Wednesday, March 7, 2012

DAH JODOH 6-8

BAB 6


KETIKA Nasira dan Nuqman tiba di rumah milik keluarga Nuqman kebetulan Adif juga baru memberhentikan keretanya. Rumah milik keluarga Nuqman ini memang besar. Mungkin boleh di iktiraf sebuah banglo tapi bukanlah banglo sebesar milik mak-mak datin tu. Cuma sebuah rumah yang membawa maksud pemilik rumah ini dari golongan yang agak senang. Melangkah saja melintasi taman mini di sisi rumah itu sudah memikat hati Nasira dengan kedamaian rumah yang cukup damai ini.
Nuqman dan Adif berbaik hati membantu Nasira mengeluar dan membawa semua harta bendanya untuk di bawa masuk ke dalam  rumah. Alah berat mana sajalah satu beg pakaian dan satu kotak sederhana besar kan. Kenyataannya orang tak membawa apa-apa memang senang je cakap. Bukan Nasira tak nak bawa tapi mereka yang tak bagi Nasira bawa jadi nak buat macam mana? Nasira ikut jelah Nuqman dan Adif dari belakang. Kalau jalan depan kang ada yang kata Nasira mengada-ngada pula lagipun bukannya dia tahu jalan masuk pun


APABILA sampai di depan pintu baru Nasira perasan ibu dan abah Nuqman sudah menunggu kedatangan mereka di hadapan pintu yang bercat warna kayu itu.  Kemudiannya apabila Puan Hadiyah bertanya kenapa Adif lewat sampai? Dan adik barunya Si Adif pula tersengih saja membalas pertanyaan ibu nya itu.  Barulah Nasira tersedar sesuatu sememangnya tadi keluarga Nuqman bertolak lebih awal dari mereka tambahan lagi Nasira dan Nuqman sempat singgah mengisi minyak dalam perjalanan. Sepatutnya Adif sepatutnya lebih awal sampai dari mereka tetapi budak kecil ini pun baru sampai dengan kereta Nasira seiring dengan mereka yang sempat mengisi minyak berbagai ni. Ke mana pulak lah si Adif ni pergi merambu? Boleh tahan ligat juga budak kecil yang berumur 17 tahun ni.
" Tersengih pulak dia. Adif hantarkan barang kak long dalam bilik along. Sira masuklah. Sekarang rumah ini pun dah jadi rumah Sira juga." Pelawaan ibu itu di sambut senang oleh Nasira. Dengan penuh sopan dia masuk ke rumah yang ruang tamunya berlatar belakangkan warna biru laut itu. Sungguh mendamaikan.
" Adif tolong hantar barang kak long dalam bilik tamu sebelah bilik along tu."  Arahan Nuqman yang baru ini pantas memintas arahan ibunya.
Arahan yang bercanggah itu membuatkan semua orang memandang Nuqman termasuklah Nasira. Nampaknya layanan baik Puan Hadiyah tadi membuat Nasira lupa alasan kenapa Nuqman berkata begitu. Seolah dia juga turut terkejut dengan arahan Nuqman. Lupa di sebelah pihak mana dia patut berasa. Apabila isyarat mata di berikan padanya oleh Nuqman langsung amesia Nasira yang memang sesekali datang menjelma itu terubat kembali. Nasira cepat saja faham maksud Nuqman dan kembali ke pangkal jalan.
Puan Hadiyah dan suaminya saling berbalas pandang sebelum pasangan itu merenung Nuqman dan Nasira meminta jawapan. Malah Si Adif turut memandang mereka dengan wajah tak percaya. Kecut terus perut Nasira dibuatnya. Ini yang buat Nasira mengangkat bendera putih sebelum berjuang ni. Mengaku kalah demi keselamatan diri, keluarga, nusa dan bangsa. Biarlah dia berkorban apa saja.
Pantas Nasira menarik lengan baju Nuqman untuk menarik perhatian lelaki itu. Bila mata hitam itu memandang dirinya yang tegak berdiri di sisi lelaki itu, kepala Nasira menggeleng perlahan tanda tak mahu dia panjangkan cerita kalau begini reaksi yang dia terima. Dia sanggup berkorban kalau itu mampu membuatkan dia tidak menghadap saat-saat genting yang sudah tergambar di kepalanya. Kalau perasaan itu nanti sejuk macam Tanah Tinggi Genting tak apa, kalau di buatnya nanti dia mengalami perasaan bagai di campak dari genting yang curam. Mahu trauma 20 tahun dia dibuatnya.
Dari sinar mata Nuqman, Nasira tahu suaminya itu faham apa yang ingin dia sampaikan melalui gelengan tadi. Tapi suaminya pula meyakinkan dia melalui telepati antara mereka yang tiada apa akan terjadi. Faham apa yang ada di fikiran Nuqman, Nasira tetap menggeleng tanda dia tidak bersedia dan tidak mahu teruskan apa saja rancangan mereka tadi. Biarlah Nuqman melabelkan dirinya sebagai pembelot sekalipun. Namun lain pula reaksi suaminya itu. Nuqman sekali lagi hanya tersenyum memandangnya. Malah kali ini kepala Nasira pula yang di tepuknya perlahan menggunakan seumpama Nasira ini anak kecil saja. Ingat tak bayar zakat apa kepala dia ni, nak main tepuk-tepuk macam tu.
"Kenapa pula nak tidur asing-asing ni Man? Kamu sedar tak yang kamu dah jadi suami orang sekarang. Dah ada tanggungjawab. Baik kamu dan Sira masing-masing dah ada tanggungjawab atas diri masing-masing.  Kamu berdua ni. Mari kita duduk dulu. Kita bincang. Abah dan ibu nak tahu kenapa pula kamu nak hidup asing-asing macam ni." Sedikit terkejut Nasira mendengar leteran dan ajakan Encik Nasir merangkap abah mertuanya itu.
Biar betul begitu reaksi kedua orang tua Nuqman. Sukar benar untuk Nasira mempercayai walau kebenarannya terjadi dimatanya sendiri. Besar betul perbezaan keluarga ini dengan keluarganya. Nasira membayangkan kalau dia yang berkata begitu dengan papa dan mamanya mahu telinganya di sambal dengan leteran. Silap langkah boleh masuk hospital dia kena belasah oleh orang tuanya. Itu tak termasuk lagi abangnya Zahir.
Encik Nasir sudah menuju ke sofa satu dan duduk di situ. Di ikuti oleh Puan Hadiyah pula yang mengambil tempat duduk di kerusi berangkai dua yang kemudian Adif. Kini tinggal Nasira dan Nuqman saja masih berdiri sebelum Nuqman menarik tangannya dan mereka sama-sama melabuhkan punggung di hadapan keluarga itu. Berhadapan begini, Nasira nampak Encik Nasir dan Puan Hadiyah cuba menyembunyikan wajah tak puas hati mereka. Mungkin mereka sedang berusaha menjadikan suasana di sini seneutral yang boleh.


