Wednesday, March 7, 2012

DAH JODOH P-2


Prolog

‘Ikatan penikahan ini wujud kerana satu perhubungan.’ Itu saja yang Nasira mampu bariskan sepotong ayat menggambarkan ikatan yang membawa gelaran isteri pada Nasira ketika ini. Bagaimana untuk dirinya menerangkan kisah ini setebal satu novel cinta, kalau dia tahu yang dirinya, Nur Nasira menjadi isteri Nuqman Hafiz setelah berkenalan hanya untuk dua jam sebelum tiga hari kemudian terjadinya penikahan ini. Mungkin Nasira terlupa nak maklumkan yang cerita ini bermula apabila tunangan Nuqman adalah kekasih gelap buah hati dirinya dan lelaki yang bakal menjadi tunangannya adalah cinta kaki ketiga pada Zura tunangan Nuqman Hafiz.  Sememangnya itu detik permulaan cerita yang membawa Nasira dan Nuqman Hafiz di sini. Di dalam penikahanan ini.
"Termenung. Kenapa fikirkan keadaan rumah mertua ke apa ni?" Tanya Mak Su yang melambungkan Nasira kembali ke alam nyata dari kisah yang menyedihkan semalam. Mak Su yang entah bila munculnya, tahu-tahu sudah duduk di sebelah dia. Magis betullah Mak Su dia ini. Jangan-jangan dulu Mak Su ni penuntut David Blaine agaknya,
"Tak ada apalah Mak Su." Balasnya lemah dengan wajah yang cuba Nasira ceriakan. Tak berkesan langsungkan lakonannya apabila Mak Su hanya tersenyum nipis tanda faham apa yang tersirat di hati anak saudaranya yang seorang ini. Dengan Mak Su ni memang Nasira tak boleh berbohong agaknya.
"Maksu ingat kamu risaukan hal mertua kamu. Mama, kamu cakap yang kamu nak terus balik ke rumah mertua kamu hari ni. Kenapa awal sangat? Tak nak ajak Hafiz tidur kat sini dulu ke?" Mak Su cuba mengorek rahsia hati Nasira bak kata Kak Ogy, gali sampai jumpa.
            Pertayaan berserta soalan itu sesungguhnya menyentak dirinya. Nasira tidak ingat bila masanya dia memberitahu mama yang dia akan terus balik rumah mertua. Rasanya sejak dari malam Nasira ditangkap bersama Nuqman, dia langsung tak berborak dengan mama dah. Agaknya mama memang dah tak nak tengok muka dia lagi kat rumah ni kot. Yelah dirinya kan anak yang menconteng arang ke keluarganya dan Nasira juga yang membuatkan keluarganya malu dengan keluarga Hasni. Hasni, lelaki yang satu ketika dulunya Nasira puja dan di terima baik keluarga nya. Walaupun sebenarnya lelaki itu hantu berkepala jembalang.
"Termenung lagi. Kamu susah hati kan Sira. Mak Su tahu kamu susah hati. tapi kamu sabarlah, setiap kejadian itu ada hikmahnya dan setiap ujian itu ada nikmatnya. Allah tak akan menguji pada hambaNya yang tidak mampu menanggung ujian Nya. Walaupun apa kata mereka, Maksu yakin kamu dan Hafiz tak bersalah." Ujar Mak Su ikhlas. Sedikit terhibur hati Nasira mendengarnya.
 Nasira tahu di sebalik penyatuan Nasira dan Nuqman, banyak yang memandang serong dan mengkeji mereka. Yelah penyatuan yang berbau bunga tahi ayam dan baunya semerbak tidak menyenangkan. Namun di sebalik semua itu Mak Su memang sentiasa menyayangi nya. Mak Su saja yang percayakan dan yakin dengan dia. Sedihnya bukan mereka yang membesarkan dia dengan tangan mereka sendiri. Sejak malam kejadian itu Nasira langsung di hukum tanpa keadilan.
"Terima Kasih Mak Su." Nasira peluk Mak Su tanda penghargaannya padanya. Seikhlas hatinya untuknya.
"Sama-sama. Mak Su tak nampak pun Hafiz. Dia ke mana?" Soalan Mak Su membuatkan Nasira sedar yang dia tak jumpa lagi Nuqman selepas usainya majlis pembatalan air sembayang tadi. Mana pula lah mamat ni hilang. Janganlah  dia tinggalkan Nasira sudah. Nanti lagi teruk Nasira kena kutuk. Dahlah kahwin kerana kena tangkap basah lepas kena tinggal, mahu tujuh benua Nasira nak kena tahan malu di depan keluarganya.
"Dia kat luar kot Mak Su. Biarlah Sira pergi cari dia." Nasira secara tidak langsung meminta diri dari Mak Su.




BAB 1


NASIRA menekan butang lift ke tingkat lima Blok A, Apartment Seri kerana di situlah kediaman bakal tunangnya. Entah kenapa hari ini tergerak pula hatinya hendak ke sini buat pertama kalinya. Mungkin sebab Nasira risaukan bakal tunangnya Hasni agaknya. Yelah tadi saat dia menghubungi pejabat Hasni, Nasira di beritahu yang Hasni sedang bercuti. Risau pula Nasira dibuatnya. Takut kalau-kalau buah hatinya itu jatuh sakit. Namun pelik juga dia kenapa Hasni bercuti tanpa memaklumkan padanya.
Berdebar-debar pula hati Nasira ini. Tak tahu kenapa? Adakah perasaan itu kerana ini kali pertama Nasira menjejakan kakinya ke rumah Hasni? Atau kerana sesuatu yang pertanda ada yang kurang baik akan berlaku? Nasira tak dapat hendak  menentukan perasaannya kini. Lantas dia tetap melangkah tenang dengan sebungkus buah-buahan di tangan.


