BAB 1
Menyumpah-nyumpah
Hanna. Baru saja dia meletak beg diatas katil, dia mendapat pesanan whatapp
daripada Jim. Adik sepupunya ada di kelab milik Jim. Hanna mencapai semula
kunci kereta yang diatas kabinet. Nampaknya dia belum boleh melayan penat
akibat baru balik penang. Dia perlu lekas ke Blue Ocean sebelum Laila membuat
masalah kepadanya. Kenapalah adik sepupunya itu tidak pernah penat
menyusahkannya.
Meredah
lautan orang di lantai menari kelab itu. Mata Hanna liar mencari kelibat Laila.
Anak matanya terhenti pada tubuh genit gadis yang berbaju merah hati dan
memakai bot tinggi berwarna hitam. Seksi. Itulah adik sepupunya Laila. Hanna
merapati gadis itu.
“That’s
enough bro.” Hanna menahan tangan lelaki yang sibuk meraba punggung adik
sepupunya. Tak faham dia dengan Laila. Jelas adik sepupunya tidak selesa
diperlakukan begitu. Tapi masih boleh dibiarkan tubuhnya di raba. Pelik.
“Kak
Hanz.” Laila nampak terkejut. Suara itu nyaring dicelah-celah muzik yang kuat.
“Cukup,
bro. Dia tak suka. Dia bukannya patung, yang sesuka hati kau nak raba-raba.”
Hanna melepaskan tangan lelaki itu dan meletakkan dirinya diantara lelaki
berbaju hitam itu dengan Laila.
“Kau
siapa nak masuk campur?” Jerit Lelaki berbaju hitam itu menolak bahu Hanna.
Malas
Hanna hendak melayan perangai gila lelaki itu. Dia penat. Dia berpaling pada
Laila dan memberi isyarat supaya adik sepupunya supaya balik. Agaknya tak puas
hati apabila pertanyaannya di biar sepi, lelaki tadi menarik lengan Hanna. Satu
tumbukan dilepaskan. Namun gagal mengenai muka Hanna apabila Hanna cepat saja
mengelak.
Tidak
puas hati, lelaki itu mencuba lagi beberapa kali. Namun gerak geri Hanna lebih
pantas. Dia mengelak. Setakat gerak gaya lelaki itu yang lagak je lebih memang
tak akan mampu melawan dia. Penat mengelak. Hanna menahan tumbukkan lelaki
tadi. Sekelip mata dia mengilas tangan lelaki itu ke belakang. Mudah.
Muzik
kuat tadi terhenti akibat daripada pergaduhan mereka. Sekarang mata-mata
tertumpu pada mereka. Mereka menjadi tarikan utama. Hanna terus melepaskan
lelaki tadi. Malas hendak memanjangkan cerita. Namun mungkin merasakan egonya
tercabar. Lelaki itu masih mahu menyerang Hanni. Tumbukan dan tendangan di
lepaskan. Ada Hanna tahan serangan itu tapi kebanyakkannya dia mengelak. Ya
Allah, penat betul dia nak melayan manusia yang tak reti nak putus asa ni.
Hanna
tahu jika dia terus mengelak dan menahan serangan demi serangan, segala ini tak
akan tamat. Dia perlu lakukan sesuatu untuk hentikan. Dengan pantas dia
menangkap tangan lelaki itu dan dipulas. Dan pastinya lelaki itu terus lemah
kerana kesakitan. Walaupun beberapa kali cuba melepaskan diri, lelaki tadi
tetap gagal. Makin kuat lagi Hanna memulaskan tangan lekaki itu. Memang silaplah
dia berhadapan dengan Hanna. Kalau tak cukup ilmu di dada, tak perlu nak tunjuk
hebat atau ego pada Hanna.
“That’s
enough.” Ujar seseorang. Ada tangan lain yang menggenggam lengan Hanna. Menghalangnya
daripada terus memulas tangan lelaki kurang ajar itu.
Hanna
berpaling pada pemilik tangan. Matanya bertentangan mata dengan pemilik suara.
