Tuesday, February 24, 2009

Cinta? Penting ke? 2

Pertama yang mengikat hati.

Sepanjang perjalanan hanya sepi menemani mereka. Adam dengan dunianya dan Dannia leka dengan lamunannya. Yang memecah heningan susana mereka adalah hanyalah apabila jeritan kecil Dannia bergema ketika Adam berhenti mengejut kerana ada kereta yang melanggar undang-undang jalan raya telah keluar laju dari simpang hadapan mereka. Nasib baik Adam sempat berhenti mengejut, kalau tidak sama ada mereka berbincang dalam dinginnya hujan yang masih lebat di luar sana atau hangatnya suasana hospital.
Tidak puas hati, Adam mencarut kepada pemandu yang kurang berhemah itu. Terkeluar perkata-perkataan yang selama ini hanya tersimpan buat pemandu itu. Tak pasal-pasal dia sudah menambah dosanya hari ini.
Dannia disebelahnya hanya memejam mata. Kemalangan lalu terimbas kembali. Tangannya menggigil. Ketakutan jelas di wajahnya. Tubuhnya bergetar hebat. Dia benar-benar takut. Terbayang lagi darah ibu pada tubuhnya ketika melindungi dia dari pecahan kaca cermin hadapan kereta. Terlayar kembali tubuh longlai ibunya yang di usung keluar penuh luka dan darah itu. Perlahan-lahan air matanya turun ke pipi.
“ Dannia.... Dannia.... Hei Dannia.” Panggil Adam lembut dengan tangannya menggoncang lembut tubuh Dannia. Adam sebenarnya tekerjut bila menoleh pada Dannia untuk memastikan gadis itu selamat namun apa yang dilihatnya adalah gadis itu menangis dengan tubuh yang menggigil. Setelah di goncang tubunya baru Dannia memberi reaksi itupun bagaikan baru bangun tidur yang mengalami mimpi ngeri. Di wajah Dannia jelas garis-garis ketakutannya.
“Kenapa ni?” Tanya Adam lembut. Wajahnya bimbang, risau dan penuh ambil berat. Kali pertama dia bersama gadis ini. Hari pertama pekenalan mereka. Ini kali pertama dia duduk sekereta dengan gadis ini dan ini juga kali pertama dia berbual dengan gadis ini. Tetapi percaya atau tak... hatinya sudah ingin melindungi gadis ini. Dia sudah pandai bimbangkan gadis di sebelahnya ini.
Dannia mengesat air matanya. Dia menggeleng perlahan. Hanya membiarkan jari jemarinya di genggam erat. Wajah simpati Adam di tonton serba-salah. Malu dirinya. Sudahlah menumpang. tapi masih nak buat hal lagi.
“Tolong jangan buat macam tu lagi.” Hanya segaris ayat itu keluar dari bibir Dannia. Dannia menunduk mengambil beg tangan dan hartanya yang berterabur jatuh ketika kejadian tadi. Adam sebenarnya ingin bertanya lagi namun melihat Dannia sudah sedikit pulih, terbatal niat Adam itu. Adam meneruskan perjalanan mereka. Kali ini lebih berhati-hati dan fokus.
“Terima kasih.” Ucap Dannia ringkas dalam suaranya yang penuh kelembutan sambil cuba membuka kot Adam yang tersalut di tubuhnya. Dannia tak terpandang wajah Adam kerana rasa malu terhadap kejadian tadi masih bersisa.
“ Sama-sama. Tak payah pulangkan dulu kot tu. Baju awak basah. Nanti nampak pelik pula orang tengok. Bila kita berjumpa lagi nanti awak pulangkan lah.” Adam menghalang Dannia menyerahkan kembali kotnya. Seperti percaya akan ada pertemuan yang kedua. Lagipun dia rasa tak elok kalau Dannia naik dengan baju yang melekat di tubuh. Walaupun hampir kering namun kesan basahan itu masih ada. Tak ingin tubuh itu pertontonkan sebenarnya.
Dannia serba salah. Namun dia menurut juga. Dia sendiri malu nak keluar dengan keadaan yang di kira agak seksi padanya. Sekali lagi Dannia mengucapkan terima kasih. Adam hanya mengangguk. Adam melihat Dannia berjalan lemah masuk ke dalam bangunannya sehingga gadis itu masuk ke pintu lif, baru Adam bergerak pergi.