NASIRA tergaman sesampainya di hadapan pintu rumah Hasni. Berkali-kali dia memastikan nombor rumah itu betul sementelah ada kasut tinggi di hadapan pintu rumah itu. Berkali-kali Nasira meyakinkan diri yang dia berada di tempat yang betul barulah jarinya berani menekan lonceng rumah tersebut. Agak lama dirinya menanti sebelum Hasni yang hanya memakai seluar pendek dan seakan bangun tidur itu muncul di hadapannya.
“Nasira? Awak buat apa kat sini?” Tergagap-gagap Hasni menyoalnya. Menambah keraguan di hati ini yang sememangnya ragu.
“Saya datang nak jenguk awak. Dengar kata dah dua hari awak cuti. Awak sakit ke?” Nasira tetap bertanya sopan walaupun hatinya di panah seribu curiga. Cuma kenyataan nya Nasira tak mampu untuk marah apatah lagi untuk bertanya lebih-lebih. Kerana jauh di sudut hatinya, dia takut kalau jawapan yang di berikan itu tidak menyenangkan hatinya pula. Nasira bukannya seberani mana pun. Adakalanya dia sedar yang dirinya lebih suka mengelak dari tahu sesuatu yang akan menyakitkan hatinya.
“Saya tak apa-apa. Awak balik lah.” Walaupun lembut nada itu. Namun hati Nasira cukup tahu itu tandanya Hasni menghalaunya. Senai mana pun dia,  Nasira tetap bukan gadis dungu yang tak faham bahasa. Dia faham bahasa jika orang tak perlukan dirinya, malah Nasira faham sebenarnya yang kehadiran dia sudah lama tak di perlukan oleh Hasni.
“Baiklah. Saya balik dulu. Nah ini untuk awak.” Nasira tetap menghulurkan bungkusan buah-buahan itu pada Hasni sebelum berlalu. Nasira nampak Hasni tersenyum sambil menutup pintu rumahnya. Perasaan lega terlukis di wajah lelaki itu. Bukan Nasira tak perasan di mata Hasni, dia hanya seorang yang menurut kata, yang naif dan percayakan dirinya.
Nasira tak salahkan dia kerana selama ini sememangnya Nasira yang melukiskan hubungan mereka sebegini. Langsung tak pernah bertanya apatah lagi melawan apa yang Hasni katakan. Nasira biarkan Hasni melayannya seumpama dia tak ada rasa curiga. Sesekali terlintas di fikiran Nasira kenapa dia masih ingin meneruskan perhubungan ini sedangkan dia sendiri tahu ada rasa ragu di hatinya terhadap ikatan ini.


BERSAMA hati yang ragu dan akal yang penuh curiga, lambat-lambat kaki Nasira melangkah pergi. Ingin hatinya berpatah balik dan bertanya pada Hasni, milik siapa kasut yang tersadai di hadapan pintu rumahnya itu. Ingin bertanya kenapa Hasni bercuti tanpa memberitahunya sedangkan hampir setiap malam mereka bertanya khabar di talian. Ingin juga Nasirabertanya kenapa mudah sangat Hasni bercuti sekarang sedangkan saat Nasira meminta dia menemaninya membeli barang untuk majlis pertunangan mereka, jawapan mudah lelaki itu berikan adalah tak dapat cuti. Saat Nasira sibuk ke hulu ke hilir menyiapkan barang untuk majlis mereka, dia beralasan sibuk. Tapi kenapa sekang mudah saja untuk dia bercuti?
“Nak tahu tapi kenapa tak nak tanya? Kenapa nak berlalu macam tu je?” Suara yang datang dari mana itu memberhentikan langkahnya. Menyedarkan Nasira dari terus lemas dengan soalan soalan yang menyerabutkan kepalanya..
Nasira berpaling ke sekelilingnya. Tiada siapa nya lihat yang nya kenali kecuali yang ada cumalah seorang pemuda yang selesa bersandar di dinding sambil menunduk memandang kasut.
“ Awak cakap dengan saya ke?“ Soal Nasira dengan nada takut. Sudah sememangnya Nasira ketakutan sekarang. Dia tak kenal siapa pemuda ini. Entah penyangak ke penjenayah ke, bukannya dia tahu.
“Jom.” Tanpa sebarang jawapan pada soalannya, lelaki itu lebih pantas menarik Nasira kembali ke hadapan pintu rumah Hasni.
“Lepaskan saya. Awak ni siapa? Lepas lah.” Nasira meronta minta di lepaskan tangannya. Ketakutan mula menguasai dirinya. Ingin sekali Nasira melepaskan diri dari gengaman tangan lelaki yang sedang menekan lonceng rumah Hasni itu.
“Senyaplah. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.” Arah lelaki itu tegas. Nasiraberhenti meronta. Bukan kerana arahan itu tapi kerana Hasni muncul semula di balik pintu berwarna putih itu.
“Sira? Apahal ni? Siapa pula ni?” Hasni yang tegak berdiri di hadapannya memandang mereka dengan wajah penuh soalan dan kemarahan.  Nasira sedar Hasni marah  melihat  Nasira berdiri di hadapannya dengan seorang lelaki apatah lagi tangannya masih di genggam lembut lelaki entah siapa ini. Nasira meronta lagi. Namun hasilnya sama, genggaman tetap tidak lepas.
“Awak... Saya...” Nasira dalam usaha menerangkan sesuatu sebelum di matikan oleh tengkingan dari Hasni.
“Saya apa? Ni kenapa dia genggam tangan awak ni? Awak tu tunang saya. Awak memang sukalah menyusahkan saya. Hei kau, lepaslah tunang aku.” Tengkingan Hasni bergema di akhiri rentapan pada ikatan tangan lelaki itu padanya. Terlepas genggaman tadi.
“ Pandai pula kau marah aku sentuh tunang kau. Tunang aku kat dalam tu apa khabar?” Kata-kata yang lahir dari mulut lelaki di sebelahnya itu membuatkan Nasira tergamam. Berulang kali dia menggeleng kepala cuba meyainkan diri apa yang terjadi kini. Entah kenapa mudah benar untuk Nasira percaya kata-kata lelaki yang dia tak kenali itu. Mungkin kerana hatinya selama ini telah di ulit keraguan.
“Apa kau cakap ni? Aku duduk sorang je kat sini. Ini tunang aku.” Agak rapuh suara Hasni menerangkan kebenaran sambil dia menarik lengan Nasira agar Nasira berdiri berhampiran dengannya. Kenapa bukan lega yang Nasira rasakan saat Hasni menunjukkan kepentingan Nasira padanya saat itu? Sebaliknya Nasira rasa dia dipergunakan saja, bagaikan dia ini adalah human shield untuk Hasni. Tak sepatutnya Nasira rasa begitu tapi sememangnya itu yang dia rasai sekarang.
“ Kau seorang. Jadi siapa tuan punya kasut tinggi tu? Tak kan kau ni dua alam kot sampai perlukan kasut tinggi macam tu. Come on bro, aku bukan bodoh sangat. Kasut tu aku yang belikan untuk  Zura minggu lepas. Kau cakap dengan Zura, esok keluarga aku akan putuskan pertunangan mereka secara rasmi. Lepas ni kau pandai pandailah buat keputusan. Berani buat berani tanggung la bro.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis. Namun dimatanya penuh kelukaan, Nasira dapat rasakan itu.
Namun belum sempat lelaki yang tak Nasira kenali melangkah jauh. Kedengaran suara perempuan dari dalam rumah Hasni memanggil sesorang. Lelaki tadi berhenti dan berpaling untuk berhadapan semula dengan mereka. Nasira memandang gadis itu dan Hasni silih berganti. Tanpa pinta dia melurutkan tangan Hasni dari terus melekap di lengannya. Tak perlu penerangan, rasanya dia dapat membaca apa yang berlaku. Ragunya selama ini menjadi nyata. Prasangkanya selama ini adalah realiti.
“Awak... saya..” Kali ini Hasni pula tergagap untuk menjelaskan sesuatu. Nampak sangat bersalah. Namun Nasira hentikan dengan gelengan. Dah tak sanggup rasanya dia terus di tipu. Tanpa kata dan suara pantas Nasira berlalu pergi. Dia tak lagi perlukan penjelasan apabila segalanya sudah terang di hadapan mata.

