BAB
8
Alhamdulillah,
akhirnya dengan lafas kedua kalinya kini Nur Afia sah menjadi isteri kepada
Emir Zafran. Afia tunduk menadah tangan tatkala kadi membacakan doa. Setitis
dua airmatanya jatuh di telapak tangannya yang sudah cantik berinai. Terasa
sejuk setitis dua airmata yang jatuh di telapak tangannya itu.
Saat
ini satu yang pasti dalam diri Afia iaitu jalan untuk berpaling sudah tiada
lagi. Kini dia hanya boleh pandang ke hadapan. Hanya boleh berusaha untuk
melangkah dan bukan untuk berundur. Apa pun rintangan yang datang nanti, Afia
mengingatkan dirinya itu adalah semua pilihan dirinya sendiri.
“Aminnn,
pengantin lelaki bolehlah sarungkan cincin ke jari pengantin perempuan
perempuan.” Sayup-sayup telinga Afia menangkap pengumuman yang memastikan
dirinya kini seorang isteri.
Kini
dia menanti hadirnya sang suami untuk menyarungkan tanda ikatan mereka. Tanda
yang kini dia tidak lagi bebas mencatu kehidupannya sendiri. Tanda kini dia
berkongsi hidup dengan seseorang yang bergelar suami dan tanda yang kini dia
tidak lagi bersendiri mencorakkan hidupnya. Moga dia akan terus tidak sendiri
hingga ke akhir hayatnya nanti.
“Assalamuallaikum
Nur Afia.” Suara Emir yang memberi salam akhirnya berhasil membuatkan Afia
mengangkat wajahnya. Agaknya terpujuk hatinya mendengar salam yang diberikan
oleh suaminya itu.
“Waalaikumsalam.”
Perlahan dan halus gemersik suara Afia menyambut salam yang dihulurkan oleh
suaminya.
“Nur
Afia, dengan bismillah saya lamar awak menjadi suri dalam hidup saya. Kini
dengan bismillah jugalah saya meminta awak izinkan saya untuk menjadi pemimpin
didalam hidup awak. Izinkan saya? ” Terkejut Afia apabila Emir meminta begitu.
Sangkanya
Emir akan terus menyarungkan cincin ke jarinya seperti pengantin-pengantin
lain. Tak terduga dek akalnya apabila Emir melamar dia sekali lagi dalam erti
berbeza setelah lelaki itu tahu yang diri ini memang sah menjadi milik lelaki
itu kini. Melamarnya di hadapan semua orang pula tu. Terharu rasanya saat
melihat kesungguhan Emir menghulurkan tangannya padanya. Emir sepertinya ingin
meminta dia menyambut lamaran itu dengan kerelaan hatinya.
Saat
ayat-ayat indah itu terucap dari bibir Emir, seisi rumah tadinya meriah seakan
terpaku mendengarnya. Afia apatah lagi. Kelu terus bibirnya bersuara sedang
matanya mencari keikhlasan dari sinar mata lelaki yang kini bergelar suaminya.
Yakin menjumpai apa yang dia inginkan dari sinar mata Emir. Afia merenung lama
tangan yang Emir hulurkan sebelum dia sendiri dengan kerelaan hati dan penuh
kesudian meletakkan tangannya diatas telapak tangan yang Emir hulurkan tanda
dia menyambut lamaran Emir. Ikhlas dari hatinya.
“Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi menyambut lamaran I.” Serentak itu Emir menyarungkan
sebentuk cincin bermata ungu di jari manisnya. Wajah Emir kelihatan lega.
Benar-benar lega. Afia bahagia sungguh bahagia.
Sembil
tersenyum memandang Emir yang erat menggenggam tangannya Afia menunduk lalu
mencium hormat tangan Emir. Bergenang airmatanya saat hidungnya singgah
sebentar di belakang tangan Emir. Tangan inilah yang dia akan harapkan untuk
melindungi dan membimbingnya nanti. Moga hanya tangan ini yang akan memimpinnya
di masa akan datang dan moga ikatan mereka akan berkekalan.
“Terima
kasih.” Sekali lagi ucapan itu menjadi habuan telinga Afia saat dia mengangkat
wajahnya.
Terasa
lembut jari-jemari Emir yang menghapus pergi airmata yang bergenang dimatanya.