Pekara terakhir yang Dannia mahu adalah bertemu dengan sesorang dia kenali saat ini. Mungkin hari ini bukan hari yang baik buat Dannia, sebaik dia sampai di hadapan pintu rumahnya, dia dikejutkan dengan pandangan matanya sendiri apabila melihat abangnya Ashraf sudah ada di hadapan kondonya. Melihat wajah abangnya, Dannia dapat meneka pasti sekejap lagi wajiblah dia kena soal kerana keadaannya begini.
 Ashraf melihat adiknya. Dahlah berpakaian yang masih lembab di tambah pula kot lelaki yang membaluti tubuh adiknya. Hati Ashraf berkocak hebat. Dari mana je adik aku ni? Ingin bertanya lebih lanjut namun melihat wajah Dannia yang cuak, membuatkan hatinya berbelah bagi. Dia memang tegas dengan adiknya malah kata teman-temannya dia terlalu melindungi adiknya namun tanpa adiknya atau temannya sedar adakala hanya dengan melihat sinar kelembutan di mata adiknya, hati Ashraf yang tegas itu terus mengalah. Seperti sekarang, dia tak sanggup bertanya yang bukan-bukan melihat keadaan Dannia yang cuak itu.
“Adik dari mana ni?” Tak menyempat Ashraf bertanya. Dia hanya singah sekejap untuk melawat adiknya. Sebentar lagi dia kena masuk bertugas untuk shif malam.
“Dari bukit Cerakah. Hujan tadi kat sana. Along nak masuk dulu?” Dannia membuka pintu rumahnya. Tiada tanda-tanda abangnya nak masuk ke kondonya.
“ Tak pe. Along singgah sekejap. Tengok-tengokkan adik. Ini kot siapa ni?” Ashraf menyentuh lembut kot yang ada di tubuh Dannia.
“ Kot kawan. Tadi dia hantarkan adik balik. Kawan je along.” Dannia, cepat-cepat menerangkan.
“Hmm tak kisahlah. Ucapkan terima kasih along pada dia. Nanti-nanti ajak dia ke rumah. Adik pun balik lah. Papa dah rindu kat adik. Along pergi dulu. Dah masuk ni jangan lupa kunci pintu.” Ashraf menasihati adiknya. Di matanya adiknya masih kecil lagi. Dannia lah satu-satu adiknya. Selagi Dannia tidak kahwin, dia berhak ke atas Dannia. Dannia tanggung jawabnya.
“Baik along.” Dannia menyalam tangan abangnya. Dia tahu abang dan papanya sayang pada dirinya. Hanya mereka terlalu sibuk dengan perkerjaan sehingga dia sering di abaikan.


Sebaik masuk ke rumah, Dannia pantas mencari-cari telefon bimbit di dalam begnya untuk menghubungi papanya. Terasa bersalah dia sudah lama tak menghubungi papanya. Puas dia mencari namun tak temui juga di dalam beg tangannya itu.
‘Mana lah pulak telefon ni. Waktu kita perlu lah dia nak hilang. Kenapa tak hilang esok ke lusa ke.’ Dannia merungut sendirian. Akhirnya dia mengambil jalan mudah untuk menghubungi telefon bimbitnya sendiri. Terbantut seketika niat ingin menghubungi ayahnya.
Adam yang ketika itu sedang memandu terdengar bunyi asing. Lagu Rumahku Syurgaku. Hai bila pula ada lagu ni? Akhirnya Adam memakir kereta di tepi jalan. Dia nampak cahaya keluar dari bawah  kerusi penumpang. Cepat-cepat Adam mencapainya. Telefon bimbit? Tapi siapa yang punya ni? Adam menekan receive call. Lalu menelefon nombor tadi. 
“ Hello.” Adam terkedu seketika. Seperti dia pernah mendengar suara ini. Suara Dannia. Pasti gadis itu tertinggal telefon di dalam keretanya.
“Assalamualaikum Dannia. Adam ni.” Adam memperkenalkan dirinya. Dannia di sebalik talian sana pun terkedu. Seketika talian itu sepi.
“ Waalaikumsalam. Adam. Ada apa ye?” Dannia pelik. Bagaimanalah Adam mendapat number rumahnya. Seingatnya nombor telefon bimbit pun dia tak bagi. Pelik-pelik.
“Dannia tertinggal handphone dalam kereta saya. Nak saya pulangkan sekarang ke?” Adam bertanya. Takut ada kepentingan pada telefon itu pada pemiliknya.
“Adam kat mana ni?” Tanya Dannia lembut.
“Saya dah nak sampai rumah.” Adam tetap menjawab jujur walaupun sebenarnya hati dia terasa hairan. Apa kena dengan pertanyaan itu dengan niatnya?
“Kalau macam tu tak pe lah. Esok-esok lah Adam pulangkan. Tak penting pun. Menyusahkan Adam je.” Selembut orangnya selembut itu juga bahasa Dannia. Hai... ada lagi gadis macam ni rupanya.

1 comment:

alkene87 said...

eh, lagu
rumahku syurgaku?
tak penah dgr pon..
sape nyanyi?
kbtulan dlm hp sy
no fon rumah letak
name "rumahku syurgaku"
huhu..rindunya nk balik rumh
jumpe adik2..