LEMAH kepala lutut Nasira dibuatnya. Berkali-kali Nasira rasa ingin terduduk sahaja. Sehinggakan dia terpaksa menyokong dirinya dengan bantuan dinding yang memandunya terus nyaat berjalan. Dia cuba untuk kuat. Berkali-kali dia memikirkan persoalan demi persoalan yang sama. Persoalan untuk membolehkan Nasira mencari jawapan pada apa yang berlaku dan persoalan itu hanya bermula dari perkatan kenapa?
Kenapa benda ini berlaku setelah bertahun mereka berkawan? Kenapa semua ini berlaku saat tinggal dua minggu sebelum pertunangan mereka? Kenapa selama ini dirinya terlalu percayakan Hasni? Pokoknya kenapa ianya boleh terjadi? Salah dirinya ke?
Apa yang Nasira rasakan kini adalah kesakitan yang terlampau. Umpama Nasira ditinggalkan di dalam satu dunia yang senyap dan gelap. Semakin lama semakin  sempit Nasira rasakan dunia itu. Sehinggakan pada satu saat, Nasira merasakan diri ini dimasukan ke dalam satu tong yang sempit. Jangankan katakan untuk bergerak, bernafas pun Nasira rasakan terlalu sukar rasanya kerana ruangan itu terlalu sempit dan terhimpit.
Akhirnya Nasira hanya mampu terduduk sambil merenung ke hadapan. Memandang dunia dengan pandangan kosong dan terluka. Saat ini jika sesiapa pun yang menjumpainya, Dia umpama robot yang sudah kehabisan bateri. Habis tenaga. Habis kenyaatan dan kehilangan memori.
Ini memang tamparan paling perit buatnya. Bagaimana Nasira lalui semua ini nanti? Bagaimana dengan  keluarganya nanti? Apa reaksi mereka? Bagaimana untuk dia teruskan perhubungan ini? Mampukah dia bertahan di hadapan keluargnya untuk membatalkan majlis itu? Apakah keluargnya percaya apa yang dia katakan nanti? Percayakah mereka sedangkan selama ini keluargnya terlalu memuja dan memuji Hasni. Bagaimana hubungan keluarga mereka nanti? Hasni kawan baik abangnya, ibubapa nya teman akrab orang tua Hasni dan satu yang pasti kalau di minta memilih antara dirinya dan Hasni. Hasni adalah pilihan mereka dan Nasira hanya di pandang sebagai beban yang membuat masalah.
Makin Nasira fikirkan semakin gila dia rasakan. Gila hingga Nasira tak sedar yang dia telah menjerit kuat lalu mematikan kesunyian di karangan tempat kereta itu. Sangatlah menyeramkan sebenarnya kalau sesiapa mendengar. Rasanya sudah berpuluh-puluh pasang kaki yang berlari masuk ke dalam selimut kala terdengar jeritan dia tadi. Sudah Nasira yang menjerit pun seram dengan jeritan sendiri.
Kini kerana kelantangan jeritan itu juga mengheret sepasang kaki berdiri di hadapan tempat Nasira terduduk. Nasira yakin itu manusia kerana kakinya menjejaki tanah. Perlahan lahan dia mengangkat muka. Berharap bukan kaki pengawal keselamatan ingin menghalaunya. Dia terlalu terluka untuk menanggung rasa malu pula.  Wajah lelaki tadi menyapa matanya. Kalau selalunya ini terjadi pasti Nasira sudah tertunduk malu, tapi pada ketika ini... pada masa ini...pada saat ini, Nasira cuma mampu memandang kosong wajah di hadapannya. Sudah tiada lagi rasa. Sudah tiada lagi perasaan.