Sebelum sejuknya bibir lelaki itu mengenai dahinya. Mengundang satu rasa yang
dia sendiri tak dapat pastikan maknanya. Bertambah berdebar rasa hati Afia
apabila wajah mereka bertentangan dan mata saling bertembung dalam jarak
sejengkal seusai Emir mengangkat bibir dari dahinya.
“
Romantika sudah.” Usikkan nakal itu mengejutkan kedua-duanya. Afia tertunduk
malu buat seketika sebelum Emir menarik tubuhnya bangkit untuk berjumpa dengan
orang tuanya.
“Terima
kasih abah.” Ujar Emir pada Encik Arshad. Sayu Afia mendengar ucapan terima
kasih dari lelaki bergelar suaminya terhadap abahnya sendiri.
“Jaga
anak abah baik-baik. Kalau satu hari nanti Emir rasa dia bukan lagi wanita yang
Emir sayangi dan Emir rasa Emir tak mampu nak melindungi dia, abah harap Emir
kembalikan dia pada kami. Ingat janji Emir sebelum ini.” Ujar Encik Arshad.
Menitis
air mata Afia apabila Encik Arshad berkata begitu dengan suaminya. Terharu dia.
Tahulah dia walaupun dia kini bergelar isteri orang tapi kasih abahnya tak akan
pernah putus buat dirinya. Sendu menghiasi suasana bahagia itu. Sendu yang
paling indah buat semua.
“Insya
Allah abah. Selagi Allah itu berikan kudrat dan kemampuan buat saya untuk
menjaga dan melindungi anak abah ini, saya berjanji anak abah tak akan balik ke
rumah ini dengan airmata.” Janji Emir pada Encik Arshad.
Bersungguh-sungguh
sekali bunyinya Emir menuturkan kata-kata janji itu. Afia mengerut dahinya
seketika. Kenapa dihatinya saat ini terdetik sepertinya antara Emir dan Encik
Arshad ada satu tali perjanjian yang dia tak ketahui. Ada sesuatu yang di
sembunyikan dari dirinya. Pelik... Ahh... tak ingin menyemakkan kepala sendiri
Afia berhadapan dengan Encik Arshad pula.
“Abah.”
Panggil Afia lembut.
Kini giliran dia pula yang menyalam tangan bapanya.
Tangan tua itu di kucup lama. Terasa tangan kiri abahnya di atas kepalanya
bagaikan memberi restu. Restu yang paling dia perlukan di dalam hidupnya.
“Anak
abah dah jadi isteri orang. Abah nak Fia tahu yang pintu rumah ini sentiasa
terbuka untuk Fia dan Emir.” Nasihat Encik Arshad. Dari nada suara Encik Arshad
itu, Afia tahu yang abahnya turut sebak . Afia mengangguk perlahan sebelum
merapati Puan Karida pula.
“Ibu.”
Afia menyalami tangan ibunya sebentar sebelum tubuh ibunya di peluk sayu dan
pipi ibunya di kucup berkali-kali.
“Anak
ibu. Nur Afia anak ibu. Sampai bila-bila Nur Afia anak ibu.” Balas Puan Karida
sambil airmatanya mengalir perlahan. Pipi Afia sendiri turut dihujani oleh
kucupan demi kucupan dari ibunya.
“Ida,
memanglah dia anak awak. Awak ni macam nak berpisah terus Afia pula. Tak kemana
anak kesayangan awak itu Ida.” Usikkan Encik Arshad memberhentikan drama
sebabak anak beranak itu. Masing-masing melepaskan perlukkan dan mengelap
airmata yang tadinya berderai.
“Ibu
tak perlulah risau. Insya Allah Emir akan cuba bawa Afia balik sekerap yang
mungkin.” Giliran Emir pula menyalami ibu mertuanya. Nasihat yang sama
diberikan oleh Puan Karida pada menantunya itu. ‘Jagalah Afia baik-baik.’
“Welcome
to our family kak Fia. I always knew that you’re the one for my big brother.”
Giliran Emira adik kepada Emir pula mengalu-alukan kedatangan Afia ke keluarga
kecil mereka.
Gadis
itu memerluk Afia erat dan Afia dengan besar hati membalas pelukkan gadis itu.
Afia dah cukup kenal dengan Emira. Lapan tahun dulu dia yang bernama Afia
inilah yang menjadi babysitter pada Emira yang baru berusia 14 tahun ketika itu
setiap kali Emir keluar dating dengan Eryana. Jadi hubungan mereka agak rapat.
