Saturday, March 10, 2012

DAH JODOH 11

BAB 11


            NUQMAN tersandar lesu. Di telinganya masih menjamu muzik lembut melatari bilik yang menepatkan satu set meja pejabat yang di perbuat dari kayu jati itu dan satu set meja bulat kaca untuk perbincangan. Biru laut warna yang cukup damai di pilih untuk memberi ketenangan pada pemiliknya menghabiskan masa seharian berhadapan dengan kerja yang tak pernah sudah. Sesekali warna yang damai dan muzik yang lembut itu tidak mampu member ketenangan pada penghuninya. Tekanan kerja melebihi segalanya.
            Tekanan yang akhirnya membuatkan Nuqman tersandar lesu di kerusinya. Sesekali jari-jemarinya mengurut tengkuk yang terasa berat dan sakit. Kemudian  jari jemari itu mengurut lembut batang hidungnya dan menutup matanya bagi melegakan tekanan pada matanya pula. Ada masanya sememangnya tekanan itu sebahagian dari kerjayanya. Namun dia suka kerjayanya ini kerana dia minat. Kerjaya yang dia pilih untuk menyenangkan kedua ibu bapanya, Keluarganya dan kini Nasira. Dia bukan lahir dari keluarga yang kaya raya cuma cukup serba serbi sahaja dalam keadaan berserdahana. Tapi kini dengan kerjayanya ini mampu member kesenangan pada keluarganya. Akan datang ini juga yang menjadi sumber rezeki keluarganya bersama Nasira.
            Nasira… Tercetus sepotong nama itu membuatkan mata Nuqman pantas terbuka. Senyuman nipis terlakar di bibirnya. Mudah benar dia tersenyum atau terhibur hanya dengan mengingati gadis itu. Mudah benar Nasira mempengaruhi hidupnya sedangkan bersama dengan Zura dulu hatinya tak mudah terusik begini. Malah bertahun dia mengenali Zura baru rasa itu berputik antara mereka. Selepas bertahun menjalin kasih juga baru dia yakin untuk melamar Zura untuk mengikat ikatan mereka dengan tali pertunangan. Tidak terlampau juga dia katakan walaupun setelah bertunang ada masanya hatinya belum yakin untuk menikahi gadis itu. Mungkin itu kuasa Allah memberi tanda padanya dalam cara yang tersendiri.
Berbeza saat dia bersama gadis yang bernama Nasira, hanya perlu beberapa jam dia temui namun di sudut hatinya sudah merasakan gadis itu tepat buatnya dan hanya berberapa minggu mengenali senyuman Nasira membuatkan hatinya sudah terpaut untuk menjadi milik gadis itu. Mudah benar hatinya berubah hanya kerana senyuman di bibir comel itu. Itu yang dia rasakan malam mereka di tangkap khalwat sebulan lalu. Bukan satu malam yang malang buatnya tapi satu anugerah untuknya.
            Sememangnya satu anugerah untuk nya lagpun Nuqman percaya takdir Allah itu mendatangkan pelbagai kebaikannya tersendiri. Kerana jodohnya dan Nasira lah dia di takdirkan berjumpa dalam sebegitu cara. Oleh itu Nuqman akan hargai dan akan menjaga janji sucinya melalui akad nikah dengan Nasira itu sebaiknya. Kerana akad nikah itu adalah janji suci antara dia dan Nasira yang disaksikan oleh yang Maha Esa. Seharusnya dia menjaga agar kesucian itu tidak tercemar oleh mana-mana tangan lain mahupun tangannya sendiri atau tangan Nasira.
Tiba-tiba Nuqman seakan terasa merindui Nasira pula. Pantas Nuqman menegakkan tubuhnya. Matanya di halakan pada bingkai gambar yang menghiasi mejanya.  Gambar dia dan Nasira menghiasi pandangnya kini. Gambar yang mereka ambil di Tanah Tinggi Cameron ketika percutian keluarga dua minggu lepas. Sebenarnya percutian itu adalah hadiah dari dia dan Nasira sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan abahnya, tapi bila ibu beria-ia mengajak mereka sekeluarga ke sana langsunglah mereka menghabiskan hujung minggu di tanah yang indah dengan ladang teh itu.
            Makin lebar senyuman Nuqman di buatnya. Mengenangkan rajuk manja Nasira apabila dia mengusik dengan menyembunyikan bunga mawar putih milik gadis itu. Mengenangkan hangatnya tubuh Nasira yang menggigil di dalam dakapannya saat malam menjelma. Kalau di kenang begini, Nuqman sendiri tidak sangka yang Nasira berani meminta izin tidur disampingnya kerana tidak tahan kesejukkan. Dua malam mereka berkongsi hangatnya tubuh yang halal. Bergelora juga jiwa Nuqman ketika tubuh mereka begitu rapat namun tidak sampai  pula hatinya mengkhianati kepercayaan Nasira. Cuma bila mereka kembali ke Kuala Lumpur, malam yang dia kembali ke katilnya sendiri itu dia resah mencari hangat tubuh Nasira sehingga ke dinginnya fajar. Satu malam Nuqman tak mampu lelapkan mata kerana tubuhnya mencari hangat tubuh Nasira. Mahu berada dekat dengan Nasira.
            ‘Gila dah aku ni… Asyik-asyik aku ingatkan kau je. Angaukan kau.’ Nuqman berkata dengan dirinya sambil tangannya mengusap seraut lembut wajah Nasira yang sedang tersenyum di dalam gambar itu. Senyuman ikhlas yang mengikat hatinya kini.
            Teringin rasanya untuk Nuqman membuatkan senyuman itu hadir di bibir Nasira untuk menyambut kepulangannya malam ini. Walaupun setiap kepulangannya, sememangnya senyuman itu  ada menyambut kepulangannya. Namun malam ini dia ingin senyuman lebih bermakna kerana senyum itu hadir kerana dirinya sendiri. Pantas Nuqman intercom pembantunya di luar. Meminta nombor telefon yang membolehkan dia meneruskan niatnya.