NUQMAN memandang sepi wajah di sisinya. Nuqman tidak tahu siapa nama si gadis dan entah kenapa dia boleh membawa gadis ini ke mari untuk bertenang setelah melihat bertapa lemah dan tak berdaya gadis tak tahu namanya ini. Entah kenapa simpatinya buat gadis ini bagaikan di laut paling dalam sekali. Mungkin kerana mereka baru mengalami nasib yang sama. Mungkin kerana mereka baru di khianati.
Itulah alasannya. Kerana  mereka baru di khianati. Kerana kesetiaan mereka dan kejujuran mereka di permainkan. Atas rasa yang sama, simpati itu terasa di hati. Nuqman sememangnya sudah bersedia untuk hadapi apa yang mereka baru lalui tadi. Dia telah lama bersedia sejak curiga melanda dirinya apabila Zura sering tersalah hantar pesanan ringkas padanya. Nuqman sedar yang bersedia itu hanya dia bukan gadis di sebelahnya. Gadis itu langsung tak bersedia. Nuqman pasti itu. Lihat saja reaksi gadis itu bagaikan kaca di hempas ke lantai. Bersepai segalanya.
Lama Nuqman merenung wajah itu. Wajah tembam yang serabut. Rambut yang di ikat satu itu kelihatan tidak lagi seketat tadi. Gadis itu cukup sempurna dimatanya. Tapi kenapa Hasni boleh memilih untuk melukai gadis ini. Entahlah, kalau di fikir-fikirkan balik tak tercapai dek akal alasannya. Manusia terlalu banyak ragam. Terlalu banyak kerenah. Terlalu banyak perangainya.
“Macam mana saya nak beritahu keluarga saya ni? Macam mana saya nak batalkan majlis. Pasti mama mengamuk. Pasti abah akan marahkan saya. Mereka pasti salahkan saya. Kenapalah Hasni buat hal masa ni?” Luahan dari mulut comel itu membuatkan Nuqman terkejut. Tak sangka dek akal dia, air mata dan kesedihan gadis itu berpunca kerana pekara lain. Sangkanya gadis itu terlalu kecewa dengan Hasni tapi nyata gadis itu sedih kerena maruah keluarga yang mungkin akan  tercalar. Pelik sungguh.
“ Cakap kat keluarga you hal yang sebenarnya. Mereka akan pasti faham.” Nuqman cuba menasihatkan.
“ Mereka tak akan percaya. Hasni tu kawan baik along. Keluarga dia dan keluarga saya cukup kenal baik. Mama dan papa saya akan lebih sebelahkan Hasni dari saya.” Wajah kerisauan jelas di raut itu. Membuatkan Nuqman tidak faham cara gadis itu berfikir. Gadis di sebelahnya berkata-kata bagaikan menyatakan yang masalah  semua berpunca dari diri gadis itu pula. Lagipun keluarga mana lebih memilih orang luar dari anak sendiri? Betul ke tidak gadis ni?
“Tak faham I cara you berfikir. Macam you pula salah sekarang. Nama you siapa?” Baru terbuka mulut Nuqman bertanyakan nama si gadis yang pelik itu.
“Nur Nasira. Awak?” Ujar si gadis.
“Nuqman.” Pendek pengenelan Nuqman sementelah perasan tempat mereka di hampiri oleh sekumpulan lelaki. Naluri Nuqman menyatakan ada masalah lebih besar akan berlaku.







