BAB
10
Saat
membuka mata, Afia malu sendiri mengenangkan tubuhnya kini didalam pelukkan
Emir. Kulit mereka saling bersentuhan dibawah gebar yang menyelubungi tubuh
mereka. Sepanjang malam kepala Afia rupanya lena beralaskan bahu Emir. Sedikit
demi sedikit dan selembut yang mungkin Afia mengangkat kepalanya. Sempat
matanya mencuri pandang jam didinding. Baru lima setengah pagi. Masih lama lagi
hendak ke subuh. Sambil bertongkatkan tangan kanannya Afia mengiring ke kanan
memandang wajah Emir yang masih lena.
Ya
Allah, tenangnya wajah itu. Kulit putih bersih milik lelaki itu kelihatan
berseri-seri. Segenap wajah Emir di renung Afia. Daripada mata yang tertutup
rapat dan bulu mata Emir yang panjang dan lentik itu. Jatuh ke hidung Emir yang
sedikit mancung dan berakhir pada bibir Emir yang sentiasa merah. Afia paling
suka waktu Emir tersenyum, kerana waktu itu terselah kekacakkan Emir dimatanya.
Afia
terfikir sendiri kenapa sejak mula dia berjumpa Emir dia merasakan Emir iras
seseorang dia kenali setiap kali Emir tersenyum. Siapa yang mempunyai senyuman
semaskulin Emir? Lama Afia cuba mencari jawapan, akhirnya dia teringat senyuman
Fahrin Ahmad. Ya senyuman Emir persis senyuman Fahrin Ahmad. Saat lelaki itu
tersenyum pasti mata lelaki itu turut sama mengukir senyuman. Sangat menyejukan
hati.
Gatal
pula jari-jemari Afia menyentuh bibir Emir. Mula-mula hujung jari kemudian
semakin berani dia memainkan jari telunjuknya di bibir Emir. Tercalit senyuman dibibir Afia apabila
melihat Emir mencebik-cebik bibir setiap kali jarinya menyentuh bibir yang
lembut itu. Asyik dia mengusik nakal Emir begini tanpa sedar orang yang di usik
telah lama sedar. Saat sekali lagi dia berani melarikan jarinya direkahan bibir
itu, tiba-tiba jarinya di sedut masuk dan di gigit lembut.
Terkejut
Afia apabila pekara itu berlaku, lalu spontan jari itu ditarik balik. Melihat
sepasang mata milik Emir terbuka, Afia jadi malu lalu tubuhnya menongkat
mengiring memandang Emir di hempaskan ke tilam. Terlupa dia, tangan Emir yang
masih merentasi diatas tilam dibelakangnya. Selamba dia menghempas badannya dan
sekali gus menghempap tangan Emir sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Maaf..
maaf” Afia segera bangkit dari perbaringanya dan mengusap tangan Emir yang
terbeban oleh beratnya tadi. Tak pasal-pasal dia dah mendera suaminya sendiri.
“It’s
okay. I tak apa-apalah. Come.” Sejurus kata-kata itu, Afia merasakan tubuhnya
di tarik. Kali ini betul-betul jatuh kedalam dakapan Emir.
Seronok
pula rasanya Afia dimanja begitu. Dengan senyuman nipis dia menyelesakan diri
didalam dakapan Emir. Kepalanya di sandar manja di atas bahu Emir sedang
tangannya sudah pandai menjalar di atas dada Emir yang terdedah. Seketika
kemudian Emir sudah menangkap tangannya dan membiarkan jari-jemari mereka
bersulam erat sebelum Emir mengucup tangan miliknya lembut.
“Terima
kasih sebab you berikan kepercayaan kepada I untuk miliki you sepernuhnya.
Terima kasih kerana menjaga diri you hanya untuk I selama ini. Terima kasih
kerana sudi berikan I hadiah yang terindah.” Lancar bibir Emir mengucap
kata-kata terima kasih.
Wajah
Afia membahang menerima perhargaan itu. Segan rasanya apabila hal keintiman
mereka semalam di ungkit kembali oleh Emir. Malu rasanya apabila Emir berterima
kasih begitu. Manis sungguh bibir Emir membuai rasanya.