            TAK sabar pula rasanya Nasira menunggu kepulangan Nuqman dari pejabat. Penat ke hulu ke hilir di hadapan pintu rumah, dia mengambil keputusan untuk duduk di pangkin kesukaan ibu dan tempat mereka sekeluarga merehatkan fikiran. Berdoa didalam hati dengan menjamu matanya dengan kehijauan tanaman ibu dan keriangan kolam ikan milik abah itu akan dapat memangkinkan lagi tahap kesabaran dirinya yang sengsara menahan rasa teruja setiap saat menunggu bertemu empat mata dengan Nuqman.
            Rasa teruja dan tak sabar yang kian bertambah mengikut jarum jam yang rasanya semakin lambat berdetik. Rasa yang dia tahan dari saat lepas waktu makan tengahhari tadi lagi. Mana tidaknya tiba-tiba hari ini dia dikejutkan dengan hadiah daripada Nuqman. Sejambak ros putih yang mengindahkan harinya. Buat pertama kalinya dia menerima hadiah yang dia sukai. Hadiah yang dia gemari. Dari seseorang yang dia memang harapkan memberi hadiah sebegitu.
            Mendengar deruman kereta yang memasuki laman depan. Nasira pantas turun dan berlari ke hadapan. Hampir dia tergelincir di laluan kecil antara pangkin dan tebingan kolam itu. Kalau terjadi tadi percuma saja dia mendapat sesi spa mandi manda dengan ikan peliharaan abah mertuanya itu. Tak serik Nasira meneruskan larian anaknya ke hadapan. Namun sampai saja dia di penjuru rumah dan apabila kelihatan jelas kereta Nuqman di hadapannya, lariannya terhenti sendiri. Spontan tangannya menekan dadanya cuba menenangkan degupan jantung yang tidak terkawal. Nasira tahu degupan itu bukan kerana lariannya yang tak seberapa tadi tapi kerana rasa gemuruh yang tiba-tiba menyerang untuk berhadapan dengan Nuqman.
             Nasira mengurut lembut dadanya. Meminta dirinya bertenang. Saat melihat Nuqman melangkah keluar dari keretanya makin deras rentak urutan Nasira. Makin gemuruh dia rasakan. Kenapa tiba-tiba dia nampak Nuqman yang berkemeja biru dan lengan yang sudah tersinsing hingga ke siku itu terlalu kacak. Umpama model yang keluar dalam iklan bintang. Memancarkan cahaya dan aura tersendiri. Alamak kacaknya suami aku.
            Nasira belum berhenti dari mengusha suaminya itu. Dari atas ke bawah, dari bawah ke sisi. Setiap penjuru di telitinya. Bukan mencari kesempurnaan ataupun kepincangan tapi hanya mengagumi ciptaan tuhan itu. Sememangnya kacak sungguh lelaki yang menjadi suaminya itu. Terlalu dengan kelebihan paras rupa hingga terdetik di hati Nasira saat ini. Layakkah dia untuk lelaki itu? Terasa rendah diri pula dia.