BAB 2


RESAH Nasira tiada bertepi. Dia menunduk saja. Tak terkeluar perkataan terima kasih pada Nuqman kerana menguruskan pekara ini bagi pihaknya. Hari ini rasanya hari paling malang buatnya. Sudah jatuh di timpa tangga, kini di hempap lagi dengan batu bata yang cukup memberatkan kepala dan perasaannya. Nasira tak menduga apatah lagi menyangka hari ini dua titik perubahan di dalam hidupnya berlaku.
Titik pertama saat dia bakal menjadi bekas bakal tunang pada Hasni dan tak sampai dua jam dari titik itu titik kedua dalam hidupnya muncul apabila dia menjadi penjenayah syariah atas kesalahan di tangkap khalwat. Dalam berapa jam saja dia melalui dua pekara yang paling menyakitkan pada dirinya selama 25 tahun hidupnya di dunia ini. Nasira tak tahu apa reaksi keluarganya nanti.
Tiba-tiba Nasira menyesal menghubungi papa nya tadi. Namun hanya itu yang dia terfikir di saat dirinya cukup panik apabila di serbu tadi. Kalau dia tahu Nuqman bisa menguruskan semuanya tanpa melibatkan keluarga, pasti Nasira Nuqman menguruskan segalanya. Saat ini Nasira hanya mampu menanti reaksi keluarganya nanti.
Tak menunggu lama. Jawapan persoalannya tadi sudah terpancar di hadapan matanya. Melihat gerak langkah panjang milik ibu bapanya, Nasira sudah dapat membaca tahap kemarahan yang ada pada mereka. Sangat menyusahkan hati yang memandang ke arah kedua orang tua nya itu.
“Mama... ” Hanya itu terkeluar dari bibir Nasira sebelum satu tamparan padu hinggap di pipinya. Kemudian tanpa henti tubuhnya di pukul dengan bag tangan Prada milik Puan Noor mama nya dia. Beg yang dia pernah hadiahkan buat sempena hari jadi mama nya dulu kini menjadi senjata memukulnya. Rasa menyesal pula membeli beg tangan itu untuk mama nya dulu.
“Mama, sakit.” Itu saja mampu terkeluar dari bibir Nasira sambil tubuhnya cuba menepis pukulan demi pukulan. Rayuannya langsung tak di endahkan akhirnya yang pasti dia dapat rasakan tubuhnya di tarik menjauhi mamanya yang sedang menggila sebelum ada satu tubuh kekar yang melindunginya di hadapan.
“Sabar puan. Sakit Nasira tu.” Suara Nuqman yang menyedarkan Nasira yang sekali lagi dirinya di selamatkan oleh lelaki itu.
“Sakit apa? Hati aku ni lagi sakit lah. Kau tak malu ke Sira? Kau tu bakal tunang orang. Tak malu ke nak buat perangai macam ni? Geramnya aku.” Sekali lagi Puan Noor cuba mendapatkan tubuh Nasira namun pantas di halang lelaki di hadapannya ini. Makin geram Puan Noor melihat anaknya bersembunyi di belakang lelaki itu. Terdetik di kepalanya lelaki itu kah yang sama melemparkan tahi ke halaman maruahnya?
“ Kau ni siapa? Kau ke yang dengan anak tak guna ni buat malu aku.” Tinggi harakat suara Puan Noor naik menempelak Nuqman. Dengan yakin Nuqman mengangguk saja.
Setuju atas tohmahan ke atasnya itu. Dia bimbang sebenarnya kalau dia menggeleng nanti makin teruk Nasira dikerjakan. Dia sudah cukup kesian dengan nasib yang menimpa Nasira kini. Apatah lagi melihat gadis tu hanya diam walaupun di belasah dengan teruk sekali sedangkan gadis itu langsung tak bersalah.
“Jadi kau ni la yang rosakkan anak aku ya.” Ayat itu satu penyataan. Jika tadi Nasira menjadi mangsa pukulan Puan Noor. Kini Nuqman pula menjadi mangsanya. Habis tubuh tingginya menerima hentaman demi hentaman dari Puan Noor.
“Mama tolonglah Nuqman tak salah. Sira yang salah.” Nasira cuba menghalang mama nya dari terus memukul Nuqman. Namun Nuqman pantas menghalang dirinya pula. Tubuhnya di tarik ke dalam pelukan Nuqman sebelum Nuqman memberi belakangnya menjadi perisai mereka dari pukulan Puan Noor.
“Puan. Sudahlah tu. Malu kat orang.” Farhan, peguam kepada Nuqman ini cuba menenangkan kemarahan Puan Noor. Tangannya cuba menahan keganasan Puan Noor apabila di lihatnya abah pada gadis itu hanya membiarkan kemarahan isterinya terhadap Nuqman dan gadis bernama Nasira ini.
“ Farhan, tolong aku call keluarga aku.” Nuqman memberi arahan pada temannya yang membantu menenangkan Puan Noor itu. Temannya yang berkerja sebagai peguam itu yang membantu mereka melangkah keluar dari balai atas tuduhan berkhalwat.
 Kalau tadi sebolehnya dia ingin menyembunyikan hal ini dari keluarganya. Namun melihat keadaan menjadi sebegini teruk. Nuqman tahu dia terpaksa meminta bantuan keluarganya. Walaupun di hatinya paling dalam dia bimbang akan penerimaan keluarganya nanti. Nuqman pasti, keluarganya akan cuba memahaminya namun dalam pada itu dia tetap tahu yang dia telah melukakan hati mereka yang membesarkannya.


