BAB 6
Setelah empat hari tiga malam, tujuh sekawan itu
meluangkan masa berjalan-jalan di Pulau Pinang atas alasan menghadiri majlis
adik sepupu Sara. Berjalan-jalan saja yang banyak dari duduk kenduri pun. Hari
ini mereka akan pulang ke hidup harian mereka di Kota Kuala Lumpur.
Pergi mereka bertujuh. Namun yang pulang hari ini
hanya berempat kerana Shila dan Zack awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat
mereka untuk tinggal lebih lama di Pulau Mutiara ini. Mungkin belum puas lagi
bercuti agaknya. Sara pun semalam sudah menolak untuk balik bersama dengan
alasan belum puas bersama keluarga.
Hanni menyusun atur barang-barang di dalam Pajero
Sport milik Iskandar. Sewaktu datang dulu, tak adalah barang sebanyak ini. Bila
nak balik, boleh bertam-tambah pula barang-barang yang perlu di bawa. Nasib
baik sewaktu datang dulu Shila dan Zack datang dengan kereta lain. Kalau tidak,
pasti tak muat.
Ketika Hanni sedang asyik memikirkan cara terbaik
untuk memasukkan semua barang ke dalam kereta dengan tahap penjimatan ruangan
yang maksima. Iskandar datang menyibuk. Tanpa sebarang ucapan Iskandar mula
mengatur barangan yang ada. Sesekali Iskandar mengangkat keningnya memberi
isyarat ‘wait and see’ pada Hanni.
Tidak mengambil masa yang lama barangan yang
tadinya banyak tersusun dengan pengambilan ruangan paling minima. Wajah bongkak
Iskandar tayangkan pada Hanni. Sengaja dia menepuk kedua belah tangannya
seperti membuang debu tapi nyatanya dia memberi isyarat, kerja yang dilakukan
Hanni berjam-jam tadi hanya mudah padanya. Hanni menyumpah-nyumpah di dalam
hati. Dia salahkan Anis dan Sara yang terlalu seronok membeli belah hingga
memenuhkan kereta.
Gelagat
mereka yang baru ingin membuka mulut berperang itu terhenti apabila Sara datang
menghampiri mereka dan berdiri rapat di sebelah Iskandar. Hanni buat tidak
kisah, dia menepuk-nepuk beg yang tersusun di hadapannya konon-konon untuk
mendapatkan lebih banyak ruang la. Tapi tak tahu ruang untuk apa lagi setelah
semua barangan yang ada sudah tersusun cantik.
“Is, I nak stay
lagi kat sini.” Sara memulakan kata. Dia memeluk lembut lengan Iskandar. Sara
kelihatan manja dengan Iskandar. Seperti ada yang di inginkan.
Hanni hanya
membiarkan sahaja. Walau kenyataannya dia sedikit pelik. Untuk apa Sara
memberitahu lagi Iskandar sedangkan mereka semua tahu sejak semalam lagi yang Sara tidak akan
pulang bersama mereka. Masih ingin menghabiskan masa bersama keluarganya.
“Okay I faham.” Iskandar faham apa yang di
inginkan Sara. Dia membuka dompetnya. Bulat mata Hanni apabila terlihat
Iskandar mengeluarkan sekeping kad. Kad kredit mungkin, dan menyerahkan kad itu
pada Sara.
“Thanks sayang. I love you.” Tanpa segan Sara yang
terbawa-bawa dengan rasa gembira tak terhingganya itu mencium pipi Iskandar
sebelum melangkah pergi..
Bertambah bulat mata Hanni yang sedia bulat
melihatnya. Hish orang sekarang dah hilang malu nampaknya. Boleh Sara
berkelakuan begitu tanpa menghiraukan Hanni yang berdiri tak jauh dari mereka.
Balik KL nanti Hanni akan memulakan kelas tazkirah pada Sara. Itu yang pasti.
