukan kekayaan suami Hajarlah dia bersungguh-sungguh menyatukan Maya dengan Danish.



Jam sudah berdetik pukul satu pagi. Iman masih belum mampu menutup matanya. Jehan sudah lama lena sebenarnnya tapi Iman masih lagi ke hulu ke hilir dalam bilik yang dulunya milik Arrisya itu. Tak sanggup dia kembali ke bilik Danish. Ugutan Danish masih segar di kepalanya. Nanti cari nahas je.

Ingin sahaja dia tidur di sini bersama Jehan namun teringat kembali bila dia meminta izin dari kedua mertuannya untuk tidur di bilik Arrisya ini, awal-awal lagi di tentang oleh mak mertuanya. Mak mertuanya sempat berpesan tu yang tempat isteri di sisi suami. Rancangannya itu telah di gagalkan. Saat itu terasa ingin sahaja nak mencekik Danish yang tersenyum simpul mendengar cubaannya untuk lari gagal. Tak boleh mencekik, Iman sekali lagi menghadiahkan cubitan maut di paha Danish.

‘Hisy macam mana ni? Nak tidur kat mana ni?’ Desis hati Iman lagi. Pening kepalanya. Langkah kaki Iman akhirnya terhenti di tepi jendela.



Danish hanya tersenyun simpul memerhatikan gelagat Iman. Dari tadi dia berdiri di luar pintu yang terbuka itu. Ingin sahaja dia ketawa melihat tingkah Iman yang serba tak kena. Berjalan tanpa arah lepas itu sekejap-kejap garu kepala. Mengeluh. Hentak kaki. Hisy ada-ada sahaja gelagat Iman yang gelisah itu mencuit hatinya.

Danish membuka pintu itu perlahan. Iman di hampiri perlahan. Nampak sangat Iman yang ralit itu tak sedarkan kehadirannya. Bertambah lebarlah senyumannya. Perlahan lahan tangannya memeluk pinggang Iman . Tubih Iman yang sederhana tinggi itu di kunci dalam pelukkan eratnya. Iman sedikit tersentak. Tubuhnya mula kaku.

“Kenapa sayang tak masuk dalam bilik kita lagi? Sayang takut kat abang ye?” Bisik Danish dalam suara mengusik. Pelukkannya bertambah erat. Danish tersenyum apabila boleh merasakan tubuh Iman gementar di peluknya sebegini rupa.

“Mana ada. Iman saja je nak lepak kat sini. Kalau Danish nak masuk bilik. Masuk lah dulu.”

“Kalau macam tu jomlah kita masuk sama-sama. Bosanlah duduk kat bilik tu sorang-sorang.” Danish beriak manja. Nadanya sama nakal seperti Jehan kalau inginkan sesuatu.

“Hmm tak.. pe lah... Danish masuk dulu” Iman sudah tergagap-gagap. Dia semakin seram.

“Betul ni? Kalau tak nak masuk. Abang dukung je sayang sekarang.” Dalam nada usikan
Danish hampir sahaja tergelak apabila Iman secara automatik melangkah keluar.

Danish segera mengejar Iman. Tangan kanan Iman di genggam lembut. Mereka
berpimpinan masuk ke bilik. Sangka Iman, Danish ingin menuju ke katil namun dugaannya meleset apabila Danish menariknya ke balkoni. Tubuh Iman di hadapkan ke pagar balkoni yang indah terhias itu. Danish pula memeluk Iman dari berlakang. Kali ini tubuh Iman tidak sekaku tadi.

“Sayang, abang nak minta tolong sangat dengan Iman. Please take care of yourself. Abang tak suka Iman seksa diri Iman macam tadi. Tak makan. Tangan luka pun Iman biarkan.” Danish berbisik lembut di telinga Iman. Tangan Iman yang berbalut di ambil dan di cium penuh kelembutan. Iman tersentuh dengan sikap Danish. Sekelip mata sahaja Danish berubah menawan hatinya dengan penuh romantis.

“I’m so sorry.” Balas Iman dalam ada perlahan. Badannya di sandarkan ke dada Danish. Membiarkan sahaja pelukkan yang mendamaikan hatinya itu.