Perlahan-lahan Hanna melepaskan tangan lelaki berbaju hitam itu. Kemudian dia
merentap tangannya dari pegangan lelaki asing tadi. Hanna mengatur topi
dikepalanya agar lebih ke hadapan dan melindungi wajahnya. Tanpa menghiraukan
hero yang menahan dia tadi, Hanna mengangkat tangan pada Jim sebelum menarik
adik sepupunya keluar daripada situ.
Zafril
hanya mampu melihat gadis tadi berlalu dihadapannya. Entah kenapa saat mata
mereka bertentangan dalam kelamnya cahaya lampu tadi, dia seakan pernah melihat
mata bundar itu. Tapi dia lupa dimana. Sayangnya hanya sebentar dia dapat
melihat wajah itu tadi. Tapi tak apa, dia pasti ingat wajah bujur itu.
“Wow
bro. Jom.” Arif menepuk bahu Zafril yang kaku di lantai menari. Muzik yang
bingit mula kedengaran lagi.
Zafril
mengikut langkah Arif. Malam ini mereka ada perjumpaan teman lama. Menyambut
dia yang baru balik daripada luar negara. Tak sangka pula dia disambut dengan
aksi yang menarik malam ini. Melihat gadis itu menahan dan mengelak serangan
demi serangan, Zafril yakin gadis tadi bukan orang sebarangan. Cuma mata itu...
“Wah...
Hero kita. Tengku Zafril. Apa khabar bro?” Johan menegurnya sebaik dia masuk ke
ruangan yang terasing di tingkat atas itu.
“Aku
okay.” Zafril menjawab ringkas.
“Hebat
kau bro. Datang-datang je terus jadi hero.” Adam bersalaman dengan Zafril.
“Well...
Hero melaya.” Usik Arif.
“Dah
benda jadi depan mata.” Zafril menghentikan usikan tadi.
“Siapa
perempuan tadi? Kau kenal ke Dam?” Soal Arif bertanya. Dia kagum melihat
ketangkasan perempuan yang memakai jaket hitam dan topi hitam itu berlawan.
“Entah.
Yang aku tahu dia kawan Jim. Aku pernah try tanya pada Jim, tapi mulut mamat tu
langsung tak terbuka. Cuba kau tanya Johan.” Adam pun tidak pasti dengan gadis
yang telah menarik tumpuan seluruh kelab tadi.
“
Aku pun tak tahu siapa dia. Tapi aku pernah nampak dia kat sini beberapa kali.
Itupun sekejap je. Tapi dia memang hebat berlawan. Sebelum ini aku dah pernah
nampak dia lawan dengan geng Wandi. Sekejap je dia satelkan diaorang.” Cerita
Johan.
“Geng
Wandi?” Zafril berminat mendengar cerita Johan.
“Wandi
tu anak Tan Sri Harun. Pemilik H group tu. Kat KL ni dia terkenallah juga. Tapi
berlahak nak mampu. Macam KL ni dia yang punya. Aku dengar malam tu budak Wandi tu ganggu adik
perempuan tadi tu. Itu yang kena.” Johan meneruskan cerita.
Pelik.
Zafril berminat dengan ceritanya. Arif dan Adam, dia tak kisah. Kerana
kedua-duanya memang jenis pantang tengok perempuan. Pastilah perempuan yang
menarik macam gadis lain cepat saja menangkap perhatian keduanya. Tapi Zafril?
Tengku Zafril bukan jenis lelaki yang ambil kisah apa terjadi disekelilingnya.
“Teruk
ke Wandi tu kena?” Arif tak sabar hendak tahu. Dia memang dah lama tak sukakan
Wandi. Lelaki yang hidup dengan duit mak bapak je tu. Tapi berlagak nak mampus.
“Teruk
juga. Aku dengar hidung dia patah.” Ujar Johan.
“Padan
muka dia.” Ucap Adam dan Arif serentak. Kemudian mereka tergelak suka.
Zafril
hanya tersenyum nipis melayan gelagat kawan-kawannya. Masih tak berubah.
Daripada zaman sekolah dulu. Masih juga macam ni. Memang jenis otak masuk air.
1 comment:
menarik.. terus kan lg update bab yg seteruasnye.. Iman ade watpadd x?
Post a Comment