"KENAPA Man tak bagi Sira tidur di bilik Man? Dia kan isteri Man. Dia ada hak ke atas apa pun harta benda Man. Man sedar tak tu?" Tanya Puan Hadiyah lembut pada Nuqman.
Nasira terasa bersalah pula bila Nuqman di tanya begitu. Soalan yang bagai menyalahan Nuqman sedangkan sebenarnya ini adalah idea dirinya sendiri. Di kepalanya sudah terbayang Puan Haidyah dan Nuqman saling berbalas soalan selepas ini dan kemudiannya akan menghadirkan suasana tegang antara Puan Hadiyah dan Nuqman. Nasira pula akan menjadi punca jika keluarga ini huru hara nanti. Oh tidak. Tak mampu Nasira menanggung rasa bersalah itu nanti. Janganlah kerana dia yang tak sampai beberapa jam menjadi menantu rumah ini telah membuatkan penghuni ini berpecah belah. Mahu dia menanggung rasa bersalah itu seumur hidup kalau terjadi akibat dirinya Nuqman menjadi anak neraka.
"Ibu bukan Nuqman tak bagi Sira tidur dalam bilik dia tapi Sira sendiri belum sedia sebilik dengan Nuqman." Celah Nasira menengakkan Nuqman. Nasira sendiri tak tahu dari mana datangnya keberanian sehingga mampu berkata-kata sebegitu lancar sekali. Mungkin ianya di dorong oleh rasa bersalahnya agaknya. Mungkin juga kerana Nasira tak mahu Nuqman di buang keluarga sepertinya.
"Dan Man juga belum sedia berkongsi bilik dengan Sira." Nuqman meluahkan kata-kata yang sama demi menyokong Nasira. Penuh keyakinan.
Nasira lihat ke wajah Nuqman yang penuh keyakinan di sebelahnya. Terdetik di hatinya, Nuqman adalah lelaki yang paling baik dengannya. Nuqman tidak membiarkan Nasira menghadapi segalanya sendiri. Nuqman sudi menghulurkan bantuan padanya saat ini. Yang setentunya Nasira bisa sandarkan kepercayaan pada lelaki itu. Lelaki yang dia yakin tidak akan pernah biarkan Nasira sendirian. Nuqman yang akan sentiasa di sisinya membantu dan menyokong dia selayaknya seorang pelindung.
Jika hati Nasira ini tidak terguris dan sememangnya hati Nasira ini sudah bersih dari sisa cinta buat Hasni dan jika diri ini mampu melukis takdir jodohnya sendiri, sejujurnya Nuqman adalah lelaki yang dia kagumi. Yang di impikan menjadi pelindungnya. Namun Nasira sedar dia manusia biasa. Luka itu masih terasa dan tidak mudah untuk mengubat sepotong hati. Walaupun hatinya terubat lantas menerima Nuqman, belum tentu Nuqman mempunyai rasa yang sama. Nasira belajar dari kisah semalam, kita hanya manusia yang boleh merencana namun Allah yang menentukan segalanya.
"Tapi kenapa?" Puan Hadiyah bertanya lagi. Wajahnya risaunya yang tadi di sembunyikan kini nampak lebih risau daripada tadi.
"Kerana Man tak nak merosakkan lagi kehidupan kami. Man kenal Sira tiga hari lepas abah, ibu. Man baru kenal Sira  dua tiga jam sewaktu Sira dan Man kena tangkap. Masa tu Man cuma tahu nama Sira adalah Nasira dan dia kekasih Hasni. Yang lain Man tak tahu." Nuqman mula berkata-kata. Nasira dengar Nuqman memulakan mukadimah. Suara itu tetap tenang namun Nasira dapat mengagak bukan mudah untuk Nuqman lakukan.
Sememangnya amatlah pedih untuk Nuqman mahupun Nasira membuka kisah pertemuan mereka itu kerana ianya seperti membuka balutan luka yang masih berdarah di hati mereka. Rasanya menyengat seperti mencabut bulu kaki dengan menggunakan pelekat. Malam itu terlalu pedih untuk mereka ingati apatah lagi untuk mereka ceritakan. Namun jika hanya dengan berterus terang akan membuatkan keluarga ini yang mendengar ini faham letak duduk segalanya. Mereka akan ceritakan juga walaupun perit.
"Dan  Sira cuma kenal Nuqman dengan nama Nuqman, tunang pada Zura. Tak lebih tak juga kurang. Itu sahaja yang Sira tahu ibu dan abah." Nasira menyokong kenyataan Nuqman. Nasira genggam jari Nuqman di atas pahanya sedari tadi. Tanda Nasira juga akan ada di sisi lelaki itu seperti mana lelaki itu sering ada di sisinya.
"Jadi kenapa kamu setuju bernikah? Kenapa tak terangkan pada kami?" Bila Encik Nasir bertanya demikian pada mereka, Nasira jadi kelu. Dia juga tidak ada jawapan untuk itu, cuma Nuqman saja ada jawapan itu kerana Nuqman yang mengusulkan penikahan ini. Malah jauh di sudut hatinya juga bertanya kenapa Nuqman meminta mereka di nikahkan.
"Sebab Man nak bertanggungjawab bah. Man tahu tak mudah orang nak terima Nasira lepas kami kena tangkap. Walaupun kami tak bersalah tapi nama Sira tetap tercemar kerana Man. Lagipun abah dan ibu sendiri lihat macam mana penerimaan keluarga Nasira. Mereka tak boleh nak terima kenyataan dan Man pun tak boleh nak melepaskan Sira macam tu saja pada keluarga dia. Man dan Sira yang buat masalah ini jadi Man juga perlu ada sama-sama Sira untuk hadapinya, abah, ibu." Terang Nuqman dengan tenang. Membuatkan semakin Nasira kagum dengan lelaki di sampingnya ini. Cukup tegas dan tenang.
"Kenapa tak bagitahu kami awal-awal Man? Kenapa Man sorokkan? Sekarang Man tak rasa Man rosakkan hidup Sira." Tanya Puan Hadiyah pula. Kesian dia mendengar cerita ini. Kesiannya bukan untuk anaknya tapi buat gadis itu. Dia merasakan keputusan Nuqman yang bernikah dengan Nasira itu lebih merosakkan kehidupan Nasira dari yang sepatutnya.
