Saturday, May 30, 2009

JODOH ATAU CINTA 28

Iman menangis dan terus menangis. Akhirnya dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Sedih hatinya. Ya terlalu luka bila di kenangkan kembali. Dia tak sangka Danish akan mengangkat tangan padanya. Harapannya Danish akan memujuknya lembut menenangkan dirinya tapi apa yang terjadi. Dia hamper di tamper oleh Danish.

Tadi setelah menerima kunjungan yang tak di jemput dari Maya di pejabatnya. Iman terus ke pejabat Uncle Fuad, peguam yang menguruskan wasiat atuknya. Uncle fuad telah mengesahkan segalanya. Memang segala harta peninggalan atuknya akan jatuh ke tangan Danish hanya setelah Iman melahirkan anak sulung mereka.

Masa itu Iman rasa dia ingin membiarkan waktu berhenti berputar agar dia tak perlu berhadapan dengan Danish, Namun kita manusia biasa tak akan mampu melawan kehendaknya. Iman tahu dia tak mampu mengelak lagi. Jadi dia harus tempuhi. Dia menanti Danish. Dia ingin kejujuran dari Danish. Tapi apa yang dia hampir dapat hanyalah penampar?

Pergaduhan seminggu lepas membuatkan Iman tekad memandu kereta ke tempat kerja. Dia lebih rela melawan traumanya dari terus bergantung pada Danish. Itu pergaduhan dua minggu lepas. Selepas ini dia tak tahu apa yang akan dia lakukan pula.



Farhan hanya memandang adiknya masuk ke dalam rumahnya. Melihat wajah Iman yang sembab dia pasti mesti ada masalah. Ini pasti soal Danish. Tak habis-habis. Orang lain pun bercinta tapi tak pula sampai macam ini.

“Kenapa ni adik. Macam cekodok basi je abang tengok muka tu?” Farhan bertanya penuh diplomasi.

“Abang...” Iman mula menangis. Ya sekarang sering kali dia menangis. Dan puncanya hanya satu iaitu Danish.

“Adik. Iman tahukan kalau Iman dah start menangis macam ni susah. Cuba cerita baik-baik pada abang. Pasal apa ni? Danish?” mendengar sahaja nama Danish, esakkan Iman semakin kuat. Sah itu puncanya.

Iman dalam sedih dan titisan air mata menceritakan pada Farhan apa yang terjadi. Tentang Maya. Tentang wasiat. Tentang Danish dan reaksi Danish. Hanya ciuman itu yang menjadi rahsia.

“Dia tak nak mengaku abang. Itu yang buat Iman marah sangat. Sakit hati Iman.” Iman sudah semakin tenang. Mungkin lega apa yang di pikulnya tadi sudah di lepaskan.

“Iman listen here. Abang tak sebelahkan sesiapa okay. Tapi abang letakkan diri abang dalam keadaan Danish. Mungkin betul Danish tak tahu pasal wasiat tu. Kalau tak Danish tak aakn marah macam tu. Iman tak fikir cara Iman silap. Datang-datang terus serang dia?” Iman mengerutkan mukanya. Farhan seolah-olah lebih menyebelahi Danish.

“Jadi sekarang Iman yang salah macam tu?” Iman memang tak boleh terima apa yang
abangnya katakan.

“Iman. Cuba Iman fikir. Danish pun sama macam Iman. Dia tak ada masa wasiat itu di bacakan. Iman dan dia nun jauh beribu batu. Kalau Iman tak tahu jadi tak mustahil dia tak tahu juga kan?” Farhan cuba membuka minda adiknya.

“Tapi parents dia tahu abang.” Iman menegaskan lagi.

“Itu parents dia. Kalau parents dia tak bagi tahu dia macam mana? Macam mana kalau komplot konon-konon nak gunakan Iman lahirkan anak untuk dapatkan harta itu hanya fitnah macam mana?” Farhan menegakkan lagi hujahnya. Iman terdiam.

“Mentah-mentah dia kena tuduh dengan Iman kalau betul dia tak tahu Iman. Lepas tu Iman nak suruh dia lepaskan Iman. Abang sebagai lelaki abang dapat rasakan ego dia tercabar untuk seorang suami. Kalau dia tak cintakan Iman pasti dah free je Iman dapat penampar tadi. Sebab dia sayangkan Iman lah dia dapat tahan dari menampar Iman tu.” Sambung Farhan apabila melihat adiknya hanya senyap. Dia tak mahu Iman melepaskan cintanya hanya kerana kata-kata orang. Iman tak pernah menyatakan yang dia cintakan Danish tapi Farhan tahu sememangnya Iman sayangkan Danish.

“Abang memang cakap macam tu sebab abang sekaum dengan dia. Iman nak balik. Cakap dengan kak Intan lagi baik.” Rajuk Iman. Dia mengangkat begnya. Menghulurkan salam pada abangnya.

“Adik seorang yang bijak dan matang. Be more mature in love. Jangan lepaskan apa yang ada hanya kerana mulut orang. Percaya pada abang. Tak akan ada orang lain mencintai adik seperti Danish sayangkan adik. Apatah lagi orang yang lebih sayangkan adik. He the only one who can love you more than everything.” Nasihat Farhan saat Iman mencium tangannya. Satu baiknya Iman. Semarah manapun dia. Dia tetap menghormati orang.



Danish bingung. Dia tak mungkin akan membiarkan sahaja ini berlaku. Semalam setelah
Iman pulang. Danish balik ke rumah keluarganya. Dia minta penjelasan dari orang tuanya. Apa yang paling Danish tak ingin dengar itu yang menjadi santapan telinganya. Mamanya mengesahkan tentang wasiat itu. Benar apa kata Iman.
Lalu hari ini Danish membuat keputusan ingin menjelaskan segalanya. Iman perlu di yakinkan. Danish rela hilang segalanya tapi tak mungkin sanggup kehilangan Iman.

Danish tahu hari ini Iman akan balik lambat memandangkan pagi tadi isterinya itu masuk lewat ke pejabat. Danish tak mahu menganggu Iman sekarang. Dia mahu berbincang dengan Iman dalam keadaan yang lebih tenang. Tanpa sebarang pengaruh kerja. Lantas Danish membiarkan Iman menyiapkan segala tugasnya dulu sebelum dia membawa Iman berbincang soal mereka. Sambil menunggu Iman, Danish menyiapkan kerjanya yang masih tertangguh.

“Iman wait. We need to talk.” Danish cuba menahan Iman saat dia melihat Iman berjalan di hadapan pintu pejabatnya yang sedia terbuka. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Tak ada apa lagi yang perlu kita bincangkan lagi.” Iman tanpa menunggu lama terus melangkah. Danish yang belum bersedia untuk pulang itu di tinggalkan. Danish menghentak mejanya. Dia terlepas peluang kali ini.

Iman berjalan ke arah keretanya ketika ada dua orang lelaki yang berbadan sasa menahannya di pertengahan jalan. Apa hal pula kali ini? Sudahlah dia ini kepenatan. Pagi tadi dia mendapat panggilan kecemasan dari abangnya. Ada orang pecah masuk ke rumah abangnya. Satu pagi dia menemani abangnya menguruskan segala macam hal.

Nasib baik abangnya tiada di rumah malam itu sebab ke Seremban kerana Kak Intan di masukkan ke hospital sebabkan gastrik. Pelik doktor di tahan di wad. Tapi bila fikirkan balik Intan pun manusia biasa. Jadi NOTHING IS IMPOSSIBLE.

“Kenapa ini?” Iman bertanya pada orang yang tak berintelektual menahannya di tengah jalan itu.

“Maaf Tengku Iman, kami di suruh menjemput Tengku.” Kata salah seorang lelaki itu.

“Awak salah orang. Saya Iman Umairah. Bukan Tengku Iman.” Iman seakan boleh menghidu mereka ini orang suruhan papanya Tengku Farid. Cuma mungkin papanya lupa di pangkal namanya tiada perkataan Tengku.

“Kami tak salah orang. Puan ini Iman Umairah Binti Tengku Farid. Kami mohon untuk Tengku mengikut kami.” Iman sudah teragak-agak untuk lari pada masa itu. Dia mengangkat begnya dan terus melemparkan ke arah kedua orang lelaki itu. Saat tumpuan lelaki-lelaki itu terganggu. Iman pantas melarikan dirinya.

