BAB 4
Hanni menonton kosong televisyen sambil bebaring
di ruangan depan. Drama bersiri Bones itu menjadi pilihannya. Siaran kegemarannya
yang gagal menarik tumpuan dia malam ini. Malam sunyi ini rasa terlalu panjang.
Saban tahun dia rasakan hari jadinya terlalu panjang. Sedangkan dia mahu hari
ini cepat berlalu.
Malam ini dia sendiri lagi. Dia akan kesunyian
lagi. Shila dah lama menghilang dengan kekasih hatinya Zack. Sara pula tengah
bersiap. Sekejap lagi nak keluar dengan Iskandar. Kalau boleh dia tak mahu
bersendirian malam ini. Tapi, dia tak boleh mementingkan diri. Dia perlu
hormatkan privasi teman-temannya.
Kalau dulu pasti ada Sara dan Hanni yang
menemaninya. Waktu itu Sara tak adalah kerap sangat merayap malam seperti
sekarang. Cuma sejak akhir-akhir ini tabiat kawan rapatnya itu dah berubah.
Sejak Sara rapat dengan Iskandar
Terus terang Hanni katakan dia sedikit risau dengan
perubahan Sara itu. Takut pun ada. Hanni
tahu Sara boleh bezakan mana baik dan mana tidak. Malah dia yakin Sara pandai
menjaga diri namun yang Hanni tak yakin adalah Iskandar. Boleh ke mamat tu menjaga
Sara? Lelaki sekarang bukannya boleh nak di harapkan sangat.
“Termenung.” Lemparan kusyen kecil dari Sara
menyedarkan Hanni. Terberangan sekejap dia tadi.
“Apa?” Hanni bertanya dengan muka tak berperasaan.
Wajahnya memang sentiasa begitu. Memang tak pernah
nak berubah. Selalu tenang tanpa perasaan. Wajah yang selalu menyimpan duka di
sebalik senyuman dan gelak tawa.
“Kau tu berangan. Kau tengok TV ke, TV yang tengok
kau.” Sara melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Dah tentulah aku tengok TV tu. Mana TV tu ada
mata nak tengok aku. Apakah kau ni Sara. Potong betul lah. Aku baru nak angau
sikit dengan Booth aku. Kau nak ke mana ni?” Hanni menyembunyikan rasa hatinya.
Dia masih bertanya walau dia tahu jawapan yang akan Sara berikan padanya.
“Aku nak keluar dengan Is.” Sara menjawab perlahan
sambil bibirnya tersenyum manis.
Cuma nama Iskandar itu saja antara dengar tak
dengar keluar dari bibirnya. Bukan Sara tak tahu yang Iskandar dan Hanni itu
seteru. Hanni yang mendengar itu terus mengangkat tubuh. Dari berbaring dia
terus duduk. Dia teringatkan sesuatu.
“Kau ni tak habis-habis keluar dengan mamat tu.
Kau serius ke? Mamat tu buaya jadian tau. Sikit lagi nak tempah tempat dalam
list buaya tembaga. Pagi tadi, masa aku nak keluar dari studio, aku nampak buah
hati kau tu dengan perempuan lain.” Hanni tak pernah bosan menasihati Sara.
Padanya Sara sementara masih boleh di tegur tu baik dia tegur kalau dah jadi
macam Shila payah pula nanti.
“Ala kau ni relaks la. Aku dengan Is tu pun
bukannya serius. Kita orang saja je nak keluar jalan-jalan. Lagipun kau ni janganlah
garang sangat dengan Is tu. Dia okaylah. Shila mana?” Sara bertanyakan kawan mereka yang lagi
sorang. Memang payah sangat nak jumpa dengan Shila tu. Balik, mandi lepas tu
dia keluar semula. Memang jarang nak bertentang mata sekalipun dengan Shila.
