BAB 5
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Anis memberi
salam. Hanni keluar sebentar dari dapur untuk membuka pintu grill sebaik
menjawab salam Anis. Badannya sedikit kepanasan kerana menghabiskan masa dari
tadi memasak di dapur. Hari ini dia sengaja mengajak kawan-kawannya mengadakan
gathering. Saja saja buat makan-makan.
“Masuklah. Macam tak biasa. Aku tengah masak tu
sekejap lagi siaplah.”Hanni mempelawa Anis. Belumpun sempat masuk Anis dan
Imran kelihatan Sara pulang bersama Iskandar. Hanni menjeling tajam pada
Iskandar. Hatinya terdetik geram. ‘Hish siapa pula yang mengajak mamat ni
datang.’
Iskandar perasaan Hanni yang mukanya merah itu
menjeling pada dirinya. Entah merah kerana panas atau merah kerana sakit hati
dia datang untuk majlis ini. Sememangnya dia tahu dia tak di undang namun bila
Sara mengkhabarkan soal majlis ini, Iskandar dengan rela hati menawarkan diri
untuk ikut serta kerana dia tahu hadirnya dia di majlis makan makan yang tak di
undang ini dapat menyakiti hati Hanni.
“Hai tuan rumah lagi lambat dari tetamu.” Anis
mengusik Sara. Yelah hari cuti macam ni mestilah minah sorang ni asyik bekepit
dengan buah hatinya. Anis faham perasaan itu kerana dulupun dia begitu ketika
memadu kasih dengan Imran suaminya sekarang.
“Alah sesekali. Lagipun aku tahu Hanni mesti boleh
handle punya bab masak memasak ni.” Sara memberi alasan. Anis cuma mampu
tersenyum dan menggelengkan kepadanya dengan gelagat Sara itu sebelum bertukar
pandangan dengan Hanni yang hanya mencebik.
“Yelah kau tu. Dah lah. Jom masuk Anis, Imran.
Sara, kau layan lah mereka dulu. Aku nak siapkan masak jap.” Hanni mengajak
tetamunya masuk. Sengaja tak di sebut nama Iskandar. Biar lelaki itu tahu dia
tak di jemput.
Sara
mengajak Iskandar masuk sebelum beriringan dengan Anis melangkah ke dalam rumah
itu. Iskandar masuk bersama dengan Imran selepas Sara dan Anis. Memberi ruang
dua sahabat itu bertukar cerita. Selepas kejadian di kelab dulu, Iskandar lebih
peka dengan perasaan Imran dan kehormatan Anis sebagai seorang isteri. Nasib
baik Imran mahu memaafkannya. Dan hubungan mereka makin rapat.
Hanni terus menghilang ke dapur, Anis pula tidak
duduk bersama-sama suaminya di ruang tamu tetapi turut mengikuti langkah Hanni
ke dapur. Dia menyiapkan minuman untuk mereka sambil menunggu Hanni siap masak.
Mungkin ada yang perlu dia bantu. Kesian pula Hanni seorang buat kerja untuk
menjamu mereka.
“Ada yang perlu aku tolong ke?” Tanya Anis yang
sudah bersama Hanni di dapur. Dia menyiapkan minuman sementara Hanni sibuk
mengacau tom yam di dalam periuk.
“Dah siap dah. Ala bukannya apa pun. Aku masak
yang simple-simple je. Kalau kau nak tolong. Tolong hidang je lah. Aku nak
mandi jap. Panas ni. Melekit badan aku,” Hanni serasa tidak selesa. Dia menutup
api dapur.
“Hmm kau pergilah. Nanti aku hidang.” Anis yang
sudah siap kerjanya menantang dulang berisi air ke ruang tamu. Hanni mengikutnya
dari belakang. Kelihatan Iskandar tengah berbual dengan Imran. Mana Sara? Hanni
menggagak mungkin Sara tengah menukar pakaian dalam bilik.
“Tunggu kejap ye. Aku nak mandi dulu.” Hanni
memohon diri. Dia menarik getah rambutnya melepaskan ikatan. Nampak beralun
rambutnya yang terlepas ketika itu.
Iskandar yang pertama kali melihat rambut Hanni
yang terlepas bergitu agak terpaku. Yelah selalunya rambut itu sentiasa di ikat
satu. Pertama kali terlepas begini kelihatan sungguh menawan pula. Ala-ala
iklan rambut pula dimatanya. Cantik. Itu yang dia dapat tarifkan pada Hanni
ketika ini.
Entah kenapa dalam keadaan sekarang. Dalam
keadaan Hanni yang hanya berseluar
track, berbaju T-shirt putih longgar.
Dengan wajah yang merah kepanasan. Gadis itu nampak sungguh menawan. Seteru
sepanjang zamannya itu amat memukau matanya pada saat ini. Ini agaknya yang di
tarifkan sebagai kecantikan semula jadi.
“She’s beautiful” Tanpa sedar perlahan pujian itu
keluar dari mulut Iskandar namun masih boleh di dengari oleh Imran di
sebelahnya.
Imran hanya
tersenyum. Iskandar sudah mula nampak apa yang lelaki lain tidak nampak pada
Hanni. Hanni memang gadis yang cukup cantik jika di perhatikan. Hanya kerana
gadis itu tak suka berhias dan seorang yang cukup simple maka dia selalu sahaja
hilang dari radar lelaki seperti Iskandar. Nampaknya Iskandar ini boleh tahan
orangnya. Masih dapat melihat kecantikan Hanni dalam keselekehan gadis itu
sekarang.
“Memang sedaplah. Ini yang buat aku selalu rindu
masakan kau ni Hanni.” Puji Anis. Memang semua mengakui masakan Hanni memang
sedap. Gadis itu sungguh pandai memasak. Mungkin bakat semula jadi agaknya.
“Ala. Kau macam tak biasa. Kalau kau rindu. Datang
lah sini. Aku boleh masakkan kalau tak sibuk. Janji kau beli barang mentah.
Cukup bahan. Cukuplah rasa.” Hanni tidak lokek kalau di suruh masak. Sesibuk
manapun dia dan sepenat mana pun dia jika keinginannya untuk masak datang.
Hanni akan memasak. Anis hanya tersengih.
“Wei cakap-cakap juga. Kau orang pergi tak majlis
Adila minggu depan?” Sara membuka cerita tentang majlis kahwin sepupunya.
Adila, adik sepupu Sara itu memang agak rapat dengan kami. Dulu pernah tinggal
di rumah ini sementara waktu menghabiskan praktikalnya di syarikat tempat Sara
berkerja.
“Nak tu naklah pergi tapi Pulau Pinang tu jauh
sangat. Penatlah nak drive. Nanti Kesian pula kat cik abang aku ni.” Anis
merungut.
“Kalau macam tu kita bawa satu kereta je lah. I
dan Imran boleh gilir-gilir drive. Okay tak? You all boleh duduk kat apartment
I kat sana.” Iskandar menawarkan khidmatnya.
“Kalau macam tu okay juga. Kita pergi sayang.”
Imran telah memberi persetujuan. Maknanya Imran dan Anis tentu-tentu pergi.
Kini hanya tinggal Hanni yang belum ada suara kata pemutus lagi.
“Kau macam mana pula Hanni? Pergi tak?” Sara
bertanya pada Hanni pula. Semua mata automatiknya bertumpu pada gadis itu.
“Aku tak janji. Kalau tak banyak kerja, aku ikut.
Lagipun aku malaslah nak drive. Kau Shila?” Hanni bertanya pada Shila. Pastinya
Sara tak akan bertanyakan Shila. Sara dan Shila tu lebih banyak waktu bergaduh
dari berbaik.
“Aku dengan Zack mestilah pergi. Kita orang dah
rancang nak bercuti kat sana. Kan sayang?” Shila terus memeluk lengan Zack yang
berada di sampingnya. Sara nak mencebikkan mukanya. Benci melihat perangai
gedik Shila. Kalau tak kerana Hanni, Sara tak sudi nak melihat wajah perasan
bagus itu.
“Hanni. Kau ikut kita orang jelah. Kita berlima
gerak dengan satu kereta. Naik kereta aku jer. Senang.” Iskandar cuba memberi
jalan supaya Hanni mengikut mereka.
Sekali lagi wajah gadis yang kelihatan segar itu
menarik perhatiannya. Rambut Hanni yang terlepas cantik masih kelihatan lembap.
Dia suka melihat Hanni melepaskan rambutnya. Gadis itu nampak sangat cantik
dimatanya. Ayu.
“Apa-apa pun aku memang tak janji.” Itu kata putus
dari Hanni. Dia pergi atau tidak nanti hanya terpulang pada waktu yang
menentukan.
“Hai kenapalah susah sangat ke nak pergi kenduri
kawan sendiri. Bukan suruh buat apa pun. Suruh makan angin pun susah.”
Kata-kata yang terucap di bibir Iskandar itu bagai satu perlian. Iskandar
memang tidak sah kalau tak mencari pasal dengan Hanni. Pertemuan yang tadi
nampak tenteram mula berkocak.
“Aku bukannya jenis orang yang banyak masa nak
berfoya-foya kat luar tu. Banyak benda lain lagi aku kena buat dari usung
anak-anak dara orang ke hulu ke hilir.” Balas Hanni pedas. Sengaja dia menekan
perkataan ‘anak-anak dara’ orang itu.
“Betullah sedap tomyam Hanni ni. Sayang kena
belajar tau dari Hanni.” Suara Imran memecahkan bara api yang baru nak menyala.
Sengaja dia memesongkan topik agar persoalan yang mula panas itu cepat reda.
“ Kan Anis dah kata kalau Hanni masak memang
sedap.” Anis yang perasan apa yang cuba di lakukan oleh suaminya itu turut
membantu.
Cubaan menyelamat yang dilakukan oleh mereka nyata
berjaya apabila Hanni mahupun Iskandar tidak lagi bersuara. Pelik sungguh
mereka dengan gelagat Hanni dan Iskandar. Macam anjing dan kucing. Tak boleh
nak berjumpa ada saja yang tak kena di mata mereka berdua.
Mungkin sebab mereka ini banyak persamaan sebab
itu jadi macam ini. Iskandar ego, Hanni pula keras kepala. Mana boleh nak
masuk. Dua-dua kunci, dua-dua juga mangga. Terlalu banyak persamaan ini memang
payah. Jadi kutub selatan dan kutub selatanlah saling menolak.
No comments:
Post a Comment