Iman berlari dan terus berlari. Kadang-kadang dia menoleh ke berlakang. Dia ingin cepat sampai ke pintu lif di bahagian tempat pakir itu. DUMMM.... Iman terlanggar seseorang. Wajahnya tersembam ke dada insan itu. Tubuhnya terasa di rangkul oleh seseorang. Seolah-olah tadi dia berlari ke dalam pelukkan itu. Perlahan-lahan Iman mengangkat mukanya ingin memandang orang yang sedang merangkulnya itu...



Iman menarik nafas lega. Wajah Danish di ruang matanya. Walaupun tak melihat tadi Iman sakan sudah tahu itu Danish. Iman kenal bau minyak wangi Danish. Iman kenal bau tubuh Danish.

“Iman. Kenapa ni sayang?” Danish bertanya penuh perihatin.
Tadi sangka Danish peluangnya untuk bercakap dengan Iman hari ini sudah tiada namun rupanya jodohnya dan Iman kuat. Mereka bertemu lagi. Namun kini bukan itu prioritinya. Iman lebih penting. Cemas dia melihat Iman berlari sendirian di tempat pakir yang sunyi ini. Macam kena kejar je lagaknya.

“Ada orang kejar Iman.” Entah kenapa Iman benar-benar lega. Secara spontan dia memeluk Danish erat. Dengan cara itu dia dapat menenangkan dirinya.

“Siapa yang kejar Iman?” Danish membalas kembali pelukan Iman. Dia mengusap lembut berlakang isterinya bagai mahu mengusir segala ketakutan yang ada dalam diri isterinya itu.

“Entah Iman tak tahu. Mungkin orang Tengku Farid. Semalam rumah abang Farhan pun di pecah masuk. Tapi tak ada benda hilang... macam...” Belum sempat Iman menghabiskan ayatnya. Kedengaran berberapa derap kaki menghampiri mereka. Ingin bersembunyi? Dah terlambat.

Danish menlepaskan tubuh Iman dari rangkulannya. Sambil memegang tangan Iman, Danish berdiri di hadapan isterinya itu. Melindungi Iman dengan tubuhnya. Seakan memberitahu untuk sampai kepada Iman mereka kena melalui Danish dahulu.

“Ada apa ni?” Danish bertanya dengan suara yang cukup tegas. Dia menahan marah sebenarnya. Siapa tak marah pada lelaki yang mengejar isterinya? Menakutkan wanita kesayangannya?

“Maaf Encik. Kami di minta menjemput Puan Iman. Kami diarahkan membawa Puan Iman pulang walau dengan apa cara sekalipun.” Mendengar kata-kata lelaki tersebut. Danish tahu akan berlakunya pergaduhan. Mereka akan lakukan apa sahaja demi membawa isterinya itu pergi. Dan danish pasti tak akan membiarkannya dengan mudah berlaku.

“Kalau jadi apa-apa. Abang nak Iman lari.” Danish berbisik perlahan di telinga Iman.
“Tapi?” Iman membantah. Tangannya memeluk erat lengan Danish. Tak mungkin untuknya membiarkan Danish sendirian menghadapi segala itu.
“Tolong dengar cakap abang Iman. Jangan perdulikan abang. Iman kena lari dulu.” Danish memberi arahan.

Iman tak terkata apa lagi. Saat itu Danish sudah melepaskan genggaman tangannya dan melangkah ke hadapan untuk berdepan dengan lelaki-lelaki itu. Iman bergerak berberapa langkah ke berlakang. Dia melihat Danish ‘berbicang’ dengan ‘mereka’. Dia melihat Danish mengelak dari serangan-serangan yang di berikan. Iman ingin membantu.

Namun saat dia ingin melangkah ke arah Danish terasa lengannya di tarik orlah seseorang. SIAPA? Adakah orang itu datang untuk membantu? Atau sebahagian dari mereka yang bergelut dengan Danish? Iman tak berani nak menoleh ke sebelahnya.

Saturday, May 9, 2009

SAHABAT CINTA Akhirnya

Aku menahan sakit. Leherku rasa terkoyak sedikit. Ada darah panas yang rasa mengalir keluar dari leherku. Aduh. Hampir menitis air mataku. Dalam kepayahan aku melihat wajah Hakimi yang nampak cemas. Walau dia cuba menyembunyikannya namun aku tahu sifatnya.

Saat Hakimi datang tadi. Aku bagai rasa nak meraung meminta tolong. Tiba-tiba aku rasa diriku akan selamat walau apa berlaku. Mungkin kerana aku lega Hakimi ada bersamaku.

“Saya Luqman Hakimi Bin Luqman Hakim. Saya seorang peguam. Kalau ada apa-apa mungkin saya boleh bantu.” Hakimi cuba berinteraksi.

“Oh kau ni mesti salah seorang barua polis kan?”

“Taklah aku tak ada kena mengena dengan mereka. Aku cuma nak dapatkan kes kau. Kalau ada apa-apa kau tak puas hati kat syarikat ini. Kita boleh saman. Aku boleh buat kau terus jadi jutawan tapi dengan syarat kau kena bagi 30% pada aku sebagai bayaran.” Hakimi sengaja menukar panggilan nama mereka agar nampak lebih dekat. Kalau nak beruding dengan penjenayah kenalah jadi penjenayah.

“Kau yakin ke?” Penjenayah itu sudah nampak berminat.

“Mestilah. Aku Luqman Hakimi. Peguam terkenal Malaysia.”

“Hmm... Aku nak saman syarikat ini kerana memberntikan pekerja tanpa sebab. Adakah patut diaorang berhentikan aku., aku dah lama kerja kat sini. Sebab masalah sikit je terus berhentikan aku.”

“Hmm memang tak patut. Kita kena berbincang lebih lanjut ni. Tapi sebelum tu kau kena lepaskan dia. Kau jangan salah faham. Kau tahan je dia kat situ. Kita duduk berbincang.” Aku hanya mendengar mereka berbincang. Aku dapat rasakan pisau di leherku mula menjauh. Aku hanya memerlukan sedikit je lagi pisau itu menjauh supaya aku boleh bertidak.

“Boleh pecaya ke ni?” Aku tahu menyangak tu dah makan umpan Hakimi.
Saat itu pisau di leher menjauh. Tangan penyagak yang memegang pisau tu dah jatuh di tepi. Masa yang aku tunggu sudah sampai. Aku pantas menyiku kuat penyangak tu sehingga dia terbongkok-bongkok. Dah aku lepaskan tendangan ke kakinya. Tak sia-sia dulu Hakimi memaksaku mengikut kelas seni mempertahankan diri sewaktu negara gempar dengan beberapa kes rogol.

Kemudian aku nampak Hakimi meluru ke arah aku. Dia belakangnnya ada beberapa pegawai polis dan Zafril. Aku hanya memandang Hakimi menahan lelaki itu membantu pihak polis sebelum dia menghampiriku. Bertentangan denganky Saat itu air mataku jatuh. Leherku terasa sakit.

“Kenapa kau buat macam tu. Bahaya Mai.” Marah Hakimi padaku. Aku hanya memandangnya kosong dengan mata yang kabur berair. Lama-kelamaan mataku kaburdan sendi-semdiku lemah. Aku ingin terjatuh, sebelum aku tercedera menyembah bumi aku rasa tubuhku di sambut. Aku dengar suara Hakimi menjerit-jerit namaku.

Aduiii... peningnya kepala aku. Sakit seh. Aku cuba membukakan mataku. gelap. bila aku menarik tangan kiriku terasa tersangkut. Aik siapa pula ikat aku ni... Ingat aku ni haiwan perliharaan apa... aku mengecilkan mataku. Ada tiub. Apa dah jadi ni? Aku kat mana? Aku cuba mnegingat. Bila aku teringat... Aku terjrit kecil. Waktu itu aku nampak cahaya putih dari hujung bilik tu. Aku terjerit lagi. HANTU... Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku.