“Awak
ni memang selalu bermulut manis macam ni ke?” Tak tahu datang daripada mana
keberanian itu sehingga Afia mampu bertanya begitu lancar tentang
kecurigaannya. Menyedari dirinya terlepas kata, Afia mengigit bibir sendiri.
Yang hairannya Emir tergelak besar pula mendengar soalan cepu emasnya tadi.
“You
rasa?” Terdengar Emir bertanya saat gelak tawanya hanya tinggal sisa-sisa saja
lagi.
“Entah.
Saya tak tahu, saya tak kenal awak sangat kan.” Afia meluahkan perasaan penuh
sayu. Hakikatnya begitu. Terlalu sedikit prihal Emir yang dia ketahui untuk
membaca personaliti lelaki itu bagaimana.
“Tak
apa. Kita ada seumur hidup untuk saling belajar tentang diri masing-masing.”
Pujuk Emir.
“Tapi
kalau you nak pre-tasting sama
ada I bermulut manis atau tidak, kita boleh cuba sekarang?” Sedikit mengusik
nada Emir itu. Afia yang tak faham mendongak memandang Emir dengan wajah yang
berkerut tak faham.
“Ha.
Tak fahamlah.” Naif sekali kenyataan Afia dengan matanya terkebil-kebil
memandang Emir.
“Tak
faham? Nak I tunjukkan ke?” Nakal sungguh suara dan wajah Emir di mata Afia
kala ini. Tawaran lelaki itu untuk menunjukkan padanya membuat hatinya sedikit
cuak.
“Nak
tak?” Sekali lagi Emir memberi tawaran tersebut pada Afia.
“Tak
nak lah. Saya nak bangun ni. Nak mandi nanti terlewat pula nak solat subuh.”
Ujar Afia mengelak.
Dia
ingin bangkit dari pembaringan dengan sebelah tangannya sudah melekapkan gebar
ke dadanya melindungi tubuhnya yang terdedah. Bersusah-payah Afia mengerah
tenaga barulah dia dapat duduk dengan stabil tapi hanya untuk seketika saja
sebelum Emir menarik tubuhnya ke atas tubuh lelaki itu. Kemudian selamba lelaki
itu memagut bibirnya erat dengan tangan Emir sudah melingkari pinggangnya.
“
Mulut manis I hanya untuk you sorang je. Manis tak mulut I?” Pertanyaan dan
kenakalan Emir itu memang langsung tak diduga oleh Afia.
Balasannya
selamba Afia menumbuk manja dada Emir sebelum gadis itu melepaskan diri untuk
kembali ke posisi duduk. Dengan jelingan manja Afia turun dari katil peraduan
yang terhias indah itu sambil tubuhnya hanya dibalut dengan gebar. Nampak kecil
dan tenggelam dia apabila dibalut dengan gebar tebal itu.
“Ambilkan
I tuala.” Baru selangkah dua, arahan Emir menyapa telinga Afia.
Arahan
pertama seorang suami buatnya dan dengan rela hati Afia menurut walaupun begitu
susah dia membawa diri dengan keadaan begini. Berjalan pun sukar dengan ruang
pergerakkan begitu minima. Semput dia berulang alik dari tempat penyidai ke
katil untuk menghulurkan tuala pada Emir. Kini nak memulakan langkah baru ke
bilik air pula. Mahu pengsan dia sebelum sempat sampai.
Selangkah,
dua langkah, tiga langkah kemudian Afia merasakan tubuhnya sedikit melayang
rupanya Emir mengangkat dirinya didalam kendongan. Segera Afia memaut leher
suaminya kerana takut terjatuh. Kuat juga suaminya ini kerana mampu mencempung
dia yang agak bulat ini. Hari yang indah untuk dia mulakan sebagai seorang
isteri kepada lelaki bernama Emir .
