BAB 2
Takdir
atau kebetulan? Zafril melihat gadis yang berkasut tinggi berwarna hitam lalu
dihadapnnya. Sekilas wajah itu dia kenali siapa perempuan yang baru saja
melintasinya. Itu adalah gadis malam itu. Gadis yang lincah berlawan. Tapi
penampilan gadis itu nampak berbeza. Namun tak membatas dia daripada mengecam
gadis itu. Bundar mata yang menjeling seketika padanya tadi yang membuat dia
cam kehadiran si gadis.
Kalau
malam itu si gadis santai dengan jeans dan jaket hitam membalut tubuhnya.
Kepala itu di tutupi topi dengan rambut di tocang satu. Hari ini si gadis
nampak berkarisma dengan tubuhnya di balut kemeja putih dan skirt hitam paras
lutut. Rambut yang malam itu di tocang satu kini di sanggul kemas. Nampak
sangat elegance.
“So
macam mana Zaf? Kondo tu?” Adam bertanya pendapat Zafril.
Sebelum
ini, Zafril ada meminta dia untuk mencari rumah. Dia sudah mendapatkan beberapa
rumah untuk Zafril lihat. Kawannya sangat memilih. Sampai sekarang Zafril
berkenan dengan rumah yang dia cadangkan. Harapnya kali ini Zafril bersetuju
dengan Kondo yang dia cadangkan.
“Okay.
Yang ni aku suka. Bila kita boleh finalise semuanya?” Zafril bersetuju dengan
kondo yang dicadangkan Adam kali ini.
Dia
tidak perlukan rumah yang besar. Dia tak perlukan kawasan yang luas. Dia cuma
mahu tempat tidur yang selesa. Tempat berehat saja. Kebanyakkan masanya akan
habis di pejabat. Jadi dia tak mahu tempat tinggal yang membuatkan dia rasa
rimas kerana terlalu besar. Dia juga yang penat hendak menguruskan nanti.
“Nanti
aku call agent tu.” Ujar Adam.
“Hurmm...”
Balas Zafril. Sekali sekala matanya lari ke meja tempat gadis itu. Nampak
tegang gadis itu berbincang dengan seorang perempuan dan dua orang lelaki.
“Kau
nak cepat ke?” Soal Adam. Dia perasan fokus Zafril sudah tidak pada
perbincangan mereka lagi. Dia menoleh ke kanan. Mencari apa yang ditenung oleh
Zafril.
“Secepat
yang mungkin.” Jawab Zafril. Dia tidak selesa apabila Adam bagaikan sudah mula
mengesyaki sesuatu.
“Okay.
Aku beritahu agent tu nanti. Kau tengok siapa tadi?” Adam ingin tahu.
“Tak
ada siapa.” Elak Zafril.
“Kau
tengok Adel? Kau kenal dia ke?” Adam cuba mengorek rahsia.
“Adel?”
Dahi Zafril berkerut tak faham.
“Perempuan
yang pakai kemeja putih tu. Adelia. Antara peguam terbaik kat KL ni.” Beritahu
Adam.
“Adelia...”
Nama itu meniti di bibir Zafril. Jadi gadis malam itu bernama Adelia.
“Ya
Adelia. Tapi semua orang panggil dia Adel. Nampak je cantik dan lembut macam
tu. Tapi kau tak kenal lagi mulut dia dan cara dia berkerja. Ramai orang
ternama guna khidmat dia. Termasuklah kalau bab perempuan ni. Pendek kata dia
tu dalam list antara perempuan paling bahaya untuk di dekati kat sini.” Cerita
Adam.
Zafril
hanya tergelak dengan cerita Adam. Perempuan paling bahaya? Tak sangka ada juga
senarai itu. Agaknya memang perempuan itu bahaya untuk di dekati...
Hanna
hanya tersenyum sinis pada perempuan di hadapannya. Dia kesian dengan perempuan
macam ini. Bergantung kesenangan pada teman lelaki. Hanya tahu menggunakan
kecantikan untuk memerangkap lelaki. Terlalu terikut-ikut sangat dengan plot
drama televisyen. Akhirnya hiduplah dalam drama. Dah lelaki tu muak, si gadis
kena tinggal. Masa tu nak meroyan menuntut macam maca. Buat pertuduhan.
“I
tak sangka you pilih tempat ini berbincang Hairul. My office just few block
away. I boleh sediakan coffee yang lebih sedap untuk you. FOC lagi.” Ujar Hanna
sinis. Dia paling tidak suka berbincang hal kerja di tempat awam begini.
“I
rasa you kena tanya client you Hanna. I just follow your client request.”
Hairul menjawab. Dia dan Hanna memang kawan. Tapi dalam bidang kerja adakalanya
mereka juga musuh. Bergantung pada kes yang mereka kendalikan.
Hanna
menjeling Nazul disebelahnya. Anak orang kaya yang tak habis membawa masalah
padanya. Pasang perempuan keliling pingang. Sekarang kena tuduh merogol. Dia
juga yang perlu selesaikan. Dasar anak orang kaya yang tak ada otak.
“Ini
syarat kami, kalau client you nak selesaikan pekara ini di luar.” Hairul
menghulurkan beberapa keping kertas pada Hanna.
Hanna
menerima huluran Hairul. Dia hanya memandang sekilas lalu sebelum meletakkan di
atas meja. Wajahnya tidak berperasaan . Matanya kosong tanpa emosi. Hairul
sudah gentar. Dia tahu Hanna ada sesuatu yang dia tidak ada. Sesuatu yang pasti
membawa kemenangan pada pihak gadis itu. Ekspresi itu memang terkenal pada
Hanna.
“Unfortunately,
kami tak berminat dengan syarat you tawarkan Hairul. Macam inilah client I
setuju bayar pampasan sebanyak 50 ribu pada client you. Dan dia akan tanggung
semua kos guaman. Dengan syarat client you tak akan ganggu dia lagi.” Ujar
Hanna. Tegas.
“Mana
boleh. Dia dah cederakan I. Rogol I. Lepas tu dia nak lepas tangan macam tu je.
Kalau I mengandungkan anak dia macam mana?” Gadis dihadapannya berbunyi.
“I
really think you need to accept the offer cik Jasmine. Sementara offer I masih
terbuka untuk you.” Tegas Hanna.
“No.
You all takut kalah sebab tu you all buat macam ni kan.” Gadis tu berkata-kata.
Tak di hiraunya Hairul yang melarang.
“Than
that your loss. Frankly speaking cik Jasmine. I pun tak suka nak uruskan kes
budak-budak macam. So let we end this as soon as possible. This is for you.”
Hanna mengambil beberapa keping gambar, sekeping CD dan satu sampul surat
bersaiz A4 dari fail yang dia bawa. Segalanya itu diletakkan di hadapan Jasmine
dan Hairul.
Wajah
Jasmine menjadi pucat. Hairul kelihatan keliru. Kawannya mengambil gambar yang
dia letakkan diatas meja. Jelas dimatanya yang ada yang Hairul tidak tahu
tentang anak guamnya itu. Sekilas senyuman hadir di bibir Hanna. Dia sudah tahu
kemenangan itu di pihaknya.
“Lebih
banyak gambar menarik you dalam sampul tu Hanni. Wow.... body you memang
amaizing and I totally suprise what your body can do.” Sinis Hanna
berkata-kata.
Hanna
tidak jadi peguam terbaik jika dia bukan seorang yang berani. Kalau kes-kes
begini, Hanna sangat memilih. Tidak senang untuk dia terima. Kali ini pun
kerana dia terhutang budi dengan ayah kepada anak guamnya. Jika tidak kerana
mengenang budi, dia memang tidak akan layan kes-kes begini.
“Kau...”
Jasmine membentak marah.
“I
siasat siapa you Jasmine. Anak guaman I bukan satu-satunya kekasih you.
Nampaknya you sangat busy menabur cinta. Mesti penat kan.” Provok Hanna.
“You
should tell me about this Jasmine.” Hairul mengguman. Malu dia dihadapan Hanna.
“I...”
Jasmine cuba mempertahankan diri.
“For
you. My offer earlier still open. Anggaplah pampasan pada masa yang you gunakan
untuk anak guaman I.” Hanna memintas.
“I
think better you just accept the offer Jasmine.” Nasihat Hairul.
“I
tak nak...” Bantah Jasmine.
“Then
that your loss. You tak akan menang.” Hanna sudah tersenyum sinis.
“Kau....
bitch...” Jasmine sudah berdiri. Marah benar dia. Jari runcingnya mencapai
gelas air kosong diatas meja dan terus menyimbah ke wajah Hanna.
“Hanna...”
Hairul turut berdiri. Terkejut dia ada seseorang yang berani memperlakukan
Hanna begitu.
“Rasakanlah...
Itu baru air kosong.” Jasmine tergelak sinis sambil beredar.
“Hanna...
I minta maaf.” Ujar Hairul. Dia baru berhasrat membuka kotnya untuk diberikan
kepada Hanna. Namun cepat gadis itu menolak.
“It’s
okay Hairul. I’m fine. Ko kejar dia. Takut apa-apa jadi nanti.” Tolak Hanna.
“Kesian
you. Nah...” Alan menghulurkan kot dia.
Namun
Hanna cuma menggeleng pada anak gumanannya itu dan meminta diri ke bilik air.
Dia tidak perlu bantuan daripada sesiapa. Apalah nasib dia hari ini. Tak
pasal-pasal mandi ditengah-tengah cafe house itu. Damn...
No comments:
Post a Comment