Tuesday, February 24, 2009

Cinta? Penting ke? 1

BAB 1

Pertemuan yang di takdirkan
           
Dannia melangkah lagi ke tempat pertapaannya petang ini. Salah satu rutin hidupnya yang baru. Tiga bulan kebelakangan ini sudah menjadi kebiasaan untuk Dannia ke mari. Ke taman Bukit Cerakah ini. Dulunya dia ke mari hanya di hujung minggu untuk merehatkan minda. Namun tiga bulan ini, setiap petang dia akan ke mari tanpa seharipun dia tertinggal untuk termenung di sini.

 Ya setiap kali ke mari, pasti Dannia mesti termenung panjang. Adakalanya dia berkhayal mencipta dunianya sendiri yang bahagia buat seketika. Hanya satu mahunya Dannia iaitu dia ingin lari dari kehidupannya. Ingin melupakan hidup dirinya yang cukup menyedihkan. Walaupun puas selama ini dia berusaha membuat hidupnya berwarna namun sering kali itu dia tewas. Dannia tak bertuah seperti orang lain sejak kecil namun dia tetap berusaha untuk menjalani hidupnya dengan gembira. Namun bahagiakah dia kalau hidupnya sentiasa di kelilingi dengan kesepian.

Keluarga yang sepi. Dia besarkan oleh bapa tunggal dan abangnya, Dannia perlu berdikari sendiri. Tiada sentuhan wanita dalam kehidupannya sewaktu membesar. Sedangkan papanya sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor bergitu juga abangnya yang sibuk mengikut jejak papa mereka. Tinggal dirinya sendiri yang mecorak waktunya. Akhirnya dia sibuk dengan pelajarannya. Cuba melupakan kesunyian dengan buku-buku yang boleh di baca. Keputusannya dia terus terpinggir dan di pinggirkan kerana sikapnya yang dikatakan kera sumbang itu.
Sudah terbiasa sejak dari kecil dia terpinggir dari kawan-kawan sebaya hinggalah ke zaman universiti dan sekarang walau sudah berkerja, Dannia tetap tak ramai kenalan apatah lagi mereka yang boleh di gelar sebagai kawan. Cuma sekali pernah dia rasai apa rasanya berteman. Hanya sekali dia dapat merasakan hidupnya di ambil berat dan ada yang peduli. Tapi semua itu kisah dulu. Satu ketika dulu yang satu-satunya waktu dia tak rasa sunyi. Namun itu semuanya kisah lama.

 Ya ada sekali dalam hidupnya dia berteman dan sememangnya waktu itu mungkin dia tak sesunyi kini kerana ada Zarul yang menemaninya hidupnya. Kawan yang pertama di dalam hidupnya. Teman pertama yang dia miliki di dalam hidupnya. Kekasih pertamanya juga. Setahun menyelam kasih. Mungkin sudah di suratkan dalam talian takdir, dia dan Zarul tak berjodoh. Maka akhirnya dia di tinggalkan dan di biarkan kembali sepi.
Tiga bulan sudah  pekara itu berlalu, namun hidupnya tak membaik malah  dunianya di rasakan semakin sunyi. Adakala terlalu sunyi sejak Zarul pergi dari hidupnya. Dia tak menyalahkan Zarul. Zarul sebagai lelaki yang bergaya, kacak dan ada kerjaya pasti ingin memilih gadis yang sepadan dengannya. Bukan seperti dirinya yang dunianya hanya kerja dan rumah. Yang pakaiannya hanya baju kurung dan tudung litup ke perjabat. Sedangkan pasangannya kini gadis cantik yang sentiasa mengikut pegerakkan waktu dunia fasyen. Membandingkan dirinya dan Intan, gadis itu bak permata yang berkilau manakala dia hanya kristal yang pudar warnanya.

Mengenangkan sedihnya hidupnya kini, Dannia tak pernah berhenti mengunjungi tempat ini kerana di sini saja rasanya dia boleh bernafas usai seharian di pejabat di hidangkan gelak tawa pasangan kekasih itu. Hingga adakalanya tangisan itu akan menitis sendiri kala hatinya terasa pedihnya cinta yang sunyi. Sedih sungguh sedih hidupnya.


“Dummm......” Bunyi guruh di langit menyedarkan Dannia dari lamunannya. Gendang alam itu memberitau Dannia bahawa dia perlu cepat. Kerana kalau hujan membasah bumi nanti pasti sukar bagi dia berjalan ke jalan besar dan mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah .
Sejak, kemalangan yang meragut nyawa ibunya ketika dia berusia 10 tahun, Dannia seakan fobia untuk memandu. Dia nampak sendiri ibunya yang sedang memandu di rempuh oleh lori sebaik menjemput dia dan abangnya pulang dari sekolah. Hampir setahun juga dia trauma menaiki kereta. Atas sebab itu juga di hantar oleh Dr Arif, papanya ke kampung tinggal bersama atuk dan neneknya. Dannia bersekolah di kampungnya di Muar sehingga dia di terima masuk dalam fakulti undang-undang di Univeristi Malaya, barulah Dannia tinggal kembali bersama Dr Arif.

