Thursday, February 26, 2009

Jodoh Atau Cinta 17

Di Meja makan Iman hanya senyap. Baru dua suap nasi masuk ke mulutnya. Selainnya dia hanya bermain dengan nasi di dalam pinggan itu. Mukanya hanya tuntuk. Kalau tak kerana hormat pada mertuanya tak sanggup dia duduk makan di meja ini. Meja yang menempatkan enam orang lagi selain dirinya. Keluarga mertuanya dan keluarga Mak Long Hartimah. Maya pula girang di sisi Danish. Gadis itu sering melemparkan senyuman sinis setiapkali mata mereka bertemu.

“Iman kenapa tak makan ni?” Dato Arif yang duduk di kepala meja itu hanya menegur. Kesian dia melihat Iman. Tadi dia telah menerangkan sekali lagi pada Puan Hartimah yang mereka sekeluarga telah menerima takdir yang jodoh Danish bersama Iman.

“Iman kenyang lah papa. Iman masuk dulu lah.” Iman agak terkejut dengan teguran itu segera menjawab lalu meminta diri. Iman bangkit membawa pinggan ke dapur. Malas dia menonton kemesraan Maya pada Danish walau nyata Danish tak melayan. Dia pelik juga kenapa Danish tak melayan. Membiarkan Maya tergedik sendiri.

Danish dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. hatinya mula risau. Tengahhari tadi Iman hanya makan sedikit sambil berkongsi dengan Jehan. Sekarang pun tak makan sangat. Rasanya hanya sesuap dua saja. Hai... Tak padan ada gastrik.

“Papa, Danish tengokkan Iman sekejap.” Tak berlenggah pantas Danish bangkit menuju ke dapur. Kelihatan Iman duduk di meja bulat yang terletak di tengah dapur itu. Termenung.

“Tuan Danish. Nak tengokkan Iman ke? Rasanya luka kat tangannya itu perlu di bawa ke doktor. Takut melarat pula.” Mak Timah yang ingin keluar dari dapur membawa nasi tambah itu menegur Danish yang terpacak di hadapannya kini.

“Tangan Iman? Kenapa dengan tangan Iman Mak Timah?” Danish bertanya kembali.

“Tuan tak tahu ke tangan Iman tu luka kena kaca tadi. Tuan pergilah tengok. Tadi saya dah cakap tapi dia tak nak dengar. Letak ubat pun tak. Cuci dengan air paip tu je. Tuan pergilah pujuk dia. Mak Timah nak hantar nasi ni ke depan jap.” Mak Timah sengaja memberitahu Danish. Dia risaukan Iman sebenarnya.

Mendengar kata-kata Mak Timah, wajah Danish segera berubah. Risaunya semakin memuncak. Danish menuju ke sinki. Dia mencuci tangannya yang tidak kotor. Masakan kotor kalau makan mengguna sudu. Mata Danish masih pada Iman yang sedikitpun tak bergerak. Khusyuknya termenung.

“Tengok tangan.” Entah bila Danish ada di sisinya. Tahu-tahu Iman sudah tersentak mendengar suara lelaki itu.

“Iman dengar tak ni? Tengok tangan tu?” Pinta Danish lagi.

“Nak buat apa tengok tangan I?”

“Iman, jangan banyak tanya boleh tak? Tunjuk saja tangan tu.”

“Tak payah tengok.” Degil sungguh Iman. Kedegilan itu mencabar jiwa Danish. Tak peduli
dengan Iman, pantas Danish menarik tangan Iman. Kedua-dua telapak tangan itu di tadah. Jelas ada garisan luka yang sederhana panjang di tapak tangan kiri Iman.

“Luka ni? Kenapa tak bagi tahu? Ubat pun tak letak.” Tanya Danish geram. Sakit hati apabila Iman tak memberitahunya.

“Bukan urusan you.” Iman ingin menarik kembali tangannya tapi tak berdaya.

“Bukan urusan I? Let me tell you. Selagi you isteri I, setiap urusan you adalah urusan I dan setiap luka di tubuh you adalah urusan I. Kerana you adalah milik I. Faham? Kita pergi klinik.” Suara Danish makin meningkat.

“I tak nak pergi klinik.” Iman segera bangkit. Berdiri di hadapan Danish. Matanya melawan anak mata Danish.

“Jangan melawan boleh tak? I kata pergi klinik. Kita pergi. Sekarang.” Tengking Danish. Tak berniat pun meninggikan suara. Mungkin kerana terlalu risau. Iman merisaukan dia. Sudahlah tak makan. Tangan luka begini pun tak di ubati. Nak bagitahu jauh sekalilah. Iman tersentak dengan tengkingan itu. Tahu-tahu dirinya sudah di tarik mengikuti jejak langkah Danish.

“Danish, kenapa ni?”Datin Hajar hairan melihat Danish menarik tangan Iman. Baru sebentar tadi dia mendengar Danish menengking Iman sekarang keluar keganasan Danish yang lain.

“Danish nak bawa Iman pergi klinik ma. Tangan dia luka kena kaca tadi. Kami pergi dulu.” Danish menarik Iman ke sisinya. Selamba tangannya merangkul pinggang Iman. Di dorongnya tubuh Iman seiring dengan langkahnya. Tak sedikit pun lepas. Tangannya sempat mencapai dompet dan telefon bimbit di atas almari hiasan.

Sebaik keluar dari rumah dan sampai ke kereta CRV Danish. Iman meronta-ronta untuk di lepaskan. Tadi dia hanya senyap kerana malu dengan keluarga mertuannya dan ingin menjaga air muka Danish. Sekarang sudah tak perlu.

“Lepaskan I.” Iman menolah Danish kuat. Terlerai pegangan Danish dari tubuh Iman. Danish nampak tergamam.

“You ni kenapa?” Danish tak menyangka Iman bertindak sedimikian. Iman melihat Dnaish dengan pandangan terluka.

“Just let me go Danish. Lepaskan I. I dah tak tahan lagi. Sampai bila I perlu begini? Hati ini dah tak mampu nak bertahan. Sampai bila I perlu di hina Danish? I dah tak tahan dah Danish. Lepaskanlah I. Anggaplah I merayu pada you.” Sayu kata-kata Iman yang sudah tak peduli bertapa berdosannya dia. Iman ternyata terluka. Air matanya jatuh. Dia terduduk sambil menahan esak tangis. tangisannya pecah jua. Siapa yang mendengar pasti turut menangis sayu. Akhirnya dia kalah dengan perasaannya.

Danish tak sanggup melihat Iman dalam keadaan sedemikian. Iman nampak begitu terluka. Iman nampak begitu lemah. Hilang Iman yang tabah dan kuat selama ini. Bertapa besarnya beban Iman kerananya. Ya Allah... Iman menangis kerananya sedangkan dia pernah berikrar tak akan membuat Iman menangis lagi. Tapi akhirnya air mata Iman menitis kerananya jua. Danish meraup mukanya. Permintaan Iman? Dia buntu.

Tuesday, February 24, 2009

Cinta? Penting ke? 3

“Assalamualaikum...” Adam memberi salam. Kebetulan pula. Baru saja dia sampai di Lembah Bayu. Niat di hati memang ingin memulangkan kembali telefon bimbit Dannia. Tak sangka pula terserempak dengan Dannia yang kelihatan penat. Lagaknya seperti lepas habis jogging sahaja.
“Waalaikumsalam. Adam. Buat apa kat sini?” Jelas wajah Dannia sedikit terkejut. Adam tersenyum kecil memandang wajah Dannia begitu.
“Eh... lucu lah muka you macam tu? I nak pulangkan balik phone you yang tertinggal ni.” Adam menunjukkan telefon bimbit yang sebesar tapak tangan budak umur tiga tahun itu pada Dannia.
“Ohhh... Thanks. Jap I nak ambik kot you semalam.” Dannia mengambil telefonnya dari Adam.
“Eh... tak payah lah dulu. Apa kata kita pergi breakfast first? You mesti tak breakfast lagi kan.” Adam mengajak Dannia bersamanya sarapan pagi.
“Hmm. Okay tapi I tak bawa duit jap I ambil beg I dulu.” Dannia sekali lagi berjaya mecetuskan tawa Adam.
“I yang ajak you kan so I lah belanja. Lagipun setakat nasi lemak dengan teh tarik tu I masih mampulah Cik Dannia. Jom kita pergi makan. Dekat-dekat sini je. Tadi I ada nampak gerai kat depan tu masa lalu masuk sini. You tak kisah kan makan kat gerai?” Adam sudah bergerak balik ke keretnya. Sekejap saja dia sudah hilang masuk ke dalam CRV putih itu dan di ikuti Dannia.

“ Kenapa you selalu ke Bukit Cerakah Adam?” Entah kenapa muncul pertanyaan itu dari bibir Dannia sebaik mereka habis memesan minuman.
“ You tanya I. You pula kenapa?” Adam memulangkan balik pertanyaan itu. Dannia tertunduk.
“ I saja nak tahu. Kalau you tak sudi nak berkongsi tak ape lah.” Dannia kembali mengadakan batas.
“ I ada masalah. Family problem actually. Bonda I... maksud I, mama I. Dia paksa I kahwin tapi I tak boleh nak kahwin lagi. Kalau I tak bawa calon dalam waktu terdekat ini I kena kahwin dengan sepupu I so bagi menenangkan otak I yang berserabut, I pergilah ke sana. Sana ada satu tarikan yang menenangkan I.” Adam bercerita secara ringkas sebab utama dia ke Bukit Cerakah.
“Kenapa you tak bawa calon. You tak nak kahwin dengan sepupu you so you mesti dah ada seseorang dalam hidup youkan?” Dannia memang pasti ada seseorang dalam hidup Adam. Jejaka kacak seperti itu mustahil tak punya pilihan hati.
“Yup. I dah ada pilihan hati tetapi I tak boleh bawa dia jumpa mama I. Dia di Singapura sekarang dan dia masih tak bersedia nak jumpa mama I. I betul-betul tak faham lah Dannia. Entah apa yang kaum perempuan fikirkan. Bila kita dah serius nak jumpakan dia dengan keluarga macam-macam alasan. I buntu sebenarnya Dannia.” Adam memberi peluang untuk pelayan menghantar pesanan makanan mereka.
“So kenapa you tak minta kawan you tolong. Maksud I menyamar jadi girlfriend you. Tak perlu megaku depan mama you just you berdua rapat. Mama you mesti sangka dia girl you tapi disebabkan you tak pernah terus-terang dengan mama you so bila buah hati you balik nanti you boleh memperkenalkan die secara rasmi. I rasa mama you tak akan marah sebab you tak pernah cakap perempuan you rapat tu girl you kan? Main teka-teki dengan mama you. I rasa tak ada masalah untuk you terlepas.” Adam tak sangka Gadis yang nampak ayu dan lembut di hadapannya itu boleh mengeluarkan idea yang cukup bernas.
“You kerja apa ye sebenarnya?” Terkeluar pertanyaan itu. Adam seperti dapat mengagak yang Dannia di hadapannya bukan gadis biasa.
“I legal consultant sebenarnya. I kerja dengan Global consultant firm. buat contract and menasihat dari segi undang-undang.” Dannia rela hati bercerita sedikit.
“Ohh...” Adam mengangguk perlahan. Patutlah gadis itu cerdik. Kerjanya sahaja memerlukan daya analisis yang tinggi.
“You mesti tak percayakan. I ni memang tak ada gaya sebagai seorang consultant pun. Sebab tu kot I...” Dannia segera berhenti apabila sedar yang dia sedang membuka pekung di dada.
“Sebab tu apa? Dannia, I tak kisah kalau you nak cerita kat I atau tak. Tapi adil lah kan kalau you cerita kat I sebab you dah tahu masalah I. Jadi tak salah kalau I tahu masalah you?” Adam cuba menggunakan psikologi pada Dannia.
“Psikologi you tak jalan pada I lah Adam. I pun tahu psikologi tau.”Gurau Dannia dalam ketawa kecil. Ikhlas. Gadis ini memang lain dari yang di pamerkan. Semalam gadis yang bersamanya lembut dan pemalu tetapi gadis dihadapannya ini sangat... apa perkataan yang sesuai? sangat mencabar? ya mencabar dari kepintaran dan tutur katanya. Cuma satu yang ada dan sama. Keikhlasan itu.
“I ni adil orangnya Adam. I tahu you hairan. I memang consultant tapi macam I cakap I tak ada imej sebagai consultant. I pernah cuba mengubah imej I tapi yang I dapat hanya sindiran. I berani mengaku sejak di kutuk dulu I tak berani nak ubah imej I sampai pakwe I pun kena kebas dengan orang lain. Hidup I memang macam ni. Suka atau tak I kena terima. Jangan salah anggap. I tak putus asa tapi I just nak orang terima diri I dalam apa keadaan sekali pun.” Iman hanya bercerita di muara sahaja namun di matanya menceritakan seribu kekesalan.
“Hmm mengubah imej you tak semestinya mengubah siapa diri you sebenar. I boleh tolong you dan I minta you tolong I. Macam mana?” Dalam kepala Adam telah merencanakan pelbagai rancangan serampang dua mata.
“Tolong macam mana?” Dannia berminat. Tak pernah orang yang ingin menolong dia berubah. Tak pernah ada orang yang prihatin pada dia sebegini.
“ Well. I akan tolong you ubah penampilan you ad you kena jadi ‘girlfriend’I. Kita ikut seperti yang you cadangkan pada I tadi. Okay?” Adam merenung lembut kepada Dannia. Dannia kelihatan teragak-agak pada padangan matanya.“Come on Dannia. You tak rugi apa-apa. This win-win situation. Tak kan you nak biarkan selamanya orang pandang rendah pada you.” Adam mencucuk lagi. Dannia rasa tercabar. Dannia hanya senyap. Dia masih berkira-kira untuk menerima atau tak Dannia hanya senyap. Dia masih berkira-kira untuk menerima atau tak tawaran Adam. Nyata dia masih takut untuk melangkah. Perlukah Dia Menerima?am

Cinta? Penting ke? 2

Pertama yang mengikat hati.