“Macam kau tak tahu dia. Dia keluar lah dengan
Zack. Itu yang aku nak tegur kau jangan kau pula jadi macam Shila. Asyik keluar
je, yang kena tinggal aku juga. Sementara aku boleh tegur kau ni aku tegurlah.
Kalau dah tak boleh nak di tegur macam Shila tu susahlah.” Bebel Hanni.
Sara hanya tersenyum mendengar bebelan itu. Sara
tahu jauh di hati kecil itu mempunyai niat yang baik menegurnya.
“Baiklah makcik. Sekali sekala kau membebel macam
ni memang macam mak oranglah Hanni.” Usik Sara. Ketawanya pecah apabila Hanni
membesarkan matanya. Konon kononnya marah dengan usikan dirinya.
“Kau ni ada je. Aku nak pergi dapur ni nak ambil
epal. Kau nak tak?” Hanni sudah berdiri. Tangannya membaiki ikatan pada
rambutnya.
“Boleh juga. Aku nak satu. Cuci sekali eh? Sayang
kau.” Sara buat muka manja kucingnya. Hanni buat gaya nak termuntah.
“Hish nak muntah aku tengok muka manja kau tu.
Simpan-simpanlah wei. Hmm lupa nak bagitahu kau, tadi Mak Melah ada kirimkan
manisan untuk kau. Ada dalam peti sejuk. Esok jangan lupa pula, aku ada buat
makan-makan. Aku dah ajak Anis dan Imran. Shila pun aku dah cakap. Kau jangan
hilang pula nanti.” Hanni memberitahu dengan disertakan amaran di hujungnya.
“Hanni.” Sara mengikut langkah Hanni ke dapur. Dia
teringatkan sesuatu. Mendengar nama Mak Melah, baru dia perasan yang dia
terlupa hari ini adalah hari jadi Hanni.
“Aku minta maaf. Aku terlupa. Kalau kau nak, aku
boleh temankan kau malam ni. Aku tak jadi lah keluar dengan Iskandar.” Sara
segera memeluk Hanni daripada belakang. Dia terlupa yang hari ini dia perlu
berada di samping Hanni. Sedangkan dia terlanjur berjanji dengan Iskandar untuk
keluar bersama.
“Tak apa. Kau keluarlah. Lagipun kau dah janji
dengan Iskandar kan. Aku okay je. Sekali sekala seronok juga bersendirian.”
Hanni menolak lembut. Dia tak mahu Sara rasa serba salah.
“Tapi...”
“Tak apa. Tu macam suara Iskandar je beri salam.
Pergilah ke depan dulu. Aku cucikan apple ni untuk kau.” Hanni pantas
meleraikan pelukan Sara dan meyakinkan Sara bahawa dia tidak kisah
bersendirian.
Hanni keluar dengan mulutnya mengigit buah epal.
Sebiji lagi di tangannya buat Sara. Saat dia keluar Sara sedang berbual dengan
Iskandar di muka pintu. Entah apa yang di bualkan tidak pula Hanni tahu.
Berbual dalam nada perlahan. Cuma nampak sedikit serius dari biasa/
“Sara kau nak tak nak epal ni lagi?” Soal Hanni
yang kemudiannya mengigit buah epalnya. Hanni berlagak seperti Iskandar tak
wujud je antara mereka. Sara yang tadi membelakangkan dirinya berpaling.
“Naklah.” Jawab Sara sambil menadah tangan ingin
menyambut.
Seperti biasa, dengan selamba dan penuh keyakinan
Hanni membuat lontaran jauh. Dari pintu dapur ke arah Sara. Lontaran yang pada
mulannya nampak cantik rupanya terlebih daya tolakkan sehingga epal itu
mendarat ke dahi Iskandar yang berdiri di belakang Sara. Iskandar mengadu
kesakitan. Terkejut dia dengan aksi epal yang mendarat di dahinya.
Hanni yang pada mulanya turut terkejut dengan aksi
stunt tak di sangka itu membuat muka tak bersalah. Hampir-hampir bibirnya
tersenyum. Menutup senyuman yang hampir berbunga, Hanni mengigit epalnya. Hiburan
disaat hatinya sedang gundah. Tiba-tiba rasa sayu itu mula hilang.
Langsung tak terlintas pun di hati Hanni nak
memohon maaf. Selamba dia berjalan penuh gaya ke sofa lalu bersila di atas
sofa. Bukan apa, Hanni takut kalau dia berkata-kata nanti. Mulutnya akan lebih
banyak mengeluarkan gelak tawa dari patah perkataan nanti. Padan muka mawas tu.
“You okay tak? I ambilkan ais okay.” Sara
menunjukkan wajah risaunya. Dia sendiri tak menyangka itu terjadi. Dia pantas
berlalu ke dapur.
“Kau ni kenapa ye? Kau saja kan buat macam tu.”
Iskandar menahan geram sambil merenung tajam ke arah wajah Hanni yang santai
bersila di atas sofa itu.
“Apa pula. Tak sengaja okay. Kau pun tengok tadi
aku tak sengaja. Jangan nak tuduh-tuduh ye. Agaknya epal tahu kot yang kau ni buaya
jadian itu yang epal tu sengaja mendaratkan dirinya kat dahi kau.” Jawab Hanni
petah berbicara.
“Eh anak singa, kau memang saja nak kenakan aku
kan. Siap kau.” Iskandar baru membuka kasut dengan niat hendak menyerang Hanni.
Hanni yang mendengar dirinya di panggil
anak singa tu terus berdiri berhadapan dengan Iskandar. Bersedia untuk
berperang.
“Eh mawas.
Dah memang aku tak sengaja. Kau nak tuduh-tuduh kenapa? Hah kau nak buat apa
tu? Nak masuk rumah ke. Ingat rumah ni lelaki di haramkan masuk kecuali pada
waktu-waktu kecemasan dan waktu-waktu yang di benarkan. Jadi sekarang ada aku
benarkan kau masuk. Tak ada kan so jangan ikut sedap kau je nak mencemar duli
kat rumah aku ye.” Hanni buat muka bongkaknya. Dia memang pantang bertemu
Iskandar ni. Hish buat sakit hati je.
Tak berkenan betul dengan dengan perangai mamat
ni. Nasib la Sara tu bukan anak dia. Kalau Sara tu anak dia, memang dia tembat
Sara tu di rumah, asalkan Sara tak terlibat dengan orang yang tak bertamadun
tu. Jangankan nak buat menantu nak di jadikan kawan pun tak sudi.
“Kau ni...” Guman Iskandar geram. Iskandar tak
jadi nak melangkah masuk. Dia tahu peraturan rumah itu dan dia juga tahu rumah
itu di kawal oleh Hanni. Kerana rumah itu adalah rumah Hanni.
“Bergaduh lagi ke?” Tanya Sara lemah. Dari dapur
tadi dia dapat mendengar suara kedua-duanya bertekak.
“Kau nak keluar nanti kunci pintu. Aku dah tak ada
mood nak tengok tv dah. Sara ingatlah kau jangan rapat sangat dengan mawas. Aku
tak nak kawan aku bertukar jadi mawas.” Sindir Hanni selamba. Dia terus
mematikan televisyen dan berlalu ke atas.
“Anak singa...” Iskandar mengucap nama itu dengan
perasan penuh kegeraman. Sakit hatinya. Geramnya dia pada spesis anak singa tu.
Tak ada kelembutan langsung. Memang tak boleh nak dibuat isteri.
“Dahlah Is. Cool okay. Sabar je lah dengan Hanni
tu. Dia tengah serabut tu. Sekali ini je.” Sara memujuk hati Iskandar yang
panas itu. Ais yang di bungkuskan dengan tuala
kecil itu di tuam ke dahi Iskandar.
No comments:
Post a Comment