“Sukalah tu? Betul lah rasa malu itu di telan
zaman. Dasar Mawas.” Tempelak Hanni apabila melihat Iskandar tersengih-sengih
selepas Sara meninggalkan mereka. Bertambah lebar senyuman Iskandar.
Seolah-olah sindiran itu bak satu pujian buatnya.
Rombongan berempat itu bergerak balik ke Kuala
Lumpur dari Pulau Pinang selepas makan tengah hari. Sejak dari mula perjalanan
mereka, Imran perasan sesekali Iskandar menjeling ke arah Hanni yang duduk di
bahagian belakang menerusi cermin. Dia faham isi hati Iskandar. Mana mungkin
dia tak perasan setelah Iskandar jelas mengintai.
Tak faham Imran. Dalam bersayang-sayang dengan
Sara boleh lagi mengintai orang lain. Dalam empat hari ini bukan sekali dua
Imran menangkap Iskandar sedang mengintai atau merenung Hanni ketika gadis itu
tidak sedar. Sepertinya Iskandar sedang menjalankan penilaian pada Hanni.
Seperti penilaian menengah rendah pula.
“Ehemmm...” Sengaja Imran membuat begitu. Iskandar
tersedar. Tahu yang dirinya di perhatikan. Dia menarik nafas lalu berpura-pura
tak tahu walaupun dia sudah tertangkap basah.
“Dia bukan untuk you Is. Perempuan yang baik hanya
untuk lelaki yang baik.” Imran menyatakan begitu. Dia rapat dengan Hanni
berbanding kawan-kawan Anis yang lain. Entah kenapa sejak berjumpa Hanni, dia
sudah menganggap Hanni itu seperti adik sendiri. Mengetahui Hanni anak yatim
lagi membuatkan Imran ingin melindungi Hanni sebagai adiknya.
“So you cakap I bukan lelaki yang baik ke Im?”
Provok Iskandar. Dia tahu antara dia dan Hanni terlalu banyak perbezaannya.
“Bukan tak baik cuma tak sesuai. I pun tak rasa
yang you ni taste Hanni. Dia tu nampak je ringkas dan naif tapi pengalaman hidup
dia dah terlalu banyak untuk dia menilai yang mana terbaik buat dia.”
Kenyataannya memang begitu. Bukan sekali dua Hanni di lukai, pasti dia tahu
yang terbaik buatnya. Jikapun dia terlupa, Imran dan Anis akan sentiasa ada
untuk mengingatkan Hanni. Kerana mereka adalah sahabat.
“Pengalaman?” Terus terang Iskandar sedikit
tersentak. Seingatnya Hanni bagai gadis lain yang merasa riang ria zaman ramaja
dan terlalu naif membicarakan soal hati. Hanya bezanya gadis itu ada pendirian
yang kuat. Rupanya di sebalik wajah kanak-kanak ribena itu tersurat pengalaman
kisah blackberry dan lemon. Rasanya masam yang pasti, namun
adakalanya pahit adakalanya manis. Penuh perisa.
“You tak kenali siapa dia sebenarnya Iskandar. You
tak akan pernah faham dia Is. Dia jauh berbeza dari perempuan yang pernah you
kelek ke hulu ke hilir.” Bukan niat Imran untuk merendah-rendahkan sesiapa
namun. Itu memang jadi kenyataannya.
Jika Iskandar berniat mendekati Hanni pada suatu
hari nanti yang mana Imran sangat yakin pekara itu akan terjadi. Biarkan niat
Iskandar itu di jalan yang betul. Gadis seperti Hanni hanya untuk lelaki yang
boleh menghargai dirinya. Bukan untuk buat persinggahan semata-mata.
“You ni Im. Serius pula. I main-main jelah. Kita
berhenti kat Tapah lah. Kita tukar. I rasa penat la pula ni.” Iskandar mula
mengelak. Imran hanya tersenyum. Tahu sangat Iskandar cuba mengelak.
Namun kata-kata Imran tadi melekat difikiran
Iskandar. Bermain-main dihatinya.
No comments:
Post a Comment