BAB 3
Zafril
tahu perbincangan ini akan tiba juga. Bertahun-tahun keluarganya dan keluarga
Nenda Ratna cuba menunaikan janji antara dua keluarga. Namun sebelum ini semua
sepupunya menolak untuk menggalas tanggungjawab itu. Sekarang sampai ke giliran
dia. Kalau diikutkan dia akan dijodohkan dengan Tengku Intan cucu kepada Nenda
Ratna. Anak kepada Pak Engku Kamil dan Raja Sofea.
“Zaf
tahu kan, janji antara dua keluarga. Anak pak long dan pak ngah Zaf semua dah
kahwin. Sekarang ini hanya tinggal Zaf yang boleh menunaikan impian dan janji
antara dua keluarga ini.” Ujar Tengku Zana. Dia perlu memujuk Zafril untuk
menerima cadangannya. Sebab hatinya dah berkenan sangat dengan salah seorang
cucu Nenda Ratna.
“Should we talk about this now?” Zafril bertanya dingin. Matanya
masih fokus melihat laporan berita di televisyen.
“Kalau tak sekarang? Bila lagi? You promised me.” Tuntut
Tengku Zana.
“Bonda, Zaf janji untuk tengok calon bonda. Zaf bukannya
berjanji nak kahwin dengan calon bonda. You need to get that fact right.”
Zafril membalas acuh tak acuh.
“I know. Sebab tu pagi esok bonda nak ajak Zaf pergi
rumah nenda Ratna. Kita sarapan kat sana. Bonda dah beritahu Nenda nak sarapan
dengan dia esok.” Ujar Tengku Zana.
“Bonda, Ziara nak ikut. Nak jumpa kak Hanna. Lama Ziara
tak lepak dengan dia. Please.” Ziara menyampuk apabila mendengar bondanya ingin
ke rumah nenda Ratna. Dia mahu mengikut bonda dan abangnya esok.
“Ya. Ziara temankan bonda. Zaf manacam mana?” Soal Tengku
Zana. Harapnya anak dia tu tak buat perangai pula.
“Hurmmm tengoklah macam mana.” Zafril bangkit dari tempat
duduknya.
“Nak pergi mana tu?” Tengku Zana bertanya pada anaknya.
“Naik bilik. Nak tengok berita dengan aman.” Jawab Zafril
selamba.
Ziara dah tersengih-sengih mendengar jawapan abangnya.
Dia tahu abangnya tengah protes. Silap bonda dia juga. Masa-masa nilah nak
bercakap tentang jodoh segala tu. Tak reti nak bersabar langsung. Bukan bonda
mereka tak faham dengan sikap abangnya. Kan dah kena dengan mulut pedas Tengku
Zafril.
“Suka nya dia.” Tengku Zana mencubit paha anak daranya.
“Apa bonda ni. Ziara pula kena.” Muncung bibir Tengku
Ziara sambil mengusap pahanya.
“Esok bonda tak nak bawa pergi rumah nenda Ratna baru
tahu.” Ugut Tengku Zana.
“Ehh... janganlah bonda. Ziara sayang bonda.” Cepat
Tengku Ziara memujuk bondanya. Lengan bondanya di peluk dan kepala dia melentok
ke bahu bondanya.en
Zafril merenung kepekatan malam sambil mengambil angin
malam di balkoni biliknya. Jodoh dan janji, dua perkataan yang membuatkan
Zafril menggeleng kepala. Dia memang ada berjanji dengan bondanya. Perjanjian
mereka adalah jika dia balik dan setuju untuk berjumpa dengan calon yang
bondanya pilih, Neraca Holding akan menjadi milik dia. Menerajui Neraca Holding
adalah impian dan cita-citanya daripada kecil. Dia boleh lakukan apa saja untuk
mendapatkan syarikat ayahnda nya itu. Termasuk menunaikan janji antara dua
keluarga.