TAK guna punya anak. Ini yang kau balas penat lelah aku menjaga kau. Tak cukup ke ajaran agama yang aku berikan pada kau selama ini. Tak cukup ke apa yang mereka korbankan untuk kau sampai kau malukan kami macam ni sekali.” Setelah penat menghukum akhirnya Puan Noor berhenti dengan sendirinya. Sebak dan sedih sungguh mendengar luahan hatinya yang sadis itu.
“Sudahlah Noor.” Baru itu kedengaran suara Encik Zamri abah Nasira menenangkan isterinya sambil memerluk tubuh yang bergetar menahan rasa itu.
“Saya geram abang. Kita sayangkan dia. Kita belai dia penuh manja tapi sudahnya muka kita ni di palitnya arang.” Kedengaran suara Puan Noor yang cukup luka itu. Nasira yang mendengar menjadi cukup sebak. Ingin dia mendekati Puan Noor namun pantas di halang oleh Nuqman. Nuqman menggeleng dengan wajah kerisauan. Mungkin risau Puan Noor akan bertindak seperti tadi lagi agaknya.
“Benda dah berlaku Noor. Tak guna kita nak marah macam ni. Dia bukan lagi anak yang kita kenal. Yang kita bela dulu.” Ayat yang keluar dari bibir Encik Zamri itu memabuat Nasira rasakan bagaikan satu bumi ini menghukum dia. Abahnya seperti ingin membuang dia sebagai anak.
“Papa...” Meraung Nasira dibuatnya. Tak terluah oleh kata-kata seribu penjelasan yang diaingin beri untuk mengembalikan kepercayaan kedua orang tua nya saat ini. Dia memang tak bersalah tapi bagaimana untuk dia nyatakan yang dia benar-benar tak bersalah?
“ Ini jalan yang kau piih kan? Kau ikut lah jalan ini. Kami dah tak perduli tapi kau ingat mula hari ini kau bukan anak kami lagi.” Kata putus Encik Zamri itu mengesahkan satu kepastian yang menzahirkan diarasminya memutuskan hubungannya dengan anaknya Nasira.
“Abang?” Puan Noor terkejut dengan apa yang di katakan suaminya itu. Tak sangka dia, suaminya yang selama ini cukup bangga dengan anak gadisnya satu ini akan membuat keputusan sebegitu. Sememangnya da juga marah dengan Nasira tapi tidaklah sampai untuk membuang anak yang dia kandung sembilan bulan sepuluh hari itu.
“Encik, tunggu dulu. Jangan buat keputusan yang terburu-buru. Kita boleh bincang pekara ini. kami boleh terangkan apa sebenarnya terjadi.” Nuqman pantas cuba membetulkan keadaan. Tak terduga dek akalnya yang Nasira akan di buang keluarga. Tak terduga dia begitu impak yang datang pada gadis ini.
“Bincang apa? Kau nak sangat kat diakan. Mula hari ini kau jagalah dia tu. Kau belai lah dia. Aku dah tak kisah. Kau, Nasira jangan kau tunjuk muka kau di hadapan aku lagi.” Putus Encik Zamri tegas.
“Abang. Dia anak kita abang. Tolonglah faham perasaan saya. Saya pun marah tapi dia tetap anak kita. Kita bincang ya abang. Kita kahwinkan saja mereka. Lepas itu kalau abang nak lepas tangan pun saya tak kisah.” Pujuk Puan Noor yang tak setuju dengan apa yang di putuskan oleh suaminya itu.
“Dia dah kotorkan keluarga kita Noor. Abang kecewa.” Ujar Encik Zamri menahan kesedihan di hati.
“Saya tahu abang tapi dia tetap anak kita. Biar kita selesaikan tanggugjawab kita abang. Jangan nanti makin malu kita di buatnya.” Rayu Puan Noor lagi.
Kali ini Encik Zamri mengangguk sahaja. Setuju apa yang di katakan oleh isterinya itu. Kekecewaannya membukan dia hampir terlupa pada tanggungjawab yang perlu dia pikul. Seorang bapa mana yang tidak kecewa kalau anak yang dia didik penuh kasih sayang kini menconteng arang ke mukanya. Apatah lagi anak sebaik Nasira, anaknya yang paling mendengar kata. Tidak sekali dalam seribu tahun sekalipun dia akan dapat mengagak anaknya seorang ini yang akan memalit kecewa di hatinya. Terkilan sungguh dia. Kecewa bagaimana pun dia, Terluka sperti mana pun dia, Encik Zamri sedar tanggungjawabnya sebagai bapa perlu di jalankan. Dia tak mahu satu-satu anak perempuannya kahwin tak berwali.


“ASSALAMUALAIKUM?” Ada yang memberi salam bagi memecahkan kesunyian rumah milik keluarga Nasira. Nuqman pantas bangun menuju ke pintu bersama Encik Zamri kerana dia pasti itu ibu dan abahnya yang datang. Tadi sempat dia menghantar pesanan ringkas agar ibu dan abahnya ke alamat ini.
“Waalaikumsalam. Masuklah. Saya Zamri.” Lega sedikit Nuqman atas adab tertib yang masih di tujukkan menyambut kedatangan kedua orang tuanya oleh papa Nasira. Sekurang-kurangnya taklah menambah burukkan keadaan.
“Saya Nasir, abahnya Nuqman. Ini isteri saya, Hadiyah.” Abahnya Nuqman memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan Encik Zamri. Nuqman pantas menyalami ibu dan abahnya setelah Encik Zamri mengajak sepasang suami isteri itu masuk. Dari sinar mata kedua orang tuanya Nuqman tahu mereka terluka. Harapannya pertemuan pada malam ini akan dapat menerangkan apa yang tersirat pada apa yang telah berlaku malam ini.
Baik pada Nuqman mahupun Nasira, saat ini mereka rasakan bagai menunggu hukuman mati saja. Hampir setengah jam kehadiran ibu bapa Nuqman di rumah keluarga Nasira ini, namun dari saat mereka sampai hanya khabar dan pengenalan diri yang bertukar. Selebih waktunya sunyi melindungi ruang dan waktu kerana kedua orang tua Nasira bertegas untuk menunggu kehadiran abang Nasira yang sulung bernama Zahir sebelum memulakan perbincangan.
“Everything going to be fine.” Sempat Nuqman cuba meredakan keresahan milik Nasira yang dari tadi resah berpanjangan.
“Terima kasih.” Sungguh Nasira sangat menghargai apa yang Nuqman lakukan pada Nasira saat ini. Buat seketika Nasira merasakan ketenangan yang rasanya sudah berkurun tak mengunjunginya.
Nasira tak tahu apa yang dia akan lakukan kalau tiada Nuqman. Kehadiran Nuqman banyak memberi erti padanya. Saat ini pada dia, kehadiran Nuqman umpama King Ramualdo menyelamatkan Puteri Fantaghiro di akhir tayangan filem kisah cinta indah itali itu. Segaris senyuman menghiasi bibir Nasira bersama-sama khayalan romantis yang entah apa-apa. Sudah tak kisah di mana dan apa situasi mereka sekarang.
            Ketenangan itu hanya hadirnya seketika saja rupanya. Menggeletar kembali tubuh Nasira apabila terdengar kereta abangnya masuk di halaman rumah mereka. Dia  berteka teki. Entah apa reaksi abangnya? Walaupun hatinya pasti penampar sulung akan menjamah pipinya nanti. Itu yang pasti. Yang tak pasti lagi yang dia takutkan. Abangnya amat menyayanginya dan sentiasa melindunginya namun Nasira juga tahu abangnya ada satu tahap panas baran yang tidak bertepi. Itu yang dia takutkan.
           

