BAB 7
Mereka
berhenti di Perhentian Tapah. Saat itu Anis dan Hanni masing-masing dah
tersedar. Anis awal-awal lagi tersenyum memandang suami tersayang. Hmm tahulah
Hanni, lepas ni jangan nak kacau daun. Nampaknya terpaksalah Hanni bergerak
sorang diri lepas ni.
“Anis. Aku nak pergi toilet jap. Ko nak ikut tak?”
Ajak Hanni pada Anis. Lena tidurnya. Hanni menarik getah rambutnya lalu
menyisir rambutnya dengan tangan. Setiap kali Hanni berbuat bergitu memang
secara tidak langsung dia menarik perhatian Iskandar. Teralit sekejap mata
Iskandar memandangnya.
“Tak nak lah. Aku lapar ni. Aku tunggu kau kat
tempat makan lah. Kau nak pesan apa-apa tak?” Anis memberi alasan. Dia sebenarnya
nak menghabiskan lebih banyak masa dengan Imran sekaligus memberi ruang Hanni
dan Iskandar berdua-duan.
“Tak pe lah. Nanti aku tengok apa yang ada
sendiri. Alah kau pergilah dating dengan buah hati tu.” Usik Hanni. Hanni tahu
lapar itu sekadar alasan kerana sebelum bergerak ke pulang tadi mereka sempat
makan tengah hari. Anis dan Imran masing masing tersengih bahagia.
Hanni dan Iskandar
jalan beriringan di belakang Imran dan Anis yang bahagia berpegangan tangan. Di
hati mereka masing-masing terbit rasa cemburu itu. Bila lah mereka akan
berjumpa dengan pasangan hidup sebegitu? Pasangan yang sah dan di redhai Allah.
Iskandar walaupun dunianya tak pernah sepi dari
pasangan yang silih berganti tapi untuk menjumpai seorang wanita yang bisa di
angkat untuk menjadi seorang isteri dan peneman hidup sehingga ke akhir hayat
bukan sesuatu yang mudah.
“Kau nak makan apa Hanni?” Iskandar bertanya
apabila mereka sampai di hadapan gerai yang menjual bermacam-macam makanan.
“Tak makan rasanya. Aku rasa kenyang lagilah. Aku
nak minum je. Kau nak makan, kau makanlah. Aku nak pergi beli minuman je.”
Hanni ingin lepaskan dirinya dari tubuh Iskandar yang berdiri di belakangnya.
“Tolong belikan I mineral.” Iskandar selamba
memesan. Hish sesuka hati je nak mengarah orang. Hanni buat muka tak percaya
Iskandar berani mengarahnya begitu. Iskandar cukup pelik. Malas nak bersoal
jawab, Hanni hanya mengangguk saja.
Hanni membeli setin milo buatnya dan sebotol
mineral buat Iskandar. Di bibirnya terbias senyuman nakal. Otaknya sudah
membayangkan wajah Iskandar. Di hatinya sudah ketawa jahat. Biar Iskandar
rasakan. Berani mengarah dia kan. Sekejap
lagi lelaki itu akan menerima padahnya.
Dari jauh Hanni dapat melihat Iskandar duduk
dengan seorang wanita. Bukan main mesra lagi. Dia ni memang buaya jadian yang
bila-bila masa mendaftar menjadi buaya tembaga ni. Kat mana-mana pun boleh nak
menggatal. Hanni betul-betul tak faham macam manalah si Sara tu boleh berkenan
dengan si mawas ni. Dengan langkah yang berat Hanni melangkah ke Iskandar
sambil membawa sebotol minerak dan setin milo.
“Ehemm... Nah air kau.” Hanni meletakkan botol air
mineral 1.5L yang di belinya itu di hadapan Iskandar. Wajah Iskandar jelas tak
percaya. Mahu tak terkejut beruk mamat tu dengan kemunculan Hanni macam magik.
Tahu-tahu dah di hadapan mata. Di tambah dengan pesanan yang sudah berubah
bentuk dan saiz.
“Hanni.” Guman Iskandar geram. Matanya mecerlung
ke arah Hanni yang padanya sungguh biadap. Dia memang memesan air mineral tapi
tak lah sampai yang 1.5L. Ini dua hari baru habis ni. Hanni ni memang sengaja
mengenakan dia.
“Apa? Kau kan pesan air mineral. Aku belilah.
Sengaja aku beli yang besar supaya kurang sikit paras gula dalam tubuh kau tu.
Kurang la sikit manis mulut kau nak menjerat.” Satu das sindiran dan tembakan
yang tepat daripada Hanni. Rasa macam nak meletup saja kepala Iskandar
mendengarnya.
Iskandar menarik nafas panjang. Dia perlu bersabar
ni kerana pertolongan Hanni pada masa ini amat di perlukan. Tak apa, yang kali
ini hutang dulu. Esok-esok masih ada masa yang panjang untuk dia membalas.
“You kenapa ni Hanni? Duduklah dulu. I nak
perkenalkan you dengan senior I zaman Uni dulu.” Pelawa Iskandar lembut. Dengan senyuman di
bibir, Iskandar menarik sehingga Hanni terduduk di sebelahnya. Sungguh drama
tau. Sejak bila pula si Iskandar ni boleh manis lidah dengan Hanni... Sampai ber
I, you ni. Pelik ini. Adakah dunia nak terbalik ke apa? Mungkin kucing sudah
bertanduk agaknya.
“Hanni mari I kenalkan you dengan senior I dulu,
Kak Lia. Kak Lia, ini tunang saya Hanni. Hanni, ini kak Lia.” Selamba Iskandar
memperkenalkan Hanni pada wanita dihadapannya. Sungguh Hanni terkejut. Ingin
membantah tapi Iskandar menarik dan menggengam tangannya erat. Hish lelaki ni
memang nak kena.
“Tunang? Bila you tunang Is? Tak cakap dengan Lia
pun.” Geli pula hidung Hanni mendengar suara manja itu. Hanni pasti ini mesti
kes skandal menyendal ni. Patutlah baik semacam si Iskandar ni. Memang sah
bukan dunia nak terbalik atau kucing sudah bertanduk tapi ini kes terjerat di
jerat sendiri ni.
“Hujung tahun lepas.” Jawab Iskandar tanpa
bersalah. Memang dasar lelaki kuat menipu betullah mamat ni. Mamat penipu macam
ni sah-sah tak boleh nak di buat laki. Nanti banyak saja helah muslihatnya.
“Oh ye ke. You kerja apa Hanni?” Akhirnya
penumpuan manja wanita yang konon-kononnya bernama Kak Lia itu berubah mendatar
bertanyakan Hanni. Nampak sangat tak berminat. Hipokrit sungguh. Konkrit je
lebih.
“I jurugambar. I ada studio kat Ampang.” Hanni
menjawab dengan nada yang juga mendatar. Malas nak melayan.
“Oh ye. Hmmm Is, Lia pergi dulu ye. Macam rasa
orang tak suka je Lia kat sini. Bye.” Wanita itu akhirnya meminta diri. Dengan
lagak seksi dan manja dia meninggalkan meja tempat Iskandar dan Hanni. Hish
tolonglah macamlah Hanni tak tahu lagak manja tu nak menarik perhatian
Iskandar.
“Siapa tu skandal kau ke?” Hanni bertanya sinis.
Tangannya ligat membuka penutup tin milonya.
“Ala kisah lama. Masa kat Uni dulu. Saja
suka-suka. Lagipun masa tu aku budak baru, dan dia pulak budak tahun akhir.
Bukan serius pun tapi tak sangka pula dia ingat sampai sekarang.” Keluh
Iskandar. Nampaknya dosa semalam kembali mengejar pelaku.
“Kau ni memang mawaslah. Senior pun kau kebas.
Dahsyat sungguh.” Hanni mengutuk terang-terangan.
“Amboi sesuka badak kau kata aku ni mawas.
Agak-agaklah sikit.” Ujar Iskandar sambil tangannya selamba mencapai tin milo
Hanni di atas meja. Milo yang tinggal sedikit itu di teguk habis. Mencerlung
mata Hanni melihat gelagat romeo Iskandar tu.
“Hoi. Air aku tu.” Ujar Hanni sambil menampar
keras bahu Iskandar. Terdorong ke hadapan Iskandar di buatnya. Memang kasar
betullah minah sorang ni.
“Hish kau ni macam anak singa tau tak. Kasar je.
Siapa suruh kau beli air botol besar ni. Nak bagi aku buncit dengan air ape.”
Sergah Iskandar pula. Wajahnya merah menahan sakit.
Memang betullah mereka berdua ni tak boleh nak
bersua muka, bersua hidung, bersua mata dan bersua mulut. Macam anjing dan
kucing. Anjing dan kucing pun tak macam mereka berdua. Dahsyat sungguh.
Adakalanya Hanni terfikir agaknya apakah yang akan
terjadi kalau mereka berdua ni berbaik? Mesti boleh terbalik dunia di buatnya.
Namun kalau di fikir-fikir mesti agak menarik kisah mereka ini kalau berbaik
nanti. Akankah perkara itu berlaku satu hari nanti?
No comments:
Post a Comment