"Ibu. Sira minta maaf tapi Sira tak rasa Nuqman rosakan hidup Sira ibu, abah. Malah Sira bersyukur Nuqman sanggup nikah dengan Sira, sanggup terima Sira. Sekurang-kurangnya dengan pernikahan kami ini, Nuqman dah mengangkat maruah Sira di mata keluarga Sira sendiri. " Ujar Nasira penuh sebak. Sememangnya itu yang Nasira rasakan ketika dia mengusulkan penikahan ini dulu. Kelegaan yang teramat.
"Kalau kamu baru kenal, kenapa boleh berdua macam tu? Kamu kan tahu berdosa berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam keadaan boleh menimbulkan syak." Sekali lagi Puan Hadiyah cuba memahami cerita sebenarnya kerana dia yakin, ada yang di sembunyikan dari pengetahuannya oleh kedua-dua mereka. Malah dia juga nampak lebih berpuas hati dan lebih tenang dari tadi.
" Malam tu, Man putus tunang dengan Zura ibu, dan kebetulan masa Man putus tunang dengan Zura tu Man terserempak dengan Sira. Sira pun masa tu ada masalah dengan Hasni. Sira nampak lemah sangat, jadi Man ajak dia bersama Man tenangkan fikiran." Nuqman memikul segala kesalahan. Kekhilafan Hasni dan Zura di tutup dengan pengakuannya.
Nasira pelik Nuqman tidak berterus terang hal sebenarnya. Nasira mencari alas an kenapa Nuqman menyembunyi kenyataan itu. Nasira mencari di wajah Nuqman yang nampak tenang dan Nasira menjumpainya di bening mata Nuqman. Memandang bening mata itu membuatkan Nasira tak tahu hendak berkata. Kerana  apa yang Nasira lihat bening mata Nuqman saat ini adalah penuh kepedihan yang di sebalik wajahnya jelas ada ketenangan. Baru Nasira sedar, dia hanya di tinggal kekasih tapi Nuqman di curangi tunang yang sepatutnya sudah tahu apa itu erti setia dan kasih sayang.
"Dan Sira ikut saja Man walaupun baru kenal?" Dari nada pertanyaan yang di lontarkan padanya itu membuatkan Nasira kenal nada itu. Itu nada curiga.
"Ya ibu sebab Sira nampak kepedihan di mata Man sama dengan sakit di hati Sira. Sira sendiri pun tak percaya yang Sira boleh ikut Nuqman. Barani ikut Nuqman walau kami tak pernah kenal. Tapi percayalah ibu, abah itu kali pertama Sira buat macam tu, mungkin sebab masa tu Sira memang dah percayakan Nuqman dalam tak sedar kot." Nasira menjawab jujur. Nasira nak kepercayaan yang berikan pada mereka di jaga dengan kejujuran antara mereka ini.
"Jadi sekarang kamu memang nak duduk asing-asing lah ni?" Akhirnya pertanyaan yang sekali lagi diutarakan Encik Nasir membawa perbincangan mereka ke tujuan asal.
"Buat Sementara je abah. Sementara untuk kami kenal diri masing-masing. Sementara kami mencari erti jodoh kami ni. Abah dan ibu jangan risau Man sedar dan Man memang terima Sira jodoh Man. Tapi Man dan Sira perlukan masa untuk saling menerima pula. Man janji ini semua hanya untuk sementara saja." Jawapan Nuqman yang membuat Nasira yang mendengar ini tergamam. Benarkah mereka memang berjodoh ? Dan aturan ini hanya untuk sementara je ?
Bila perkataan sementara tu sampai di telinga Nasira, pantas dia menoleh ke arah Nuqman. Kebetulan Nuqman pun turut memandangnya dengan senyuman. Terus Nasira mengangguk perlahan. Magis betul senyuman Nuqman. Sekali dia tersenyum, Nasira terus mengikuti apa saja katanya.
"Abah dan ibu tak boleh nak melarang kamu. Ini kehidupan kamu namun abah nak ingatkan kamu. Kamu masing-masing sudah ada tanggungjawab. Abah harap kamu melaksanakannya dengan baik. Abah percaya satu hari nanti kamu akan memikul tanggungjawab itu dengan sempurna. Lagipun baik abah mahupun ibu kamu terima Nasira bukan hanya sebagai menantu kami malah sebagai anak perempuan kami juga" Kata-kata itu menandakan Encik Nasir merestui keputusan mereka. Penerimaan yang membuatkan Nasira sangat terharu. Kini dia bukan hanya menantu di dalam keluarga ini malah sudah menjadi sebahagian yang penting di dalam ikatan perhubungan ini. Ya Allah, alangkah baiknya kalau keluarga Nasira seperti keluarga ini. Saling menghormati dan saling percaya.
"Terima kasih, abah, ibu." Nasira dan Nuqman mengucapkannya serentak. Bukan berjanji tapi dah nak jadi.
"Habis sekarang ni nak buat apa dengan barang Kak Long?" Adif pula bersuara bertanya.
"Bawalah masuk bilik tamu." Nuqman mengarahkan adiknya. Adif pantas bangun mengangkat. 
"Abah, ibu, Sira minta diri dulu. Nak masuk mengemas." Nasira turut bangun membuntuti Adif. Baru tangannya menggapai beg berodanya, Nuqman datang membantu. Nasira pandang wajah suaminya. Pelik.
"I nak tolong you kemaslah. Nak kemas pakaian." Dari nada Nuqman menyebut pakaian itu membuatkan wajah Nasira merah menyala. Tahu sangat 'Pakaian' apa yang Nuqman maksudkan itu. Otak kuning punya mamat. Ini satu sikap yang Nasira mula tak suka kat ada pada Nuqman.
“Tak perlu. Terima kasih je.” Nasira menarik balik begnya dan mengikuti Adif naik. Kedengaran gelak tawa Nuqman. Lelaki itu memang sengaja mengusiknya.