Sepanjang perjalanan hanya sepi menemani mereka. Adam dengan dunianya dan Dannia leka dengan lamunannya. Yang memecah heningan susana mereka adalah hanyalah apabila jeritan kecil Dannia bergema ketika Adam berhenti mengejut kerana ada kereta yang melanggar undang-undang jalan raya telah keluar laju dari simpang hadapan mereka. Nasib baik Adam sempat berhenti mengejut, kalau tidak sama ada mereka berbincang dalam dinginnya hujan yang masih lebat di luar sana atau hangatnya suasana hospital.
Tidak puas hati, Adam mencarut kepada pemandu yang kurang berhemah itu. Terkeluar perkata-perkataan yang selama ini hanya tersimpan buat pemandu itu. Tak pasal-pasal dia sudah menambah dosanya hari ini.
Dannia disebelahnya hanya memejam mata. Kemalangan lalu terimbas kembali. Tangannya menggigil. Ketakutan jelas di wajahnya. Tubuhnya bergetar hebat. Dia benar-benar takut. Terbayang lagi darah ibu pada tubuhnya ketika melindungi dia dari pecahan kaca cermin hadapan kereta. Terlayar kembali tubuh longlai ibunya yang di usung keluar penuh luka dan darah itu. Perlahan-lahan air matanya turun ke pipi.
“ Dannia.... Dannia.... Hei Dannia.” Panggil Adam lembut dengan tangannya menggoncang lembut tubuh Dannia. Adam sebenarnya tekerjut bila menoleh pada Dannia untuk memastikan gadis itu selamat namun apa yang dilihatnya adalah gadis itu menangis dengan tubuh yang menggigil. Setelah di goncang tubunya baru Dannia memberi reaksi itupun bagaikan baru bangun tidur yang mengalami mimpi ngeri. Di wajah Dannia jelas garis-garis ketakutannya.
“Kenapa ni?” Tanya Adam lembut. Wajahnya bimbang, risau dan penuh ambil berat. Kali pertama dia bersama gadis ini. Hari pertama pekenalan mereka. Ini kali pertama dia duduk sekereta dengan gadis ini dan ini juga kali pertama dia berbual dengan gadis ini. Tetapi percaya atau tak... hatinya sudah ingin melindungi gadis ini. Dia sudah pandai bimbangkan gadis di sebelahnya ini.
Dannia mengesat air matanya. Dia menggeleng perlahan. Hanya membiarkan jari jemarinya di genggam erat. Wajah simpati Adam di tonton serba-salah. Malu dirinya. Sudahlah menumpang. tapi masih nak buat hal lagi.
“Tolong jangan buat macam tu lagi.” Hanya segaris ayat itu keluar dari bibir Dannia. Dannia menunduk mengambil beg tangan dan hartanya yang berterabur jatuh ketika kejadian tadi. Adam sebenarnya ingin bertanya lagi namun melihat Dannia sudah sedikit pulih, terbatal niat Adam itu. Adam meneruskan perjalanan mereka. Kali ini lebih berhati-hati dan fokus.
“Terima kasih.” Ucap Dannia ringkas dalam suaranya yang penuh kelembutan sambil cuba membuka kot Adam yang tersalut di tubuhnya. Dannia tak terpandang wajah Adam kerana rasa malu terhadap kejadian tadi masih bersisa.
“ Sama-sama. Tak payah pulangkan dulu kot tu. Baju awak basah. Nanti nampak pelik pula orang tengok. Bila kita berjumpa lagi nanti awak pulangkan lah.” Adam menghalang Dannia menyerahkan kembali kotnya. Seperti percaya akan ada pertemuan yang kedua. Lagipun dia rasa tak elok kalau Dannia naik dengan baju yang melekat di tubuh. Walaupun hampir kering namun kesan basahan itu masih ada. Tak ingin tubuh itu pertontonkan sebenarnya.
Dannia serba salah. Namun dia menurut juga. Dia sendiri malu nak keluar dengan keadaan yang di kira agak seksi padanya. Sekali lagi Dannia mengucapkan terima kasih. Adam hanya mengangguk. Adam melihat Dannia berjalan lemah masuk ke dalam bangunannya sehingga gadis itu masuk ke pintu lif, baru Adam bergerak pergi.


Pekara terakhir yang Dannia mahu adalah bertemu dengan sesorang dia kenali saat ini. Mungkin hari ini bukan hari yang baik buat Dannia, sebaik dia sampai di hadapan pintu rumahnya, dia dikejutkan dengan pandangan matanya sendiri apabila melihat abangnya Ashraf sudah ada di hadapan kondonya. Melihat wajah abangnya, Dannia dapat meneka pasti sekejap lagi wajiblah dia kena soal kerana keadaannya begini.
 Ashraf melihat adiknya. Dahlah berpakaian yang masih lembab di tambah pula kot lelaki yang membaluti tubuh adiknya. Hati Ashraf berkocak hebat. Dari mana je adik aku ni? Ingin bertanya lebih lanjut namun melihat wajah Dannia yang cuak, membuatkan hatinya berbelah bagi. Dia memang tegas dengan adiknya malah kata teman-temannya dia terlalu melindungi adiknya namun tanpa adiknya atau temannya sedar adakala hanya dengan melihat sinar kelembutan di mata adiknya, hati Ashraf yang tegas itu terus mengalah. Seperti sekarang, dia tak sanggup bertanya yang bukan-bukan melihat keadaan Dannia yang cuak itu.
“Adik dari mana ni?” Tak menyempat Ashraf bertanya. Dia hanya singah sekejap untuk melawat adiknya. Sebentar lagi dia kena masuk bertugas untuk shif malam.
“Dari bukit Cerakah. Hujan tadi kat sana. Along nak masuk dulu?” Dannia membuka pintu rumahnya. Tiada tanda-tanda abangnya nak masuk ke kondonya.
“ Tak pe. Along singgah sekejap. Tengok-tengokkan adik. Ini kot siapa ni?” Ashraf menyentuh lembut kot yang ada di tubuh Dannia.
“ Kot kawan. Tadi dia hantarkan adik balik. Kawan je along.” Dannia, cepat-cepat menerangkan.
“Hmm tak kisahlah. Ucapkan terima kasih along pada dia. Nanti-nanti ajak dia ke rumah. Adik pun balik lah. Papa dah rindu kat adik. Along pergi dulu. Dah masuk ni jangan lupa kunci pintu.” Ashraf menasihati adiknya. Di matanya adiknya masih kecil lagi. Dannia lah satu-satu adiknya. Selagi Dannia tidak kahwin, dia berhak ke atas Dannia. Dannia tanggung jawabnya.
“Baik along.” Dannia menyalam tangan abangnya. Dia tahu abang dan papanya sayang pada dirinya. Hanya mereka terlalu sibuk dengan perkerjaan sehingga dia sering di abaikan.


Sebaik masuk ke rumah, Dannia pantas mencari-cari telefon bimbit di dalam begnya untuk menghubungi papanya. Terasa bersalah dia sudah lama tak menghubungi papanya. Puas dia mencari namun tak temui juga di dalam beg tangannya itu.
‘Mana lah pulak telefon ni. Waktu kita perlu lah dia nak hilang. Kenapa tak hilang esok ke lusa ke.’ Dannia merungut sendirian. Akhirnya dia mengambil jalan mudah untuk menghubungi telefon bimbitnya sendiri. Terbantut seketika niat ingin menghubungi ayahnya.
Adam yang ketika itu sedang memandu terdengar bunyi asing. Lagu Rumahku Syurgaku. Hai bila pula ada lagu ni? Akhirnya Adam memakir kereta di tepi jalan. Dia nampak cahaya keluar dari bawah  kerusi penumpang. Cepat-cepat Adam mencapainya. Telefon bimbit? Tapi siapa yang punya ni? Adam menekan receive call. Lalu menelefon nombor tadi. 
“ Hello.” Adam terkedu seketika. Seperti dia pernah mendengar suara ini. Suara Dannia. Pasti gadis itu tertinggal telefon di dalam keretanya.
“Assalamualaikum Dannia. Adam ni.” Adam memperkenalkan dirinya. Dannia di sebalik talian sana pun terkedu. Seketika talian itu sepi.
“ Waalaikumsalam. Adam. Ada apa ye?” Dannia pelik. Bagaimanalah Adam mendapat number rumahnya. Seingatnya nombor telefon bimbit pun dia tak bagi. Pelik-pelik.
“Dannia tertinggal handphone dalam kereta saya. Nak saya pulangkan sekarang ke?” Adam bertanya. Takut ada kepentingan pada telefon itu pada pemiliknya.
“Adam kat mana ni?” Tanya Dannia lembut.
“Saya dah nak sampai rumah.” Adam tetap menjawab jujur walaupun sebenarnya hati dia terasa hairan. Apa kena dengan pertanyaan itu dengan niatnya?
“Kalau macam tu tak pe lah. Esok-esok lah Adam pulangkan. Tak penting pun. Menyusahkan Adam je.” Selembut orangnya selembut itu juga bahasa Dannia. Hai... ada lagi gadis macam ni rupanya.

Cinta? Penting ke? 1

BAB 1

Pertemuan yang di takdirkan
           
Dannia melangkah lagi ke tempat pertapaannya petang ini. Salah satu rutin hidupnya yang baru. Tiga bulan kebelakangan ini sudah menjadi kebiasaan untuk Dannia ke mari. Ke taman Bukit Cerakah ini. Dulunya dia ke mari hanya di hujung minggu untuk merehatkan minda. Namun tiga bulan ini, setiap petang dia akan ke mari tanpa seharipun dia tertinggal untuk termenung di sini.

 Ya setiap kali ke mari, pasti Dannia mesti termenung panjang. Adakalanya dia berkhayal mencipta dunianya sendiri yang bahagia buat seketika. Hanya satu mahunya Dannia iaitu dia ingin lari dari kehidupannya. Ingin melupakan hidup dirinya yang cukup menyedihkan. Walaupun puas selama ini dia berusaha membuat hidupnya berwarna namun sering kali itu dia tewas. Dannia tak bertuah seperti orang lain sejak kecil namun dia tetap berusaha untuk menjalani hidupnya dengan gembira. Namun bahagiakah dia kalau hidupnya sentiasa di kelilingi dengan kesepian.

Keluarga yang sepi. Dia besarkan oleh bapa tunggal dan abangnya, Dannia perlu berdikari sendiri. Tiada sentuhan wanita dalam kehidupannya sewaktu membesar. Sedangkan papanya sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor bergitu juga abangnya yang sibuk mengikut jejak papa mereka. Tinggal dirinya sendiri yang mecorak waktunya. Akhirnya dia sibuk dengan pelajarannya. Cuba melupakan kesunyian dengan buku-buku yang boleh di baca. Keputusannya dia terus terpinggir dan di pinggirkan kerana sikapnya yang dikatakan kera sumbang itu.
Sudah terbiasa sejak dari kecil dia terpinggir dari kawan-kawan sebaya hinggalah ke zaman universiti dan sekarang walau sudah berkerja, Dannia tetap tak ramai kenalan apatah lagi mereka yang boleh di gelar sebagai kawan. Cuma sekali pernah dia rasai apa rasanya berteman. Hanya sekali dia dapat merasakan hidupnya di ambil berat dan ada yang peduli. Tapi semua itu kisah dulu. Satu ketika dulu yang satu-satunya waktu dia tak rasa sunyi. Namun itu semuanya kisah lama.