“No sayang. Abang tak marahkan sayang tapi abang just nak sayang jaga diri. Sayang tahu tak masa sayang kemalangan dulu rasanya separuh nyawa abang melayang dapat tahu sayang masuk hospital. Tak habis lagi fobia abang dengan kemalangan atuk dan abang Johan, Iman pula kemalangan. Otak abang dah fikir yang bukan-bukan masa tu. Hanya tuhan je tahu bertapa takutnya abang masa tu.” Luah Danish perlahan. Tanpa sedar dia sudah membuka pekung di dada.

Iman mendongak lantas memandang pelik pada Danish. Danish risaukan dia sejak dia kemalangan? Tapi kenapa Danish tak datang? Kenapa Danish membiarkan dia sendirian? Ahh.. semua persoalan itu bermain di kepalannya.

“Kenapa sayang?” Danish bertanya lembut. Iman masih erat dalam pelukkannya.

“Tak ada apa. Kita tukar topic ya?” Iman saja memendamkan segala resahnya. Biarlah. Dia tak ingin berdendam pada Danish.

“Okay. Kita bercakap pasal sayang. Abang nak tahu semua tentang sayang.” Danish meletakkan dagunya ke bahu Iman. Iman memegang tangan Danish yang melilit di pinggangnya lembut.

“Okay. Danish nak tahu apa?” Tanya Iman penuh manja. Pertama kali Danish melihat Iman semanja ini. Memang hujung minggu ini hujung minggu paling bahagia buat Danish.

“Semua tentang sayang. Sejak sayang belajar lagi.” Danish menggesselakn hidungnya ke pipi Iman. Iman mengelak geli.

Iman mula bercerita. Tentang kawan-kawannya. Tentang kampusnya. Tentang kehidupannya yang tak pernah Danish tahu. Sesekali Danish bertanya penuh minat. Beberapa kali juga Danish tarik muka cemburu mendengar nama lelaki yang meniti di bibir Iman namun tak lama apabila Iman menyatakan mereka hanya kawan dan Danish mempercayai Iman kalau tak masakan Iman masih setia menunggunya.

“Itulah cerita Iman.Auaaa...” Iman menguap. Belum sempat jari Iman menutup mulutnya. Tangan Danish dulu mesra menutup mulut Iman.

Iman berpaling memandang Danish. Tangannya di sangkut manja ke bahu Danish sementara pinggangnya masih dalam rangkulan Danish. Danish sedikit terkejut dengan kelakuan manja Iman yang tak di jangkanya.

“Sayang mengantuk ya?” Danish mengusik sambil mencium lembut dahi Iman. Mata Iman semakin mengecil itu memang menunjukkan dia sudah ingin tidur.

“Hmmm... Nak tidur.” Rengek Iman manja. Kepalanya saja di letakkan di dada Danish. Entah kenapa dia terasa ingin sekali bermanja dengan Danish setelah dia dimanjakan oleh Danish.

“Okay. Jom tidur.”Ayat Danish itu menyegarkan Iman. Serta merta wajahnya memandang muka Danish. Matanya cuba di buka luas.

“Tak apalah. Danish tidurlah dulu. Iman okay.” Iman cuba melepaskan diri dari tubuh Danish.

Danish? Mestilah Danish tak melepaskan Iman sebaliknya mencempung gadis itu ke katil mereka.

Wednesday, March 4, 2009

Jodoh Atau Cinta 19

“Abang hantar Iman pergi klinik dulu ye. Lepas ni kita makan. Sayang tak makan lagi ni. Nanti gastrik kan susah. Hmm kita nak pergi klinik mana ni sayang?” Danish bertanyakan pendapat Iman.

“Kita pergi Klinik Hakim je. Nanti Iman tunjuk kat mana.” Iman menjawab lembut. Iman agak segan sebenarnya.

Kata ganti nama mereka sudah berubah. tiada lagi ‘You’ dan ‘I’ . Danish nampak tak kekok langsung membahasakan dirinya ‘abang’ dan memanggil Iman ‘sayang’. Mendengar panggilan mesra sebegitu dari mulut Danish segan pula dia untuk memakai ber’I’, ber’you’ dengan Danish.