Walaupun sudah lapan tahun tak bertemu, gadis cerdik itu tetap mesra dengannya
setelah mereka mula bertemu kembali beberapa hari lepas.
“Adik.
Dahlah tu. Abang pun tak rasmi lagi tau. Adik dah peluk lama-lama.” Mendengar suara Emir mengusik itu akhirnya
melonggarkan pelukkan erat tadi. Gelak tawa mereka yang ada di situ menyambut
kata-kata lelaki itu. Tak tahu malu betul.
“
Hish tak malu betul.” Afia mendengus manja pada Emir yang sudah menarik
tubuhnya rapat ke tubuh lelaki itu. Kemudian selamba saja lelaki itu memerluk bahunya.
“Ceh
abang ni, dengan adik pun nak kedekut. Kurung je Kak Fia ni dalam bilik kalau
tak nak kongsi dengan orang lain.” Terpacul saja kata-kata itu dari mulut
Emira, langsung Afia dah tak boleh nak berlagak selamba. Membera malu wajahnya.
“Memang
lepas ni along nak kurung dalam bilik pun.” Usikkan Emir itu sekali lagi disambut
dengan ketawa nakal daripada semua.
“Dah..
dah jangan nak usik isteri along lagi. Tengok dia dah malu tu.” Sambung Emir.
Kesian melihat Afia sudah membera wajahnya. Kata-kata itu, Afia balas dengan
jelingan manja.
Saat
ini tak ada yang dapat menduga kalau hati keduanya terlalu jauh untuk
disatukan. Malah hati yang tak pernah bersatu sebelum ini, bagaikan sebati pada
waktu ini. Kegembiraan, kebahagiaan dan perasaan lega jelas ikhlas nampak
diwajah kedua-duanya dan di sinar mata mereka. Mereka nampak gembira dan
bahagia sekali.
Afia
membantu ibu-ibu saudaranya yang sibuk mengemas di dapur ibunya yang di cat
dengan warna hijau lembut itu. Tangan bajunya kurungnya yang berwarna putih itu
dilipat hingga ke siku, lalu satu demi satu pinggan diambil dan dibilas di
bawah air paip yang bercucuran sebelum disabun rata. Bibirnya tersenyum lebar
penuh bahagia.
Hari
ini adalah hari paling membahagiakan buat dirinya. Dia tak terasa yang dia
pengantin terpaksa seperti sebelumnya. Hari ini hatinya rela, rela dengan
aturan takdir ini. Emir, ah mengenangkan lelaki itu bertambah manis senyuman
Afia. Sungguh pandai lelaki itu membuai hatinya hinggakan tak terasa majlis
mereka berlalu dengan mudah.
Mesranya
Emir melayan kerabat keluarganya. Ramahnya lelaki itu menegur dan berbual
dengan sesiapa saja. Hilang pesona sombong dari wajah yang dia kenali sejak lapan
tahun itu. Lebih membuai rasa apabila Emir tak segan memerluk dan membelai
pipinya setiap kali lelaki itu hampir dengannya. Afia dapat rasakan bertapa
berdebarnya dia apabila setiap langkahnya di iringi dengan jelingan romantis
Emir.
“Hai
ini mencuci ke berangan ni, Afia?” Teguran daripada Mak Longnya membuatkan Afia
tersedar yang pinggan ditangannya belum bertukar daripada tadi. Itulah asyik
teringatkan Emir saja mana tidaknya.
“Mencuci
lah Mak Long.” Balas Afia malu-malu. Pantas tangannya meletakkan pinggan yang dibilas
itu ke raknya sebelum mengambil pinggan lain.
“Alah
Mak Long, pengantin baru. Mak Long ni macam tak tahu pula. Tengah berdebar
menunggu malam pertama lah tu.” Usikkan dari Kak Adah itu membuatkan Afia
menjerit kecil.
“Hish
akak ni. Mana ada.” Afia menafikan walaupun detak jantungnya mula berubah
apabila teringatkan malam ini malam pertama dia dan Emir.
“Ek
eleh. Tak payah nak malu-malu lah. Akak tahu, akak pun pernah juga rasa
perasaan tu. Nak lagi kalau kes macam Fia ni. Dapat suami sedikit punya romantis
macam tu lagilah berdebar.” Semakin galak Kak Adah mengusik. Bertambah berdebar
jantung Afia jadinya.
“Yelah.