 Ya ada sekali dalam hidupnya dia berteman dan sememangnya waktu itu mungkin dia tak sesunyi kini kerana ada Zarul yang menemaninya hidupnya. Kawan yang pertama di dalam hidupnya. Teman pertama yang dia miliki di dalam hidupnya. Kekasih pertamanya juga. Setahun menyelam kasih. Mungkin sudah di suratkan dalam talian takdir, dia dan Zarul tak berjodoh. Maka akhirnya dia di tinggalkan dan di biarkan kembali sepi.
Tiga bulan sudah  pekara itu berlalu, namun hidupnya tak membaik malah  dunianya di rasakan semakin sunyi. Adakala terlalu sunyi sejak Zarul pergi dari hidupnya. Dia tak menyalahkan Zarul. Zarul sebagai lelaki yang bergaya, kacak dan ada kerjaya pasti ingin memilih gadis yang sepadan dengannya. Bukan seperti dirinya yang dunianya hanya kerja dan rumah. Yang pakaiannya hanya baju kurung dan tudung litup ke perjabat. Sedangkan pasangannya kini gadis cantik yang sentiasa mengikut pegerakkan waktu dunia fasyen. Membandingkan dirinya dan Intan, gadis itu bak permata yang berkilau manakala dia hanya kristal yang pudar warnanya.

Mengenangkan sedihnya hidupnya kini, Dannia tak pernah berhenti mengunjungi tempat ini kerana di sini saja rasanya dia boleh bernafas usai seharian di pejabat di hidangkan gelak tawa pasangan kekasih itu. Hingga adakalanya tangisan itu akan menitis sendiri kala hatinya terasa pedihnya cinta yang sunyi. Sedih sungguh sedih hidupnya.


“Dummm......” Bunyi guruh di langit menyedarkan Dannia dari lamunannya. Gendang alam itu memberitau Dannia bahawa dia perlu cepat. Kerana kalau hujan membasah bumi nanti pasti sukar bagi dia berjalan ke jalan besar dan mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah .
Sejak, kemalangan yang meragut nyawa ibunya ketika dia berusia 10 tahun, Dannia seakan fobia untuk memandu. Dia nampak sendiri ibunya yang sedang memandu di rempuh oleh lori sebaik menjemput dia dan abangnya pulang dari sekolah. Hampir setahun juga dia trauma menaiki kereta. Atas sebab itu juga di hantar oleh Dr Arif, papanya ke kampung tinggal bersama atuk dan neneknya. Dannia bersekolah di kampungnya di Muar sehingga dia di terima masuk dalam fakulti undang-undang di Univeristi Malaya, barulah Dannia tinggal kembali bersama Dr Arif.

Saat Dannia melalui tempat pakir, hujan rintik-rintik telah mula membasah bumi. Di situ juga dia bertemu dengan pemuda yang biasa dia lihat di Taman itu. Sejak seminggu dua ini, wajah pemuda itu sememangnya akan di tatap sama ada ketika dia sampai mahupun sewaktu dia pulang dari sini. Sudah terbiasa melihat wajah itu, Dannia dengan sendiri melemparkan senyuman ke arah pemuda yang sedang membuka pintu kereta itu. Pemuda yang mungkin juga sepertinya. Pemuda pun nampak sunyi dan sendiri di dalam hidupnya.


Adam melalui jalan yang mula basah oleh hujan yang sudah mula lebat itu. Di pertengahan jalan dia ternampak gadis yang selalu tersenyum padanya setiap kali mereka bertembung di Bukit Cerakah ini. Sangkanya tadi ketika bertemu di tempat pakir, gadis itu sedang dalam menuju ke kereta sendiri, tak sangka pula gadis itu tak memandu malah sanggup berjalan dalam hujan sebegini. Entah mengapa mudah sahaja Adam memberhentikan keretanya.

“Cik nak ke mana ni? Hujan lebat ni. Mari saya tolong hantarkan.” Adam bertanya dari tempat duduknya. Dia membuka cermin di tempat penumpang, tak kisah tempias hujan itu membasahi keretanya.

“ Saya nak ke jalan besar. Tak sangka tak ada teksi pula kat sini. Tapi tak apalah encik, saya boleh jalan je.” Dannia menolak. Hatinya cuak. Bukan cara Dannia mengikut lelaki atau sesiapa saja dia tak kenali. Dia takut berbuat begitu.

“Jauh tu. Tak apa. Masuklah. Saya hantarkan cik balik. Hujan ni.” Adam bertegas ingin menghantar gadis itu.

Melihat si gadis masih tak berganjak. Adam mengambil payung dari bawah tempat duduk berlakang dan keluar menuju tempat gadis itu tu berdiri. Sekelip mata Adam dan si gadis sudah di bawah satu payung. Adam menarik tangan si gadis berjalan ke arah pintu penumpang.

“Awak jangan berani apa-apakan saya. Saya ada silat tau.” Dannia semakin menggeletar apabila pemuda itu berani menarik tangannya. Dia menarik-narik tangannya namun genggaman itu seakan sukar untuk di leraikan.
“ Saya ada kungfu. Saya nak hantar awak je. Saya ikhlas. Masuklah. Kat sini dah lah hujan, gelap pula tu. Nanti jadi apa-apa, saya rasa bersalah pula. Kalau saya buat apa-apa nanti awak silatkan je lah saya ni.” Adam cuba meyakinkan si gadis. Dia tersenyum nipis apabila si gadis makan pujukkannya dan masuk ke tempat penumpang.
“Saya Adam. Nama awak?” Adam bertanya pada gadis itu. Dari sekilas pandang Adam tahu gadis di sebelahnya nampak pucat dan menggeletar. Cuma dia tak pasti gadis itu menggeletar kesejukan atau kerana takutkan dia. Adam mengambil tuala kecil dari tempat duduk berlakang lalu di hulurkan pada si gadis si sebelahnya.

“Terima kasih. Saya Dannia.” Akhirnya si gadis bersuara juga. Cantik nama itu bisik hati Adam. Selembut orangnya juga. Sesuai benar dengan namanya. Buat seketika mata Adam terpaku pada Dannia menyambut tuala kecil dari tangan dan lalu mengesat basahan hujan di wajah lembut penuh keibuan itu.
“Ehem... Dannia duduk kat mana? Boleh saya hantarkan.”Adam segera menawarkan pertolongan menutup kelekaannya kala merenung wajah lembut itu. Kalau tak kerana wajah Dannia yang tadinya putih tiba-tiba memerah kerana renungannya, tak mungkin untuk Adam sedar yang dirinya sedang merenung anak gadis orang.
“Saya duduk di Lembah Bayu. Tapi tak apa. Menyusahkan Adam je nak hantar saya. Saya boleh naik teksi. Adam hantarkan saya sampai ke jalan besar sudah cukup saya berterima kasih.” Ujar Dannia lembut. Dannia serba-salah pula rasanya kerana menyusahkan lelaki yang bernama Adam ini. Sesekali Dia menarik-narik baju kurungnya yang melekat di tubuhnya. Rasa tak selesa.

“Tak apa. Saya boleh hantar awak. Tak selesa ye? Awak ambillah kot saya kat berlakang tu. Baju awak basah tu, nanti demam pula.” Adam sekali lagi menawarkan pertolongan. Dia nampak ketidakselesaan Dannia.

Kali ini Dannia tak lagi menolak. Dia benar-benar tidak selesa dengan keadaannya sekarang lalu Dannia terus sahaja mengambil kot Adam di tempat duduk belakang lalu di sarung ke tubuhnya. Di situ juga dia ternampak ada briefcase. Pada pemikirannya mesti Adam juga sepertinya yang baru balik kerja. Tadi dari perjabat Pak Mail pemandu papanya yang menjemput Dannia. Sengaja dia menyuruh Pak Mail menghantarnya ke mari, kerana tak mahu menyusahkan Pak Mail, Dannia menyuruh Pak Mail balik dahulu dan dia boleh balik menaiki teksi seperti hari-hari lalu. Tak sangka apa yang terjadi kini akan berlaku. Tak terduga hari ini dia akan terhutang budi pada Adam.

Sunday, February 22, 2009

Jodoh atau Cinta 16

Iman membantu Mak Timah menyediakan hidangan di atas meja. Sesekali terdengar suara mertuanya dan keluarga Mak Long Danish ketawa. Iman langsung tiada hati untuk menyertai mereka kalau hanya dia akan menjadi bahan sindiran mak long Danish.
“ Mana pula si Maya ni. Hmm tadi dia juga tak sabar-sabar nak ke sini. Kamu tahu Hajar sampai-sampai je Maya tu ke sini terus nak jumpa kamu. Yelah mesti rindu kat Danish.” Puan Hartimah sengaja bersuara kuat agar dapat di dengari oleh Iman. Biar Iman tahu kedudukannya di mana.
“Eh Maya dah balik ke kak long?” Tanya Datin Hajar berbasa basi.
“Yelah. Katanya tak seronok tinggal kat sana sorang-sorang. Lagipun Danish kan dah balik sini. Hmm... kalau tak kerana hal dulu tu agaknya Danish dan Maya tu dah lama selamat. Dah bercucu kita ni. Tapi macam mana nak buat ubat guna-gua perempuan tu kuat sangat. Macam tu maknya macam tu anaknya. Mak dia dulu bukan tak tahu macam tu juga. Kahwin tak sampai berberapa tahun dah bercerai.” Nyaring suara Puan Hartimah menyindir.
Iman yang tahu dirinya tersindir rasa terhina. Terlepas gelas di tangan ketika mendengar ibunya turut di kaitkan. Ini semua kerana Danish. Hatinya terguris sangat apabila ibunya di kait bersama. Kalau hanya dia di hina, dia tak kisah. Tapi ibunya. Dia tak boleh hendak menrima.
Danish ingin menjawab kata-kata hinaan itu. Hatinya turut sakit apabila isterinya di hina. Seolah olah maruahnya turut di pijak. Namun baru di membuka mulut, lantas terdengar bunyi kaca yang jatuh pecah. Dia pantas berpaling. Wajah Iman yang sedikit pucat itu di sambar mata. Danish baru tersedar Iman telah mendengar semuanya. Pasti Iman terluka. Danish pantas bangkit lalu berjalan menghampiri Iman.
“Maaf tangan Iman licin.” Iman dengan tergagap menjelaskan apabila semua mata di situ memandangnya. Iman duduk mencangkung Ingin mengutip kaca yang pecah. Nasib bukan jenis kaca yang jatuh berderai.
“Biar Danish yang buat.” Danish sudah duduk mencangkung di sisi Iman. Tangannya memegang pegelangan tangan Iman yang sibuk mengutip kaca.
“Tak payah. I boleh buat sendiri. You pergilah berbual dengan keluarga you.” Iman menolak pertolongan itu. Suaranya tanpa perasaan memang amat menakutkan Danish. Mereka baru sahaja nak berbaik dah ada halangannya.
“Tak apa biar I tolong you. Nanti you luka.” Danish masih berdegil ingin membantu. Tangannya ingin mengambil kaca di tangan Iman.
“I kata tak payah. Tak payahlah.” Iman tegas. Sambil melarikan tangannya berisi kaca itu dari Danish. Tanpa dia sedari salah satu kaca itu sudah tersusuk di tapak tangannya. Pedih. Namun dia diamkan sahaja. Iman bangun di ikuti Danish
“Iman...” Danish bersuara geram.
Kemudian terdengar suara manja Maya memberi salam. Iman hanya menoleh ke arah Maya sebentar. Gadis itu ramah bersalaman dengan mertuanya.
“I nak pergi dapur. Dah siap ni. Lagipun kekasih you dah sampai tu.” Iman pantas menghilangkan diri ke dapur. Danish ingin mengikuti Iman namun suara Maya dulu menyapa telinganya.
“Danish...” Dari pintu dapur Iman mendengar suara Maya menjerit girang nama Danish. Tanpa peduli Iman mengenggam kuat kaca yang pecah di tangannya. Bertambah dalam luka tadi Baru tadi dia di peluk sekarang sudah ada perempuan lain yang menjerit gembira nama suaminya itu. Inikah lelaki yang harus dia percaya? Lelaki yang tak akan berhenti melukakannya.

“Kenapa ini Iman?” Mak Timah terkejut melihat Iman mencampakkan kaca yang pecah ke dalam tong sampah. Kaca-kaca itu di cemari darah.
“Iman terpecahkan gelah Mak Timah. Mak Timah tolong kemaskan luar tu boleh. Tinggal lap je lagi.” Pinta Iman lembut. Dia tak mahu Mak Timah menyedari matany a yang sudah berkaca itu.
“Yelah. Nanti Mak Timah kemaskan kat luar tu. Tapi tangan Iman ni?” Mak Timah sedikit risau. Mak Timah memang sayangkan menantu Datin Hajar ini. Pada Mak Timah Iman memang gadis yang abik dan pandai mengambil hati tuanya.
“Sikit je ni Mak Timah. Iman ubatkan sendiri.” Iman pantas ke sinki. Paip di buka seluasnya pantas luka tadi di tadah di bawah pacuran air. Sederas air pais yang mengalir di cemari darah itu, setitis air mata Iman jatuh. Takkan hati Iman maafkan Danish. Kerana perkahwinan ini ibunya di hina. Kerana Danish.