“Hah Hakim? Tak payahlah. Abang pun ada kawan doktor. Itu suami isteri doktor. Kita pergi klinik dia je. Tak perlu nak pergi jumpa Hakim tu. Bukan dia sorang je doktor kat KL ni.” Bentak Danish tiba-tiba. Wajahnya sudah berubah. Cemburulah tu.

“Tadi Danish gak yang tanya Iman. Iman suggest lah. Kalau kawan Danish tu ada takpe lah. Kita pergi Klinik kawan Danish je lah.” Iman membalas lembut. Terkejut dia Danish tiba-tiba membentak. Namun jauh di sudut hatinya Iman tahu Danish cemburu dan dia suka itu.

“Hemm... Sayang tu cubalah jaga hati abang ni sikit. Ada ke sebut nama lelaki lain depan abang. Lepas tu boleh pula bergurau dengan lelaki lain depan abang. Siap terima bunga la. Ingat abang ni tak ada perasaan ke? Abang pun tahu nak cemburu tau. Lain kali kalau buat lagi depan abang nak bermesra dengan Hakim ke? Dengan John ke? Siap lah. Lebam biji mata dia orang abang kerjakan. Suka-suka je nak bergelak tawa dengan isteri orang. Dulu pun nasib abang boleh tahan tau kalau tak dah lama dia orang kena. Sayang pun jangan berani-berani nak melayan lepas ni.” Omel Danish. Iman serasa ingin ketawa. Tak sangka Danish boleh mengungkit peristiwa lama. Boleh tahan cemburu juga suaminya ini. Tak sangka.

“Danish cemburu sangat kenapa ni?” Usik Iman sambil ketawa kecil. Lupa sakit di tangan.

“Tengok tu.”
“Tengok apa Danish?”

“Hmm tengok. Abang cakap betul-betul. Dia pula buat main-main. Abang tak bergurau tau Iman. Abang tak suka Iman rapat dengan mana-mana lelaki. No more Hakim, not John and not even Farhan. Iman milik abang je. Ingat tu. Kalau nak menempah bala, cubalah.” Kali ini nada Danish memang tegas. Seolah-olah menghantar satu maksud pada Iman yang dia memang cukup serius.

“Danish cemburu sangat. Cemburu tak bertempat.” Tukas Iman. Takkan dengan Farhan, abangnya pun tak boleh. Melampau ni.

“Abang cuma melindungi hak abang. Sayang tu cantik. Abang tak nak melepas. Abang tak suka hak abang di intai orang lain. Abang harap sayang faham.” Danish hanya berkata selamba. Iman terus menarik muncung. Danish hampir tergelak melihat Iman merajuk buat kali pertamanya. Tapi tunggulah dulu. Biar dia puas tengok ,muncung si Iman ni dulu baru dia pujuk. Lagipun bukan selalu tengok si Iman ni merajuk.



Selepas pergi klinik Danish membawa Iman makan di Zee Restoran. Dia dan Iman masing-maisng memesan nasi goreng seafood dan jus epal. Iman masih dengan muncungnya. Hampir sahaja Danish nak tergelak sendiri di dalam kereta tadi. Waktu di klinik tadi bukan main Iman memegang tangannya langsung tak lepas. Masuk jumpa doktor pun tak lepas. Sambil mereka kena usik dengan Watie, isteri Amran teman serumahnya waktu belajar dulu. Watie dan Amran kahwin waktu sama-sama menuntut perubatan di London dulu. Sekarang kedua-duanya dah ada sepasang anak.

Iman mendapat dua jahitan pada lukannya. Waktu Iman di jahitpun Danish ada di sisi Iman sambil memegang tangan Iman lagi sebelah. Rasa nak putus tangannya di genggam Iman ketika menemani Iman kena jahit. Kalau boleh ingin aje dia menggantikan tempat Iman. Tak sanggup melihat kesakitan Iman sebegitu.