Afia
memasukkan cecair pencuci dan pelembut secukupnya ke dalam mesin basuh di bilik
pencuci rumah ibunya itu sebelum menekan punat automatik di panel mesin
tersebut. Masih membahang lagi wajahnya apabila di tegur oleh ibunya kala dia
membawa cadarnya turun dari bilik tadi. Dari senyuman nipis ibunya, Afia tahu
ibunya sudah dapat mengagak kenapa dia membasuh cadar hari ini. Ini semua
gara-gara calitan tanda kesuciannya telah mencemar warna cadar tersebut.
Mulanya
pagi tadi Afia langsung tak perasan. Usai dia solat subuh dan ketika hendak
menukarkan set conforter yang baru kerana gebar set yang dipakainya sekarang
basah akibat kenakalan Emir yang meletakkan dia dibawah pancuran air pagi tadi.
Waktu tangannya sibuk hendak menukar itulah dia perasan ada kesan darah pada
cadar yang sebelumnya. Pantas tangannya menarik cadar tersebut untuk ditukarkan.
Takut kalau Emir terperasan celaan warna scarlet
itu.
“Hah
buat apa tu?” Sergahan itu membuatkan Afia terkejut sendiri. Saat itu dia
berpaling ke belakang lalu wajah Emir menyapa pandangannya.
“Emir.”
Gumam Afia geram kerana dikejutkan.
“Buat
apa?” Sekali lagi soalan itu dilontarkan oleh Emir sambil kaki lelaki itu sudah
melangkah ke arah Afia.
“Memasak.”
Saja Afia mengenakan Emir. Lelaki itu macam tak ada soalan lain hendak
bertanya. Dah tahu dia dihadapan mesin basuh. Masih lagi nak tanya buat apa.
“Loyar
buruk ye.” Kali ini giliran Emir menggumam geram sambil tangannya sudah naik
mencubit pipi Afia manja. Lama. Sengaja hendak mendengar rayuan Afia nanti
minta di lepaskan.
“Tak..
Tak... Fia tengah mencuci cadar. Lepaslah.” Afia merayu pula. Wajahnya sengaja
dimanjakan dan dilembutkan agar Emir melepaskan pipinya. Tak sakit mana pun.
Saja nak bergurau manja dengan sang suami sebenarnya.
“Tahu takut. Cuci cadar kenapa? Kotor ke?” Ada
gelak nakal di akhir pertanyaan Emir itu membuatkan Afia memandang suaminya
dengan pandangan curiga. Tangannya masih menggosok pipinya yang terasa sedikit
kebas.
“Dah tahu tanya pula. Ini semua awak punya
pasal.” Afia merungut manja. Sempat tangannya mencubit lembut lengan Emir. Dia
faham Emir mengusiknya. Emir kan memang kaki usik.
“I
tahu eh.. Ohh I tahu rupanya.” Emir semakin galak mengusik Afia. Membuatkan si
isteri terjerit kecil.
Baru
saja Afia mahu memberi hadiah cubitan pada Emir, lelaki itu terlebih dahulu
menarik tangannya dan menarik dia ke dada lelaki itu. Kemas tangan Emir
melingkari pinggangnya. Afia cuba meloloskan diri. Segan dia. Emir pun satu di
tempat yang sempit ini sempat lagi hendak bermanja-manja.
“Awak
lepaskanlah. Nanti sesiapa masuk ke sini kan malu.” Pinta Afia dengan nada
merayu. Mohon dilepaskan.
“Ala.
Semua faham kita pengantin baru. Kenapa you turun tak ajak I tadi?” Pertanyaan
Emir menyapa telinga Afia.
“Awak
nampak sibuk sangat melayan telefon awak jadi saya turunlah dulu.” Balas Afia
jujur. Benar waktu dia ingin turun tadi, Emir sedang sibuk berbual di telefon
jadi tak mahulah Afia mengganggu.
“Awak
lepaslah. Saya nak tolong ibu sediakan sarapan. Kesian ibu kena masak untuk
ramai orang hari ini. Awak pergilah berbual dengan abah ye.” Rayu Afia lagi
sambil cuba meloloskan diri.
“Baiklah
kali ini I lepaskan you. Tapi lain kali kalau you membelakangi I lagi. Tahulah
I nak denda you macam mana.” Ugutan manja Emir itu sempat di akhiri dengan
kucupan dipipi Afia sebelum tangan lelaki itu melonggar melepaskan Afia.