Mata tua Mak Timah melirik ke ruang tamu. Patutlah Iman sedih rupanya ada Maya. Mak Timah kenal Maya lebih lama dari dia mengenali Iman namun hatinya lebih menyukai Iman dari Maya. Entah kenapa dia merasakan Maya itu gadis yang bepura-pura. Geli dia melihat Maya berkepit dengan Danish. Tak sanggup berlama-lama di situ Mak Timah pantas bangkit sebaik selesai tugasnya.
“Hisy cik Maya tu tak habis-habis nak menggoda Tuan Danish. Iman kamu pergilah ke luar temankan Tuan Danish. Kamu tak takut ke nanti Tuan Danish tu?” Omel Mak Timah sebaik masuk ke dapur. Cuma kali ini omelannya tak panjang apabila menyedari Iman mengelap air mata di pipi.
“ Iman kamu kenapa? Iman menangis ke?” Mak Timah pantas mendekati Iman. Berlakang gadis itu di usap lembut.
“Taklah Mak Timah.” Iman menggelengkan kepala. Segaris senyuman sayu di hadiahkan pada Mak Timah.
“Tak usah nak bohong dengan Mak Timan, Iman. Mak Timah tahu kamu menangis. Mak Timah tersalah cakap ke?” Cuak juga hati tua itu kalau-kalau Iman menangis kerananya.
“Hisy tak adalah Mak Timah. Tangan ni pedih sangat. Lagipun Mak Timah, saya tak kisah Danish dengan Maya tu. Biarkan mereka. Nak kahwin pun tak apa.” Ujar Iman lembut. Danish bukan untuknya dan bukan yang boleh dia sandarkan hati ini. Wajahnya di maniskan.
“Hisy kamu ini Iman. Tak sayang laki apa. Dahlah jangan nak mengarut. Mak Timah nak siapkan meja tu dulu. Dah lambat dah ni.” Mak Timah pantas menyambung kerjanya. Menganggap kata-kata Iman itu sekadar perasaan cemburu.
“Dia yang tak pernah sayangkan saya Mak Timah.” Perlahan kata-kata itu terluah dengan setitis lagi air mata. Hanya dia mampu mendengar. Sedihnya hati dia.

Saturday, February 21, 2009

Jodoh Atau Cinta 15

Danish memandu tenang. Sesekali matanya melirik wajah Iman yang sedari tadi mengelamun. Danish perasan yang Iman berubah sejak dia meminta Iman membuatkannya kek keju tadi. Wajahnya tak seceria tadi dan sering mengelamun. Iman juga seakan tidak perduli akan dirinya. Kemesraan yang tercipta tadipun seakan musnah. Hati Danish cuak dibuatnya.
“Kenapa senyap je ni? Iman?” Danish cuba bertanya lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“I tengok you macam risaukan something je. Ke susah sangat nak buat kek keju tu sampai you mengelamun?” Duga Danish.
“No. I just terfikir kenapa mama suruh kita keluar pergi beli. Kenapa tak pesan kat Mak Timah dengan Pak Usop je.” Iman sengaja mengelak. Danish tahu Iman ingin mengelak namun di turut juga. Dia tak ingin memaksa. Kalau itu rentak Iman dia akan menari bersama.
“Entahlah mama tu. Tapi tak salahkan kalau mama minta kita tolong. Lagipun kita berdua bukan selalu dapat keluar macam ni. Masing-masing sibuk. I rasa lepas ni nak minta you tolong belikan barang dapur dengan I lah. Why not you move in with me?” Ajak Danish. Memang sejak kakinya melangkah di bumi Malaysia ini dia ingin Iman serumah dengannya dan baru hari ini hasrat itu terluah.
Satu ajakan yang membuatkan jatung Iman hampir pecah mendengarnya. Hah... Benarkah apa yang di dengarinya? Danish mengajaknya pindah ke kondo lelaki itu? Ya Allah, apalah yang Danish rancang sebenarnya? Danish berhentilah menduga diri ini. Mungkinkah Danish mengajaknya kerana Maya tiada di sisi lelaki itu? Memori melukakan melihat Maya di rumah Danish masih segar dan tak akan pernah padam. Bukan sekali dia terserempak Maya keluar dari bilik Danish dalam keadaan mencurigakan tetapi dah dua kali terserempak. Kalau kali ketiga rasanya jantung dia akan pecah menahan sakit.
“I silap dengar ke Danish? You ajak I tinggal dengan you?” Suara Iman berbaur antara terkejut dan sinis.
“Ye apa salahnya? You isteri I. Memang patut you tinggal sekali dengan I.” Danish berlagak tenang. Kereta di pakir di garaj di hadapa rumah agam milik keluarganya.
“Untuk kurang dari lima bulan lagi Danish. Lepas tu seperti janji I, I aka pergi dari hidup you. You lupa ke? Lagipun I dah ada rumah sendiri dan selama ini pun I memang hidup sendiri. I dah biasa Danish.” Iman menjawab perlahan. Namun cukup perlahan untuk menikam hati Danish ke pelusuk paling dalam.
Danish tak mengerti kenapa asyik-asyik Iman menyatakan dia kan meninggalkan hidup Danish tak lama lagi. Rasanya Danish tak pernah berkata ya tentang perjanjian itu. Danish tak faham apa kemahuan Iman? Dia tahu dia banyak menyakiti Iman namun tak ada ruangkah untuk mereka perbaiki bersama? Kenapa Iman tak faham bahasa cinta yang dia cuba sampaikan dalam tempoh sebulan lebih ini?
‘Iman... Jangan harap aku akan melepaskan mu. Setekadnya kau ingin pergi dariku. Lagi tekad untukku mengikat kau terus di sisiku. Walau dengan apa cara sekalipun.’ Danish memasang tekad.
“I tak pernah berjanji melepaskan you Iman. Bukan selepas enam bulan. Bukan selepas enam tahun. Mahupun selamanya. Seperti I kata dahulu selagi I tak lafaskan you tetap akan jadi isteri I.” Tegas Danish. Iman menoleh pantas. Mata bertemu mata. Hati ingin berbicara namun Iman pantas menggeleng. Kesakitan dulu lebih banyak mengajarnya untuk tidak percaya.
“Maafkan I, Danish. I dah tak mampu menjadi badut menangis untuk you lagi.” Bisik Iman pantas keluar dari kereta itu. Danish tergamam. Tangannya memukul keras stering tersebut. Biar sakit namun hatinya lebih parah.

Datin Hajar memandang sepi Iman yang sibuk membantu Mak Timah mengacau gulai di atas dapur itu. Dirinya sendiri tak tahu di mana silapnya sehingga rancangannya merapatkan kedua anak menantunya itu tak berjaya malah semakin renggang pula di lihatnya. Hisy macam mana lah boleh jadi macam ni?
“Mama, mak long datang.” Entah dari mana Danish muncul memberitahu kakak Datin hajar, Hartimah datang.
“Mak Long kamu datang? Apa pula yang mak long kamu nak ni?” Dalam mengomel Datin Hajar tetap bangkit.
Dada Iman sudah bedebar mendengar kedatangan Puan Hartimah, maklong Danish. Bagi Iman wanita lebih setengah abad itu amat menakutkannya. Kata-katanya boleh menghancur lumat hati Iman. Sering sangat menyindir seolah-olah Iman ini tiada harga diri.
Danish tidak keluar bersama mamanya sebaliknya berjalan menghampiri Iman. Perlahan-lahan tubuh Iman di peluk dari berlakang. Terasa tubuh Iman mengejut atau terkejut. Danish tak perduli. Mula hari ini dia tak akan perduli lagi. Yang penting Iman tahu dia sayangkan gadis itu. Egonya di tangga kedua.
“Iman bukan badut. Danish pun tak nak isteri Danish ni badut. Kalaupun Iman teringin sangat nak jadi badut. Danish akan jadikan Iman badut yang ketawa gembira bukan badut yang menangis kerana memang badut sepatutnya ketawa gembira bukan menangis.” Bisik Danish di telinga Iman. Ayat yang penuh maksud. Harap-harap Iman mengerti.
Iman sekali lagi terkedu. Dia mengerti apa yang cuba di sampaikan. Tapi percayakah dia? Pelukkan ini? Pelukan Danish erat di rasakannya. Kenapa dia tak menolak? Iman cuba menjauhkan diri. Namun Danish memeluknya semakin erat. Iman mengeraskan diri.
“Nak terjun dalam periuk ke sayang?” Usik Danish. Wajah Iman semakin merah. Tak pernah Danish memperlakukannya sebegini. Dia tak tahu bagaimana untuk memberi tindak balas. Selama hampir lima tahun menyandang gelaran isteri Danish, inilah kemesraan pertama yang di tunjukkan oleh Danish padanya. ‘Sayang’ ini kali pertama Danish memanggilnya begitu.
“You ni kenapa Danish? Lepas...lah.” Iman tergagap-gagap melepaskan diri. Dia tak ingin terbuai begitu.
“Hisy sekejap je. I selesa begini. Rasa suam-suam kuku je.” Danish semakin erat memeluk Iman. Iman pula semakin malu apabila terdengar ketawa kecil. Mesti suara Mak Timah.
‘YA Allah... Mak Timah. Pasti dia tengok semua ni. Malunya...’ Kata-kata itu terluah hanya di hati Iman.
“Danish, lepaslah... Malulah kat Mak Timah.” Sekali lagi Iman cuba melepaskan diri.
“Alah... Mak Timah sporting la. Lagipun you kan isteri I. I nak buat apa kat you pun tak ada yang nak marah.” Danish masih berdegil. Hisy Danish ni kena sampuk ke?
“Hisy you ni kenapa? Lepas lah...” Rayu Iman lagi. Danish hanya ketawa kecil. Manja suara Iman di telinganya. Dia ingin Iman merayunya lagi.
“ Danish... Ya Allah budak-budak ni tak sabar-sabar ke? Danish kamu ni tak malu ke kat Mak Timah? Dah pergi keluar. Berbual dengan Pak Long kamu. Mengacau je. Iman sibuk mengacau dalam periuk, kamu pula sibuk mengacau dia.” Bebel Datin Hajar. Di bibirny a tergaris senyuman paling bahagia. Danish terkejut dengan teguran Datin Hajar yang tiba-tiba muncul.
“Alah mama ni. Mak Timah tak bising pun. Okaylah sayang, Danish keluar dulu. Nanti Dalam bilik kita sambung ye.” Danish sengaja ingin mengusik Iman. Satu kucupan lembut di hadiahkan ke pipi yang merah itu. Saja buat gimik depan mama dia.
Iman yang terkejut dengan ciuman itu lantas memegang pipinya. Matanya menyorot memandang Danish yang melangkah keluar dari dapur yang besar itu. Di pintu dapur tersebut sempat lagi Danish menghadiahkan kenyitan mata padanya. Sah... Danish dah tersampuk ni. Namun hati gadis Iman tetap tersenyum senang. Bak ada rama-rama di dalamnya.