BAB 7


SUASANA pagi yang segar malah matahari pun masih belum menampakkan wajahnya. Suara seruan subuh pun jauh lagi dari waktunya. Namun sebatang tubuh yang tadinya lena di atas katil mula resah. Sejenak kemudian terus terbuka sepasang mata itu. Mungkin waktu ini terlalu awal namun Nasira sudah bangun melihat dunia. Seketika dia rasa macam dejavu bila terbangun di tempat baru itu. Bagai dia pernah berada di tempat ini tapi masih terasa asingnya tempat ini. Seram pula otak Nasira fikirkan. Naik segala bulu romanya memikirkan.
Rasa itu hilang bila teringatkan dirinya di mana dan kenapa di sini. Lalu tanpa berlengah Nasira mencapai tualanya dan bergerak ke bilik air. Cukup 15 minit Nasira keluar dengan badan yang segar dan berwuduk. Sambil menunggu seruan Azan, Nasira duduk di atas tempat yang berkusyen yang di sebelah tingkapnya.
Nasira yakin suatu masa dulu di tempatnya duduk ini adalah sebuah balkoni kecil sebelum di ubah suai menjadi almari kecil paras pahanya dan balkoni itu kemudiannya di tutup dengan cermin kaca menjadikan ia sebahagian ruang besar bilik ini. Nasira bersandar sambil merenung ke luar. Dia perasan ada sebuah balkoni sederhana besar di sirami lampu di tingkat atas sebelah kanan biliknya dan Nasira tahu milik siapa balkoni itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya mengenangkan pemilik balkoni itu.
Lama Nasira hilang dalam khayalannya, bila dia tersedar sudah lama seruan Illahi memanggil dirinya menghadap pada penciptanya. Nasira bersiap-siap untuk menjadi salah seorang di antara berjuta tetamu yang Maha Agung di pagi hening ini. Rancangnya selepas tugas penting permulaan hari ini dia dapatlah meninjau-ninjau sekitar rumah ini sebelum penghuni-penghuninya  yang lain memulakan hari mereka.
Rancangannya bermula usai saja dia solat subuh. Dari biliknya Nasira melangkah ke bilik hujung sekali di lorong itu. Bilik yang malam semalam telah di beritahu Adif bahawa itu merupakan bilik bacaan bersebelahan bilik orang tua Nuqman. Bilik Nasria pula di kedua hujung terletak di antara bilik Nuqman dan Adif. Bilik Nuqman? Di sebelah kanan biliknya. Nasira hanya tahu pintunya tapi Nasira tak rasa Nasira akan melihat biliknya kerana Nasira tahu di sebalik pintu kayu itu ada anak-anak tangga yang perlu di daki sebelum sampai ke bilik lelaki itu. Yelah kalau tak semalam Nasira dah sempat nak mengintip bilik suaminya itu. 
Nak juga Nasira tahu macam mana rupanya bilik Nuqman. Kata orang bilik tidur melambangkan keperibadian seseorang. Aduh makin kuat perasaan Nasira nak tahu ni... dugaan-dugaan. Jangan ikutkan nafsu. Nasira menggeleng beberapa kali untuk melenyapkan fikiran nakalnya itu. Langkahnya ke bilik bacaan itu dia lajukan. Sampai di pintu, tanpa sebarang ketukkan Nasira pantas membuka pintu bilik itu. Tindakannya itu membuatkan matanya sendiri yang terus saja terbeliak. Nasira lihat figura di hadapannya. Figura yang Nasira lihat dengan tangannya masih dalam keadaan ingin menyarung seluar.
"Hah" Terkeluar jeritan kecilnya sebelum membalikkan tubuhnya. Tak lama kemudian Nasira dengar pintu tertutup di belakangnya.
Fikiran Nasira cuba mencernakan apa yang dia lihat tadi? Ya yang dia lihat.... Nasira lihat Nuqman berdiri tanpa baju dan sedang berusaha menyarung seluar track yang setakat... Oppsss Nasira dah nampak Nuqman separuh bogel. Kalau ikut peratusan bukan setakat separuh tu. Itu  75% bogel tu macam diskaun masa Y.E.S pula. Aduh pagi-pagi otak Nasira dah tercemar. Nasira tepuk dahinya berkali-kali seolah-olah dengan itu Nasira mampu lupakan semuanya. Yelah tu... baik hantuk je kepala kat dinding kan. Untng-untung dapat amesia.
"Nasira." Nasira dengar suara tegas Nuqman memanggilnya di belakang. Nasira terus ingin mengangkat kakinya ingin melangkah. Namun belum sepenuhnya terangkat langkahnya, tangannya sudah di capai lembut dari belakang. Terus saja kakinya tak jadi melangkah.
"Pusing" Nasira dengar suara Nuqman memberi arahan. Cukup tegas hinggakan Nasira bergerak sendiri seperti robot yang mengikut kehendak arahan dengan tangan yang masih dalam menggenggamannya.
Nasira tatap wajah Nuqman. Wajah itu macam marah je. Kecut perut Nasira. Tak perlu tengok cermin. Nasira sendiri tahu yang wajah Nasira kini sudah pucat tak berdarah. Bab-bab kena marah ni Nasira memang lemah semangat sikit. Lama Nasira memandang Nuqman dan Nuqman merenung Nasira. Sampaikan dari wajah marah tadi terus bertukar tenang seperti biasa dan wajah yang pucat tak berdarah tadi mula kembali mengalirkan darah.
"Lain kali kalau nak masuk mana-mana pintu, ketuk dulu." Ujar Nuqman. Suara itu tak marah, tak tegas tapi macam suara bapa bercakap dengan anak je. Sungguh tak sangka, ada juga lelaki sepertinya. Tengok lagak je macam The Rock tapi perangai macam Shah Jehan.
"Sorry. Mana saya tahu awak kat dalam. Tadi saya nak masuk saja je. Saya ingat tak ada orang. Itukan bilik bacaan. Maaflah. Awak pun lain kali kalau nak... hmm... awak kuncilah pintu." Dalam minta maaf itu Nasira tetap menyatakan ini adalah kesalahan dua pihak. Bukan hanya dia. Nasira tengok Nuqman senyum je tengok Nasira. Dia tak adalah puls nak marah dengar Nasira meluahkan kata sebegitu.
" Saya turun dululah. Nak tengok tempat lain lagi. Tahun depan jelah saya melawat bilik bacaan tu." Nasira pantas meminta diri. Nasira tarik tangannya dari gengaman Nuqman. Seperlahan Nasira menarik tangannya dan selemah itu juga Nuqman melepaskan genggamannya. Perlahan lahan kulit mereka seperti bergesel sebelum terurai sepenuhnya.
"Jom I tunjukkan sekeliling you sekeliling rumah." Nuqman mempelawa. Masih ingin menghabiskan masa mengenali wanita itu.
Semalam dia sudah menghabiskan semalaman membaca profile dan laporan yang di hantar oleh tamannya tentang Nasira. Kini dia tahu serba sikit hidup gadis itu. Di mana dia berkerja. Apa kerjanya. Sapa kawan-kawannya. Semuanya Nuqman telah ketahui. Sekarang tugasnya menguji sejauh mana kesahihan laporan yang di baca olehnya tentang Nasira.
Nasira memandang Nuqman dengan wajah tidak percaya. Sungguh tak Nasira sangka Nuqman menawarkan perkhidmatan tersebut. Nasira apa lagi, jangan di tolak rezeki yang datang langsung pantas Nasira mengangguk. Takut juga dia kalau nanti dia merantau seorang di rumah ini kang terjadi lagi hal-hal tak terduga seperti tadi.