“Mai... Mai...” Ada orang memanggil namaku. Hisy Hantu ni tahu nama akulah. Erk tapi aku macam.... Aku macam pernah dengar je suara yang memanggil namaku. Macam suara Hakimi. Aku buka celahan antara dua jariku. Dari celahan kecil tu aku cuba menilik sang pemamggil. Bilik yang gelap tadi kini dah terang. Sakit mataku. Lma aku cuba mengecam akhirnya aku nampak wajah Hakimi. Oh... Hantu playboy rupanya... Hatu ini wajiblah aku tak takut.

“Kau Kimi. Aku ingatkan hantu tadi.” Aku mengurut tangan tanda lega. Muka Hakimi berubah cemberut.
“Hisy adakah kau kata aku hantu. Kacak seperti aku ni hantu?”Hakimi tak puas hati.
“Hehehe... Kau kan hantu playboy... Wajiblah ensem.. hahahaha.” Aku gelakkan dia.
“Kau ni Mai. Aku panggilkan doktor dulu.” Hakimi bergerak menekan satu butang di kepala katil ku.

Aku melihat doktor terkejar ke tempatku. Hakimi hanya memerhatikan doktor itu merawatku. Kemudian doktor itu berkata sesuatu dengan Hakimi. Terkejut aku mendengar doktor itu memanggilku sebagai tunang Hakimi. Aku lihat wajah Hakimi lega mendengar kata-kata doktor yang menyatakan aku sihat dan boleh keluar dua hari lagi.

“Hmm... nasib baik tak ada apa-apa. Sekarang dah pukul tiga pagi. Jadi esok je aku call ibu dan abah kau.” Tekejut aku mendengar pukul 3 pagi. Bertambah terkejut mendengar ibu dan abah ada kat sini.
“Ibu abah aku ada kat sini ke?”
“ Mereka sampai petang semalam. Kau suruh mereka balik dulu biar aku jaga kau. Ada benda aku nak bagi tahu kau ni.” Hatiku macam berdebar semacam je ni.
“Apa?” Tanyaku. Hakimi melabuhkan punggung di kerusi tepiku. Dia memandang tepat di wajahku.
“Kita kahwin.” Selamba je Hakimi mengucapkannnya. Aku dah terjeut tahap gaban. Rasa terkentut aku di buatnya. Lawaklah Kimi ni.
“Kau ni Kimi buat lawak pula.” Aku cuba membalas gurauannya.
“Aku ni ada macam buat lawak ke? Aku serius.” Memang muka Hakimi macam tak buat lawak. Aku dah tarik muka. Lantas aku perlu seirus dengannya. Kami mula berbicang. Aku sering tanyakan kenapa dan ini jawapannya.
“Kimi nak lindungi Mai. Tapi Kimi tak ada hak untuk itu. Kimi bukan sesiapa pada Mai. Bukan tunang dan bukan juga suami. Kimi nak hak itu. Hak melindungi Mai. Mak dan abah Kami dah berbincang dengan makcik dan pakcik. Mereka pun dah bersetuju.” Itu jawapan yang menghentak kepalaku. Kami berbincang dan terus berbincang sehingga tak sedar bila aku ketiduran.

Aku membuka mata saat kedengaran suara orang memanggil-manggil nama Hakimi. Dalam kepayahan itu aku tersedar. Dari celahan mata yang kecil terbuka itu aku nampak abah cuba membangunkan Hakimi yang tidur dengan kepalanya di tepiku. Tanganku erat di dalam genggamannya. Malu pula seh. Terus membesar buka mataku. Aku tarik tanganku kuat. Hakimi terbangun. Padan muka.
“Amboi. Tak kahwin lagi dah macam ni. Ini kena kahwin cepat-cepat ni Bang Mir.” Mak Hakimi mengusik. Hish buat malu je.
“Itulah sebaiknya tu. Kak Som.” Aduh... Ibu aku ni pun join sekaki ke? Abah menyuruh kami bersiap. Ada benda nak di bincangkan.

Sepertiku jangka, mereka ingin mmebincangkan hal pernikahanku dan Hakimi. Aku cuba memberi seribu alasan namun aku tak berdaya. Akhirnya aku terpaksa menurut. Aku tak ingin menambah malu ibu-bapaku selepas kejadian Syahmil dulu. Walaupun aku ytak tahu bagaimana hidupku dan Hakimi nanti selepas kami bernikah namun aku masih ingin mengambil risiko ini. Lagipun buat masa ini dia, lelaki paling ideal buatku. Mereka akan merisiku minggu depan dan kami akan bertunang selepas kenduri kesyukuran di rumah Syahmil. Pernikahan pula selepas aku habiskan masterku yang di jangka tiga bulan selepas tarikh pertunangan kami.

Aku cuba menahan getar yang bertandang. Sesekali aku memandang wajah Hakimi yang tekun memandu di hadapanku. Kami dan ibu bapa Hakimi sedang dalam perjalanan ke rumah Mak Long Hakimi ni merangkap Mak Syahmil mertua tak jadiku itu. Rumahnya di Muar sejam lebih dari Batu Pahat rumah keluarga Hakimi. Aku dan Hakimi sampai semalam. Kali pertama aku menjejak kaki ke rumahnya dan membawa gelaran sebagai bakal tunang Hakimi. Mereka melayanku baik. Aku suka dengan kehidupan mereka yang sederhana.

Mungkin memahami keadaanku, Hakimi memberi pandangan penuh perhatian buatku. Aku memahaminya. Aku amat menghargainya. Aku memberi senyuman manis buatnya. Untuk menghargainya.

“Assalamualaikum.” Sampai di rumah Mak Hakimi memberi salam sebaik kami sampai di rumah kakaknya. Salamnya di sambut oleh seseorang. Tak lama kemudian syahmil muncul di pintu hadapan rumah.
“Waalaikumsalam. Mak ngah, Pak ngah. Masuklah. Apa khabar?” Tanya Syahmil ramah. Aku sangka pasti masa ini dia belum sedar kehadiranku yang tersembunyi di balik tubuh Hakimi. Tiba-tiba aku jadi risau... Bagaimana kalau ibubapa Hakimi tahu pasal kisah ku dulu?
“Hakimi... Wow makin bergaya peguam kita sekarang. Apa khabar? Dengar-dengar macam ada orang tu dah nak jumpa puteri kayangan.” Aku dengar Syahmil mengusik Hakimi. Bagaimana dia rasa kalau ‘Puteri Kayangan’ itu aku? Yang dia pinggirkan dulu.
“Dah sampai seru. Bukan puteri kayangan tp gadis yang cukup cantik hati budinya buat aku. Kenalkan bakal tunang aku. Ain Maisara.” Hakimi menarikku. Aku mengangkat muka. Dengan adanya Hakimi di sebelahku, aku ada kekuatan untuk berdiri megah.
“Hai Syahmil. Taniah atas perpindahan you. Mana orang rumah?” Aku berlagak selamba bertanya.
“Ada.. ada kat dalam. Marilah masuk.” Tergagap-gagap Syahmil. Pasti Syahmil tak sangka akan bertemu denganku.

Aku membantu saudara mara Hakimi menyediakan hidangan. Besar majlis keyukuran ini. Macam majlis kahwin pula aku rasa. Siap ada khemah lagi. Kedengaran suara-suara yang bertanyakan aku. Sampai ada yang inginkan aku mejadi menantunya. Tapi mak Hakimi awal-awal membangkang. Katanya hanya aku yang akan menjadi menantunya. Tersenyum aku.