            PAPP!! Seperti yang di duga. Seperti yang di sangka, tanpa salam atau kata satu penampar sudah hinggap di pipi Nasira. Tak ada siapa yang dapat menghalang tamparan pertama itu, masing-masing tergamam bila Zahir meluru masuk pantas memberi tamparan padunya pada Nasira sehingga terluka di hujung bibir comel itu. Namun saat tamparan kedua melayang, Nuqman pantas menahan tangan itu dari terus sampai ke pipi itu lagi. Tangan kirinya tegar mengenggam lengan tangan kanan Zahir yang ingin sampai sekali lagi pada pipi Nasira.
Kini dua pasang mata gagah bertentangan. Nuqman yang berdiri kini berhadapan dengan Zahir itu nyata memberi isyarat mata yang dia tidak suka dengan tindakkan Zahir. Manakala Zahir pula jelas marahkan Nuqman yang mehalang tindakkannya itu. Luka egonya apabila lelaki itu melindungi adiknya. Seolah-olah memberitahunya yang lelaki itu lebih berhak pada adiknya pula.
“Masya Allah. Apa jadi ni? Sudahlah tu. Nuqman, sudah.” Encik Nasir pantas menenangkan kedua darah muda yang bagai ingin membuka gelanggang tinju itu.
Isterinya Puan Hadiyah pula pantas merapati Nasira. Kesian pula melihat anak gadis itu di tampar sehingga luka. Perlahan-lahan dia memerluk bahu gadis comel itu. Dia tak sabar ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Jauh di sudut hatinya tidak percaya jika anaknya dan gadis ini tak bersalah. Lebih-lebih bila memandang wajah polos anak gadis ini. Dari sinar matanya saja membuatkan naluri keibuan Puan Hadiyah percaya yang dia tak bersalah.
“Kita berkumpul ni hendak berbincang bukan bergaduh. Nuqman duduk.” Arah Encik Nasir apabila melihat anak bujangnya itu masih tak berkutik.
“Betul kata Encik Nasir tu. Kita berbincang, jangan nak bergaduh saja.” Encik Zamri meredakan kemarahan anak bujangnya pula.
“Bincang apa lagi papa? Kahwinkan aje mereka dua ni. Papa nak simpan ke lagi perempuan macam dia ni dalam rumah kita? Ini nanti macam mana kita nak berhadapan dengan Hasni? Dengan keluarga dia. Patutlah Hasni macam ragu-ragu je nak bertunang. Agaknya dia tahu bakal tunang dia tak reti nak jaga diri.” Lantang suara Zahir menyangkah kata-kata papanya dengan kemarahan tak boleh di bendung.
“Tapi adik tak salah. Adik baru jumpa Nuqman kat rumah Hasni. Hasni tak nak bertunang sebab dia ada…” Nasira cuba membela dirinya. Namun pantas di patahkan oleh Zahir.
“Sebab apa? Kau jangan nak buat cerita lah. Aku tahu kau saja nak beri alasan tutup kesalahan kau kan? Geramnya aku dengan kau ni.” Zahir sekali lagi merapati Nasira namun Nuqman lebih pantas berdiri di hadapannya.
“Aku akan bertanggungjawab. Dia akan jadi isteri aku dan aku tak nak kau sentuh dia walau satu jari sekalipun.” Kata-kata Nuqman mengejutkan satu ruang tamu itu. Nasira terjerit kecil kerana terkejut. Malah Nuqman sediri terkejut dengan keputusannya tapi entah kenapa dia rasakan semua ini rasa betul rasa tepat. Idea dia dan Nasira sebagai suami isteri itu dirasakan sangat betul dan tak ada satu sudut pun yang salah.
“Nampaknya kita dah ada jalan penyelesaian. Kita kahwinkan sajalah mereka ini kalau mereka pun dah setuju. Walaupun tergesa-gesa tapi kami harap kita buat jugalah cara beradat yetak? Esok, selepas asar saya dan orang rumah saya akan datang masuk meminang, kita tunangkan diaorang ni sekali. Apa kata Encik Zamri?” Nampak gayanya Encik Nasir menerima keputusan anaknya dengan keadaan terbuka. Mungkin dia juga merasakan apa yang Nuqman rasakan. Ini jalan terbaik untuk menyelamatkan gadis itu.
“Kalau dia dah nak bertanggungjawab. Kami ikutkan sajalah. Lagipun kami tak nak bertambah malu pula di kemudian hari.” Sinis suara Encik Zamri menuturkannya. Bagai sudah terputus dengan seribu kepastian yang Nuqman dan Nasira memang bersalah.
“Kalau macam tu kira setujulah. Esok kami akan ke sini lagi. Ini pun dah lewat sangat dah ni. Kami minta diri dululah.” Pinta Encik Nasir.
Kiranya mereka sudah sampai kata pemutus. Rasanya baiklah mereka meminta diri, lagipun dari mereka sampai terasa kedatangan mereka ini tak di alu-alukan. Walaupun di sambut baik namun, kedinginan itu tetap terasa. Bukan meminta layanan yang kelas pertama tapi kalau dah air pun tak di hidang, nampaklah mereka tak di alukan sangat untuk berlama di sini. Kerlingan di berikan pada isterinya sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk pulang.  
“ Nuqman.” Encik Nasir memanggil anaknya sekali lagi apabila Nuqman masih berdiri berhadapan dengan Nasira. Kedua pasang mata itu hanya memandang tanpa sebarang suara. Mata Nasira penuh tanda tanya kenapa Nuqman mengambil keputusan sebegini. Anak mata Nuqman pula tenang tanpa sebarang alasan.
