Friday, February 20, 2009

SINOPSIS CINTA? PENTING KE?


Kisah ini bermula dari perjumpaan Dannia dan Adam di Bukit Cerakah….

Dannia baru sahaja putus cinta dengan Zarul, teman sekerjanya. Walaupun hatinya terluka Namur Dannia tak pernah menyalahkan Zarul kerana Dannia tahu dia tak layak mendampingi Zarul atas dasar dirinya yang kolot dan tidak pandai berfesyen. Di Bukit Cerakah Dannia luahkan segala perasaan.

Akhirnya di sana Dannia bertemu Adam…

Adam lelaki yang miliki segalanya. Ada kejaya dan kedudukan. Di sebalik yang dia ada itu tak siapa tahu siapa dirinya yang sebenar? Apabila ibu tersayang memintanya mengahwini sepupu yang di anggap adik sendiri. Adam tak tega lalu membawa diri ke bukit Cerakah.

Di situ mereka bertemu dalam hujan yang lebat merapatkan mereka…

Pada Dannia, Adam luahkan rasa walau baru kali kedua bercakap sedangkan kekasih hati tiada si sisi saat ini. Dannia menjadi pendengar setia. Dannia memberi satu rancangan buat Adam dan Adam menerimannya malah mengajak Dannia turut serta dalam permainan itu.

Dannia tega menerima pelawaan Adam walau hatinya berbelah bagi. Melalui Adam, Dannia berjaya berubah. Dia bukan lagi gadis yang mudah menyerah. Secara luaran malahan dalaman Dannia mula berubah. Perubahan yang menarik minta Zarul kembali padanya. Adakah cinta masih milik Zarul? Atau sudah beralih arah?

Adam gembira Dannia berubah. ‘Teman Baik’ Itu gelaran yang mereka sandang kini. Namun dalam tak sedarnya Adam tak suka Zarul mula rapat dengan Dannia. Adam tak mahu Dannia terluka lagi. Dengan segala kuasa dan pengaruh Adam cuba menjauhkan Dannia dari Zarul termasuklah dari segi bidang kerja.

Hari yang berlalu membuatkan mereka lebih rapat. Namun ada sesuatu yang berlaku merenggangkan mereka. Apabila dunia tahu siapa Adam sebenarnya? Dannia rasa tertipu. Adam menyembunyikan sesuatu darinya selama ini. Dannia mula menjauhkan diri. Namun Adam tak mahu hilang ’teman baik’nya itu.

Dannia berlari.... Adam mengejarnya...
Dannia bersembunyi... Adam terus mencari…
Dannia bermasalah… Adam sentiasa hulurkan tangan…

Waktu membiarkan saat kemesraan itu kembali berputik. Tasya kekasih hati Adam kembali dari Singapura. Sekali lagi hubungan itu teruji. Tasya, gadis yang cukup cantik dan cukup baik buat Adam. Bagaimanakah Hubungan itu nanti? Apakah ada cinta buat Dannia setelah Adam mempunyai kekasih yang cukup sempurna? Bagaimana akhirnya hubungan Adam dan Dannia? Apa kesudahan Adam dan Tasya? Bagaimana penerimaan keluarga mereka?

Semuanya dalam enovel - CINTA? PENTING KE?-

p/s Iman tahu agak lucu untuk Iman menyiarkan sinopsis sedangkan sudah empat episode cerita ini di siarkan. Namun Iman sedar cerita ini tidak berapa mendapat sambutan jadi Iman ingin meminta pendapat semua. Perlukah cerita ini di sambung penulisannya atau di hentikan sahaja? Adakah nilai bacaan untuk e novel ini?

23 comments:

noorhayaty85 said...

lah asal ni iman...sape kata cerita iman x best?best ape..truskan lah..bt ape nk bhnti..

Anonymous said...

cerita ni agak menarik...cuma nampak biasa je...tp kalau Iman dpt menggarapnya dgn bijak...mewujudkan kelainan, saya rasa ianya dpt menarik pembaca...

Bie Hassan said...

menarik la sinopsis tue...huhu

Anonymous said...

citer cinta?pnting ke? 2 bez...jgn la hentikan....trus kan tlis k?keep it up!