“Mai, tolong ambilkan Kimi air.” Tiba-tiba Hakimi muncul di pintu dapur. berpeluh-peluh wajahnya. Pasti penat menolong orang mendirikan khemah.
“Jap ye.” Aku menyuruhnya menunggu sebentar. Aku bangun membasuh tangan. Kemudian menyusun beberapa gelas di dalam dulang dan membuat sejag air sirap.
“Amboi kamu Kimi. Belum apa-apa lagi dah bemanja.” Usik salah seorang makcik Hakimi yang duduk di sebelah mak long.
“Biarlah maklong. Berlatih jadi isteri.” Hakimi ni memang tak tahu malu sikit.
“Kamu dengar tu Som. Dah tak sabar dah anak teruna kamu tu. Patutlah dulu liat sangat di suruh kahwin rupanya tunggu tuan puteri. Untunglah kamu Kimi. Dapat yang cantik. Baik pula tu.” Hisy kembang pula di puji ni. Hehhehe seronok.
“Alhamdullilah lah Mak Tam. Tak sia-sia bertahun menunggu.” Aku segera ingin memberi duluang itu pada Hakimi suapa cepat-cepatlah dia blah.
“Hish.. Tak malu.” Bisikku pada Hakimi. Dia hanya tersengih.
“Banyaknya. Ini ikhlas ke tak ni?” Hakimi mengusikku pula.
“Terlebih ikhlas. Bawalah untuk yang lain juga buat basahkan tekak. Jangan nak sedapkan diri dia je.” Usikku kembali pada Hakimi. Dia memberi kenyitan mata buatku sebelum berlalu. GATAL.

“ Untung kamu Som. Dapat bakal menantu. Baik pula tu, hormat orang tua. Ringan tulang. Bukan senang nak cari menantu zaman sekarang yang sanggup duduk dengan kita di dapur macam ni.” Aku dengar lagi Mak cik yang tadi di panggil Mak Tam oleh Hakimi memujiku.
“Hmm. Rezeki saya kot Kak Tam. Alhamdullilah.” Terasa terharu aku mendengar kata-kata bakal mak mertuaku. Hish aku bagi A la kat mak mertuaku ini.
“Yelah. Hmm... Memanglah baik, rajin. Kalau tak siapa yang nak? Dah biasa lah duduk dapur. Yelah bukan ada kerja lain nak buat nanti? Tak kan nak kerja kilang lagi. Kena lah baik. Saya ni bukan apa Kak Tam. Kalau nak pilih menantu ni biarlah sempurna pendidikkannya. Biar kita tahu dia tu cukup ajarannya buat anak cucu kita. Entah macam mana lah Hakimi tu boleh tersalah pilih.” Mak Long yang sedari tadi tak suka akan kehadiran aku berkata. Aku sedikit tersindir dengan kata-kata Mak Long tu.
“Saya ni tak kisah siapa pun dia. Asalkan anak-anak bahagia cukuplah.” Kini aku bersyukur. Nasib baik aku tak jadi dengan Syahmil kalau tak pasti aku jadi bahan umpatan mertua sendiri dan untungnya aku ada ibu mertua yang memahami seperti sekarang.
“Kamu sekarang ni kerja kilang ke Mai?” Mak Tam macam kecoh nak bertanya ni.. Hai kenapa pula ni?
“Taklah Mak cik. Saya kerja kat Neraca Holding. Dulu kerja kilang tu lepas SPM. Masa tunggu keputusan.” Aku menidakkan pada Mak Tam. Hmm kena berhati-hati dengan orang tua ni.
“Kerja apa pula? Cleaner ke?” Aduii... Kena sedash lagi dari Mak Long.
“Bukanlah mak cik. Saya kerja kat bahagian Human Resource.” Aku terpaksa menjawab lagi.
“Ala. Tak payahlah bercerita tentang tu. Kak Tam. Minggu depan jangan lupa majlis tunang Hakimi. Kak Tam kena datang tolong ni.” Aku dapat merasa Mak Hakimi cuba menyelamatkan aku.
“Minggu depan ke majlis tunangnya? Majlis langsungnya bila?” Wah bahagia Mak Tam dah beralih arah.
“Majlis nikahnya tiga bulan lepas bertunang. Yelah. Hakimi nak tunggu Mai ni habis Master dia dulu.” Aku tahu bukan niat Mak Som membanggakan diri cuma agaknya tak mahu aku di cemuh,
“Master? Kamu ambik Master ke Mai? Amboi tinggi kamu belajar. Anak Mak Tam yang sulung tu pun ambik Master. Penat juga katanya berlajar lama-lama ni. Hish kamu ni Siah. Si Mai ni dah nak dapat Master yang kamu kata dia kerja cleaner tu kenapa?” Aku kagum melihat Mak Tam ni. Tahu juga dia hal-hal peringkat pendidikan macam ni. Agaknya sebab anak-anak dia yang berjaya kot.
“Tak ada yang hebatnya Mak Tam. Dah rezeki saya.” Aku merendahkan diri. Mak long terus senyap tak berkutik. Kesian pula aku melihat mukanya yang menahan malu.

Malam itu selepas siap semuanya sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai. Aku dan Hakimi datang paling lewat kerana kami baru habis makan. Dah dari tadi kami sibuk. Ketika orang ramai tadi Hakimi sibuk menghidang aku puala sibuk menyediakan hidangan. Lepas itu kala aku sibuk membasuh pingan, dia pual sibuk mengemas barang di bawah khemah.

“Hmm... Dah datang bakal pengantin kita ni? Sesuailah sangat. Sama cantik sama padan. Dua-dua pun rajin. Bila langsungnya ni?” Usik Pak Syakir, ayah Syahmil. Ayah Syahmil ni memang baik orangnya. Aku dan Hakimi hanya tersenyum. Aku melabuhkan punggung di sebelah Mak Som dan Hakimi dengan selamba duduk bersila di sebelahku.
“Insyaallah. Minggu depan tunang. Tiga bulan lepas tu langsung.” Jawab Hakimi tanpa segan. Aku perasan Syahmil macam memandang tak percaya padaku. Isterinya di sebelah juga begitu. Dengar-dengar dah hampir tiga tahun dia orang berkahwin namun masih belum ada jodoh.
“Kimi... You tak ada nak cari pekerja ke? I bosanlah. Rasanya dah balik sini, I nak kerja lah.” Aku nampak Nadia, isteri Syahmil ingin menukar tajuk. Dari tadi dia tak bermanis mula denganku. Dengan Hakimi lain pula.
“Hmm sorrylah, Nad. I belum mencari lagi. Cuma ada satu tempat je tapi I dah khaskan untuk Mai ni. Mana tahu lepas kahwin nanti dia nak kerja dengan I pula. Nak elakkan cemburu. Lgipun mana sesuai dengan bidang pemasaran you.” Aku juga jadi bahan usikan. Hish Kimi ni emmang ank kenalah.
“Hmm.. dengarlah sangat Kimi ni. Kalau kak Nadia nak kerja, apa kata akak apply kat Neraca Holding. Kita orang sekarang pun tengah cari executive baru. Cuna nanti tak tahulah kedudukkan kat mana. Sesuai ke tidak dengan jiwa kak Nadia.” Aku cuba memberi cadangan. Ingin berbaik-baik.
“Hai... Tahu pula ada kerja kosong kat situ. Bukan Neraca Holding tu syarikat besar ke?” Sungguh sinis sekali suara tu. Rasa terhina pula. Tak pe.. aku buat smash balik bola yang di hantar tu.
“Akak trylah apply. Akak cuba tengok borang kat web. Rasanya masa orang luluskan borang tu, tarikh tamat pada 14 ni.” Aku masih menunggu soalan seterusnya. Dah bagi hint tu.
“Tou yang luluskan?” Dia nampak sedikit terkejut.
“Yelah. Mai ni senior executive jabatan Sumber Manusia, Nad. Pengaruh besar ni. You cubalah. Nanti Mai yang buat temu duga kan?” Hakimi ni memang sejiwalah. Aku baru nak mengeluarkan ayat itu tapi Hakimi dulu yang keluarkan. Wah memang sehati dan sejiwa...
“Hmm itu yang sibuk sikit bulan depan. Akak cubalah. sebab hujung bulan ni mungkin dah mula temu duga. Paling lewat pun bulan depan.” Aku cuba bermanis muka lagi.
“Betul tu Nadia.” Pak Syakir menyokong. Aku nampak wajah Nadia bertukar kelat. Macam pisang muda.
“Oh sebab tu majlis nikah tiga bulan lagi. Dalam sibuk-sibuk tu sempat ke buat persiapan” Aku tak sangka pertanyaan itu keluar dari mulut Syahmil. Entah ikhlas entah tak.
“Insyaallah sempat. I mestilah sempat. I akan bagikan masa. Lagipun majlis tu lewat sebab nak tunggu I habis sarjana dulu. Viva i dalam bulan 10 ni jadi insyaallah sempat lagi bulan sebelas tu. Lagipun ni majlis kami tak kan nak buat lepas tangan.” Aku menjawab sedikit angkuh. Biarlah. Aku ingin dia tahu aku bukan lagi gadis yang dulunya di hina.
“ You ambik master ke?” Pertenayaan yang aku kategorikan cari nahas.
“Hmm... Lepas STPM dulu I masuk UKM ambik pengurusan sumber manusia. Sekarang I ambik master in Technology Management.” Biarlah dia tahu. Aku tak kira aku angkuh. Aku nampak Hakimi hanya tersenyum memandang ku. Terbalas rasaku selama ini.