Jodoh atau Cinta 15

Danish memandu tenang. Sesekali matanya melirik wajah Iman yang sedari tadi mengelamun. Danish perasan yang Iman berubah sejak dia meminta Iman membuatkannya kek keju tadi. Wajahnya tak seceria tadi dan sering mengelamun. Iman juga seakan tidak perduli akan dirinya. Kemesraan yang tercipta tadipun seakan musnah. Hati Danish cuak dibuatnya.
“Kenapa senyap je ni? Iman?” Danish cuba bertanya lembut.
“Tak ada apa-apa.”
“I tengok you macam risaukan something je. Ke susah sangat nak buat kek keju tu sampai you mengelamun?” Duga Danish.
“No. I just terfikir kenapa mama suruh kita keluar pergi beli. Kenapa tak pesan kat Mak Timah dengan Pak Usop je.” Iman sengaja mengelak. Danish tahu Iman ingin mengelak namun di turut juga. Dia tak ingin memaksa. Kalau itu rentak Iman dia akan menari bersama.
“Entahlah mama tu. Tapi tak salahkan kalau mama minta kita tolong. Lagipun kita berdua bukan selalu dapat keluar macam ni. Masing-masing sibuk. I rasa lepas ni nak minta you tolong belikan barang dapur dengan I lah. Why not you move in with me?” Ajak Danish. Memang sejak kakinya melangkah di bumi Malaysia ini dia ingin Iman serumah dengannya dan baru hari ini hasrat itu terluah.
Satu ajakan yang membuatkan jatung Iman hampir pecah mendengarnya. Hah... Benarkah apa yang di dengarinya? Danish mengajaknya pindah ke kondo lelaki itu? Ya Allah, apalah yang Danish rancang sebenarnya? Danish berhentilah menduga diri ini. Mungkinkah Danish mengajaknya kerana Maya tiada di sisi lelaki itu? Memori melukakan melihat Maya di rumah Danish masih segar dan tak akan pernah padam. Bukan sekali dia terserempak Maya keluar dari bilik Danish dalam keadaan mencurigakan tetapi dah dua kali terserempak. Kalau kali ketiga rasanya jantung dia akan pecah menahan sakit.
“I silap dengar ke Danish? You ajak I tinggal dengan you?” Suara Iman berbaur antara terkejut dan sinis.
“Ye apa salahnya? You isteri I. Memang patut you tinggal sekali dengan I.” Danish berlagak tenang. Kereta di pakir di garaj di hadapa rumah agam milik keluarganya.
“Untuk kurang dari lima bulan lagi Danish. Lepas tu seperti janji I, I aka pergi dari hidup you. You lupa ke? Lagipun I dah ada rumah sendiri dan selama ini pun I memang hidup sendiri. I dah biasa Danish.” Iman menjawab perlahan. Namun cukup perlahan untuk menikam hati Danish ke pelusuk paling dalam.
Danish tak mengerti kenapa asyik-asyik Iman menyatakan dia kan meninggalkan hidup Danish tak lama lagi. Rasanya Danish tak pernah berkata ya tentang perjanjian itu. Danish tak faham apa kemahuan Iman? Dia tahu dia banyak menyakiti Iman namun tak ada ruangkah untuk mereka perbaiki bersama? Kenapa Iman tak faham bahasa cinta yang dia cuba sampaikan dalam tempoh sebulan lebih ini?
‘Iman... Jangan harap aku akan melepaskan mu. Setekadnya kau ingin pergi dariku. Lagi tekad untukku mengikat kau terus di sisiku. Walau dengan apa cara sekalipun.’ Danish memasang tekad.
“I tak pernah berjanji melepaskan you Iman. Bukan selepas enam bulan. Bukan selepas enam tahun. Mahupun selamanya. Seperti I kata dahulu selagi I tak lafaskan you tetap akan jadi isteri I.” Tegas Danish. Iman menoleh pantas. Mata bertemu mata. Hati ingin berbicara namun Iman pantas menggeleng. Kesakitan dulu lebih banyak mengajarnya untuk tidak percaya.
“Maafkan I, Danish. I dah tak mampu menjadi badut menangis untuk you lagi.” Bisik Iman pantas keluar dari kereta itu. Danish tergamam. Tangannya memukul keras stering tersebut. Biar sakit namun hatinya lebih parah.

Datin Hajar memandang sepi Iman yang sibuk membantu Mak Timah mengacau gulai di atas dapur itu. Dirinya sendiri tak tahu di mana silapnya sehingga rancangannya merapatkan kedua anak menantunya itu tak berjaya malah semakin renggang pula di lihatnya. Hisy macam mana lah boleh jadi macam ni?
“Mama, mak long datang.” Entah dari mana Danish muncul memberitahu kakak Datin hajar, Hartimah datang.
“Mak Long kamu datang? Apa pula yang mak long kamu nak ni?” Dalam mengomel Datin Hajar tetap bangkit.
Dada Iman sudah bedebar mendengar kedatangan Puan Hartimah, maklong Danish. Bagi Iman wanita lebih setengah abad itu amat menakutkannya. Kata-katanya boleh menghancur lumat hati Iman. Sering sangat menyindir seolah-olah Iman ini tiada harga diri.
Danish tidak keluar bersama mamanya sebaliknya berjalan menghampiri Iman. Perlahan-lahan tubuh Iman di peluk dari berlakang. Terasa tubuh Iman mengejut atau terkejut. Danish tak perduli. Mula hari ini dia tak akan perduli lagi. Yang penting Iman tahu dia sayangkan gadis itu. Egonya di tangga kedua.
“Iman bukan badut. Danish pun tak nak isteri Danish ni badut. Kalaupun Iman teringin sangat nak jadi badut. Danish akan jadikan Iman badut yang ketawa gembira bukan badut yang menangis kerana memang badut sepatutnya ketawa gembira bukan menangis.” Bisik Danish di telinga Iman. Ayat yang penuh maksud. Harap-harap Iman mengerti.
Iman sekali lagi terkedu. Dia mengerti apa yang cuba di sampaikan. Tapi percayakah dia? Pelukkan ini? Pelukan Danish erat di rasakannya. Kenapa dia tak menolak? Iman cuba menjauhkan diri. Namun Danish memeluknya semakin erat. Iman mengeraskan diri.
“Nak terjun dalam periuk ke sayang?” Usik Danish. Wajah Iman semakin merah. Tak pernah Danish memperlakukannya sebegini. Dia tak tahu bagaimana untuk memberi tindak balas. Selama hampir lima tahun menyandang gelaran isteri Danish, inilah kemesraan pertama yang di tunjukkan oleh Danish padanya. ‘Sayang’ ini kali pertama Danish memanggilnya begitu.
“You ni kenapa Danish? Lepas...lah.” Iman tergagap-gagap melepaskan diri. Dia tak ingin terbuai begitu.
“Hisy sekejap je. I selesa begini. Rasa suam-suam kuku je.” Danish semakin erat memeluk Iman. Iman pula semakin malu apabila terdengar ketawa kecil. Mesti suara Mak Timah.
‘YA Allah... Mak Timah. Pasti dia tengok semua ni. Malunya...’ Kata-kata itu terluah hanya di hati Iman.
“Danish, lepaslah... Malulah kat Mak Timah.” Sekali lagi Iman cuba melepaskan diri.
“Alah... Mak Timah sporting la. Lagipun you kan isteri I. I nak buat apa kat you pun tak ada yang nak marah.” Danish masih berdegil. Hisy Danish ni kena sampuk ke?
“Hisy you ni kenapa? Lepas lah...” Rayu Iman lagi. Danish hanya ketawa kecil. Manja suara Iman di telinganya. Dia ingin Iman merayunya lagi.
“ Danish... Ya Allah budak-budak ni tak sabar-sabar ke? Danish kamu ni tak malu ke kat Mak Timah? Dah pergi keluar. Berbual dengan Pak Long kamu. Mengacau je. Iman sibuk dalam periuk, kamu pula sibuk mengacau dia.” Bebel Datin Hajar. Di bibirnya tergaris senyuman paling bahagia. Danish terkejut dengan teguran Datin Hajar yang tiba-tiba muncul.
“Alah mama ni. Mak Timah tak bising pun. Okaylah sayang, Danish keluar dulu. Nanti Dalam bilik kita sambung ye.” Danish sengaja ingin mengusik Iman. Satu kucupan lembut di hadiahkan ke pipi yang merah itu. Saja buat gimik depan mama dia.
Iman yang terkejut dengan ciuman itu lantas memegang pipinya. Matanya menyorot memandang Danish yang melangkah keluar dari dapur yang besar itu. Di pintu dapur tersebut sempat lagi Danish menghadiahkan kenyitan mata padanya. Sah... Danish dah tersampuk ni. Namun hati gadis Iman tetap tersenyum senang. Bak ada rama-rama di dalamnya.

Friday, February 20, 2009

SINOPSIS CINTA? PENTING KE?


Kisah ini bermula dari perjumpaan Dannia dan Adam di Bukit Cerakah….

Dannia baru sahaja putus cinta dengan Zarul, teman sekerjanya. Walaupun hatinya terluka Namur Dannia tak pernah menyalahkan Zarul kerana Dannia tahu dia tak layak mendampingi Zarul atas dasar dirinya yang kolot dan tidak pandai berfesyen. Di Bukit Cerakah Dannia luahkan segala perasaan.

Akhirnya di sana Dannia bertemu Adam…

Adam lelaki yang miliki segalanya. Ada kejaya dan kedudukan. Di sebalik yang dia ada itu tak siapa tahu siapa dirinya yang sebenar? Apabila ibu tersayang memintanya mengahwini sepupu yang di anggap adik sendiri. Adam tak tega lalu membawa diri ke bukit Cerakah.

Di situ mereka bertemu dalam hujan yang lebat merapatkan mereka…

Pada Dannia, Adam luahkan rasa walau baru kali kedua bercakap sedangkan kekasih hati tiada si sisi saat ini. Dannia menjadi pendengar setia. Dannia memberi satu rancangan buat Adam dan Adam menerimannya malah mengajak Dannia turut serta dalam permainan itu.

Dannia tega menerima pelawaan Adam walau hatinya berbelah bagi. Melalui Adam, Dannia berjaya berubah. Dia bukan lagi gadis yang mudah menyerah. Secara luaran malahan dalaman Dannia mula berubah. Perubahan yang menarik minta Zarul kembali padanya. Adakah cinta masih milik Zarul? Atau sudah beralih arah?

Adam gembira Dannia berubah. ‘Teman Baik’ Itu gelaran yang mereka sandang kini. Namun dalam tak sedarnya Adam tak suka Zarul mula rapat dengan Dannia. Adam tak mahu Dannia terluka lagi. Dengan segala kuasa dan pengaruh Adam cuba menjauhkan Dannia dari Zarul termasuklah dari segi bidang kerja.

Hari yang berlalu membuatkan mereka lebih rapat. Namun ada sesuatu yang berlaku merenggangkan mereka. Apabila dunia tahu siapa Adam sebenarnya? Dannia rasa tertipu. Adam menyembunyikan sesuatu darinya selama ini. Dannia mula menjauhkan diri. Namun Adam tak mahu hilang ’teman baik’nya itu.

Dannia berlari.... Adam mengejarnya...
Dannia bersembunyi... Adam terus mencari…
Dannia bermasalah… Adam sentiasa hulurkan tangan…

Waktu membiarkan saat kemesraan itu kembali berputik. Tasya kekasih hati Adam kembali dari Singapura. Sekali lagi hubungan itu teruji. Tasya, gadis yang cukup cantik dan cukup baik buat Adam. Bagaimanakah Hubungan itu nanti? Apakah ada cinta buat Dannia setelah Adam mempunyai kekasih yang cukup sempurna? Bagaimana akhirnya hubungan Adam dan Dannia? Apa kesudahan Adam dan Tasya? Bagaimana penerimaan keluarga mereka?

Semuanya dalam enovel - CINTA? PENTING KE?-

p/s Iman tahu agak lucu untuk Iman menyiarkan sinopsis sedangkan sudah empat episode cerita ini di siarkan. Namun Iman sedar cerita ini tidak berapa mendapat sambutan jadi Iman ingin meminta pendapat semua. Perlukah cerita ini di sambung penulisannya atau di hentikan sahaja? Adakah nilai bacaan untuk e novel ini?

Wednesday, February 18, 2009

Jodoh atau Cinta14

“Kat sini pun kamu berdua. Puas mama cari dalam bilik tak ada.” Datin Hajar menjenguk ke halaman. Bahagia hatinya melihat Iman dan Danish duduk di buaian sambil melayan Jehan. Seolah lengkap keluarga itu.
“Mama cari kami ke? Ada apa ma? Mama duduklah.” Tanya Iman sambil bangkit. Niat di hati untuk memberi ruang agar Datin Hajar boleh duduk di situ.
“Tak apa. Mama tak nak duduk. Banyak kerja lagi mama kat dalam. Mama nak minta tolong Iman dengan Danish beli barang dapur sikit. Mama ingat nak masak sedap-sedap malam ni.” Datin Hajar melancarkan rancagannya. Bukan tak cukup barang di dapur tu malah lebih dari cukup. Saja dia nak anak menantunya itu berdua-duaan.
“Hmm... okay mama. Mama senaraikanlah barang apa. Kejap lagi Danish dan Iman pergi.” Danish memberi kata putus menyebabkan Iman tak berkesempatan menyoal lagi. Setahu Iman barang di dalam rumah agam ini tidak pernah tidak cukup. Mak Timah pembantu rumah ini sentiasa memastikan barangannya cukup.
“Iman pergilah tukar baju. Kejap lagi mama senaraikan. Danish?” Arah Datin Hajar.
“Danish dah siap ma.” Baru Iman sedar yang Danish sudah siap memakai t-shirt polo berwarna hitam dan jeans. Nampak santai.
“Iman pergi bersiap dulu ma.”Iman meminta diri.
“Hmm... mama pun nak masuk ni.”
“Iman, tolong ambilkan dompet dan telefon I dalam bilik. “ Sempat Danish berpesan pada Iman yang melangkah seiring dengan Datin hajar ke dalam rumah. Datin Hajar tersenyum makna. Nampak mudahlah kerjanya. Iman sedikit tergamam. Malu dia melihat wajah Datin Hajar di sebelah. Mahu taknya. Cara Danish memberi pesanan seolah-olah mereka tersangat bahagia dan rapat.