Saat Dannia melalui tempat pakir, hujan rintik-rintik telah mula membasah bumi. Di situ juga dia bertemu dengan pemuda yang biasa dia lihat di Taman itu. Sejak seminggu dua ini, wajah pemuda itu sememangnya akan di tatap sama ada ketika dia sampai mahupun sewaktu dia pulang dari sini. Sudah terbiasa melihat wajah itu, Dannia dengan sendiri melemparkan senyuman ke arah pemuda yang sedang membuka pintu kereta itu. Pemuda yang mungkin juga sepertinya. Pemuda pun nampak sunyi dan sendiri di dalam hidupnya.


Adam melalui jalan yang mula basah oleh hujan yang sudah mula lebat itu. Di pertengahan jalan dia ternampak gadis yang selalu tersenyum padanya setiap kali mereka bertembung di Bukit Cerakah ini. Sangkanya tadi ketika bertemu di tempat pakir, gadis itu sedang dalam menuju ke kereta sendiri, tak sangka pula gadis itu tak memandu malah sanggup berjalan dalam hujan sebegini. Entah mengapa mudah sahaja Adam memberhentikan keretanya.

“Cik nak ke mana ni? Hujan lebat ni. Mari saya tolong hantarkan.” Adam bertanya dari tempat duduknya. Dia membuka cermin di tempat penumpang, tak kisah tempias hujan itu membasahi keretanya.

“ Saya nak ke jalan besar. Tak sangka tak ada teksi pula kat sini. Tapi tak apalah encik, saya boleh jalan je.” Dannia menolak. Hatinya cuak. Bukan cara Dannia mengikut lelaki atau sesiapa saja dia tak kenali. Dia takut berbuat begitu.

“Jauh tu. Tak apa. Masuklah. Saya hantarkan cik balik. Hujan ni.” Adam bertegas ingin menghantar gadis itu.

Melihat si gadis masih tak berganjak. Adam mengambil payung dari bawah tempat duduk berlakang dan keluar menuju tempat gadis itu tu berdiri. Sekelip mata Adam dan si gadis sudah di bawah satu payung. Adam menarik tangan si gadis berjalan ke arah pintu penumpang.

“Awak jangan berani apa-apakan saya. Saya ada silat tau.” Dannia semakin menggeletar apabila pemuda itu berani menarik tangannya. Dia menarik-narik tangannya namun genggaman itu seakan sukar untuk di leraikan.
“ Saya ada kungfu. Saya nak hantar awak je. Saya ikhlas. Masuklah. Kat sini dah lah hujan, gelap pula tu. Nanti jadi apa-apa, saya rasa bersalah pula. Kalau saya buat apa-apa nanti awak silatkan je lah saya ni.” Adam cuba meyakinkan si gadis. Dia tersenyum nipis apabila si gadis makan pujukkannya dan masuk ke tempat penumpang.
“Saya Adam. Nama awak?” Adam bertanya pada gadis itu. Dari sekilas pandang Adam tahu gadis di sebelahnya nampak pucat dan menggeletar. Cuma dia tak pasti gadis itu menggeletar kesejukan atau kerana takutkan dia. Adam mengambil tuala kecil dari tempat duduk berlakang lalu di hulurkan pada si gadis si sebelahnya.

“Terima kasih. Saya Dannia.” Akhirnya si gadis bersuara juga. Cantik nama itu bisik hati Adam. Selembut orangnya juga. Sesuai benar dengan namanya. Buat seketika mata Adam terpaku pada Dannia menyambut tuala kecil dari tangan dan lalu mengesat basahan hujan di wajah lembut penuh keibuan itu.
“Ehem... Dannia duduk kat mana? Boleh saya hantarkan.”Adam segera menawarkan pertolongan menutup kelekaannya kala merenung wajah lembut itu. Kalau tak kerana wajah Dannia yang tadinya putih tiba-tiba memerah kerana renungannya, tak mungkin untuk Adam sedar yang dirinya sedang merenung anak gadis orang.
“Saya duduk di Lembah Bayu. Tapi tak apa. Menyusahkan Adam je nak hantar saya. Saya boleh naik teksi. Adam hantarkan saya sampai ke jalan besar sudah cukup saya berterima kasih.” Ujar Dannia lembut. Dannia serba-salah pula rasanya kerana menyusahkan lelaki yang bernama Adam ini. Sesekali Dia menarik-narik baju kurungnya yang melekat di tubuhnya. Rasa tak selesa.

“Tak apa. Saya boleh hantar awak. Tak selesa ye? Awak ambillah kot saya kat berlakang tu. Baju awak basah tu, nanti demam pula.” Adam sekali lagi menawarkan pertolongan. Dia nampak ketidakselesaan Dannia.

Kali ini Dannia tak lagi menolak. Dia benar-benar tidak selesa dengan keadaannya sekarang lalu Dannia terus sahaja mengambil kot Adam di tempat duduk belakang lalu di sarung ke tubuhnya. Di situ juga dia ternampak ada briefcase. Pada pemikirannya mesti Adam juga sepertinya yang baru balik kerja. Tadi dari perjabat Pak Mail pemandu papanya yang menjemput Dannia. Sengaja dia menyuruh Pak Mail menghantarnya ke mari, kerana tak mahu menyusahkan Pak Mail, Dannia menyuruh Pak Mail balik dahulu dan dia boleh balik menaiki teksi seperti hari-hari lalu. Tak sangka apa yang terjadi kini akan berlaku. Tak terduga hari ini dia akan terhutang budi pada Adam.

2 comments:

khasyikelvin_ said...

yang,
editkan buat perenggan,
mudah sedikit nak baca..

atashi79 said...

betul tu..
sakit mata ku ini..huuhuhuuhu.......