Friday, March 9, 2012

Skodeng-Skodeng KITA KAHWIN -Part 1

AKU SURAYA AKILLA
Namaku Suraya. Nama popular aku Sue di kalangan teman-teman. Cuma keluargaku yang memanggilku Aya, panggilan yang dulunya hanya mendatangkan ceria buatku. Tapi selepas pengurus tempatku memanggil aku dengan nama yang sama, aku sensitif sikit dengan nama Aya ni. mana taknya. Kalau dia memanggil boleh tercabut cuping telinga aku ni.
"Aya!!!. Masuk bilik I" Melenting suara itu memanggilku sehingga tercampak pen di tanganku. Sangatlah kan menggugurkan semua kelemumur di kepala dan menambahkan kesempitan di saluran penafasan.
Kalau nak kenal, itulah bos ku Encik Fiqril Akhwan a.k.a Kemandor Pencen. Dia ni garang ya ampun. Dahlah garang, mulut dia kalau mengata lebih ‘wangi’ dari tank indah water. Kejap lagi mesti aku kena sembur dengan wangian semerbaknya itu.
"Huh..." Keluhan terlepas di bibirku. Ini kerana aku pasti selepas aku keluar dari bilik itu, berat badan aku akan bertambah 5 kilo dengan bebanan perasaan yang sangat berat. Yelah kerana aku dah tahu puncanya dia panggil aku tu. Nak buat macam mana, kenalah aku hadapi juga.

Inilah puncanya….Sejam sebelumnya,

"Qiz, Qiz tak perlu ikut sangat cakap mereka ni. Dulu tak ada tea lady juga tapi boleh je dia orang buat air sendiri. Kenapa sekarang nak menghamba abdikan Qiz pula. Qiz kena lawan mereka ni. Jangan ikut sangat." Acap kali aku menasihat yang pekara yang sama pada gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Qizah.Pelik juga aku tiba-tiba dia ni datang melaporkan diri sedangkan tiada sebarang arahan dan maklumat yang di maklumkan pada aku.
"Biarlah dia Sue. Lagipun dia tak kisah. Kau pula nak bising-bising." Seperti biasa aku dengarlah si Shamila ni membantah kata-kataku. Memang baget bagus betul budak seorang ni.
"Memang dia tak bising. Tapi jangan pernah nak layan orang tak sepatutnya Sha. Mentang-mentang Encik Fiqril tak ada untuk dia melaporkan diri, semua nak melayan dia macam tea lady. Aku tak rasa ada jawatan itu dalam pejabat ni." Lembut cara aku membalas balik. Lembut tapi pedas. Biar dia terasa sikit. Jangan nak ikut kepala dia seorang juga. Bukan dia seorang ku sindir tapi yang sama-sama membuli dengan dia aku turut lemparkan bom cili.
"Ala kalau Fiqril ada pun dia tak akan marah aku juga. Fiqril kan baik dengan aku. Family dia pun aku rapat." Lagak Shamila. Amboi berlagak tak kena tempat. Macamlah aku tak tahu dia yang terhegeh-hegeh kat bos aku.
 Aku yang mendengar itu hanya mencebikkan mukaku. Reaksi spontan saat telinga ini mendengar satu perbohongan. Bertambah segram tahi telinga aku. Dosa sungguuh. ‘Rapatlah sangat kan.’ Kutuk ku dalam hati. Nak kutuk depan-depan kang pecuma je kena penampar free. Dalam hati jelah.
"Kau kenapa nak buat-buat muka dengan aku? Tak percaya kata aku ke?" Nak terbang teliga aku dengar suara Shamila yang meninggi.
Nampak reaksi aku tadi dah terkantoi. Itu yang pantas saja minah ni naik angin. Nasib tak terlepas aku mengutuk kalau tak memang bagi jemputan penampar free je. Huhu. Nasib baik.
"Nah ambik balik air kau ni. Tak sedap. Kau buat yang baru." Sharmila pantas mengambil air yang belum di usik itu dan di letakkan balik secara kasar di atas dulang di tangan Qizah.
Dulang  itu yang masih berbaki sebiji mug air untuk bos mereka. Mug yang selalunya aku tahu Sharmila bawa menghadap bos besar mereka itu. Bergegar dulang dengan hempasannya itu. Makin kesian aku tengok budak Qizah tu kena buli. Nak je suara aku naik menjerit kat Shamila. Ingat dia tu siapa?
"Adik." Suara yang sepupuk angin itu membuatkan aku berpaling. Pantas mataku menangkap wajah Fiqrilril. Terdengar di telinga aku ni bunyi barang jatuh. Tapi agaknya rahang aku ni pun jatuh sama kot.
ADIK??? Budak tu adik Fiqril ke? Alamak matilah aku. Mesti aku kena tiaw sampai jadi kueh tiaw basah lepas ni. Kenapalah budak Qizah ni tak cakap yang dia tu anak bos. Habislah... Macam mana ni??? Agaknya mahu aku lepas ni bungkus barang-barang akulah agaknya. Aku tahu Fiqril aka Komandor Pencen ni ada adik dan satu satunya adik perempuan yang sangat di sayangi oleh mereka sekeluarga. Habislah aku.