Apa yang pelik. Sebaik saja mereka masuk kereta. Iman kembali ke mood merajuknya. Sepatah yang di tanya sepatah yang di jawab. Hmm fahamlah dia, Iman ni manja juga orangnya. Waktu dia memerlukan Danish dia lupalah nak merajuk tapi bila dia dah okay, rajuknya pun datang minta di pujuk.

“Sayang marahkan abang ye? Dah tak nak cakap dengan abang ke?” Danish mencuba nasib. teruk juga dia kalau Iman terus merajuk. Dahlah baru nak berbaik.

“Taklah.” Jawab Iman sepatah. Geram dia pada Danish. Dah tahu dia merajuk ada ke patut di tanya lagi macam tu.

“Kalau tak merajuk kenapa senyap. Abang tahu sayang marahkan abang bila abang kongkong sayang. Tak pe lah Iman. Kalau Iman nak juga buat apa yang abang larang tu. Buatlah. Lepas ni abang dah tak larang dah Iman nak kawan dengan sesiapa pun. Tapi ingat, hukumnya berdosa bagi seorang isteri yang lawan cakap suami.” Danish sengaja menggunakan reverse psikologi. Cuba nasib sebenarnya. Tengok Iman kalah atau tak.

“Danish tu cemburu sangat. Iman bukannya ada apa-apa pun dengan mereka tu” Iman menunjukkan perasaan sebenar.

“Abang cemburulah sayang. Kalau abang tak cintakan sayang. Mesti abang tak larang sayang kawan dengan sesiapa pun. Tapi abang cintakan Iman, mestilah abang cemburu. Iman kenalah jaga hati abang ni. Lagi satu cubalah panggil suami sayang ni ‘abang’ ini tak panggil nama je.” Danish kembali menjadi diktator terhadap Iman. Memang sejak akhir akhir ini dia suka menggantikan Adoft Hitler pada Iman.

Iman terkedu mendengar luahan hati Danish. Bibirnya terkelu untuk menjawab. Tak sangka Danish sekali lagi meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap Iman.Merah rasa muka Iman mendengar luahan hati itu. Malunya dia. Malu tapi bahagia. hehehe..

“Hah, senyap ni kenapa?” Sergah Danish perlahan. Kata merajuk isterinya itu tersenyum.
“Tak tengah fikir nak ke tak nak panggil Danish ‘abang’?” Laju je bibir Iman memberi jawapan dalam senyum mengusik. Rajuknya sudah terpujuk oleh kata cinta Danish.

“Oh.. tak nak panggil abang ni ‘abang’ ye. Takpe tapi nanti jangan salahkan abang tau. Malam ni tidur dalam bilik abangkan? Tahulah apa abang nak buat nanti. Ingat lagi tak mukadimah yang abang bagi kat pejabat hari tu?” Danish pula melancarkan perang. Bukan dia nak buat betul pun saja menggertak dan nampak sangat Iman takut sampai pucat muka isterinya itu.

Iman segera menyentuh bibirnya dengan tangan. Mukanya jelas gelisah. Hmm.. memang dia tahu apa mukadimah yang Danish maksudkan. Mukadimah itulah menghilangkan ciuman pertamanya dulu.

“Danish jangan nak buat benda tak senonoh ye.” Iman memberi amaran. Suaranya bergetar.

“Tengoklah. Kalau berani masuklah bilik malam ni.” Danish hampir sahaja menghambur tawanya.

Waktu mereka makan tu pun Iman tak berselera. Setelah di ugut berkali-kali baru gadis itu mampu menghabiskan makanannya itu pun dalam keadaan terpaksa. Iman betul-betul takut Danish melakukan sesuatu.


Sesekali mata Danish melirik ke arah Iman yang gelisah menonton televisyen bersama Jehan yang sudah lentok di paha gadis itu. Dia tahu gadis itu gelisah kenapa? Hatinya masih sekali lagi bagai di geletek memandang wajah Iman. Mesti Iman tak ingin masuk ke biliknya malam ini setelah menerima ugutan di restoran tadi.