            EHEM… Buat apa kat sini?” Suara Nuqman menyedarkan Nasira dari terus di belengu rasa rendah dirinya. Tanpa dia sedari Nuqman sudah selesa bersandar di dinding penjuru sebelah kanannya membuatkan kedudukan mereka sejajar.
            “Tak buat apa. Awak baru balik?… Eh dah lama awak balik?” Entah apa-apa soalan keluar dari bibir Nasira saat dia gemuruh begini.
            “Soalan yang mana satu nak jawab dulu ye? Ehemm…” Usikkan Nuqman itu menambahkan rasa malu didalam diri Nasira. Nampak sangat dirinya sedang gemuruh itu. Makin tunduk kepala Nasira menahan malu dan makin kerap tangannya bermain dengan sesama sendiri.
            “Tunduk pula dia. You dapat bunga yang I bagi? I ingat bila I bagi bunga tu you akan sambut I dengan senyuman. Ni tunduk je. You tak suka ke bunga tu?” Tidak tahu apa niatnya Nuqman bertanya soalan itu.
 Namun soalan itu mampu membuatkan Nasira kembali teruja bila teringatkan tentang bunga yang dia terima tengah hari tadi. Secara spontan kepalanya kembali menegak dan menoleh pada Nuqman. Kini mata bertentang mata. Senyuman semanis kurma diberikan pada Nuqman. Sangat manis hinggakan Nuqman terpaku dan terbuai dengan kemanisan senyuman indah milik isteri itu. Sangat indah dan cantik dimatanya. Comel sungguh isterinya ini. Cukup menawan.
            “Suka. Saya suka. Cantik bunga tu. Terima kasih. Saya happy sangat.” Nasira nampak sungguh teruja menyampaikan terima kasihnya. Kepalanya terangguk-angguk meyakinkan bertapa dia sukakan bunga itu hinggakan matanya turut bercahaya tersenyum.
            Nuqman turut tersenyum melihat senyuman yang terbit di bibir Nasira itu. Senyuman yang dia impikan tadi, kini menjadi satu kenyataan. Kenapa kala ini hati Nuqman terasa puas kerana dapat memberikan cahaya senyuman di bibir Nasira. Mudah dia merasa kepuasan pada perhubungan yang selama ini cukup payah dia cari. Namun bersama Nasira, rasa kepuasan dan rasa lega sentiasa wujud di setiap saat matanya memandang senyuman gadis itu.
            “Impian menjadi kenyataan.” Tanpa sedar Nuqman meluahkan kata-kata itu. Cukup jelas hingga ke pendengaran Nasira. Membuatkan si dara tertanya-tanya maksud si teruna. Mata yang tadi bertentangan mula memancarkan satu persoalan menghentikan seketika rasa yang terkongsi bersama tadi.
            “Ehemmm tak ada apalah. Masuklah dulu.” Nuqman mengalihkan padangan yang mula merasakan sesuatu yang berbeza. Menyedari mulutnya sudah terlajak kata, mindanya mula cuba mencari jalan mengalihkan cerita.
            “Hmm. Saya masuk dululah.” Ujar Nasira dengan rasa malu yang mula kembali menebal di dalam dirinya.
Saat Nuqman mengalih padangannya tadi Nasira mula tersedar yang dia jauh di lambuk ombak hanya kerana renungan Nuqman. Rasa malu yang tadinya hanyut dipanah panahan mata Nuqman kini kembali menebal di dalam dirinya. Rasa malu yang menyebabkan Nasira ingin segera pergi dari situ.
            “Sira.” Lembut suara Nuqman memanggil nama itu saat tuan badannya mula berlalu dalam keadaan tergesa-gesa. Walaupun tergesa-gesa, pendengaran Nasira masih baik untuk menangkap namanya yang diseru, lantas wajahnya di paling memandang wajah yang kacak itu.
            “Malam ni kita keluar makan-makan. Lepas mahgrib kita gerak. I tunggu You kat sini.” Nuqman mempelawa. Namun nadanya menyatakan yang dia tidak mengharapkan jawapan dari Nasira. Nada itu memberitahu Nasira yang dia perlu keluar dengan Nuqman. PERLU. Tidak boleh tidak. Tapi Nasira suka itu. Dia suka untuk keluar dengan Nuqman walaupun kerana satu arahan. Gatal juga dia.
            Nasira tidak tahu bereaksi bagaimana. Dia mengangguk sekali sebelum berlari anak dengan senyuman manis. Tak kisah paksaan atau arahan, dia lebih dari sudi malah gembira untuk mengikut perintah. Di dalam kepalanya sudah mula memikirkan baju apa yang ingin dia pakai malam ini. Di dalam kepalanya juga sudah mengimpikan indahnya malam yang dia akan lalui nanti hinggakan dia terlupa akan timbunan dokumen yang dia bawa balik petang tadi. Dokumen yang dia tidak sempat siapkan untuk mesyuarat esok kerana dia terlalu gembira dengan pemberian bunga dari Nuqman siang tadi. Tak sabar hendak lalui temu janji malam ini....

8 comments:

kak ida said...

pergh..nampak benar ..kedua dua mereka dapat menerima diri mereka seada nya dan cuba untuk pergi jauh lagi dalam perhubungan perkawenan ini..
Teruja nak tahu ..apa yg Nuqman telah plankan..

zm said...

adoi.... sweet sesangat..... bila la nk kuar novel ini

Anonymous said...

best sgt cite ni...ikut dr dl lg..hrp dpt habiskan dah jodoh dlm blog walau bagaimanapun sesuai utk jd nvl cetak..x sbr akak nk bc dah jodoh..

Anor said...

hai sweet sgt cite ni.. bila pula
dpt baca n3 baru...

ciknie said...

alamak..da plan pape ke nuqman nie siap bg bunga ag,mst mltup la nasira mlm nie kn cntik2 tok sang suami..

hana_aniz said...

wee witt~!
haha

Anonymous said...

best lar iman... makin suweet dyeorg brdua nie.. mekasih iman 4 diz n3.. hehe... muahhxx3... ><

mizz acu said...

Chumell.. G dating yer? Good job nuqman!