Danish berjalan seiringan dengan Iman di dalam hypermarket tesco sambil menyorong troli. Keadaan hypermarket yang besar itu memang amat memenatkan apabila terpaksa berjalan dari hujung ke hujung. Sakit kaki di buatnya.
Walaupun sakit tapi gembira. Itu yang di rasakan oleh kedua-duannya. Iman terasa selamat pula bila bersama Danish dalam keadaan sebegini. Memilih barangan bersama. Rasanya dirinya lebih memahami Danish. Di sini dia tahu Danish agak cerewet dalam memelih makanan. Danish agak mementingkan kebersihan. Bungkusan yang agak berdebu pun boleh membuat Danish berfikir sejuta kali untuk membeli. Danish pun di lihat suka memilih barangan segar. Tengoklah cara Danish memilih buah tadi. Mengalahkan diri Iman kalau mengomel.
“Ada apa-apa lagi tak nak beli ni?” Danish bertanya lembut pada Iman. Iman tersentak dari lamunannya. Troli yang di sorongnya sudah hampir penuh.
“Kalau ikut list mama ni. Dah tak ada. You nak makan apa? Boleh I masakkan.” Iman terasa murah hati menawarkan.
Danish bahagia apabila Iman berkata bergitu padanya. Aduh terasa indah duniannya apabila mengenangkan Iman seakan sudi masak untuknya. Walaupun di London dulu Iman memang masak untuknya namun Iman tak pernah bertanya selembut begini padanya. Lagipun waktu di London dulu Danish tahu Iman memasak kerana gadis itu memang jenis tak suka makan di luar. Sekarang untuk apa Iman masak buat dirinya sedangkan mak Timah kan ada? Hehehehe...Tahulah Danish. Iman akan berlembut dengannya apabila dia sendiri berlembut dengan gadis itu. Sekarang Iman sendiri sudi masak untuknya. Satu hari nanti akan di pastikan yang Iman sendiri akan sudi untuk menjadi isterinya hingga ke akhir hayat.
“Danish?” Iman memanggil Danish yang kelihatan mengelamun. Entah kenapa tangannya masa itu seakan ringan menepuk lembut lengan Danish. Danish tersedar dari khayalan indahnya agak terkejut melihat tangan Iman masih di lengannya. Ini satu lagi perkembangan terbaru. Sebelum ini Iman tak pernah cuba menyentuhnya kecuali bersalaman. Selalunya dia yang menggatal memerluk atau menggenggam tangan Iman.
“Sorry. I tak sengaja. Tadi I tanya you nak makan apa. You tak jawab pun.” Iman segera menarik tangannya. Wajahnya yang merah itu di larikan melihat ke arah lain. Buat selamba kononnya membelek susu tepung yang di susun elok di atas rak di hadapannya. Iman sedar keluar berdua-duaan sebegini selalu meniupkan rasa bahagia dan rasa sehalus angin itu sering merangsangnya bermesra dengan Danish sehingga sampai menepuk begitu. Selalu boleh je di tahan rasa itu tapi kali ini terlepas pula.
“Tak apa. Lagipun tak salahkan.” Danish tahu Iman malu. Sahaja dia menambah tahap kemerahan wajah Iman dengan sengaja memerluk bahu Iman. Ahh... Iman tak menolak pula kali ini apabila di perluk. Danish semakin bahagia. Terima Kasih mama kerana mengaturkan ‘date’ kami ini.
“Dah. Jangan nak mengada. You nak makan apa? Kalau tak ada apa-apa. Jom kita balik.” Iman dengan manja menolak tangan Danish. Dia berpusing lantas berjalan meninggalkan Danish.
“Tunggulah dulu. I rasa nak makan cheese cake lah esok. Dah lama tak makan. Sejak balik dari London I tak jamah pun lagi. Rasa teringinlah pula. I nak cheese cake yang you buat untuk I dulu.” Danish berjaya menarik perhatian Iman. Cheese cake? Iman ingat dia pernah buat cheese cake untuk Danish. Itupun sudah terlalu lama. Rasanya kali pertama dan kali terakhir dia membuat cheese cake untuk Danish adalah pada sehari sebelum dia menjadi isteri Danish. Pada keesokkan harinya Iman sengaja membekalkan Danish dengan cheese cake ketika mereka berdua sama-sama bertolak ke London. Tapi tak sangka pula Danish boleh mengingatinya.
“You ingat lagi?” Suara Iman sedikit perlahan dan nampak sangat tergamam.
“I tak pernah lupa apa-apa tentang you Iman. Okay, jom kita cari bahannya. You ingat tak apa bahannya?” Danish sengaja bermain tarik tali. Troli di sorong melintasi Iman.

‘I tak pernah lupa apa-apa tentang you Iman.’ Ayat itu seakan bergema lagi di telinga Iman. ‘Apa maksud Danish? Danish apa yang kau inginkan dari aku kali ini? Tak mahu lagi menangis kerana kau.’ Iman bermonolog sendirian. Iman baru tersedar dari mimpi panjang. Rasa bahagia yang di ciptanya tadi hilang sekelip mata. Iman sedar dia sudah sedikit alpa. Selepas ini dia sudah tidak boleh lepas laku lagi. Janganlah dia memasag angan-angan selepas ini. Iman sekali lagi mengingatkan dirinya yang Danish bukan hak dia.

Friday, February 13, 2009

Jodoh atau Cinta 13

Danish melangkah masuk ke dalam biliknya setelah menghantar Jehan tidur ke bilik Arrisya di sebelah. Kelihatan Iman di hadapan almari dia. Pasti Iman ingin mengambil balik pakaian dia yang ada di dalam bilik itu. Masa Danish mula-mula balik ke rumah ini dulu dia agak terkejut melihat sebahagian besar almarinya di penuhi dengan baju-baju perempuan. Apabila di tanya tahulah dia bahawa baju itu milik Iman. Terus sahaja dia senyap.

Iman tersedar bahawa dia tak bersendirian lagi di dalam bilik itu. Iman menoleh. Danish yang berdiri tak jauh daripadanya itu di pandang sepi seketika sebelum dia meneruskan tugasnya mengambil alih bajunya. Danish tak di perdulikan olehnya. Sepi membaluti mereka.

“Nak buat apa dengan baju tu?” Tanya Danish. Saja menduga.
“I kena pindah bilik. Inikan bilik you.”
“Tunggu I. Kita perlu berbincang. Sebelum tu tolong sediakan baju I. I nak mandi jap.” Danish pantas mencapai tuala di atas katil. Lalu berlalu ke bilik mandi.
“Eh tu tuala I.” Tak sempat Iman berbuat apa-apa, Danish sudah hilang di dalam bilik mandi.

Iman merapati kembali almari tersebut lantas mengeluarkan baju Danish. Dia keluarkan seluar track dan kemeja T putih. Ala pakai di rumah memang macam ini tak kan nak pakai formal pula kan. Selesai itu Iman mengemas kembali barangannya ke dalam beg pakaian. Agak lama dia menunggu Danish sebelum dia membaringkan diri di atas katil. Niat di hati hanya berbaring tapi tak sedar pula bila dia terlena.

Sebaik Danish keluar dari bilik air dia terlihat Iman sudah terlena di atas katil. Wajah Iman kelihatan bergitu penat di matanya. Danish memakai pakaian dirinya di atas katil yang sudah di sediakan oleh Iman. Waktu itu matanya menangkap beg pakaian Iman yang sudah siap terzip. Danish hanya tersenyum. Usai berpakaian. Danish memindahkan baju yang siap di dalam beg itu kembali ke dalam almari. Jangan Iman pernah berharap untuk keluar dari bilik ini.

Puas rasanya Danish melihat Iman lena. Lena selenanya sehingga gadis itu langsung tak sedar segala pergerakkannya di dalam bilik ini. Danish akhirnya merebahkan diri di sebelah Iman yang masih bertudung itu. Tak rimas ke Iman tidur dengan tudung macam tu. Danish ingin membuka tudung di kepala Iman namun dia takut Iman tersedar. Lalu Danish hanya membiarkan. Dia memerhati wajah Iman penuh teliti. Wajah itu kelihatan lebih tenang dari selalu. Wajah yang mampu membuat dirinya tersenyum. Wajah yang sama bisa membuat dirinya geram, marah dan rindu kini.

Iman membuka matanya perlahan. Terasa dadanya sesak di hempap sesuatu. Iman cuba bergerak namun agak payah. Iman memusingkan kepalanya ke kanan. Tanpa di sengaja bibirnya menyentuh dagu Danish yang lena di sebelahnya. Wajah Iman menjadi merah. Jika tadi dia tak boleh bangun namun kini di paksa perasaan malu, Iman segera bangkit. Gerakkan kuat itu membangunkan Danish di sebelah. Terpisat-pisat matanya memandang Iman. Wajah Iman yang merah memberitahu Danish yang gadis itu sedang malu atau mungkin juga marah.

“Kenapa you tidur dengan I?” Tanya Iman tanpa memandang wajah Danish.
“Hello ini kan katil I? You lena sangat tadi jadi I biarkan you tidur. I pula penat sangat jadi tertidur. Salahkah? Kalau I buat apa-apa pun halal lah. You baik pergi mandi. Ni dah lambat ni.” Danish memberi arahan. Iman hanya diam terus turun dari katil mewah itu. Dia mencari-cari begnya. MANA?
“Pakaian you, I letak balik dalam almari tu. Kalau you tak malu dengan papa dan mama, you pindahlah. Tapi jangan babitkan I nanti.” Ingatan itu membantutkan niat Iman utuk keluar dari bilik itu. Memang tak manis kalau mama dan papa tengok dia pindah keluar dari bilik itu tanpa kebenaran mereka. Baik dia berbincang dulu dengan kedua orang tua itu.

Iman berlalu geram meninggalkan Danish yang masih cuba lena sekali lagi. Tuala miliknya di capai lalu di bawa bersama ke dalam bilik mandi. Opss... Lupa kena bawa baju.. tak kan nak salin depan Danish kot. Malu lah.

Danish mengiring ke kiri. Wangian bedak menusuk hidungnya. Perlahan-lahan dia bukakan mata. Kelihatan Iman sedang menyisir rapi rambutnya yang suam-suam basah. Sudah agak pendek rambut itu. Kali terakhir dia melihatnya di London dulu, tidak sebegini rekaan rambutnya. Kali ini kelihatan lebih moden dengan potongan layer betuk V yang bawah sedikit dari bahu Iman. Iman nampak lebih muda dan lebih segar sebegitu.
“Kenapa potong rambut?” Suara Danish mengejutkan Iman. Terjatuh sikat di tangannya. Iman menjeling geram pada Danish.
“Ini kan rambut I. Suka hati I lah.” Balas Iman selamba. Danish hanya tersenyum. Kedengaran manja pada telinga Danish ketika itu. Tak lama kemudian dia hilang di balik pintu bilik air. Iman pula pantas keluar dari bilik itu. tak sanggup berdua-duaan.

“Ala Jehan. Jehan berat lah sayang. Penat maksu.” Iman memujuk Jehan turun dari dukungannya. Namun Jehan tak mahu. Tubuh Jehan yang agak montel itu menyukarkan Iman membawanya. Berat. Sejak bangun tadi Jehan minta di dukung.
“Tak mau. Ehan nak ukung.” Jehan menjerit-jerit tak mahu. Dia mengeratkan pegangan di leher Iman.
Danish menjenguk ke halaman rumah bila mendengar Jehan menjerit tak mahu. Lama dia memerhatikan Iman membawa Jehan yang montel itu. Kala itu dia terdengar lagi Iman memujuk Jehan agar turun.
“Ala sayang. Maksu tak larat ni. Jehan turun ye. Nanti maksu belikan Jehan aiskrim. Nak tak?” Iman memujuk lagi. Tahulah Danish Iman sedang berurus niaga agar Jehan turun. Pasti Iman kepenatan membawa tubuh Jehan yang comel itu.
“Tak mahu.”
Mendengar Jehan menjerit tak mahu, Danish segera merapati mereka. Danish cuba mengambil Jehan dari dukungan Iman. Lilitan Jehan yang kuat di leher Iman menyukarkannya lantas keadaan itu memaksa dia rapat dengan Iman. Rapat yang serapatnya. Terhidu haruman syampu Iman di sebalik tudung putih itu.
“Sayang mari dekat paksu. Kesian kat maksu, bawa Jehan. Dah lah anak buah paksu semangat orangnya. Nanti kita beli mainan ye?” Pujuk Danish.
Mendengar perkataan mainan, Jehan pantas melihat wajah Danish. Lilitan yang kuat tadi mula longgar. Iman dapat merasakan Jehan termakan pujukkan Danish. Ah.. kenapa pula dia lupa menawarkan mainan tadi ye. Kalau tidak pasti Danish tak perlu campur tangan.
“Mainan?” Sah... Jehan berminat.
“Ye... kita beli mainan. Kalau Jehan kawan paksu nanti kita beli mainan. Mari dekat paksu. Cian kat maksu penat.”
“Makcu enat?” Jehan bertanya pada Iman pula.
“Maksu penat. Jehan berat lah sayang.” Tanpa perlu di pujuk lagi Jehan sudah beralih pada Danish. Pegangan pada Iman terlepas.
“Good boy.” Puji Danish sambil mencium pipi Jehan. Entah kenapa sejak dari Taska tengah hari tadi. Iman suka sangat melihat kemesraan Danish dan Jehan. Seronok sangat. Nampak Danish penuh kasih sayang.