“Sekejap abah.” Nuqman meminta abahnya menunggu sebentar.
Nuqman ragu-ragu untuk meninggalkan Nasira sendiri di sini malam ini. Takut keluarga itu menggila selepas mereka tiada. Namun dia tidak juga boleh membawa gadis itu pergi ataupun terus tinggal di sini sendirian. Bagaimana untuk dia halang dari tubuh gadis itu terus di sakiti oleh bakal mertuanya? Bagaimana dia hendak lindungi Nasira?
“I dah nak balik ni. I risaulah, you tinggal sendiri kat sini. You masuk bilik sekarang, kunci pintu dan jangan keluar walau apa-apa pun. Esok pagi-pagi I datang sini jumpa you, kita pergi cari cincin. Pergilah masuk, I tunggu you sampai masuk bilik. Jangan keluar. Pergilah.” Arah Nuqman tanpa memberi sebarang peluang untuk Nasira bersuara sekalipun. Kerisauan jelas di nadanya dan di wajahnya.
Seketika Nasira terleka dengan perhatian dan sikap ambil berat Nuqman. Terkhayal sekejap dalam keadaan yang cemas ini. Apabila Nuqman menggesakannya untuk lekas naik sekali lagi Nasira menurut. Pantas kakinya masuk ke biliknya tanpa menoleh lagi. Meninggalkan mereka-mereka yang masih di luar sana.
Nuqman hanya memerhati laju tubuh sederhana tinggi itu naik ke atas. Kemudian baru dia tersedar yang dia belum ada nombor telefon milik gadis itu. Tapi tidak apa, nanti dia boleh bertanya pada Farhan, pasti sahabatnya itu tahu yang maklumat gadis itu. Lagipun dia sememangnya perlu tahu siapa gadis itu dan dia hanya ada tiga hari untuk mengumpul maklumat.
i �,p t S P�Q namun Nuqman lebih pantas berdiri di hadapannya.
“Aku akan bertanggungjawab. Dia akan jadi isteri aku dan aku tak nak kau sentuh dia walau satu jari sekalipun.” Kata-kata Nuqman mengejutkan satu ruang tamu itu. Nasira terjerit kecil kerana terkejut. Malah Nuqman sediri terkejut dengan keputusannya tapi entah kenapa dia rasakan semua ini rasa betul rasa tepat. Idea dia dan Nasira sebagai suami isteri itu dirasakan sangat betul tak ada yang salah.
“Nampaknya kita dah ada jalan penyelesaian. Kita kahwinkan sajalah mereka ini kalau mereka pun dah setuju. Walaupun tergesa-gesa tapi kami harap kita buat jugalah cara beradat yetak? Esok, selepas asar saya dan orang rumah saya akan datang masuk meminang, kita tunangkan diaorang ni sekali. Apa kata Encik Zamri?” Nampak gayanya Encik Nasir menerima keputusan anaknya dengan keadaan terbuka. Mungkin dia juga merasakan apa yang Nuqman rasakan. Ini jalan terbaik untuk menyelamatkan gadis itu.
“Kalau dia dah nak bertanggungjawab. Kami ikutkan sajalah. Lagipun kami tak nak bertambah malu pula di kemudian hari.” Sinis suara Encik Zamri menuturkannya. Bagai sudah terputus dengan seribu kepastian yang Nuqman dan Nasira memang bersalah.
“Kalau macam tu kira setujulah. Esok kami akan ke sini lagi. Ini pun dah lewat sangat dah ni. Kami minta diri dululah.” Pinta Encik Nasir.
Kiranya mereka sudah sampai kata pemutus. Rasanya baiklah mereka meminta diri, lagipun dari mereka sampai terasa kedatangan mereka ini tak di alu-alukan. Walaupun di sambut baik namun, kedinginan itu tetap terasa. Bukan meminta layanan yang kelas pertama tapi kalau dah air pun tak di hiding, nampak lah mereka tak di alukan sangat untuk berlama di sini. Kerlingan di berikan pada isterinya sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk pulang.  
“ Nuqman.” Encik Nasir memanggil anaknya sekali lagi apabila Nuqman masih berdiri berhadapan dengan Nasira. Kedua pasang mata itu hanya memandang tanpa sebarang suara. Mata Nasira penuh tanda tanya kenapa Nuqman mengambil keputusan sebegini. Anak mata Nuqman pula tenang tanpa sebarang alasan.
“Sekejap abah.” Nuqman meminta abahnya menunggu sebentar. Dia ragu-ragu untuk meninggalkan Nasira sendiri di sini malam ini. Takut keluarga itu menggila selepas mereka tiada. Namun dia tidak juga boleh membawa gadis itu pergi ataupun terus tinggal di sini.
“I dah nak balik ni. I risau, you tinggal sendiri kat sini. You masuk bilik sekarang, jangan keluar walau apa-apa pun. Esok pagi-pagi I datang sini jumpa you, kita pergi cari cincin. Pergilah masuk, I tunggu you sampai masuk bilik. Jangan keluar.” Arah Nuqman tana member sebaang peluang untuk Nasira bersuara sekalipun. Namun Nasira tetap menurut. Pantas kakinya naik ke biliknya tanpa menoleh lagi.
Nuqman hanya memerhati laju tubuh sederhana tinggi itu naik ke atas. Kemudian baru dia tersedar yang dia belum ada nombor telefon milik gadis itu. Tapi tidak apa, nanti dia boleh bertanya pada Farhan, pasti sahabatnya itu tahu yang maklumat gadis itu. Lagipun dia sememangnya perlu tahu siapa gadis itu dan dia hanya ada tiga hari untuk mengumpul maklumat.





No comments: