PROLOG
Berayun
tocang Hanna mengikut rentak lariannya.
Aktiviti paginya setiap hujung minggu. Larian yang tadi kencang menjadi semakin
perlahan apabila dia perasaan ada kereta asing yang menjalar di ruang halaman
rumah agam nendanya. Siapa pula yang datang pagi hujung minggu macam ini? Hanna
cuba menginggatkan jikalau dia terlupa kalau nendanya ada membuat majlis atau
pertemuan keluarga pada hari ini. Tapi rasanya tidak.
Sambil
mengelap wajah dengan tuala biru tersangkut di bahu, Hanna melangkah masuk ke
dalam rumah. Tidak lengkap senamannya hari ini. Selalunya selepas berjogging
dia akan membuat senaman ringan untuk menyejukkan badan. Memandangkan ada tamu
hari ini, masakan dia masih hendak meneruskan aktivitinya.
“Assalamualaikum.”
Hanna memberi salam kepada tetamu nendanya. Rupanya keluarga Tengku Zana yang berkunjung.
Tengku Zana merupakan anak buah kepada nendanya.
“Waalaikumsalam.
Hanna. Baru balik jogging ke?” Tengku Zana menegur ramah.
“Ya,
Mak Engku. Sihat Mak Engku?” Hanna bersalaman dengan Tengku Zana dan Tengku Zaira yang merupakan anak perempuan Tengku
Zana. Sopan Tengku Zaira mengucup tangannya. Memandangkan dia tujuh tahun lebih
tua daripada Tengku Ziara.
“Sihat
Alhamdulillah. Ini Zafril anak Mak Engku. Hanna ingat tak lagi?” Tengku Zana
memperkenalkan anak lelakinya yang duduk di hujung ruang tamu itu.
Mata
bertentang mata. Hanna sedaya upaya mengukir senyuman. Biarpun sangat jelas senyumannya itu hambar dan tidak ikhlas. Hanna tak
sangka hari ini akan datang secepat ini. Akhirnya dia bertemu semula dengan the
famous Tengku Zafril.
No comments:
Post a Comment