Tuesday, February 10, 2009

jodoh atau cinta 12

“ Dari siapa?” Danish bertanya pada Iman apabila melihat Iman tersenyum memandang kad yang diselitkan bersama dengan ros putih itu.
“Seseorang” Jawab Iman penuh senyuman. Ceria wajahnya.
“Siapa? Farhan.” Tanpa di duga Danish sempat mengambil kad yang berada di tangan Iman sebelum sempat Iman menghumbankan kad itu ke dalam beg tangannya.
“Tolong hormatkan harta I.” Iman tak menjawab soalan sebaliknya Iman mengambil balik kad di tangan Danish. Lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Wajahnya masam.
Wajah Danish semakin merah dan semakin kelat. Dia mengumpul kesabaran lantas Danish hanya mendiamkan diri. Bergerak laju ke hadapan meninggalkan Iman sendirian di berlakang mengikut dirinya yang sudah masuk ke dalam perut lif. Hatinya marah.
“ Kita ambik Jehan dari taska dulu.” Pinta Iman sebaik mamasuki perut CRV milik Danish. CRV putih itu meluncur laju tanpa sebarang jawapa dari Danish.
“You dengar ke tak ni?” Soal Iman penuh geram. Tapi nadanya masih lembut. Ya dalam sebulan ini dia sentiasa berlembut dengan Danish. Danish sendiri tak mengambil kesempatan atas kelembutan dan ketaatannya.
“I tak pekak lagi. I juga tak buta untuk melihat isteri sendiri terima bunga dari lelaki lain.” Sindir Danish balik. ‘Hai cemburu ke mamat ni?’ Hati iman terdetik.
“Dan I pula masih punya hati dan perasaan. Dari dulu dan sekarang” Balas Iman penuh sinis. Danish terdiam. Benar kata Iman. Hati itu masih lagi terluka.
Selepas itu mereka saling mendiamkan diri. Seolah beku. Iman memeluk erat bunga di tangannya. Danish mengenggam erat stering kereta. Masing-masing menahan perasaan. Biarkan masa berlalu bergitu sahaja. Hati-hati masing-masing ada kisah tersendiri.
Sampai sahaja di hadapan taska Indah tempat Jehan belajar, Iman pantas turun dari kereta. Danish menyentuh lembut bunga yang di tinggalkan di atas tempat duduk Iman lalu di biarkan sahaja. Walau hatinya terasa hendak membaling bunga itu keluar. Tapi dia tak mahu Iman lebih rasa sakit dan menjauh darinya. Siapa pun lelaki ini akan dia tentang. Lagipun Danish sedar dia yang jauh lebih berhak terhadap Iman berbanding sesiapa pun.
Iman... Tak mungkin lepas darinya. Tak boleh lembut dengan kasar pun dia sanggup asalkan Iman tetap di sisinya. Kerana Danish sedar hanya Iman yang paling peting dalam hidupnya kini.
Ketika itu dia menoleh ke arah Iman yang sudah di hadapan pintu taska. Kelihatan Jehan menyalam Iman dan Iman tunduk memerluk anak kecil itu lalu mencium pipi monel comel itu. Terselah kelembutan dan kasih sayang Iman. Melihat bertapa Iman susah memimpin Jehan sambil membawa beg Jehan. Danish turun merapati kedua insan itu.
“Pak Cu.” Jehan menjerit sebaik melihat Danish.
Danish segera mendapati Jehan lalu di dukungnya. Mesra Jehan melilitkan tangan kecilnya ke leher Danish. Danish mencium pipi montel Jehan dan Jehan membalasnya. Kemudian keduanya ketawa mesra. Iman hanya menonton dengan hati berbunga ceria. Ketiga-tiga mereka berjalan seiring.
Bahagia sungguh. Secocok bak sebuah keluarga yang cukup lengkap. Sang suami membawa anak dan si isteri setia di sisi sambil membimbit beg sekolah si kecil. Ketika ingin melintas sebelah tangan Danish mengenggam tangan Iman. Ingin memimpin Iman. Saat itu terasa di hati Danish untuk menghenti masa. Makin kuat keinginan untuk membina keluarga paling bahagia bersama Iman. Punya anak-anak dan mesti keadaan mereka seperti sekarang. BAHAGIA.

Datin Hajar ceria menunggu anak menantunya sampai. Semalam sudah di pesan pada Danish agar mengajak Iman pulang sekali petang itu. Sengaja dia menyuruh anak menantunya cuti setengah hari pada hari itu. Hatinya tak sabar ingin menyatukan dua hati yang telah lama terpisah itu.
“ Hajar. Sudah-sudah lah tu. Sekejap lagi sampai lah mereka.” Dato Arif yang kebetulan duduk di ruang tamu sambil membaca buku itu cuba menenangkan isteri. Mana tidaknya dari tadi isterinya terjenguk-jenguk keluar.
“Alah abang tu cakap hajar tapi abang sendiri pun tertunggu-tunggu. Kalau tidak, takkan abang membaca kat sini pula. Selalu memerap je dalam bilik bacaan tu.” Omel Datin Hajar. Dia mengambil tempat di sebelah suami tersayang.
“ Saya tunggu cucu saya Jehan.” Balas Dato Arif. Rindu pada cucu tunggalnya buat masa ini.
Belumpun sempat Datin Hajar menjawab kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumahnya. Pantas Datin Hajar berdiri menjenguk. Lebar senyumannya melihat Danish pulang bersama Iman. Laju langkahnya ke muka pintu menyambut kedua-duanya.
Danish mematikan enjin kereta dan melagkah keluar di ikuti oleh Iman. Mereka melemparkan senyuman pada Datin Hajar di muka pintu. Danish beralih ke pintu berlakang kereta lalu mengangkat Jehan yang ketiduran. Iman pula tangannya penuh dengan beg kerja Danish dan beg kecil Jehan. Sebelah lagi dengan bunga pemberian Farhan.
“Assalamualaikum.” Danish memberi salam lalu menyalami mamanya dan mencium tangan tua itu.
“Waalaikumsalam. Kenapa lambat ni?” Tanya Datin Hajar tak sabar.
“Tadi Danish singgah sembahyang jumaat kat Putrajaya lepas itu kita pergi makan sekejap.” Danish menerangkan pada Datin Hajar. Iman di sisi memberi senyuman manis. Kini giliran Iman pula menyalam Datin Hajar. Beg di tangan sudah di letakkan di atas kabinet kasut. Sebaik sahaja Iman mencium tangan Datin Hajar, tubuhnya di tarik ke perlukan Datin Hajar. Iman membalas lembut.
“Ini lagi seorang. Kenapa Iman dah lama tak balik ni? Mama rindu tau.” Rajuk Datin Hajar.
“Iman sibuk sikit ma. Maaf ya mama.” Lembut suara Iman. Kebaikan dan rasa hormat itu yang mengikat hati kedua-dua mertua itu pada Iman sehinggakan rasanya mereka lebih sayangkan Iman dari Danish anak sendiri.
“Tak apa. Jom lah masuk.”Datin Hajar mengajak mereka masuk. Namun sebelum mereka melangkah masuk sempat Danish menangkap tingkah Iman yang selamba mengangkat kasutnya lalu di letak ke dalam kabinet. Iman masih baik dengannya. Masih akur sebagai isteri. Hati yang panas tadi sudah sejuk hanya kerana satu itu.

Saturday, February 7, 2009

Jodoh atau Cinta 11

Hari ini pertama kali Iman menemani Danish keluar berjumpa pelanggan. Dia terpaksa menaiki satu kereta dengan Danish waktu pergi tadi dan sekarang Danish berkeras menghantarnya balik. Ini rasanya sudah hampir setiap hari Danish menghantarnya pulang. Sejak bergelar P.A kepada Danish ini Iman dapat merasakan Danish seakan-akan tidak mungkin melepaskan dia jauh.

Mana tidaknya sekarang Danish menganggunya untuk makan tengahhari dan makan malam bersama. Entah dari mana mamat itu tahu dia ada gastrik. Rasanya dia tidak pernah memberitahu Danish dan dia pun tak pernah sakit di hadapan Danish setakat ini. Tetapi di mana Danish megetahuinya sehingga lelaki itu seakan-akan betul-betul menjaga makan minumnya.
Danish juga seakan mula mengawal gerak gerinya.

Setiap kali dia hilang di mata pasti Danish mencarinya. Setiap langkahnya di tanya. Iman mula rasa terkongkong sebenarnya. Tambahan pula baru semalam Danish memulakan satu polisi baru di mana pekerja lelaki dan perempuan tidak dibenarkan pergi kerja luar daerah bersama kecuali yang mempunyai status suami isteri. Malah Danish juga berharap tiada temu janji waktu malam dilakukan kecuali benar-benar penting. Kepada Iman di titipkan nota. Nota yang lebih kepada amaran sebenarnya. Iman di’perintah’kan hanya boleh keluar berkerja dengan Danish seorang sahaja. Adakah patut?

Tadi pun ketika Danish memperkenalkan dia kepada pelanggan Jepun. Selamba badak je Danish itu memperkenalkan dirinya sebagai isteri. Siap Danish memerluk erat pinggangnya. Terpaksa Iman menerangkan semula kenyataan itu. Kepada pelanggan jepun itu Iman katakan Danish hanya bergurau dan Iman memberitahu yang dia hanya personal assistant Danish. Waktu itu Iman sedar wajah Danish berubah merah dan perlukan itu terus terlerai.

“Termenung?” Teguran itu menyedarkan Iman. Dia memandang Danish yang memandu di sebelah. Sekarang mereka sudah masuk ke kawasan kondo Iman.
“Kenapa you tak mengaku I ni suami you tadi?” Tanya Danish geram. Sakit hatinya apabila Iman menidakkan kenyataan itu di hadapan pelanggan Jepun tadi.
“Entah.” Jawapan itu mengundang amarah Danish. Sedangkan sejak dia terasa tadi dia berharap Iman memujuknya. Menerangkan kepadanya kenapa?
“Boleh tak you jawab I elok-elok.” Tegas Danish. Dia memakirkan keretanya berhanpiran dengan pintu masuk ke lobi kondo mewah itu.
Iman tak menjawab malah mencapai beg tangannya dan dan melepaskan cengkaman tadli pinggang keledar. Iman sudah membuka pintu kereta apabila Danish mencapai lengannya. Iman terpaksa menutup balik pintu keretanya.
“Okay. Sekarang apa lagi yang you nak cakap?” Tanya Iman dengan nada bosan.
“I nak tahu kenapa you menidakkan yang you isteri I? Hina sangat ke jadi isteri I?” Tanya Danish dengan nada jauh hati.
““Pertama perkahwinan ini adalah atas kehendak keluarga dan Iman Umairah tidak berhak ke atas harta Danish Aiman walau sesen pun. Kedua, masing-masing tidak berhak mencampuri urusan peribadi diri pasangannya. Ketiga, Danish Aiman membenarkan Iman Umairah bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan tanpa perlu memberitahu kepada Danish Aiman dahulu dan bergitu juga Danish Aiman bebas melakukan apa saja tanpa sebarang rasa terikat. Keempat, mereka hanya akan berpisah apabila Danish Aiman melafaskan talak, atas erti kata lain Iman Umairah tidak berhak meminta cerai. Iman adalah I dan Danish adalah you. I ke yang tak mengakui perkahwinan ini atau you yang sejak mula mencampakkan jauh erti ikatan kita Danish? Sekarang you cakap salahkah I tak mengakui perkahwinan kita semata-mata menjaga sisa maruah I yang pernah you lambung dulu? Terima kasih hantar I balik.” Iman pantas keluar dari kereta CRV itu. Kali Ini Danish tidak lagi menahan. Tetapi sempat telinga Iman mendengar kata-kata akhir Danish sebelum dia menutup pintu.
“ Walau apapun yang pernah terjadi dan akan terjadi. Awak tetap isteri saya dan saya boleh mengumumkan kepada semua orang tentang itu.” Kedengaran suara Danish menakutkan di bibir telinga Iman. Iman tergamam dan mula berdoa Danish tidak membuat apa-apa tindakan bodoh.