Majlis tunang kami tiga bulan lalu ringkas tapi meriah. Syahmil dan Nadia turut hadir. Nadia masih tak bekerja. Nadia langsung tak mohon kerja di tempatku. Malu agaknya. Aku tak sangka sebenarnya hari ini datang menjelma. Hari yang tak pernah aku jangkakan. Aku bernikah dan menjadi isteri orang. Isteri kawan baikku sendiri pula tu. Tanpa aku sedar aku telah rasmi menjadi isterinya. Siapa sangka peguam terkenal yang tak takut perdebatan di meja undang-undang. Berpeluh dan hampir tergagap menjawab soalan tok kadi. Nasib baik lancar je lafaz nikah kalau tak mahu aku gelak berguling-guling macam tenggeling... hehehe...

“Assalamualaikum.” Aku mendengar suara Hakimi menyapaku yang dok syok termenung di balkoni.
“Waalaikumsalam.” Hish segan pula rasaku. Inilah kali kedua dia melihat rambutku setelah kejadian yang membuat aku menjadi penghuni wad dulu.
“Termenung apa?” Hakimi bertanya padaku.
“Termenung mengenangkan kita.”
“Kita?” Jelas tanda tak faham di wajahnya.
“Ya. Kita. Kita kenal, lepas tu kawan. Masa membuatkan kita jadi kawan baik....” Ayat aku belum habis ketika dia menyambung.
“Dan rasa membuat kita menjadi suami isteri.” Romantik pula dia ni. Tiba-tiba muncul kejahatan di otakku.
“Hehehe. Hmm€ Kimi, Mai nak tanya seuatu?”
“Apa dia?”
“Tadi kenapa masa Kimi jawab soalan Tok Kadi tadi tergagap-gagap. Tapi lafaz nikah bukan main laju pula.”
“Hish... Janganlah sebut lagi. Tahu tak satu malam Kimi tak tidur berlatih lafaz nikah. Ini nak tanya lagi. Masa tu menggelabahlah.”
“Hisy tak sangka peguam terkenal menggelabah nak kahwin. Sampai berlatih lafaz nikah. Takut tok kadi eh?” Ejekku pada Hakimi. Masa itu wajiblah aku dah bersedia nak melarikan diri masuk bilik. Apabila aku nampak Hakimi sedar dirinya di usik olehku.
“Mai!!!” Cepat aku mecicit lari dan Hakimi mengejarku. Hehehehe... Malam pertama dah kena denganku. Boleh buat hiburan ni...

Aku Harap Jodoh ini panjang kerana aku tahu aku tak akan ketemui lelaki yang bisa melengkapkan aku sebaik Hakimi. Mungkin di mata orang dia bukan lelaki yang sempurna tapi dia adalah yang terbaik buatku. KINI DIA BENAR_BENAR SAHABAT CINTAKU.

p/s betul ke ini akhirnya Sahabat CInta? hehehehe... tunggu dan lihat

Sahabat Cinta-Inikah Akhirnya?

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Sergah Hakimi.. Terkejut aku. Hisy Hakimi ni kacau betullah. aku baru nak berangan. Bila di fikir kembali... Sahabat Cinta? Sahabat... Ya... Cinta?...No way... Tak sanggup.
“Tak ada pape… Aku dah lapar sangat ni, Nampak kau pun dah macam ayam golek dah. Hehehehe.” Saja aku cover. Malu lah kalau dia tahu aku tengah fikirkan dia.
“Hmm yelah. Jom pergi makan. Kang tak pasal-pasal hilang tangan aku sebelah kau makan kang. Itupun kalau cukup” Balas Hakimi. Nak kutuk akulah. Mentang-mentang aku buruk lantak.

Aku dan Hakimi masuk ke Restoren Saujana. Well sedaya upaya aku cover muka ku yang ter’cedera’ ini. Kalau ikut aku, nak je aku beli KFC lepas tu bawa balik tapi itulah Hakimi ni cerewet sangat. Nak-nak dia tahu aku tak makan nasi lagi satu hari ni. Tu yang dia paksa aku makan nasi. Orang petang-petang macam ni cari kuih. Rasanya kitaorang je kot yang makan nasi pukul 5.30 petang macam ni. Kami berdua memesan Nasi Goreng Cendawan dan air tembikai.

Dalam menunggu pesanan tu kami berbual. Sehingga terkeluar soal Syamil sepupunya. Kenangan kembali terlayar semula di fikiranku. Tak mungkinku lupa nama itu. Nama lelaki yang membuat aku tersedar dari mimpi panjang. Dulu aku impikan seorang lelaki yang boleh menerima aku seadanya, menerima buruk baikku dan keluargaku. Syahmil telah mengajarku bahawa di dunia ini masih ada darjat.

Hanya kerana aku tiada kelulusan setaraf dengannya, aku hanya di permainkan. Cintaku di anggap murah. Dia berpaling pada rakan sekuliahnya. Pasti keluarganya gembira sebab saat dia bersamaku dulu. Keluarganya kurang merestui. Mana taknya, anak mereka seorang mahasiswa namun bercinta dengan seorang gadis yang baru lepasan SPM yang hanya berkerja di stesen minyak. Masa tu bukan aku tak dapat menyambung pelajaran cuma minat ku tiada untuk belajar.

Namun aku bersyukur kerana kejadian itu aku tekad mengambil STPM dan menyambung pelajaranku ke Universiti dalam bidang sumber manusia yang membolehkan aku menjadi eksekutif kanan sumber manusia di Neraca Holding sekarang. Dulu kisahku dan Syahmil adalah sejarah silam yang aku rahsiakan dari semua orang dan Hakimi pun hanya tahu setahun selepas kami menjadi kawan baik.

Hakimi pun tahu tanpa di sengajakan. Itupun kerana kami terserempak dengan Syahmil dan tunangnya di Mid valley ketika meraikan graduasi Hakimi sehinggakan cerita dulu terbongkar. Namun pada Hakimi sempat aku titipkan bahawa jangan pernah beritahu yang aku ni sambung belajar dan satu universiti dengan Hakimi. TAPP...

”Oh mak kau.” Terkejut aku apabila Hakimi tiba-tiba menepuk tanganku di yang berada atas meja.
”Hish kau ni tak reti beri salam ke?” Marahku pada Hakimi.
”Aku tak reti beri salam ke ko berkhayal tak sedar dunia. Dari tadi aku panggil kau. Tak menjawab. Makanan sampai pun tak sedar. Relaxlah. Kata dah lupakan dia. Ni dengar je nama dia terus berkhayal.” Memang tak sayang mulut betullah si KIMI ni. Aku cepuk juga budak ni karang.
”Tak ada apalah. Hmm sambunglah cerita kau. Kenapa dengan mamat tu?” Aku tanya konon-konon berminat. Hish dalam hati aku ni... Lantak r dia... nak duduk ke nak berdiri ke... nak tunggang langgang ke... Nak apa ke... Aku peduli apa.
”Dia balik awal bulan depan.” Hakimi memulakan cerita. Hai aku dah cuak ni. Macam ada sesuatu je. Macam ada cendawan di dalam Nasi Goreng Cendawan je ni.
“Balik dari mana?” Tanyaku sambil menyuap nasi ke dalam... mulutlah of couse... Tak kan hidung kot... kan... kan...kan?
“Dari Sabah. Dia dah dapat kena transfer kat sini.”
“So?”
“Mak dia nak buat majlis sikit. Jadi aku kenalah balik kampung?”
“Jadi?” Aku bertanya lagi setelah dia ni tergagap-gagap nak bercakap. Pelik kalau peguam tergagap nak bercakap ni.
“Mak aku suruh ajak kau balik sama. Dia kata kau tak pernah lagi ke kampung aku. Lagipun dia dah rindu kat kau.” Patutlah tergagap-gagap. Ada request katanya. Hmm... kalau ikutkan hati ni memang tak nak pergi. Tapi bila fikirkan Cikgu Kalsom, mak si Hakimi ni tak sampai hati pula nak menolak. Tak pelah demi orang tua yang dah banyak mengajar aku untuk tabah dan ambik berat tentang aku tu. Aku pergilah.
“ Hmm tengoklah. Nanti aku apply cuti. Kalau dapat aku pergi dengan kau. Nak pergi berapa lama ni? Bila? Kampung kau kat Johor kan?” Aku bertanya. memang aku tahu kampun dia kat Johor tapi saja je aku ni tanya.
“Yelah. Mana lagi kampung aku. Nanti aku bagitahu tarikhnya. Betul ni kau nak ikut?” Hakimi macam tak percaya je aku nak ikut.
“Betullah. Kata mak kau rindu kat aku.” Saja je aku kenakan dia. Hakimi hanya tersengih.