Danish bergerak ke sofa tempat duduk Iman. Sengaja dia menolak tubuh Iman lebih ke tengah sofa agar dia dapat menyelit di tepi gadis itu. Tak di hirau mata papa dan mamanya yang turut menonton televisyen bersama mereka. Tangannya di lingkarkan ke bahu Iman. Bibirnya di dekatkan ke telinga Iman.

“Malam ni abang tunggu sayang dalam bilik tau. Jangan pula tak berani nak masuk pula ye. Kalau tak abang dukung je sayang.” Bisik Danish lembut. Saja mengusik. Seperti jangkaannya wajah Iman merah.

Pantas Iman mencubit paha Danish. Malu dia mendengar kata-kata Danish itu. Macam kemaruk je. Dahlah dari tadi dia memang takutkan Danish, sekarang lelaki itu bagaikan sengaja menambahkan pula tahap ketakutannya.

Dato Arif dan Datin Hajar saling berpandangan melihat gelagat anak menantunya itu. Mereka perasan sejak balik dari klinik tadi kedua-duanya mesra semacam. Macam berlangkas pun ada apabila anak terunanya bagai mabuk cinta asyik mengekori je ke mana Iman pergi. Akhirnya kedua orang tua itu tersenyum simpul. Mendoakan anak menantunya nanti akan lebih bahagia.




Maya menghempaskan pintu biliknya. Sakit hatinya hanya tuhan yang tahu. Habis semua barangnya di campak. Berdetap dentum bunyi barang di campak. Tak pernah dia rasa semalu ini. IMAN... Gadis itu yang memalukannya. Yang merampas segalanya. Danish pun semakin berubah kerana Iman.

Danish memang sudah berubah. Walau tak pernah Danish menyatakan cinta terhadapnya namun sejak kecil lagi Maya yakin Danish akan jadi miliknya kerana hubungan keluarga mereka. Tapi Iman yang menganggu haluannya. Kerana Iman, Danish semakin tak perdulikannya. Iman perlu di ajar. Iman perlu di singkirkan.

“Masuk.” Jerit Maya dari dalam bilik mendengar pintu biliknya di ketuk.
“Maya, kenapa ni?” Tanya Puan Hartimah. Tadi dia tak berani menegur anaknya itu. Setelah mendengar sudah reda di dalam keadaan bilik itu baru dia berani mengetuk.

“Mama jangan sibuk boleh tak? Ini semua salah mama. Kalau dulu mama kahwinkan Maya dengan Danish mesti tak jadi macam ni.” Rungut Maya dengan muka bosan.

“Maya. Mama buat ini semuanya untuk Maya tau. Kalau Danish kahwin dengan Maya dulu mesti dia tak boleh mewarisi harta atuknya tu. Lagipun nanti-nanti pun Danish tu akan bercerai. Kalau Maya nak tahu ada satu rahsia tau. Rahsia yang bleh membuatkan Iman meninggalkan Danish. Rahsia yang boleh membantu kita.” Yakin sungguh Pn Hartimah. Memang ada satu syarat di dalam wasiat arwah Tuan Haji dulu yang akan membuat Iman meninggalkan Danish jika Iman tahu.

Yang penting sekarang syarat itu hanya di ketahuinya suami isteri bersama adiknya dan Dato Arif. Danish sendiri tak tahu hakikat syarat itu kerana waktu pembacaan wasiat itu hanya ada mereka berempat. Syarat itu akan menjadi modal untuk dia menghasut Iman meninggalkan Danish dan jika perlu dia akan gunakan untuk mengugut adiknya. Puan Hartimah sanggup buat apa demi Maya dan harta Danish.

“Rahsia apa mama?” Maya mula tersenyum tak sabar.

Sunday, March 1, 2009

Jodoh Atau Cinta 18

“Just let me go Danish. Lepaskan I. I dah tak tahan lagi. Sampai bila I perlu begini? Hati ini dah tak mampu nak bertahan. Sampai bila I perlu di hina Danish? I dah tak tahan dah Danish. Lepaskanlah I. Anggap I merayu pada you.” Iman ternyata terluka. Air matanya jatuh. Dia terduduk sambil menahan esak tangis. tangisannya pecah jua. Siapa yang mendengar pasti turut menangis sayu. Akhirnya dia kalah dengan perasaannya.

Danish tak sanggup melihat Iman dalam keadaan sedemikian. Iman nampak begitu terluka. Iman nampak begitu lemah. Hilang Iman yang tabah dan kuat selama ini. Bertapa besarnya beban Iman kerananya. Ya Allah... Iman menangis kerananya sedangkan dia pernah berikrar tak akan membuat Iman menangis lagi. Tapi akhirnya air mata Iman menitis kerananya jua. Danish meraup mukanya. Dia buntu.

Danish menarik Iman bangkit bersamanya. Tubuh gadis itu di sandarkan ke badan kereta CRVnya. Mereka berhadapan. Pantas jari Danish mengelap air mata Iman. Tangannya masih di pipi Iman. Mendorong Iman memandang terus ke matanya. Biar sinar matanya yang terbias dengan cinta itu menyelinap masuk ke hati Iman.

“Sayang boleh minat apa sahaja tapi bukan melepaskan Iman. Sayang, abang minta maaf sangat. Abang tak boleh nak tunaikan. Melepaskan Iman seperti Danish membunuh sebahagian diri Danish. Danish tak boleh nak lepaskan Iman. Danish tak mampu. Tolong jangan minta begitu. Danish janji akan jadi bahu tempat Iman menangis. Dada ini akan jadi tempat Iman bersandar dan tangan ini tempat Iman berlindung. Mula hari ini Danish tak akan biarkan Iman menangis lagi. Air mata Iman adalah harta Danish, sayang dan Danish tak rela harta Danish di bazirkan walaupun oleh Iman. Kali ini biar Danish yang jadi badut Iman.” Danish menarik Iman ke pelukannya. Erat. Cukup Erat. Satu kucupan kudus akhirnya singgah ke dahi Iman.

Tangisan Iman bertambah kuat. Hati Iman tersentuh dengan kata-kata Danish dengan ciuman di dahinya. Itu kali kedua Danish mencium dahinya selepas akad nikah. Iman selesa bersandarkan kepalanya di dada Danish. Lama kelamaan tangisannya reda. Namun Iman masih di pelukkan Danish. Selesa begitu. Iman bahagia buat pertama kalinya. Bahagia sangat.

Danish, walau Iman tak membalas pelukkannya namun pelukkan itu tetap di eratkan. Cukup Iman menyandarkan kepalanya di dada Danish sudah membuat Danish tenang. Tubuh Iman pun bagai merelakan. Dia masih banyak masa lagi mengikat Iman. Dia tak perlu terburu-buru kerana di mata Iman saat ini sudah cukup menceritakan yang gadis itu juga sayangkan hubungan ini.

Mendengar bunyi kereta yang masuk ke hadalam rumah. Danish melepaskan pelukkannya terhadap Iman. Iman hanya mengesat sisa airmatanya. Danish membantu turut mengesat pipi itu perlahan. Sebuah senyuman manis di hadiahkan pada Iman.

Tak lama kemudian kedengaran suara Jehan memanggil nama mereka berdua silih berganti. Pasti anak kecil itu baru balik mengaji di masjid bertemankan Pak Usop pemandu Dato Arif.
“Mak cu. Kenapa Mak cu nangis?” Petah anak kecil itu bertanya. Sekejap sahaja dia sudah hilang dalam dukungan Danish.
“Tangan Mak cu sakitlah Jehan.” Iman menunjukkan tangannya pada Jehan sebagai bukti.
“Cian kat Maksu Jehan ni. Jehan masuk dulu tau. PakSu nak bawa Maksu pergi klinik ye.” Danish terus menurunkan Jehan dari dukungannya.
“Pak Usop, tolong bawa Jehan masuk dulu ye. Saya nak bawa Iman pergi klinik ni.” Danish dengan hormat meminta pada Pak Usop.

Alarm di tekan. Dengan lagak gentleman dia membuka pintu kereta untuk Iman. Danish berharap sangat ini menjadi permulaan yang baik buat mereka berdua. Dia tak mungkin melepaskan Iman kerana Iman adalah nyawanya kini.