Anonymous said...

kenala teruskan..
anggap tu sebagai satu cabaran..
bile iman wat lebih dari satu cerita
mgkn tertukar karekter antara 2 novel..
idea yang xkunjung tibe ke..?
harapan pd org yang ikuti cerita nie..
mgkn dr posting komen tu menampakkan lack kat novel yang diwat
tapi sume tu xjd masalah bile..
iman try to make it interesting..
hehe..byk cakap lak..
pepon..akak sokong iman..!
akak ke...?huhu

keSENGALan teserlah.. said...

bce sinopsis nieh jalan cite cm menarik..
watkan zatie nk bce cite nieh..
hehe..
smbung je iman..
iman ade gye penulisan sendiri taw..
rugi kalau x dipraktikkan...
keep it up..
just go on jer..

maria said...

cerita ni ok jer...best jer kl nk layan.cite JAC skrg tgh hot tu yg menyebabkn citer ni jd tenggelam skit...iman sambung la lg cite ni

Anonymous said...

salam....sinopsis yg menarik....teruskan berkarya...awal2 stat cerita mmg ramai yg x brapa komen...tapi as the story goes on, bila dah nampak kekuatn cerita tu, saya pasti ramai akan stat komen...truskan usaha....jodoh @cinta memang menarik dan saya pasti cinta?penting ke? pun akan menarik jugak....~sakina~

Anonymous said...

best la sinopsis tu...sy try cari gak enovel tu kat blog iman, tp x de pon...sambung je...
we all suke je ngan cite tu...hehhe...
chayyok2 iman...

misz nana said...

ok je cite ni..
sambung je..

Anonymous said...

teruskanlah~

Anonymous said...

sape kata x best...
sy ikot sume novel iman...

dua2 citer best.
tulus dri hati ni...

keep up da gud work ya pnulis

~rina~

Anonymous said...

klu ikutkan sinopsis,citenye best.tp may b cara ayat sinopsis 2 d tulis kureng skit.biasa sinopsis x bpe skema tp ayat b'bunga.ssh nk explain.tp iman leh refer kt snopsis novel kt psrn and perhati cara pnympaian sinopsis 2.

hope jgn stop tlis cite ni ye?sbb dr sni,iman leh tau kt mna kkurangan and klebihan iman.ok?

sori klu de t'kasar bhsa n good luck!!!

bidadari cinta said...

hai iman..nampaknye iman spt tak yakin dgn penulisan sendiri..knp??iman tahukan setiap pembaca di luar sana dahagakan hiburan berbetuk penulisan?samada mereka nak kritik atau nak memuji,itu terpulang kpd mereka..kita sbg penulis cuba sbaik mungkin utk mghasilkan karya yg menarik.iman kn pandai olah cerita dgn baik..teruskan cite ni..ramai peminta yg menantikannya.tak elok hampakan mereka kan???keep up??kami sentiasa nantikan karya hebat dari iman...chaiyokk!!!!!!

Anonymous said...

iman...
gaya pnulisan iman tersendri...
menarik...
keep it up...
sokong u~~

aieda said...

sambung la cpt cite ni iman...
penuh dgn plot.
tak sabar nak tgu apa reaksi tasya bila dia tau adam dah rapat ngan adam.
so i'm waiting.....

Anonymous said...

jgan pkir sabutan..
org x tau blog nie kot..
yang pasti cter nie best,,
truskan usaha..
chaiyok2!!
sambung ek sampai habis..

Anonymous said...

wlupun citer ni dah lama abis..p tgok yg iman tulis pasal nak henti2kan karya yg krg dpt sambutan..sy rasa x patut laa... x leh buat kerja separuh jalan je tau...iman sndiri kata kurang dapat sambutan, bukan xde yg bca..klu hentikan,camne ngan yg dah baca...ksian lak...
jgan mengalah sebelum kia buat sesuatu 2...
antara kerugian yg pling besar...
......tq sebab tamatkan novel ni...

atashi79 said...

hi kak iman.. Diharap akk sambung la cerita ni sbb dari sinopsis dah tahu cerita ni sedap.

Anonymous said...

bes la
smbng lg crita ni

nisa said...

sambung la..
best cite ni...

Stephanie Chee said...

kak iman,saya harap sngat kak iman teruskan.crita nie best la:)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)