                                                              Sekarang....

"Aya!!!. Bilik I. Now." Dah sudah. Habislah aku lepas ni.
Dengan semangat yang cuba dibara-bara, aku melangkah masuk masuk ke bilik bos ku. Selangkah aku melangkah sebiji bara semangatku padam. Apa kes ni? Sampai depan dia nanti aku dah tak ada semangat yang tinggallah agaknya.
“Ya Bos?” Aku menunduk saja di hadapan dia. Nak mampus tengok muka dia yang garang macam naga tu? Tahulah hari ini tahun Naga.
“Duduk.” Arahan itu membuatkan ku terus terduduk di kerusi dihadapannya.
“Macam mana awak ni Aya? Sesuka hati je nak buli orang baru. Awak tahu tak yang Qizah tu adik saya? Adik perempuan saya. Apa awak buat? Awak buli dia dan awak biarkan orang lain buli dia. Seronok sangat ke?” Tinggi suara dia memang aku dah tak kisah dah. Dahl ali.
“Mana ada bos.” Elak aku. Memang aku tak membuli pun. Hatiku ini suci dan muci lagi untuk membuli orang.
“Kalau tak ada. Tadi tu apa?” Dia ni memang tak boleh cakap lembut-lembut ke? Nak terbang telinga aku mendengarnya.
“Mana ada saya buli dia. Saya lagi cakap kat dia supaya jangan di buli. Bos ni asyik-asyik saya je yang salah. Asyik-asyik saja je yang kena.” Mengadu aku.
Dah tak tahan kena tembak tiap-tiap hari. Baju kebal aku pun boleh bocor kena tembak macam ni tau. Balik-balik dari outstation bukan nak tanya aku ni sihat ke tidak. Di marahnya lagi ada. Yang peliknya kenapa nak marah aku. Aku ni penolong dia bukan setiausaha dia. Kalau nak marah, marahlah kak Jie. Kak Jie kan setiausaha dia. Give Uplah macam ni. Nak resignlah

P/S P/s Sebuah enovel baru yang akan menemani Dah Jodoh. Belum tahu sepanjang mana enovel ni. Dah ada storyline tapi belum terfikir time line... Nantikan skodeng-skodeng Kita Kahwin-Part 2. komen jgn tak komen 

5 comments:

ihaaz said...

intro cerita yang sgt menarik..
lagi mnarik kalu diteruskan lagi.. hihi..
:)

miSz cHa said...

like!!
intro pun da menambat hati

idA said...

salam..dik..membacanya membuahkan senyuman dibibir kita..cara dia bercanda ngan boss tu yg tak tahan..akak tak faham maksud adik yg mengatakan fiqril tu komandor pencen..dia dah tua sesgt ke..menyebabkan ada gelaran macam tu..
Kenapa pulak boss tu selalu saja ngan gaya penceritaan adik "picking on her" adakah minah tu senang dibuli..

kayniz said...

interesting....
suka sue ni sbb dia lwn blk ckp bos dia....

Anonymous said...

cepat sambung...cepat2...(^__^)