NUQMAN menunjukkan sekeliling rumah. Tidaklah luas dan ada swimming pool macam dalam cerita kat televisyen. Biasa-biasa je. Cuma yang menariknya di keliling rumah di hiasi dengan bunga. Di sebelah kanan yang lebih luas ada air terjun dan kolan ikan yang berkonsepkan Bali. Cantik. Di tengah kolam ikan itu pula ada sebuah pangkin sederhana besar yang laluannya sebuat titi kecil yang cantik. Dengan pangkin yang sederhana besar itu Nasira sudah tahu ini akan menjadi tempat lepak nya nanti.
"I paling suka tempat ni." Macam amaran je Nasira dengar suara Nuqman yang lembut dan ikhlas itu menunjukkan pangkin tempat idamannya. Macam tahu je Nasira nak buat perampasan kuasa pada taman ni.
"Rajin ye ibu. Hias semua ni." Nasira secara ikhlas memuji. Bukan senang nak tengok seorang wanita yang menguruskan keluarganya apatah lagi dalam keadaan yang cukup berkemampuan. Tengoklah rumah besar dan terhias indah namun langsung tiada orang gaji. Semuanya di uruskan oleh ibu.
"Ibu memang rajin. Kalau boleh I nak isteri I pun macam ibu. Biar tak cantik asalkan sedap hati memandang. You masuklah. I nak jogging. Dah lambat ni." Puji Nuqman pada ibunya sambil menyuarakan hasrat hati. Namun belum sempat Nasria meneroka lebih jauh hati itu, Nuqman dulu mengarahnya masuk.
Arahan Nuqman tetap Nasira turuti walau di otaknya berfikir. Kaki Nasira melangkah namun otaknya sudah melayang memikirkan apa yang Nuqman katakan. Betul ke tak kisah tak cantik? Tapi Zura tu cantik je. Itu juga Nugman pilih dan itu juga pilihan Hasni... aduh pedih hati Nasira mengenangnya. Memang virus hati betullah. Hendak saja Nasira wartakan nama Zura dan Hasni itu sebagai satu virus hati. Tapi terima ke Kementerian Kesihatan kalau dia bebuat begitu? Sambil menggaru lengan yang tak gatal Nasira berfikir.
"Termenung." Terkejut Nasira apabila Nuqman menguis hidungnya. Ketika itu baru Nasira sedar kalau dia berjalan terus sedikit lagi tadi dia akan melanggar kereta Nuqman yang terpakir di ruang hadapan rumah.
"You ni tak habis-habis dengan kelam kabut. Bahaya tau. Kalau you lintas jalan tadi macam mana?" Aduh Nuqman membebel pula kat Nasira. Namun reaksi Nasira tengok je muka Nuqman dengan wajah selamba. Bebelan tadi terhenti dan di gantikan dengan senyuman. Sambil kepalanya menggeleng. Sah-sah dia tengah kutuk Nasira dalam hati.
"I nak tanya you. Bag tangan you kat mana?" Nuqman suka membuatkan Nasira mendapat renjatan jatung setiap kali pertanyaan yang entah apa-apa muncul dari bibir yang tak merokok itu. Apa kehal mamat ni tiba-tiba tanya pasal beg tangan Nasira? Mahu tak tersentap Nasira memikirkannya.
"Dalam bilik lah." Ujar Nasira perlahan.
"Ye ke?" Tanya Nuqman lagi. Nada ketidakpercayaan itu macam nak menyuntik keraguan di hati Nasira. Nasira tak mahu nak mengalah, dia pantas mengangguk yakin.
"Berapa nombor telefon you?" Nuqman tanya lagi dan Nasira dengan baik hati terus je memberi.  Dalam fikiran Nasira manalah tahu Nuqman nak ngorat dia nanti-nanti ke. Senanglah dah ada nombor telefon.
 Segan juga Nasira tak pernah orang tanya nombor telefon Nasira depan-depan macam ni. Gentleman sungguh. Terpikat hati. Nasira lihat Nuqman menekan-nekan butang pada telefon bimbitnya. Nasira letak telapak tangan di wajahnya. Panas... itu tandanya Nasira malu..
" Ku meniti awan yang kelabu. Nya..." Kemudian terdengar deringan di antara mereka menyanyikan lag Sudirman itu. Macam pernah Nasira dengar je deringan ini.
"Samalah ringtone kita." Ujar Nasira yakin dengan wajah yang semakin panas.
Nuqman yang mendengar hanya tersenyum pada Nasira sambil menunjukkan arah dalam keretanya. Semakin lebar senyuman melihat mata comel milik Nasira terbeliak melihat beg tangan warna hitam didalam keretanya. Nuqman yakin yang Nasira tersangat yakin yang gadis itu rasa dia telah membawa begnya masuk tetapi kenyataan nya tertinggal di dalam kereta. Sejak semalam lagi Nuqman sedar namun dia biarkan saja untuk di jadikan bahan mengusik Nasira. Pasti sekarang Nasira sedang rasa nak nya hantuk je kepala ke keretanya. 
Tak terpandang Nasira wajah Nuqman. Tersangatlah segan dia sekarang. Nasira dengar nauqman tekan alarm keretanya. Nasira terus tegakkan badannya dan melangkah setapak dua ke belakang agar Nuqman dapat membuka pintu kereta. Nasira nampak Nuqman ambik beg Nasira. Apbila Nuqman menyelongkar dan mengambil telefon bimbit milik Nuqman, Nasira dah tak terkata apa.
"I dah savekan nombor you dan dah savekan nombor I dalam henset you. Lepas ni apa-apa hal you boleh call I terus." Ujar Nuqman sambil menyerahkan kembali telefon Nasira. Nasira ambil dengan pandangan kosong.
"Please be more careful. Sekarang you dah hidup sendiri. I pun tak akan ada 24 jam dengan you." Nasira rasa sayu sangat dengar nasihat itu. Itu yang sering abang Zahir bebelkan dulu dan kini Nuqman.
"I'm Sorry" Ujar Nasira perlahan.
"It's Okay." Jawab Nuqman.