Ya sudah bertahun keluarga mereka cuba menunaikan janji
kepada keluarga Nenda Ratna. Janji yang menjadi bebanan kepada waris lelaki
dalam keluarga Tengku Mahmud. Dari kecil lagi mereka, waris lelaki dalam
keluarga Tengku Mahmud sudah tahu tentang janji ini. Dulu arwah Nendanya pernah
berjanji dengan Nenda Ratna untuk menyatukan salah seorang cucu mereka dalam
ikatan perkahwinan. Bagi merapatkan lagi hubungan dua keluarga.
Mulanya abang-abang sepupunya menjadi tumpuan. Kemudian
kakak sepupunya. Namun semua berjaya mengelak apabila masing-masing sudah ada
pilihan sendiri dan cucu nenda Ratna yang dijodohkan kepada sepupunya turut
menolak kerana juga sudah ada pilihan sendiri. Sekarang giliran dia pula. Giliran
dia dituntut untuk menunaikan janji antara dua buah keluarga. Dari kecil lagi
dia dah dipadankan dengan Tengku Intan anak sulung kepada Tengku Kamil yang
merupakan anak kedua Nenda Ratna.
Tengku Intan. Not bad. Gadis yang dia kenali dari kecil
itu memang baik dan cantik. Malah seingat dia Intan adalah cucu yang paling
baik dan paling cantik dalam keluarga Nenda Ratna. Gadis itu sangat menjaga
tata-tertib. Daripada kecil lagi sudah biasa dididik menjadi wanita yang tinggi
statusnya. Cukup pakej. Lembut, cantik, baik dan pandai. Rasanya dia tidak ada
masalah kalau digandingkan dengan Tengku Ratna. Bukannya dia ada pilihan hati
pun...
Entah kenapa Zafril tiba-tiba teringat pada seseorang.
Gadis itu. Gadis malam itu. Adelia. Ya gadis yang berjaya menarik tumpuan dia
tanpa sedar. Tengah hari tadi sekali lagi gadis itu berjaya membuatkan matanya
terpaku. Jantungnya berubah detak. Dan senyumannya terukir dengan sendiri.
Zafril tahu ada sesuatu yang terjadi apabila seorang
perempuan menyiram air pada Adelia. Mulanya dia agak kerana cinta yang
dicurangi. Namun apabila Adelia menolak huluran kot daripada kedua-duanya
lelaki yang bersama gadis itu, Zafril tak fikir ada diantara lelaki itu kekasih
gadis yang bernama Adelia. Tambahan lagi apabila dia nampak lelaki yang tinggal
bersama Adelia memasukkan sesuatu kedalam minuman gadis itu ketika Adelia tiada
di meja.
Hampir. Sangat hampir untuk Zafril melanggar prinsipnya
sekali lagi. Dia sudah mahu bangun untuk menegur perbuatan lelaki yang
memasukkan sesuatu dalam air Adelia. Dia tahu pasti lelaki yang mempunyai wajah
campuran itu ada niat tidak baik pada Adelia. Cuma belum sempat dia bangun,
Adam sudah mengagak bahawa racangan mamat tadi tidak akan berjaya. Menurut
Adam, Adelia tidak pernah minum air yang gadis itu tinggalkan. Benar kata Adam,
gadis itu menolak untuk minum air tersebut.
Apa yang menariknya. Adelia tadi yang datang dengan gaya
seorang peguam, kini sekali berubah wajah. Gadis itu nampak seksi dengan singlet
basic hitam dan skrit hitam tadi. Skarf yang dia perasan tadi menghiasi beg
bimbit Adelia, kini terikat kemas di leher gadis itu. Menutup sebahagian besar
dada pemakai. Seksi.
Baru dua kali bertemu dengan si gadis. Dia sudah melihat
tiga wajah cik peguam. Adelia yang nakal. Adelia yang anggun. Adelia yang
seksi. Adelia yang memiliki mata yang sangat cantik. Mata bundar yang sangat
menawan baik ketika mereka berpandangan terus. Mahupun ketika mata hitam pekat
itu menjeling kepadanya seperti tengah hari tadi.
Zafril yakin dia pernah melihat sepasang mata itu. Tapi
di mana??? Ahh.....
No comments:
Post a Comment