Aku bukan apa. Aku rasa tak sedap pula tolak permintaan mak dia. Aku kenal mak Hakimi ni. Parents dia, dua-dua cikgu. Baik orangnya. Kalau diaorang datang melawat Hakimi di sini waktu cuti sekolah mesti tak lupa jemput aku datang rumah untuk makan. Pernah juga ibubapa Hakimi bermalam kat rumah aku. Kata mak Hakimi, aku ni dah macam anak dia dah. Itu yang tak sedap nak menolak tu. Pasal Syahmil? Biarkanlah dia.



Aku hanya memandang Hakimi membayar makanan di kaunter dari pintu restoren. Saja je. Malas nak menyibuk kat situ. Hmm lama pula mamat ni bayar. Jual minyak ke?

“Hai, Maira. Buat apa kat sini?” Tiba-tiba aku di tegur seseorang. Ku toleh ke tepi. Zafril, ketua jurutera di syarikat ku.
“Zafril. Hmm saja je kat sini. Berenang.”Gurauku.
“Hmm pandai pula you berenang kat restoren. Mana belajar ni? Nak juga.” dia ni memang peramah orangnya.
“Hish ada-ada je you ni. Alisya mana?” Aku tanyakan isterinya. Mereka ni ada kisah cinta yang menarik. Kahwin kerana keadaan. Terpisah. Bertemu kembali selepas beberapa tahun di tempat kerja yang sama. Cabaran demi cabaran mendatang namun syukur akhirnya mereka bersama jua dan sekarang mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung mereka.
“Dia ada dalam kereta. Risau dia kat you pasal tadi. Pergilah jumpa dia.” Menurut cerita Zafril ni mesti kisah tadi dah heboh dah. Alisya tu dulu teman serumah aku sebelum dia pindah ke rumah Zafril. Jadi kami sangat rapat. Hakimi pun mengenali dia.
“Mai.” Seronok berbual dengan Zafril sampai tak sedar Hakimi dah ada di sebelah. Mukanya nampak macam semacam. Mengenali dia bertahun lama membuatkan aku tahu sifatnya walau bagaimana Hakimi cuba control sekalipun.
“Kimi. Kenalkan ini Zafril, ketua jurutera kat tempat aku. Zafril, ini kawan I. Hakimi.” Aku memperkenalkan kedua-duanya dan mereka bersalaman. Zafril meminta diri setelah bertukar kad dengan Hakimi.
“Seronok berbual.” Kenapa aku rasa tersindir. Nada suara tu memang menyakitkan.

“Hmm... Jap aku nak jumpa Alisya jap.” Aku melangkah ke kereta Zafril. Aku nampak mak buyung tu kat situ. Hakimi pula bergerak ke keretanya. Macam merajuk je budak tu.
“Alie. Amboi bertambah bulat ko. Ubat appa ko makan ni. Kalah weight gain seh.” Saje aku usik si mak buyung ni. Bukan apa kejap lagi mesti dia geram.
“Hisy ko ni. Well aku ni tembam-tembam pun comel and vogue gitu. Ubat ubat aku tak makanlah. Ini semula jadi. Ko okay ke pasal tadi?” Alisya ni memang gila-gila sikit. Tu yang best melepak dengan dia. Satu kepala.
“Aku okay je. Wei bila ko nak datang rumah aku ni? Boring la aku sorang-sorang kat rumah tu. Azy ko tahulah macam mana. Asyik hilang je.” Aku memang bosan kalau tak ada Alisya di rumah tu. Azy teman serumah aku lagi sorang tu memang tak masuk dengan aku.
“Oh ko windu-winduan kat aku. Aku tak tahu lah Maira. Sekarang ni peraturan kat rumah aku tu ketat sikir. Zafril tu bukannya bagi aku bergerak sangat. Rindu aku kat site tau tak. Tengok r sekrang pun aku nak keluar ikut die beli kuih kat dalam tu pun payah. Suruh duduk je 24 jam.” Adu Alisya. Aku memang dari dulu menjadi kaunter pengaduan dia ni. Dan pada dialah aku adukan apa-apa yang tak boleh aku adukan pada Hakimi.
“Untung r ko. Lagipun suami mana tak sayang isteri oi. Okaylah Alie, aku nak balik dulu. Hakimi dah tunggu tu. Macam merajuk je mamat tu.” Aku minta diri sebaik nampak Zafril menghampiri kami. Aku bersalaman dengan Alisya. Sempat mengangkat tangan pada Zafril.



Suasana di dalam kereta sunyi membuat aku pelik. Selalunya tak sesunyi ini. Hakimi bagai hilang dengan dunia sendiri. Macam pelik je. Memang peliklah rasanya. Selalunya kecoh je kalau diaorang bersama. Aku dapat rasakan bagai ada sesuatu yang tak kena daripada balik dari restoren tadi.

Bagi Hakimi, entah kenapa hatinya tak sedap. Sungguh hatinya membara apabila apabila melihat Umairah mesra berbual dengan Zafril dulu. Selama ini sejak dari perkenalan mereka, seingat dia Umairah tak pernah lagi rapat dengan mana-mana lelaki melainkan dia. Hanya dia, lelaki ajnabi yang ada dalam hidup Umairah. Dulu ada juga yang cuba nasib memikat Umairah tapi tak di layan. Tadi adalah kali pertama dia melihat Umairah mesra sangat dengan lelaki selainnya. Hatinya rasa macam di panggang terbakar. Rasa macam ringan je mulut dia nak sound Zafril untuk menjauhi Umairah. Oppss.. Dia cemburu ke? Tapi Kenapa?

“Rapat aku tengok kau dengan Zafril tu?” Tak boleh menahan perasaan, Akhirnya terbuka mulut Hakimi bertanya. Aku nyatalah terkejutkan. Pelik je soalan ni. Tak pernah pula Hakimi ni menyentuh hal-hal sebegini.
“Dah satu office. Lagipun si Zafril tu kan suaminya Alisya. Ala kan dulu aku pernah cerita kisah cinta Alisya kat kau. Yang aku kata kalau jodoh tu tak kemana. Cinta sejati akan bertahan selamanya.” Aku pun jawab je soalan Hakimi ni. Walaupun pelik.
“Oh... Suami Alie.” Aku nampak Hakimi macam lega semacam je. Lepas tu terus senyum sorang-sorang. Dah mereng ke apa budak ni.