"MAN, Sira. Buat apa kat luar pagi-pagi ni?" Suara ibu yang memanggil mengejutkan mereka yang sudah kekok untuk terus berbual. Masing-masing terus  menoleh pada Puan Hadiyah yang berjalan ke arah mereka.
"Ibu nak pergi pasar ke? Abah mana?" Nasira dengar Nuqman bertanya pada ibu. Mungkin tahu itu rutin ibunya di pagi hari.
"Abah kamu tu saja buat hal dengan ibu. Dia tak nak ikut ibu pula hari ni. Penat katanya. Jadi terpaksalah ibu seorang jelah ke pasar. Kamu nak keluar jogging ke?" Balas Puan Hadiyah.
“Haah. Dah nak keluar jogging ni. Boleh pulak abah berpisah dengan ibu ye. Selalu macam belangkas je.” Usikan Nuqman membawa hadiah cubitan Puan Hadiyah di lengannya. Kekok pula Nasira sebentar di tengah kemesraan anak beranak itu.
            “Ada saja kamu nak mengusik ibu ye. Dahlah ibu nak pergi ni. Nanti lambat pergi lambat pula balik. Nak sediakan sarapan lagi nanti. Nak mengharapkan kamu dan abah kamu. Hmm hujung zaman lah.” Puan Hadiyah meminta diri.
" Ibu, biar Sira ikut ibulah. Sira temankan ibu."Nasira pantas menawar diri. Teringin dia untuk ke pasar bersama Puan Hadiyah. Puan Hadiyah pun  nampaknya gembira dengan tawaran itu. Cepat saja dia mengangguk laju.
“Nasib baik sekarang ibu dah ada anak perempuan. Nak mengharapkan anak lelaki. Selama ni haram dia orang nak jejak pasar tu. Dah ada anak perempuan macam ni ada juga ibu kawan. Boleh temankan ibu. Marilah kita pergi.” Luah Puan Hadiyah. Pipi menantunya di usap perlahan sebelum dia mula melangkah.
Melihat Puan Hadiyah memulakan langkah, Nasira pun melangkah sama sampailah langkahnya terhenti dengan panggilan Nuqman. Bila dia menoleh dan melihat Nuqman mengangkat beg tangannya. Dahi Nasira berkerut. Mulanya Nasira tak faham tapi cepat saja dia membaca muka Nuqman yang tertulis ' Nak pergi macam tu je ke? Tak payah bawa beg tangan?' Nasira pun mengerti lalu kembali padanya dan mengambil beg tangannya dari Nuqman. Nuqman hanya menggeleng. Tengah kutuk Nasira lagilah tu.









BAB 8


BUNYI sudip menggaul di dalam kuali menjadi muzik di dapur saat pagi hari begini. Lincah tangan itu menyediakan sarapan. Rasa germbira kerana dapat berbakti pada keluarganya ini. Hari ini cukup seminggu Nasira berada di rumah ini, atas tiket seorang menant dia menetap di sini. Namun selama 168 jam Nasira berlindung di rumah ini, tak sedetikpun dia merasakan dirinya menantu. Nasira dilayan bagaikan anak di rumah ini malah rasanya lebih selesa dia di sini berbanding di kehidupan lamanya.
“Awal ibu masak sarapan hari ni?” Suara Nuqman memanggil Nasira berpaling. Nampak dia Nuqman baru saja masuk di muka pintu terus terkaku melihatnya di situ. Mungkin tadi Nuqman ingatkan dia adalah Puan Hadiyah agaknya.
“Sira. Hai.” Mungkin kekeluan masih di lidah Nuqman. Hanya itu mampu dia ucapakan.
Yelah sejak dia dan Nasira mula berkerja isnin lepas. Belum lagi mereka smpat berbual panjang. Mereka berjumpa pun di meja makan waktu sarapan dan makan malam. Waktu-waktu lain di habiskan untuk berkerja dan berehat dalam bilik masing-masing terutamanya Nuqman.
“Assalamualaikum. Hmmm…. Awak dah nak pergi jogging ke?” Nasira tetap bertanya walau dia rasa soalan itu agak pelik memandang Nuqman memang sudah memakai baju sukan. Tapi itu saja modal yang dia ada.
“Ya. Ibu mana? Tak nampak pula.” Tanya Nuqman untuk menyambung berbicara antara mereka. Saja bertanya, kalau tidak nanti akan habislah topik untuk mereka dua berbicara.
“Ibu dah ke pasar tadi dengan abah. Saya nak ikut tapi abah tak bagi kacau daun. Itu yang saya siapkan sarapan je ni.” Panjang lebar penjelasan Nasira. Terdengar ketawa kecil di bibirnya apabila mengenang balik kata-kata abah yang dia ingin ‘berdating’ dengan ibu pagi tadi.
“Ibu dengan abah tu memang macam belangkas. Mana boleh jauh-jauh tu. Berkepit je. Tak lama lagi ulang tahun mereka.” Ujar Nuqman turut bahagia dengan kebahagiaan ibu bapanya.
“Esok.” Sambung Nasira pula.
“Esok?” Nuqman tak mampu menangkap apa yang esoknya.
“Esok lah ulang tahun perkahwinan ibu dan abah. Ibu kata esok pun dia nak buat kenduri kesyukuran sedikit. Ibu tak bagitahu awak ke?”Nasira sendiri turut terkejut. Kenapa Nuqman tak tahu maklumat tentang rancangan untuk hari esok.
“Ye ke? Hari ni berapa hari bulan?” Nampak sedikit cemas Nuqman yang bertanya.
“24 September. Kenapa?” Nasira turut cemas bila melihat Nuqman yang cemas. Risau pula kalau dia dah tersalah cakap pada Nuqman.
“Alamak. Betullah esok ulang tahun perkahwinan abah. Ya Allah, I terlupalah nak beli hadiah buat mereka. You?” Itu yang Nuqman bimbangkan dia bimbang kerana terlupa tentang majlis ibu dan abah.
“ Saya dah beli dah. Sejak ibu bertahu saya isnin lepas dah. Awak tak perlulah risau sangat. Sempat lagi kalau awak nak beli.” Ujar Nasira tenang sambil tangannya sibuk kembali menyediakan sarapan.
“Beli tu memanglah senang tapi I tak tahu nak beli apa untuk merea. You belikan apa?” Nuqman cuba merisik apa hadiah yang di hadiahkan oleh gadis itu pada orang tuanya.
“Saya beli pakej percutian ke Cameron Highland untuk mereka. Biar mereka pergi berbulan madu. ” Dengan senyuman ikhlas dan nakal Nasira membuka rahsia hadiahnya itu.
“Mereka tu sentiasa berbulan madu. Hari-hari pun macam orang bercinta. Tak perlu pergi mana-mana.” Kritik Nuqman. Sengaja memprovok.
“Saya tahu. Tapi saya nak beri juga. Biar romantis. Awak tahu apa.” Balas Nasira selamba. Seketika kemudian baru dia terasa yang dia sudah terlebih mesra. Segera tangannya menutup bibirnya yang sudah tercelupar tadi.
Aksinya yang tersangat comel itu membuat Nuqman tersenyum saja. Dia perasan bila Nasira makin selesa, dia menjadi dirinya sendiri yang ceria dan lepas laku. Cuma dia bersyukur belumpun dia nampak lepas laku Nasira itu berlebihan dimana-mana. Mungkin kerana sememangnya itu diri Nasira sebenarnya, bukan di buat-buat seperti orang lain yang ingin menunjuk lagak.
“ Terima kasih. Terima kasih sebab sudi melayan ibu dan abah I dengan baik. Terima kasih sebab sudi menerima mereka dan terima kasih kerana sudi menemani mereka.”  Terjatuh jari jemari tadi yang menutup mulut comel. Terharu Nasira mendengar penghargaan itu.
“Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi kebahagiaan ini dengan saya. Awak  tahu saya cukup gembira berada di sini. Di samping keluarga awak. Mereka buat saya merasakan apa yang tak pernah saya rasai. Terima kasih kerana beri saya peluang ini. Ibu dan abah awak sangat baik. Saya sayang sangat mereka. Mereka romantis sangat walau dah lama kahwin kan.” Wajah comel Nasira berseri-seri dengan keikhlasan dan kekaguman.
“Mereka memang begitu. I harap satu hari nanti kita pun begitu.” Usik Nuqman saja membuat hati itu gundah rasa malu. Di renung wajah comel yang jelas terkejut ditu dengan pandangan redup. Bila pandangannya berbalas... Sedikit demi sedikit hatinya turut berubah rentak. Lama mereka begitu hinggalah Nasira mengalih pandangannya bila rasa itu terlalu menusuk hatinya. Turut menyanyikan lagu hati yang di nyanyikan Nuqman agaknya.
“Hmmm… I pergi jogging dululah. Nanti You tolong temankan I beli hadiah buat ibu dan abah. Kita keluar lepas Zohor nanti.” Bukan satu perlawaan yang meminta persetujuan tapi satu pelawaan yang berupakan arahan. Tanpa pamitan terakhir. Nuqman pergi.