“Hish.
Sempat lagi nak menggatal.” Afia konon-kononnya merunggut sedangkan hatinya
sudah berbunga suka.
Bersama
senyuman nipis yang terukir dibibir, Afia melangkah meninggalkan ruangan pelukan
Emir. Dia ingin melangkah keluar dari ruangan kecil ini. Afia takut semakin
lama dia disini berdua-duaan dengan suaminya itu, nanti lain pula jadinya.
Selangkah hendak menuju ke pintu yang memisahkan bilik membasuh dengan ruangan
dapur itu, langkah Afia terhenti apabila dia baru sedar kehadiran Khyla yang
tegak berdiri di hadapan pintu.
Kehadiran
Khyla membuatkan Afia merasakan hatinya sakit. Terasa perit sekali. Mungkin
kerana setiap kali melihat wajah itu Afia akan teringatkan pengkhianatan lalu.
Mungkin juga kerana disebabkan setiap kali wajah itu muncul dihadapannya, dia
teringatkan kepahitan disebalik indahnya penikahan dia dan Emir. Tapi kenapa
hatinya masih terasa pedih walaupun belum sehari bergelar isteri pada Emir,
kebahagiaan itu terasa miliknya.
“Kak
Long. Ila nak cakap sekejap dengan kak long boleh?” Itulah ayat pertama Khyla
yang Afia dengari sejak dia tahu pengkhianatan gadis itu.
Setelah
hal lamaran Emir terhadapnya tersebar ke seluruh kaum keluarga, Khyla
sepertinya ingin menjauhkan diri daripadanya. Dalam erti kata lain Khyla
mengelak daripada bertembung dengannya. Kesibukkan Afia dan kaum keluarga lain
dalam persiapan majlisnya, membuatkan dengan mudah Khyla mengelak daripada
bertembung dengannya.
“Baik.
Jom.” Afia bersetuju pada ajakkan Afia setelah lama dia menimbang baik
buruknya. Sudah masanya mereka berhadapan. Kalau Khyla sudah rela menawar diri
padanya, untuk apa dia menolak. Lambat-laun nanti mereka tetap perlu berbincang
hal ini.
“Awak?”
Suara Emir kedengaran menghalang Afia dari melangkah pergi bersama dengan
Khyla.
Kalau
Emir tidak bersuara tadi agaknya Afia sendiri lupa yang lelaki itu ada bersama
mereka sekarang ini. Afia berpaling dan kembali mendekati Emir yang masih tegak
berdiri seperti tadi. Tiada lagi senyuman seperti sebelumnya. Kini garis
kerisauan jelas di wajah itu.
“Janganlah
risau. Saya pergi sekejap je. Awak berbual dengan abah dulu kat ruang tamu ye.”
Pujuk Afia. Tangannya naik mengusap pipi suami tersayang memujuk hati yang
kerisauan itu.
“Sekejap
saja dan janji you akan jaga diri you baik-baik..” Tersenyum Afia mendengar
pesanan Emir. Seolah-olah dia hendak pergi jauh pula.
“Baik
bos.” Usik Afia dengan gelak kecil terbit dari bibirnya. Namun gelak kecil itu
terhenti dan berganti dengan senyuman apabila terdengar keluhan dari bibir
Emir.
“Saya
pergi dulu ye. Janganlah risau. Awak pun keluarlah berbual dengan abah.” Pinta
Afia. Sekali lagi Afia meminta Emir jangan risau namun wajah kacak itu tetap
risau.
“I will try. Come.” Akhirnya Emir
mengalah jua dengan Afia. Beriringan mereka menuju ke arah Khyla yang masih
tegak di sisi pintu.
Afia
membiarkan Emir keluar dulu namun anak matanya sempat menangkap jelingan tidak
senang Emir pada Khyla sebelum lelaki itu mula bergerak hanya meninggalkan
dirinya dan Khyla. Kini hanya dia dan Khyla saja. Ada urusan yang perlu mereka
selesaikan.
No comments:
Post a Comment