Mak Long tengok Emir tu bukan main sayang lagi kat Fia. Mak Long harap dan
berdoa sampai bila-bila pun hubungan kamu ni kekal.” Mak Long pula menyampuk.
“Terima
kasih Mak Long.” Ikhlas dan tulus ucapan terima kasih Afia. Dia turut mendoakan
kalau hubungan dia dan Emir akan kekal begini selama-lamanya.
“Assalamualaikum.”
Salam yang diberi di muka pintu dapur itu membuatkan semua mata yang ada
didapur itu berpaling. Namun debarannya pastilah paling di rasai oleh Afia
kerana yang memberi salam adalah Emir.
“Waalaikumsalam.
Hah ada apa Emir? Kamu cari Afia ke?” Afia hanya membiarkan Mak Long selaku
orang paling tua di dapur itu menegur Emir yang berdiri tegak di pintu dapur
sambil membawa pinggan.
“Ini,
Emir nak hantar pinggan kotor.” Terdengar suara Emir menjawab sopan. Tapi entah
kenapa Afia sedikit kecewa dengan jawapan Emir itu. Adakah dia mengharapkan
Emir mencarinya?
“Berikan
pada Afia tu.” Arah Mak Long. Ada nada mengusik di suara Mak Long lontarkan
tadi.
Afia
berpaling semula ke arah singki sambil menunggu ketibaan Emir dalam debaran
hati yang sentiasa berdegup kencang setiap kali memandang wajah Emir sejak dari
lelaki itu bergelar suaminya. Tak sanggup rasanya terus merenung setiap langkah
Emir sedangkan gelagat mereka sentiasa diperhatikan oleh mata-mata nakal yang
ada di dapur itu.
Naik
bulu tengkuk Afia saat terasa tangan Emir singgah di belakang tubuhnya. Tangan
itu bagai sengaja dilarikan secara turun naik mengikut lengkuk belakangnya.
Afia rasa Emir sekarang sedang mengusap lembut belakangnya sama seperti waktu
mereka dipejabat dulu.
“Nah.”
Emir menyerahkan pinggan kotor ditangannya. Hanya satu saja pun pinggannya.
“Terima
kasih.” Ujar Afia sambil tangannya mengambil pinggan yang di hulurkan.
“Banyak
lagi? Nak I tolong?” Emir bertanya pula pada Afia.
“Sikit
je lagi. Tak apalah, saya buat sendiri dulu. Awak pergilah ke hadapan.” Jawab
Afia perlahan. Bukan apa, dia malu sebenarnya apabila tangan lelaki di
sebelahnya tadi sudah berhenti mengusap lalu melingkari pinggangnya.
“Okay.”
Emir memberi persetujuan.
Namun
apa yang Afia tak sangka adalah persetujuan Emir itu disertai dengan kucupan
mesra lelaki itu ke pipinya. Sepantas kilat gerak Emir mencuri cium dipipinya.
Sedikit terperanjat Afia sampaikan dia terus menyentuh pipinya dengan tangan
yang berbuih sabun.
“Hish,
cuci pinggan ke cuci pipi ni. Tengok kan dah bersabun pipi tu.” Nakal suara
Emir mengusik Afia.
Afia
menjeling geram pada Emir yang mengusiknya. Namun apabila Emir menarik
tangannya yang melekap di pipi lalu membilas tangannya yang bersabut itu,Afia
hanya tersenyum senang. Malah bertambah manis senyumannya apabila Emir mengusap
lembut pipinya menghapuskan bekas sisa-sisa sabun tadi. Mata mereka
bertentangan. Buat seketika bagaikan hanya ada mereka di ruang itu.
“I
ke hadapan dulu.” Afia hanya mampu mengangguk setuju apabila Emir meminta diri
kehadapan sedangkan dia sebenarnya sudah lemas didalam renungan Emir.
Mungkin
bukan hanya dia saja yang berperasaan begitu. Emir sendiripun dia dapat rasakan
agak berat meninggalkannya. Mana tidaknya perlahan sekali jari jemari Emir
meninggalkan wajahnya sebelum lambat-lambat Emir melangkah pergi.
“Kalau
macam ini gayanya majlis bersanding hujung bulan depan. Mahu orang tu
bersanding bertiga. Ye tak Mak Long.” Komen dari Kak Adah setelah Emir hilang
dari padangan mereka. Sebuah komen yang di sambut dengan gelak tawa mereka ada
disitu. Afia hanya menahan rasa tertunduk malu.
No comments:
Post a Comment