Entah apa yang terjadi. Lepas jawab soalan tu terus je Hakimi ni ceria semacam. Kecoh pula mulut die... Agaknya makanan tadi belum terhadam kot... Bila terhadam jadilah macam ni.. Macam beruk kena belacan pun ada... Hisy tak baik aku cakap dia beruk... Kalau dia beruk aku pun beruk... Dah kitaorang ni sama-sama satu spesis manusia yang merupakan ciptaan tuhan...hehehe


“Yes Zue. Ada apa? Awak tak nampak ke saya ada meeting ni?” Hakimi kurang selesa apabila setiausahanya masuk menyerbu ke dalam. Baru sebentar tadi s/u nya itu interkom dia. Tapi dia awal-awal lagi katakan dia ada meeting. Tak faham bahasa betulah.
“Penting Encik Kimi. Pasal Cik Umairah.” Zue nampak takut-takut bercerita.
“Kenapa dengan Umairah?” Hakimi nyata terkejut. Wajahnya mula cuak dan cemas. Mungkin terikut Zuhijjah setiausahanya itu.
“Tadi. Encik Zafril dari Neraca Holding call. Dia kata Cik Umairah dalam bahaya. Dia suruh Encik Kimi datang sana segera.” Mendengar ungkapan itu. hakimi mencapai handphonenya. Bergegar tangannya membuka dompet mencari kad nama Zafril. Membuat panggilan.
“Ada jadi Zafril?” Tanpa salan Hakimi terus menyergah.
“Hakimi ke? Pejabat kita orang kena masuk oleh maniac. Maira jadi tebusan.” Suara Zafril kedengaran cemas. Aduii...
“What? Sekejap laghi aku sampai.” Memang tak menyempatlah Hakimi. Lupa pada klien besar di hadapannya.
“Maaf, Dato. Maira dalam bahaya. Saya kena pergi dulu. Aris kau tolong handle ye.” Tergesa-gesa Hakimi berlalu. Berlari. Mendapatkan keretanya. Nasib baik hari ini dia meeting dengan Haris anak buahnya sekali.

Kebetulan jalan yang tak sesak sangat jadi dalam lebih kurang 15 minit hakimi dah sampai di tempat kejadian. Sampai-sampai je ke pintu hadapan pejabat Umairah di tingkat 10 bangunan itu, Hakimi di tahan daripada masuk oleh dua orang anggota polis.

“Maaf Encik, Encik tak boleh masuk ni.” Salah seorang anggota polis menahannya dari masuk berkata.
“Kenapa pula? Saya kenal tebusan tu.” Hakimi membangkang. Suara meledak naik. Dahlah dia risaukan Umairah.
“Bukan apa Encik. Kami hanya mengikut arahan.” Pegawai polis tu masih ingin menenangkannya.
“Aku tak kira. Aku nak masuk juga.” Hakimi cuba merempuh masuk. Mungkin terdengar bunyi bising di hadapan. Seorang anggota polis berpakaian biasa bertanya.
“Kenapa ni? Eh Kimi. Kenapa ni?” Syukurlah inspektor polis tu Inspektor Johari, kenalan rapat Hakimi di dalam jabatan polis. Yelah peguam sepertinya perlu banyak networking kan.
“Aku nak masuk. Aku kenal Umairah tebusan tu.” Hakimi memberitahu Johari. Memohon kebenaran.
“Biarkan dia masuk. Dia ni suami Cik Umairah.” Johan memberi arahan pada anakbuahnya. Hakimi di benarkan masuk. Saat beriringan dengan Johari sempat Johari berbisik padanya.

“Sorrylah Kimi. kami sebenarnya hanya membenarkan ahli keluarga mangsa je masuk. Itu yang aku kata kau suami Umairah.” Beritahu Johari.
“Thanks Joe. Aku terhutang budi kat kau. Umairah bakal tunang aku. Risau aku tadi.” Hakimi sungguh berterima kasih.
Saat samapi di satu ruangan pejabat. Hampir meleleh air mata lelakinya melihat penjahat itu memulaskan tangan Umairah ke berlakang dan meletakkan pisau rambo di leher Umairah. Menoleh ke sebelah. Kelihatan Zafril dengan muka risau menunggu. Wajahnya cemas. Tapi kenapa?

“Zafril. Kau?” Tanya Hakimi. Tak faham kenapa Zafril cemas sebegitu.
“Jika Umairah nyawa kau. Alisya isteri aku nyawaku. Dia orang kat dalam. Maaflah Kimi. Tadi Umairah menawarkan diri jadi tebusan kerana kesian melihat isteri aku berdiri dengan pisau di leher. Aku dah tawarkan diri tadi tapi penyagak tu tak mahu sebab aku lelaki. Dia tahu aku boleh melawan. Lepas tu Maira pujuk dia ambik Maira asalkan biarkan Alisya duduk. Alisya tengah mengandung 6 bulan. Tak larat sangat. Kami terhutang budi pada Maira.” Panjang lebar cerita Zafril. Hakimi tak kesal Umairah membantu Alisya kerana dia tahu Umairah mesti lebih menyesal kalau tak membantu.
“Mai akan lebih kesal kalau tak membantu Zaf. Joe aku nak cuba psiko dia.” Hakimi meminta kebenaran.

“Itulah aku tunggu-tunggu.” Johari percaya pada Hakimi. Kerana peguam seperti Hakimi yang bijak berkata-kata itu pernah membuat seorang pesalah mengaku dan menceritakan di mana dia menyembunyikan mayat-mayat mangsanya hanya kerana pikologi Hakimi.
Ketika Hakimi merapati tempat penjenayah itu menjerit supaya Hakimi tidak mendekatinya. Namun Hakimi melangkah beberapa tapak lagi.

“Jangan Dekat. Kalau tak...” Serentak itu dia menekankan sikit mata pisau di kulit leher Umairah sehingga terluka sedikit. Hakimi berhenti bergeak saat melihat beberapa titisan darah Umairah jatuh ke tudungnya. Dia menggengam penumbuknya. Saat itu dia rasa macam nak bunuh je penjenayah itu. Namun dia harus pandai mengawal emosi.

Saturday, May 2, 2009

Jodoh Atau Cinta 27

Danish pening. Dia sudah tak tahu bagaimana untuk memujuk Iman. Sudah lebih seminggu dia memendam rasa. Iman marah. Iman merajuk. Iman tak perdulikannya. Itu semua membuat hatinya nanar. Namun satu yang melukakan hatinya. Iman menjauh dan semakin rapat dengan Iskandar. Dia tahu soal kerja menuntut Iman selalu berhubung dengan lelaki itu.

Danish tahu tak logik untuknya cemburu. Tapi Danish tak boleh nak lepaskan dirinya dari rasa ragu. Lebih-lebih sekarang hubungannya dengan Iman sebegini dan Danish sendiri tahu Iskandar menyimpan perasaannya terhadap Iman. Cara pandangan Iskandar cukup menceritakan segalanya. Suami mana tak cemburu kalau tahu ada lelaki lain yang menyintai isterinya. Isteri kesayangan pula tu. Adakala Danish rasa menyesal pula sebab tak ‘ikat’ Iman dari dulu. Kalau dulu dia ‘ikat’ Iman dengan kuasanya. Tentu sekarang mudah untuknya memujuk Iman.

“AHHH...” Buat sekian kalinya Danish mengeluh lagi. Rasanya mengeluh dah jadi kerja tetapnya buat masa ini. Bunyi interkom menganggunya.

“Ya Zahlia?” Dengan malas Danish menjawab.

“Encik Aiman. Cik Maya nak jumpa.” Suara Zahlia menyapa telinganya. Ini lagi satu masalahnya. Maya mengganggu hidupnya kini. Pagi petang telefon mengajaknya keluar. Pernah juga Maya menganggunya di Kondo lewat malam. Cuba menggodanya. Penat dia menolak.

“Cakap kat dia. Saya sibuk. Tak nak di ganggu.” Ringkas pesanan Danish. Dia tak mahu nak beratkan kepalanya dengan masalah Maya pula. Cukup Iman membuat hidupnya haru biru.

“Baik Encik.” Lega mendengar balasan Zahlia. Talian interkom di matikan.

Danish kembali ke fail-fail di hadapannya. Cuba menumpukan perhatian. Sekejap sahaja dia mendengar pintu pejabatnya di rempuh. Maya. Melihat Zahlia cuba menahan. Danish memberi isyarat tak apa pada Zahlia. Danish lupa Zahlia bukan lawan buat Maya. Maya tu terlalu tekad.

“Ada apa Maya? I sibuk.” Danish benar-benar muak.

“You selalu je sibuk sekarang. Langsung tak ada masa untuk I dah. I rindukan you tau tak?” Bentak Maya manja.

“Tolonglah Maya. I sibuk. Lagipun buat apa I nak kena spare masa dengan you? You carilah kawan-kawan you. Kan you ramai kawan.” Danish membalas dengan nada jengkel.

“You dah berubah Danish. Dulu you tak macam ni. Ini semua kerana perempuan tu kan? Mesti dia dah guna-gunakan you.” Tengking Maya. Mukanya jelas merah menahan kemarahan. Ayat Maya telah mampu membuat Danish memangku kepalanya. Memandang Maya buat kali pertama sejak gadis itu masuk.

“Watch your mouth Maya. Dia yang kau kata ‘perempuan tu’ adalah isteri aku. Jangan ikut sedap kau je bercakap. Kalau kau datang ni hanya nak kutuk isteri aku. Baik kau keluar. Cuma satu aku nak ingatkan kau. Kita tak pernah ada apa-apa. Ya dulu kita rapat tapi aku tak pernah cintakan kau. Satu-satunya insan di hati aku adalah Iman dan aku cukup benci kalau orang tu mengata dia. Sebelum apa-apa jadi baik kau keluar.” Halau Danish. Matanya mencerlang marah mengundangkan rasa cuak di hati Maya. Bahasanya pun dah bertukar.

“Isteri? Isteri you tu curang dengan orang lain. Tu yang you sayang. Yang ke sana kemari dengan jantan lain tu. Tak apa Danish. I akan buktikan kalau I tak dapatkan you. You juga tak aakn bahagia dengan perempuan tu. You tengoklah.” Maya keluar sambil menghempas pintu. Danish terasa tercabar mendengar kata-kata Maya. Ya kini Iman rapat dengan Iskandar. Danish mencampakkan fail di hadapannya. Bertambah serabut ortaknya.





“APA NI?” Iman terkejut melihat Maya merempuh masuk biliknya. Melihat Zila dan beberapa kakitangan lain di muka pintu. Iman memberi isyarat supaya mereka keluar dan kepada Zila di minta dia menutup pintu.

Huh... Lepas ni hangatlah lagi gosip di bangunan ni. Bukan Iman tak tahu keberlakangan ini ada gosip menyatakan yang Iman dan Danish yu semakin rengang sebab kepulangan Maya. Ada juga suara sumbang berpendapat yang dia dan Danish itu konon-kononnya cuba menutup ‘affair’ mereka. Nak salahkan mereka, Iman faham yang budak officenya ini tak tahu status hubungan sebenar dia dan Danish. Jadi nak salahkan siapa?

“Apa kes ni?” Iman cuba bertanya dengan tolenrasi.

“Apa kau tanya aku. Eh perempuan. Tak cukup kau guna-gunakan mertua kau. Kau guna-gunakan Danish juga ye. Sampai dia dah tak hiraukan aku lagi. Eh sedarlah diri kau tu sikit.” Suara Maya menengking tinggi. Memang belatih suara sungguh lah dia ni.

“Oh pasal Danish. Maaflah Maya. Aku tak main guna-guna ni. Kalau dia tak hiraukan kau. Bukan salah aku. Belum buat guna-guna dah dia lupakan kaukan. Kalau aku buat guna-guna entah macam mana agaknya. Hmm goos idea tu.” Iman sengaja mencurahkan minyak ke api.

“Kau jangan nak sombong dengan aku. Kau ingat Danish ikhlas dengan kau. Lepas dia dapat apa yang dia nak. Aku pasti dia akan tinggalkan kau. Kau nak tahu kenapa dia baik sangat dengan kau tu? Sebab dia nak anak dengan kau. Supaya dapat harta ni semua. Kau tahu tak. Semua ni kerana harta je.” Maya tersenyum sinis. Gembira melihat perubahan wajah Iman.

“Kau cakap apa ni?” Iman seolah-olah dipukau untuk lebih tahu. Hatinya berdetak kencang.

“Hmm kesian kau. Kau mesti tak tahu. Mertua kesayangan kau tu mesti tak beritahukan. Yelah takkan nak rancangan dia orang dengan Danish gagal. Kau ingat mereka tu nak baik sangat ke dengan kau ni? Kalau kau nak tahu arwah atuk kau yang tak berguna tu telah mewasiatkan kalau Danish nak dapat segala harta tu. Dia kena ada anak dengan kau. Kesiannya kau.” Sinis sungguh suara Maya. Melihat Iman percayakan dia.

Iman merasakan kepalanya deras berpusing. Hatinya menangis. Wajahnya keruh. Iman tak menunggu lama dia terus mengambil beg yang terletak di kabinet belakang dan pergi dari situ. Maya ketawa gembira. Rancangannya berjaya. Kali ini Iman tak mungkin maafkan Danish.




Danish terkejut melihat Iman menunggunya di hadapan pintu kondonya. Terkejut tapi Danish gembira. Hatinya menyatakan yang Iman telah maafkan dia. Namun memandang wajah Iman yang sedih membuatkan Danish sedikit gusar. Apa yang telah berlaku sebenarnya ni?

“Iman. Kenapa ni? Jom kita masuk.” Danish segera membuka pintu kondonya. Iman hanya membuntuti Danish.

“Kenapa ni?” Sebaik masuk Danish menarik Iman ke ruang tamu. Beg kerjanya di letak di atas sofa berhampiran. Beg Iman di ambil dan diletak di sebelah beg kerjanya.

“Kenapa ni?” Sekali lagi Danish bertanya lembut. Kedua-dua tangannya di pipi Iman mengangkat wajah Iman memandang wajahnya.

Iman merenung kosong ke arah wajah Danish. Iman mendekatkan Wajahnya pada Danish. Selamba dia memagut bibir Danish kasar. Danish terkejut. Dia inginkan kemesraan Iman tapi bukan kemesraan yang dia boleh rasakan tersirat rasa benci. Danish dapat merasakan kebencian dan rasa marah di sebalik kelakuan Iman. Danish menolak tubuh Iman menjauh.

“Kenapa ni?” Suara Danish melengking tinggi. Di dorong rasa terkejutnya.

“Bukan ini ke awak nak? Awak baik dengan saya sebab nak anak kan? Supaya awak boleh mewarisi harta atuk.” Suara Iman bergetar hebat.

Danish memandang Iman tak percaya. Apa yang Iman katakan? Dia tak tahu apa-apa pun. Selama ini Danish tak pernah kisah pun pasal wasiat atuknya. Wasiat itu pun dia tak pernah nampak inikan nak tahu isi kandungannya.

“Apa yang Iman cakapkan ni?” Danish benar-benar tak tahu.

“Tak payah berpura-puralah awak. Saya dah tahu semuanya. Awak baik dengan saya kerana nak anak supaya dapat mewarisi harta arwah atuk. Sebab itu syarat arwah atuk dalam wasiat. Yang mana awak hanya akan berhak sepenuhnya menjadi perwaris harta awrah atuk jika kita ada anak. Selama ini saya percayakan awak. Saya setia pada awak. Awak buat saya jatuh cinta semula pada awak. Awak buat saya leka dengan awak. Tapi sekarang baru saya tahu awak tak ikhlas sebenarnya. Cinta awak palsu. Baik saya setuju kalau awak nak anak dengan saya. Saya akan lahirkan anak untuk awak. Kita boleh mula sekarang. Tapi saya minta awak lepaskan saya selepas saya habis pantang dan anak itu akan duduk dengan saya. Cuma itu yang saya minta. Awak boleh bersama Maya dan saya boleh bersama...”

“Iman.” Danish menjerit nama Iman menghentikan apa yang Iman hendak katakan. Tangannya turut naik melayang ke atas. Iman terkejut melihat Danish ingin menamparnya. Danish menurun kembali tangannya.

Tak mungkin untuknya menyakiti orang yang dia sayang. Melihat wajah Iman terkejut Danish rasa bersalah. Ingin memohon maaf. Belum sempat dia berkata apa,, Iman dulu menyambar begnya lalu berlalu keluar. Danish terus kaget di tempatnya sebelum dia terduduk di sofa.

Dengan kedua-dua belah tangan dia meraup wajahnya. Dia tahu dia terlalu ikutkan perasaan. Tapi tahukah Iman. Tanpa Iman sedar, kata-katanya telah menyebabkan kesabaran Danish hancur berkecai. Bertambah beratlah masalah dia dan Iman.