Sebaik Iman menutup pintu kereta CRV itu. Danish segera melepaskan brek dan meluncur laju. Langsung tidak menegur mahupun menoleh lagi. Iman benar-benar hilang kata-kata.

***************************
Bulan ini berlalu dengan pelbagai cerita. Danish bahagia kerana akhirnya dapat mengawal Iman. Kini Iman sudah mula terpaksa mengikut telunjuknya. Setiap pegerakan Iman di ambil tahu. Danish tahu yang Iman tak suka dia mengambil tahu hal gadis itu namun Iman terpaksa kerana mereka berdua perlu menyelaras masa bersama. Dengan itu baru Iman ada waktu menemaninya berjumpa pembekal atau pemaju di samping masih menjalankan tugas sebagai penganalisis operasi. Sebulan ini senyuman Danish cukup lebar. Danish sedar yang Iman mula berlembut dengannya. Ini pun keraa dia yang berlembut dengan Iman dulu.

Iman... sebaliknya. Iman terasa tertekan. Setiap detik waktunya bagai di ganggu oleh Danish. Ada sahaja yang Danish mahukan dari dirinya. Temankan ke bank lah. Jumpa orang ini. Jumpa orang itu. Ahh... tension Iman di buatnya. Setiap waktu bagai terlalu lama untuk berlalu. Apatah lagi sekarang waktu di luar perjabat juga perlu di laporkan kepada Danish. Kononnya senang Danish nak cari dia kalau tiba-tiba ada perkara penting. Walau agak tidak logik namun Iman turutkan juga. Mahu atau tidak kini dirinya sedikit sebanyak berjaya di kuasai oleh Danish. Sakit juga hatinya. Makin dia cuba menjauhkan diri dan semakin itu dia dekat dengan Danish. Tak apa ada empat bulan lebih saja lagi.
“Iman dah siap ke?” Tanpa ketukan Danish sudah muncul di hadapan pintu Iman. Kini pejabat mereka bersebelahan memudahkan Danish mengawasi gerak geri Iman.
Danish juga sudah mengupah pereka dalaman untuk membuat ubah suai sesuasana pejabat itu dan salah satu syarat adalah Danish nak dinding batu yang memisah biliknya dan bilik Iman di tukarkan dengan dinding kaca. Biar 24 jam dia dapat memandang wajah Iman. Hehehe...
“Hmm...” Iman dengan malas bangkit menuju ke arah Danish. Satu wajah itu penuh manisnya senyuman dan satu lagi wajah penuh perasaan bosan dan meluat.
“Zahlia. Saya dan Iman tak masuk office lagi petang ini. Kami cuti setengah hari. Kalau ada yang penting sangat baru awak call. Kalau tak K.I.V untuk saya dulu.” Danish memberi arahan pada Zahlia. Zahlia hanya mengangguk.
Zahlia sebenarnya tak faham apa yang berlaku. Sejak pergaduhan sebulan lalu Iman dilihatnya senyap sahaja. Senyum pun payah. Bos barunya pula tak habis murah hati dengan senyuman. Pada hari isnin itu baru mereka tahu kenapa apabila tiba-tiba Iman bertukar bilik ke sebelah bilik C.E.O muda itu. Tahulah mereka yang Danish menang pertaruhan. Iman terpaksa menurut arahan Danish. Sejak itu jer asyik berkepit. Danish lah nampak keterlaluan kalau boleh nak pindah masuk je dalam bilik Iman. Sekejap-kejap Iman. Kesian Iman.

Ketika pasangan yang hangat digosipkan kini di syarikat itu melangkah keluar dari pejabat Natrah menyambut tetamu datang menemui Iman dengan senyuman sambil membawa sejambak bunga ros putih.
“Ada apa Nat?”Tanya Iman.
“Ini ada bunga untuk cik Iman. Saya pergi dulu ye.” Natrah menyerahkan sejambak bunga itu pada Iman. Iman menyambutnya dengan senyuman. Di samping Iman, Danish sudah berubah wajah. Sakit hatinya. Di hadapan dia, Iman menerima bunga dari lelaki lain.
“ Dari siapa?” Danish bertanya pada Iman apabila melihat Iman tersenyum memandang kad yang diselitkan bersama dengan ros putih itu.

Wednesday, February 4, 2009

Jodoh atau Cinta 10

Sudah hampir seminggu arahan di keluarkan namun Iman masih tidak mempedulikan Danish seperti sepatutnya yang dilakukan oleh seorang P.A. Dia tetap hanya menjalankan tugasnya sebagai pengurus. Hari-hari Danish di cabar dengan kedegilan Iman. Setaip kali di suruh pasti ada sahaja alasan. Setiap kali diarahkan pasti di ingkari. Dalam seminggu ini Zahlia dan Zila yang paling kesian melayan kerenah dua-duanya yang ego. Namun hari ini kesabaran Danish sudah sampai ke kemuncak. Iman perlu di ajar menghormatinya.
“Bila you nak pindah bilik?” Suara Danish memenuhi ruang kerja Iman. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi.
“You ni kenapa? Masuk-masuk terus tengking orang. Dah tak reti nak bagi salam dulu.” Iman yang dari tadi leka membelek fail di kabinet yang setinggi dadanya itu menoleh ke arah Danish yang tegak di hadapan mejanya. Terkejut dia.
“I cuma beradab dengan orang yang tahu hormatkan orang lain. Bukan kepala batu macam you. Sekali lagi I tanya bila you nak masuk bilik depan pejabat I tu and start acting like my P.A?” Tegas Danish. Suaranya semakin tinggi.
“Kan I dah kata I bukan P.A you. I not your P.A and I will not be your P.A. Read my lips I don’t want to be your P.A.” Iman memang cari nahas. Iman berpaling. Namun pantas Danish menarik lengan Iman. Memaksa gadis itu melihatnya. Iman menahan sakit lengannya di cengkam kuat. Bagai rapuh tulangnya.
“You tak ada pilihan. I bos kat sini. I kata you kena jadi pembantu I dan you akan jadi. So start follow my order. Untuk satu saat tolong ikut arahan dan berhenti jadi pembangkang boleh tak?” Suara Danish belum lagi kendur. Semakin tinggi. Tangannya juga semakin mencengkam.
“Arahan? Hello you tak baca polisi syarikat ke? My department is under my control and no one can just simply make decision without my permission. I bukan bawah kuasa you jadi you tak ada hak nak tukar-tukar I.” Nada Iman pula semakin tinggi. Lengannya sakit. Aura marah mula bertiup.
“Oh yea? You lupa ke? I one of B.O.D and I adalah salah seorang pemegang saham terbesar di syarikat ini. Itu yang memberi I hak. Bila I kata you pindah. You akan pindah.” Danish tak mungkin mengalah kali ini.
“ I kata I taknak jadi I taknak lah. You tak akan boleh paksa I. Lepaskan I. Sakitlah” Walaupun perlahan namun tegas. Iman menentang tegas sinar mata tajam Danish. Api ketegangan memuncak.
“You...”
“Danish... Iman... Kenapa ini? Bergaduh sampai keluar boleh dengar suara. Kamu berdua jumpa papa kat dalam bilik sekarang. Tak malu ke?” Belum sempat Danish megeluarkan suara, Dato Arif dulu menyelamatkan keadaan. Dia yang kebetulan tergerak hati untuk menjenguk perjabat hari ini sempat mendengar pergaduhan antara keduanya. Iman mahupun Danish lantas tersentak. Pegangan di tangan Iman terlepas.

Danish dan Iman tak ada pilihan selain mengikut arahan Dato Arif. Selain dari menghormati Dato Arif sebagai ketua tetapi juga sebagai orang tua mereka. Saat kaki mereka melangkah keluar dari pintu pejabat Iman baru mereka sedar yang pergaduhan mereka di dengari oleh segenap penghuni pejabat itu. Malunya tak terhingga. Namun segala telah berlaku.

“Apa yang berlaku? Bergaduh sampai macam tu sekali? Danish? Iman?” Dato Arif bertanya kepada kedua-duanya yang duduk berhadapan dengannya kini.
“Ada hal sikit papa.” Lemah jawapan Danish membuatkan Dato Arif tak puas hati.
“Hal ke masalah? Papa pelik you two are husband and wife. Sepatutnya tak ada masalah sampai bergaduh macam ini. Danish sepatutnya kamu bersabar dengan Iman dan Iman pula cuba bertolak ansur dengan Danish. Ini tidak bergaduh macam budak-budak. Now tell me what is the problem?” Tegas Dato Arif. Bagimanalah untuk menyatukan dua hati yang sentiasa berperang ini.
“Danish keluarkan arahan yang Iman kena pindah bilik di sebelah bilik Danish and become my P.A. Danish dah bagi dia masa seminggu papa untuk ikut arahan itu. Danish dah bersabar seminggu tapi dia tak nak tolak ansur. Saja tunjuk kuat bantah arahan C.E.O.” Adu Danish. Dia yakin papanya di sebelah pihaknya.
“Okay. So Iman kenapa tak nak ikut kata Danish?” Dato Arif perlu mendengar dari kedua belah pihak.
“Masalahnya Dato. I ini O.R manager. Iman tak nampak alasan yang cukup logik kenapa saya kena jadi P.A dia.” Bantah Iman.
“Papa ingat Danish suka-suka ke nak pilih orang. Danish pilih dia kerana Iman yang paling faham urusan syarikat so she can help me a lot. Iman tahu selok belok syarikat selama ini. Danish perlukan Iman untuk beri tunjuk ajar how to do business here. Tak ada yang lebih pakar tentang syarikat ini berbanding Iman papa. Salah ke Danish kalau nak Iman jadi P.A Danish for the sake of company?” Alasan Danish memang cukup logik di dengar.
“Sekarang Iman dah dengarkan alasan Danish jadi papa nak Iman ikut arahan Danish. Papa rasa Danish betul. Iman kena berada disisi Danish. Dia tak arif sangat macam mana business di Malaysia. Business di sini bukan serupa macam di London. Iman kali ini papa minta Iman ikut arahan Danish dan papa harap lepas ini jangan terjadi lagi hal macam ini. Hal kecil pun dah macam nak terbalik dunia. Kamu berdua suami isteri sepatutnya berganding bahu bukan berperang. Satu lagi mama kamu pesan balik jumaat ini. Kesian mama kamu rindukan kamu berdua. Kamu Iman kenapa dah jarang balik?” Nampaknya arahan sudah di keluarkan. Iman terpaksa menurut.
“Iman sibuk sikit. Kalau tak ada apa-apa, Iman keluar dulu. Assalamualaikum.” Iman terus sahaja pamitan.
“Hmm... Waalaikumsalam. Lunch nanti lunch dengan papa dan Danish.” Pesan Dato Arif. Iman hanya mengangguk.
“Proteslah tu. Tak habis-habis nak melawan.” Omel Danish sebaik Iman hilang di balik pintu. Namun senyumannya tetap mekar kerana kemenangan di pihaknya. Dato Arif hanya menggeleng kepalanya melihat teletah kedua-duanya. Parah macam ini.
“Hai Danish. Kalau isteri seorang pun tak boleh nak kawal macam mana nak uruskan company. Kali ini papa di sebelah Danish. Nasib baik Danish boleh bagi alasan yang logik tadi kalau tak malulah dengan Iman.” Usik Dato Arif.
“Dapat isteri seorang pun dah pening papa. Yang ini bukan macam yang lain pujuk je terus jalan. Yang ini kena ada strategi itu yang pening. Bijak pula tu.” Jawab Danish. Ketawa Dato Arif mendengarnya. Seperti yang dia duga arahan Danish menukarkan Iman ada udang di sebalik batu.
“Jadi betullah papa sangkakan yang Danish sengaja nak tukar Iman jadi P.A Danish sebab Danish nak kawal Iman. Nak Iman dekat dengan Danish. Betulkan?” Serkap jarang Dato Arif memang mengena.
“Danish keluar dululah papa. See you at lunch.” Danish cepat-cepat mengundur diri sebelum rahsianya dapat di korek lebih dalam. Dato Arif dapat melihat Danish yang agak kelam kabut. Betullah tu.
“Okay. Good luck. Jangan tunggu lama-lama sangat. Papa dan mama dah lama mengidam nak tambah cucu.” Makin giat Dato Arif mengusik. Danish tersenyum malu mengdegar usikan papanya. Baru langkah pertama dah kantoi dengan papa sendiri.