SEDAP Sira masak.” Puji Puan Hadiyah bila merasa masakkan menantunya itu buat pertama kali. Dia tahu Nasira gadis yang bijak.
 Seminggu gadis itu membantunya di dapur melihat dan belajar cara dia menyediakan makanan buat penghuni rumahnya. Dia tahu Nasira memang jenis yang pandai memasak namun seminggu itu di gunakan untuk belajar kesukaan isi rumahnya. Berapa sukatan garam gula yang selalu mereka makan. Tahap kepedasan dan segalanyalah.
“ Tak adalah ibu. Biasa-biasa je ni.” Segan Nasira di puji depan depan begitu. Oleh ibu mertua pulak tu.
“Ehemm sukalah awak ye Puan Hadiyah. Dah ada yang membantu awak memasak.” Usik Encik Nasir punca kepada gene mengusik yang ada pada anak-anaknya.
“Memang Puan Hadiyah suka Encik Nasir. Sekarang Puan Hadiyah dah ada kawan bukan macam dulu Encik Nasir sorang je ada kawan dalam rumah ini.” Balas Puan Hadiyah manja.
“Yelah tu Puan Hadiyah. Sekarang kita makan dengan tenang ya.” Memang mesra suami isteri ini. Sesekali membuatkan yang rapat juga turut cemburu melihat kemesraan itu. Bukan cemburu apa. Cemburu kerana kemesraan yang ada pada pasangan itu terlalu jujur dan mengagumkan mata yang memandang.
“Ibu nak buat kenduri esok, bahan-bahan semua dah ada ke?” Nuqman bertanya lembut usai mereka bersarapan.
 Walaupun sebenarnya dia baru sedar tentang hal itu pagi tadi tapi kealpaannya perlu di sembunyikan dari pengetahuan ibunya. Sepatutnya dia lebih sensitif tentang hal ini sedangkan setiap tahun abah dan ibunya membuat majlis kesyukuran itu dan saban tahun dia tak pernah lupa kecuali tahun ini, kesibukkan kerja membuatnya alpa.
“Dah ada yang ibu dah beli. Ada yang belum, nanti Man tolong belikan ya. Yang macam biasalah Man.” Pesan Puan Hadiyah.
“Baik ibu, nanti lepas zohor Man belikan kebetulan pula Man memang nak keluar dengan Sira.” Secara tak langsung Nuqman memberitahu ibunya tentang rancangan dia dan Nasira petang ini nanti. Sebaik mendengar rancangannya itu, Nuqman perasan ada senyum nipis hadir di bibir ibunya. Ibunya ini memang romantis sangatlah orangnya, pasti sudah ada apa-apa dalam fikiran ibunya yang membuatkan senyuman itu hadir.
“Apa kata Manlah. Ibu tak kisah sangat. Asalkan barang tu ada. Esok ibu nak masak.” Pesan Puan Hadiyah lagi sambil mengangkat bekas sarapan mereka ke dapur dengan senyuman dibibir. Sejak ada Nasira di rumah ini nampaknya anak-anaknya sudah makin malas. Pinggan sendiri pun di tinggalan saja. Yelah sekarang sudah ada yang membantu dia di dapur.
“Baiklah bu.” Balas Nuqman dengan nada mengusik. Suka mengusik ibunya hingga ibunya itu naik angin.
“Hmm jangan baik je. Nanti dah keluar berdua dengan Nasira ni, berdating sakan. Lupa apa yang ibu pesan. Ke nak ibu buat senarai sekarang ni?” Usikan tadi dibalas dengan usikan oleh Puan Hadiyah. Dengan ibu ni memang Nuqman tak boleh nak berahsia langsung. Tahu je apa dalam hatinya.

2 comments:

Zatiey Rosli said...

ngaaa~ dah lama tau saya tunggu sambungan yg dulu. rindu sangat dekat Nuqman. hehe. Kak Iman, citer ni best sangat!!!!! Cepatlah dibukukan!!!

Miss Kira said...

cepat2 nuqman ngorat sira.. jgn terlepas..